Friday, July 27, 2012

Ramadhan al-Mubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah maklum ada tiga golongan manusia Islam yg rugi dalam hidupnya. Walhal setiap satu drp 3 perkara yg kita teliti tersebut apa mudah bagi mereka beramal dengannya. Apakah 3 golongan tersebut? (a) Seorang Islam yg akui bahawa Allah (a.w) itu tuhannya dan Rasulallah (s.a.w) itu utusan Allah (a.w) membawakan dan mengajarjan agama Allah (a.w) kpd manusia, tapi tidak sedikitpun mengasihi dan menghormati Rasulallah (a.w). Allah (a.w) menyuruh kita supaya berselawat atas Nabi (s.a.w) dan kita di suruh oleh malaikat Jibril (a.s) atas perintah Allah (a.w) supaya menyebut kalimah 'sallallahu 'laihi wa-salallam' setiap kali kita mendegar nama Rasulallah atau Nabi disebut. Rugi orang yg tidak berbuat sedemikian kerana di akhirat kelak tidak mendapat prtolongan Rasulallah (s.a.w). (b) orang Islam yg dipanjangkan umurnya dapat dia menemui bulan Ramadhan, tetapi dia tidak menggunakan sebaik mungkin Ramadhan berpuasa - semata-mata mencari pahala maksimum dari Allah (a.w) dgn mengerjakan sebaik mungkin puasanya dgn memperbanyakkan amalan dan ibadah tambahan pada siang dan malamnya dan menjaga panca inderanya, terutama mulutnya dari bercakap sia-sia lagi keji, maka dia terlepas dari siksaan neraka dan berjaya mendapat syurga, kerana segala dosanya sebelum ini, telah dhapuskikis oleh Allah (a.w). (c) anak yg sempat bersama-sama dgn kedua ibubapanya - i.e. kedua ibubapanya masih hidup - tetapi tak sempat dia bergaul sebaik mungkin dgn mereka dan menyayangi mereka dan menjaga mereka supaya menyukakan hati mereka sehingga ridha keduanya terhadap dia sebagai anaknya, maka kerana keridhaan kedua ibubapa itu, Allah (a.w) ridha terhadapnya, maka dia mendapat syurga - yakni kedua ibu bapanya menghantarkan ke syurga kerana sukakan dan ridha akan anaknya.
Saudara, begitu mudahnya nak dapat syurga. Tapi, sebaliknya, kalau kita tak berusaha, maka memang payah nak dapat syurga itu.
Berapa ramaikah umat Islam yg secara spontan menyebut 'sallallahu 'alaihi wa-sallam' ketika kalimah 'Rasulallah' atau 'Nabi' atau 'Muhammad' disebut, dia kata/sebut kalimah selawat tersebut?
Saudara, berapa ramaikan anak-anak hari ini yg berusaha sebaik mungkin dgn bersusahpayah menjaga kedua bubapa mereka, terutama ketka sudah tua, sehinggakan kedua orang tuanya ridha terhadapnya sebagai anak? Yg kita dengar adalah ana-anak yg tidak sanggup menjaga kedua ibubapa mereka, dan menghantarkan kedua ibu bapanya di jaga oleh orang lain di rumah orang tua? Mereka sanggup bayar wang yg banyak supaya orang lain jaga kedua ibubapanya? Apakah perlakuan sedemikian membuktikan bahawa seseorang itu sebaga anak kasih dan sanyangkan atau menjaga kedua ibubapanya? Tidak. Manalah mereka dapat keridhaan ibubapa mereka. Maka terlepaslah peluang untuk mendapat syurga.
Saudara, berapa ramaikah oang Islam yg gembira menemui Ramadhan? Kemudian dia berusaha sebaik mungkin untuk bepuasa untuk mendapatkan ganjaran pahala serta gandaan pahala maksimum dari Allah (a.w) dalam bulan Ramadhan dgn mengerjakan sebanyak mungkin dan sebaik mungkin amalan dan ibadah tambahan ketika siang dan malam, demi mencari pahala atau mencari kerahmatan Allah (a.w) dan agar Allah (a.w) selamat dia dari sisksaan dalam neraka. Tahap pencapai puasa yg terbaik adalah dgn menjaga pancaindera - terutama mulut dari percakapan yg mendatangkan dosa, amalah menghakis pahala, spt mentohmah, memfitnah, mencaci, mengadudumba supaya orang bertengkar atau bertelagah ketika siang dan alam, dan kemudian memperbanyakkan amalan sunat ketika siang dan malamnya. Orang sedemikian itu mendapat keampunan dari segala dosanya yg lalu, bersih, dan berjaya mendapat syurga.
Inilah mesej dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa berpuasa bulan Ramadhan dan mendirikan dia (yakni, berjaga) pada malamnya (dengan mengerjakan ibadat daripada solat-solat sunat, berzikir dan membaca al-Quran) hal keadaannya yakin dia mengerjakan suruhan Allah (a.w) (yakni, semata-mata niatnya hendak mendapat kerahamatan Allah (a.w) dan takutkan siksaan dalam neraka Allah (a.w), menuntut dia akan pahalanya daripada Tuhannya atau memperbuatnya dengan ikhlas (yakni, semata-mata kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah (a.w)) dan suka akan ganjaran pahalanya, tidak malas dia (yakni, bersungguh-sungguh dia) beribadat, dan tidak terasa panjang hari puasanya, nescaya diampun Allah (a.w) baginya barang yang terdahulu daripada dosanya (dan, kerana itu dia mendapat syurga).’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Sesiapa yang mencapai tahap ketaqwaan ibadah yang tinggi, seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas itu, mereka mendapat keampunan segala dosanya yang terdahulu. Maka kembalilah dia dalam keadaan bersih, keadaan fitrah, seumpama bayi yang baru dilahirkan. Apakah syaratnya? Iaitu: 
§     Berpuasa siang harinya dan menjaga segala ketetapan fardu dan sunat berpuasa, yakni menjaga pantang larang puasa yang wajib dan sunat; 
§     Mengerjakan Qiamul-lail pada malamnya dengan membanyakkan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, bersolat sunat, dsbnya; 
§     Dikerjakan kesemua itu demi untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w), yakni dengan harapan mendapat ganjaran pahala yang maksimum dan terhindar daripada seksaNya di neraka, yakni dengan penuh keikhlasan dan keinsafan; dan 
§     Merasa amalan dan ibadahnya itu bukan kerana keterpaksaan tetapi semata-mata membuktikan ketaatan kepada Allah (a.w). 
Maka ganjaran pahala yang diperolehinya adalah terhapus segala dosa-dosa yang terdahulu.
Saudara, demikianlah keberkatan Ramadhan itu. Demikianlah maksud sebenar 'Ramadhan al-Mubarak' yg disebut-sebut orang, tapi mereka tak faham. Kalau mereka faham mengapakan setibanya Ramadhan ramai orang Islam mencari 'sijil pelepasan' doktor dari beruasa kerana 'gastrik'? Kenapakan masih ramai manusia yg memfitnah, mencaci, mengata, mengeluarkan kata-kata buruk terhadap orang lain, mencaci, mencerca, berbohong, menhasut dan sebagainya?
Dalam suasan pilihanraya umum yg kian dekat ini, begitu ramainya orang Islam yg terlibat dalam politik yg rugi akhiratnya, walhal belum tentu pula mereka yg untung dalam dunia mereka! Demikianlah lumrah dunia. Allah (a.w) berikan begitu banyak dan berbagai peluang untuk dapatkan syurga dan selamat dari neraka, tapi diaaikan oleh orang yg akui diri mereka Islam dan beriman dan mengharapkan syurga di akhirat kelak, walhal mereka tidakpun bersedia, malah membelakangi anugerah Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment