Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan al-Mubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam perbincangan kita tntang kefadhalan puasa Ramadhan, kita telah diberitahu betapa Allah (a.w)  telah mempermudhkan kita untuk mengerjakannya, beramal di siang dan di malam harinya, demi memaksimumkan ganjaran pahala, dan kita diberitahu bahawa jika kita berjaya dalam bulan Ramadhan, segala dosa-dosa kita yg lalu terhapus dan dikikis, maka kita bersih dari dosa. Dan, apabila kita bersih dari dosa, pastilah kita mendapat syurga. [Nota: Dengan syarat, setelah bersih, kita kekal bersih sehingga sampai akhir hayat kita.]
Saudara, Allah (a.w) kurniakan kita gandaan pahala yg amat banyak yg kita tidak ketahui, kerana Allah (a.w) saja yg tahu dan menilainya dan kita aan diberitahu di akhirat kelak, berpa banyak gandaan pahalakah kita perolehi kerana puasa kita. Di dalam al-Quran dan as-Sunnah kita diberitahu bahawa (a) amat mudah mendapat pahala dari mendapat dosa dalam percakapan dan perbuatan kita sehari-harian; (b) ganjaran pahala digandakan bagi setiap kebaikan yg kita lakukan - kebiakan kerana ucapan dan kebaikan kerana perbuatan - iaitu digandakan antara 10 hingga 700 kali gandaan. (c) sebaliknya pula, gandaan dosa setiap kejahatan yg kita lakukan pula hanya satu berbanding 10 hingga 700 gandaan kebaikan bagi setiap kebaikan yg kita lakukan! Begitu pemurahny Allah (a.w) yg sukakan hambaNya dapat syurga dan selamat dari nerakaNya! Tapi, apakah kita ambil peluang tersebut?
Saudara, kita mendapat pahala jika kita berbuka segera tatkala tiba waktu berbuka, yakni apakala masuk waktu Maghrib. Mempercepatkan berbuka mendapat tambahan pahala. memulakan berbuka dgn tamar atau kurma pula mendapat tambahan pahala. Bersahur mendapat keberkatan yakni pahalanya tersendiri. Dan melambatkan bersahur selain belum masuk waktu Subuh, mendtangkan tambahan pahala pula pada kita. Selain itu, setiap amalan baik - amal makruf - termasuk ibadah sunat ketika siang dan ketika malam mendatangkan ganjaran pahala yg gandaannya hanya Allah (a.w) yg tahu dan tentutkan. 
Justeru itu, sesiapa yang mengamalkan pelbagai ibadat dalam bulan puasa, terutama di waktu malamnya, maka mereka menyahut panggilan dan gesaan para Malaikat, dan Allah (a.w) akan memberikan mereka ganjaran pahala yang banyak, kerana segala kebaikannya akan memasukkan mereka terus ke dalam syurga, kerana mereka berusaha memerdekakan diri mereka daripada belenggu pengaruh syaitan dan jinn dan pengaruh atau belenggu sifat-sifat kesyaitanannya dalam diri mereka sendiri, dan berusaha meningkatkan ketaqwaan mereka terhadap Allah (a.w). 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Saleh hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tiap-tiap amalan anak Adam digandakan kebaikan dengan sepuluh seumpamanya sehingga 700 ratus gandaan atas apa-atas yang dikehendaki oleh Allah (a.w). Telah berfirman Allah (a.w):Kecuali amalan puasa, maka sesungguhnya puasa bagi Aku (Allah), dan Aku (Allah) yang membalasnya dengan mereka meninggalkan syahawat mereka dan makanan mereka dari arahKu (yakni, kerana mentaatiKu). Bagi orang-orang yang berpuasa (mendapat) dua keriangan, (pertama) keriangan ketika berbuka (yakni, setiap kali berbuka dan ketika merayakan Aidil Fitri), dan (kedua) keriangan ketika menemui Tuhan mereka (di akhirat kelak, yakni mendapat syurga), dan adapun busuk bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah (a.w) daripada bau minyak kasturi (misk.’ [Hadith Qudsi Ibnu Majah, Kitab Siam] 
Selain menyebut bahawa orang yang mendapat mertabat puasa yang terbaik, di akhirat kelak, akan dipanggil oleh malaikat memasuki syurga melalui pintu syurga bernama Pintu Riyan.
[Nota-1:Manusia itu dikatakan memiliki sifat-sifat kemalaikatan dan kesyaitanan, maka sentiasa dua ‘forces’ (kuasa) itu akan mencuba untuk mengatasi yang satu lagi, ‘force’ yang mana berjaya akan menjadikan manusia itu memiliki sifat-sifat yang menang, kalau kesyaitanan, maka lebihlah dia bersifat dengan sifat-sifat yang buruk.
Nota-2: Dalam hubungan ini mungkin kita boleh renung kembali peristiwa Nabi Musa (a.s) yang diperintahkan oleh Allah (a.w) berpuasa sebulan – tanpa makan dan minum dan sebagainya – siang dan malam. Kemudian setelah tamat 30 hari maka beliau bersugi untuk membersihkan mulutnya daripada bau busuk supaya apabila dia berhadapan dengan Allah (a.w) dia kelihatan segak dan segar. Semasa beliau berpuasa tanpa bersugi itu, para malaikat seringlah menghampirinya kerana bau mulutnya yang begitu enak dan nyaman seumpama bau kasturi. Tetapi, setelah dia bersugi, maka tidaklah lagi malaikat menghampirinya. Oleh kerana perbuatan bersugi itu, Allah (a.w) telah menambah 10 hari lagi supaya dia berpuasa. Maka dengan itulah disebutkan di dalam al-Quran Nabi Musa (a.s) berpuasa 40 hari sebelum ke gunung Torsina untuk menerima Kitab Taurat. ]
Saudara, mudah-udahan saudara mengambi sepenuh manfaat dari apa yg disediakan oleh Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment