Tuesday, July 24, 2012

Tiga Perkara yg Merugikan Orang Iman

Assalamualaikum,
Saudara, kali ini kita selingkan pula satu hadith yg, kalau kita peka, boleh menguntungkan dunia dan akhirat kita, dan kalau kita alpa, terlepaslah peluang untuk mendapat syurga, dan bertambah pulalah peluang kita untuk terjerumus dalam neraka, wal iyazubillah.

Kefadhalan 3 Pekara:
Berselawat Atas Nabi ((s.a.w)
Puasa Ramadhan
Berbakti Kpd Kedua Ibubapa 

Saudara,
Hadith di bawah ini memberikan 3 panduan yg amat keritikal demi mencari syurga dan menyelamatkan diri kita dari siksaan neraka. Ramai orang Islam yg knonnya beriman rugi dan lepaskan peluang ini. Lagi berjaya seorang Islam itu dalam dunianya lagi jauh dia dari menepati ketetapan hadith ini.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah ((s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kpdku Jibril (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yg mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi: ‘Hina dinalah seorang yg mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya. Ucapkanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibril (a.s) kpdku: ‘Hina dinalah orang yg selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari kedua ibubapanya, namun mereka (yakni, ibubapanya) tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga (kerana anak-anaknya tidak dapat keridhaan kedua ibubapanya).’ Katakanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: hadith ini menceritakan bahawa suatu masa Rasulallah ((s.a.w) berkhutbah di atas mimbar/ Sedang dia berkhutbah dia menyebut kalimah ‘Amin’ pada tiga ketika. Maka sahabat yg mendengarnya hairan, maka bertanyalah kpd beliau mengapa beliau menyebut kalimah ‘Amin’ tersebut.]
Saudara, mudah-mudahan kita yg masih berkesempatan mendapat manfaat dari panduan dalam hadith ini tidak melepaskan peluang keemasan tersebut. Peluang pertama menyebut kalimah Sallahu 'alaihi wa-sallam' ketika kita mendengar nama Rasulallah (s.a.w) atau kalimah 'Nabi' disebut orang, akan sentiasa terbuka kpd kita. Puasa Ramadhan, kita temui hari ini. Hanya soalnya: apakah kita sempat menamatkannya sebaik mungkin dan menemui Aidil Fitri (Hari Raya?), insya Allah. Perkara ketiga, mungkin ada diantara kita yg sempat lagi mempunyai kedua ibu bapa yg masih hidup atau salam seorang masih hidup. Tapi, mungkin ramai dari kalangan kita yg kini sudah menjadi ibubapa pula, dan ibubapa kita sudah kembali keramhatullah. Kalau meraka masih ada gunakanlah kesempatan tersebut menepati ketetapan hadith di atas itu

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment