Sunday, April 29, 2012

Ustaz Don - Komen tentang Solat

Assalamualaikum,
Saudara, mungkin saudara adalah antara orang yg sering mengikuti program '30 Minit bersama Ustaz Don' dalam TV al-Hijrah setiap pagi jam 6.30 hingga 7.00 pagi. Ustaz Don selang sehari akan berceramah tentangHukum Tjwid membaca al-Quran dan Solat. Penulis berpandangan kaedah pengajaran tajwid beliau itu baik, mudah difahami dan boleh diguna pakai. Hanya g kurangya adalah pengajaran tajwid al-Quran hanyalah sah jika menepati sistem dan kaedah mengaji secara berguru secara berdepan dgn guru yg juga mendapatkan ilmunya dari guru yg beiau belajarmengaji secara berdepan - sistem mangkul, musnad dan mutassil. Dalam perkara solat, Us Don banyak menggunakan akal fikiran serta kitab-kitab karangan para ulama' yg sering menjdi panduan para guru atau ustaz atau alim ulama' golongan arus perdana, yg mengajarkan ilmu tanpa merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah secara langsung, tetapi merupakan tulisan sekunder dari kitab-kitab karangan para 'alim ulama' atau ustaz atau guru yag menggunakan akal fikiran mereka tanpa khatam ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, banyak perkara yg Ustaz Don jelaskan dan jadikan panduan adalah hukum aqal bukan ketetapan as-Sunnah.
Saudara, panduan amalan dan ibadah sebagaimana panduan hidup Muslim adalah al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, panduan ilmu yg haq bagi setiap umat Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Islam itu adalah agama yg diciptakan oleh Allah (a.w) khusus untuk manusia dan jin dan Rasulallah (s.a.w) itu diangkat Allah (a.w) menjadi Rasul untuk menyampaikan syariat agama Islam itu kpd dua golongan makhluk tersebut. Oleh itu, tiada siapa yg sempurna lmunya mengenai Islam kecualilah Rasulallah (s.a.w) di kalangan manusia. Jika ada para ulama' atau ilmuwan atau ustaz yag mengatakan sesuatu mengenai Islam tanpa merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah pastilah dia salah. Kerana di dalam hadith disebutkan sesiapa yg mengatakan sesuatu tentang Islam berdasarkan kebijaksanaan akala fikiran mereka, walaupun betul - secara kebetulan - tetap dihukumi salah oleh Allah (a.w). Sebaliknya, sesiapa yg mengatakan sesuatau mungkin trsilap atau secara kebetulan setelah belajar ilmu mengenai apa yg dikatakannya, tetap dia mendapatsatu pahala, kalau betul dia dapat dua ganjaran pahala. Justeru itu, imu itu amat utama dalam Islam.
Saudara, dalam perkara solat, Ustaz Don menyebutkan bahawa dalam kes orang yg jahil ilmu tetapi memeluk Islam, maka dia ingin bersolat, kerana adalah mejjadi kewajipan bagi seorang Islam itu mengerjakan solat fardunya, tapi dia belum hafal al-Fatihah. Ustaz Don berkata, mengikut pandangan para ulama' mazhab, muallaf tersebut boleh bersolat tanpa membaca al-Fatihah, memadailah dia membaca zikir sebagai menggantikan al-Fatihah. Solatnya sah, kata beliau. Ini adalah suatu ksilapan.
Saudara, Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isra' menetapkan bahawa setiap orang Islm wajib mengaji dan ketahui ilmu terhadap sesuatu amalan dan ibadah terlebih dahulu sebelum mengerjakannya. Demikian jugalah dlam perkara solat. Hendaklah dia beajar ilmu mengenai solat kemudian sudah faham barulah kerjakan solat. Kita tidak boleh beramal dan beribadah semata-mata secara ikut-ikutan tanpa ilmu atau dalam kejahian. Maka dgn itu jugalah kita diperintahkan supaya belajar ilmu dan mempelajari ilmu dalam Islam itu suatu kefarduan atau yg wajib.  Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 'Al-ilmu qabla 'amal' (Yg bermaksud: Berilmulah kamu sebelum kamu mengerjakan sesuatu amalan.' Dalam perkara solat prinsip induknya adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aiumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.') [Hadith Bukhari]. Kini zaman ini tak mungkin dapat melihat Rasulallah (s.a.w) bersolat. Tapi, dgn mempelajari al-Hadith atau as-Sunnah kita akan tahu bagaimana Rasulallah (s.a.w) bersolat.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kita cara dan kaedah bersolat (dan juga bentuk-bentuk solat sebagaimana belau diajarkan oleh malaikat Jibril (a.s) bagaimana bersolat. Yg pertama panduannya adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Faiza qumta ilas-solati fakabbir' (yg bermaksud: Maka ketika berdiri kamu untuk bersolat maka takbirlah'. Tidak ada mana-mana dalam ketetapan as-Sunnah kita menyebut 'Usolli ...' atau menyebut apa ua kalimah sebagai menzahirkan niat atau memulakan solat.  Kita disuruh angkat kedua-dua tangan dgn jari-jari terbuka ke atas sama ada ke paras cuping telinga kita atau ke paras bahu ketika menyebut 'Allahu Akbar' - Takbir itu. Selanjutnya, disebutkan bahawa kita letakkan kedua-duua tangan kita yg akan memegang pergelangan tangan kiri di atas tangan kiri, diletakkan di atas dada di atas kawasan pusat, di tengah-tengah dada. Bukan d tempat lain - ke atas (atas dada bertentangan dgn jantung) atau ke bawah (atas perut) atau diherotkan ke kiri sedikit - sebaaimana yg sering dijadikan  kebiasaan di kalangan masyarakat Islam.
Saudara, setelah bertakbir mmeulakan solat kita, kita membaca Doa Iftitah - yg pendekpun emmadai, kemudian wajib kita membaca al-Fatihah sebelum membaca surah. Membaca al-Fatiha adalah syarat sahnya solat. Solat batal tanpa membaca al-Fatihah. Justeru itu, saranan  Ustaz Don adalah suatu kesilapan. Tiada sokongan  nas dan dalil as-Sunnah. Jika kita ikuti maka terbatllah solat kita!
Abu Said al-Khudri, katanya:Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Bermula tahrim (permulaan) bagi solat itu ialah ‘Takbiratul Ikhram’ (yakni, menyebut ‘ Allahu Akbar) dan ‘Tahlilnya’ (penamatnya) ialah memberi ‘salam’ (yakni menyebut ‘Assalamu-alaikum warahmatu-Allah’) di akhir solat. Dan tiada solat bagi seseorang yang tiada membaca ‘Alhamdu-lillah’ (yakni, Ummul Kitab atau al-Fatihah) dan surah pada fardu lainnya.’ [Hadith sahih riwayat at-Termidzi]
Saudara, hadith ini menyebutkan tiga perkara yg akan penting, pertama, solat tak sah tanpa berwudu'; kedua, wudu' tak sah tanpa memulakannya dgn menyebut kalimah 'Bismillah'; dan ketiga, solat tidak sah, kalau tidak dibaca Surah al-Fatihah. Jelas, kalau si mualaf itu bersolat hanya dgn membaca zikir sebagai ganti bacaan al-Fatihah, solatnya batal dan tidak diterima Allah (a.w). Tidak susah mengajarkan mualaf membaca dan menghafal Surah al-Fatihah.
Mudah-mudahan, komen ini sampai kpd Ustaz Don atau disampaikan kpd beliau. Ingatlah dalam Islam sesiapa yg mengajarkan suatu kebatilan, kemudian diikuti oleh orang lain, yg mengamalkan kebatilan berdosa dan dia mengirim dosa kpd orang yg mengajarkan kpdnya, tanpa mengurangi dosanya pula. Sesiapa yg mengajarkan sesua yg haq atau kebaikan, kemudian dijadikan amalan oleh orang yg diajarkannya, maka orang yg belajar dan mengamalkannya mendapat pahala, dan yg mengajrkannya mendapat kiriman pahala tanpa mngurangi pahala orang yg mengamalkannya, i.e. yg mendapat ilmu darinya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment