Monday, April 9, 2012

Ustaz Don - Komen (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah komen sedikit tentang ajaran Ustaz Don mengenai beberapa perkara- khususnya bab solat. Ada beberapa perkara yg beliau anjurkan itu tersilap, berlainan daripada ketetapan Islam mengikut as-Sunnah. Kalau sesuatu amalan dan ibadah itu bertentangan dgn atau berlainan daripada preskrpsi as-Sunnah, maka batallah amalan atau ibadah kita tersebut. Kita telahpun lihat sepotong hadith mengenai perkara ini. Malah kalau saudara adalah orang yg rajin mengikuti tazkirah dalam blog ini akan faham banyak perkara, bukan setakat solat sahaja.
Saudara, berhubungan dgn apa yg kita tuliskan dalam post sebelum ini, kita lihat pula sepotog hadith yg lain. Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya yang berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas ini memberikan hukuman yang sama juga berhubung dengan isu ini. Yang wajib diberi perhatian adalah bahagian kedua hadith tersebut: iaitu mengajarkan sesuatu yang bersifat bid’ah. Akibatnya, pertama Allah (a.w) tidak redha. Jika Allah (a.w) tidak redha maka dapatkan kita rahmatNya (yang membolehkan kita dibalas dengan Syurga?) Atau, apabila kita menerima kiriman dosa dari mereka yang mengamalkannya, dan mereka yang mengajarkan pula orang lain, dan yang belajar itu mengamalkannya dan mengajarkannya pula ad infinitum? Sudahlah kita berdosa, dosa orang lain yang kita ajarkan pula kita terima sebagai habuan kita mengajarnya, kemudian anak murid kita mengajarkan pula anak muridnya, kitapun dapat dosa yang sama, dan seterusnya dan seterusnya (yakni, ad infinitum)?
Hadith yang serupa diriwayatkan oleh at-Termidzi dalam Sunan at-Termidzi, menyebut satu hadith daripada ‘Amru bin ‘Auf al-Muzanni (r.a) yang mendapat (atau mendengar) hadith daripada Bilal bin Harith (r.a) mengenai perkara yang sama:
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bi ‘Auf al-Muzanni (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) berkata kepada Bilal bin Harith (r.a), sabdanya: ‘Ketahuilah kamu.’ Maka berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketahuilah hai Bilal!’ Berkata Bilal: ‘Apa yang hamba ketahui wahai Rasulallah (s.a.w)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawasanya barangsiapa menghidupkan satu jalan (as-sunnah) dari jalanku (as-sunnahku) sesungguhnya telah dimatikan dia kemudian daripadaku (yakni, tidak lagi menjadi amalan umat Islam selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w)), maka bahawasanya baginya daripada pahala seumpama orang yang mengamalkannya dengannya dengan ketiadaan bahawa kurang ia daripada pahala-pahalanya sesuatu. Maka barangsiapa berbuat bid’ah (walaupun) satu bid’ah tiada memberi ridha Allah (a.w) dan RasulNya, adalah atasnya (yakni, dipertanggungkan) daripada segala dosa orang yang ber’amal dengannya (bid’ah tersebut), tiada kurang demikian itu daripada dosa-dosa mereka itu sesuatupun.’ [Hadith hasan at-Termidzi]
Menghidupkan as-sunnah yang telah dilupakan orang atau yang tidak lagi menjadi amalan atau diamalkan oleh umat Islam itu memberi ganjaran pahala yang besar kepada mereka yang berbuat dengannya. Sebenarnya, di akhir zaman ini sememangnya banyak as-sunnah Rasulallah (s.a.w) telah dilupakan atau dimatikan atau ditinggal dan tidak diamalkan. Antara sebab utamanya, semakain kurang ulama’ atau para ilmu Islam yang faqih dengan ilmu al-Hadith meninggal dunia atau tidak mengajarkannya atau anak muridnya tidak mengajarkannya pula. Juga, kebanyakan umat Islam tidak berkeinginan belajar ilmu al-Hadith berbanding dengan lain-lain ilmu, terutama ilmu keduniaan, yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Para ilmuan syariat Islam semakin tidak mendapat tempat di kalangan manusia atau masyarakat moden.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment