Wednesday, May 2, 2012

Solat: Menentukan Seseorang itu Kafir atau Islam

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat sepotong hadith yg diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih Bukhari yg memberikan panduan yg hakiki lagi mutlak terhadap solat. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg perlu kita beri keutamaan dalam hadith tersebut adalah: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.' [Hadith Bukhari]. Ini adalah kunci aqidah dan keimanan dalam perkara solat.
Saudara, dalam perkara mengerjakan amalan dan ibadah, kita tertakluk kpd ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Maka dgn itu segala amalan dan ibadah yg tidak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, walaupun nampak begitu indah lagi menarik dan tertib serta kemas, kekal tidak diakui amalan dan ibadah yg sah dan diterima Allah (a.w) jika berlainan daipada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itulah, sesiapa yg menyembah sesuatu - benda atau makhluk yg hidup ataupun sudah mati atau menyembah sesuatu yg dicipta oleh manusia - tidak diakui menyembah Allah (a.w). Maka dgn itulah segala amalan dan ibadah 'baik' manusia yg tidak Islam tidak berguna padanya setelah matinya. Perlakuan baik tersebut disanjung oleh manusia, diberi tempat dan kedudukan serta penghormatan di dunia tetapi, tidak  berguna se-senpun untuk kebajikan akhirat mereka. Maka dgn itulah Allah (a.w) memberitahu bahawa agama yg diridaiNya hanyalah Islam dan sesiapa yg menganuti dan megikuti agama selain Islam tidak diterima amalan dan ibadah mereka, walaupun berbagai dan dikira baik dan disanjung manusia. Di akhirat kelak, amalan dan ibadahnya tatkala dihisab kosong semata-mata. Maka tempatnya adalah dalam neraka.
Saudara, demikian juga orang Islam. Ramai orang yg Islam tetapi,  belum pasti merka beriman. Kerana, kalau mereka beriman sudah pastilah dia akur dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) memerintahkan kita yg Islam bahawa kita dijadikan (yakni, diberi peluang hidup di dunia) semata-mata dgn satu tujuan iaitu mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w), dgn mengikuti ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dan melaksanakan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Inilah ketetapan Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah kepadaKu).' Dalam perkara 'mengabdikan diri kpd Allah (a.w.)' itu, kita diwajibkan  berpandukan ketetapan dan suruhan serta contoh atau apa yg dilakukan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', yakni contoh atau model orang iman (malah model manusia) terbaik, yg wajib kita jadikan ikutan atau idola jika kita adalah seorang Islam yg beriman dan bertaqwa. Kita wajib akur dgn ketetapan serta perintah Rasulallah (s.a.w), kerana itulah perintah  Allah (a.w) kpd manusia, khususnya manusia yg Islam dan beriman. Ayat 21, Surah al-Ahzab: 'Nescaya sungguh-sungguh ada bagi kamu sekelian dalam diri Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yg ada mereka mengharapkan bertemu dgn Allah (a.w) dan bertemu dgn hari akhirat dan bagi mereka yg ingatkan Allah (a.w) dgn banyak.' Orang yg akui dirinya Islam dan beriman itu wajib jadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan dalam segala sesuatu dalam beragama, khususnya dalam perkara amalan dan ibadah. Ayat ini bukan memberi pilihan kalau mau atau kalau tak mau. Yg jelasnya kalau ingin bertemu Allah (a.w), maka hendaklah berada dalam syurga. Orang yg tidak Islam itu tidak akan menemui Allah (a.w) kerana mereka berada di dalam neraka! Hanya penghuni syurga yg berpeluang melihat wajah Allah (a.w). Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu sekelian ambil (pakai dan amalkan atau jadikan panduan), dan apa-apa yg ditegah olehnya hendaklah kamu jauhi.' Ini adalah perintah wajib bagi setiap kita yg akui diri kita Islam dan beriman itu ambil dan terima as-Sunnah sebagai panduan hidup sebagai orang Islam yg beriman. Kita tidak patuhi ketetapan as-Sunnah sebaliknya ikuti ketetapan atau panduan orang lain, termasuk panduan para ulama' dan ustaz yg memberikan pelbagai preskripsi amalan dan ibadah serta kaedah dan cara beramal dan beribadah yg tidak ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita lakukan, maka kita meremehkan kedudukan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana kita menomborsatukan pendapat atau ketetapan manusia, dan menomborduakan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jelas kita terkeluar dari Islam. Ayat 80, Surah an-Nisa: Barangsiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti as-Sunnah) maka sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w).' Ayat ini dgn jelas dan tanpa mengelirukan menyuruh kita yg Islam dan beriman bahawa kalaulah kita akur dgn perintah Rasulallah (s.a.w), yakni ketetapan as-Sunnah, Allah (a.w) akui kita telah mentaatiNya!
Saudara, ketetapan Islam itu jelas dan tidak mengelirukanpun. Yg menjadikan kita keliru apakala kita berpandukan kpd pendapat dan pandangan para ulama' atau ilmuwan yg menyuruh atau menyarankan supaya kita buat itu dan ini tanpa berdasarkan atau berpandukan ketetapan as-Sunnah dan al-Quran. Hari ini begitu ramai para ulama' yg bercakap tentang Islam dalam kejahilan apakala ditelek dari segi ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Harus diingat, ramai ulama' yg dikeluarkan oleh universiti-universiti Islam spt al-Azhar, Madinah, universiti di Jordan malahan dari UIA sendiri, tapi belum pasti mereka benar-benar berilmu dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yg pasti dalam Islam hanyalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith: 'Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yg kalau kamu berpegang/berpandu kepada keduanya, pasti kamu sekelian tidak akan sesat selama-lamanya di dunia (mencari dan mendapatkan syurga dan selamat dari neraka di akhirat kelak), iaitu al-Quran dan as-Sunnah.' Counter factualnya, kalau kita abaikan al-Quran dan as-Sunnah, kita pelajari kitab-kitab karangan manusia yg memuatkan pendapat dan pandangan atau idea-idea manusia - termasuk profesor dan jawatankuasa tesis untuk Ph D kita, sudah pasti kita sesat dalam Islam. Mereka tiada ilmu yg sempurna tentang Islam. Mereka hanya mengutamakan akal fikiran, atau apa yg disebutkankan 'persangkaan' dalam istilah al-Quran dan as-Sunnah. Persangkaan tidak membuktikan kebenaran sesuatu. Yg benar itu adalah apa yg tertulis dalam al-Quran dan apa yg dismpaikan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah kpd kita. Selainnya, adalah persangkaan atau pemikiran manusia yg tiada validity dalam agama. Kita ikuti perkara itu kita pasti akan sesat. Bila sesat kita mencari syurga, dapat neraka, wal iya zubillah. Kesesatan itu terjadi kerana kita melakukan sesuatu yg nampak begitu menarik tetapi sebenarnya batil, spt membuat pembaharuan atau menokok tambah kpd bentuk-bentuk amalan dan cara serta kaedah beramal atau beribadah.Amalan yg disebut sebagai 'bid'ah'. Rasulallah (s.a.w) melarang kita berbuat dan mengamalkan ssuatu yg bid'ah. Banyak hadith menyebutkannya. Tapi, begitu ramai umat Islam yg degil dan brkeras mengatakan wujudnya 'bid'ah hasanah'. Orang sedemikian ini begitu berani memperdagangkan akhiratnya demi pertimbangan keduniaan, termasuk ketaksuban kpd mahaguru mereka!
Saudara, orang Islam wajib diperingatkan suatu ketetapan yg simple tetapi fundamental.  Apa dia? Tak guna seseorang itu akui dirinya Islam dan beriman kalau dia tak bersolat. Kerana seorang yg akui dirinya Islam dan beriman, jika meninggalkan satu waktu solat fardu, dihukum menjadi kafir atau jatuh kafir. Solat adalah ibadah wajib. Orang Islam dan beriman itu wajib bersolat, tidak boleh ditinggalkan walaupun satu waktu sekalipun. Solat hanya boleh ditinggalkan kalau uzur syar'i, yakni sudah gila atau tidak siauman atau sudah nyanyuk atau hilang akal. Orang Islam yg masih waras wajib kerjakan solat. Solat fardu tidak boleh ditangguhkan. Maka dgn itulah tiada kaedah qada' dalam solat fardu. Kita dimaafkan meninggalkan solat fardu kalau tertidur atau terlupa, namun ketika kita teringat atau sedar atau kita terbangun, maka wajib kita solatkan solat fardu tersebut walaupun sudah tamat waktunya. Contoh: Tertidur atau terlupa Solat 'Asar. Kita teringat atau terjaga sudah masuk waktu Maghrib. Kita hendaklah berwudu', solatkan Solat 'Asar dlm waktu Maghrib itu, dan kemudian baru kita solatkan pula solat yg ketika itu waktunya (i.e. Maghrib).
Saudara, berapa ramaikah orang Islam yg tanpa mereka sedari menjadi kafir? Kerana tak bersolat? Berapa ramai pula orang Islam yg solat tetapi terkeluar dari Islam kerana mengamalkan sesuatu yg bid'ah dalam solatnya? Sesiapa yg mengamalkan bid'ah terkeluar dari Islam tanpa disedari! Tapi, berapa ramaikah umat Islam yg bersolat - termasuk secara istiqamah mengerjakan solat-solat sunat, termasuk Solat Tahajjud, tetapi kesemua amalan dan ibadahnya tidak diterima, kerana terlibat dalam bid'ah atau terkeluar dari Islam tanpa disedari kerana amalan bid'ah selain jatuh kafir kerana meninggalkan solat?
Mengapakah begitu ramainya orang Islam yg sanggup memperdagangkan akhiratnya walaupun telah diberitahu yg haq? Mereka itu adalah orang Islam yg menidakkan yg haq dan meremehkan nasihat manusia. Saudara, ada banyak contoh perbuatan yg menyebabkan kita terkeluar dari Islam kerana mengamalkan kebatilan dalam beribadah. Contoh dalam solat begitu banyak. Insya Allah kita akan huraikan satu per-stu dalam post-post yg akan datang. [Nota: Sebenarnya telahpun dimuatkan dalam blog ini dalam post-post yg lalu, akalu saudara rajin menyemak.] Namun kita berikan sedikit. Pertama, menyebut 'Usolli ketika memulakan solat'; kedua, menguatkan bacaan 'Basmalah' ketika memulakan membaca Surah al-Fatihah dan juga surah; ketiga, membaca Tasbih Rukuk dgn menambah kpd kalimahnya dgn kalimah 'wa-bihamdihi'; keempat, sebagai makmum, membaca kalimah 'sami-'ullahi liman hamidah' mengikuti Imam solat ketika bangun dari Rukuk untuk Iktidal, walhal kita perlu sambut bacaan Iman dgn bacaan 'Rabbana wa-lakal hamdu' sahaja; kelima, membaca Tasbih  ketika Sujud dgn menambah dgn kalimah 'wa-bihamdihi'; keenam, ketika selesai solat memberi salam ke -kanan dan kemudian ke-kiri dan mengucup tagan atau jari atau menyapu dahi atau kepala, walhal kita tidak disuruh buat apa-apa, memadai memberi 'salam' ke kiri dan ke kanan sahaja. Ketujuh, selesai solat kita berzikir dan berdoa secara berjema'ah, walhal Rasulallah (s.a.w) ketika selesai solat, beliau berpaling mengadap para sahabat (i.e. makmum) dan berzikir, berwirid dan berdoa secara persendirian. Kadangkala Rasulallah (s.a.w) menyampaikan Tazkirah atau khutbah tentang peringatan-peringatan yg beliau perlu sampaikan kpd para sahabat, apakala perlu dan apakala wahyu turun kpdnya.
Saudara, ramai umat Islam yg tidak sedar bahawa solatnya terbatal, kerana Wudunya tak sempurna. Ketetapan Islam adalah niat untuk wudu' bukan menyebut 'Nawaitu ...', tetapi memulakan berwudu' dgn menyebut kalimah 'Bismillah'. Tanpa menyebut 'Bismillah', wudu' tak sah. Kedua, wudu' tak sah kalau hanya sebahagian kepala disapu dgn air, krana as-Sunnah mensyaratkan disatu keseluruhan bahagian kepala! Anihnya, kalau sesiapa yg berkesempatan melihat dan meneliti kitab karangan Imam as-Syafie tentang cara berwudu', Kitab al-Umm, tidak pula Imam as-Syafie menyuruh sapu sebahagian kepala sahaja. Hadith tentang wudu' yg dilapurkan oleh Imam as-Syafie dgn Imam an-Nasai dan lain-lain ulama' muhadithin sama saja. Mengapa kita dalam  mazhab as-Syafie buat berlainan drp as-Sunnah?

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment