Sunday, April 29, 2012

Panduan Hakiki yg Induk Tentang Solat

Assalamualaikum,
Saudara , dalam perkara solat, panduan hakiki dan panduan  induknya adalah hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik (r.a) menceritakan kepadanya (hadith) dengan berkata: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) (untuk belajar ilmu syariat agama Islam) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau (yakni, belajar dengan beliau) selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perwatakannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu (yakni, merindui) dengan keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Kembalilah kamu kepada keluarga kamu dan tinggallah bersama mereka, ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ (Kata Malik: ‘Disebutkan oleh beliau beberapa hal, ada yang kami ingat dan ada yang tidak ingat kami. Diantara sabda beliau: Sollu kama ra-aitumuni usalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat], apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang di antara kamu, dan yang paling tua (hendaklah) menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, hadith ini memberitahu kita bahawa hendaklah kita bersolat menepati cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Kita tak boleh solat ikut spesifikasi sebarang orang, walau bagaiman 'alimnya mereka itu, kerana kalau kita bersolat tidak sejajar dgn cara solat Rasulallah (s.a.w) maka solat kita batal dan tidak diterima Allah (a.w). Tambahan pula, kalau kita tidak jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan solat kita - malah panduan untuk sebarang amalan dan ibadah - maka pasti ita terjerumus melakukan sesuatu yg dilarang oleh Rasulallah (s.a.w). Maka kesemua amalan yg sedemikian itu batal tidak diterima Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment