Saturday, July 21, 2012

Ramadhan al-Mubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, bagi mereka berpuasa hari ini - hari pertama Ramadhan - insyallah mereka akan tamatkan puasanya ketika azan Maghrib dilaungkan, dan merekapun akan berbuka. Sekarang ini Bazaar Ramadhan begitu banyak beroperasi. Ramai pengusaha - pemegang lesen majlis perbandaran - akan mempamirkan pelbagai juadah pula. Masa inilah ramai orang mencari kesempatan mencari maisya atau wang sara hidup tambahan, kerana dalam bulan Ramadhan ini tekak manusia - termasuk yg tak Islampun - terbuka luas untuk menikmatai pelbagai juadah. Ada juadah yg biasa dalam lain-lain bulan. Ada juadah yg khusus dalam bulan Ramadhan, kerana nafsu dan keinginan tekak manusia itu dicairkan lagi oleh syaitan dibulan Ramadhan ini.
Orang Islam mula membeli-belah untuk berbuka awal-awal lagi jam 4 atau 4.30 ptg, takut nanti rushing bila ramai orang bertumpu. Ruang makan dicoffee house hotel-hotel, restoran dan kedai makan, akan dibook orang lebih awal, terutama mereka yg memang makan di luar atau tidak masak di rumah. Kalau terlambat, takda tempat. Maka dgn itulah dalam bulan Ramadhan kita lihat pelanggan hotel, coffee house dan lain-lain fasiliti makan minum, duduk dimeja berkumpul awal dgn juadah tersedia didepan mata mereka. Meraka 'tak berpuasa' kerana ingatkan tentang makan saja, walaupun azan Maghrib hanya akan dilaungkan 2 jam kemudian! Menyentuh tentang makanan dan minuman, bemacam-macam yg diingini oleh tekak. Semuanya sedap. Tapi bila tiba masanya, tak terdaya nak makan. Kalau terdayapun, dimakan lepas berehat sebentar, makan akan tersandarlah kekenyangan. Justeru itu, tak larat nak bangun untuk tunaikan Solat Terawihlah mereka sedemikian itu. Tambahan pula, sering berlaku pembaziran. Banyak dan beranika makanan dibeli, tapi takda ruang dalam perut nak dilonggokkan...!
Saudara, puasa Ramadhan itu adalah satu perintah dalam beberapa banyak dan dimensi perintah Allah (a.w) terhadap manusia dalam konteks Ayat 57, Surah az-Zariat yg kita telahpun kaji. Allah (a.w) berfirman: 'Aku (Allah) tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (yakni, mengerjakan segala yg disuruh dan meninggalkan segala yg dilarang atas mereka).' Yakni, Allah jadikan kita supaya hidup di dunia ini mengerjakan amalan dan ibadah atau mematuhi perintah Allah (a.w),  perintah Utusan Allah, Rasulallah (s.a.w), dan perintah orang yg berkuasa terhadap jema'ah umat Islam, (i.e. ulil amri) selagi perintah 'ulil amri' tersebut tidak maksiat atau tidak melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika manusia buat sedemikian itu, maka mereka adalah orang yg dianggap beriman, dan bertaqwa (i.e. takutkan Allah (a.w)) dan ridha dia Allah (a.w) menjadi Tuhan mereka dan ridha pula Allah (a.w) terhadapnya. Apabila Allah ridha, maka pastilah dia disayangi Allah (a.w), selamat dia dari siksaan dalam neraka dan berjaya dia mendapat syurga. Orang-orang yg sedemikian itu menepati ketetapan Ayat 13 Surah an-Nisa' - orang yg dijamin syurga baginya di akhirat kelak.
Saudara, kita berpuasa Ramadhan kerana inginkan keridhaan Allah itu. Maka dgn itu janganlah pula kita berpuasa kerana malu dan segan dipandang masyarakat kalau kita mkn dan minum di khalayak ramai, tapi dalam berselindung atau menyorok kita makan dan minum! Janganlah jadi kita ini orang puasa tetapi dapat lapar dan dahaga sahaja kerana kita mengerjakan pelbagai maksiat - melalui perbuatan dan percakapan dan perlakuan pancaindera kita di siang hari dan di malam hari - yg membatalkan puasa atau membatalkan pahala puasa kita. Ramai umat Islam yg berpuasa hanya dapat dahaga dan kelaparan, kerana mereka tidak menghayati syariat ibadah puasa yg mewajibkan kita mengawal nafsu diri yg berbagai dan membuat segala amalan tambahan sebagai membuktikan kita akur dgn perintah Allah dan kita ingin Allah berikan ganjaran lipatan pahala yg sebanyak yg Dia janjikan - lebih drp 700 kali gandaan itu.
Saudara, orang yg benar-benar menghayati ketetapan Allah ketika berpuasa akan melakukan segala yg disuruh - yg wajib dan mengerjakan segala yg dianjurkan yg sunat-sunat sekuat mampu mereka. Di siang hari mengerjakan Solat Duha - minimum 2 rakaat dan maksimum 12 rakaat antara jam 8.300 pg hingga 11.30 siang hari, membaca al-Quran supaya sehari dapat dikhatamkan satu juz, yg membolehkan kita khatam al-Quran pada 9 atau 30 Ramadhan kelak, berdoa sebanyak-banyaknya, kerana doa orang yg berpuasa itu dimakbulkan oleh Allah. Berzikir memuji Allah dan membaca astaghfirullahl azim - memohon keampuan Allah atas segala dosa-dosa kita yg lalu. Ketika malamnya pula mengerjakan Solat Trawih - paling kurang mengikut sunnah Rasulallah (s.a.w) dua Solat Terawih 4 rakaat satusalam dan ditutup dgn 3 rakaat Solat Witir - secara bersendirian ataupun berjema'ah. Kalau kita kerjakan Solat Terawih - dua-dua rakaat disudahi dgn salam - sebanyak 20 rakaat, maka disutupi dgn satu rakaat Solat Witir. Itulah syariat Solat Terawih dalam Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Di Malaysia ini, wujud kekeliruan dalam amalan apakala Solat Witir diniatkan 3 rakaa, tetapi disolatkan dua kali, satu dua rakaat kemudian diikuti dgn satu rakaat pula. Amalan sedemikian itu silap dan tidak sandaran al-Quran dan as-Sunnah. Kalau amalan sedemikian termasuk dalam amalan yg bersifat 'bid'ah' atau dcemari oleh 'bid'ah', dan kita jadikan amalan lazim pula, maka segala amalan kita, bukat setakat Solat Terawih kita itu, akan batal atau amalan dan ibadah kita tidak diterima oleh Allah , wal ya zubillah! Olih itu, janganlah kita ambil mudah amalan dan ibadah dalam Islam. Rugi beramal dan beribadah tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Selain Solat Terawih waktu malam, selepas Solat Isya', kita oleh tidur dan bani semula sepertiga malam - jam 3.00 pagi - untuk mengerjakan Qiamul-lail atau mengimarahkan malam dgn mengerjakan Solat Tahajjud dua-dua rakaat sebanyak mungkin pula. Jikalah kita mampu berbuat sedemikian pastilah kita termasuk dari kalangan yg setelah berlangsungnya Ramadhan, mengerjakan amalan dan ibadah sebaik mungkin, maka dihapuskan oleh Allah dosa-dosa kita yg terdaulu. Kalau setiap tahun selesai Ramadhan dosa-dosa kita dihapus-kikis atau dilebur Allah, maka kita adalah orang yg Allah bebaskan dari neraka dan berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Itulah kebesaran pahalan orang yg terbaik dalam bulan Ramadhan.
Saudara, ada orang tanya kalau kita tak solat kita puasa sebaik mungkin apakah dosa-dosa kita yg lalu itu dihapuskikis oleh Allah dan kita dapat syurga dan terselamat dari neraka? Tidak. Seseorang yg akui dirinya Islam wajib mengerjakan solat fardu - kerana solat itu tiang agama, Tanpa solat semua amalan dan ibadah lain tidak ada ertinya. Malah meninggalkan satu waktu solat fardu, menjadikan seseorang yg Islam itu kafir. Maka kalau dah dicop kafir, takda gunanya amalan lain, termasuk puasa, haji, umrah dan zakat fitrah, sedekah dan infaq, dan seumpamanya. Segala amalan selain solat itu - yg wajib atau sunat - hanya ada nilai kalau kita Islam dan kita tunaikan solat fardu. Tanpa solat, walaupun manusia nampak kita smcm Islam, namun sebenarnya kita takd bezanya dgn si Ah Kow dan Si Samy di luar sana yg tidak Islam, hanya nama kita aje Islam, kita hakikatnya adalah tergolong orang yg kafir. Dgn itulah Rasulallah (s.a.w), atas dasar wahyu, memberitahu kita bahawa yg membezakan antara orang Islam dan orang kafir adalah solat. Kalau tak solat, samalah kita. Kalau solat tapi tak khusyu', tetap kita Islam kecualilah kita dicop munafiq oleh Allah  - berpura-pura Islam, tunggang terbalik bersolat tapi hanya benar dalam form tapi pengisiannya kosong. Itupun takda gunanya. Malah lebih teruk dari kafir. Maka dgn itulah orang munafiq itu tempat tinggalnya dalam neraka terkebawah dari neraka yg ditempatkan orang kafir... wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment