Assalamualaikum,
saudara, seelah kita memperingatkan diri kita tentang betapa penting dan utamanya ibadah solat fardu itu, kita sambung semula perbincangan kita tentang satu lagi solat sunat yg amat penting kita amalkan dalam hidup kita - Solat Tasbih.
Saudara, ramai orang yg tahu Solat Tasbih. Tok-tok guru, ustaz dan ilmuwan Islam keluaran al-Azhar, Universiti Madinah, Universiti Jordan dan sebagainya tahu. Tapi, mereka tahu melalui apa yg dicakapkan oleh orang atau apa yg dituliskan dalam buku agama karangan orang. Merka tidak mendapat ilmu mengenainya dari sumber yg hak iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Insya Allah dalam post ini kita turunkan dua hadith tentang ibadah ini. Dgn hadith ini maka sahlah ilmu saudara yg membaca apabila mengerjakan Solat Tasbih ini.
Mengikut sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa seseorang Islam, yang tidak melakukan dosa besar itu, tetap akan melakukan pelbagai dosa yang sengaja atau tidak sengaja sebanyak 2,500 jenis dosa-dosa kecil sehari semalam. Itulah jumlah dosa-dosa minima bagi seseorang yang beriman dan bertaqwa. Kerana rahmat Allah (a.w), banyak amalan yang boleh dikerjakan oleh seseorang Islam itu untuk menghapuskan dosa-dosa sedemikian itu. Antaranya adalah mengerjakan solat Tasbih. Solat Tasbih menhapuskan sepuluh (10) jenis atau kategori dosa.
Berikut adalah hadith di mana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita (melalui ibnu Abbas (r.a)) tentang satu daripada pelaburan yang banyak menghasilkan dividen Akhirat (dengan syarat kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang dilaknatNya, terutama mengamalkan sesuatu yang bersifat ‘bid’ah’).
Diriwayatkan hadith daripada Abbas bin Abdul Mutalib (r.a.) (yakni, Ibnu Abbas) katanya telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepadanya: ‘Ya, Abbas, ya saudaraku, adakah telah memberi pengajaran (oleh) aku? Adakah telah memberitahu aku? Adakah telah mengajar aku akan engkau tentang (apabila engkau mengerjakan suatu amalan dibalas dengan) sepuluh perkara? Apabila engkau mengerjakannya nescaya Allah (a.w) mengampunkan akan engkau sepuluh perkara (iaitu sepuluh jenis dosa-dosa engkau), (pertama) dosa-dosa yang terdahulu, (kedua) dosa-dosa yang terakhir, (ketiga) dosa-dosa yang lama, (keempat) dosa-dosa baru, (kelima) dosa-dosa yang tidak disengajakan, (kenam) dosa-dosa yang disengajakan, (ketujuh) dosa-dosa kecil dan (kedelapan) dosa-dosa besar (selain dosa-dosa yang tertakluk kepada hukum hudud), (kesembilan) dosa-dosa yang samar-samar (yakni, disembunyaikan) dan (kesepuluh) dosa-dosa yang nampak terang (yakni, dilakukan berteran-terangan). Iaitu (terampun) sepuluh perkara itu apabila engkau solat empat rakaat (Solat Tasbih), membaca bagi setiap rakaat al Fatihah dari Kitab (al Quran) dan suatu surah (al Quran).
Apabila selesai daripada membaca surah al-Quran (tersebut) pada rakaat pertama dan engkau masih berdiri bacalah ‘Subhanallah , (walhamdulillah) , wa laila ha illallah, wallahu akbar 15 kali, kemudian kamu ruku’ maka baca demikian itu semasa ruku’ 10 kali, kemudian (apabila) kamu angkat kepala (untuk iktidal) (bangkit) daripada ruku’ maka bacalah 10 kali, kemudian turun sujud maka bacalah 10 kali semasa sedang sujud, kemudian angkat kepala daripada sujud (yakni, duduk di antara dua sujud) maka bacalah 10 kali, kemudian (semasa) sujud (pula) 10 kali, kemudian angkat kepala (sebelum berdiri untuk rakaat kedua) (yakni, duduk seketika sebelum bangun untuk rakaat berikutnya) bacalah 10 kali, dan demikianlah 75 kali (kesemuanya) pada tiap-tiap rakaat.[Nota: Solat empat raka’at menghasilkan 300 tasbih semunya]
Kerjakanlah demikian itu pada empat rakaat. Sekiranya mampu engkau kerjakan, maka solatlah engkau pada setiap hari sekali, jika tidak mampu dikerjakan (pada tiap-tiap hari), maka buatlah setiap Jum’at sekali (yakni, seminggu sekali), maka jika tidak mampu dikerjakan (seminggu sekali) maka kerjakanlah setiap bulan sekali (yakni, sekali sebulan), maka jika tidak mampu dikerjakan (sebulan sekali), buatlah setiap tahun sekali (yakni, setahun sekali), maka jika tidak berkuasa juga dilakukan (setahun sekali) maka kerjakanlah sekali seumur hidup kamu.] [Hadith sahih Abu Daud, Bab Kitab Solat]
Jelaslah hadith ini menyebutkan bahawa Solat Tasbih itu adalah empat rakaat satu salam. Setiap rakaatnya dibaca al-Fatihah dan satu surah selepasnya. Pada setiap pergerakan – rukun fe’linya – ada tasbih yang perlu dibaca. Selepas membaca al-Fatihah dan surah sebelum Rukuk, dibaca 15 kali, dan kemudian setiap pergerakan lain 10 kali dan sebelum bangun untuk rakaat kedua, ketiga, dan keempat duduk sebentar seumpama duduk Tahiyat Awal (tapi tidak membaca Tahiyat Awal), membaca Tasbihnya 10 kali pula. Jumlah Tasbih setiap rakaat adalah 75 dan jumlahnya untuk solat ini adalah 75 x 4 = 300 Tasbih semuanya. [Nota: Ibnu Abbas (r.a) adalah sepupu dan sahabat Rasulallah (s.a.w). Dialah yang didoakan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya diberikan kefahaman yang mendalam mengenai al-Quran (atau ugama Islam) . Solat Tasbih itu empat rakaat dikerjakan terus empat rakaat. Bukan dipecah-pecahkan dua-dua rakaat.]
Saudara,
dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memberitahu supaya kita buat Solat Tasbih ini sekurang-kurang sekali seumur hidup kita, kalaulah kita tak mampu buat sekali setahun atau sekali sebulan atau sekali setiap minggu atau, terbaik, setiap hari. Kalau dikerjakan dgn cermat, kita perlukan masa hanya antara 20 hingga 25 minit untuk mensolatkannya. Kalau kita kerjakan di malam hari, maka hendaklah kita solatkan selepas kita kerajakan Solat Tahajjud dan Solat Witir, barulah kita bangun semula untuk mengerjakan Solat Tasbih ini. [Nota: Solat Tasbih bukanlah solat malam (= solat qiamul-lail), tetapi dibuat pada bila-bila masa - siang atau malam, asalkan tidak dalam 3 waktu haram yg kita telahpun diberitahu dulu. Lebih afdhal dibuat ketika malam, kerana apabila malam kita lebih tenang dan tidak terburu-buru. Lagipun dalam bening persekitaran sunyinya malam itu, kita lebih khusyuk.]
Saudara, kita diberikan oleh Allah (a.w) pelbagai peluang untuk mengutip atau mengumpulkan pahala untuk memberatkan timbangan pahala akhirat kita. Beratnya timbangan amalan kita di akhiratlah yang akan menentukan apakah kita mendapat syurga atau mendapat neraka. Oleh itu janganlah kita abaikan. Kerana setiap kita, tanpa disedari melakukan lebih daripada 2,500 jenis dosa setiap hari. Dosa-dosa kecil kita terhakis apakala kita berwudu', kita mengerjakan solat sunat, kita kerajakan solat fardu dan kita berbuat baik kpd manusia. Oleh itu, berilah peluang kpd diri kita untuk menyiapkan sebanyak mungkin pahala demi ksejahteraan akhirat kita.
Saudara, kita diberikan oleh Allah (a.w) pelbagai peluang untuk mengutip atau mengumpulkan pahala untuk memberatkan timbangan pahala akhirat kita. Beratnya timbangan amalan kita di akhiratlah yang akan menentukan apakah kita mendapat syurga atau mendapat neraka. Oleh itu janganlah kita abaikan. Kerana setiap kita, tanpa disedari melakukan lebih daripada 2,500 jenis dosa setiap hari. Dosa-dosa kecil kita terhakis apakala kita berwudu', kita mengerjakan solat sunat, kita kerajakan solat fardu dan kita berbuat baik kpd manusia. Oleh itu, berilah peluang kpd diri kita untuk menyiapkan sebanyak mungkin pahala demi ksejahteraan akhirat kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment