Assalamualaikum,
Saudara, dah lama tak menulis kerana kesibokan tugas dan aktiviti harian. Alhamdulillah, hari ini, sempena datangnya bulan Ramadhan al-Mubarak - yg barokah atau berkat, kita mulakan semula nasihat kpd sudara melalui blog ini.
Saudara, senja ini, puhak berkuasa Agama Islam di Malaysia akan melihat anak bulan Ramadhan Biasanya dalam keadaan persekitaran cuaca di Malaysia, tidak mungkin anak bulan Ramadhan kelihatan. Justeru itu, berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, apabila tidak nampak anak bulan Ramadhan, maka kita dikehendaki mencukupkan bilangan hari bulan Sya'aban 30 hari, dan esoknya kita mulakan berpuasa. Insyallah, hari Sabtu ini kita akan mulakan berpuasa.
Saudara, kita umat Islam diberi gajaran pahala bagi setiap kbaikan yg kita kerjakan setiap hari (yg diniatkan semata-mata ikhlas mencari kerahmatan, i.e. syurga Allah, dan takutkan siksaan, i.e. neraka Allah, maka kita diberi ganjaran pahala antara gandaan 10 hingga 700 kali ganda. Demikianlah pemurahnya Allah. Dalam bulan Ramadhan setiap amal makruf atau kebaikan yg kita lakukan, kita dijanjikan gandaan pahala yg jauh lebih banyak gandaan dari 700 gandaan, terpulang kpd keikhlasan kita sebagaimana yg dinilai oleh Allah. Sebaliknya, kita diberitahu bahawa dalam bulan-blan selain Ramadhan setiap kejahatan atau kemaksiatan yg kita kerjakan, kita dibalas dgn dosa yg setimpal - tanpa digandakan. Demikianlah pemurahnya Allah (a.w) - buat kebaikan dapat gandaan pahala 10 hingga 700 kali gandaan, tapi kalau kita buat kejahatan atau kemaksiatan tidak digandakan, hanya dikira satu kejahatan atau kemaksiatan! Tapi, dalam bulan Ramadhan, kalau kita buat sesuatau kebaikan, gandaannya melebihi 700 kali ganda. Begitu juga setiap kejahatan atau kemaksiatan yg kita lakukan dalam bulan Ramadhan, dosanya digandakan sebanyak yg ditetapkan oleh Allah (a.w) 10 atau 700 kali ganda atau malah lebih banyak gandaan dari itu pula! Maka dgn itulah dalam bulan Ramadhan, malaikat di langit sentiasalah berseru pd umat Islam yg beriman, supaya tinggalkanperbuatan yg berdosa, sebaliknya perbanyakanlah perbuatan yg mendatangkan pahala - demi mengingatkan kita yg Islam supaya berjaga-jaga selamat dari siksaan neraka di ahirat kelak.
Sadara, demikianlah barokahnya bulan Ramadhan itu. Malah dalam hadith Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa orang Islam yg iman itu sungguh-sungguh rugi, kalaulah sektika tiba Ramadhan dan berakhir Ramadhan, mereka tidak selamat dari neraka. Kerana seorang iman yg menemui Ramadhan dan mengerjakan sebaik mungkin amalan dan iabdah, meninggalkan perbuatan yg melalikan dan mendatangkan dosa, akan dibebaskan dari neraka, seolah-olah dilahirkan ke dunia tanpa dosa. Namn, berapa ramaikan diantara kita yg mengambil kesempatan ini dalam bulan Ramadhan yg sudah-sudah. Jika kita dah erlepas peluang sedemikian pada Ramadhan-Ramadhan yg lalu, kali ini kerana kita masih diberi nyawa oleh Allah (a.w) usahakanlah beramal dan beribadah sebanyak dan sebaik mungkin dan tinggalkan atau jauhilah segala sesuatu yg menimbulkan dosa. Dgn itu kelak di akhir Ramadhan, kita atah dibebaskan oleh Allah (a.w) daripada belenggu neraka, insya Allah.
Saudara, dalam bog ini kita telahpun lihat dalam post-post tahun lepas (2011, contohnya) perbincangan kita yg panjang lebar tentang betapa banyak dan berbagainya pahala kurnaan Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan. Saudara boleh rujuk kembali kpd post-post tersebut sebagai mengingatkan kembali apakah persiapan kita dalam menyambut Ramadhan al-mubarak ini. Insyallah kita akan ulangi secara rengkas perkara-perkara menyentuh pahala amalan dan ibadah dalam bulan Ramadhan itu.
Saudara, bagi kita yg inginkan gandaan pahala maksimum dalam bulan Ramadhan, antara yg wajib kita berikan tumpuan setiap hari adalah: membanyakkan amalan dan ibadah, terutama yg sunat-sunat ketika siang dan ketika malam Ramadhan; dan meninggalkan atau, lebih baik, menjauhi segala sesuatu yg bersifat kemaksiatan ketika siang dan ketika malam, termasuklah menghabiskan masa secara sia-sia seperti mennton wayang, tv, membuat kerja-kerja yg membazirkan masa dan yg melaalikan. Di sinag Ramadhan wajarlah kita lakukan perkarkara-perkara berikut: Mengerjakan Solat Duha - dua-dua rakaat disudahi dgn salam sebanyak 12 rakaat (yakni, 6 solat), membaca al-Quran, berdoa, berzikir, beristighfar dan sebagainya, bersedekah, memberi makan kpd anak-anak yatim yg belum wajib berpuasa. Ketika malamnya pula kita menunaikan Solat Terawih - 8 rakaat dibuat, empat-empat rakaat disudahi dgn satu salam dan kemudian ditutup dengan 3 rakaat Solat Witir. Kemudian ketika tiba sepertiga malam pula (i.e. selepas jam 3 pagi) kita berqiamul-lain - mengimarahkan malam - dgn mengerjakan Solat Tahajjud yg dibuat dua-dua rakaat disudahi dgn satu salam sebanyak yg termampu dan kemudian kita terus bersahur. Memang ada di antara kita yg boleh berpuasa esok harinya tanpa bersahur, tapi Allah (a.w) memberi keberkatan kpd kita yg bersahur, walaupun setakat seteguk air sahaja. Kemudian sepanjang hari itu, kita cuba baca al-Quran supaya kita dapat sempurnakan satu juz setiap hai (maka dalam bulan Ramadhan, kita khattam a-Quran sekurang-kurangnya sekali). Kemudian, apabila tiba waktu brbuka, hendaklah kita segera berbuka sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib, dgn 3 biji kurma dan air manis, supaya kita dapat pahala mengikuti as-Sunnah.
Saudara, bagi mereka yg mampu, kita dapat ada umat Islam yg ke Mekah untuk mengerjakan elbagai amalan dan ibadah di Masjidil Haram, dimana llah (a.w) gandakan pahala setiap ibadah 100,000 gandaan. Dan, kalau ditambah dgn gandaan Ramadhan ula betapa banyaknya simpanan ahirat mereka. Juga setiap umrah yg dikerjakan dalam bulan Ramadhan kita diberi ganjaran pahala satu haji bersama-sama dgn Rasulallah (s.a.w) pula!
Saudara, demikianah bayaknya pahala yg Allah (a.w) kurniakan kpd kita dalam bulan Ramadhan al-mubarak ini. Jangalah lepaskan peluang. Laburlah untuk akhirat sebany-banyaknya ..
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment