Saturday, April 14, 2012

Program J.O.M Tv al-Hijrah - Komen

Assalamualaikum,
saudara, tadi pagi penulis berkesempatan mendengar program J.O.M TV al-Hijrah yg  penceramahnya atau ustaz yg mengetuai program tersebut (atau, penyampai) membincangkan 40 hadith Imam an-Nawawi.
Dikalangan ustaz-ustaz moden dan ahli akademik ala Islam, Himpunan 40 hadith an-Nawawi ini amat popular. So popular sehinggakan ramai yg membeli kitabnya terutama terjemahannya, ada yg menggunakannya sebagai asas ceramah dan tazkirah mereka. Tidak ada usaha di kalangan para ulama' dan ilmuwan Islam mengajarkan umat Islam ilmu al-Quran - bacaan, tafsiran dan kefahaman dan kaedah mengamalkan apa yg dituntut oleh al-Quran. Sebenarnya itulah yg utama wajar ahli ilmu -ustaz dan ilmuwan - dakwahkan kpd umat Islam dan bukan Islampun. Dan, ahli ilmu Islam - ustaz dan ilmuwan akademik - sepatutunya mengajarkan umat Islam, melalui apa jua media, ilmu mengenai as-Sunnah - al-Hadith. Kerana kefahaman mengenai al-Hadith adalah kefahaman kpd ketetapan al-Quran dalam penterjemahan perintah  Allah (a.w) dalam amalan dan ibadah harian mereka sebagai umat Islam. Kerana perintah  Allah (a.w) yg fundamental kpd manusia adalah: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini.' (Yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (ie.. beramal dan beribadah) kepada Aku (Allah).) [Ayat 57, Surah az-Zariat]. Selain haiwan dan tumbuh2an, hanya tiga makhluk yg Allah (a.w) cipta yg memiliki akal fikiran serta yg diberi tugas khusus dalam dunia, iaitu malaikat (yg dijadikan sebagi makhluk yg 100% patuh kpd perintah Allah (a.w) dan sentiasalah setiap saat mengagungkan dan memuja, memuji dan mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w). Golongan jin yg asalnya dijadikan dari api, ada yg taat dan ada yg tidak sebagaimana manusia. Syaitan atau iblis adalah asalnya dari golongan jin yg dijadikan dari api yg telahun dilaknat Allah (a.w), dan pada masa yg sama Allah (a.w) izinkan dia menjadi fitnah atau cubaan terbesar kpd dan terhadap orang iman. Sesiapa yg ikuti syaitan atau iblis, maka pastilah dia ahli neraka kelak di akhirat bersama-sama dgn syaitan dan cucu cicitnya. Dan, makhluk yg dimuliakan Allah (a.w) adalah manusia. Manusia itu diberi kebebasan hidup di dunia tetapi mereka diwajibkan berpandu kpd perlembagaan agama Allah (a.w) iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau mereka jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan idup mereka, maka selamatlah mereka di akhirat kelak. Kerana, pada Allah (a.w) dunia tak penting. Yg penting akhirat. Dunia tiada nilainya pada Allah (a.w), sehinggakan disebutkan dalam al-Hadith bahawa kalaulah dunia dan isinya itu sama nilainya dengan sebelah kepak nyamuk, sudah pasti orang yg tidak Islam tidak akan dberi Allah (a.w) minum seteguk airpun! Justeru itulah, Allah (a.w) peringatkan manusia, terutama kita yg Islam, bahawa kehidupan yg sebenar-benarnya adalah kehidupan akhirat yg kekal yg nikmatnya tidak terfikir oleh otak manusia, tak terdengar oleh teliga dan terbayang oleh hayalan kita! Fikirkanlah, ahli syurga yg termiskin di akhirat memiliki harta kekayaan yg berbagai yg nilai 10 kali dunia dan isinya!
Namun, walaupun  Allah (a.w) jadikan makhluk - jin dan manusia dan mereka mungkin kufur atau kafir atau tidak mahu mengakui Allah (a.w) tuhan mereka, mereka yg tidak  Islam tetap diberi rezki di dunia kerana sifat ar-Rahman (pemurahNya). Malah yg kufur atau kafir seringkali lebih senang hidup mereka di dunia, berbanding yg Islam. Itu cubaan am keduniaan. Malah ada orang Islam yg mewah hidupnya diberi Allah (a.w) rezki yg banyak - walaupun rezki itu datangnya atau dihasilkan dari menjual atau memperdagangkan ilmu Allah (a.w) atau mendapat keuntungan dari 'dakwah' mereka - melalui pelbagai media TV, radio, forum, ceramah, bengkel, kuliyah dll - namun kerana sifat ar-Rahman Allah (a.w) mereka mendapat keuntungan duniawi! Tapi, kerana sifat ar-Rahim Allah (a.w) hanya orang yg Islamnya sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg akan mendapat pembelaan Allah (a.w) di akhirat kelak, diberikan ganjaran syurga.
[Nota: Penulis sebutkan  secara khusus bahawa hanya orang Islam yg memandu kehidupan dunianya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg akan mendapat ganjaran akhirat. Kerana? Ramai orang Islam. Ada bebrbagai label atau perkumpulan Islam. Contohnya di kalangan orang hitam Amerika (Black Americans) dulu dikepalai oleh Malcom -X dikatakan orang Islam. Orang berfahaman Syi'ah - mengagungkan Ali (r.a) dan keluarganya, dan mengketepikan Rasulallah (s.a.w) dikatakan Islam. Orang yg berpegang kuat kpd fahaman mazhab sehinggakan membelakangkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah), meremehkan al-Hadith, dikatakan juga Islam. Orang Melayu yg dilahirkan Islam takpun mengucapkan kalimah syahadah kerana tak solat, pun dikatakan Islam, walhal mereka takpun ikut perintah dan suruhan, dan mengerjakan segala sesuatu yg Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tegah dan larangpun, akui mereka Islam. Orang Islam yg mengamalkan bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah mengerjakan amalan dan ibadah tersebut, walaupun berlainan drp yg dicontohkan atau didemokan oleh Rasulallah (s.a.w), juga mengakui mereka Islam. Orang yg berpura-pura Islam , i.e. munafiq, juga akui dirinya Islam. Orang Islam - lazimnya orang yg  diberi jawatan dan kuasa mentadbirurus umat Islam - dikatakan Islam walhal setiap hari mereka tidak berdakwah - yakni mengilmukan dan membimbing umat Islam atau mengembangkan ilmu mengenai Islam yg mereka ada, kecuali kalau dibayar dgn dinar dan dirham, baru mereka sanggup mengejarkan umat Islam. Sudahlah mereka enggan kembangkan ilmu dan hapuskan kejahilan  ilmu di kalangan  umat Islam, mereka pula melarang atau menegah atau mempersusahkan orang Islam lain, yg secara sukarela berdakwah, untuk mengajar dan mengembangkan ilmu mengenai Islam supaya menghakis kejahilan ilmu di kalangan umat Islam - al-Quran dan al-Hadith - kerana mereka mengadakan pelbagai rintangan dan  batasan spt surat kebenaran atau tauliah berdakwah atau mengajarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah walhal mereka tak pula ambil dan laksanakan tugas-tugs tersebut. Mereka ini terkecuali daripada Islam yg mendapat kejayaan akhirat yg disebutkan oleh Allah (a.) dan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah.]
Saudara, orang Islam yg benar itu adalah mereka yg menepati ketetapan Allah (a.w) dalam  al-Quran dan juga ketetapan  Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Orang itu diiktiraf benar Islamnya bukan berpegang kpd fahaman  kemazhaban atau aliran  tarikat atau sufisma dan lain-lain betuk perkumpulan dalam Islam. Orang itu adalah orang yg menepati ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' (taatkan Allah (a.w) (ikuti ketetapan al-Quran) dan taati Rasulallah (s.a.w) (taati ketetapan as-Sunnah) dapat syurga dgn pasti), Ayat 80, Surah an-Nisa' (jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (yani, ikuti ketetapan as-Sunnah) pasti kita taatkan Allah (a.w)), Ayat 7, Surah al-Haysr (ikuti ketetapan  as-Sunnah), dan Ayat 103, Surah ali-Imran, (anutilah  Islam secara berjema'ah bukan secara bermazhab), Ayat 36, Surah al-Isra' (beramallah dan kerjakanlah ibadah hanya dgn ilmu), Ayat 59, Surah an-Nisa' (taatkanlah kepimpinan jema'ah atau imam kamu), Ayat 174, Surah al-Baqarah (menyembunyikan ilmu dan meniagakan ilmu), Ayat 75, Surah al-Baqarah (beriman dgn kesemua yg diturunkan Allah), Ayat 2, Surah al-Ahzab (sampaikan ilmu), Ayat 21, Surah al-Ahzab (Contohi Rasulallah (s.a.w)), Ayat 10, Surah al-Hujurat (utamakan persaudaraan dalam Islam), Ayat 208, Surah al-Baqarah (ambil semua ketetapan Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah, bukan pilih-pilih), Ayat 105, Surah ali-Imran (jangan berfirqah dan bermazhab), Ayat 6,  Surah al-A'raf (ikuti al-Quran dan as-Sunnah, dan jangan ikut ajakan atau ajaran pihak lain), Ayat 4 & 45, Surah al-A'raf (jangan halangi orang yg inginkan  Islam atau belajar ilmu mengenai Islam dan menghalangi aktiviti dakwah), Ayat116, Surah al-An'am & Ayat 36, Surah Hud (jangan ikut pendapat ataupemikiran golongan majoriti, kerana majoriti dalam Islam itu tersasar dari yg haq), dan banyak lagi ketetapan yg fundamentl yg sering dilanggar oleh orang Islam, terutama mereka yg berkuasa terhadap umat Islam lainnya.
Saudara, sinario yg dibayangkan di atas itu tidak menghairankan. Kerana, kesemua orang Melayu dan  keluarga Islam itu, dilahirkan dalam keluarga Islam. Ramai orang yg merasai diri meka berilmu. Ramai pula yg berilmu itu, tidak akui ilmu orang lain, walaupun mereka sendiri jahil ilmu. Ini ada realiti dunia. Allah (a.w) memberitahu bahawa sebaik-baik rujukan adalah al-Quran  (dan al-Hadith), dan sebaik-baik hidayah atau petunjuk terbaik itu adalah  petunjuk Rasulallah (s.a.w), dan hidayah itu Allah (a.w) kurniakan kpd sesiapa yg Dia ingini. Kita wajib mencari hidayah bukan mengharapkan hidayah itu datang kpd kita. Hidayah itu datang hanya dgn ilmu, tanpa ilmu tak mungkin seseorang itu mendapat petunjuk. Dan, ilmu itu adalah al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 15, Surah al-An'am.
Saudara, dalam ceramah penyampai program JOM itu, dia menyebutkan bahawa solat itu adalah kerana bersesuaian dgn hubungan antara kita dgn Allah (a.w) (hablum minallah) dan hubungan antara kita sesama manusia (hablum minan-nas). Pentafsiran penceramah atau penyampai itu silap apabila menyebut bahawa solat, sebagaimana amalan dan ibadah lain, adalah terkait dgn hubungan antara sesama manusia. Ini benar hanya setakat ukhuwah ketika mengerjakan solat berjema'ah maka merangsang silatur rahim sesama orang Islam. Namun, solat itu adalah ketetapan Allah (a.w) pada manusia - semua manusia semua zaman - supaya patuhi perintah Allah (a.w), iaitu jadilah orang Islam, kalau tak Islam rugilah di akhirat, akalu Islam tapi tak amalkan atau ibadahkan apa yg disuruh, rugilah akhirat kita, dan sebagainya. Kita boleh rapatkan hubungan sesama manusia tanpa Islampun. Kadang-kadang hubungan atau kebaikan seorang yg  tidak Islam itu mengatasi kebaikan seorang yg Islam. Malah, terkadang orang yg Islam itu mempunyai perwatakan dan perawakan atau keperibadian atau pembawakan yg amat un-Islamic berbanding orang yg tak Islam! 
Saudara,
Dalam suatu program lain pula penceramah bercerita tentang turnnya Dajjal sebagai salah satu alamat qiamat sudah hampir. Beliau berkata, kedatangan Dajjal itu akan meningkatkan keimanan umat Islam atau ornang iman zaman tersebut, dan menambah kufur mereka yg kafir dan akan terbukti secara jelas siapa yg munafiq dari kalangan orang yg akui mereka Islam, katanya. Kedatangan Dajjal adalah suatu fitnah atau cubaan yg amat besar pada umat Islam dan rang iman zaman itu dan orang Islam zaan-zaman terdahulu. Kenapa? Zaman  itu keimanan umat Islam  sudah tipis, ilmu yg haq sudah tiada, kejahilan semakin meluas, kemaksiatan sehinggakan orang berzina secara terang-terangan di khalayak ramai dll tanda-tanda dunia nak kiamat. Justeru itu, keimanan umat Islam zaman  Dajjal itu amat rapuh, mudah terpengaruh dan mengikuti Dajjal dan kuncu-kuncunya! Kita yg hidup zaman ini - entah berapa ratus atau ribu tahun sebelum turunnya Dajjal - juga mengadapati cabaran yg hebat. Kenapa? Dajjal akan menggali kubur umat Islam yg ditemuinya. Dihiudupkannya, kemudia dipaksa akui di Tuhan. Berapa ramaikah antara kita yg imannya mantap? Berapa ramaikan antara kita dan orang-orang sbelum kita yg sudah mati, yg Islamnya benar berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Kerana, jika kubur kita digali Dajjal dan kita dihidupkan dan disuruh akui dia tuhan, iman kita yg berkuasa menepisnya, kita tak boleh ikut akal fikiran lagi, kerana tempoh menggunakan akal sudah tiada! Justeru itulah Rasulallah (s.a.w),  kerana takutkan kafir umatnya yg Islam, supaya jangan membuat binaan di atas kubur - spt membuat tembok, hiaan dan sebagainya. Keana akan ditemui oleh Dajjal dan pengikut-pengikutnya kelak. Pasti kita rosak ,emjadi kafir walaupun kita asalnya mati sebagai seorang yg Islam! Itulah mesej yg sepatutnya disampaikan oleh penyampai atau penceramah. Keraka ilmu mengenai Islam itu bukan maianan atau lawakan dalam TV atau media, tetapi adalah panduan yg amat serius.
Saudara, ramai orang Islam yg buat kesilapan yg fundamental dalam hidup mereka dan dalam pergaulan mereka. Adalah suatu kesilapan yg besar bagi orang Islam yg menomborduakan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah berbanding ketetapan manusia sendiri ada-adakan. Ini adalah kelemahan orang yg akui dirinya pentadbir hal-ehwak umat Islam. Adalah  kesilapan besar bagi ilmuwan mengutamakan sumber karangan manusia dalam perkara agama,  tidak merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah. Adalah kesilapan besar bagi ilmuwan yg membuat pentafsiran terhadap al-Quran dan as-Sunnah tanpa belajar dan  faham ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Adalah suatu kebodohan bagi seorang yg Islam - terutama yg akui atau merasai dirinya ulama' (ahli ilmu) - apabila mereka tidak  belajar al-Quran dan as-Sunnah secara sistematis dan sempurna dan berguru bukan berguru dgn buku atau pengarang sesuatu buku atau kitab agama atau mendengar cakap-cakap penceramah. Pasti rugi di akhirat kelak.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment