Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung kembali penelitian kita tentang ketetapan Islam dalam perkara solat fardu itu. Alhamdulillah, kita telah tahu dalam post-post yg lalu bahawa: pertama, seseorang itu hanya diakui Islam dan beriman apakala dia patuh dgn perintah Allah (a.w) bahawa seseorang yg akui dirinya Islam dan diterima Islamnya jika dia memenuhi ketetapan berikut; iaitu: pertama, dia bersahadah mengakui bahawa Allah (a.w) Tuhannya yg esa dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan atau Rasul Allah; kedua, dia mendirikan solat fardu, yakni melaksanakan solat fardunya 5 waktu sehari semalam; ketiga, dia berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan; keempat, dia mengeluarkan zakat fitrah (sebelum solat Aidil Fitri) dan mengeluarkan zakat setiap tahun dan dia menginfaqkan sebahagian drp harta iliknya untuk 'fi sabilillah'; kelima, apabila sudah mampu mengadakan sumber belanja menunai haji dan umrah. Seseorang yg mengakui dirinya Islam tetapi meninggalkan salah satu perintah dan ketetapan wajib ini, tidak diakui Islam.
Saudara, kita telah lihat dalam ost sebelum ini, dalam perkara solat, sesiapa yg meninggalkan solatnya, maka tiada janji Allah (a.w) yg dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Demikian jugalah janji Rasulallah (s.a.w), seseorang yg meninggalkan salah satu kewajipan tersebut tidak diakui umat Muhammad. Maka jika begitu di akhirat kelak dia terhalang dari mendekati, apatah lagi minum air, Telaga al-Kauthar. Kita diberitahu sesiapa yg diberi kesempatan minum air di Telaga al-Kauthar itu, tidak akan merasa haus selama-lamanya dia menunggu hisaban di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalannya - kita yg akan menentukan apakah dia mendapat (diberikan kenikmatan yg dijanjikan Allah (a.w) kpdnya dalam) syurga atau mendapat (yakni, disiksa dalam) neraka.
Saudara, kita lihat hadith berikut yg menyebutkan bahawa sesiapa meninggalkan satu waktu solat fardu dgn sengaja, dia jatuh kafir atau dia tergolongan dikalangan munafiq. [Nota: Di akhirat kelak orang yg dikategorikan sebagai munafiq akan mendiami dasar neraka, di bawah neraka tempat orang-orang kafir! Demikianlah hinanya taraf orang munafiq berbanding orang yg kafir.]
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesunguhnya janji yang (telah dimeterikan) antara aku dan antara mereka (yakni, umatku atau umat Islam) adalah solat, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith an-Nasa’i].
Saudara, solat itu adalah ibadah yg menentukan apakah kita benar-benar Islam atau beriman, dan hakikat itu akan menentukan apakah kita adalah ahli neraka atau ahli syurga!
Malangnya hari ini begitu ramainya orang Islam yg gagal dalam perkara solat. Situasi atau keadaan yg menunjukkan seseorang Islam itu gagal menunaikan kewajipan solatnya adalah banyak. Yg paling utama adalah situasi berikut: Pertama, sengaja tidak solat walaupun akui dirinya adalah orang Islam. Mereka ini jelas adalah tergolong dari kalangan mereka yg tak akan dapat syurga. Kedua, orang secara tidak istiqamah bersolat - kalau lapang atau sempat dia solat, kalau sebok dia tinggalkan atau tangguhkan solatnya, sehingga ramai mereka berpandangan bahawa solat fardu yg tertiggal itu boleh diqadakan, walaupun sudah luput waktunya. Orang ini meremehkan solat fardu, maka dia tidak mendapat sebarang ganjaran pahala dari solatnya, kerana dia menomborsatukan perkara dunia dan menombor duakan perkara akhirat yg lebih utama bagi orang Islam. Ketiga, golongan orang Islam yg bersolat tetapi dengan menjamakkan dua solatnya kerana sebab-sebab tertentu termasuk kerana ingin memudahkan dirinya dalam perkara ibadah. Mereka ini juga meremehkan solatnya. Allah (a.w) sahaja yg memutuskan apakah dia dapat ganjaran pahala atau tidak atau apakah dia termasuk orang Islam yg dikira patuh akan perintah dan suruhan fundamental Allah (a.w) dalam perkara solat. Keempat, orang Islam yg bersolat tetapi tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara solat. Kerana, Allah (a.w) perintahkan manusia, yg Islam, itu buatlah amalan dan kerjakanlah ibadah dalam Islam dgn bersandarkan ilmu yg dia pelajari secara berguru dari orang yg mendapat ilmunya berdasarkan sumber yg sah bersanad, yakni ketetapan atau peraturan, bentuk dan kaedah serta cara bersolat itu, menepati sabda Rasulallah (s.a.w) : 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' kerana Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam supaya ilmukan diri dahulu sebelum amalkan sesuatu amalan atau kerjakan sesuatu ibadah. Firman Allah (a.w): ' Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sebarang (amalan dan ibadah) tanpa mengetahui ilmunya terlebih dahulu.) (Ayat 36, Surah al-Isra') atau sabda Rasulallah (s.a.w): 'Al-ilmu qabla amal' (Yg bermaksud: Berilmulah dahulu (yakni, belajar dan fahami ilmu tentang sesuau amalan dan ibadah itu) barulah kerjakan amalan atau ibdah tersebut.) (Hadith). Di dalam Islam kesemua amalan dan ibadah hendaklah didasarkan ilmu pengetahuan bukan suatu amalan atau ibadah ikut-ikutan. Ilmu itu hanya benar kalau didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah. Dalam hadith yg lain, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg beramal dalam kejahilan (yakni, tanpa didasari oleh ilmu), akan masuk neraka. Dan, sesiapa yg ada ilmu, tetapi tidak amalkan atau ibadahkan apa yg dia tahu, maka dia juga akan masuk neraka. Justeru itu, sesiapa yg beramal dalam kejahilan ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - maka amalannya tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Dalam konteks solat fardu, jelaslah solatnya tidak diterima Allah (a.w). Golongan ke-empat ini adalah orang yg bersolat tetapi dalam kejahilan atau tanpa ilmu. Kelima, orang yg ketika bersolat tidak khusyuk sedikitpun. Secara lahiriah dia bersolat tetapi secara kebatiniahnya dia tidaklah sebenarnya beriman dalam mengerjakan solatnya.
Saudara, dalam Islam itu keimanan mengandungi tiga sifat atau syarat spt yg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jaffar bin Muhammad, hadith daripada bapanya, hadith daripada Ali bin Hussain, hadith daripada bapanya, hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun ‘iman’ itu diketahui dengan hati (rukun qalbi), dan disebut dengan lisan (ucapan) (rukun qauli) dan diamalkan (atau, dilakukan atau dikerjakan) dengan anggota (rukun fe’li).’ Berkata Abu Salti (seorang perawi dalam isnad hadith ini): ‘Sekiranya (hadith) ini dibacakan ini isnad ini kepada orang gila nescaya sehat dia (yakni, suatu perkara yang amat mudah difahami oleh manusia).’ [HadithIbnu Majah, Bab Iman].
Solat itu mengandungi ketiga-tiga unsur tersebut: rukun qalbinya (niat yg didasarkan kpd keimanan terhadap memenuhi perintah Allah (a.w), rukun qauliny (bacaan yg sejajar dgn bacaan yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w); dan ketiga, rukun fe'linya, pergerakan atau perlakuan dalam atau ketika bersolat. [Nota: Niat yg haq dalam Islam diperjelaskan oleh llah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isra': 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' (Yg bermaksud: Menhrapakan kerahmatan Allah (a.w), yakni diberikan ganjaran syurga, dan diselamakan dari siksaan dalam neraka Allah (a.w).]
Keenam, orang Islam yg bersolat tetapi solatnya - dari segi rukun qalbinya (niat), rukun qaulinya (bacaan dalam kesemua rukunnya) dan rukun fe'linya (pergerakan atau perbuatan ketika bersolat), adalah tercemar oleh bid'ah, sebagaimana yg ditetapkan oleh hadith berikut: Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ahdatha fi amrina haza ma laisa minni, fahua raddun.' [Yg bermaksud: Barangsiapa memperbaharui di dalam urusan aku (yakni, urusan syariat Islam yang aku bawa) ini (dengan apa-apa urusan) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan oleh aku (Rasulallah (s.a.w)), maka urusan itu (yakni, amalan itu) ditolak (yakni, tidak diterima)] [Hadith Ibnu Majah].
Hadith yg sama terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan lain-lain kitab-kitab hadith. Jika solat kita tercemar oleh sesuatu yg brcorak atau brsifat bid'ah - yakni berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) - maka solat kita itu batal, tidak diterima Allah (a.w) dan kalau konsisten kita mengamalkan sedmikian itu, maka kita terkeluar dari Islam, menjadi kafir, wal iya zubillah.
Saudara, oleh itu wajarlah kita faham betapa pentingnya solat fardu itu dan bagaimana solat kita itu sia-sia sahaja kalau kita bersolat dalam kejahilan ilmu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment