Monday, April 16, 2012

Menarik Hari Ini - Pemunya Upin & Ipin: Komen

Assalamualaikum,
Saudara, penulis terbaca dalam akhbar Berita Harian keluaran hari ini (16 April 2012) di muka tengahnya tajuk 'Bergelak sambil belajar' yg menyebut tentang 'Musikal Upin & Ipin.'
Siapa yg tak kenal siri kartun 'Upin & Ipin' dalam TV Walt Disney Channel 615 Astro itu. Malah sahabat penulis di Indonesia pernah suatu ketika bertemu menyebut bahawa orang Indon belajar slang atau gaya cakap orang Malaysia melalui siri Upin & Ipin, katanya. Demikianlah berjayanya suatu usaha animasi orang Melayu. Nampaknya 'Melayu masih belum hilang di dunia.' Rasanya Ali Rustam, KM Melaka gembira dgn komen ini.
Saudara, penulis suatu zaman dulu biasa berkeliaran di sekitar Tesco Xtra S Alam (Sek 13), dan makan dikedai yg dinamakan 'Geng's Corner' - rasanya milik pemilik Upin & Ipin atau production house yg dinamakan Les Copaque Production Sdn Bhd - production house yg miliki karakter Upin & Ipin tu. Hari ini dalam berita Harian itu penulis melihat mukanya buat pertama kali. Handsome dan muda serta kacak nampaknya Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan, Les Copaque Production tu - sila lihat halam H4 akhbar tersebut.
Saudara, yg penulis nak komen hanyalah sekadar memberi nasihat kpd saudara sesama Islam. Penulis pernah melihat dua buah kereta ferrari dipakirkan di depan kompleks Les Copaque itu - suatu warna merah hati dan satu warna hitam. Kereta Ferrari adalah lambang yuppies atau kejayaan usahawan zaman kini. memiliki dua Ferrari pastilah sudah begitu kaya. Mungkin belum tersenarai sebagai orang yg nombor ke-? terkaya di kalangan orang Melayu di Malaysia, namun tetap kaya. Namun, kekayaan ada risiko alhirat.
Saudara, kita telahpun lihat sepotong adith yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) berfirman: 'Syurga itu syurgaKu (yakni, milikKu), harta itu hartaKu (yakni, milik Allah (a.w) kesemuanya),  maka tukarkanlah (atau belilah) syurgaKu dengan  hartaKu.' Orang Islam itu diancamm neraka kerana harta miliknya yg tidak dibagikan sebahagian demi fi sabilillah - membela agama Allah (a.w) dan umat Islam yg lain, bukan dibazirkan. Jelaslah En  Burhanuddin, pemilik Les Copaque dan  karaketer Upn & Ipin itu, diberi Allah (a.w) nikmat dunia yg lebih dari orang lain, kerana berjaya membangunkan satu production house animasi yg diterima produknya oleh Disney Channel - suatu kejayaan yg tidak kecil. Kita ucapkan syabas dan tahniah.  Tapi, dia harus faham bahawa bila ada harta ada tanggungjawab di dalam Islam. Harta milik beliau sekarang ini hanyalah miliknya kalau: pertama, apa yg dimakannya dan yg dimakan oleh keluarganya; kedua, apa-apa yg dipakainya - baju, seluar kain, cadar, tilam dllnya sehingga lusuh; dan ketiga, apa-apa yg disedekah atau dizakat dan yg dinfaqkannya demi Islam dan umat Islam. Yg lainnya bukan miliknya. Adalah miik orang lain. Kalau dibazirkannya pula dgn penggunaan yg melampau apa lagi maksiat, maka dia termasuk sahabat syaitan. Itulah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat  27, Surah al-Isra': 'Innal mubazzirina kanu ikhwanas-syayatini, wa-kanas-syaitanu li-rabbihi kafura.' (Yg bermaksud: Sesungguhnya orang yg membazir itu adalah saudara syaitan; dan sesungguhnya adapun syaitan itu kepada tuhannya kufur atau kafir mereka (yakni, tidak syukuri nikmat yg diberi Allah (a.w) dan engkar serta melawan pula akan Allah (a.w).'
Sauadara, itulah ancaman kpd kita yg kaya dan bakhil dan kedekut pula. Sesungguhnya orang yg kaya itu sebenarnya lebih cenderung kpd pembaziran dan lokek, tidak mahu berkongsi kesenangan dgn orang lain, yg kurang bernasib baik. kalau Allah (a.w) gam kita pembazir dan kerana itu kita adalah kawan rapat syaitan, maka di akhirat kelak, pastilah kita berada di sisi kawan kita, iaitu syaitan. Maksudnya, kita bukanlah ahli syurga, tetapi penghuni neraka. Islam melarang umatnya berbelanja berlebih-lebihan, cukup ala kadar. Contohnya: kerana MD Las Copaque to berjaya, dia nak merasa senang, memadailah rumah banglo yg sederhana, kereta yg sederhana dan seumpamanya. Selebihnya hendaklah dia belanjakan demi membeli syurga Allah (a.w). Di akhirat kelak sebagai penghuni syurga saudara Burhanuddin akan menmati tanpa had apa yg dikehendaki oleh hati nalurinya - isteri, kenderaan, rumah, atau apa saja. Malah malaikat akan bertanya kpdnya apakah dia mahu sesuatu yg dia tak pernah terfikir, terdengar ceritanya atau terbayang oleh imaginasi otaknya? Maka malaikat akan menunjukkan kpd pelbagai dan serbanika keinkmatan tersebut untuk dia rasai. Masya Allah. Saudara Burhanuddin amat bertuah dan beruntung kerana berpeluang mendapat syurga Allah (a.w) kerana kejayaannya.
Saudara, mengapakan production house mlik beliau dinamakan 'Les Copaque'? Pada penulis mungkin disebabkan hakikat bahawa itulah usaha terakhir beliau dalam perniagaan atau perusahaan atau bisnes setelah mencuba pelbagai bisnes tak berjaya atau kurang berjaya! Maka 'Les Copaque' itu adalah last try - las kopek bak kata muda mudi Melayu suatu masa dulu... Las kopek atau percubaan terakhir setelah bayak percara dicubai tak berjaya, yg ini percubaan terakhir, kalau jdi untung kalat tak jadi bunuh diri ... jadi peluang terakhir... itulah las kopek!!
Saudara,  kalaulah kita sekaya saudara Burhanuddin, kita wajib ingat dan faham bahawa: pertama, segala harta milik kita, walaupu zahirnya kita yg cari, namun kekal milik Allah (a.w) kerana kesemua yg ada di dalam 7 lapis lanit dan 7 lapis bumi adalah milik Allah (a.w), kita diberi peluang kerana sifat ar-Rahman Allah (a.w) mengqadarkan rezki yg lebih dari orang lain. Kedua, harta itu adalah cubaan atau fitnah terbesar manusia sebagaiman anak pinak cucu cicit adalah ubaan paling getir pada orang Islam. Harta dan anak pinak dan cucu cicit boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka. Oleh itu wajar kita berwaspada. Ketiga, spt yg telah kita rujuk di atas, walau bagaimana kaya dan mewahnya kita,  milik kita hanyalah tiga - apa yg kita makan dan minum, apa yg kita pakai dan apa yg kita infaqkan (sedekahkan), selainnya bukan milik kita. Bila mati harta itu jadi milik orang lain. Berapa banyakkah kita boleh belanjakan untuk makan minum beli pakaian? Tapi, kita boleh banyakkan sedekah dan infaq, kerana itu tiada had. Sedekah dan infaq dan zakat adalah tabungan akhirat bagi kita, yg akan menentukan nasib diri kita setelah mati kita, di padang makhsyar dan di alam akhirat yg kekal nanti. Keempat, bagaimanakah kita pergunakan harta (i.e. wang ringgit) kita, untuk amal makruf atau untuk pembaziran atau menggunakan wang ringgit yg kita ada untuk tujuan batil atau kemaksiatan? Kita mendapat dividen negatif (kalau hasilnya dosa) atau dividen positif (kalau hasilnya pahala). Kelima, kalau kita tak belanjakan harta kita demi Islam, dan kita mati pula, maka di dalam kubur nanti harta itu akan dijelmakan oleh Allah (a.w) sebagai seekor ular yg besar lagi bisa patukannya yg sentiasa berada disamping kita, memblit kita dan mematuk kita tanpa henti-henti sehinggalah kiamat dunia. Walaupun kita dialam barzah, Allah (a.w) kekalkan kita merasa kesakitan daripada azab kubur setiap saat dan ketika, dan kita tidak boleh mengelak dari siksaan. Di akhirat kelak orang yg menerima azab dalam kubur itu akan masuk neraka pula - kekal di dalamnya - kerana abaikan tanggung jawab kpd Allah (a.w) kerana urniaan harta kekayaan oleh Allah (a.w) kpd kita. Keenam, kalau kita kaya seumpama Mustafa Kamal of MK Land, Syed Mokhtar al-Bukhari atau siapa saja, kita wajar bersyukur dan menagmbil kesempatan yg keemasan itu menempah syurga bagi kita di akhirat kelak. Jika kita lakukan sedemikian, kitalah manusia yg cerdik lagi bijak di dunia, kerana bersedia untuk kesejahteraan akhirat ketika waktu masih ada.
Saudara, semoga Allah (a.w) jauhkan kita dari menjadi kaya dan senang lenang sekiranyalah kita ditakdirkan menjadi orang yg kufur nikmat dan pembazir dan kerana itu kita tidak dapat melawan fitnah kekayaan yg amat berat itu. Dan, sebalaiknya, semoga Allah (a.w) menjadikan orang yg kaya raya sebagaimana orang-orang yg kaya raya, supaya kita memiliki peluag terbaik menyediakan tempt tinggal terbaik di syurga, insya Allah, jika Allah (a.w) taqdirkan kita seorang yg sentiasa syukuri nikmat dan sentiasa cintakan Allah (a.w) dan RasulNya, cintakan Islam dan umat Islam sejagat, insya Allah.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm. Satu nasihat yg berguna utk difikirkan bagi yg mahu atau yg masih bolih berfikir atas sebab kenapa Allah SWT jadikan manusia, yakni semata2 utk beribadah kpd Nya. Tapi Allah SWT tidak melarang manusia mencari kekayaan atas sifat al-RahmanNya. Walaubagaimana pun Allah SWT tetap akan menguji ketaatan hambaNya dgn segala nekmatnya dan Allah SWT telah sediakan syurgaNya yg penuh nekmat yg manusia tak terfikir ktk di dunia. Syaitan telah berjanji akan menggoda anak cucu cicit Adam utk bersamanya ke neraka melainkan mereka yg beriman kpd Allah SWT.
    Nak masuk syurga Allah itu mudah, sungguh mudah - PATUH KPD SEGALA PERINTAH ALLAH SWT & JAUHI LARANGANNYA. Masalahnya, apa yg diperentah dan apa pula yg dilarangnya? Tiada pilihan melainkan ngaji ilmu Quran & hadith atas dalil.. Nabi SAW telah berpesan, " aku tinggal kalian 2 perkara; Quran & sunnahku. Jika kalian rujuk kpd kedua2nya, kalian tak akan sesat selama2nya". Dan Allah SWT juga telah berfirman " jangan mengamalkan sesuatu yg kamu tak tak ada ilmunya "
    Juga Allah SWT suka kpd orang yang selalu bersyukur. Bukan hanya dgn lafaz tapi dgn amalan. Amalan yg macam mana? Perlulah ngaji Quran & hadith. Itulah sebabnya Allah berfirman dlm surah al-Baqarah, mengaji ilmu Quran & hadith adalah wajib bagi setiap orang Islam.
    Di sini juga saya ingin menyatakan nasihat utk diri saya dan yg lain juga bahawa jika ditanya kepada orang yg beriman 3 perkara yg dia suka. Jawapannya;
    1) RASA LAPAR - kerana sungguh2 merasa syukur atas nekmat Allah.
    2) SAKIT - kerana merasa syukur kerana dapat mengingati Allah dan bersyukur kerana Allah sedang meleburkan dosa2 kecil ketika kita sakit dan
    3) MATI - kerana akan dapat menemui Allah SWT dan hanya kematianlah caranya utk kita dapat menemuiNya.
    Semuga kita semua diberi petunjuk.

    ReplyDelete