Friday, January 10, 2014

Kontroversi kalimah 'Allah' dan Kristian

Assalamualaikum,
Saudara, masih hangat lagi kontroversi tentang kalimah 'Allah', kerana terdapat beberapa orang pemimpin agama Kristian di Malaysia - spt Andrew (seorang India yang berlagak lebih Kristian dari orang Kristian di Barat), yang membayangkan the tip of the iceberge, dalam era pemerintahan BN di bawah pimpinan Najib. Sebenarnya kontroversi ini adalah merupakan api dalam sekam semenjak tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, apabila Perjanjian di buat antara kepimpinan BN di bawah mantan PM Tunku Abdul Rahman yang inginkan Sabah dan Sarawah bergabung dengan Malaysia, dengan kerajaan penjajah Inggeris. Melayu telah dishort-change oleh penjajah untuk menerima banyak perkara yang bangsa lain sudahpun melobi Inggeris. Maka timbullah beberapa ketetapan dan persefahaman dengan pihak Inggeris yang memihak kepada bangsa China dan India dan lain-lain bangsa di Malaysia. Bagi pihak orang Melayu pula, banyaklah manfaat yang diperolehi oleh golongan diraja yang bersetuju 'menyerahkan' wilayah/negeri masing-masing 'dimerdekakan' rakyat mereka dan tanah milik mereka, dengan mengekalkan beberapa previlages kepada raja dan sultan dan anak serta cucu cicit mereka. Orang Melayu yang terkenal sebagai orang yang tak banyak karenah dan saat mengagungkan raja-raja dan sultan mereka - sebagai personaliti Hang Tuah, bukan Hang Jebat - malah menerima sahaja apa-apa yang ditetapkan dan dipersetujukan' Demikian jugalah ketika perundingan dijalankan untuk menggabungkan Sabah dan Sarawah menjadi 'Malaysia', proses yang sama berlaku, hanyalah kali ini, golongan bumiputra atau pri-bumi terdiri dari kumpulan etnik asli yang beragama Kristian di Sabah dan pagan di Sarawak. Dari segi agama, orang Melayu di Sabah dan Sarawak jauh bebeza dengan orang Melayu semenanjung. Malah etnik Melayu di Sabah lebih homogenous dengan 'orang Melayu Filipina' atau Indonesia. Mereka kurang dipengaruhi oleh Islam. Maka dari segi aqidah dan syariat Islam, lebih porous dan penerimaan mereka tentang Islam lebih liberal.
Saudara, colonial politics, feudalism, the backwardness of Malay society, dan kejahilan agama, tradisi mengagungkan dan mentaati raja dan sultan secara membuta tuli, antara lain adalah beberapa faktor yang telah mengasaskan pertelingkahan serta kontroversi yang timbul mengenai penggunaan kalimah 'Allah' sekarang ini. Pemimpin Melayu yang menerajui perundingan dengan pihak British dahulu bukanlah orang yang faham aqidah dan syariat Islam. Kalaupun mereka dinasihati oleh 'para ulama' zaman itu, merekapun jahil tentang aqidah dan syariat Islam yang haq. Malah mereka dari golongan bangsawan Melayu lebih megutamakan dunia dari perkara akhirat. Para pemimpin politik, masyarakat dan keagamaan dari Sabah dan Sarawak pula jauh lebih dangkal kefahaman dan cetek ilmu mereka tentang Islam. Tambahan pula, kerana accident of history pihak pentadbir colonial dan pemimin kaum di Sarawak dan Sabah, telah mengKristiankan orang-pribumi Sabah dan Sarawah dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa yang menyatukan kumpulan etnik pri-bumi di sana, kerana setiap kumpulan etnik telah berkecimpung dalam budaya dengan orang British dan orang luar. Maka telah terjadilah tradisi melaksanakan rutin keagamaan dalam agama Kristian menggunakan Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan supaya mudah mengKristiankan kaum-kaum pri-bumi, cerdik pandai pendakwah agama Kristian telah mengubah ungkapakan The Lord atau Tuhan kepada Allah (a.w), supaya mudah diterima oleh mereka agama Kristian dan supaya agama Islam dihalangi dari menjadi agama pilihan kaum pribumi Sarawak dan Sabah!
Saudara, semaa Malaysia diwujudkan, masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak kekal diberi hak untuk mengamalkan budaya dan agama mereka tanpa diganggu gugat. Malah, untuk meyainkan penduduk Sabah dan Sarawak, rakyat Malaysia dari Semenanjung diwajibkan menggunakan paspot antarabangsa untuk masuk Sabah dan Sarawak - seolah-olah ada dua jenis citizenship alam Malaysia. Orang Sabah dan Sarawak bebas ke Semananjung, tapi orang Semenjanjung dianggap sebagai 'foreigners' dalam negara mereka sendiri.
Antara faktor yang mengekalkan dichotomy ini termasuklah masyarakat Kristian kedua-dua negeri itu terus/kekal menggunakan 'al-Kitab' iaitu Kitab Bible versi Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia, yang telahpun mereka gunakan sekian lama. Anihnya Bible versi Melayu/Bahasa Kebangsaan tersebut, menggunakan kalimah 'Allah' merujuk kepada tuhan yang disebutkan dalam Bible bahasa Inggeris. Kini, masyarakat Kristian di Semenanjung pula terpanggil untuk meminta previlege yang sama - supaya al-Kitab atau Bible versi Melayu/bahasa Malaysia itu diberi kebenaran diedarkan dan diguna pakai oleh masyarakat Kristian di negeri-negeri Semenanjung - maknanya seluruh negara. Jadi, mereka meminta keistimewaan yang lebih dari apa yang mereka dapat melalui perjanjian kemerdekaan pada tahun 1955 atau 31 Ogos 1957 itu. Semenjak Najib menjadi PM begitu lantang masyarakat bangsa lain menyuarakan kehendak mereka - dalam politik, dalam perkara-perkara kemasyarakatan, dalam bahasa, dan sekarang dalam perkara agama - yang secara langsung dan tidak langsng menggugat Islam dan penganut Islam.
Saudara, semasa Semenanjung Malaysia menuntut kemerdekaan dari penjajah British, kepimpinan Melayu kerana inginkan nama dan lain-lain pertimbangan duniawi, dan disokong oleh kejahilan kepimpinan Melayu/Islam zaman itu, serta 'backwardness' masyarakat umum Melayu, dan kekuatan suara dan intelek kaum Cina dan India, maka mereka telah secara superficial menetapkan bahawa agama Resmi Semenanjung dan sekarang Malaysia adalah Islam, dan Malaysia adalah sebuah negara Islam! Tetapi mereka tidak pula menobatkan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perundangan negara dan dalam menterjemahkan hakikat 'negara Islam' dan 'agama resmi' itu.
Saudara, Islam tak lebih dari label atau jenama untuk tujuan politik dan dunia, bukan sebagai mematuhi ketetapan Allah (a.w) atau megikuti petunjuk RasulNya. Yang mereka inginkan hanyalah 'kulitnya' sahaja 'Islam', isinya tetap sebuah negara dan kepimpinan dan kerajaan yang sekular semata-mata. Baiknya hanyalah satu iaitu hal ehwal agama Islam diletakkan di bawah naungan sultan dan raja. Maka wujudlah sedikit kuasa dalam perkara agama pada raja dan sultan, dengan harapan bahawa agama Islam itu akan terselamat di Malaysia, kerana ketaatan terhadap Allah dan Rasul kini digabungkan dengan ketaaatan kepada raja dan sultan! Mengingkari raja dan sultan bererti mengingkari Allah dan RasulNya - so to say.
Tapi, malangnya pihak istana pula jahil Islam, maka berlakukan pula ketandusan penghormatan masyarakat bukan Melayu di Malaysia dan antarabangsa, terhadap Islam dan pelaksanaan sistem kerajaan Islam yang dicapuradukkan dengan sistem kesultanan dalam perkara agama, yang mereka diberi kuasa memayunginya. Maka tiada sistem kesultanan dan tiada sistem keagamaan dalam pemerintahan di Malaysia, dari segi hakikinya.
Hari ini, ditambah kepada kejahilan pihak yang bertanggung jawab tentang agama Islam, adalah kejahilan kepipinan politik sendiri dalam agama Islam, pertimbangan-prtimbangan politik dan duniawi yang semakin membuatkan majoriti umat Islam meminggirkan Islam dan bangsanya sendiri, kelemahan kekuasaan politik Melayu, dan kuasa ekonomi bangsa lain, maka semakin lemahlah umat Islam dan kepimpinan politik dan masyarakat di kalangan umat Islam. Oleh itu, semakin lantang dan beranilah kepimpinan dan bangsa lain di Malaysia menyaurakan pandangan dan mengajukan permintaan dan desakan mereka yang tidak lebih dari menyuarakan kehendak dan kepenyingan bangsa, kemahuan sosial dan kepentingan keagmaan mereka.
Saudara, kemudian apabila kes Bible bahasa Melayu/Malaysia berbangkit, pihak mahkamah pula membuat kesilapan. Kenapa? Hakim yang meneliti kes tersebut melihatnya dari perundangan manusia, dari perundangan yang digubal oleh manusia untuk membuat keputusan sesuatu yang diluar kapasiti hakim dan distem kehakiman tersebut. Malah membuat penentuan di luar bidangkuasa manusia - membenarkan nama Allah yang mulia disalahgunakan oleh mansuaia yang syirik lagi kafir! Kumpulan atau orang yang dilaknat Allah. Orang yang ditetapkan oleh Allah sebagai penghuni neraka. Orang yang taubat mereka tidak diterima kerana syirik - menduakan atau menigakan Allah. Manalah mungkin Allah benarkan manusia yang menentang Allah dan RasulNya dan pada masa yang sama mendustakan hakikat yang benar, iaitu Isa (a.s)(yang Kristian rujuk sebagai Jesus) adalah seorang Rasul dan bukannya anak Allah, dan Maryam (yang Kristian sebut sebagai Mary) sebagai 'isteri' Allah, kalau tidak 'gundik' Allah?! Apakah wajar orang yang menentang Allah dan menentang Rasulallah (s.a.w) diberikan laluan untuk menggunakan 'Allah' nama yang mulia lagi agung yang Allah sendiri cipta untuk diriNya??
Saudara, segala sesuatu yang menyentuh Islam keputusannya wajib didasarkan kepada ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan RasulNya (yakni, as-Sunnah), bukan oleh manusia, lebih-lebih lagi manusia yang jahil ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam  iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, atau manusia yang syirik dan kafir (kerana kes ini mulanya ditimbangkan oleh seorang hakim yang bukan Islam pula)! Dalam Islam Allah (a.w) membuat ketetapan supaya umat Islam itu taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w) dan (taatkan) 'ulil amri' (i.e. orang yang brkuasa terhadap umat/masyarakat Islam) - Ayat 59; an-Nisa'. Allah (a.w) membuat ketetapan dalam sambungan kepada ayat tersebut, jika mana-mana pihak - pemimpin dan rakyat - berselisih faham atau bertelagah atas sesuatu, maka yang wajib menentukannya atau menyelesaikannya adalah Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Dalam perkara penggunaan kalimah 'Allah' ini, kerajaan wajib merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk mendapatkan jawapan dan penyelesaian, bukan kepada mahkamah atau manusia, bukan kerana politik, bukan kerana accidence of event yang kalimah 'Allah' itu telah diluluskan kepada kaum Kristian di sabah dan Sarawak. Kalau ketetapan Allah dan RasulNya diketepikan atau diabaikan atau dibiarkan, maka samalah orang Islam dengan orang yang dia buat rakan taulan atau kawan! Adalah suatu dosa yang besar apabila orang Islam - pemimpn, para ulama' dan umat Islam sendiri, membenarkan kalimah 'Allah' digunakan oleh manusia yang Allah laknat lagi benci. Tidak wajar manusia cuba membuat keputusan terhadap Allah seolah-olah Allah itu adalah makhluk atau pihak yang boleh disuruh arah. Keputusan yang hendak dibuat adalah apakah orang beragama selain Islam boleh mencemarkan nama suci Allah untuk digunakan sebagai reference atau merujuk kepada tuhan-tuhan mereka?
Saudara, kesilapan juga dibuat oleh pihak mahkamah dalam meneliti kes ini. Kenapa? Masyarakat Kristian di negeri-negeri Semenanjung inginkan Bible versi Melayu/Bahasa Malaysia itu dibenarkan digunakan untuk rujukan kaum Kristian di Semenanjung juga, sebagaimana di Sabah dan di Sarawak. Malah, mereka ingin menggunakan kalimah 'Allah' itu digunakan dlam sebarang upacara agama Kristian, seperti sermon setiap Ahad di gereja atau dalam sesuatu foru seperti seminar atau dailaog dll Maksudnya digunakan secara meluasa tanpa batasan oleh oran-orang bukan Islam untuk merujuk kepada tuhan-tuhan mereka! 
Saudara, Allah adalah tuhan manusia - manusia semenjak Adam (a.s) hinggalah manusia terakhir ketika berlakunya kiamat. Allah (a.w) perintahkan manusia - Ayat 57: az-Zariat - bahawa manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia untuk memperhambakan diri/mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w), yaki dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan dan tinggalkan atau jangan buat apa-apa yang ditegah. Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa Dia itu Esa, tidak beranak dan tidak pula diberanakkan, tidak menyerupai sebarang bentuk dan sifat makhluk yang dijadikanNya. Orang Kristian sebaliknya mempercayai sebaliknya - tidak akui keEsaan Allah, mereka menyamakan taraf Mary (atau Virgin Mary) dan Jesus dengan Allah (a.w)! Mereka tidakpun Islam, walhal Allah (a.w) cipta Islam sebagai agama semua mansia dan untuk semua zaman. Mereka tidakpun terima Islam, walhal Islam adalah agama yang Allah ridha (i.e. perintahkan) mansuia jadikan agamamereka. Kristian tidak akui Muhammad (s.a.w) sebagai utusan Allah, lebih-lebih lag Utusan yang Allah (a.w) ututskan kepada semua manusia dan semua zaman. Kristian tidak mahu terima al-Quran sebagai kitab agama dan panduan hidup hamba Allah (a.w) untuk panduan semua bangsa dan semua zaman. Jelaslah, tidak ada asa langsung bagi orang Kristian - atau siapa saja - untuk menamakn tuhan-tuhan mereka dengan nama 'Allah'.
Saudara, pernahkan saudara membuat Kitab Bible versi Inggeris atau al-Kitab Bible versi Meayu/indonesia itu? Kalau al-Kitab itu adalah terjemahan Kitab Bible, apakah dalam Bible versi Inggeris tu tuhan Kristian  disebut sebagai 'Allah'? Bukankah kalimah-kalimah seperti 'Your Lord' atau 'The Lord' atau 'Thy Lord', digunakan? Mengapakan diterjemahkan kepada 'Allah'? Saja cari pasal atau saja inginkan disamatarafkan agama tersebut dengan agama Islam>
Sepatutnya ditanya dalam penghakiman itu, kalaulah orang Kristian boleh membuktikan bahawa Bible itu adalah kitab Injil, mungkin tidak menjadi masalah yang besar dari segi penggunaan kalimah 'Allah', kerana Kitab Injil yang diturunkan kepada Isa (a.s) merujuk kepada tuhan itu sebagai 'Allah'. Kerana, Kitab Injil sebagaimana kitab-kitab trdahulu seperti Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud (a.s) (King David) adalah dari Allah (a.w), begitu juga Musa (a.s) (atau, Moses) diberikan Kitab Taurat, juga kitab yang diberikan oleh Allah (a.w). Demikian juga al-Quran, adalah kitab Allah (a.w). Tapi, umat Islam wajib faham, bahawa apabila Rasul di ganti, dan kitab baru diturunkan, maka syariat agama yang dibawakan oleh Rasul yang dahulu dimansuhkan dan digantikan oleh kitab yang baru. Malah dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil umat Nabi Musa (a.s) dan Umat Nabi Isa (a.s) telah diberitahu bahawa nabi terakhir namanya Ahmad atau Muhammad, dan beliau membawakan syariat agama Islam yang disempurnakan dan dia di utus bukan kepada sesuatu kumpulan atau kaum, tetapi kepada manusia sejagat, membawakan al-Quran, kitab panduan manusia sejagat semua zaman, dan agama Islam yang menggantikan syariat agama Islam terdahulu.
Saudara, Injil, adalah kitab Allah, maka pastilah jelas merujuk kepada Tuhan manusia itu 'Allah'. Tapi, tiada siapapun menjumpai Kitab Injil. Kalaupun dijumpai Kitab Injil, tetap syariat yang dibawakan oleh Injil sudah dijumudkan oleh al-Quran, tidak lagi diterima Allah (a.w) sebagai panduan agama zaman ini. Malah, apabila dunia akan kiamat nanti, akan turun Dajjal dan akan diturunkan kembali Isa (a.s) untuk memimpin Islam dan menyemarakkan semula agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Saudara, Islam universal kini, agama yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dibawakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai agama semua zaman, sudah lebih dari 1,435 tahun usianya, dan Isa (a,s) meninggalkan kaumnya - Yahudi dan Nesrani - lebih dari 600 tahun sebelum Rasulallah (s.a.w) diangkat menjad Rasul. Kalaulah ada Kitab Injil, ia telah berusia lebih daripada 2,000 tahun (kerana Kitab Injil itu diturunkan oleh Allah (a.w) kepada Isa (a.s) sekali gus, tidak beransur-ansur). Kalau ada Kitab Injil maka lebih mudah diperjelaskan kepada orang yang menganuti agama berdasarkan Injil (bukan agama Kristian) - kerana agama Injil adalah agama Islam versi zaman itu. Jika ada, pnganut agama di bawah Injil akan tahu bahawa Muhammad (s.a.w) adalah Rasul yang akan datang selepas Isa (a.s). [Nota: Samalah hakikat program komputer versi terdahulu digantikan oleh versi terkini.]
Saudara, Kitab Bible versi Inggersis - apapun nama dan bahasa pengantarnya - bukanlah kitab Injil. Kerana itu agama di bawah naungan Bible - Inggeris atau Melayu ke - bukanlah agama yang didatangkan oleh Allah (a.w), tetapi agama yang dicipta/direka oleh manusia. Maka dengan itu, penganut agama Kristian atau Yahudi tidak berhak menggunakan nama 'Allah' untuk merujuk kepada tuhan mereka.
Saudara, tak perlu pergi jauh. Lihat sajalah Kitab Bible itu. Apakah dalam Bible ada trtuis kalimah 'Allah' sebagai nama yng dirujuk terhadap tuhan penganut agama Kristian? Jika begitu, ada asas bagi mereka menggunakan kalimah Allah, kerana dalam versi Inggeris tuhan mereka di rujuk sebagai 'Allah'. Jika lain kalimah di gunakan dalam Bible versi Inggeris, maka tidak wajar kini kalimah Allah' di gunakan.
Saudara, Islam adalah agama untuk manusia sejagat, semua zaman dan semua bangsa - sehinggalah terjadinya kiamat. Nabi Muhammad (s.a.w) adalah Utusan Allah (a.w) sebagaimana Isa (a.s), Musa (a.s), Ibrahim (a.s) kepada manusia, hanyalah nabi dan rasul yang dulu dihadkan kepada masyarakat masing-masing, tetapi Nabi Muhammad (s.a.w) diutus Allah (a.w) kepada semua manusia dan semua zaman. Maka dengan itulah Islam itu kekal tanpa berubah aqidah dan syariatnya sampailah kiamat dunia. Yang brubah hanyalah kefahaman umat Islam tentang Islam kerana kesalahan mereka sendiri - kerana kejahilan mereka, kerana mereka tidak terima Islam 100% dan sebagainya. Maka dengan itulah setelah kiamat dunia daripada 1,000 orang yang akui diri mereka Islam, hanya seorang yang dapat syurga, sementara majoriti 999 orang Islam di dunia tapi tak dapat syurga di akhirat - salah mereka. Wanita disuruh menutup aurat enggan. Di suruh solat, pusa dll diperlekehkan atau diambl rngan Disuruh bua amalan-amalan dan ibadah sunat sebagi bukti kesyukuran kepada Allah (a.w) yang memberi banyak nikmat dalam kehidupan, lupa ... Allah (a.w) suruh pegang al-Quran dan as-Sunnah dan ikuti hanya Rasulallah (s.a.w) dan jangan tubuhkan mzhab, mreka bermakzhab, maka dengan itulah terdapat 73 aliran ata fahaman Islam di dunia, 72 fahaman atau aliran, Islam, tetapi gagal dapat syurga, dan yang berjaya dapat syurga hanyalah golongan Islam yang berpandukan as-Sunnah dan berjema'ah dalam Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment