Wednesday, January 22, 2014

Tanda Kiamat: Kemaksiatan umat Islam hari ini

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita keburukan dunia dewasa ini dan hubungannya dengan terjadinya kiamat dunia. Semoga kita tahu dan faham tentang tuanya usia dunia, kalaupun usia kita belum tua lagi berbanding dengan umur yang diiktiraf manusia sebagai umur tua!
Dalam post yang lalu - iaitu ketika menceritakan begitu jeliknya perangai dan perlakuan muda mudi zaman ini, yang dilapurkan oleh akhbar mengadakan pesta seks bebas di Pulau Pinang. Tak lama dulu ada juga cerita yang serupa berlaku di Ampang. Kini gejala sosial di kalangan umat Islam sudah menyamai keburukan perangai orang bukan Islam - mereka melakukan hubungan di luar tabi-i, malah menyokong pula pergerakan gender equality, homoseks dan lesbianisma - satu-satu perbuatan kemaksiatan yang amat dimurkai Allah (a.w). Tapi, hari ini manusia begitu berani menentang Allah (a.w) kerana mereka tidak lagi yakin tentang wujudnya Allah (a.w). Mereka tidak takutkan siksaan neraka. Mungkin, ada orang Islam yang tidak mempercayai adanya kiamat dan dunia akhirat, syurga dan neraka. Atau, mereka fikir semua yang Islam dapat syurga - dengan mudah...

Keburukan zaman hampir kiamat

Saudara, dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu tanda-tanda hampirnya kiamat itu sudahpun banyak dan jelas apakala berlakunya 14 perkara berikut - satu demi satu dan bukanlah serentak.[Nota: Mungkin saudara peminat tegar program 'Cinta Ilmu' dalam TV al-Hijrah apabila Ust. Badli Shah bercerita tentang tanda-tanda kiamat). Namun, dalam sabda Rasulallah (s.a.w) kita diberitahu:
Diriwayatkan hadith dari Abi Zarr al-Ghifari, hadith dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Iziq-tarabaz-mannu kathura ubsut-toyalisati, wa-kathuratit-tijaratu, wal-kathural malu, wa-‘uzzima rabbul-mali li-malihi, wa-kathuratil-fahisyatu, wa-kanat imra-atusibyani, wa-kathiral-fasadu, wal-jaras-sultanu, wa-tuffifa fil-mikyali wal-mizani, wa-yurabbir-rajulu jarwa kalbin khairul lahu min an yurabbi waladan, wa-la yuaqqaru kabirun, wa-la yurhamu soghirun, wa-yaksthuru auladuz-zina, hatta innar-rajula la-yaghsyal-marata ‘ala qari’atit-toriqi, fa-yaqulu amthaluhum fi zakumuz-zamani’ Lawi’tazaltum ‘anit-toriqi, yalbasunna juludad-do’ni ‘ala qulubiz-za’bi, amthaluhum fi zalika zamani-mudahinu.’ (Yang bermaksud: Ketika telah hampir zaman i.e. kiamat dunia) (pertama) banyaknya pakaian ‘toyalisati’ (dikalangan wanita Islam), dan (kedua) banyaknya (i.e. berbagai-bagainya) perdagangan, dan (ketiga) banyaknya (i.e. melimpah ruahnya) harta kekayaan, dan (keempat) diagungkan (sebagai) tuhan-tuhan harta kerana harta mereka, dan (kelima) banyaknya (i.e. berleluasanya) kejelikan/perzinaan, dan (keenam) akan ada pemimpin (i.e. menjadi tuan) dari anak-anak kecil, dan (ketujuh) banyaknya (i.e. meluasnya) kerosakan, dan (kedelapan) menyimpang/menyeleweng imam/amir (i.e. pemimpin), dan (kesembilan) dikurangkan takaran (i.e. sukatan) dan timbangan, dan (kesepuluh) dan meramut lelaki sebagai (anak) anak-anak anjing lebih baik baginya dari bahawasanya meramut dia anak-anak, dan (kesebelas) tidak dimuliakan orang-orang tua, dan (keduabelas) tidak menyayangi kanak-kanak, dan (ketigabelas) ramainya anak-anak zina, sehingga jika seorang lelaki menyetubuhi perempuan atas jalan (i.e. laluan ramai) disesuatu tempat lalaun umum, maka berkata oleh orang yang lebih faham dari kalangan/golongan mereka zaman itu: ‘Adakah tidak lebih baik kalian memisahi dari jalan ini!’, dan (keempatbelas) berpakaian mereka (pakaian) kulit kibas/biri-biri atas hati serigala, gambarannya di dalam demikian zaman beberapa orang yang bermuka-muka (i.e. banyak berpura-pura).) – Hadith at-Tobrani dalam Kitab Ausati.
  Hadith menyebutkan 15 fenomena (dan tanda-tanda) dalam dunia, yang melibatkan orang Islam dan beriman, yang menunjukkan hampirnya kiamat, iaitu:
Pertama, wanita Islam memakai pakaian ‘toyalisah’. Apakah pakaian ‘toyalisah’? Iaitu wanita berpakaian tetapi tidak menutup aurat mereka. Kerana pakaiannya sempit atau ketata menunjukkan bentuk badan dan perhiasan badannya. Atau pakaian yang nipis – menutup badan tetapi kekal seolah-olah telanjang kerana boleh terbayang susuk tubuhnya dan jelas terbayang perhiasan badannya. Tudungnya menutup sebahagian rambut dan kepalanya tetapi jelas kelihatan rambutnya. Pakaiannya menarik pandangan lelaki yang memandangnya kerana fesyen atau kerana warna dan perhiasan di pakaiannya menarik minat lelaki melihat mereka.
Kedua, perdagangan dan perniagaan umat Islam berbagai-bagai dan serbanika bentuk dan kaedah, sehinggakan wujud perdagangan yang bersifat maya, tiadal reality lagi. Termasuklah perdagangan barangan dan perkhidmatan yang dahuunya tidak diperdagangkan.
Ketiga, harta kekayaan umat Islam melimpah ruahnya, dagangan atau perdagangan tersebar luas sehinggakan wujud dagangan yang ‘time-dependance’ dan tidak lagi bersifat reality spt orang meniagakan alat/instrument hutang dan pinjaman serta modal;
Keempat, orang Islam akan bertuhankan manusia yang kaya kerana kekayaan dan kemewahan mereka dan melimpah ruahnya harta mereka. Mereka berkuasa dan membelikuasa. Mmaka orang-orang ramai mengikuti segala kehendak mereka yang kaya seolah-olah merekalah yang memberi rezki dan kesenangan kepada pengikut-pengikut mereka, i.e. orang awam;
Kelima, merebak dan meluasnya kemaksiatan, terutama perzinaan kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa batas dan had, tidak dihiraukan oleh masyarakat dan masyarakat hilang kawalan terhadap keburukan manusia;
Keenam, anak-anak kecil menjadi tuan kepada orang tua sehinggakan tidak boleh tidak orang tua terpaksa mengikuti kehendak kanak-kanak atau orang muda; ibubapa telah menjadi hamba kepada anak-anak mereka, dan bergantung kepada ikhsan anak, walhal anak-anak sepatutnya mengharapkan ikhsan ibubapa untuk dapatkan keridhaan Allah (a.w);
Ketujuh, banyaknya dan meluasknya kerosakan di bumi spt pembunuhan, kecurian, kejahatan, penipuan, rompakan, pemerkosaan, dan berbagai salah laku dan kemaksiatan dalam masyarakat umat Islam, yang dilakukan oleh orang yang akui diri mereka Islam;
Kedelapan, berlaku dan meluasnya penyelewengan dan tidak amanah di kalangan para pemimpin (i.e. Imam/Amir) dalam jema’ah umat Islam, berleluasanya rasuah dan penyelewengan tetapi tetap tidak diendahkan oleh yang memimpin;
Kesembilan, berleluasanya penipuan dan penyimpangan dalam jual beli melibatkan sukatan dagangan atau barangan dan timbangan dalam dagangan (termasuk dalam konteks sekarang perbezaan kualiti atau mutu barangan yang didagangkan), pedagang menipu dalam dagangannya;
Kesepuluh, orang Islam lebih menyayangi anak anjing dari anak-anak kecil manusia (termasuk anaknya sendiri), anak anjing lebih dibelai, dipeluk, dicium dan diberi makanan yang khusus, dibela dan dipelihara dengan baik penuh kasih sayang, manakala anak-anak mereka sendiri terbiar atau dibiarkan, malah didera dan tidak mendapat layanan yang setimpal pun;
Kesebelas, umat Islam yang muda atau kanak-kanak tidak lagi menghormati orang tua, terutama kedua ibu bapa mereka sendiri (salah satu peradaban yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam masyarakat Islam adalah kanak-kanak dan orang muda menghormati orang-orang tua, dan anak-anak berbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka). Hari ini ada anak yang memukul, malah membunuh ibu atau bapanya sendiri, membiarkan mereka tanpa di bela, diletakkan di rumah-rumah jagaan orang tua walhal anak-anak mereka kaya dan senang lenang, dll;
Keduabelas, umat Islam yang dewasa atau tua tidak lagi mengasihi kanak-kanak atau anak-anak kecil – termasuk terjadinya pelbagai penderaan anak-anak, pembuangan anak-anak, mengabaikan kanak-kanak, dll;
Ketigabelas, ramainya anak-anak zina kerana pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan lelaki dan perempuan bersekedudukan tanpa pengetahuan dan kawalan orang tua mereka, remaja Islam mengikuti tabiat serta perlakuan orang-orang kafir dalam hubunagn antara lelaki dan wanita, wanita bebas keluar rumah tanpa makhram, tanpa mengira waktu, anak-anak muda dan anak-anak gadis keluar rumah ketika larut malam tanpa diendahkan oleh ibubapa mereka, wanita inginkan layanan masyarakat sama dengan layanan terhadap kaum lelaki kesama-rataan atau equality, wanita menghias diri ketika keluar dan tidak pula berhias di rumah, dll;
Keempatbelas, perzinaan begitu meluas sehingga berlaku secara terang-terangan, di atas atau ditepi-tepi jalan tempat laluan manusia, perzinaan berlaku tanpa berselindung, berlaku di kawasan terbuka, apakala ditegur tidak hiraukan manusia, orang yang melakukannya tidak ada perasaan malu atau segan melakukannya perzinaan tanpa berselindung. Malah, orang yang melihat perbuatan keji mereka, hanya mampu berkata ‘Alangkah baiknya kalau kalian berzina di tempat yang tidak dilihat oleh orang lalau lalang’, kerana masyarakat tidak berupaya menasihati mereka dan jika dinasihatkan pun tidak dihiraukan oleh mereka; dan
Kelimabelas, para pemimpin masyarakat berlaku zalim terhadap masyarakat/rakyat mereka - zalim kerana tidak membela mereka, tidak membantu mengurangkan kesakan dan keserikan hidup rakyatnya), seolah-olah para pemimpin memakai pakaian dari kulit kibas/biri-biri (i.e. sama dengan kibas/biri-biri yang aslinya berkulit sedemikian - maksudnya dalam semua dimensi kelihat pemimpin berjiwa rakyat, tetapi memiliki hati seumpama serigala vis-a-vis kibas/biri-biri – luaran seolah-olah sama dengan masyarakat umum tetapi dalamannya (yang dibaratkan dalam hadith ini) seumpama serigala yang akan membunuh dan memamah biri-biri (a wolf in sheep’s skin); yakni pemimpin atau orang yang berkuasa berpura-pura bersimpati dengan rakyat tetapi sebenarnya memerah atau menganianya dan menyusahkan rakyat demi kepentingan mereka sendiri, kuncu-kuncu mereka, mengutamakan diri dari kebajikan rakyat biasa.
Saudara, yang harus kita faham adalah siksaan Allah (a.w) jika diturunkan ke bumi kepada sesuatu masyarakat atau wilayah tidak mengira orang yang jahat, tetapi mengenai semua - orang iman atau orang kafir atau orang munafiq - semuanya kena. Inilah yang berlaku di Acheh, Indonesia ketika Tsunami dahulu. Demikian jugalah halnya bencana-benca lain yang didatangkan oleh Allah (a.w) untuk menghapuskan manusia yang dibenciNya.
Sememangnya dunia ini semakin tua dan tanda-tanda terjadinya kiamat sudahpun banyak dan jelas kelihatan. 
Saudara, yang utama pada kita adalah, kita tidaklah tergolong dari kalangan mereka yang disebutkan dalam hadith ini. Dan, kita berkesempatan memperbaiki diri dan menyediakan diri sebaik munkgin demi kebajikan akhirat kita. Mudah-mudahan kita sempat menyemak ilmu yang kita asaskan amalan dan ibadah kita, meninggalkan yang dimurkai Allah (a.w), belajar apakah aqidah dan syariat Islam yang betul dan meninggalkan apa-apa yang bukannya termasuk dalam persepektif Islam yang haq berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, supaya kita berjaya menambah tabungan simpanan akhirat (pahala untuk kebajian akhirat) kita.
Kita diberitahu bahawa kejayaan akhirat itu mudah saja - bagaimana? Patuhi ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah, pasti mendapat syurga - Ayat 13: an-Nisa'. Taatkan Allah (a.w) bererti kita mentaati segala ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan kita akur dengan ketetapan as-Sunnah, kerana Islam yang benar itu sandaranya hanyalah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan ketetapan ulama' atau manusia. Sebenarnya, kita boleh menilai sendiri secara pasti menilai prestasi akhirat kita. Kerana semua formula dan soalan bagaimana nak berjaya dan selamat di akhirat sudahpun disediakan dan jawapannya jelas, tidak meragukan - semuanya ada dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah




Anak-anak yang rugi akhirat mereka

Assalamualaikum,
Saudara berita dalam 'the Staronline' - 20 Janurari 2014, menarik dan membuka pengajaran kepada umat Islam. Insya Allah kita akan teliti apakah ketetapan Islam mengenai perkara seperti ini dalam hubungan kekeluargaan antara dua orang tua dan anak-anak mereka.
Kita lihat perkara ini dalam konteks ketetapan Islam, kerana ketetapan Islam itu sahaja yang benar (Rujuk post-post yang terbaru yang lalu tentang bezanya agama Islam dengan agama selain Islam). 

Old and discarded like trash
by p.aruna, farik zolkepli, zora chan, AND vanes devindran


The forgotten: Foong with an elderly inmate of Rumah Kasih in Taman Mutiara Barat.
PETALING JAYA: Each week, at least 10 elderly Malaysians end up in old folks homes and that is just the official average, based on centres registered under the Welfare Department.
According to department director-general Datuk Norani Hashim, an average of 536 elderly persons were placed in registered centres each year between 2009 and 2012.
“The actual number could be much higher as some privately run homes are not registered with the department,” she said.
She said between 1993 and last year, a total of 4,968 senior citizens were placed in 211 centres nationwide.
“Perak has the most number with 1,339 in 56 centres, followed by Selangor with 860 in 45 centres but only nine of the centres are under direct supervision of the department,” she added.
In Kuala Lumpur, Foong Peng Lam, the coordinator of Rumah Kasih, which takes in old folks and patients found abandoned in government hospitals, said at least one person was admitted each week.
He said most of the patients were abandoned because their families claimed they could not afford to take care of them.
“Their family members do not provide any form of financial assistance and do not come over to visit,” he said.
The home has taken in over 600 abandoned individuals since its inception in 2000.
“Weak elderly people who had collapsed by the roadside were also brought in by strangers.
“There were also those who were brought in by family members who never return to visit or take them home,” he said.
Foong said the number of abandoned patients had been increasing steadily – from seven in 2000, to the 60 at present.
Apart from Hospital Kuala Lumpur, the home has been taking in patients from Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Selayang, Tung Shin Hospital, Hospital Seremban, Hospital Sungai Buloh, University Malaya Medical Centre, Hospital Ampang and Hospital Kajang.
He said the hospitals would first try to contact the families, who would usually promise to take the patient home, but never turn up.
“This can go on for up to two months before they bring a patient in.
“Even when we manage to contact the families they usually refuse to take any responsibility,” he added.
Figures from the National Population and Family Development Board, an agency under the Women, Family and Community Development Ministry, show that about 675,000 elderly parents did not receive financial support from their children in 2004 when the Fourth Malaysian Population and Family Survey was conducted.

Saudara, apa kata Islam dalam perkara hubungan ibubapa dan anak-anak mereka? Kita lihat ketetapan Islam dalam perkara ini.

Firman Allah (a.w):

Saudara, Allah (a.w) memberitahu bahawa dua dosa yang paling besar dalam Islam adalah pertama, syirik - menyekutukan Allah (a.w) dengan sesuatu; dan kedua, tidak berbuat baik kepada kedua ibubapa.  Justeru itu, anak-anak yang membiarkan kedua ibubapanya adalah anak yang derhaka kepada kedua ibunya, maka sangat-sangat di murkai Allah (a.w). Namun, Allah (a.w) ridha terhadap seseorang anak itu jika kedua ibubapanya ridha terhadap anak-anak mereka. Jika mereka tidak ridha, maka Allah (a.w) juga tidak ridha, walaupun sianak itu seorang yang alim dan taqwa - taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) - tetapi mengabaikan ibubapanya, menganianya apatah lagi mencederakan mereka!
Firman Allah (a.w): ‘Wa’budullah wa-la usyriku bihi syai-an wa-bil-walidaini ihsana … al-ayat.’(Yang bermaksud: Dan beribadahlah kalian kepada Allah (a.w) dan janganlah menyekutukan Allah (a.w) dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua kalian dengan bersungguh-sungguh… ) – Ayat 36: an-Nisa’.
Allah (a.w) perintahkan manusia supaya mengabdikan diri/beribadah – buat yang diwajibkan dan sekuat mampu apa-apa yang disunatkan - dan tinggalkan atau jauhi apa yang ditegah/dilarang. Kemudian disuruh jangan syirik (i.e. meyakini ada sesuatu kuasa ketuhanan kepada makhluk, termasuk benda-benda yang hidup ataupun yang mati. Dan, lepas itu, Allah (a.w) perintahkan hendaklah seseorang itu berbuat baik terhadap atau kepada kedua ibu bapanya.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-in jahadaka ‘ala tusyrika bi ma laisa laka bihi ‘ilmun fala-tuti’huma wa-sohibhuma fid-dunya ma’rufa.’ (Yang bermaksud: Dan jika kedua-duanya memaksa kalian untuk menyekutukan Aku (Allah) pada sesuatu tidak ada ilmu bagi kalian maka janganlah mentaati kepada kedua-duanya dan bergaullah (i.e. berinteraksilah) dengan kedua-duanya di dunia dengan baik.) – Ayat 15: Luqman
Perhatikan firman Allah (a.w) ini bahawa Allah (a.w) memerintahkan kepada hamba-hambaNya agar beribadat kepada Allah (a.w) dan tidak menyekutukannya (i.e syirik) dilanjutkan dengan perintah Allah (a.w) supaya bersungguh berbuat baik kepada kedua orang tua mereka. Ini menunjukkan betapa pentingnya anak-anak berkewajipan berbuat baik kepada kedua ibubapa/orang tuanya semasa mereka masih hidup, dan lebih-lebih lagi ketika mereka daam sifat yang lemah ketika tua.

Dosa Syirik dan Dosa Kepada Ibubapa – Dosa yang besar

Saudara, syirik (yakni, menyamatarafkan Allah (a.w) dengan sesuatu - contohnya menyembah berhala, menyembah haiwan, pokok dllnya) adalah dosa yang paling besar dan Allah (a.w) tidak mengampuni dosa tersebut apabila sampai mati tidak bertaubat. Demikian juga dosa menyakiti/menentang kepada kedua-dua orang tua (yakni, ibu bapa) adalah juga dosa besar yang Allah (a.w) tidak akan ampuni kecuali apabila kedua-dua orang tua memaafkannya (anak-anak terlebih dahulu). Allah (a.w) hanya ridha kepada seseorang iman itu jika orang tuanya ridha terhadapnya. Kalau kedua-duanya tidak ridha, maka pasti Allah (a.w) tidak ridha. Ingatlah syurga hanya diperolehi oleh seseorang itu jika Allah (a.w) ridha terhadapnya, dan Allah (a.w) hanya ridha jika kedua ibubapanya ridha terhadapnya.

(-) Dosa-dosa besar 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) mengulangi semula ketetapan Allah (a.w) di atas itu dalam as-Sunnah - hadith berikut.
Rasulallah (s.a.w) Bersabda: ‘Al-kabairul-isyraku billahi wa-‘uququl-walidaini waqtun-nafsi was-saminul-ghamusu.’ (Yang bermaksud: Beberapa dosa besar adalah (satu) menyekutukan Allah (a.w) (i.e. syirik) dan (dua) menyakiti kedua orang tua dan (tiga) membunuh orang dan (empat) sumpah yang palsu (i.e dusta atau berdusta ketika bersumpah atau disuruh bersumpah) – al-Hadith an-Nasa’i
Di dalam hadith ini 4 dosa besar disebutkan; pertama, dosa syirik; kedua, menyakiti kedua ibubapa; dan ketiga, membunuh orang; dan keempat, bersumpah/menjadi saksi dalam perbicaraan dengan berkata palsu/dusta. Sebagai tambahan, para peguam diperingatkan bahawa mungkin mereka tidak bercakap bohong dalam pembicaraan, tetapi mungkin dia mengesahkan kepalsuan persaksian anakguamnya. Maka dia tergolong sebagai saksi palsu. Kesemua dosa-dosa di atas wajib neraka, kecualilah Allah (a.w) kehendaki sebaliknya. Namun, dalam al-Quran jelas Allah (a.w) meghukum bahawa membunuh orang tempatnya neraka.
 
(-) Yang tidak akan masuk syurga

Saudara, dalam hadith berikut pula, Rasulallah (s.a.w) memberitahu tiga golongan tidak akan masuk/mendapat syurga, iaitu: pertama, anak-anak yang menyakiti kedua ibubapanya - menyakiti secara fisikal atau secara spiritual; kedua, 'habitual drinker', i.e. peminum arak; dan ketiga, orang yang memberi sesuatu kepada seseorang kemudian dia mengukiti pemberiannya.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘… wa-thalathatun la yadhulunal-jannatal-‘aqu li-walidaihi wal-mudminu ‘alal-khamri wal-mannanu bima ‘ato.’ (Yang bermaksud: Dan tiga golongan yang tidak masuk syurga (pertama) orang yang berani/menyakiti kedua orang tuanya, (kedua) orang yang membiasakan dirinya minum minuman yang memabukkkan (sampai mati tidak bertaubat), dan (ketiga) orang-orang yang mengungkit-ungkit sesuatu yang telah diberikan olehnya) – Hadith an-Nasa’i
Supaya difahami bahawa dosa menentang/melawan kedua ibu bapa (‘uququl-walidaini) disamping akhiratnya jelas masuk neraka dan di dunianya juga Allah (a.w) akan menurunkan siksaannya sebagaimana sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Sabda Rasullah (s.a.w): ‘Kulluz-zunubi yuakh-hrullahu minha ma sya-aila yaumil qiamati illa ‘uququl-walidaini fa-innallaha yu’ajjilluhu li-sohibihi fil-hayatid-dunya qablal-mamati.’ (Yang bermaksud: Semua dosa Allah (a.w) menunda/menangguhkannya (tidak menyiksa langsung ketika di dunia) sekehendak Allah (a.w) sampai hari kiamat, kecuali dosa berani/menyakiti kedua orang tuanya, sesungguhnya Allah (a.w) menngerakan siksaanNya (ketika) masih hidup di dunia sebelum mati.) – Hadith riwayat Hakim 
Justeru itu, rugilah seorang anak ketika kedua ibubapanya masih hidup dia tidak mengambil kesempatan untuk mlakukan segala sesuatu demi menyukakan hati kedua ibubapanya supaya ridha mereka terhadapnya.

Jazakallahu khairah





Saturday, January 18, 2014

Tanda nak kiamat: budaya maksiat hari ini

Assalamualaikum,
Saudara, tak lama dulu berita berikut disiarkan dalam banyak akhbar. Berita ini dipetik kerana kemungkinan besar mereka yang terlibat adalah orang Melayu - muda mudi Melayu. Kalau benar, betapa rosaknya masyarakat Melayu hari ini. Bukan sahaja muda mudi Melayu terlibat dalam pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, bahkan kalau disebut 'wild party' pastinya mereka terlibat dengan aktiviti seks bebas dan bertukar-bertukar pasangan pula. Satu-satu tanda kiamat sudahpun hampir.
Saudara, kita lihat berita di bawah ini sebagai prelude kepada apa yang kita nak bincangkan di bawah.
(Tajuk Berita): Bukit Aman cop among 38 nabbed at ‘wild party’
GEORGE TOWN: A policeman from Bukit Aman was among 38 people nabbed at a “wild party” in a Sungai Nibong condominium here.
The participants were high on drugs and did not notice the presence of policemen even when the personnel busted the party at 8am yesterday.
All of them were taken to the police headquarters for questioning.
Eighteen of them tested positive for ganja and methamphetamine, including three teenage girls.
State deputy CID chief Asst Comm Nasir Salleh declined to elaborate.
He said the 18 individuals, including the policeman, had been remanded to assist in investigations.
The group had, apparently, staged a party earlier on a beach in Batu Feringghi before continuing the revelry in the condominium.
The party is understood to have been planned over the social media, and only exclusive invitations were sent out.
When the music got too loud during the wee hours, residents complained to the condominium’s security personnel who contacted the cops.
Sources said that the suspects were from Penang, Kedah, Perlis, Perak and Selangor.
Saudara, demikianlah dilapurkan oleh akhbar.
Saudara, kalau kita perhatikan dalam siaran akhbar saban hari terdapat berita-berita tentang prilaku orang Melayu dalam perkara kemaksiatan - contohnya anak menganianya, malah membunuh, ibu bapa mereka; suami mendera isterinya seperti memukul dan menyembelih isterinya; anak yang berada dan kaya membiarkan ibu bapanya di rumah jagaan/rumah orang tua, orang yang kaya membazirkan harta mengadakan parti hari kelahiran di hotel dan restoran yang posh, bergaul pula menari sebagaimana perlakuan orang Barat, membunuh orang lain tanpa rasa apa-apa demi mencuri sedikit wang yang diragut; anak gadis yang keluar malam tanpa pengetahuan ibu bapa atau kalau dilarang ibu bapapun tak diendahkan, keluar larut malam, tak balik rumah, anak-anak muda menyewa bilik hotel budget untuk berzina, anak-anak muda bercumbu-cumbuan di depan khalayak ramai tanpa segan silu, anak-anak dara terlanjur membuang anak di merata tempat seumpama membuang anak kucing dll lagi
Saudara, inilah tanda-tandanya runtuhnya akhlak dan agama orang Melayu. Sudahlah orang Melayu runtuh ekonomi mereka, runtuh politik mereka, runtuh dan punah kuasa politik mereka kerana pengaruh wang yang dimiliki oleh orang bukan Melayu, kerana inginkan kesenangan dunia, orang Melayu pula meruntuhkan akhiratnya. Mereka rugi di dunia dan rugi di akhirat. Orang yang tidak Islam untung di dunia, walaupun dia rugi di akhirat, kerana mereka tidak yakinkan akhirat. Orang Melayu, sudah mula kurang menyakini akhirat, maka meniru perilaku dan carahidup dan gayahidup orang kafir. Mereka sudahlah rugi di dunia - takpun semewah bangsa lain sekaya bangsa lain, susah, mereka pula merugikan akhiratnya.
Saudara, situasi yang digambarkan oleh berita/akhbar di atas itu bukan suatu perkara yang ganjil, tapi adalah suatu yang akan semakin menjadi-jadi. Insya Allah dalam post ini kita akan lihat sinario zaman yang menghadapi umat Islam, mudah-mudahan kita sentiasa sedar, supaya janganlah kita terpengaruh, dan termasuk dalam golongan orang yang rugi akhiratnya, waliya zubillah.

Tanda-tanda hampirnya kiamat
1) Zaman semakin buruk
(Manusia semakin buruk dalamannya)


Saudara, dalam hadith berikut disebutkan tentang kezaliman seorang pemimpin Islam suatu zaman selepas zaman khalifah dahulu. Hari ini di negara-negara Islam terjadi sedemikian juga - di Timur Tengah. Di Malaysia belum berlaku lagi, tetapi sudah ada tanda-tandanya apakala kebajikan rakyat biasa yang memerlukan bantuan dan pertolongan dibiarkan. Contohnya kita berbangga dengan kutipan zakat yang begitu banyak, tetapi mengapakah masih ramai umat Islam yang tinggal di rumah yang begitu usang dan tidak mempunyai sumber untuk menyara hidup dia dan anak-anak mereka.
Diriwayatkan hadith dari Zubeir b ‘Adiyi berkata: ‘Datang kami kepada Anas b Malik maka mengadukan kami kepadanya apa-apa yang menjumpai kami dari (perkara) Hajjaj, maka berkata Anas: ‘Bersabarlah! Maka sesungguhnya tidak datang atas kalian suatu zaman kecuali selepasnya (i.e. selepas zaman itu) lebih buruk dari zaman sebelumnya, sehingga bertemu kalian Tuhan kalian, mendengar aku akan ini dari Nabi (s.a.w) kalian.’ – Bukhari, Kitab Fitan.
[Nota: Hajjaj adalah Imam/Amir yang paling zalim dalam sejarah pemerintahan Islam. Dalam zaman pemerintahannya dia membunuh seramai 24,000 orang Islam yang menentangnya atau berbeza pendapat dengannya.
Hadith ini menyebutkan bahawa apakala seorang iman itu berdepan dengan kezaliman kepimpinan mereka terhadap mereka, yang diperintahkan oleh Islam adalah bersabar, bukanlah menentang kezaliman tersebut. Sifat sabar adalah salah satunya sifat yang membezakan orang iman dengan orang Islam biasa. Allah (a.w) perintahkan hambaNya bersabar ketika berhadapan dengan cubaan. Imam/Amir itu bertanggung jawab kepada Allah (a.w) segala apa yang dikerjakan olehnya sebagai pemimpin. Rukyah tidak akan dipertanggun jawabkan. Disebutkan dalam sepotong hadith bahawa Imam/Amir yang tidak meramut (membimbing) jema’ahnya kepada ketentuan dan tuntutan Islam, seumpama menzalimi mereka, maka dia tidak akan masuk syurga manakala jema’ahnya masuk syurga.
Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini bahawa walaupun dari segi keduniaan – kemajiuan keduniaan, spt kecanggihan teknologi, terutama teknologi berkomunikasi, contohnya - zaman sekarang lebih baik dari zaman dulu, kini melalui teknologi IT semuanya mudah dan dipermudahkan. Namun dari segi pertimbangan-pertimbangan akhirat, semakin jelik. Maksudnya dunia dan manusia, terutama mereka yang Islam, semakin lupakan Allah (a.w) dan lupakan Rasulallah (s.a.w), sehinggakan mereka hanya Islam di kulit (lahiriah sahaja) walhal isi dalamannya takda beza dengan yang kafir. Ini termasuklah orang-orang yang dianggap atau dinobatkan oleh masyarakat sebagai orang ‘alim’ – ilmuwan dan ulama’, yang bertindak takda bezanya dengan tindak tanduk orang yang kafir. Dan, para pemimpin yang kononnya mendokong menobatkan Islam tetapi mereka sendiri engkar ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dan mengutamakan pertimbangan selain akhirat dalam urusan kerajaan dan sabagainya.]

2) Tanda-tanda kiamat hampir
Saudara, dalam hadith ini disebutkan lima tanda-tanda hampirnya kiamat.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik berkata: ‘Tidakkah bercerita aku suatu cerita yang mendengar ini cerita dari Rasulallah (s.a.w) (yang) tidak akan mendengar seseorang selepas ini: ‘Inna min asyratis-sa’ati an yurfa’al-ilmu wa-yazharal-jahiu wa-yafsyuz-zina wa-yusrabal-hamru wa-yashabar-rijalu wa-tabqan-nisa-u hatta yakunal-khamsina imra-atan qaiyimun wahidun.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya termasuk tanda-tanda (datangnya) kiamat bahawa (pertama) diangkat (i.e. hilang) ilmu, dan (kedua) zahirnya kebodohan dan (ketiga) tersebarnya (i.e. merebaknya) zina dan (keempat) (berleluasanya) minum arak dan (kelima) dan hilangnya/mati ramai lelaki dan terbit/lahir ramai wanita sehingga akan ada bagi lima puluh perempuan diramut oleh seorang lelaki.) – Hadith Muslim, Kitab Ilmu.
[Nota: Dalam hadith ini disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) lima tanda-tanda hampirkan kiamat apabila berlaku dalam masyarakat Islam:
(a) Hilangnya atau terhapusnya ilmu (i.e. ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam - iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah) – kerana semakin ramai orang-orang yang berilmu mati dan ramai pula orang yang berilmu tidak berusaha mengajarkan ilmu yang mereka ada; dan tiada atau tidak ramai generasi muda yang ingin mengambil ilmu dari mereka, atau tidak mahu belajar ilmu dari mereka yang berilmu, maka semakin jahillah masyarakat Islam kerana ketandusan atau kepupusuan ilmu. Ilmu itu hilang kerana semakin tiada orang-orang yang berilmu, dan kepimpinan umat Islam semakin mengabaikan atau membelakangkan ilmu Islam;
(b) Kerana terhapusnya atau terhakisnya ilmu maka semakin jahillah umat Islam tentang agamanya – tercemar aqidah mereka dan menyimpang syariat Islam yang diamalkan oleh mereka. Mereka yang memimpin, para ulama’ mereka dan masyarakat sejagat, kerana sudah jauh dari al-Quran dan as-Sunnah, berpedomankan kebijaksanaan pendapat dan kepintaran fikiran manusia. ‘Ulama’ akan menghukum berdasarkan pertimbangan-pertimbangan selain al-Quran dan as-Sunnah, kerana mereka jahil al-Quran dan as-Sunnah. Maka umat Islam akan berpandukan kecerdikan dan akal fikiran manusia, maka yang menghukum dan mengajar atau membimbing sama-sama jahil, sesat mereka yang memimpin maka menyesatan orang lain, yang dipimpin, yakni rukyahnya;
(c) Meluaskan perbuatan zina antara umat Islam, kerana kejahilan ilmu dan kerana kepupusan panduan dan bimbingan agama, semakin meniru perangai, perilaku dan perbuatan (carahidup) orang yang kafir, malah semakin ramai umat Islam yang namanya sahaja tinggal Islam, selainnya takda beza dengan orang kafir. Mereka tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, membelakangkan sama sekali perintah menginfaq/berinfaq, amal makruf dllnya. Wanita Islam tidak segan silu mendedahkan diri mereka dan menonjolkan perhiasan diri mereka;
(d) Umat Islam akan semakin ramai ‘menghalalkan arak’ atau arak dijadikan minuman lazim golongan berada dan kaya dan diganti nama minuman arak nama lain yang boleh menyamatarafkan minuman tersebut dengan minuman yang halal, maka ‘menghalalkan mereka arak (walhal, sesiapa yang minum arak tidak akan masuk syurga. Sepuluh orang yang terlibat dengan industry arak tidak akan masuk syurga, melainkan mereka bertaubat);
(e) Semakin ramai kaum lelaki yang mati dan semakin ramai kaum perempuan dilahirkan dalam masyarakat Islam, sehinggakan nisbah lelaki:perempuan adalah 1:50. Maka akan berlakulah kesulitan bagi wanita mencari pasangan dan semakin sengitlah persaingan antara sesama wanita, sehinggakan sampai masanya seorang lelaki meramut atau menjaga 50 orang perempuan (sebagai isteri atau gundik atau simpanan mereka). Sinario ini juga mengakibatkan berleluasanya zina di kalangan umat Islam apabila wanita ingin mendapatkan calun suami sanggup berbuat apa saja.]
Insya Allah kita akan sambung lagi perbincangan kita dalam post-post selanjutnya.

Jazakallahi khairah

Thursday, January 16, 2014

Nasihat kepada Paderi dan orang kuat Kristian semua.

Assalamualaikum,
Saudara, dalam dua post sebelum ini kita telah bincangkan dengan panjang lebar isu merayakan hari keputraan Rasulallah (s.a.w) dan sebelum itu menghuraikan isu-isu serta penjelasan mengenai keinginan orang Kristian, khususnya peneraju terbitan The Herald dan kontroversi penggunaan kalimah 'Allah' dalam al-Kitab (iaitu Bible versi Melayu/Bahasa Kebangsaaan/Bahasa Malaysia). Dalam riaksi mereka jelaskan ramai pemimpin Kristian yang kurang ajar, dan sengaja ingin menunjukkan bahawa di Malaysia, mreka kuat dan berkuasa, dan satu hari mereka akan memegang tampuk kerajaan, maka merka akan mengubah segala sesuau yang penting pada mereka. Meeka boleh amalkan apa saja atas hakikan kebebasan pribad manusia - termasuklah perkahwinan sama jantina (maksudnya lelaki memuaskan nafsu mereka melalui ubang dubur masing-masing - perhubungan di luar tabi'i), homoseksualisma, dan lesbianisma, (sebagaimana berlaku di Barat).
Saudara, mereka inginkan amalan kaum Lut disahkan dan dinobatkan sebagai salah satu keinginan pribadi manusia yang tak wajar dihalang. Walhal, semua orang tah bahawa hubungan sedemikian itu dilaknat Allah (a.w). Malah kaum Lut dimusnahkan kerana mengagalkannya. Lelaki dan perempuan lebih suka disetubuhi di lubang dubur mereka!
Saudara, nasihat yang paling cocok kepada paderi dan pemimpin Kristian adalah: 'Kalau mereka nak namakan tuhan mereka 'Allah', mudah sangat, masuk dan terima Islam, maka boleh gunakan kalimah 'Allah' itu setiap masa! Malah.' Kalaulah mereka bersedia baca al-Quran dan fahai al-Quran dan ketetapan Allah (a.w) dan panduan UtusanNya kepada manusia, amatlah bodoh dan dungunya pemimpin Kristian itu, bertegang teruskan menjadi orang Kristian, walhal, takda gunanya, di akhirat kelak mereka dihumbankan oleh malaikat ke dalam neraka! Pasti yang terbaik untuk mereka adalah tinggalkan Kristian dan masuk Islam, kerana itu pasti lebih selamat.
Saudara, kita sudahpun beritahu dalam post ini beberapa perkara yang amat fundamental kepada semua manusia termasuk orang Kristian yang ingin gunakan kalimah 'Allah' sebagai nama tuhan mereka: Pertama, Allah (a.w) itu tuhan semua manusia semua zaman - mulai zaman Adam (a.w) dan Hawa (a.s) diciptakan; kedua, Allah (a.w) itu tuhan yang Esa dan Dia itu wujud sebelum wujudnya segala sesuatu dan Dia kekal hidup apabila semua makhluk dimatikan ketika kiamat dan dia kekal tidak akan didahului atau diakhiri oleh apa jua. Kerana 'Allah' itu esa atau satu, maka manakah mungkin Kristian namakan tuhan mereka 'Allah' kerana tuhan mereka lebih dari satu? Ketiga, Allah (a.w) mengutus para Rasul dan nabi untuk membimbing umat mereka ke jalan yang diridhai Allah (a.w) ketika di dunia, dan para rasul dan nabi itu akan dibekalkan dengan kitab atau perintah bertulis (suhuf). Kitab itu adalah panduan untuk umat zaman-zaman tersebut, spt Zabur adalah kitab panduan Nabi Daud (a.s.), Taurat kepada Musa (a.s), Injil kepad Isa (a.s), dan akhirnya al-Quran kepada Nabi Muhammad (s.a.w), nabi dan rasul penamat. Sesiapa yang terima rasul dan nabi tersebut dan ikuti mereka, maka mereka selamat di akhirat. Keempat, kitab-kitab serta rasul dan nabi terdahulu diutuskan khusus kepada masyarakatnya atau umatnya sebagaimana Bani Israil yang bermestautin di Egypt (Mesir) di bawah Firaun dijadikan hamba, di tugaskan kepada Musa. Kitab al-Quran adalah kitab untuk semua manusia dan semua zaman sebagaimana Nabi Muhammad (s.a.w) adalah utusan Allah (a.w) kepada semua manusia yang semua zaman. Justeru itu, sesiapa yang tak terima Rasulallah (s.a.w), tak terima al-Quran dan tak terima Islam pastilah masuk neraka dan tidak akan dapat syurga, walau bagaimana hebatnya merekapun ketika di dunia sebagai paderi atau pemimpin agama mereka!

Saudara, kita turunkan nas dan dalil mengenai hakikat ini selanjutnya, mudah-mudahan dibaca oleh paderi dan pemipnin Kristian, dan orang Kristian sendiri supaya mereka tahu bila mereka mati di mana mereka berada, dan bila kiamat dunia, dimana mereka berada.

Dusta dan Batilnya Agama Kristian dll 

(a) Tuhan itu Esa bukan Tiga Serngkai/Mempercayai Trinity adalah Kafir

Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha hua Masihubu Maryam; … ‘(Yang bermaksud: ‘Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya tuhan ‘Allah’ itu adalah al-Masih anak Maryam (i.e. Nabi Isa); ..’) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha thalithu thalathatin, ma-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya ‘Allah’ (tuhan manusia) itu tiga dari yang tiga (Trinity).’ Dan tidak ada dari tuhan (yakni, sesembahan atau yang berhak disembah sebagai tuhan) kecualilah tuhan (Allah) yang esa; …) - Ayat 73: al-Maidah.  

mereka!
Umat Islam diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam suatu hadith qudsi, bahawa sesiapa yang tidak akui tuhan mereka adalah Allah (a.w), maka Allah (a.w) menyuruh mereka carilah tuhan yang lain di dalam yang lain dan pindahkah dari dunia ini ke suau dunia lain yang tuhan yang mereka sembah itu ada! 

Dua firman Allah (a.w) ini memberitahu manusia bahawa ‘Allah’ itu tuhan yang esa, dan Nabi Isa (a.s) itu ukan tuhan dan dia juga bukan anak tuhan dan tuhan itu bukanlah Tiga Serangkai yang diyakini oleh segolongan umat Kristian.

(b) Pengakuan Isa (a.s)

Saudara, di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa Isa (a.s) menyuruh umatnya sembah Allah (a.w).

Firman Allah (a.w): ‘… wa-qalal Masihu ya-bani Israila (-a’) u’budullaha rabbi wa-rabbukum.’; innahu man (-ai) yusyrika billahi faqada harramallahu ‘alaihil jannata wa-makwahun naru ...’ (Yang bermaksud: Dan telah berkata Isa: ‘Wahai Bani Israil! Mengabdikanlah kepada (i.e. beribadahlah, yakni sembahlah) Allah, (Allah itu) Tuhanku dan Tuhan kamu sekelian;’ Sesungguhnya ingatlah sesiapa yang syirik/ mensyirikkan Allah (a.w) (yakni, menduakan atau menigakan atau mengatakan tuhan itu lebih dari satu) maka sungguh-sungguh diharamkan oleh Allah (a.w) baginya syurga dan tempat tinggalnya adalah dalam neraka; …) -Ayat 72: al-Maidah
Diriwayatkan hadith dari Abdullah (r.a) yang berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yang mati tetapi tetap menduakan Allah (a.w) (= syirik), akan masuk neraka. Dan, aku (Abdullah) berkata: ‘Sesiapa yang mati dan dia tidak syirik, akan masuk syurga.’ – Hadith Bukhari.

‘Menduakan Allah’ bererti mengakui ada tuhan atau sifat-sifat atau kuasa ketuhanan dalam makhluk atau sesuatu makhluk atau tempat atau pbenda, maka dia menduakan Allah (a.w). Kepercayaan sedemikian itu termasuklah syirik khaufi spt mempercayai tahyul, mengamalkan sesuatu yang kurafat, termasuk menyakini kata-kata ahli sihir, bomoh dan dukun dan seumpamnya, adalah membatalkan aqidah dan ketauhidan.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-iz qalallahu ya-‘isab-nal maryama a-anta qulta linnasi (-it) at-takhizuni wa-ummiya ilahaini min dunillahi; qala subhanaka ma yakunu li an aqula ma laisa li bil-haqqi; in kuntu qultuhu faqad ‘alimtahu; taklami fi nafsi wa-a ‘alamu ma fi nafsika; innaka ‘alimul ghuyubi.’ (Yang bermaksud: Dan, (ingatlah) ketika Allah (a.w) berfirman (yakni, bertanya kepada Isa (bertanyakan kepada beliau)): ‘Wahai Isa anak Maryam! Adakah engkau berkata engkau kepada manusia (yakni, umatmu): ‘Mengambillah (yakni, jadikanlah) aku dan ibuku sebagai dua tuhan dari selain Allah?’ Berkata (Isa): ‘Maha suci Engkau (Allah)! Tidak ada aku (yakni, wajar) bahawa berkata aku apa-apa yang tiada bagiku yang haq (kebenaran). Jika berkata aku (sedemikian) maka sungguh-sungguh mengetahui Engkau apa-apa yang aku katakan; mengetahui Engkau (Allah) apa-apa dalam diriku dan tidak tahu aku apa-apa dalam diriMu; sesungguhnya Engkau (Allah) mengetahui apa-apa yang ghaib (i.e. tidak diketahui oleh sesiapapun),’) - Ayat 116: al-Maidah
Saudara, dalam ayat ini kita diberitahu bahawa Allah (a.w) bertanya kepada Isa (a.s) apakah dia menyuruh umatnya akui bahawa ada dua tuhan selain Allah (a.w). Isa (a.s) berikrar tidaklah dia berbuat sedemikian.

Firman Allah (a.w): ‘Ma qultu lahum illa ma amartani bihi ani’budu-llaha rabbi wa-rabbukum; wa-kuntu ‘alaihim syahida ma dumtu fihim; falamma tawaffani kunta anta raqiba ‘alaihim; wa-anta ‘ala kulli syai-in syahidan ma dumtu fihim ...’ (Yang bermaksud: (Isa menyambung katatanya) ‘Tidak berkata aku kepada mereka (i.e. umatku) kecuali apa-apa yang diperintahkan (oleh Engkau) atas aku dengannya (i.e. yang hendak aku dikatakan dan kerjakan) (iaitu): ‘Supaya mengabdikan diri kepada (yakni, beribadah atau sembahlah) Allah (a.w), tuhanku dan tuhan kamu sekelian, dan adapun aku atas mereka menjadi saksi apa-apa yang selama aku di kalangan mereka; maka ketika telah mewafatkan Engkau akan daku (yakni, mengangkat aku ke langit) adalah Engkau, Allah, Engkaulah zat yang mengawasi mereka; dan Engkau atas segala sesuatu menjadi saksi.) -Ayat 117: al-Maidah
Dalam urusan agama itu wujud penyaksian. Pertama, manusia mengakui dengan syhadah mereka bahawa Allah (a.w) itu tuhan mereka. Ini adalah ikrar dalam alam ruoh ketika Allah (a.w) minta penyaksian manusia sebelum mereka diwujudkan secara fisikal apakal dilahirkan ke dunia. Kedua, para nabi itu menyaksikan umat-umtanya yang mengikuti syariat agama Allah (a.w) yang disampaikan oleh mereka dalam zamannya. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) adalah orang yang menyaksikan umatnya yang menerima Islam yang dibawakan atau disampaikan olehnya kepada manusia, zamannya dan zaman-zaman setelah kewafatannya. Ini dimungkinkan oleh sistem jema’ah yang menjadi asas atau pra-syarat agama Allah (a.w) semenjak zaman Adam (a.s) lagi. Keempat, selain penyaksan beliau terhadap umatnya, umat Islam, Rasulallah (s.a.w) juga merupakan penyaksian terhadap tanggngjawab membawakan agama Allah (a.w) oleh para nabi yang terdahulu, kerana Rasulallah (s.a.w) diberikan al-Quran dan serta al-hikmah yang memberitahu Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang berlaku mengenai risalah agama Islam dalam zaman-zaman sebelum Rasulallah (s.a.w). Kelima, Islam mensyaratkan melalui sistem jema’ah dan keimaman dalam syariat agama Islam bahawa setiap anggota jema’ah (= umat Islam) yang menerima syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) disaksikan oleh imam-imam yang menguruskan syariat agama Islam dalam jema’ah masing-masing zaman mereka, dan penyaksian Imam adalah diakui sebagai penyaksian Rasulallah (s.a.w). Kerana Imam itu adalah naungan umat Islam di bumi zaman mereka, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) secara langsung adalah naungan umat Islam zaman beliau. Kerana itulah Islam itu mewajibkan umatnya anuti Islam secara berjema’ah yang formal. Di akhirat kelak manusia akan dibangkitkan berbaris atau berkumpul di hadapan Allah (a.w) di belakang para imam mereka masing-masing – Ayat 71: al-Isra’.

(c) Mengatakan Isa adalah Tuhan, Kafir

Firman Allah (aw): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha hua masihub Maryam; …’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh telah kafir orang yang berkata: ‘Sesungguhnya Allah itu adalah Dia, al-Masih Isa anak lelaki Maryam …) [Ayat 72: al-Maidah.

(d) Mempercayai Trinity adalah Kafir

Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha thalithu thalathatin, wa-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh kafir orang-orang yang berkata: ’Sesungguhnya tuhan Allah itu adalah satu dari yang tiga; dan tiadalah dari sesembahan (i.e. yang berhak disembah itu) kecuali tuhan yang esa; …) - Ayat 73: al-Maidah.
Saudara, kerana dalam zaman Isa (a.s) ramai umatnya yang menyatakan - sebagaimana orang Kristian sekarang ni katakan - bahawa Isa (a.s) adalah anak tuhan, maka Allah (a.w) brtanya kepada Isa (a.s) dalam nas dan dalil al-Quran berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-iz qalallahu ya-‘isab-nal maryama a-anta qulta linnasi (-it) at-takhizuni wa-ummiya ilahaini min dunillahi; qala subhanaka ma yakunu li an aqula ma laisa li bil-haqqi; in kuntu qultuhu faqad ‘alimtahu; taklami fi nafsi wa-a ‘alamu ma fi nafsika; innaka ‘alimul ghuyubi.’ (Yang bermaksud: Dan, (ingatlah) ketika Allah (a.w) berfirman (yakni, bertanya kepada Isa (bertanyakan kepada beliau)): ‘Wahai Isa anak Maryam! Adakah engkau berkata engkau kepada manusia (yakni, umatmu): ‘Mengambillah (yakni, jadikanlah) aku dan ibuku sebagai dua tuhan dari selain Allah?’ Berkata (Isa): ‘Maha suci Engkau (Allah)! Tidak ada aku (yakni, wajar) bahawa berkata aku apa-apa yang tiada bagiku yang haq (kebenaran). Jika berkata aku (sedemikian) maka sungguh-sungguh mengetahui Engkau apa-apa yang aku katakan; mengetahui Engkau (Allah) apa-apa dalam diriku dan tidak tahu aku apa-apa dalam diriMu; sesungguhnya Engkau (Allah) mengetahui apa-apa yang ghaib (i.e. tidak diketahui oleh sesiapapun),’) - Ayat 116: al-Maidah.
Dan, Isa (a.s) menjawab dan menjelaskan kepada Allah (a.w) hakikat sebenarnya, dalam nas dan dalil berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Ma qultu lahum illa ma amartani bihi ani’budu-llaha rabbi wa-rabbukum; wa-kuntu ‘alaihim syahida ma dumtu fihim; falamma tawaffani kunta anta raqiba ‘alaihim; wa-anta ‘ala kulli syai-in syahidan ma dumtu fihim ...’ (Yang bermaksud: (Isa menyambung katatanya) ‘Tidak berkata aku kepada mereka (i.e. umatku) kecuali apa-apa yang diperintahkan (oleh Engkau) atas aku dengannya (i.e. yang hendak aku dikatakan dan kerjakan) (iaitu): ‘Supaya mengabdikan diri kepada (yakni, beribadah atau sembahlah) Allah (a.w), tuhanku dan tuhan kamu sekelian, dan adapun aku atas mereka menjadi saksi apa-apa yang selama aku di kalangan mereka; maka ketika telah mewafatkan Engkau akan daku (yakni, mengangkat aku ke langit) adalah Engkau, Allah, Engkaulah zat yang mengawasi mereka; dan Engkau atas segala sesuatu menjadi saksi.) - Ayat 117: al-Maidah.
Dalam urusan agama itu wujud penyaksian. Pertama, manusia mengakui dengan syahadah mereka bahawa Allah (a.w) itu tuhan mereka. Ini adalah ikrar dalam alam ruh ketika Allah (a.w) minta penyaksian manusia sebelum mereka diwujudkan secara fisikal apakala dilahirkan ke dunia. Kedua, para nabi itu menyaksikan umat-umtanya yang mengikuti syariat agama Allah (a.w) yang disampaikan oleh mereka dalam zamannya. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) adalah orang yang menyaksikan umatnya yang menerima Islam yang dibawakan atau disampaikan olehnya kepada manusia, zamannya dan zaman-zaman setelah kewafatannya. Ini dimungkinkan oleh sistem jema’ah yang menjadi asas atau pra-syarat agama Allah (a.w) semenjak zaman Adam (a.s) lagi. Keempat, selain penyaksian beliau terhadap umatnya, umat Islam, Rasulallah (s.a.w) juga merupakan penyaksian terhadap tanggngjawab membawakan agama Allah (a.w) oleh para nabi yang terdahulu, kerana Rasulallah (s.a.w) diberikan al-Quran dan serta al-Hikmah yang memberitahu Rasulallah (s.a.w) dan, melalui Rasulallah (s.a.w), kita yang Islam, apa-apa yang berlaku mengenai risalah agama Islam dalam zaman-zaman sebelum Rasulallah (s.a.w). Kelima, Islam mensyaratkan melalui sistem jema’ah dan keimaman dalam syariat agama Islam bahawa setiap anggota jema’ah (= umat Islam) yang menerima syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) disaksikan oleh imam-imam yang menguruskan syariat agama Islam dalam jema’ah masing-masing zaman mereka, dan penyaksian Imam adalah diakui sebagai penyaksian Rasulallah (s.a.w). Kerana Imam itu adalah naungan umat Islam di bumi zaman mereka, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) secara langsung adalah naungan umat Islam zaman beliau. Kerana itulah Islam itu mewajibkan umatnya anuti Islam secara berjema’ah yang formal. Di akhirat kelak manusia akan dibangkitkan berbaris atau berkumpul di hadapan Allah (a.w) di belakang para imam mereka masing-masing – Ayat 71, Surah al-Isra’.

Jazakallahu khairah

Tuesday, January 14, 2014

Wajarkah kita raikan 'Mauludur rasul'? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang sebelum ini kita telah kemukan beberapa nas dan dalil mengenai Rasulallah (s.a.w) selaras dengan sambutan Mauludur Rasul yang menjadi amalan lazim masyarakat Islam arus perdana di Malaysia dan di tenggara Aisa. Sehinggakan kita merasakan bahawa kalaulah kita tidak raikan hari keputraan Nabi itu, kita terasa kita terasing dan terkeluar dari amalan seorang yang Islam. Apakah begitu?
Saudara, Rasulallah (s.a.w) adalah diutus oleh Allah (a.w) - sebagai RasulNya - untuk menyampaikan risalah atau aqidah dan syraiat agama Allah (a.w) kepada manusia, iaitu agama Islam.
Rasulallah (s.a.w) itu diutus kepada semua manusia - manusia sejagat.
Justeru itu, Rasulallah (s.a.w) diutus kepada semua manusia dan semua zaman sampailah terjadinya kiamat dunia. Kerana, tiada nabi atau rasul yang akan diutus Allah (a.w) setelah wafatnya Nabi Muhammad (s.a.w).
Saudara, inilah mesej dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma arsalnaka illa kaaffal-linnasi basiran (-au) wa-nazira (-au) …’ (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah) utuskan kamu (Muhammad) kecuali untuk/kepada semua manusia … ) - Ayat 28: as-Saba
Rasulallah (s.a.w) adalah rasul dan nabi untuk semua bangsa tak kira warna kulit mereka dan apa budaya mereka dan apapun bahasa mereka. Berlaian dengan Musa (a.s), Nabi Musa (a.s) diutus Allah (a.w) kepada kaumnya -Bani Israil - (atau, kaum Yahudi) supaya membebaskan mereka dari perhambaan Firaun yang mengaku dirinya tuhan dan menolak Musa (a.s) dan syariat agama Allah (a.w) yang disampaikan oleh Musa (a.s) dan Harun (a.s). Begitu juga Nabi Isa (a.s) diutuskan juga kepada bangsa Yahudi dan Nesrani zamannya membawakan risalah agama Allah (a.w), bagi menggantikan syariat agama yang dibawakan oleh Musa (a.s), dan syariat di bawah Kitab Injil itu menggantikan syariat yang dibawakan oleh Kitab Taurat itu berbeza dari segi beberapa perincian tetapi perintah pokoknya tidak ada bezanya - iaitu Allah (a.w) itu ada tuhan manusia semenjak zaman Adam (a.s) - i.e. tuhan nenek moyang bangsa Yahudi dan Nesrani. Malah, Allah (a.w) memberitahu dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil bahawa Rasul penamat - terakhir - akan diutus Allah (a.w) kemudian dari Isa (a.s) yang bernama 'Ahmad' atau 'Muhammad', yang akan mengajar serta membimbing manusia risalah atau agama Allah (a.w) yang disempurnakan untuk (jin dan) manusia - Ayat 56: az-Zariat - sebagai panduan hidup dunia dan akhirat semua manusia semua zaman. Tapi, tidak diterima ketetapan atau hakikat ini oleh orang Yahudi dan orang Nesrani.
Orang Yahudi tidak mahu akui Isa (a.s) kerana dilahirkan tanpa berbapa walaupun Isa (a.s) adalah dari Bani Israil! Begitulah halnya dengan Muhammad (s.a.w), kerana bukan dari bangsa Bani Israil tidak diterima oleh orang Yahudi. Begitu jugalah dengan masyarakat Nesrani, tak mahu terima Muhammad (s.a.w), kerana dia bukan dari bangsa mereka. [Komen: Peliknya hari ini, di Malaysia orang india dan China yang kuat memperjuangkan agama Kristian!]. Demikian juga orang yang menganut agama Kristian atau Nesrani, mereka terima Isa (a.s) tetapi menobatkan Isa (a.s) jauh lebih dari sewajarnya, sebagai anak tuhan. [Komen: Kenapa pula orang Kristian tidak memertabatkan Adam (a.s) sebagai tuhan? Walhal, Adam (a.s) takda bapa dan takda ibu?]. Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran bahawa mereka mengatakan Isa (a.s) anak tuhan dengan persangkaan dan pendapat dan logik pemikiran masing-masing tanpa di dasari ilmu! Tiada bukti bagi menyokong kata-kata mereka! Begitu jugalah, mereka mengatakan Isa (a.s) disalib oleh orang Roman, maka dengan itulah simbol salib itu dijadikan simbol agama Kristian! Allah (a.w) - yang berkuasa terhadap sesuatu - mengangkat Isa (a.s) ke langit dan yang terkena salib adalah orang yang diserupakan oleh Allah (a.w) di kalangan asykar Rome. Isa (a.s) akan diturunkan ke dunia ketika akan kiamat dunia, dan dia akan memerangi orang Kristian kerana mendustakan syariat agama yang dibawakan olehnya dulu, semua gereja akan dimusnahkan, salib dimusnahkan, babi di dibunuh dan orang kafir diberi piihan untuk terima syariat Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) atau dibunuh!]
Saudara, dalam urusan agama, hakikat kebenaran dan pendustaan itu wajib difahami. Yang 'benar' atau betul itu adalah apa yang difirmankan oleh Allah (a.w) dan disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka segala sesuatu yang tidak difirmankan dan disabdakan tapi dikatakan adalah ketetapan agama adalah 'pembohongan' dalam Islam. Maka kata-kata kaum Yahudi Uzair adalah anak tuhan adalah pembohongan. Kata-kata paderi dan 'ulama' Nesrani atau Kristian bahawa ada 3 tuhan dan Jesus anak tuhan adalah semuanya dusta atau pendustaan. Kalaulah Jesus itu Isa (a.s), pasti dia tidak menyuruh umatnya mentuhankan ibunya dan dia sendiri. Kerana Malah dalam al-Quran Allah (a.w) menidakkan kata-kata atau cakap-cakap orang Nesrani membuat anggapan atau persangkaan sedemikian. Malahan Allah (a.w) brtanyakan kepada Isa (a.s) dan Isa (a.s) menjawab bahawa dia tak pernah berkata sedemikian atau mengajarkanumatnya sedemikian. Jelaslah paderi Kristian zaman selepas Isa (a.s) diangat ke langit mengajarkan pengikut mereka konsep 'the Trinity of God' itu (Rujuk Surah ali-Imran dan al-Maidah].
Dalam Islam serupa, kalau da sesuatu kelaziman amalan - spt membaca Doa Qunut dalam Solat Subuh dan memulakan solat dengan 'Usolli...' atau 'membaca niat wudu' 'Nawaitu ' itu adalah sebahagian syariat Islam, adalah pembohongan semata-mata. Kerana tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, tidak benar sama sekali. Malangnya hari ini ada orang Islam - termasuk ulama - yang mengatakan sesuatu itu adalah termasuk dalam syrariat agama Islam, walaupun tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jelaslah orang yang meraikan atau merayakan Mauludur Rasul sendiri, pada hakikatnya, menolak Rasulallah (s.a.w) dan membohongi Rasulallah (s.a.w), malah mendustakan Allah (a.w), wal ya zubillah. Kerana, tiada dalam syariat Islam perbuatan atau amalan merayakan hari kelahiran siapapun. Tak dibuat oleh para sahabat zaman nabipun! Perayaan hari kelahiran itu adalah amalan dan budaya Barat - budaya Yahudi dan Nesrani. Kalau kita rayakan Mauludur Rasul samalah kita mengerjakan apa yang dikerjakan oleh Abu Jahal yang teramat gembira denga kelahiran Nabi ehingga beliau berpesat kenduri besar-besaran menyembelih 100 ekor unta! Wajib diingat bahawa Rasulallah (s.a.w) dilahirkan zaman fitrah - 600 tahun selepas Isa (a.s) diangkat Allah (a.w) ke langit. Ketika itu majoriti manusia di sekitar jajahan Timur Tengah sudahpun lupakan syariat agama Musa (a.s) dan Kitab Taurat. Tak ramai manusia yang kekal mengamalkan syariat agama Allah (a.w) mengikut Kitab Injil yang diajarkan oleh Isa (a.s). Manusia dalam zaman jahiliah - tidak tahu atau jahil agama.

Rasul itu hanyalah menyampaikan risalah Allah (a.w)
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ati’allaha wa-ati’ur rasula, fain tawallau … al-ayat ‘ (Yang bermaksud: Dan, taatkanlah Allah (a.w) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w), maka jika kalian beraling (i.e. tak mau terma apa-apa yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) maka sesungguhnya diatas (i.e. tanggungjawab) Rasul hanyalah menyampaikan dengan terang/nyata.) - Ayat 12: at-Taghabun. 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) sampaikan perintah Allah (a.w) - menyampaikan syariat agama Islam kepada manusia, kalau mereka tak mahu terima sebagaimana majoriti manusia tak terima, kesudahannya lihat dan rasakan sendiri di akhirat. Bagi orang Islam pula, terima Islam tapi beramal dan beribadah dalam kejahilan ilmu - tak mahu belajar ilmu - maka beramal dalam kegelapan cahaya keimanan dan hidayah, maka terlepas peluang untuk dapat syurga. Kerana tidak faham Islam dan tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kerana terpengaruh oleh manusia, maka mengamalkan 'Islam yang tidak murni' atau tulen, beramal dan beribadah menyimpang dari kemurniaan dan keaslian Islam, yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah mengerjakannya, maka binasa di akhirat ... wal iya zubillah. Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran amalan dan ibadah yang tidak murni, ditolak oleh Allah (a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa salah satu ciri kermurnian Islam itu adalah berjema'ah. Mala Rasulallah (s.a.w) memberitahu amakan Islam walaupun dengan penuh kekuatan jesmani, tetapi tidak berjema'ah, semua amalan dan ibadah tersebut sia-sia, ditolak. Inilah akibat tidak memahami perintah Allah (a.w) pada Ayat 103: ali-Imran - berjema'ah dan Ayat 59: an-Nisa' - berimam. Inilah juga keslapan dalam prosespengilmuan di kalangan umat Islam arus perdana, tidak menggunakan as-Sunnah sebagai penjelas kepada ketetapan al-Quran. Ketetapan al-Quran hendaklah difahami melalui as-Sunnah, bukan nahu atau kelaziman budaya Arab!

Taat Rasulallah (s.a.w) mendapat Rahmat
Saudara, dalam post yang lalu kita telahpun tahu bahawa kita mendapat syurga hanya dengan kerahmatan Allah (a.w). Kita takkan dapat syurga kerana kita Islam atau kerana kita yakin dan percaya bahawa Allah (a.w) itu Esa atau al-Quran itu kalam Allah (a.w), walhal setiap hari kita tak solat, atau bersolat tapi bila lapang, tidak diberi keutamaanpun! Allah (a.w) memberitahu bahawa kita hanya dapat syurga bergantung kepada amalan dan ibadah kita. Kerana amalan dan ibadah itu kita diberi kerahmatan oleh Allah (a.w). Dan, akur dengan as-Sunnah dapat kerahmatan. Dalam ayat berikut kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa jika kita taatkan Rasulallah (s.a.w) - dalam semua perkara - maka kita mendapat kerahmatan. Kalau kita tolak satu dimensi ketetapan dan perintah Rasulallah (s.a.w) pasti tidak mendapat rahmat, malahan kita dikira kufur (=perbuatan menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) ) dan kita jatuh kafir, wal iya zubillah.
Firman Allah (a.w): ‘a-ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.’ (Yang bermaksud: Taatkan Allah (a.w) dan (taatkan) Rasul nescaya/mudah-mudahan kamu dirahmati.) [Ayat 132, Surah ali-Imran]
Saudara, harus ingat bahawa seorang lelaki Islam itu, untuk dapat syurga, perlu lulus perintah-perintah berikut:

(a) Taatkan Allah (a.w) - ikuti ketetapan al-Quran;

(b) Taatkan Rasulallah (s.a.w) - ikuti as-Sunnah;

(c) Taatkan Imam/Amir jema'ahnya - taatkan ijtihad dan ketetaan Imam/Amir selagi ketetapan tersebut tidak melanggar ketetaan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan RasulNya (i.e. as-Sunnah); dan

(d) Taatkan kedua ibu bapanya dan berbuat baik, hormat, menolong  keduanya, bercakap dengan mereka dengan penuh rendah diri dan santun,  dapatkan keridhaan mereka, kerana keridhaan Allah (a.w) terletak di atas keridhaan kedua ibubapa epada anak; dan


(e)  Seorang isteri itu wajib taatkan suaminya, bukan bapanya dan ibunya lagi, kerna keridhaan suami itu menentukan keridhaan Allah (a.w), setelah si isteri itu taatkan Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), dan Imam jema'ahnya.

Mentaati Rasulallah (s.a.w) sama dengan mentaati Allah (a.w)

Saudara, ada orang Islam yang berpandangan - yang silap - bahawa yang secara mutlak atau absolute ditaati hanyalah Allah (a.w), kerana Nabi Muhammad (s.a.w) it manusia biasa, dia bertindak sebagai manusia, maka pasti ada kelemahannya! Wal iya zubillah. Siapa yang meragui sifat-sifat kerasulan Nabi Muhamamd (s.a.w) jeaslah orang yang tidak menerima beliau sebagai Utusan Allah (a.w)! Allah (a.w) yang memilih Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul penamat. Allah (a.w) yang tahu setiap hambanya yang hidup, sipa yang layak dan siapa tak layak diberikan darjat dan kedudukan oleh Allah (a.w). Maskan manusia lebih tahu dari Allah (a.w)!

Kita diberitahu dalam ayat berkut hakikat kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) tidak bercakap ikut hawa nafsunya. Dia bercakap atas wahyu, maka pasti benar.
Firman Allah (a.w): 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.' (Yang bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ - Ayat 80: an-Nisa’.
Firman Allah (a.w) ini diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam al-hadith, iaitu berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Muqotil (r.a) yang berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa mengasihi aku, sesungguhnya dia mengasihi Allah (a.w). Dan, sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia mentaati Allah (a.w).’ - Hadith Bukhari.
Saudara, menyambut hari keputraan Rasulallah (s.a.w) bermaksud umat Islam wajib ingatkan dirinya setiap tahun membaharui tekad dan usaha supaya mencontohi Rasulallah (s.a.w) - menyemak ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam, menyemak amalan mereka, membetulkan segala amalan dan ibadah berpandukan ilmu yang benar/haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah, bukan mendengar ceramah atau tazkirah atau kuliayh dari orang yang mengakui atau dinobatkan oleh masyarakat sebagai ilmuwan atau ulama' kerana mereka ada Ph D atau Sarjana dalam bidang agama dari universiti tersohor sekalipun seperti Universiti al-Azhar, Ain-Syam, Jordan dll lagi - pandai bercakap dan berceramah dengan berjenaka, menyanyi pula, maka dinobatkan sebagai orang yang berilmu.
Orang yang berilmu itu adalah orang yang belajar secara berguru aqidah dan syariat Islam berpandukan semata-mata al-Quran dan kitab-kitab hadith, paling kurang Kuttubul Sittah, dan tidaklah mereka mengajarkan Islam dengan merujuk kepada buku atau kitab karangan manusia. Kita yang Islam diperintahkan oleh Allah (a.w) seperti berikut, perintah pokok:
Firman Allah (a.w): 'Wa ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.' (Yang bermaksud: ‘Dan taatkanlah akan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan RasulNya (i.e. ikutilah as-Sunnah) mudah-mudahan (maksudnya, nescaya atau pasti) kamu mendapat rahmat (Allah (a.w)) (yakni, kerahmatan Allah (a.w) adalah balasan syruga)) - Ayat 132: ali-Imran.
Mentaati Allah (a.w) bererti berpandukan kepada ketetapan al-Quran tanpa menyimpang dari ketetapannya. Dan, mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita diwajibkan mengaji as-Sunnah supaya kita tahu dan faham ketetapan Allah (a.w) dan al-Quran - apakah yang dibolehkan dan apakah yang tidak dibolekan diberitahu dan diajarkan serta diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w). Wajib mengaji kitab-kitab hadith yang besar, Kuttubul Sittah. Tanpa ilmu manakan mungkin kita boleh mentaati Rasulallah (s.a.w), kerana kita tidakpun berkesempatan menemui Rasulallah (s.a.w). Kini, kita hanya berkesempatan menemui para ulama' yang memiliki ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan ulama' dari institusi pengajian tinggi, yang ada ilmu sedikit tentang sesuatu, berlagak pula seumpama orang yang tahu syariat Islam sepenuhnya! Atau, ulama' yang diajarkan oleh kitabkitab karangan manusia. Ulama' adalah mereka yang berilmu dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah (dan al-Faraid) - 3 ilmu yang diwajibkan atas setiap yng Islam pelajari dan fahami dan akur dengan ketetapannya.
Firman Allah (a.w): 'Wa aqimus solata waatuz zakata wa ati’uraula la’allakum turhamuna.' (Yang bermaksud: Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat dan taatkanlah Rasul, mudah-mudahan (maksudnya, nescaya atau pasti) kamu mendapat rahmat (Allah (a.w)) (yakni, kerahmatan Allah (a.w) sahajalah yang membolehkan manusia itu masuk syurgaNya di akhirat kelak) - Ayat 56: an-Nur.
Kita telah teliti bahawa ‘kerahmatan’ Allah (a.w) itu amat penting. Seseorang yang Islam dan beriman dapat syurga semata-mata dengan mengerjakan amalan dan ibadah. Syarat untuk mendapat syurga itu adalah semata-mata kerana mendapat ‘rahmat’ Ilahi. Kerahmatan itu didapati hanya dengan mentaati Allah (a.w) dan RasulNya. Sesiapa yang tidak mentaati Rasulallah (s.a.w) pasti tidak akan mendapat kerahmatan Allah (a.w), kecuali Allah (a.w) sendiri memberikan kelonggaran. Tetapi, memandangkan Rasulallah (s.a.w) berkata-kata hanya akan dasar wahyu daripada Allah (a.w), maka dapat ditakrifkan bahawa tanpa mentaati Rasulallah (s.a.w) tidak akan mendapat rahmat Allah (a.w). Malah al-Quran menyebutkan kerahmatan apabila taatkan Rasulallah (s.a.w).
Seperkara yang perlu sentiasa diambil ingatan adalah seseorang yang Islam itu hanya masuk syurga dengan ‘rahmat Allah (a.w)’ dan bukan kerana amalan atau ibadat mereka, walaupun amalan dan ibadat itu adalah pra-syarat untuk memperolehi kerahmatan Allah (a.w). Jika kesemua ibadat dan amalan itu dijadikan pertaruhan atau bayaran untuk mendapat syurga tidak mungkin kerana nikmat yang diberi Allah (a.w) kepada setiap manusia itu begitu besar nilainya dan tidak dapat dibayar dengan mengerjakan kesemua amalan dan ibadat. Disebutkan di dalam hadith bahawa nikmat penglihatan dua mata itu sudah cukup besar dan tidak dapat diganti atau dinilai dengan kesemua amalan dan ibadat, apatah lagi mendapat nikmat hidup di dunia ini. Maka dengan itulah satu ‘fallacy’ sekiranya kita yang Islam (atau manusia) beranggapan bahawa amalan dan ibadat yang banyak itu memadai untuk mendapat balasan syurga. Amalan dan ibadat adalah suatu pengabidian semata-mata kepada Allah (a.w) untuk tunjuk dan memperhambakan diri kepadaNya kerana tapa Allah (a.w) izinkan kita takkan lahir di dunia! Dia pencipta dan penentu. Inilah hakikat firman Allah (a.w) yang dirujuk sebelum ini: 'wama khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni (Yang bermaksud:Tidak Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu) itu. Justeru itu, syurga diperolehi dengan ‘rahmat Allah (a.w)’. Soalnya: mungkinkah mendapat kerahmatan Allah (a.w) jika kita tidak taatkan perintah Allah (a.w) dan RasulNya?
Rasulallah (s.a.w) memberi umatnya tahu - memperingatkan mereka - supaya belajar ilmu atau mengaji, hanya dengan ilmu mereka tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh dalam Islam. Malahan mengaji atau mencari ilmu mengenai aqidah dan syariat Islam itu wajib bagi setiap yang akui dirinya Islam. Dan, bukan sebarang ilmu tapi:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.’ (Yang bermaksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian baik: (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil.) -Hadith Abu Daud & ibnu Majah.
Tanpa ilmu bagaimanakah seseorang itu benar Islamnya, aqidah dan amalan serta ibadahnya? Tak hairanlah ramai umat Islam yang masih dipengaruhi oleh syirik, kurafat, tahayul dan mengerjakan amalan dan ibadah berdasarkan taklid dan kata-kata sifolan dan sifolan dan mengamalkan bid'ah tanpa teliti, wahal mebatalkan segala pahala amalan dan ibadah ... semuanya kerana tak akur dengan pesanan Rasulallah (s.a.w). Yet ... akuinya kasih dan cintakan Rasulallah (s.a.w) dan raikan hari kelahiran beliau saban tahun, tapi perintah Rasulallah (s.a.w) di tolak tepi ... tidak diendahkan ... rugilah akhirat orang Islam yang berbuat sedemikian.

Jazakallahu khairah


Wajarkah meraikan 'Mauludur Rasul'?

Assalamualaikum,
Saudara hari ini 14 Januari 2014, kebetulan 12 Rabi'ul awal 1435 H, adalah ulang tahun hari kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w). Umat Islam arus perdana di Malaysia ini mengadakan pelbagai program untuk memperingati 'hari keputraan' Rasulallah (.a.w) sebagai membuktikan 'kecintaan mereka' kepada Rasulallah (s.a.w). Antara program yang sering diberi keutamaan oleh umat Islam arus perdana adalah beramai-ramai berjalan sambil melagukan pelbagai kalimah pujaan dan pujian sambil berjalan seolah-olah melambangkan penghijrahan dari kegelapan atau kejahilan kepada cahaya keimanan, Islam. Itulah yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w).
Saudara, umat Islam megagungkan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai manusia yang agung lagi hebat. Tapi, umat Islam tidak mengagungkan dan memberi keutamaan atau penekanan kepada apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)! Yang lebih utama pada umat Islam dalam Islam adalah mengutamakan apa yang dibawakan, diajarkan dan ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Hari ini saban tahun umat Islam arus perdana membuat program besar-besaran meraikan hari keputraan beliau, spt berarak sambil menyanyi, namun setiap hari mereka juga membelakangkan ajaran dan perintah Rasulallah (s.a.w)! Satu kontradiksyen (contradiction) yang amat memalukan kepada orang Islam yang faham Islam. Hari ini begitu banyaknya perkara yang ditolak atau tidak diterima oleh majoriti umat Islam yang kononnya menunjukkan kasih sayang mereka kepada Rasulallah (s.a.w). Dalam blog ini banyak contoh-contoh yang umat Islam arus perdana bukan sahaja menolak ajaran dan suruhan Rasulallah (s.a.w), malah menolak perintah dan suruhan Allah (a.w) sendiri!
Saudara, mereka yang mengadakan program besar-besaran meraikan hari keputraan beliau samalah seperti mereka yang merayakan kedatangan Tahun Baru 2014 yang lalu - 1 haribulan Januari 2014 - merayakan kedatangan tahun baru, bermula dengan jeritan mereka yang berhimpun ketika jam membunyikan masuknya waktu 12 tengah malam! Manusia meraikan Tahun Baru seolah-olah mereka merayakan tamatnya usia mereka setahun lagi, dan dekatnya mereka setahun lagi kepada hari kematian mereka. Anihnya, mereka telah setahun lagi hampir ke neraka bagi mereka yang tidak Islam, dan ke neraka juga bagi orang Islam yang tidak akur dengan ketetapan as-Sunnah! Umat Islam yang merayakan sedemikian juga tidak jauh bezanya dengan masyarakat umum yang merayakan kedatanagn tahun baru atau kedatangan hari kelahiran mereka, sebagaimana baru-baru ini Siti Nurhaliza dan suaminya merayakan Hari Kelahiran Siti dengan membelanjakan sekian banyak wang, menari dan bergaul dengan manusia yang kebanyaknya tidakpun menutup aurat mereka. Demikianlah jauhnya umat Islam dari menghormati Rasulallah (s.a.w), memahami syariat Islam ... Tidak hairanlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa dari perspektif Islam, zaman yang mendatang jauh lebih buruk dari zaman yang lalu - tahun 2014 jauh lebih buruk dari tahun 2013 - dalam erti kata manusia Islam itu akan terus menombor-duakan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan menombor-satukan manusia, para ulama' yang mereka anggap berilmu, walhal mereka lebih kerap merujuk kepada kata-kata dan cakap-cakap manusia dan jarang sekali merujuk kepada firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w). Mereka meninggalkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dan menonjolkan personaliti agung - agung pada pandangan dan perkiraan mereka - dan mengketepikan sedikit demi sedikit serta semakin jauh dari panduan dan ajakan Allah (a.w) dan RasulNya, wal iya zubillah.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa tidak akan masuk syurga orang yang tidak beriman - beriman dengan 6 rukun keimanan yang kita yang Islam diajarkan semenjak kecil lagi. Iman itu benar jika terbenam (yakni, terukir) dalam kalbu atau hati kita setiap saat dan ketika, kita ikrarkan dengan kata-kata (termasuk bersyahadah dan selawat atas beliau) dan didemokan melalui perbuatan atau amalan/ibadah. Tidak beriman seseorang itu kalau dia tidak solat, kalau dia tidak amalkan atau ibadahkan segala amalan dan ibadah yang diwajibkan. Kokoh imannya kalau dia juga melaksanakan amalan dan ibadah yang sunat. Beriman dia kalau dia juga rela dan suka menginfaqk dan bersedekah demi fi sabilillah. Tidak beriman seorang Islam itu jika dia membazirkan harta dan kekayaannya! Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa tidak beriman seorang yang akui dirinya Islam jika dia tidak menyayangi Rasulallah (s.a.w) melebihi kasih sayangnya kepada anak-anaknya, kedua ibu bapanya, dan manusia sejagat.
Saudara, berapa ramaikah orang Islam yang sayangkan atau kasihkan atau cintakan Rasulallah (s.a.w)? Tak ramai. Daripada 1,000 oran yang akui dirinya Islam hanya seorang sahaja. Kerana, siapa yang cintakan Rasulallah (s.a.w) pasti dia dapat syurga. Tapi, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa daripada 1,000 yang lahir Islam, hanya seorang sahaja yang dapat syurga! Kalau seseorang yang Islam itu sayangkan Rasulallah (s.a.w) pastilah dia berusaha sekuat mungkin mengimarahkan Islam - kerana itulah yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada manusia, dan kepada umat Islam khususnya. Kalau seorang yang Islam itu sayangkan dan cintakan Rasulallah (s.a.w) pastilah dia sentiasa mengimarahkan dan melestarikan dan menyebarluaskan ajaran Rasulallah (s.a.w) - iaitu as-Sunnah. Merayakan Hari Keputraaan Nabi atau Mauludur Rasul bukanlah tanda atau lambang atau cara atau bukti umat Islam itu cintakan Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak beriman salah seorang dari kamu sehingga aku lebih kamu kasihi daripada anak-anak kamu, kedua ibu bapa kamu, dan manusia seluruhnya.’ - Hadith Ibnu Majah.
Hadth ini memberi panduan kepada kita bahawa bukti cinta kita kepada Rasulallah (s.a.w) itu mengatasi cinta kita kepada kedua ibubapa kita dan anak-anak kita dan isteri/suami kita malah manusia sejagat. Tapi hari ini kita kasihkan orang yang tidakpun mencintai Rasulallah (s.a.w). Sesungguhnya umat Islam itu wajib utamakan cinta pada Allah (a.w) kerana tanpa ikhsan Allah (a.w) memberikan kita peluang hidup di dunia, pasti kita tidak dilahirkan, malah mati ketika dilahirkan dan seumpamanya. Kita diwajibkan oleh Allah (a.w) sayangi dan cintai kedua ibu bapa kita. Ini adalah perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Bahawa tanpa keridhaan kedua ibu bapa kita, maka Allah (a.w) tidak ridha terhadap kita, dan kalau kita tidak mendapat keridhaan Allah (a.w), jangan harap mendapatkan syurga. Malah kita wajib cintakan Rasulallah (s.a.w) melebihi cinta dan kasih sayang kita terhadap kedua ibu bapa kita! Maksudnya, lebih pasti. Kalau kita bencikan atau tidak sayangi atau cintakan Rasulallah (s.a.w), maka pastilah kita dibeci Allah (a.w.). Apakah bukti kecintaan? Buktinya kita ikuti segala kemahuannya dan taati segala suruhannya dan kita jauhi segala larangan dan tegahannya, dan kita cuba senangkan dan sukakan hatinya, seumpama beliau sentiadalah berdepan dengan kita. Malah dalam konteks Rasulallah (s.a.w) walaupun beliau sudah wafat, namun segala perintah dan suruhan dan segala tegahan dan larangan kekal diwajibkan atas kita yang Islam, kerana itulah perintah Allah (a.w) - antaranya Ayat 7: al-Hasyr.
Saudara, kita yang Islam wajib ingat bahawa syurga itu adalah matlamat akhir kita dan kita bersedia untuk syurga ketika berada di dunia - dengan melaksanakan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 13: an-Nisa'. Kita wajib berwspada bahawa neraka itu pasti kita dapati jika kita melakukan sesuatu yang ditegah oleh Allah (a.w) dan yang ditegah Rasulallah (s.a.w) dan melanggar batasan atau peraturan melibatkan aqidah dan syariat Islam yang ditetapkan oleh Allah (a.w) dan yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 14: an-Nisa'.
Saudara, misi Rasulallah (s.a.w) disebutkan dalam hadith berikut. Tetapi, berapa ramaikan umat Islam yang akur dengan apa yang disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu? Hari ini ramai umat Islam yang tidakpun ambil iktibar dari hadith atau sabda Rasulallah (s.a.w) ini.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Musa asy-Syaari (r.a) katanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Perumpamaan petunjuk (hidayah) dan ilmu pengetahuan, yang Allah (a.w) mengutus aku untuk menyampaikannya, (adalah) seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur, menghisap (atau menyerap) air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula bumi yang keras, tidak menyerap (atau tidak meresap) air sehingga tergenang (atau bertakung) air. Maka Allah (a.w) memberi manfaat dengan dia (yakni, dengan hujan itu) kepada bumi dan makhlok di bumi. Mereka dapat minum dan memberi minum (kepada binatang, dll seumpamanya), dan untuk (manusia) bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di tanah yang tidak menggenangkan (iaitu tidak menakung) air dan tidak pula menumbuhkan rumput dan tumbuh-tumbuhan.
‘Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama (yang diibaratkan sebagai hujan), yang mahu memanfaatkannya (yakni, mengambil manfaat dari ilmu dan petunjuk) apa yang aku disuruh Allah (a.w) menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya (kepada orang lain). Dan, begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkannya dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah (a.w) (yakni, membiarkannya, tidak beramal dengannya dan tidak pula diajarkannya kepada orang lain), (ilmu dan petunjuk) yang aku diutus (oleh Allah (a.w)) untuk menyampaikannya.’ [Hadith Bukhari]

Saudara, kita lihat janji Allah (a.w) berikut bahawa sesiapa yang kasihkan Rasulallah (s.a.w) - bermaksud akur dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa' dan Ayat 7: al-Haysr - pastilah di mencintai Allah (a.w): 

Firman Allah (a.w): 'Mai uti’ir rasula faqad ata’allaha.'(Yang bermaksud: Barangsiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh mereka telah mentaati Allah (a.w) …’ - Ayat 80: an-Nisa’.
Diriwayatkan hadith daripada Muqotil (r.a) yang berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa mengasihi aku, sesungguhnya dia mengasihi Allah (a.w). Dan, sesiapa yang mentaati aku, sesungguhnya dia mentaati Allah (a.w).’ - Hadith Bukhari.
Saudara, kita diperingatkan, walau apapun yang kita lakukan, bahawa sekiranya kita menolak satu sahaja ketetapan as-Sunnah, maka kita terkeluar dari Islam (i.e. jatuh kafir), walaupun kita telahpun merayakan 70 tahun Mauludur Rasulpun! Justeru itu, janganlah kita salah faham dalam Islam, kita utamakan kulit sesuatu dan lupakan isinya!
Firman Allah (a.w): 'Qul ati’ullaha war-rasula, fain tawallau fainallaha la tuhibbul kafirina.' (Yang bermaksud: ‘Katakanlah (olehmu wahai Muhammad (s.a.w))! Taatilah Allah (a.w) dan RasulNya; maka jika kamu berpaling (yakni, menolak atau engkar perintah) maka sesungguhnya Allah (a.w) itu tidak kasihkan orang-orang kafir.) - Ayat 32: ali-Imran.
Saudara, dalam firman Allah (a.w) di atas itu jelas, bahawa sesiapa yang ingkar ikuti ketetapan as-Sunnah jatuh kafir. Oleh itu berwaspadalah. Kalau kita terlibat, maka bukanlah kita mengingati Mauludur Rasul, kerana lahirnya Rsulallah (s.a.w) seorang insan yang baik sifatnya atas kehendak Allah (a.w) untuk menyediakan dia sebagai 'khattamal nabiyin' - Nabi penamat, dan 'uswatun hasanah' - model terbaik bagi manusia. Dan, kita juga diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut mesej yang sama dengan firman Allah (a.w) di atas itu:
 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘enggan’ (yakni, orang yang enggan mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ ‘Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘enggan’ itu?’ ‘Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu ‘enggan’ (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ - Hadith Bukhari.  
Saudara, kita diberitahu bahawa kita yang Islam hanya dapat syurga jika kita mendapat kerahmatan Allah (a.w). Tak mungkin kita dapat syurga hanya dengan mengerjakan segala amalan dan ibadah yang diwajibkan - spt solat fardu, puasa Ramadhan, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan umrah ketika sudah mampu, kerana nilai kurniaan Allah (a.w) terhadap kita tidak dapat diimbangi dengan apa yan Allah (a.w) berikan pada kita. Hari ini, begitu ramai orang yang akui dirinya Islam tapi tak solat, tak puasa dan kaya raya tapi menangguhnya ibadah haji mereka, kaya raya tapi membazirkan kekayaan mereka dan tidak menginfaqkan harta untuk fi sabilillah, dan banyak lagi. Malah, orang yang istiqamah menambah amalan dan ibadah dengan melakukan amalan dan ibadah sunat sekalipun tidak akan dapat mengimbangi kurniaan Allah (a.w). Malah, berapa ramai pula umat Islam yang bermal yang menyimpang dari ketetapan as-Sunnah! Jika begitu bagaimana nak mendapat kerahmatan Allah (a.w)! Bagaimana nak dapat kerahmatan Allah(a.w)? Satu caranya diberitahu oleh Allah (a.w): 
Firman Allah (a.w): 'Wa ati’ullaha war-rasula la’allakum turhamuna.' (Yang bermaksud: ‘Dan taatkanlah akan Allah (a.w) dan RasulNya mudah-mudahan (yakni, nescaya) kamu mendapat rahmat (Allah (a.w)) (yakni, kerahmatan Allah (a.w) adalah balasan syruga)) - Ayat 132: ali-Imran.
Kita telah teliti bahawa ‘kerahmatan’ Allah (a.w) itu amat penting. Seseorang yang Islam dan beriman tidak dapat syurga semata-mata dengan mengerjakan amalan dan ibadah. Syarat untuk mendapat syurga itu adalah semata-mata kerana mendapat ‘rahmat’ Ilahi. Kerahmatan itu didapati hanya dengan mentaati Allah (a.w) dan RasulNya. Sesiapa yang tidak mentaati Rasulallah (s.a.w) pasti tidak akan mendapat kerahmatan Allah (a.w), kecuali Allah (a.w) sendiri memberikan kelonggaran. Tetapi, memandangkan Rasulallah (s.a.w) berkata-kata hanya akan dasar wahyu daripada Allah (a.w), maka dapat ditakrifkan bahawa tanpa mentaati Rasulallah (s.a.w) tidak akan mendapat rahmat Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Wamai yutiillaha wa-rasulahu faqad faza fauzan ‘aziman.' (Yang bermaksud: Barangsiapa mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan (mentaati) RasulNya (yakni, ikuti as-Sunnah), maka nescaya sungguh-sungguh dia mendapat kemenangan (suatu) kemenangan (atau keuntungan) yang paling besar (yakni, syurga)) - Ayat 71: al-Ahzab]
Saudara, kemenangan dalam Islam itu adalah berjaya diselamatkan dari siksaan kubur ketika sebelum kiamat, dan mendapat syurga setelah dihisab di akhirat kelak. Malah, begitu besarnya bonos akhirat bagi kita kalau kita menombor-satukan Rasulallah (s.a.w) dan menombor-duakan para ulama' selainnya, walaupun pada kaca mata manusia ulama yang hebat, kerana tanggapan sedemikian itulah boleh menyimpangkan aqidah umat Islam dan boleh menyesatkan mereka dalam mengamalkan syariat Islam. Sepatutnya, agungkan Rasulallah (s.a.w) kemudian baru kita lihat kehebatan ulama' dalam konteks keagungan Rasulallah (s.a.w) itu. Itu yang benar.
Firman Allah (a.w): 'Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi’uni, yuhbibkumullaha ya yaghfirlakum zunubakum …' (Yang bermaksud: Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) (kepada manusia)! Jika ada kamu kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah aku (Rasulallah (s.a.w)), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kamu …) - Ayat 31: ali-Imran.
Saudara, insya Allah kita akan bincangkan lagi tajuk ini dalam post selanjutnya. Yang wajib kita akur adalah hakikat syurga itu pasti kita dapat jika kita akur dengan firman Allah (a.w) dalam al-Quran pada Ayat 13: an-Nisa'. Ini adalah perintah induk dan agung al-Quran. Merangkumi perintah agung ini adalah perintah-perintah lain dalam al-Quran termasuklah Ayat 80: an-Nisa', dan ayat-ayat yang kita telahpun rujuk di atas.

Jazakallahu khairah






Sunday, January 12, 2014

Kalimah 'Allah' - Peringatan kepada Pendokong dan Pengikut Kristian

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yang lalu kita telah singkap sedikit sejarah negara kita yang secara langsung menjadi titik tolak kepada keberanian pengaut agama Kristian terhadap penggunaan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada tuhan mereka dan menggunakan kalimah itu dalam penerbitan keagamaan mereka serta dalam 'al-Kitab' = Bible versi Melayu/Bahasa Malaysia.
Kita juga telah sentuh, mengapakah ini terjadi kerana kepimpinan Melayu dan juga para ulama' Melayu kini sudah tidak berani mempertahankan kepentingan agama Islam, malah mereka jahil ilmu dan lemah aqidah, sehingga berdiam diri atau membenarkan orang beragama selain Islam mengganggu gugat beberapa prinsip dan ketetapan fundamental dalam Islam.
Saudara, dalam post ini kita ingin teliti apakah mesej Allah (a.w) kepada manusia dan umat Islam tentang agama - khususnya agama Islam dan agama anutan manusia selain agama Islam. Kerana, masyarakat Melayu sendiri - terutama beberapa orang yang dinobatkan sebagai wanita agung Islam diwasa ini kerana memperjuangkan kesamarataan (equality) dalam Islam antara perempuan dan lelaki, spt pergerakan 'Sisters in Islam' dan 'Women under Islam' dll lagi. Mereka ini sebenarnya mempersoalkan ketetapan Allah (a.w) memberi kelebihan kepada kaum lelaki yang mereka rasai Allah (a.w) atau Islam itu menganak-tirikan atau menombor-duakan wanita dan menombor-satukan kaum lelaki. Mereka ini sebenarnya jahilkan Islam atau cuba mentafsirkan sesuatu di dalam al-Quran tanpa belajar secara benar.
Dalam post ini juga kita akan blihat beetapa batilnya agama Kristian (Christianity) dan begitu jugalah batlnya lain-lain agama ciptaan manusia. Hakikatnya, manusia tidak berhak mewujudkan agama mereka sendiri, kemudian cuba pula memberitahu manusia bahawa dengan menganuti agama ciptaan mereka tersebut, mereka telah menyembah tuhan yang bukannya satu, yang kini mereka nak namakan 'Allah'.
Saudara, kita lihat ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai isu ini. Sebelum apa-apa, wajib kita fahami, pertama - semua manusia, terutama orang yang akui dirinya Islam - bahawa Allah (a.w) itu Esa, Dia adalah tuhan manusia semenjak zaman manusia pertama, Adam (a.s), termasuklah dalam zaman-zaman rasul dan nabi yang diagungkan oleh masyarakat Yahudi, Musa (a.s), dan orang yang dinobatkan oleh orang Nesranisebagai anak tuhan mereka, Isa (a.s). [Nota: Dalam post dan blog ini penulis tidak tuliskan bahawa Isa (a.s) adalah 'Jesus' masyarakat Kristian yang berpandukan Bible atau 'al-Kitab' (Bible versi Melayu/Bahasa Melayu) itu. Kerana apa? Kerana Isa (a.s) adalah seorang rasul dan nabi, bukan Jesus anak tuhan. Begitu juga kita tak mahu samakan Mariam, ibu Isa (a.s), sebagai 'Mary', kerana Mariyam bukanlah 'isteri tuhan' yang dipercayai oleh masyarakat Kristian. 
Allah (a.w) memberitahu manusia: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'budni.' (Yang bermaksud: Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan/cipta jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan/memperhambakan/menyembah/mentaati Aku (Allah) - Ayat 56: az-Zariat.
Manusia itu diberi peluang menikmati hidup dunia dengan bersyarat - wajib sembah Allah (a.w) sebagai tuhan, wajib taatkan perintahNya, termasuklah perintah terima Nabi Muhamamd (s.a.w) sebagai Rasul, al-Quran sebagai Kitab Allah (a.w) sebagai panduan beragama dan hidup di dunia, dan Islam adalah syariat agama Allah (a.w) untuk manusia sejagat dan semua zaman.
Kedua, Islam adalah agama untuk manusia semenjak zaman Adam hinggalah zaman Nuh (a.s), zaman Ibrahim (a.s), zaman Yakub (a.s), zaman Musa (a.s) dan zaman Isa (a.s). Hanyalah agama Islam itu disempurnakan oleh Allah (a.w) bermula zaman Nabi Muhammad (s.a.w) hinggalah sekarang. 
Ketiga, Islam itu adalah agama untuk semua manusia senjak zaman Adam (a.s) hinggalah kiamat dunia. Maka sesiapa yang ikuti atau anuti Isam maka dia ada harapan untuk selamat dari neraka dan mendapat syurga. Kalau tidak Islam sudah pasti tidak dapat syurga dan pasti dilemparkan oleh para malaikat ke dalam neraka. Wajib kita - semua manusia, semua zaman -ingati bahawa hanya ada dua kesudahan selepas matinya manusia itu. Kerana setelah menjalani 'penghidupan' dalam alam barzah (i.e. kubur), manusia akan dibangkitkan apabila seruling ditiupkan oleh Israfil (a.s) pada kali keduanya. Maka manusia akan berkumpul di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-msing, kalau Islam, tapi kalau tak Islam, tidak akan berhimpun tetapi terus dilemparkan oleh malaikat ke dalam neraka, setelah ditanya/dibertahu kepada mereka soalan: 'Apakah tidak ada seorang Rasul/Nabi membawakan kepada kalian kitab (atau, risalah dari) Allah (a.w) yang mengandungi perintah Allah (a.w) supaya kalian sembah Dia dan tidak mensyirikan akan Dia?' 
Keempat, Nabi Muhammad (sa.w) itu adalah Rasul/Nabi penamat - terakhir - 'khatamal nabiyin' (nabi penyudah) bagi manusia, yang ditugaskan menyampaikan risalah agama Allah (a.w), Islam, dengan panduan al-Quran dan penjelasannya dalam al-Hikmah (atau, as-Sunnah). Sesiapa yang tidak akui Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Rasul/Nabi atau Utusan Allah (a.w) kepada manusia - mengingatkan manusia bahawa jika Islam dapat syurga, jika tidak Islam masuk neraka. Jika Islam maksudnya terima sepenuhnya al-Quran dan as-Sunnah dan amalkan setiap sesuatu yang diperintah dan disuruh, panduan praktikalnya as-Sunnah. Jelasnya, orang yang anuti agama selain Islam tidak sekali-kali akan mendapat syurga - kalaulah mereka percaya bahawa wujud syurga (paradise atau heaven) itu. 
Kelima, Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah diutuskan kepada semua manusia - tak kira bangsa apa, keturunan apa, dan hidup zaman mana. Malah ketika hampir kiamat, Isa (a.s) akan diturunkan oleh Allah (a.w) ke dunia untuk membersihkan syariat agama Islam, dengan memusnahkan salib (yang dijadikan oleh Kristian sebagai lambang agama mereka), membunh segala babi (yang Allah (a.w) haramkan manusia makan, dan membunuh Dajjal yang bermaharaja-lela mengkafirkan manusia yang akui diri mereka Islam zaman itu. Setelah Dajjal mati, maka duniapun kiamat. Itulah saat terakhir tanda-tanda kiamat akan berlaku, apabila Isa (a.s) turun ke dunia membunuh Dajjal dan membersihkan syariat agama Islam, yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni menobatkan al-Quran dan as-Sunnah di muka bumi.  
Keenam, dunia ini akan kiamat. Malah tanda-tanda akan hampirnya kiamat sudahpun banyak hanyalah kita mansuia diiambaui oleh kelazatan kehidupan dunia, sehingga kita tidak sedar betapa hampirnya kita kepda kiamat - sekurang-kurangnya 'kiamat kecil' iaitu kematian/ajal kita. Umat Islam akui hakikat ini, kecualilah dia munafiq - kerana berpura-ura Islam - dia Islam tapi takpun kerjakan apa-apa yang diperintahkan tapi lakukan segala sesuatu yang dilarang dan ditegah. Mereka ini adalah munafiq, malah kafir tanpa mereka sedari - Islam hanya kulitnya, tapi isinya (batinnya) kafir. Majoriti umat Islam hari ini sudahpun kafir tanpa mereka sedari. Yang tinggalkan satu solat fardu secara sengaja, jatuh kafir. Siapa amalkan sesuatu yang bersifat bid'ah sudahpun jatuh kafir tanpa disedari. Justeru itu, siapa yang akui dirinya Islam, adalah lebih selamat tinggalkan bid'ah dan jangan sekali-kali terima kata-kata orang - ulama' ataupun bukan - bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah' itu, kerana risikonya amat baha kepada kebajikan akhirat kita. Takda pahala yang pun kalau buat apa yang disebut 'bid'ah hasanah' itu. Malah, mengamalkan 'bid'ah hasanah' membatalkan amalan dan ibadah, terkeluar dari Islam tanpa di sedari, wal iya zubillah. Lebih selamat tinggalkan aje - contoh membaca Doa Qunut pada Solat Subuh. Dan banyak lagi. 
Ketujuh, bila sampai ajal manusia - Islam ataupun tidak Islam - pasti mereka akan mendapat siksaan kubur - balasan awal atas segala sesuatu yang dilakukan dan dicakapkan ketika hidup yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kemudian di akhirat, akan diberikan balsan yang sempurna dan secukupnya terhadap kebaikan (i.e. pahala) dan kejahatan atau kemaksiatan (i.e. dosa). Tak kira apapun agama yang dianuti oleh manusia - orang Islam termasuk - akan mendapat siksaan terhadap setiap dosa yang dibekalkan untuk akhirat dari setiap perbuatan/perlakuan dan kata-kata yang diluahkan ketika hidup dulu! 
Kedelapan, orang yang terima Islam, ada harapan untuk dapat syurga di akhirat kelak. Kalau takda dosa terus masuk syurga. Kalau ada dosa yang tidak ditaubatkan, kekal menjalani hukuman di neraka dahulu, sebelum dibebaskan. Kalau takdapun pahala, menjalani hukuman lebih lama di neraka - berahkab=ahkab lamanya - jikalah ad dalam lubuk hatinya keyakinan tentang wujudnya 'Allah (a.w)' tuhan yang Esa dan dia sempat melafazkan kalimah 'la-ilaha illallah' ketika sakratul maut atau menghembuskan nafasnya yang terakhir! Kalau berdosa dengan manusia pula, pahalanya akan ditolak dan diberikan kepada orang yang dia berdosa kepadanya, maka kalau habis pahalanya, dosa orang yang dia berdosa terhadapnya akan diberikan kepadanya, i.e dimasukkan ke dalam Kitab Catatan Amalannya. Maka kalau begitu besar kemungkinan timbangan dosanya berat pula, maka diapun menjalani hukuman di neraka, sebelum dibebaskan dan dimasukkan ke dalam syurga.
Saudara, insya Allah kita tuliskan dalam post ini dan di bawah ini dalil-dali mengenai perkara ini supaya semua yang mengikuti blg ini - yang Islam ataupun tak Islam - diberitahu. Mereka boleh membuat pilihan, nak ikut orang yang bertegar nak gunakan kalimah 'Allah' sebagai nama tuhan mereka atau nak menolak gerakan untuk mendapat kejayaan menggunakan kalimah 'Allah' sebagai nama tuhan orang Kristian. Ingat! Semua yang tidak Islam pasti masuk neraka. Termasuklah orang Kristian, kerana Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa Allah (a.w) tidak mempunyai anak.:
Firman Allah (a.w): ‘Innama-llahu ilahun wahidun, subhanahu an (-ai) yakunu lahu waladun...’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya adapun Allah itu tuhan (yang berhak disembah itu) adalah esa, maha suci Dia (Allah) bahawa ada bagiNya mempunyai anak…) - Ayat 171, Surah an-Nisa’.
Dan, Allah (a.w) itu Esa - satu bukan dua dan bukan tiga, walhal Kristian kata ada tiga tuhan:
Firman Allah (a.w): ‘Inna ilahakum la-wahid.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya tuhan kamu itu satu (Yakni, Esa) (i.e. Allah))- Ayat 4, Surah Soff (Soffat).
Dan, firman Allah (aw) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘… wa-ma min ilahin illa ilahu wahidun;’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah dari sesembahan/tuhan, yakni yang disembah sebagai tuhan itu, kecuali Allah (a.w) adalah tuhan/sembahan yang esa). [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Dan, Allah (a.w) memebritahu manusia bahawa sesiapa yang anuti agama selain agama Islam, pasti tak dapat syurga di akhirat:
Firman Allah (a.w): ‘… wa-ma min ilahin illa ilahu wahidun;’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah dari sesembahan/tuhan, yakni yang disembah sebagai tuhan itu, kecuali Allah (a.w) adalah tuhan/sembahan yang esa). [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Dan, Allah (a.w) beritahu kalau kafir - tak Islam - segala kebaikan yang dikerjakan di dunia (i.e. semasa hidup mereka) berguna untuk dunia saja, takda gunanya untuk akhirat, di akhirat pasti masuk neraka:
Firman Allah (a.w): ‘Innala-lazina kafaru … hingga … ma tuqubbila minhum, …’ (Yang bermaksud: Sungguhnya orang-orang yang kafir itu kalaulah bahawasanya bagi mereka apa-apa yang di bumi kesemuanya dan semisal itu pula besertanya (i.e. miliknya) untuk menebus dengannya (i.e. apa-apa yang dimilikinya) dari (terkena) siksaan (neraka) pada hari kiamat, tidak dimakbulkan (i.e. diterima) dari mereka; dan bagi mereka siksaan yang pedih (i.e. masuk neraka).)- Ayat 36, Surah al-Maidah (mesej yang sama).
Allah (a.w) beritahu kalau tak Islam takda gunanya apa-apa yang dikerjakan - termasuklah sebagai dermawan terhebat di dunia sekalipun. Kalau Islam boleh tempah tempat tinggal terbaik dalam syurga:
Firman Allah (a.w): ‘Innal-lazina kafaru lan tughniya ‘anhum amwaluhum wa-la auladuhum minallahi syaian; wa-ulaika ashabun- nari; hum fiha kholiduna.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu (= orang-orang yang tidak mahu terima Allah (a.w) sebagai tuhan mereka dan Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai Utusan Allah) tidak sekali-kali akan mencukupi dari mereka hartabenda mereka dan tidak juga anak-anak mereka (untuk menebus diri mereka) dari (siksaan dalam neraka) Allah (a.w) sedikitpun; dan mereka itu adalah penghuni neraka; mereka di dalamnya (i.e. neraka itu) kekal.) - Ayat 116, Surah ali-Imran.
Allah (a.w) beritahu manusia bahawa kalau cari atau anuti agama selain Islam - maksudnya tak mahu terima Islam - pastilah mereka rugi di akhirat - neraka balasannya secara pasti. Justeru itulah, Shuaib Webb (orang Amerika yang berceramah dalam TV al-Hijrah) itu bijak, Husein Yee (yang berdakwah bebas), Ridzuan Tee (pensyarah UPM) dan ramai lagi orang Barat, China dan India, yang setelah belajar tentang Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah, tak berani ambil risiko, jadi orang bukan Islam, dalam beragama:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-man yabtaghi ghairal-Islami dinan fa-lan yuqbala minhu; wa-hua fil-akhirati minal-khosirina.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang mengambil (yakni, menganuti) agama selain Islam sebagai agama pilihannya, maka tidak diterima segala kebaikannya (yakni, yang disumbangkannya demi agamanaya dan masyarkat sejagat), dan dia orang yang (sedemikian itu) pasti rugi (i.e. masuk neraka).) - Ayat 85, Surah ali-Imran.
Allah (a.w) beritahu kalau tak Islam ada harta berupa emas seisi dunia dan dilipatgandakan lagi, untuk menebus diri dari siksaan neraka di akhirat, takkan dapat. Pada Allah (a.w) apa yang ada di dunia ini tidak ada nilainya pada Allah (a.w). Malah, jikalah nilai dunia ini dan segala isisnya sama nilainya dengan nilai sebelelah kepak/sayap naymuk, sudah pasti orang yang tidak terima Islam tidak akan diberi peluang minum seteguk airpun! Kerana dunia ini tida nilai, malah dicipta Allah (a.w), apakah tebusan yang boleh untuk mengindarkan diri dari siksaan neraka?
Firman Allah (a.w): ‘Innal-lazina kafaru wa-matu wahum kuffarun fa-lan (-ai) yuqbala min ahadim mil-ul ardhi zahaban walawif-tada bihi; …’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang kafir mereka maka tidak akan diterima dari salah seorang mereka (jikapun memiliki) sepenuh bumi emas (untuk membebas/menebus) dirinya (dari siksaan neraka); …) - Ayat 91, Surah ali-Imran.
Allah (a.w) memebritahu bahawa agama Kristian itu batil atau suatu pembohongan semata-mata. Allah (a.w) menyangkal keyakinan orang Kristian bahawa tuhan itu Esa bukan Tiga Serngkai/Mempercayai Trinity adalah Kafir
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha hua Masihubu Maryam; … ‘(Yang bermaksud: ‘Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya tuhan ‘Allah’ itu adalah al-Masih anak Maryam (i.e. Nabi Isa); ..’) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha thalithu thalathatin, ma-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh telah kafir orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya ‘Allah’ (tuhan manusia) itu tiga dari yang tiga (Trinity).’ Dan tidak ada dari tuhan (yakni, sesembahan atau yang berhak disembah sebagai tuhan) kecualilah tuhan (Allah) yang esa; …) [Ayat 73, Surah al-Maidah]
Allah (a.w) bertanya kepada Isa (a.s) semasa hayatnya apabila pengikutnya menyaahtafsirkan mukjizatnya yang boleh meghidupkan orang yang mati dll. Isa (a.s) memberitahu Allah (a.w) hakikat sebenarnya:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-iz qalallahu ya-‘isab-nal maryama a-anta qulta linnasi (-it) at-takhizuni wa-ummiya ilahaini min dunillahi; qala subhanaka ma yakunu li an aqula ma laisa li bil-haqqi; in kuntu qultuhu faqad ‘alimtahu; taklami fi nafsi wa-a ‘alamu ma fi nafsika; innaka ‘alimul ghuyubi.’ (Yang bermaksud: Dan, (ingatlah) ketika Allah (a.w) berfirman (yakni, bertanya kepada Isa (bertanyakan kepada beliau)): ‘Wahai Isa anak Maryam! Adakah engkau berkata engkau kepada manusia (yakni, umatmu): ‘Mengambillah (yakni, jadikanlah) aku dan ibuku sebagai dua tuhan dari selain Allah?’ Berkata (Isa): ‘Maha suci Engkau (Allah)! Tidak ada aku (yakni, wajar) bahawa berkata aku apa-apa yang tiada bagiku yang haq (kebenaran). Jika berkata aku (sedemikian) maka sungguh-sungguh mengetahui Engkau apa-apa yang aku katakan; mengetahui Engkau (Allah) apa-apa dalam diriku dan tidak tahu aku apa-apa dalam diriMu; sesungguhnya Engkau (Allah) mengetahui apa-apa yang ghaib (i.e. tidak diketahui oleh sesiapapun),’) [Ayat 116, Surah al-Maidah]
Firman Allah (a.w): ‘Ma qultu lahum illa ma amartani bihi ani’budu-llaha rabbi wa-rabbukum; wa-kuntu ‘alaihim syahida ma dumtu fihim; falamma tawaffani kunta anta raqiba ‘alaihim; wa-anta ‘ala kulli syai-in syahidan ma dumtu fihim ...’ (Yang bermaksud: (Isa menyambung kata-katanya) ‘Tidak berkata aku kepada mereka (i.e. umatku) kecuali apa-apa yang diperintahkan (oleh Engkau) atas aku dengannya (i.e. yang hendak aku dikatakan dan kerjakan) (iaitu): ‘Supaya mengabdikan diri kepada (yakni, beribadah atau sembahlah) Allah (a.w), tuhanku dan tuhan kamu sekelian, dan adapun aku atas mereka menjadi saksi apa-apa yang selama aku di kalangan mereka; maka ketika telah mewafatkan Engkau akan daku (yakni, mengangkat aku ke langit) adalah Engkau, Allah, Engkaulah zat yang mengawasi mereka; dan Engkau atas segala sesuatu menjadi saksi.) [Ayat 117, Surah al-Maidah] 
Malah Isa (a.s) memberitahu Bani Israil - Kaum Yahudi dan Nesrani zamannya - supaya sembah hanya Allah (a.w) dn ikuti dia dalam menerima syariat atau risalah agama Allah (a.w), yakni agama Islam, yang dibawakan olehnya kepada kaumnya:
Firman Allah (a.w): ‘… wa-qalal Masihu ya-bani Israila (-a’) u’budullaha rabbi wa-rabbukum.’; innahu man (-ai) yusyrika billahi faqada harramallahu ‘alaihil jannata wa-makwahun naru ...’ (Yang bermaksud: Dan telah berkata Isa: ‘Wahai Bani Israil! Mengabdikanlah kepada (i.e. beribadahlah, yakni sembahlah) Allah, (Allah itu) Tuhanku dan Tuhan kamu sekelian;’ Sesungguhnya ingatlah sesiapa yang syirik/ mensyirikkan Allah (a.w) (yakni, menduakan atau menigakan atau mengatakan tuhan itu lebih dari satu) maka sungguh-sungguh diharamkan oleh Allah (a.w) baginya syurga dan tempat tinggalnya adalah dalam neraka; …) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Dan, Allah (a.w) membuat ketetapan bahawa sesiapa ytang mengatakan Isa (a.s) itu tuhan maka mereka kafir. Jika begitu, tidak ada hak orang Kristian kini menuntut supaya kalimah 'Allah' digunakan untuk merujuk kepada nama tuhan mereka, kerana orang yang mereka katakan anak tuhan itu adalah Jesus!
Firman Allah (aw): ‘Laqad kafaral-lazina qalu innallaha hua masihub Maryam; …’ (Yang bermaksud: Sungguh-sungguh telah kafir orang yang berkata: ‘Sesungguhnya Allah itu adalah Dia, al-Masih Isa anak lelaki Maryam …) [Ayat 72, Surah al-Maidah]
Dan, Allah (a.w) menyangkal bahawa tuhan itu adalah tiga atau Tiga Serangkai (Trinity of God) dll kepercayaan, sebagaimana yang dipercayai dan diajarkan oleh paderi-paderi, bishop dan lain-lain 'ulama' Kristian ddi Malaysia sekarang. Kerana itu, tidak wajar orang Kristian menggunakan kalimah 'Allah' sebagai nama kepada tuhan mereka!
Firman Allah (a.w): ‘Laqad kafarallazin qalu innallaha thalithu thalathatin, wa-ma min ilahin illa ilahun wahidun; …’ (Yang bermaksud: Nescaya sungguh-sungguh kafir orang-orang yang berkata: ’Sesungguhnya tuhan Allah itu adalah satu dari yang tiga; dan tiadalah dari sesembahan (i.e. yang berhak disembah itu) kecuali tuhan yang esa; …) [Ayat 73, Surah al-Maidah]
Saudara, demikianlah hujjah yang kokoh yang sepatutunya sesiiapa saja - termasuk para hakim yang ingin membuat ketetapan tentang permintaan orang Kristian supaya dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' untuk menamakan tuhan mereka, kerana tuhan mereka bukanlah tuhan yang haq, bukan Allah (a.w), dan agama mereka bukanlah agama yang dicipta oleh Allah (a.w) untuk manusia. Agama yang diciptakan oleh Allah (a.w) untuk manusia adalah agama Islam - Ayat 19: ali-Imran (agama di sisi Allah (a.w) adalah Islam) dan Ayat 3: al-Maidah (Allah (a.w) ridha agama bagi manusia adalah Islam).

Jazakallahu khairah.