Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung sedikit lagi perbincangan kita tentang tajuk di atas - sekadar menyampaikan rumusan bagaimana solat ini dikerjakan. Mudahmudahan saudara yg mengikuti blog ini dapat melapangkan masa untuk mengerjakan Solat Tasbih ini, kalaulah saudara benar-benar yakin bahawa akhirat itu wujud dan nasib kita di akhirat itu ditentukan oleh apa yg kita buat ketka hidup di dunia. Kita juga yakin bahawa syurga itu mahal harganya - tidak semudah yg kita diberitahu oleh para ulama' dan ilmuwan. Hakikatnya Allah (a.w) memberitahu bahawa syrga itu diawrithkan atau diberikan hanya kpd orag Islam, orang iman yg mengerjakan segala perintah dan suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - Ayat 13, Surah an-Nisa dan Ayat 80, Surah an-Nisa' dan khususnya Ayat 72, Surah az-Zuhruf: 'Wa-tilkal-jannatul-lati urithtumuha bima untum ta'maluna.' (Yg bermaksud: Syurga itu diwrithkan (atau diserahkan atau diberikan) kpd orag yg yg menjadi ahli syurga itu kerana apa-apa yg ada mereka telah amalkan (atau kerjakan).), bukan sebab kita akui diri kita Islam dan beriman, kemudian kita takpun bersolat, berpuasa dll - kita tidak kerjakan apa yg disuruh dan kita pula kerjakan apa-apa yg dilarang atau ditegah!
Saudara,. hari ini begitu ramainya umat Islam - terutama orang Melayu - tidak bersolat, takpun bersolat Jum'at, walauun sekali seminggu) makan di khalayak ramai dalam bukan Ramadhan, menghabiskan wang terutama demi memuaskan kehendak nafsu diri, tak pula tunaikan haji (walhal, seseorang yg sudah mampu mengerjakan haji dari segi keupayaan kewangan, jika tidak haji, mati sebelum sempat menunaikan haji, pasti masuk eraka, wal iya zubillah).
Saudara, kita rengkaskan di bawah ini bagaimana hendaklah kerjakan Solat Tasbih supaya saudara boleh mualai hari ini amalkan.
Begitulah diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w) kaedah mengerjakan solat Tasbih ini, iaitu:
· Solat Tasbih ini adalah solat sunat empat rakaat berturut-turut rakaatnya, yakni satu solat empat rakaat dengan disudahi dengan ‘salam’;
· Bagi setiap pergerakannya (yakni, rukun fe’linya) di baca tasbihnya, iaitu Subhanallah, walhamdulillah, wa-laila ha illallah, wallahu akbar);
· Tasbih itu dibaca sebanyak 15 kali selepas membaca surah sebelum Ruku’; dan 10 kali bagi setiap pergerana yang lainnya;
· Solat itu digalakkan dikerjakan sekali sehari (terbaik), atau dikerjakan sekali setiap minggu, atau sekali setiap bulan, atau sekali setiap tahun atau sekali seumur hidup (yang memadai);
· Dengan mengerjakan solat Tasbih itu diampunkan oleh Allah (a.w) sepuluh kategori dosa, iaitu:
(a) Dosa-dosa yang terdahulu;
(b) Dosa-dosa yang kemudiannya;
(c) Dosa-dosa yang lama;
(d) Dosa-dosa yang baru dibuat;
(e) Dosa-dosa yang tidak disengajakan;
(f) Dosa-dosa yang disengajakan;
(g) Dosa-dosa kecil;
(h) Dosa-dosa besar;
(i) Dosa-dosa yang disembunyikan; dan
(j) Dosa-dosa yang dilakukan terang-terangan
. Solat Tasbih ini boleh dikerjakan pada malam hari ataupun siang hari (tetapi, kerana kefadhalan bersolat selepas sepertiga malam, maka lebih baik dikerjakan ketika itu).
. Solat Tasbih ini boleh dikerjakan pada malam hari ataupun siang hari (tetapi, kerana kefadhalan bersolat selepas sepertiga malam, maka lebih baik dikerjakan ketika itu).
Yang tidak terampun, kecuali ditaubatkan, adalah dosa-dosa yang tertakluk kepada hukum qisas atau hudud.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment