Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara atau saudara adalah seorang yg prihatin atau observant, saudara dapat melihat bahawa ilmu dan amalan itu amat utama dalam Islam. Dan, Allah (a.w) melarang kita yg Islam dan beriman itu mengerjakan sesuatu amalan atau ibadah dalam kejahilan. Jahil kerana tiada ilmu. Dan, dalam Islam ilmu itu sumbernya adalah dua sahaja, iaitu (a) al-Quran dan (b) as-Sunnah [Nota: dalam hadith disebutkan ilmu yg ke-3, iaitu ilmu faraid - peraturan pembahagian harta dalam Islam. Tetapi, melalui ilmu al-Quran dan as-Sunnah itu, kita akan faham ilmu faraid tersebut, kerana segala ketetapan dan hukum-hakam dalam Islam sumbernya adalah al-Quran dan as-Sunnah.]
Saudara, Allah (a.w) melarang kita yg Islam dan beriman kerjakan sesuatu amalan dan ibadah dalam kejahian atau tanpa ilmu. Segala amalan dan ibadah yg kita kerjakan tanpa ilmu terbatal, walaupun mungkin betul cara dan kaedahnya! Firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bhi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakasa sesuatu tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya.' [Ayat 36, Surah al-Israk] Dan, Rasulallah (s.a.w) juga peringatkan kita semula dgn sabdanya: 'Al-ilmu qabla amal' (Yang bermaksud: Beramallah hanya dengan ilmu.]. Pendeknya janganlah kita beramal dan beribadah atau mengatakan sesuatu tentang segala sesuatu dalam Islam tanpa ilmu. Kerana, kita akan disola atau ditanya di akhirat kelak mengapa kita lakukan atau kerajakan walhal kita jahil atau dalam kejahilan mengerjakannya. Kita mungkin berpandukan observation kita terhadap perlakuan atau perbuatan orang lain atau kita mendengar cakap-cakap atau ceramah para ulama' yg datang bersyarah atau memberi tazkirah di masjid dan surau atau melalui internet atau melalui media lain, tanpa kita menyemak dan belajar dengan ornag yg tahu dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, kalau amalan kita tidak diterima kerana kita beramal atau mengerjakan ibadah dalam kejahilan, maka rugilah kita. Firman Allah (a.w) dalam ayat di atas itu jelas. Tak diterima Allah (a.w) segala ibadah dan amalan yg kita kerjakan walhal kita jahil mengenai amalan atau ibadah terebut. Oleh itu berwaspadalah.
Justeru itu dua perkara berikut wajib kita jadikan panduan hidup dalam beramal dan beribadah dalam Islam:
(a) Beramal hanya Setelah Tahu Ilmunya
Firman Allah (a.w): ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (Yg bermaksud: Dan, janganlah kamu kerjakan (atau ikuti atau amalkan) sesuatu apa-apa yang kamu tiada ilmu mengenainya (i.e. apa-apa yg dikerjakan seumpama amalan dan ibadah); [dan sambungan ayat tersebut bermaksud] sesungguhnya pandangaran kamu (i.e. telinga), dan penglihatan kamu (i.e. mata) dan hati kamu kesemuanya atas kamu akan ditanya/disoal (yakni, kamu dipertanggungjawabkan tentang apa yg kamu kerjakan atau amalkan dan ibadahkan serta katakan) (ketika di akhirat kelak).’ [Ayat 36, Surah al-Isra’]
[Nota: Antara pra-syarat utama Islam dalam beramal dan beribadah adalah firman Allah (a.w) ini adalah orang Islam tidak boleh beramal berdasarkan kejahilan atau bertaklid (i.e. tengok orang buat begitu dan begini, kita tiru dan buat, atau kita tanya sebarang orang tentang sesuatu amalan. Kita diwajibkan belajar dahulu ilmu mengenai Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Bila belajar (atau ngaji) kita tahu kesemua ketetapan Allah (a.w), bentuk-bentuk ketetapan tersebut, cara dan kaedah melaksanakan atau mematuhi ketetapan tersebut. Kalau kita tak tahu? Disebutkan dalam hadith lain bahawa kalaupun amalan atau ibadah kita betul, tetap dikira salah, tak diterima Allah (a.w). Sebaliknya, kalau kita buat satu amalan itu silap, tetapi kita dahpun belajar mengenainya, berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, kita diberi pahala, dan kalau betul kita amalkan sebagaimana kita belajar mengenainya, kita dapat dua pahala! Islam tidak suka kpd umatnya yg jahil dan bertaklid atau buat amalan ikut suka hati dalam kejahilan. Orang kafir menyembah berhala atau patung kerana kejahilan dan kesombongan. ‘Bodoh’ = Tak tahu bagaimana, maka buat secara ikutan, ikut cakap-cakap dan amalan nenek moyang mereka, tanpa belajar apa yg betul. ‘Sombong’ = Tak tahu tetapi diberitahu oleh orang yg tahu, apabila diberitahu yg haq berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, tak mahu terima. Sombong merujuk kepada perbuatan menolak yang haq atau yang benar. Orang yang mengakui dirinya Islampun banyak tergolong dari kalangan orang yang diistilahkan ‘bodoh’ dan ‘sombong’. Kenapa? Dalam Islam yang haq atau benar itu adalah atau hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Apabila dia tidak belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dia tergolong orang yang ‘bodoh’, dan apabila diberitahu yang haq atau benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, dia tidak mahu terima atau menolak, dia tergolong dari kalangan orang yang diistilahkan ‘sombong’ oleh Islam. Orang yang ‘bodoh’ dan ‘sombong’ itu tidak akan masuk syurga. Oleh itu berwaspadalah.]
(b) Orang Alim dan Orang Faqih (faham)
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Barangsiapa yg Allah (a.w) inginkan kebaikan baginya, maka Allah (a.w) akan memberi kefahaman kepadanya (tentang) perkara agamanya dan sungguh-sungguh ilmu itu hanya didapati dengan belajar (atau mengaji).’ [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu]
Saudara,
ramai dikalangan kita yg ambil mudah Islam dan segala bentuk amalan dan ibadahnya - atau segala ketetapannya. Kita mungkin jahil, tapi yg lebh menakjubkan adalah yg jahil itu juga dikalangan orang yg berilmu - ulama' atau ilmuwan. Oleh itu janganlah kita alpa, demi kebajikan akhirat kita.
Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment