Saturday, July 21, 2012

Ramadhan al-Mubarak (Samb.)

Assalamualaikum,
Dalam post yg lalu kita telah sentuh bahawa ada orang Islam yg berpuasa atau suka berpuasa atau suka bersedekah dan menginfaqkan wang ringgit pada jalan Allah (fi sabilillah), tapi tak bersolat! Apakah amalan puasanya diterima? Jawabnya dah kita bagikan: Tak diterima Allah amalan ibadah pusanya walau sebaik manapun. Sebab? Dia tidak lagi Islam. Sesiapa yg meninggakan satu waktu solat fardu dgn sengaja jatuh kafir. Justeru itu, segala amalan dan ibadah atau amal makruf orang yg kafir tak diterima Allah, tak dapat pahala, malah seumpama debu di atas batu yg licin, tatkala ditiup angin atau dititisi hujan, akan hilang kesemuanya! Itulah gambaran yg diberikan dalam al-Quran. Justeru itu, kalau tak solat, runtuh agama seorang yg akui dirinya Islam. Maksudnya terkeluar dia dari Islam. Kalau dia amalkan sesuatu yg bid'ah pula atau sesuatu amalan yg dicemari oleh bid'ah, amalan tersebut - dan segala amalannya - tidak diterima Allah! Wal iyazubillah. Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih panduan dan pandangan dalam Islam. Wajib semak asas ilmunya - i.e. ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg haq.
Saudara,
menyambung perbincangan kita tentang Ramadhan atau puasa fardu itu, mungkin ada orang tertanya-tanya: Adakah seseorang yg Islam dikecualikan dari berpuasa? Jawabnya: Takda maca juga solat. Semua yg akui diirnya Islam atau Muslim, dia diwajibkan bersolat dan dia diwajibkan berpuasa - Tentang puasa itu rujuk Ayat 183, Surah al-Baqarah: 'Wahai orang yg beriman! Telah diwajibkan atas kamu berpuasa ...'. Ayat 184: Sesiapa yg sakit atau bermusafir, maka dibolehkan tidak berpuasa tetapi wajib menggantinya pada hari-hari lain. Justeru itu kalau bermusafir dalam bulana Ramadhan wajib menggantikan (qada' puasa) pada bulan-bulan lain (sebelum atau selepasnya) sebelum tiba Ramadhan yg akan datang. Kerana kalau bertemu Ramadhan akan datang dan kita masih terhutang puasa fardu itu, maka kita didenda, iaitu setiap hari yg kita tak ganti kita kena ganti dgn puasa dua bulan berturut-turut setiap sehari yg kita belum sempat ganti! Oleh itu berwaspadalah...
Saudara, puasa Ramadhan itu hanya dikecualikan kpd orang yg hilang akal atau gila atau nyanyuk. Selain itu, semua yg Islam wajib berpuasa apabila sudah baligh atau dikira mukallaf. Bolehkah kalau tak mampu puasa itu diganti dgn membayar pampasan atau fidyah? Dalam Ayat 184 itu disebutkan bahawa sesiapa yg tidak mampu berpuasa boleh membayar fidyah. Itu adalah ketetapan zaman awal Islam. Tetapi ayat ini telah dimansuhkan dan digantikan dgn Ayat 185, Surah al-Baqarah yg menyebutkan: Sesiapa yg melihat atau nampak anak bulan Ramadhan (atau diberitahu bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan) maka dia wajib berpuasa.' Kerana orang kaya zaman awal Islam menyalahgunakan kelonggaran Ayat 184 itu, kerana yg kaya boleh tinggalkan puasa dgn membayar fidyah, dan bagi yg miskin tiada pilihan! Jadi ayat tersebut dimansuhkan dan digantikan dgn Ayat 185 itu, bila mana semua yg Islam wajib berpuasa apabila sudah nampak anak bulam Ramadhan.
Saudara, setelah setiap yg Islam tidak dibolehkan tidak berpuasa, mereka diberi kelonggaran tidak berpuasa jika berlaku sesuatu perkara atau situasi yg disebutkan di bawah ini:
(a) Dia sakit dan sakitnya tu tidak membolehkan dia berpusa beberapa hari atau sepanjang Ramadhan, maka dia boleh tidak berpuasa kerana sakit, tapi tetap wajib  berpuasa menggantikannya pada hari-hari lain, ketika dia telah sihat;
(b) Dia musafir atau berpemergian keluar qariahnya kerana keperluan atau kewajipan yg halal dalam Islam, maka dia dibolehkan tidak berpuasa sepanjang perjalanan atau ketiadaannya dalam qariahnya itu, sehingga dia kembali ke tempat asalnya. Kalau terpaksa pergi ke Kelantan beberapa hari, contohnya, kemudian kembali semula ke tempat asalnya. Maka sepanjang perjalanan itu dia dibolehkan tidak berpuasa. Dia boleh makan dan minum di rumahnya sebelum berlepas dan sekembalinya dari Kelantan sampai ke rumahnya dia makan di rumahnya, hanya esoknya dia berpuasa.
(c) Perempuan yg hamil yang curigakan kesihatan bayi dalam kandungannya itu dibolehkan tidak berpusa, tetapi tetap diwajibkan membayar puasa yg ditinggalkannya pada hari-hari lain bagi setiap hari yg dia tak berpuasa;
(d) Wanita dalam pantang setelah melahirkan anaknya, kerana takutkan susu badannya terganggu kalau berpuasa, maka akan memudaratkan bayi kecilnya, dia dibolehkan tak berpuasa, tetapi tetap wajib menggantikan puasa yg ditinggalkannya setiap hari pada bulan-bulan lain.
Jadi ada 4 golongan orang yg diberikan keringanan oleh Allah (a.w) tak berpuasa tetapi wajib gantikan atau puasakan pada hari-hari lain.
Saudara, orang tua - lelaki atau perempuan tua - yakni yang lanjut umur melebihi 60 tahun, diberi keringanan oleh Islam tidak berpuasa tetapi diwajibkan membayar fidyah dgn memberi makan kpd seorang miskin setiap hari dia tak berpuasa. Memberi makan orang yg benar-benar miskin. Kalau kita tak berpuasa 10 hari atau sebulan maka kita wajib bayar fidyah dgn memberi makan kpd seorang miskin bagi setiap hari - yakni 5 orang atau 30 orang. Mengikut keadaan harga barangan makanan sekarang ini antara RM 12.00 hingga RM 15.00 diperlukan dalam kes-kes yg disebutkan itu. Tapi pastikan dibelikan dulu makanan asas - spt beras - dan tidak dibelanjakan untuk tujuan membeli baju dllnya. Siapakah yg dikatakan 'miskin'? Orang miskin itu adalah orang yg tidak mampu mengadakan saraan harian kpd diri dan keluarganya setiap hari untuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Namun di dalam al-Quran disebutkan bahawa walaupun seseorang itu sudah lanjut umur - melebihi 6o tahun - namun jika dia masih mampu berpuasa, maka wajib baginya berpuasa dan tidak dibolehkan sengaja tak berpuasa dan membayar fidyah. Kerana berpuasa itu lebih baik baginya. Fikirkan betapa hebat dan besarnya pahala sehari puasa Ramadhan itu. Kalaulah tertinggal sehari puasa Ramadhan, kerana sengaja, walaupun dipuasakan setahun sebagai mengimbangi ganjaran pahala sehari Ramadhan itu tidak memadai. Pahala sehari itu lebih baik dari berpuasa setahun pada lain-lain bulan! Tambahan pula kita diberitahu bahawa sesiapa yg berjaya menepati syarat-syarat berpuasa yg terbaik sepanjang bulan Ramadhan itu, dia dibebaskan dari neraka dan dikurniakan gajaran syurga. Begitulah hebatnya pahala sehari puasa Ramadhan itu. Oleh itu, fikirkanlah. Janganlah ambil mudah puasa Ramadhan, walaupun kita, kerana lanjut usia, diberi lkemurahan oleh Allah supaya tak berpuasa.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment