Friday, May 4, 2012

Solat: Menentukan Syurga atau Neraka

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita tahu bahawa solat fardu itu menentukan apakah kita benar-benar orang Islam yg beriman atau kita kelihatan Islam tetapi sebenarnya kafir? Insya Allah dalam post ini kita lihat pula satu lagi dimensi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mengenai solat yg melibatkan status kita di akhirat.
Saudara, kita tahu bahawa manusia yg tidak akan dapat syurga adalah manusia yg tidak Islam. Tapi, bagaimana pula kalau kita Islam, apakah kita juga berkemungkinan tak dapat syurga? Dalam al-Quran kita diberitahu bahawa ada tiga golongan orang Islam yg beriman; iaitu pertama, golongan orang iman yg menzalimi diri mereka sendiri. Siapa? Orang iman yg tidak mengerjakan apa yg diperintahkan atau mengerjakan apa yg dilarang atau ditegah. Mereka itu disebut golongan 'zalimu li-nafsih', yg menzalimi diri mereka sendiri. Kenapa? Dah tahu ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya, tetapi mengengkarinya. Orang yg menentang ketetapan atau melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya pastilah tergolong dari kalangan orang yg menzalimi diri sendiri. Kedua, orang iman yg pertengahan - ada ketetapan yg dia langgar sengaja atau tak sengaja, tetapi pada masa yg sama dia berusaha sekuat mampunya untuk mentaati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Mereka ini golongan yg disebut 'al-muktasidah' (golongan pertengahan). Mereka ini melakukan dosa dan mengumpul juga pahala. Selagi dosa-dosanya tidak terhakis, maka dia akan merasai siksaan dalam neraka kelak. Setelah dibersihkan, barulah diberi peluang masuk syurga. Ketiga, golongan terbaik, adalah mereka yg berusaha sekuat mampu memperbaiki diri mereka, mengerjakan semampu mungkin apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg ditegah. Mereka ini adalah golongan 'fastabiqul khairat' - sentiasa berusaha mencari kebaikan bagi dirinya supaya berjaya di akhirat - mendapat syurga dan selamat dari neraka. (Ayat 32, Surah al-Fatir).
Saudara, di alam akhirat kelak, hanya ada dua kesudahan atau tempat tinggal bagi manusia - Ayat 7 Surah as-Syura  - iaitu segolongan menjadi penghuni syurga dan segolongan menjadi penghuni neraka. Neraka itu bukalah kehidupan kerana tiada kenikmatan kecuali siksaan yg berbagai dan berterusan tanpa batas waktu. Kehidupan yg sebenarnya, firman Allah (a.w), adalah syurga. Disana segala kenikmatan yg terfikir dan yg diingini dan yg tidakpun diketahui, dan pasti diingini kalaulah diberitahu.
Saudara, kita teruskan berbicara tentang kedudukan orang yg akui dirinya Islam dan beriman tapi tak bersolat, bagaimana? Kita lihat ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. 
Oleh kerana pentingnya ibadat solat itu, di dalam sebuah hadith qudsi disebutkan bahawa Allah (a.w) berjanji sesiapa yang mengerjakan solat fardunya tetap pada waktunya, maka dimasukkan dia ke dalam syurga. Ingatlah firman Allah (a.w) di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberi pengakuan bahawa segala janjiNya itu pasti ditunaikan:
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKuBahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (fardu yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi]
Hadith yang sama perawinya sama juga diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Kita turunkan berikut sekadar untuk rujukan tambahan:
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata: Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) menceritakan kepadaku dengan katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan menjanjikan Aku (Allah (a.w)) di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu) menjaga atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud]
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) (Hadith Qudsi) bahawa ada perjanjian Allah (a.w) dengan manusia yang Islam dan beriman. Apakah janji Allah (a.w) itu? Jika mereka bersolat lima solat fardu dalam waktunya, maka mereka dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga, dan jika mereka tidak bersolat dalam waktunya, maka tiada janji tersebut. Pendeknya, sesiapa yang mengerjakan solat lima waktu dalam waktu-waktu yang ditetapkan, maka Allah (a.w) berikan ganjaran syurga, dan jika sebaliknya, masuk neraka. Satu perjanjian yang mudah bagi manusia.
Saudara, dua hadith qudsi ini menyebutkan bahawa sesiapa yg tidak mengerjakan solat fardu atau sengaja meremehkannya, maka Allah (a.w) tidak akan masukkan mereke ke dalam syurga. Kesudahan mereka itu bergantung pada Allah (a.w). Di dalam al-Quran disebutkan bahawa syurga itu diwarithkan atau diberikan kpd orang Islam yg beriman yg mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Allah (a.w), sejajar dgn Ayat 56, Surah az-Zariat itu, firman Allah (a.w) yg sering kita ulangi dalam blog ini. Oleh itu pilihlah kerana yg menentukan nasib kita di akhirat adalah kta sendiri, bukan orang lain. Oleh itu berhati-hatilah dalam Islam dan khususnya dalam mengerjakan amalan dan ibadah dan dalam menjalani kehidupan duniwai, jangan lupa kehidupan yg jauh lebih panjang dan tanpa batasan waktu ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment