Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbicaraan kita tentang tajuk di atas: 'Solat fardu itu menentukan apakah kita mendapat syurga atau neraka', suatu perkara yg tidak diambil berat oleh majoriti umat Islam, sama ada mereka yg menyandang jawatan keagamaan dalam kerajaan ataupun penceramah bebas atau 'pakar' motivasi', pensyarah akademik dalam ilmu mengenai Islam dan sebagainya. Saudara, kita tahu asasnya adalah: sesiapa yg tidak Islam atau tidak anuti agama Islam pasti tak dapat syurga. Ini jelas. Semua orang yg akui dirinya beragama Islam faham. Yg mereka tak faham atau sering kelirukan atau abaikan atau remehkan adalah: Islam sahaja tidak cukup untuk mendapat syurga. Kita Islam tetapi tidak solat lima waktu yg difardukan atas umat Islam itu, pasti juga tak dapat syurga.
Justeru dalam post sebelum ini, kita telah diberi kefahaman bahawa syarat mutlak pertama untuk mendapat syurga adalah bersyahadah dan kemudian memenuhi beberapa syarat amalan dan ibadah yg diwajibkan atas umat Islam itu kita laksanakan atau kerjakan. Yg paling utama dilaksanakan adalah solat fardu. Orang Islam yg tidak bersolat pasti tak dapat syurga. Kerana itu adalah janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w), dalam hadith yg kita telahpun teliti sebelum ini. Tiada janji Allah (aw) memberikan syurga kpd kita kalau kita tidak bersolat! Maka dgn itu wajib difahami bahawa umat Islam yg menunaikan solat fardunya setiap hari adalah mereka yg akan mendapat syurga. Ibadah solat adalah amalan yg terutama dalam Islam. Solat adalah ibadah yg terawal dihisab di padang makhsyar. Prestasi ibadah solat fardu kita menentukan hisaban atas segala ibadah dan amalan selainnya. Contoh: Tak guna jika kita, seorang jutawan, menginfaqkan sebahagian besar atau kesemua harta kekayaan kita - untuk fi sabilillah mengharapkan syurga, kerana pasti kita takkan dapat syurga dgn meninggalkan solat! Kita diberitahu bahawa solat tu adalah tiang agama kita. Sebagaimana rumah tanpa tiang pastilah (binaan atau angunan) rumah itu akan runtuh. Runtuh agama berrti kita terkeluar dari agama Islam. Tanpa solat, pastilah Islam kita runtuh terbarai dan kita tidak lagi Islam!
Saudara, dalam post sebelum ini itu kita diberitahu beberapa syarat menunjukkan kita Islam dan beriman berdasarkan pra-syarat pertama, iaitu kita benar-benar Islam dan beriman. Kali ini kita lihat pula, beberapa pra-syarat lain, iaitu: kedua, setelah kita Islam dan dikira beriman kerana kita yakin iaitu kita pasti akan mati, adanya alam barzah dgn siksaannya, ada perhimpunan di padang makhsyar bilamana kita akan dihisab - dosa dan pahala - berdasarkan Kitab Catatan Amalan kita, yg menentukan kita dapat syurga atau neraka, dan akhirnya setelah dihisab, kita akan dihimpunkan dalam 'dua barisan' - satu barisan yg akan ke syurga dan satu barisan akan ke neraka (Ayat 7, Surah as-Syura). Kita hanya dapat syurga berdasarkan amalan dan ibadah kita semasa hidup - segala sesuatu persiapan kita untuk dunia akhirat. Kita takkan dapat syurga kalau kita abaikan perintah Allah (a.w) bahawa kita sebagai manusia diberi kesempatan oleh Allah (a.w) hidup semata-mata untuk mengabdikan diri kpdNya (Ayat 56, Surah az-Zariat) - yakni buat apa yg disuruhNya dan tinggalkan apa yg dilarangNya dan buat sekuat mampu apa yg Rasulallah (s.a.w) suruh dan tinggalkan apa-apa yg Rasulallah (s.a.w) tegah, kerana mentaati Rasulallah (s.a.w) itu membuktikan kita mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Pra-syarat ketiga adalah, kita hanya akan dapat syurga kalau kita melepasi ketetapan atau pra-syarat ini bahawa kita mentaati Allah (a.w) dan kita mentaati Rasulallah (s.a.w) (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Bagaimana mentaati Allah (a.w)? Mentaati Allah (a.w) bererti kita ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita mengikuti as-Sunnah. Kalau kita tolak as-Sunnah samalah kita menolak Rasulallah (s.a.w). Menolak Rasulallah (s.a.w) bererti kita menolak Islam. Islam itu agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia, dan Rasulallah (s.a.w) itu diutus oleh Allah (a.w) untuk menyampaikan ilmu, bentuk, kaedah serta cara bagaimana menjadi Islam atau orang Islam dan bagaimana hendak mempastikan diri kita benar-benar Islam dan beriman menepati spesifikasi Allah (a.w). Justeru itu, Allah (a.w) perintahkan kita supaya ikuti as-Sunnah pada Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (yakni, amalkan dan kerjakan atau laksanakan), dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah kamu jauhi (yakni, jangan sekali-kali kerajakan). Ketetapan dalam ayat ini memberatkan, kerana setiap sesuatu yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah diamalkan atau dikerjakan dan setiap yg ditegah ditinggalkan. Maka dengan di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) melonggarkan ketetapan tersebut iaitu kita disuruh laksanakan apa-apa yg disuruh atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) segala amalan dan ibadah sekuat mampu kita, yakni tidak diwajibkan. Kita diberi pilihan. Kalau kita ingin mertabatkan syurga yg lebih utama atau lebih tinggi, maka kita ikuti atau kerjakanlah segala sesuatu yg Rasulallah (s.a.w) suruh. Ini disebutkan dalam banyak hadith.
Saudara, insya Allah kita akan teruskan perbincangan kita mengenai tajuk ini dalam post selanjutnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment