Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telahpun teliti satu amalan dan ibadah yg amat menguntungkan orang Islam yg mengerjakannya - ibadah kurban dalam bulan Zulhijjah. Apakah saudara bersedia melaksanakannya?
Saudara, suatu hadith disebutkan bahawa Allah (a.w) berfirman melalui lisan Nabi (s.a.w) (yakni, hadith qudsi): 'Harta itu hartaKu (i.e. milikKu) dan syurga itu adalah syurgaKu (i.e. milik Ku), maka belilah syurgaKu dengan hartaKu.' Dalam Islam sebarang usaha fi sabilillah itu amat penting yg mendatangkan pahala yg banyak yg membolehkan orang Islam mendapat syurga. Usaha berjihad - iaitu berperang fi sabilillah - menegakkan dan mengimarahkan serta melestarikan syariat Islam - adalah amat utama, sehinggan ganjaran pahala bagi orang yg berjihad dalam agama Allah (a.w) itu mendapat syurga - itulah kejayaan hidup sebenarnya. Kini tiada lagi tuntutan untuk berjihad berperang fi sabilillah. Tapi, umat Muhammad (s.a.w) itu diberikan begitu banyak pelaung untuk usaha-usaha fisabilillah. Ada usaha yg sedikit tetapi mendatangkan pahala fi sabilillah.
Saudara, dalam bulan Zulhijjah, ibadah kurban itu menghasilkan ganjaran pahala yg melebihi berjihad fi sabilillah, semata-mata dengan menyembelih kurban seekor kambing atau seekor lembu atau, kalau mampu, seekor unta. Cuba kita lihat beberapa hadith tentang ganjaran pahala menyembelih kurban.
Kefadhalan Mengerjakan Kurban
(a) Pahala Kurban itu sampai sebelum jatuhnya darah haiwan kurban ke bumi
Hadith ini menyebutkan bahawa pahala yg kita dapati dari menyembelih kurban itu kita dapati begitu cepat, sebelum darah haiwan yg disembelih itu jatuh ke bumi pahalanya kita telahpun terima tersimpan dalam Kitrab Catatan Amalan kita.
Diriwayatkan hadith dari Aisyah (r.ah) (berkata dia): ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Tidak beramal anak Adam dari amalan pada hari menyembelih (yakni, hari raya Kurban) yang lebih menyenangkan (yakni, disukai oleh) Allah (a.w) daripada mengalirkan darah (yakni, mengerjakan Kurban). Sesungguhnya (sesiapa yang) berkurban nescaya pada hari Qiamat dimana tanduknya dan bulunya dan kukunya (ternakan kurban itu), dan sesungguhnya sebelum jatuh darahnya (ke bumi) nescaya daripada Allah (a.w) (mendapat ganjaran pahala), maka bersenanglah (yakni, bergembiralah) sekelian kamu dengan Kurban bagi dirinya.’ [Hadith sahih at-Termidzi] (b) Setiap bulu haiwan kurban itu satu pahala Diriwayatkan hadith daripada Zahid bin Arqam (r.a) berkata dia: ‘Berkata seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) kepada Rasulallah s.a.w) (yakni, bertanya): ‘Ya, Rasulallah (s.a.w), apakah ini beberapa Kurban?’ Menjawab Rasulallah (s.a.w): ‘Telah disunatkan oleh bapa kamu sekelian, Nabi Ibrahim (a.s)’. Maka berkata sahabat lagi: ‘Maka apakah bagi kami (i.e. apakah pahalanya) dalam Kurban, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Maka dijawab Rasulallah (s.a.w): ‘Dengan tiap-tiap sehelai rambut (yakni, bulu binatang kurban itu) satu kebaikan (yakni, pahala dari Allah (a.w))’. Bertanya lagi sahabat tersebut: ‘Maka bagaimana pula dengan bulu-bulu halusnya, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Dijawab oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap satu rambut dari bulu halusnya satu kebaikan.’ [Hadith sahih Ibnu Majjah]
[Nota: Banyaknya pahala yang diperolehi oleh seseorang yang menyembelih jurba itu adalah seumpama banyaknya bulu-bulu – terrmasuk bulu-bulu halusnya – yang ada pada tubuh haiwan yang disembelih itu.]
(c) Besarnya Pahala Ibadah Kurban
Hadith ini menyebutkan bahawa pahala menyembelih kurban itu menegatasi pahala perang sabilillah. Pahala kurban itu hanya dikalahkan oleh pahala yg didapati oleh seseorang yg melibatkan diri dalam perang sabilillah secara berjihad, mati dia dan habis segala hartanya, dan dia kembali hanya sebagai mayat yg terbujur.
Diriwayatkan hadith dari said b Khubairin hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada dari beberapa hari, yakni hari kesepuluh (bulan Zulhijjah) yang di dalamnya (ada amalan) yang lebih disukai Allah (a.w).’ Berkata mereka (para sahabat): Wahai Rasulallah (s.a.w)! Tidak berjihad fi sabilillah (i.e. membela ugama Allah (a.w))?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan tidak juga berjihad fi sabilillah.’ (Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya): ‘Kecuali seorang lelaki (yang berjihad itu) keluar dengan dirinya dan hartanya, maka tidak kembali dia dari demikian (jihad) dengan sesuatupun.’ (Yakni, lelaki yang berjihad dengan diri dan hartanya itu habis hartanya dan mati dia dalam jihad tersebut). Orang sedemikian itu mendapat pahala yang dapat mengatasi amalan (korban) pada 10 Zulhijjah itu.).’ [Hadith Abu Daud]
[Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa ganjara pahala kurban itu mengatasi atau melebihi pahala berjihad, kecualilah seseorang itu keluar berjihad, kemudian tidak kembali dia, yakni mati dia dalam berjihad itu. Maksudnya pahaa menyembelih kurban itu hanya dapat diatasi oleh seorang yang berjihad pada jalan Allah (a.w) dengan harta dan dirinya kemudian tidak kembali dia kerana habis hartanya dan terkurban nyawanya.]
(d) Amalan yang paling disukai Allah (a.w)
Ada banyak amalan yg amat disukai oleh Allah (a.w) apabila dikerjakan oleh hamba-hambaNya. Satu daripadanya ada kaedah beribadah Nabi Daud (a.s) - dia tidur seperdua malam, bangun mengerjakan ibadah-ibadah sunat 1/3 malam dan kemudian tidur semula 1/6 malam. Satu lagi adalah Puasa Nabi Daud (a.s) - dia berpuasa selang sehari i.e. puasa sehari dan tak puasa sehari. Dan, dalam hadith ini ibadah menyembelih kurban pada 10 hingga 12 Zulhijjah.
sehariberibadahDiriwayatkan hadith dari Aisyah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ma ‘amila adamiyun min ‘amali yauman-nahri ahabba ilallahi min ihraqid-dami innah la-taktiya yaumal-qiamati biquruniha wa-asy’ariha wa-azlafiha, wa-innad-ma la-yaqa’u minallahi bi-makanin qabla an yaqa’a fatibu biha nafsan.’ (Yang bermaksud: Tidaklah beramal anak Adam dari suatu amalan pada hari KUrban yang lebih disukai oleh Allah (a.w) daripada mengalirkan darah (i.e. menyembelih kurban) niscaya jatuh di sisi Allah (a.w) pada suatu tempat sebelum darah itu jatuh di bumi, maka bersenang hatilah kamu sekelian dengan kurban.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Menyebelih Kurban]
[Nota: Hadith ini menjelaskan betapa besarnya pahala menyembelih kurban itu, iaitu suatu amalan yang amat disukai oleh Allah (a.w). Pahalanya diberikan oleh Allah (a.w) kepada orang yang berkurban itu sebelum sempat darah haiwan kurbanya jatuh ke bumi. Kalau sesuatu amalan itu amat disukai oleh Allah (a.) maka pastilah dia calun syurga.]
(e) Menyembelih kurban dihadangi dari api neraka
Hadith berikut menjelaskan bahawa ternakan kurban yg kita sembelih sebagai kurban itu akan menghalang kita dari terkena api neraka di akhirat kelak. Kalau terhalang atau dihalang dari bakaran api neraka pastilah kita menjadi ahli syurga.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man dahha toibatan biha nafsuhu muhtasiban li-udhiayatihi kanat lahu hijaban minan-nari.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang berkurban dengan senang hati (rela dan ikhlas hatinya sukakan berkurban) lagi mencari pahala pada kurbannya, maka kurbannya menjadi penghalang baginya dari neraka.) [Hadith at-Tobrani]
[Nota: Hadith ini menjelaskan melalui satu perspektif lain bahawa haiwan kurban itu akan menghalang orang yang menyembelih kurban itu dari terkena api neraka.]
Saudara,
Memandangkan begitu hebatnya pahala menyembelih kurban itu, adalah kita seorang yg bodoh lagi dungu kalau berkemampuan tidak menyembelih kurban. Kita tak perlu menjadi seorang yg kaya untuk menyembelih kurban. Kita boleh berkongsi. Kalaulah seekor lembu itu berharga RM 2,500.00, kalaulah kita simpan RM 25.00 sebulan kita dapat sediakan wang untuk kurban setelah menyimpanya 8 tahun. Atau, kita berkongsi dgn 100 orang rakan dapat seekor dan kalau kita buat setiap tahun selama 8 tahun, samalah dgn kita menyembelih kurban sekali dalam hidup kita. Kalau RM 250.00 sebulan, dapat sediakan wang untuk kurban selepas 10 bulan, tak sampaipun setahun.
Mudah-mudahan sdr tidak sia-siakan peluang ini. Fikirkanlah berapa banyak wang yg kita belanjakan setiap hari atau setiap minggu atau setiap bulan yg tidakpun menjamin kita mendapat tempat di syurga? Malah, mungkin perbelenajaan itu ke arah atau kerana tujuan kebatilan, menghampirkan atau mnjerumuskan kita ke dalam neraka!
Jazakallahu khairah