Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan al-Mubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbicaraan kita mengenai puasa Ramadhan pada hari ke-4 Ramadhan ini.
Dalam post sebelum ini kita telah lihat ketetapan Islam bahawa ada 6 golongan atau kategori orang Islam yang diberi rukhsah atau kelonggaran atau keringanan dibolehkan tidak berpuasa dalam bulan Ramadhan, tetapi hendaklah diganti puasanya pada bulan dan hari lain atau, bagi mereka yang terangat tua - melebihi umur 60 tahun - dan tidak mampu berpuasa diberi kemudahan membayar fidyah kerana tak puasa. Namun bagitu, kita diperingatkan bahawa puasa itu adalah ibadah yg diwajibkan atas setiap orang Islam. Maka kalaupun seseorang itu sudah lanjut umur - melebihi katalah 60 tahun - namun dalam semua hal dia itu kuat dan mampu berpuasa, maka pilihan baginya bukanlah membayar fidyah dan tidak berpuasa, tetapi hendaklah dia memilih untuk berpuasa. Itulah ketetapan Islam. Allah (a.w) itu inginkan hambaNya mendapat sebanyak mungkin pahala dalam bulan Ramadhan, kerana Dia akan menggandakan pahala setiap amalan dalam bulan puasa, selain pahala ibadah berpuasa itu sendiri dengan gandaan yang banyak, yang membolehkan kita hambaNya terselamat dari siksaan dalam neraka dan berjaya mendapat syurga atas kerahmatan Allah. Justeru itu, amat rugilah seseorang yg Islam dan akui dia beriman dan bertaqwa kalau dia tidak menggunakan kesempatan Ramadhan ini membuat pelaburan akhirat yg banyak supaya dividn akhiratnya didapati di akhirat kelak.
Saudara, sesiapa yg berpuasa sebulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan semata-mata mencari sebanyak mungkin ganjaran pahala dari Allah, meninglkan segala perbuatan yg mendatangkan dosa, di ahir Ramadhan Allah kikis segala dosa-dosanya sebelum Ramadhan, dia dibersihkan, dan dia diberi ganjaan syurga. Begituah tingginya pahala ibadah pusa Ramadhanitu. Maka, rugilah kita mendapat peluang hidup di blan Ramadhan, kita sia-siakan.
Sebenarnya kita telah dibantu oleh Allah (a.w) untuk mendapat ganjaran gandaan maksimum pahala dalam amalan kita dalam bulan Ramadhan, kerana disebutkan dalam as-Sunnah bahawa apabila tiba Ramadhan segala syaitan yg kerja mereka menggangu keimanan serta ketakwaan orang Islam diikat dan tidak dilepaskan kemudian Allah (a.w) membuka intu rahmat, supaya mudah dimakbulkan dan dinilai ibadah puasa dan amal kebaikan kita ketika siang dan ketika malam Ramadhan. Maka dgn itu kalau kekal seseorang itu embatdosa, itu adalah kerana dia tak diberi petunjuk atau hidayah oleh Allah (a.w), walaupun dia akui dirinya Islam dan dia sendiri mengutamakan gerak nafsu kejahatan yg ada pada dirnya sendiri. Orang Islam yg ingin mendapatkan ganjaran pahala yg terbanyak dalam bulan Ramadhan malah dibantu pula apakala para malaikat berdoa dan menyeru kpd orang Islam supaya meninggalkan perkataan dan perbuatan yg berosa dan memperbanyakkan percaapan dan perbuatan yg mendatangkan pahala. Kalau kita masih ditakuk prestasi amalan dan ibadah yg sama macam di bulan-bulan selain Ramadhan, maka rugilah kita. Kita tidak ambil peluang mengkifarahkan atau menghapus kikis dosa-dosa kita yg lalu dalam kesempatan datangnya Ramadhan!
Disebutkan di dalam hadith bahawa sesiapa yang menepati puasa yang sedemikian itu dijamin keampunan dari segala dosa-dosanya yang lalu oleh Allah (a.w). Begitulah hebatnya fadhilat berpuasa Ramadhan.
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Abi Anas berkata bahawasanya bapanya menceritakan hadith bahawasanya dia mendengar Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika ada Ramadhan dibuka pintu rahmat dan dikunci pintu neraka jahanam dan dirantai semua syaitan.’ [Hadith Muslim, Kitab Siam]
Hadith ini, yang telah kita lihat pada awal Bab ini, bahawa para malaikat menyeru dari langit kepada manusia supaya mengutamakan Ramadhan.  Malangnya, manusia tidak dapat mendengar kata-kata (yakni, seruan) pata malaikat tersebut, tetapi kita yang tinggi imannya yakin dan percaya setelah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa perkara tersebut sebenarnya benar-benar berlaku
Diriwayatkan hadith daripada Abi Saleh, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ketika ada awal malam dari bulan Ramadhan dirantai syaitan-syaitan dan jinn yang berkeliaran, dan dikunci pintu-pintu neraka maka tidak dibuka pintu-pintu itu satu pintupun, dan dibuka pintu-pintu syurga maka tidak dikunci satu pintupun daripada pintu-pintu itu, dan memanggillah orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat di langit, mengingatkan manusia): ‘Wahai orang-orang yang mencari kebaikan! Mengadaplah mencari kebaikan. Wahai orang-orang yang mencari kejahatan! Berhentilah (daripada mencari kejahatan). Dan Allah (a.w) memerdekakan dari neraka.’ (sambung Rasulallah (s.a.w)) ‘dan demikianlah menyeru mereka pada tiap-tiap malam.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum] 
Sesungguhnya sepanjang bulan puasa itu Allah (a.w) telah membelenggu semua Syaitan dan Jinn bagi memudahkan umat Islam mengerjakan puasa dan memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah. Namun begitu, bagi kebanyakan kita, masih banyak sifat-sifat kesyaitanan atau ganggunan kesyaitanan, dan sifat-sifat kemungkaran, bukan dari Syaitan atau Jinn, tetapi dari sifat-sifat kesyaitanan dalam diri kita sendiri.  Hadith tersebut menjelaskan bahawa Allah (a.w) memberikan sepenuh kemudahan kepada manusia yang berpuasa untuk menghentikan kemaksiatan dan meningkatkan ketaqwaan dan membuka pintu-pintu kerahmatanNya kepada manusia, supaya dengan mengerjakan puasa terbaik, mereka dapat pepbebasan Allah (a.w) daripada seksaan neraka.
Saudara, kita diingatkan bahawa walaupun di dunia kita hidup melebihi 85 atau 90 atau 95 tahun, malah 100 tahunpun, dalam hitungan atau kiraan tahun di akhirat ak lebih dari satu minit atau setengah minit sahaja! Fikirkanlah, sehari di akhirat kelak adalah selama 1,000 tahun di dunia. Fikirkanlah. Kita wajib menyediakan diri untuk hidup di ahirat. Kerana tiada waktu penamat. Tiada kesusahan melanda diri. Kita sentiasa senang dan disenangi oleh Allah (a.w) di akhirat, kalaulah kita menjadi penghuni syurga! Kehidupan yg sebenarnya itu adalah kehidupan di akhirat yg penuh nikmat. Makan dan minum sekehendah hati, punyai rumah seumpama istana yg tiada dapat dbandingkan oleh istana di dunia, memilik kekayaan yg tidak tolok bandingnya dgn keyaaan di dunia, mempunya sekian ramai isteri yg canti lagi menarik sekurang-kurang 72 orang dan mempunyai taman kebu buah-an yg berbagai dan tiada larangan untuk memenuhi sehekendak hati .. Tapi, untuk itu, satu daripada peluangnya adalah dibebaskan dari dosa-dosa yg lalu dgn prestasi ibadah dan amalan Ramadhan terbaik.
Apakah saudara tak mengingininya? Teok dada keimanan kita dan fikirkanlah terbaik demi kejayaan akhirat kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment