Saturday, January 18, 2014

Tanda nak kiamat: budaya maksiat hari ini

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama dulu berita berikut disiarkan dalam banyak akhbar. Berita ini dipetik kerana kemungkinan besar mereka yang terlibat adalah orang Melayu - muda mudi Melayu. Kalau benar, betapa rosaknya masyarakat Melayu hari ini. Bukan sahaja muda mudi Melayu terlibat dalam pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, bahkan kalau disebut 'wild party' pastinya mereka terlibat dengan aktiviti seks bebas dan bertukar-bertukar pasangan pula. Satu-satu tanda kiamat sudahpun hampir.
Saudara, kita lihat berita di bawah ini sebagai prelude kepada apa yang kita nak bincangkan di bawah.
(Tajuk Berita): Bukit Aman cop among 38 nabbed at ‘wild party’
GEORGE TOWN: A policeman from Bukit Aman was among 38 people nabbed at a “wild party” in a Sungai Nibong condominium here.
The participants were high on drugs and did not notice the presence of policemen even when the personnel busted the party at 8am yesterday.
All of them were taken to the police headquarters for questioning.
Eighteen of them tested positive for ganja and methamphetamine, including three teenage girls.
State deputy CID chief Asst Comm Nasir Salleh declined to elaborate.
He said the 18 individuals, including the policeman, had been remanded to assist in investigations.
The group had, apparently, staged a party earlier on a beach in Batu Feringghi before continuing the revelry in the condominium.
The party is understood to have been planned over the social media, and only exclusive invitations were sent out.
When the music got too loud during the wee hours, residents complained to the condominium’s security personnel who contacted the cops.
Sources said that the suspects were from Penang, Kedah, Perlis, Perak and Selangor.
Saudara, demikianlah dilapurkan oleh akhbar.
Saudara, kalau kita perhatikan dalam siaran akhbar saban hari terdapat berita-berita tentang prilaku orang Melayu dalam perkara kemaksiatan - contohnya anak menganianya, malah membunuh, ibu bapa mereka; suami mendera isterinya seperti memukul dan menyembelih isterinya; anak yang berada dan kaya membiarkan ibu bapanya di rumah jagaan/rumah orang tua, orang yang kaya membazirkan harta mengadakan parti hari kelahiran di hotel dan restoran yang posh, bergaul pula menari sebagaimana perlakuan orang Barat, membunuh orang lain tanpa rasa apa-apa demi mencuri sedikit wang yang diragut; anak gadis yang keluar malam tanpa pengetahuan ibu bapa atau kalau dilarang ibu bapapun tak diendahkan, keluar larut malam, tak balik rumah, anak-anak muda menyewa bilik hotel budget untuk berzina, anak-anak muda bercumbu-cumbuan di depan khalayak ramai tanpa segan silu, anak-anak dara terlanjur membuang anak di merata tempat seumpama membuang anak kucing dll lagi
Saudara, inilah tanda-tandanya runtuhnya akhlak dan agama orang Melayu. Sudahlah orang Melayu runtuh ekonomi mereka, runtuh politik mereka, runtuh dan punah kuasa politik mereka kerana pengaruh wang yang dimiliki oleh orang bukan Melayu, kerana inginkan kesenangan dunia, orang Melayu pula meruntuhkan akhiratnya. Mereka rugi di dunia dan rugi di akhirat. Orang yang tidak Islam untung di dunia, walaupun dia rugi di akhirat, kerana mereka tidak yakinkan akhirat. Orang Melayu, sudah mula kurang menyakini akhirat, maka meniru perilaku dan carahidup dan gayahidup orang kafir. Mereka sudahlah rugi di dunia - takpun semewah bangsa lain sekaya bangsa lain, susah, mereka pula merugikan akhiratnya.
Saudara, situasi yang digambarkan oleh berita/akhbar di atas itu bukan suatu perkara yang ganjil, tapi adalah suatu yang akan semakin menjadi-jadi. Insya Allah dalam post ini kita akan lihat sinario zaman yang menghadapi umat Islam, mudah-mudahan kita sentiasa sedar, supaya janganlah kita terpengaruh, dan termasuk dalam golongan orang yang rugi akhiratnya, waliya zubillah.

Tanda-tanda hampirnya kiamat
1) Zaman semakin buruk
(Manusia semakin buruk dalamannya)


Saudara, dalam hadith berikut disebutkan tentang kezaliman seorang pemimpin Islam suatu zaman selepas zaman khalifah dahulu. Hari ini di negara-negara Islam terjadi sedemikian juga - di Timur Tengah. Di Malaysia belum berlaku lagi, tetapi sudah ada tanda-tandanya apakala kebajikan rakyat biasa yang memerlukan bantuan dan pertolongan dibiarkan. Contohnya kita berbangga dengan kutipan zakat yang begitu banyak, tetapi mengapakah masih ramai umat Islam yang tinggal di rumah yang begitu usang dan tidak mempunyai sumber untuk menyara hidup dia dan anak-anak mereka.
Diriwayatkan hadith dari Zubeir b ‘Adiyi berkata: ‘Datang kami kepada Anas b Malik maka mengadukan kami kepadanya apa-apa yang menjumpai kami dari (perkara) Hajjaj, maka berkata Anas: ‘Bersabarlah! Maka sesungguhnya tidak datang atas kalian suatu zaman kecuali selepasnya (i.e. selepas zaman itu) lebih buruk dari zaman sebelumnya, sehingga bertemu kalian Tuhan kalian, mendengar aku akan ini dari Nabi (s.a.w) kalian.’ – Bukhari, Kitab Fitan.
[Nota: Hajjaj adalah Imam/Amir yang paling zalim dalam sejarah pemerintahan Islam. Dalam zaman pemerintahannya dia membunuh seramai 24,000 orang Islam yang menentangnya atau berbeza pendapat dengannya.
Hadith ini menyebutkan bahawa apakala seorang iman itu berdepan dengan kezaliman kepimpinan mereka terhadap mereka, yang diperintahkan oleh Islam adalah bersabar, bukanlah menentang kezaliman tersebut. Sifat sabar adalah salah satunya sifat yang membezakan orang iman dengan orang Islam biasa. Allah (a.w) perintahkan hambaNya bersabar ketika berhadapan dengan cubaan. Imam/Amir itu bertanggung jawab kepada Allah (a.w) segala apa yang dikerjakan olehnya sebagai pemimpin. Rukyah tidak akan dipertanggun jawabkan. Disebutkan dalam sepotong hadith bahawa Imam/Amir yang tidak meramut (membimbing) jema’ahnya kepada ketentuan dan tuntutan Islam, seumpama menzalimi mereka, maka dia tidak akan masuk syurga manakala jema’ahnya masuk syurga.
Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini bahawa walaupun dari segi keduniaan – kemajiuan keduniaan, spt kecanggihan teknologi, terutama teknologi berkomunikasi, contohnya - zaman sekarang lebih baik dari zaman dulu, kini melalui teknologi IT semuanya mudah dan dipermudahkan. Namun dari segi pertimbangan-pertimbangan akhirat, semakin jelik. Maksudnya dunia dan manusia, terutama mereka yang Islam, semakin lupakan Allah (a.w) dan lupakan Rasulallah (s.a.w), sehinggakan mereka hanya Islam di kulit (lahiriah sahaja) walhal isi dalamannya takda beza dengan yang kafir. Ini termasuklah orang-orang yang dianggap atau dinobatkan oleh masyarakat sebagai orang ‘alim’ – ilmuwan dan ulama’, yang bertindak takda bezanya dengan tindak tanduk orang yang kafir. Dan, para pemimpin yang kononnya mendokong menobatkan Islam tetapi mereka sendiri engkar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dan mengutamakan pertimbangan selain akhirat dalam urusan kerajaan dan sabagainya.]

2) Tanda-tanda kiamat hampir
Saudara, dalam hadith ini disebutkan lima tanda-tanda hampirnya kiamat.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik berkata: ‘Tidakkah bercerita aku suatu cerita yang mendengar ini cerita dari Rasulallah (s.a.w) (yang) tidak akan mendengar seseorang selepas ini: ‘Inna min asyratis-sa’ati an yurfa’al-ilmu wa-yazharal-jahiu wa-yafsyuz-zina wa-yusrabal-hamru wa-yashabar-rijalu wa-tabqan-nisa-u hatta yakunal-khamsina imra-atan qaiyimun wahidun.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya termasuk tanda-tanda (datangnya) kiamat bahawa (pertama) diangkat (i.e. hilang) ilmu, dan (kedua) zahirnya kebodohan dan (ketiga) tersebarnya (i.e. merebaknya) zina dan (keempat) (berleluasanya) minum arak dan (kelima) dan hilangnya/mati ramai lelaki dan terbit/lahir ramai wanita sehingga akan ada bagi lima puluh perempuan diramut oleh seorang lelaki.) – Hadith Muslim, Kitab Ilmu.
[Nota: Dalam hadith ini disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) lima tanda-tanda hampirkan kiamat apabila berlaku dalam masyarakat Islam:
(a) Hilangnya atau terhapusnya ilmu (i.e. ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah) – kerana semakin ramai orang-orang yang berilmu mati dan ramai pula orang yang berilmu tidak berusaha mengajarkan ilmu yang mereka ada; dan tiada atau tidak ramai generasi muda yang ingin mengambil ilmu dari mereka, atau tidak mahu belajar ilmu dari mereka yang berilmu, maka semakin jahillah masyarakat Islam kerana ketandusan atau kepupusuan ilmu. Ilmu itu hilang kerana semakin tiada orang-orang yang berilmu, dan kepimpinan umat Islam semakin mengabaikan atau membelakangkan ilmu Islam;
(b) Kerana terhapusnya atau terhakisnya ilmu maka semakin jahillah umat Islam tentang agamanya – tercemar aqidah mereka dan menyimpang syariat Islam yang diamalkan oleh mereka. Mereka yang memimpin, para ulama’ mereka dan masyarakat sejagat, kerana sudah jauh dari al-Quran dan as-Sunnah, berpedomankan kebijaksanaan pendapat dan kepintaran fikiran manusia. ‘Ulama’ akan menghukum berdasarkan pertimbangan-pertimbangan selain al-Quran dan as-Sunnah, kerana mereka jahil al-Quran dan as-Sunnah. Maka umat Islam akan berpandukan kecerdikan dan akal fikiran manusia, maka yang menghukum dan mengajar atau membimbing sama-sama jahil, sesat mereka yang memimpin maka menyesatan orang lain, yang dipimpin, yakni rukyahnya;
(c) Meluaskan perbuatan zina antara umat Islam, kerana kejahilan ilmu dan kerana kepupusan panduan dan bimbingan agama, semakin meniru perangai, perilaku dan perbuatan (carahidup) orang yang kafir, malah semakin ramai umat Islam yang namanya sahaja tinggal Islam, selainnya takda beza dengan orang kafir. Mereka tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, membelakangkan sama sekali perintah menginfaq/berinfaq, amal makruf dllnya. Wanita Islam tidak segan silu mendedahkan diri mereka dan menonjolkan perhiasan diri mereka;
(d) Umat Islam akan semakin ramai ‘menghalalkan arak’ atau arak dijadikan minuman lazim golongan berada dan kaya dan diganti nama minuman arak nama lain yang boleh menyamatarafkan minuman tersebut dengan minuman yang halal, maka ‘menghalalkan mereka arak (walhal, sesiapa yang minum arak tidak akan masuk syurga. Sepuluh orang yang terlibat dengan industry arak tidak akan masuk syurga, melainkan mereka bertaubat);
(e) Semakin ramai kaum lelaki yang mati dan semakin ramai kaum perempuan dilahirkan dalam masyarakat Islam, sehinggakan nisbah lelaki:perempuan adalah 1:50. Maka akan berlakulah kesulitan bagi wanita mencari pasangan dan semakin sengitlah persaingan antara sesama wanita, sehinggakan sampai masanya seorang lelaki meramut atau menjaga 50 orang perempuan (sebagai isteri atau gundik atau simpanan mereka). Sinario ini juga mengakibatkan berleluasanya zina di kalangan umat Islam apabila wanita ingin mendapatkan calun suami sanggup berbuat apa saja.]
Insya Allah kita akan sambung lagi perbincangan kita dalam post-post selanjutnya.

Jazakallahi khairah

No comments:

Post a Comment