Atiqa Juana - Saturday, January 04, 2014
Nampaknya Mariah Carey awal tahun lagi sudah untung. Mana tidaknya, di
kala orang lain bercuti panjang, Mariah diupah untuk menyanyi di salah
sebuah parti putera Sultan Brunei, iaitu Putera Azim di London.
Menurut Daily Mail, Mariah dikatakan telah dibayar anggaran US$ 1.5 juta
untuk menyanyikan beberapa lagu, termasuk Always Be My Baby di parti
yang diadakan di Dorchester Hotel.
Wakil Mariah telah sahkan beliau telah melakukan persembahan di parti
Putera Azim yang juga merupakan teman baik Mariah, namun tidak
mengesahkan jumlah bayaran yang diterima.
Mariah telah diterbangkan ke London bersama suami dan anak kembar beliau
dengan jet peribadi dan telah bermalam di Harlequin Suite yang
dikatakan dimiliki Agensi Pelaburan Brunei.
Kalau anda juga mahukan Mariah Carey menyanyi di pesta anda, pastikan mula menabung dari sekarang.
No comments:
Post a Comment