Friday, April 13, 2012

Peringatan yg Wajib DiAmbil Perhatian Setiap Hari

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung semula perbincangan kita tentang syariat solat-solat sunat dalam Islam. Sebelum itu, elok kita ulangi beberapa peringatan tentang solat. Antara yg utama, pertama, solat fardu itu wajib dikerjakan oleh setiap orang yg akui dirinya 'Islam' dan 'beriman'. 'Beriman' kerana dia yakin wujudnya hari akhirat - hari pembalasan - maka dgn itu dia sentiasalah berwaspada dalam menjalani kehidupannya. Kerana iman dia yakin bahawa meninggalkan satu waktu solat dia keluar dari Islam, menjadi kafir! Dan, dia tak dapat syurga kelak. Dan, dia dapat neraka. Hanya setelah dibersihkan dalam neraka dia boleh masuk ke syurga setelah berada dalam neraka entah berapa lama. Orang kafir dan orang fasiq (i.e. melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) dan orang yg menzalimi diri sendiri (i.e. membut dosa itu), pasti akan masuk neraka. Dosa-dosa yg dilakukan akan menjerumuskan kita ke dalam neraka, kecualilah dosa-dosa itu terhakis semasa kita masih hidup, kerana tobat kita diterima Allah (a.w) atau dihakis oleh amalan soleh - amal makruf kita semasa di dunia. Selagi ada dosa, kita mati, kita pasti masuk neraka. Yg selamat dari neraka orang yg tiada dosa padanya. Dosa terhadap Allah (a.w), Allah (a.w) boleh ampunkan. Dosa pada manusia, kita kena jumpa orang berkenaan itu ketika dia masih hidup di dunia, kita pohon kemaafannya, dan diselesaikan dgnnya. Hanya setelah diselesaikan antara kita dgnnya baru Allah (a.w) boleh selesaikan. Jika tidak, penyelesaiannya di akhirat adalah amal soleh atau pahala milik kita yg perlu diserahkan kpd orang yg kita berdosa itu. Kalau dah habis pahala kita membayar dosa kita kpd seseorang itu maka dosanya akan diserahkan kpd kita, maka beratlah timbangan dosa kita. Maka, kita lebih lama pula di neraka...! Kedua, solat fradu itu adalah amalan atau ibadah yg terutama dan termula dihisab di akhirat kelak. Kalau baik hisaban solat fardu kita, maka baiklah hisaban lain-lain amalan yg wajib dan yang sunat. Kerana, segala amalan lain seorang yg Islam itu tidak ada nilai kecuali di mengerjakan solat! Tak solat, ibadah dan amalan selainnya takda gunanya! Hakikat ini sering tidak difahami oleh ramai umat Islam - malah majoriti umat Islam sejak dari dulu hinggalah sekarang. Kerana kejahilan ilmulah ramai orang yg akui dirinya Islam dan beriman, tapi tak solat, tak puasa, tak buat umrah dan naik haji, tak keluarkan zakat dan tak infaqkan hartanya, i.e. harta yg tidak tertakluk kpd ketetapan zakat. Kerana jahillah juga majoriti umat Islam berpendapat bahawa syurga itu di dapati hanya oleh orang Islam, walaupun dia tidak kerjakan sebarang amalan dan ibadah wajib lebih-lebih lagi sunat. Walhal, dalam al-Quran Allah (a.w) peringatkan kita syurga itu diwarithkan kpd orang Islam yg beriman dan mengamalkan segala perintah dan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya. Darjat syurga seseorang itu bergantung kpd amalan dan ibadah dan tahap amalan dan ibadah mereka, selain keikhlasannya mengerjakan amalan dan ibadah. Sebenarnya al-Quran dan as-Sunnah itu adalah peringatan kpd orang Islam yg beriman lebih dari peringatan pd orang yg tidak Islam. Peringatan kpd orang yg tidak Islam mudah aje dan pendek serta rengkas dlm al-Quran: iaitu pertama, 'agama yg diredhai Allah (a.w) adalah Islam', maka justeru itu, agama lain tidak mendapat sebarang kebaikan untuk akhirat mereka; kedua, sesiapa yg ikuti agama selain Islam, segala amalan dan ibadahnya tak berguna di akhirat, mereka pasti masuk neraka dan mereka hanya boleh dapat syurga kalaulah boleh unta celus masuk dan keluar dari lubang jarum. Mustahil. Ketiga, bagi orang Islam meraka tergolong dari 3 golongan, iaitu: pertama, orang yag menzalimi diri sendiri (i.e. suruh tak buat tapi yg dilarang dibuat); kedua, golongan pertengahan (al-muktasidah), i.e. dosapun ada dan pahalapun ada, maka kedudukan akhiratnya bergantung kpd yg mana melebihi yg mana? Kalau dosa melebihi pahala maka di akhirat masuk neraka, setelah dibasuh bersih baru boleh masuk syurga - orang yg terakhir masuk syurga. Ketiga, golongan yg berlumba-lumba membuat amal kebaikan - membanyakkan amalan dan ibadah supaya membawa sebanyak mungkin bekalan pahala untuk akhirat mereka dan meninggakan segala bentuk dosa - dosa-dosa kecil, lebih-lebh lagi dosa-dosa besar. Golongan ini pasti mendapat syurga. Inilah yg disebutkan pada Ayat 32, Surah al-Fatir. Syurga yg diwarithkan oleh Allah (a.w).
Saudara, meneliti 3 golongan tersebut, majoriti umat Islam adalah dalam golongan pertama. Gologan ini terdiri dari mereka berikut: pertama, yg Islam nama sahaja, tak buat sebarang amalan,  malah melakukan segala bentuk kemaksiatan - besar mahupun kecil - yg ditegah/dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).  Kedua, golongan  umat Islam yg hanya ikuti al-Quran dan  menolak as-Sunnah. Maka mereka melanggar ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan  Ayat 7, Surah al-Haysr, pasti masuk neraka. Tidak dikira Islam. Ketiga, orang yg Islam dan  beramal dgn syariat yg konononnya Islam kerana mereka jahil tanpa ilmu hanya bertaklid tanpa ilmu, dgn berbagai-bagai perkara melibatkan amalan dan ibadah wajib dan sunat, yg tak sama dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Amalan-amalan dan ibadah yg bersifat atau dicemari oleh perkara-perakara syirik, tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah. Kesemua ini membatalkan amalan dan ibadah atau amalan dan ibadah tersebut tidak diterima Allah (a.w). Samalah dgn takpun mengerjakannya. Maka mati pasti masuk neraka dulu untuk dibersihkan, kerana tak kerjakan amalan atau ibadahpun! Ayat 7, Surah al-Haysr dan hadith-hadith yg berkaitan yg banyak pula sebagai sandaran nas dan dalilnya. Golongan keempat, umat Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam tetapi mencampur adukkan ketetapan manusia dgn ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), sehinggakan menombor duakan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan menombor-satukan ketetapan  fahaman manusia yg menjadi guru atau idola atau kepimpinan aliran fahaman mereka yg dicipta oleh guru atau pemimpin tersebut. Tergolong dalam golongan ini adalah pengikut aliran atau fahaman kemazhaban, sufisma dan tarikat atau apa-apa pegangan yg bertentangan dgn ketetapan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Maka, tergolonglah mereka itu dalam 72 golongan daripada 73 golongan  pegangan Islam yang, walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetap gagal mendapat syurga tapi terjermus ke dalam neraka di akhirat kelak. Setelah dibersihkan dalam neraka, baru boleh masuk syurga.  Kelima adalah golongan umat Islam yg Islam dan beriman, beramal dia dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tidak dinomborduakan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mereka tidak anuti Islam secara berjema'ah. Maka mereka juga gagal mendapat syurga, kerana berjema'ah itu adalah syarat mutlak sahnya Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah. Rujuk Ayat 103, Surah ali-Imran dan nas dan dalil hadith yg begitu banyak menyebut tentang wajibnya umat Islam itu mengauti dan mengamalkan Islam secara berjema'ah, bahawa wujud suatu sistem kepimpinan Islam yang khusus yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, adanya jema'ah yg formal, adanya kepimpinan yg formal dan ada pula ikrar janji taat setia yg formal antara kepimpinan dan  anggota jema'ah (bai'at). Justeru itulah sahnya Islam itu hanya jika memenuhi dua pra-syarat, iaitu pertama berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah atau mencontohoi semata-mata apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin atau mereka yg mengikuti mereka tersebut, i.e. para tabi'in, pengikut para tabi'in, dan pengikut-pengikut mereka sampai kiamat dunia dan pra-syarat kedua, mereka mengamalkan Islam secara berjema'ah. Islam sedemikian sahaja yang tergolong dalam tiga golonagn yg disebutkan di atas tadi, iaitu (a) zalimu li-nafsihi - menzalimi diri mereka - tak buat yg disuruh tapi buat yg ditegah; (b) sedng-sedang keimanan mereka (al-muktasidah); dan (c) golongan terbaik yg bersama-sama dgn para nabi, syuhada dll yg terulung iman mereka, adalah 'fastabiqul khairat' - berlumba-lumba membuat kebaikan 'amal makruf' meninggalkan kemungkaran (nahi mungkar). Golongan manakah kita?
Saudara, sehari dalam neraka (i.e. di akhirat itu) bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia = 365 hari x 1,000 = 365,000 hari lamanya dalam kiraan hari dunia. Justeru itu, sesiapa yg mendapat neraka selama hanya sehari maka itu adalah lamanya bersamaan  dengan 1,000 tahun = 365,000 hari dalam kiraan hari dunia! Apatah lagi kalau kita ditakdirkan, kerana dosa kita, kita diazab di neraka untuk dibersihkan lebh lam dari sehari?

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment