Monday, April 9, 2012

Ustaz Don Danial - TV al-Hijrah - Komen

Assalamualaikum,
Saudara, penulis belum berkesempatan untuk komen apa yg diajarkan oleh Us Don dalam program - '30 Minit Bersama Us Don' dalam TV al-Hijrah yg muncul setiap pagi hari bekerja jam 6.30 hingga 7.00 pagi. Sememangnya penulis ingin komen sangat kerana ada banyak perkara yg dicakapkan/diajarkannya terlalu menomborsatukan 'fahaman as-Syafie' dan menomborduakan atau langsung tidak merujuk kpd as-Sunnah - Sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah al-rasyidin al-mahdiyin, yg wajib bagi umat Islam itu jdikan panduan utama atau nobor satu dalam perkara aqidah dan amalan serta ibadah.
Tidak dinafikan Us Don seorang yg mendapat pendidikan dalam 'bidang pengajian Islam' dari Mesir - Universiti al-Azhar'.  Dan beliau terpilih menjadi pengacara dan penyamai ajaran agama Islam dalam TV al-Hijrah kerana memiliki personaliti yg dapat menarik minat jenerasi muda. Suatu masa dulu ada penyanyi yg berhijrah kpd menjadi pendakwah agama Us Haiye. Dia popular tetapi dia tiada asa ilmu yg kokoh sebagaimana Us Don. Namun, walaupun Us Don kelihatan memiliki ilmu yg boleh dikatakan banyak mengenai syariat Islam, termasuk qiraat, namun ada banyak kesilapan beliau dalam memberikan hukum hakam yg mutlak mengenai syariat amalan dan ibadah Islam, terutama dalam sperkara solat.
Saudara, apakah contoh-contoh kesilapan  beliau itu? Kita sampaikan komen dalam post ini berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mudah2an saudara yg mungkin mengikuti program Us Don dan Us Don sendiri boleh memperbetulkan kesilapannya. Penulis tuliskan komen ini demi memperingatkan Us Don dan saudara bahawa kesilapan dalam perkara akidah dan syariah amat membahayakan. Kerana kita mencari syurga, tetapi gagal dapat neraka, wal iya zubillah.
Saudara, kita lihat ketetapan as-Sunnah berikut. Mudah-mudahan Us Don juga mengamati ketetapan as-Sunnah ini:
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya yang berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Sesuatu ketetapan yg disampaikan oleh seorang penceramah atau guru atau ustaz yg sama sekali berlainan dari preskripsi as-Sunnah adalah batil. Kerana bentuk-bentuk amalan/ibadah dan cara serta kaedah mengamal dan mengibadahkannya hendaklah menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Jika tidak batil apa yg diajarkan. malah lebih bahaya. Kalau yg kita ajarkan audience kita sesuatu yg batil - kerana tiada dalam s-Sunnah, apatah lagi dalam al-Quran - maka diterima oleh orang yg mendengar, dijadikan oleh mereka amalan maka dikerjakan mengikut apa yg kita ajarkan, maka dia amalan dan ibadahnya ditolak kerana batil, dia mendapat dosa kerana amalkan atau ibadhakan suatu yg batil, maka dia pula mengirim dosa kpd kita yg mengajarkan sesuatu yg batil, tanpa sedikitpun mengurangi dosa yg dia dapati kerana beramal dgn yg batil, wal iya zubillah. Kita yg mengajar meneri kiriman dosa bukan kiriman pahala. Sebaliknya pula, kalau kita dapati sesuatu ketetapan dalam as-Sunnah, kita beritahu orang lain, dan dia pula terima dan amalkan apa yg kita ajarkan kpdnya, maka kita, yg mengajar mendapat kiriman pahala pula. Kiriman pahala ini tidak habis-habis selagi ada orang yg amalkan apa yg kita ajarkan atau tunjukkan!
Saudara, dalam beberapa persembahan Us Don mengenai solat ada banyak perkara yg diajarkan oleh beliau. Antaranya: pertama, melafazkan 'niat wudu' sebagai 'Nawaitu wudui ... dan seterusnya'. Tidak pula beliau suruh pendengar atau pengikut programnya bahawa wudu' itu sah hanya jika didahului dgn niat dalam hati kemudian menyebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakan wudu'. Kedua, ketika memulakan solat - fardu ataupun sunat - meyebut 'Usolli fardal atau sunnatan ...' ketika mengangkat kedua tangan untuk memulakan solat. Rasulallah (s.a.w) memberi kita ahu bahawa ketika kita hendak memulakan solat kita berdiri dan mengangkat kedua tangan dan kemudian bertakbir, yakni, menyebut 'Allahu Akbar'. Rasulallah (s.a.w) tidak pernah memulakan solat dgn menyebut 'Usolli ...'. Dalam  hadith  Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa 'Faiza qumta ilas-solati fakabbir'' (Yg bermaksud: Ketika berdiri kamu untuk bersolat, maka takbirlah .' Panduan mutlak dalam solat adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli ...' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku mengerjakan solat ...) [Hadith Bukhari]. Ketiga, meletakkan kedua tangan selepas Takbiratul Ikhram adalah di atas pusat dan tangan hendaklah ditengah-tengah bahagian atas pusat bukan sebelah kiri spt di atas jantung! Tangan kanan di atas tangan kiri memegang pergelangan tangan yg kiri. Keempat, untuk mempastikan kita khusyuk dalam solat kita disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) tumpukan padangan kita pada empat Sujud setiap masa dan dalam setiap pergerakan (rukun fe'li) solat.  Kelima, tidak ada 'qada' dalam solat, yakni kalau tertinggal solat tiada qada'. Kenapa?  Dalam Islam solat fardu itu adalah suatu kewajipan mutlak bagi setiap mereka yg akui dirinya Islam dan beriman. Seseorang yg Islam itu tidak dibolehkan meninggalkan solat fardu kecuali dia mengalami uzur syar'i, yakni sudah tidak siuman. Kalau kita sakit sekalipun, kita tidak boleh berdiri, kita diberi kelonggaran bersolat dalam keadaan duduk. Kalau tak boleh duduk bersolatlah dalam keadaan berbaring. Kalau tak boleh gerakkkan anggota, namun otak kita masih waras, kita disuruh bersolat dgn menggerakkan mata kita untuk setiap pergerakan rukun fe'li solat. Malah ketetapan Islam dalam as-Sunnah adalah sesiapa yg meninggalkan sutu waktu solat fardu jatuh kafir. dalam hadith yg lain disebutkan bahawa yg membezakan orang iman dgn orang munafiq adalah meninggalkan solat. [Nota: Munafiq tarafnya lebih rendah dari kafir. Maka dgn itu di akhirat kelak orang munafiq tempatnya dibawah bahagian neraka orang kafir.Orang kafir itu adalah orang yg tidak Islam, tetai munafiq itu adalah orang yg ingin diktiraf oleh manusia sebagai orang Islam tetapi mengerjakan segala sesuatu yg dikerjakan oleh orang yg kafir]. Keenam, ketika Rukuk kita membaca 'Subhana rabbial 'azim' tanpa menambah 'wa-bihamdihi'. Begitu juga ketika bangun dari Rukuk untuk Iktidal, kalau kita seorang makmum, selepas Imam baca 'Sami-allahu liman hamidah' kita bangun baca 'Rabbana wa-lakal hamdu'. Ketika Sujud kita baca tasbih Sujud ' Subhana rabbial 'ala' tanpa menambah 'wa-bihamdihi'. Kesemua penambahan ini adalah tergolong dalam bid'ah atau pembaharuan dalam syariat Islam kerana kita lakukan - baca atau buat - apa yg Rasulallah (s.a.w) tidak buat atau sebut (lafazkan).
Saudara, dalam perkara solat, kita diberi kelonggaran oleh Allah (a.w) bahawa jika kita terlupa - bukan sengaja dilupakan - kita disuruh kerjakan solat tersebut apabila kita sedar dari terlupa.  Kita tidak dibenarkan mengerjakan solat pada tiga waktu: iaitu, pertama, ketika matahari baru terbit diufuk Timur, kedua, ketika matahari berada tegak di atas kepala dan, ketiga, ketika matahari hendak terbenam di ufuk Barat. Itulah tiga waktu haram untuk solat. [Nota: Di Masjidil Haram tiada waktu haram - kita boleh bersolat pada bila-bila waktu]. Tidak berdosa kalau kita tertinggal solat fardu kalau kita tertidur, kemudian apabila kita terjaga, kita wajib buat solat yg tertingga itu sebaik sahaja kita terjaga dari tidur, walapun sudah terlepas waktunya. Namun, kita tidak boleh solatkan dalam tiga waktu haram  yg kita baru diberitahu tadi. Sebaik sahaja lepas saat-saat tersebut, kita boleh solat. Maksudnya, kalau kita tertidur ketika petang, yakni waktu 'Asar, apabila kita bangun sudah habis waktu 'Asar dan dah masuk waktu Solat Maghrib. Maka kita ambil wudu' kitapun solatkan Solat 'Asar dahulu, kemudian kita solatkan pula Solat Maghrib pula.
Insya Allah mudah-mudahan saudara yg mengikut blog ini - dan mereka yg ikuti ceramah atau program agama dalam media - supaya faham, janganlah amalkan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, hari ini ramai orang yg mengajarkan ilmu. Begitu banyak peluang untuk berdakwah atau memberi ceramah atau tazkirah agama melalui pelbagai media. Pada waktu yg sama pula, imu mengeai al-Quran - bacaan, pemahaman  tafsiran dan penghafalan semakin terpinggir. Lebih teruk lagi umat Islam - ulama' amaupun orang awam - sudah tidak lagi mengajarkan atau belajar as-Sunnah. Malah tiadapun kelas atau majlis agama yg mengajarkan as-Sunnah secara lengkap dan sempurna. Malah pengajian as-Sunnah aau al-Hadith bukan menjadi tradisi ilmu di kalangan umat Islam hari ini. Tidak hairanlah begitu tersasarnya para ustaz dan ilmuwan Islam dan maka semakin tersasar dan parahlah umat Islam sendiri dalam  kefahaman mereka tentang agama mereka.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment