Assalamualaikum,
Saudara, bagi mereka yang Islam, hri ini mereka masuk hari ke-3 puasa Ramadhan. Dalam ost sebelum ini kita telahpun teliti asas syariat puasa fardu (Ramadhan) itu berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan penjelasan beberapa isu mengenai puasa itu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Kita dah tahu ada 6 kategori orang Islam yang diberi kelonggaran ata keringanan oleh Allah (a.w) tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Mereka, walau bagaimanapun, diwajibkan menqada' puasa yang dia tidak puasa itu dalam bulan-bulan kemudiannya, jumlah hari yang dia tinggalkan puasa. Dalam 5 situasi itu tidak berdosa mereka yang makan minum di siang hari kerana ruhsah tersebut. Mereka adalah (a) orang yang sakit yang tidak mmpu dia berpuasa kerana sakitnya, dan apabila sudah sembuh, dia wajib berpuasa; (b) wanita yang sedang hamil kerana takutkan kemudaratan kepada anak yang dikandungnya, maka dia boleh tidak berpuasa, tetapi diganti dengan puasa pada hari-hari lain; (c) wanita yang baru melahirkan anak, kerana takutkan kemudaratan kepada keupayaannya mengadakan susu untuk bayinya, dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkannya pada bulan-bulan lain; (d) orang yang musafir kerana sesuatu tugas yang tidak maksiat ketika dia berpergian sejauh melebihi 90 kM (jarak yang membolehkan seseorang itu menjamak dan mengqasarkan solat fardunya); (e) wanita yang datang haidnya - wanita yg haid tidak dibenarkan berpuasa dan bersolat, tapi wajib dia ganti puasa yang tertinggal, tetapi tak perlu gantikan solat fardu yang tertinggal; dan (f) orang tua - lelaki dan perempuan yang umurna melebihi 60 tahun - yang, kerana usia mereka, tidak mampu berpuasa, mereka ini tidak perlu menggantikan puasanya, tetapi dikehendaki membayar fidyah dengan memberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang dia tidak berpuasa. Dalam situasi atau persekitaran sekarang ini untukmenyara makan sehari bagi seorang miskin adalah fidyah wang RM 12.00 atau RM 15.00, mengikut keadaan setempat.
Saudara, demikianlah 5 golongan orang Islam yang diberi kemurahan oleh Islam tidak berpuasa beberapa hari dalam bulan Ramadhan atau sepanjang sebulan Ramadhan. Sebahagian dikenakan mengqada'kan puasa mereka dan sebahagian - i.e. yg tua dan uzur serta lemah - diganti dengan membayar fidyah.
Saudara, bagaimana pula perkara-perkara yang membatalkan puasa? Semenjak dari kecil kita diberitahu oleh ulama' kampung atau ustaz atau guru agama di pondok beberapa perkara mengnai perkra-perkara yang membatalkan puasa. Iulah ilmu mengenai puasa dalam Islam yang kita warisi turun temurun. Kita tak pula semak apakah ilmu mereka yang mengajarkan kita itu benar? Atau, itu adalah ikutan atau pendapat orang-orang dulu-dulu kala? (Istilah yg sering disebut oleh Alah dalam al-Quran dan yang disebut oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah). Yg benar dalam Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, selainnya, jika tiada dalam dua sumber tersebut adalah bohongan semata-mata. Tidak boleh dijadikan panduan dalam beramal dan beribadah.
Saudara, kita teliti kali ini apakah yang membatalkan puasa kita jika berlaku situasi sedemikian itu. Ketetapan Islam adalah seperti berikut.
Yg membatalkan puasa adalah: (a) makan dan minum siang hari; (b) memasukkan bahan berupa gantian makan dalam tubuh badan melalui suntikan spt IVdrip yg disuntikkan ke tangan atau mana-mana bahagian badan kepada pesakit sebagai menggantikan makanan dan minuman yg normal atau menelan pil-pil yg menjadi supplement kpd makanan atau minuman; (c) bersetubuh di siang hari (termasuk, bagi lelaki, mengeluarkan mani dengan sengaja); dan (d) muntah dengan sengaja melalui apa jua cara yg menyebabkan seseorang itu muntah, (e) keluar haid bagi wanita; dan (f) wanita bersalin. Justeru itu, perkara-perkara berikut tidak membatalkan puasa seseorang.
Yg membatalkan puasa adalah: (a) makan dan minum siang hari; (b) memasukkan bahan berupa gantian makan dalam tubuh badan melalui suntikan spt IVdrip yg disuntikkan ke tangan atau mana-mana bahagian badan kepada pesakit sebagai menggantikan makanan dan minuman yg normal atau menelan pil-pil yg menjadi supplement kpd makanan atau minuman; (c) bersetubuh di siang hari (termasuk, bagi lelaki, mengeluarkan mani dengan sengaja); dan (d) muntah dengan sengaja melalui apa jua cara yg menyebabkan seseorang itu muntah, (e) keluar haid bagi wanita; dan (f) wanita bersalin. Justeru itu, perkara-perkara berikut tidak membatalkan puasa seseorang.
Orang Islam yang menerima suntikan ubat, termasuklah suntikan insulin bagi mereka yg mengahidapi penyakit kencing manis, memakan ubat cairan untuk mata (spt eye-Mo), suntikan pelali, dan apa saja suntikan yang bahan yang disuntikkan itu bukanlah jenis makanan atau minuman yang lazim, tidak membatalkan puasa kita. Begitu jugalah orang yang menderma darah sama ada mengambil bahagian dalam kempen derma darah atau sebagainya, tidak batal puasanya. Begitu jugalah orang yang menerima darah, bagi mengubati penyakit kurang darah, seumpamanya, tidak batal puasanya. Orang yg mengidapi penyakit lelah memerlukan semburan sejenis ubat pelega paru-parunya untuk memudahkan dia bernafas normal, boleh menggunakan ubat semburan tersebut ketika berpuasa dan tidak batal puasanya. Begitu jugalah orang yang sering tersumbat hidungnya, dia perlu memakai atau menghidu inhaler (spt Vic dan sejenisnya), boleh gunakan untuk melegakan kesesakan hidung, dan tidak batal puasanya. Orang yg perlu menjalani pemindahan darah secara berkala ataupun tidak berkala, spt menjalani dialysis, dan puasanya tidak batal. Orang yang menjalani pembedahan yang mewajibkan dia diberi ubat pelali - local atau general anaesthetic - tidak membatalkan puasanya.
Saudara, kita telah sebutkan tadi bahawa muntah yg disengajakan membatalkan puasa. Kalau muntah itu tidak disengajakan, puasa kita tidak batal. Makan dan minum membatalkan puasa, tetapi memasukkan air ke dalam mulut ketika bersugi (memberus gigi) dan ketika berkumur-kumur untuk mengambil wudu' tidak membatalkan puasa, kecualilah kita sengaja berkumur untuk menelan sedikit air ke dalam perut kita! Jika hari begitu terik panasnya, kita dibolehkan kerap mandi atau berendam dalam kolam atau lautan dan seumpamanya, termasuklah membasahkan kain kemudian melekapkan kain yang basah itu ke kepala atau tubuh kita, juga tidak mengurangkan pahala puasa.
Saudara, yg utama kita ingatkan diri kita adalah bersetubuh di siang hari bukan sahaja membatalkan puasa, tetapi mengakibatkan kita diwajibkan dikenakan kifarah berupa (a) membebaskan seorang hamba perempuan (opsyen dah takda sekarang ini) atau (b) berpuasa dua bulan berturut-turut bagi setiap sehari puasa yang terbatal kerana persetubuhan di siang hari, atau (c) memberi makan 60 orang orang miskin (dengan membayar seorang antara RM 12.00 - RM 15.00), dan wang kifarah itu hendaklah sebahagiannya dipastikan digunakan untuk membeli makanan utama (i.e. beras)) dan tidak boleh di bayar kpd seorang miskin sebanyak 60 bayaran!
Saudara, haruslah kita sedari bahawa berpuasa ketika umat Islam semuanya berpuasa adalah lebih mudah bagi kita berbanding kita berpuasa bersendirian (kerana mengganti puasa) ketika umat Islam lain tak berpuasa. Lebih rumit dan lebih menyulitkan. Tambahan pula, tidak sama ganjaran pahala berpuasa dua bulan kerana menggantikan sehari yg puasa kita terbatal dgn sengaja atau kita tinggalkan. Malah tak sama ganjaran pahala puasa sehari dalam bulan Ramadhan berbanding gantinya berpusa sepanjang tahun atau selama setahun! Maka dgn itulah Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran, walaupun kita diberi keringanan dalam situasi-situasi yg disebutkan tadi untuk tidak berpuasa, namun berpuasa adalah lebih baik. Termasuklah bagi lelaki dan wanita lanjut umur yang diberi keringanan tidak berpuasa dan diganti dengan membayar fidyah memberi makan orang miskin itu. Oleh itu, demi ganjaran atau dividen akhirat kita, eloklah kita usahakan sekuat mungkin untuk puasa dalam bulan Ramadhan, walau apapun keadaan kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment