Monday, May 21, 2012

Jema'ah: Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang 'kepimpinan dalam Islam' atau Islam yag haq atau Islam yg membolehkan seseorang itu mendapat syurga. Kita telah lihat tiga potongan hadith yg menyebut tentang wajibnya umat Islam itu menubuhkan jema'ah yg formal yg diketuai atau dipimpin oleh seorang yg dipanggil Imam atau Amir. Dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w) beliaulah pemimpin atau imam jema'ah Islam. Kemudian selepas kewafatan beliau, umat Islam dipimpin oleh khalifah (yakni, pemimpin pengganti) bermula dgn Abu Bakar kemudian Omar, kemudian Othman dan kemudian Ali (radiallahu 'anhum). Selepas zaman khalifah yg berjalan selama 30 tahun itu, Rasulallah (s.a.w)menyebut bahawa jema'ah umat Islam akan dipimpin oleh mereka yang bergelar 'al-Malik' (yakni, raja), Amir atau Amirul Mukminin (pemimpin orang-orang mukmin) atau Imam atau Amir, sebagai ketua 'ulil amri' jema'ah Islam zaman-zaman akhir.
Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umat Islam bahawa jika ada orang iman bertiga, wajib bagi mereka mengangkat salah seorang mereka menjadi pemimpin (imam) mereka bertiga. Kewajipan mengangkat salah seorang mereka menjadi imam itu terpakai dalam keadaan mereka dalam perjalanan (musafir), yakni mengembara atau dalam keadaan mereka bertempat atau bermestautin secara kekal di suatu tempat. Jika tidak melantik imam salah seorang mereka itu, maka kehidupan mereka yang bertiga itu tidak di halalkan oleh Allah (a.w) berada di muka bumi. Imam atau amir itu menguruskan kebajikan serta segala perkara mengenai kumpulan mereka. Imam membuat ijtihad bagi melestarikan serta memantapkan aqidah jema'ah umat Islam. Imam adalah menjadi saksi di hadapan Allah (a.w) ketika berhimpun di hadapan Allah (a.w) di padang mahsyar kelak. Demikian dalam sesuatu jemaah Islam itu perlu ada pemimpin atau imam atau amir. Ii dejelaskan dalam beberapa hadith di bawah ini.
Diriwayatkan hadith dari Abi Salim al-Jaisyani hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘La yahillu an yankihal-marata bi talaqi ukhra wala yahillu lirajulin an yabi’a ‘ala bai’in sohibihi hatta yazaruhu wala yahilli li-thalathai nafari yakununa biardhi falatin illa ammaru ‘alaihim ahadahum wala yahillu lithalathati nafari yakununa bilardhi falatin yatanajathnaini duna sohibiha.' [Maksud: Tidak halal bagi seorang lelaki yang ada di atas bumi yang terbentang ini menikahi seorang perempuan dalam talaknya (yakni, perempuan yang diceraikan masih dalam edahnya) oleh seorang yang lain; dan tidak halal bagi seseorang lelaki bahawa menjualkan dia jualan sahabatnya sehingga ditinggalkannya (yakni, sehingga orang yang hendak membelinya telah pasti tidak membelinya); dan tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di atas bumi lapang ini kecuali membuat (yakni, mengangkat) imam atas mereka salah seorang dari mereka; dan tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di permukaan bumi yang terbentang luas ini berbisik-bisik kedua-duanya tanpa sahabat ketiganya).] [Hadith Imam Ahmad]
Hadith di atas menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat empat perkara yang menjadi haram seseorang melakukannya: pertama, haram bagi seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang telah diceraikan oleh seorang lelaki lain, yang masih dalam edahnya. Maksudnya, jika dia ingin menikahi seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya, belum cukup edahnya. Maksudnya, wanita itu halal dinikahi apabila tamat edahnya. Kedua, haram seseorang itu dalam berjualbeli apabila sedang tawar menawar dengan seorang yang ingin membeli barangannya, tetapi belum diputuskan, dijual pula kepada orang lain atau orang ketiga membelinya darinya sebelum tamat jualbeli dengan pembeli pertama. Hanya setelah yang pertama memutuskan tidak membeli barangan tersebut, barulah boleh dijual kepada/dibeli oleh orang lain. Ketiga, di dalam sesuatu perkumpulan tiga orang atau lebih berada di muka bumi yang terbentang luas in, tidak halal hidup mereka selagi mereka tidak mengangkat seorang daripada mereka menjadi imam mereka. Keempat, tidak halal juga jika ada satu kumpulan bertiga, maka berbisik-bisik atau bercakap dua daripada mereka tanpa melibatkan yang ketiga dalam perbuatan tersebut.
Saudara, hari ini kita diajarkan Islam dan syariatnya tanpa sempurna, maka dgn itu ada banyak perkara yg kita sendiri jahil mengenai Islam dan syariatnya.
Mungkin juga atas sebab-sebab tertentu para ulama' dan ilmuan Islam di Malaysia sendiri belum benar-benar faqih atau faham tentang Islam. Maka dgn itu mereka tidak ceritakan pada kita tentang kewajipan umat Islam itu berjema'ah dan memiliki seorang Imam atau Amir atau barisan pemimpinnya sendiri. Kepimpinan dalam jema'ah Islam itu dipilih oleh jema'ahnya sendiri berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itulah panduan yg haq tentang segala sesuatu.
Yg utama adalah: jikalah ketetapan sebagaimana yg disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan apa-apa yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith adalah benar - dan pastinya al-Quran dan as-Sunnah itu benar - apakah kita telah menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Jika tidak bagaimana? Apakah status kita hari ini?
Yg pasti kehalalan seseorang Islam itu di dunia bergantung kpd sama ada dia berada dalam jema'ah dan dia memiliki seorang pemimpin yg khusus untuk jema'ahnya. Bila kita renungkan. Ada betulnya perkumpulan Arqam dulu. Dia ada Imam. Dia ada sistem jema'ah. Yg tak betul adalah aqidah yg dipelopori oleh pemimpin mereka. Hari ini di Malaysia, kita ada Sultan sebagai pemimpin jema'ah Islam. Tapi, kita tiada jema'ah yg formal yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, jema'ah Islam bukanlah kerajaan sebagaimana jema'ah Islam yg ditetapkan mengikut ketetapan atau panduan al-Quran dan as-Sunnah, kerana di Malaysia dipisahkan antara dunia dengan akhirat, seolah-olah ada perpisahan sedemikian.
Saudara, ciri-ciri wujudnya satu jema'ah umat Islam adalah ada pemimpin atau kepimpinan dalam jema'ahnya.  Ada, perjanjian mutlak antara umat Islam di dalam jema'ahnya, yg disebut 'Bai'at' dalam al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam hadith disebutkan bahawa dunia menentukan akhirat. Dunia adalah tempat mengusahakan pengamalan sebanyak mungkin amalan yg sunat sebagai pelaburan untuk menerima dividen di akhirat kelak. Dunia menentukan akhirat kita - jika amalan dan ibadah yg diwajibkan kita kerjakan, maka baiklah kesudahan akhirat kita. Sebaliknya, jika kita abaikan atau tinggalkan dalam kehidupan kita, kita pula mengumpul dosa dari kemaksiatan kita, maka tiadalah pelaburan kita untuk akhirat, maka tiadalah apa-apa dividen akhirat kita terima. Segala-gala di dunia menentukan corak akhirat kita.
Malangnya hari ini umat Islam abaikan  persediaan akhirat mereka. Malah mereka yg akui dirinya bertaraf ilmuwan dan ulama' sendiri tidak menyediakan pelaburan akhirat untuk diri mereka. Sebaliknya, mereka menempah keburukan bagi diri mereka kerana mereka tidak mengembangkan ilmu mengenai syariat Islam, sebaliknya mereka menghalang program dakwah dan pengilmuan, mengutamakan 'ajaran  mazhab' sambil meremehkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan as-Sunnah, dan mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan ilmu, dan mereka jahil tentang ketetapan Islam. Mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dalam golongan yg rugi itu. Semoga kita tidak menggunakan ilmu akhirat untuk mencari kesenangan maisya duniawi. Semoga kita mempersiapkan diri untuk kesejahteraan akhirat. Tiada kesejahteraan akhirat tanpa ilmu ...
Sama-samalah kita fikirkan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment