Wednesday, May 23, 2012

Umat Islam yg Tenggelam dalam Kehancuran

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita lihat umat Islam sudah berpecah dalam perkara dunia mereka dan dalam perkara ugama mereka. Perpecahan ini akan memudaratkan dunia mereka - kerana tidak bersatu menentang musuh-musuh Islam dan menyebabkan umat Islam sesama sendiri berperang dan menumpahkan darah - dan dalam agama mereka - mengakibatkan mereka tersisih dari syariat agama Islam yg haq dan menyebabkan mereka terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari! Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) di dalam suatu hadith menyebutkan bahawa di akhir zaman walaupun umat Islam itu ramai, bukan sedikit, berbanding dgn orang yg tidak Islam, namun mereka tak lebih seperti buih di atas permukaan air laut, apabila dilanda ombak maka lenyaplah buih-buih tersebut, dan wujudlah pula buih-buih yg baru, namun tetap rapuh dan tetap tidak ada gunanya.
Saudara, begitulah gambaran umat Islam di akhir zaman. Hari ini sudahpun kita ketemui situasi sedemikian. Bukan setakat di Timur Tengah yg ramai umat Islam, tapi di Malaysia sendiri. Ramai orang Islam, tapi kerana dunia orang Islam tidak kuat dan perpaduan umat Islam begitu rapuh kerana dirapuhkan oleh kejahilan mereka tentang agama mereka dan kerana perbalahan mereka dalam kejahilan ilmu dan kerana dibawa arus ombak kesenangan, kemewahan dan keseronokan dunia, sehingga mereka menjalani kehidupan di dunia takda bezanya dgn apa yg dilakukan oleh mereka yg kafir. Islam hanya tinggal nama. Tidak hairanlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah bahawa di akhir zaman, ketika dunia hampir kiamat, ketika Dajjal hampir akan menjelma, ilmu umat Islam tentang agamanya sudah hilang, tidak diketehaui oleh mereka, keimanan orang Islam amat rapuh. Yg berimanpun hanya memiliki ilmu setakat tahu menyebut 'Allah (a.w)', dan tidakpun tahu bagaimana hendak menjadi orang iman yg dapat menjamin mereka mendapat syurga dan terselamat dari neraka!
Mengapa tidak? Kita lihat hari ini begitu besar dan hebatnya pengaruh keduniaan di kalangan selebriti, penyanyi dan pelakun - yg digelar 'artists'. Anak-anak Melayu yg menjadi pelakon dan penyanyi di Malaysia tidak ada bezanya dgn penyanyi dan pelakon Holywood atau Bolywood. Dan, mereka pula menjadi idola anak-anak muda yg berperangai sebagaimana mereka. Majoriti anak-anak muda hari ini liar. Saban hari kita akan terbaca prilaku anak-anak muda Melayu yg kononnya Islam - lahir Islam dan dibesarkan sebagai orang Islam. Tetapi, mereka melakukan pelbagai perkara yg sama sekali tidak sejajar dgn sifat-sifat orang Islam - tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa apabila tiba Ramadhan, berpoya-poya di kelab-kelab malam dan tempat-tempat hiburan lain, minum arak, berpakaian tetapi sebenarnya 'bogel' tidak menutup aurat, bepoya-poya dalam terang di depan khalayak ramai dan dalam gelap, melancung ke luar negeri untuk melakukan kesumbangan spt berbikini dan mendedahkan aurat mereka di luar negara, minum arak dan melakukan pelbagai maksiat, terutama seks rambang, tanpa di ketahui oleh masyarakatnya dan kedua ibu bapanya.
Saudara, ada tiga kategori orang Islam. Kategori pertama: dilahirkan Islam, dibesarkan Islam, beramal dgn syariat Islam, tetapi ketika mati menjadi kafir. Kerana, membunuh diri, menganianya kedua ibubapanya, mengamalkan ajaran yg dicemari oleh bid'ah atau simply murtad. Qarun, dalam zaman Musa (a.s) dan Sya'labah, dalam zaman Rasulallah (s.a.w)  adalah contoh golongan ini. Kerana kebakhilan tidak mahu mengeluarkan zakat walaupun sudah kaya. Kedua, dilahirkan Islam, beramal dgn syariat Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan ketika mati kekal dalam syariat Islam. Golongan ini adalah calun penghuni syurga. Orang yg berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Golongan ketiga adalah dilahirkan tidak Islam - dalam keluarga kafir kerana famili mereka anuti agama selain Islam - hidup pula dalam  kekafiran, tetapi sebelum mati, sempat beriman menjadi Islam, maka mati Islam. Mereka ini golongan yg berjaya di dunianya dan di akhiratnya. Dalam al-Quran disebutkan golongan ahli sihir zaman Musa (a.s). Ketika dikalahkan  oleh mukjizat Musa (a.s), mereka tunduk dan  bersyahadah dgn Tuhan Musa dan tuhan Harun, yakni masuk Islam menjadi Islam.
Semoga kita yg Islam hari ini tidaklah melakukan sesuatu yg membatalkan Islam kita. Maka ketika mati kita tidak lagi Islam. Kita tidak terlibat dgn golongan amalan dan ibadah yg menolak as-Sunnah dan taksub pula dgn ajaran atau fahaman kemazhaban - mengketepikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum ustaz,

    lama dah ustaz tak menulis di blog ni. ke manakah menghilang? saya harap ustaz dapat teruskan semula usaha dakwah melalui blog ini. banyak perkara yang saya pelajari.

    jazakAllahu khair... wassalam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Ya benar, lama benar ustaz tak update blog ustaz. Semoga ustaz di berikan kesihatan yang baik, aman dan di permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete