Assalamualaikum,
Saudara, mulai post hari ini kita lihat suatu perara yang amat penting kita yang Islam fahami tentang Islam iaitu Aqidah dan Syariat Islam. Kerana, amat penting dan fundamenta dalam memahami Islam dan tuntutannya. Insya Allah kita akan teruskan meneliti dimensi ini buat beberapa post yang akan datang.

Tanggungjawab pokok manusia
Allah (a.w) dalam al-Quran memberitahu bahawa tugas pokok manusia adalah menyembah Allah (a.w) sebagai Tuhan. Inilah firman Allah (a.w): ‘Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya.buduni.’ (Yang bermakasud: Dan, tidaklah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (atau memperhambakan diri) mereka kepadaKu (dengan mengerjakan amalan dan ibadah yang disuruh dan menjauhi larangan dan tegahan yang ditetapkan).’- Ayat 56: az-Zariat.
Agama yang Diridhai Allah (a.w)
Islam adalah wadah dan landasan bagi manusia mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Allah (a.w) menetapkan bentuk aqidah dan syariat Islam yang haq itu. Islam adalah agama yang dicipta oleh Allah (a.w) untuk manusia. Islam adalah agama yang Allah (a.w) ridha bagi manusia semenjak zaman Adam (a.s) sehinggalah akhir zaman, yakni terjadinya kiamat: ‘Innad-dina ‘indallahil-Islama’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya agama di sisi Allah itu adalah Islam) – Ayat 19: ali-Imran. Dan Allah (a.w) memberitahu: ‘… wa-radhitu lakumul-Islama dinan.’ (Yang bermaksud: Dan Aku (Allah) ridha bagi kalian Islam sebagai agama kalian) – Ayat 3: al-Maidah. Allah (a.w) memberitahu: ‘Wa-man yabtaghi ghaira Islami dinan fa-lan yuqbalu minhu wa-hua fi-akhirati minal-khosirina.’ (Yang bermaksud: Dan, barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam maka tidak sekali-kali akan diterima darinya (amalan dan ibadah dan segala amalan baiknya) dan mereka di akhirat kelak tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi (i.e. masuk neraka) – Ayat 85: ali-Imran.
Kesemua amalan dan ibadah serta kebaikan yang dilakukan oleh manusia yang tidak Islam semasa di dunia tidak mendapat ganjaran pahala dan di akhirat mereka dimasukkan ke dalam neraka Ayat 85: ali-Imran yang dirujuk di atas. Jika tidak Islam memang pasti tidak dapat syurga. Orang-orang yang tidak terima dan anuti agama Islam hanya boleh dapat syurga jikalah boleh seekor masuk ke dalam lubang jarum – Ayat 40: al-A’raf. Allah (a.w) memberitahu bahawa manusia yang Islam dan beriman, mengerjakan amalan dan ibadah yang diperintahkan, pasti mendapat syurga. Firman Allah (a.w): ‘Wa-man yuti’illaha war-rasulihi yudhilhu jannatin’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang taatkan Allah (a.w) (maksudnya ikuti dan patuhi al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti dan patuhi ketetapan as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga) – Ayat 13: an-Nisa. Orang Islam juga boleh terlepas syurga dan masuk neraka, kalau mereka fasiq (=ingkarkan perintah Allah (a.w) dan RasulNya) –
Amalan dan Ibadah dan Ganjaran Syurga
Allah (a.w) memberitahu bahawa apa-apa amalan dan ibadah serta amal makruf dan nahi mungkar yang dikerjakan oleh manusia, hanya diberi ganjaran pahala jika mereka Islam. Jika tidak Islam, maka semua itu takda gunanya – tidak diterima Allah (a.w). Allah (a.w) mengangkat Nabi Muhammad (s.a.w) sebagai UtusanNya untuk menyampaikan agama Islam itu kepada manusia – semua bangsa dan keturunan dan semua zaman. Rasulallah (s.a.w) diperintahkan supaya mengajarkan manusia dan mencontohkan dengan terperinci kepada mereka bagaimana agama Islam itu dianuti dan bagaimana segala perintah agama itu dilaksanakan dari segi bentuk-bentuk pengabdian (i.e. amalan dan ibadah), cara dan kaedah mengibadahkannya dan mengamalkannya, serta perincian menyentuh rukun qalbi (niat), rukun qauli (bacaan) dan rukun fe’linya (perbuatan) sekali. Allah (a.w) memberitahu bahawa: ‘Man (-ai) yuti’irrasula faqada ata’llah’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang taaatkan Rasulallah (s.a.w) maka sudah pasti dia taatkan Allah (a.w) – Ayat 80: an-Nisa’. Counter factualnya adalah sesiapa yang ingkarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) samalah dia mengingkari perintah Allah (a.w).
Sehubungan itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mentaati aku maka sungguh-sungguh dia mentaati Allah (a.w). Dan, barangsiapa ingkar (atau, melanggar) perintahku, maka sesungguhnya dia derhaka kepada Allah (a.w). Dan, barangsiapa mentaati pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia mentaati aku, dan barangsiapa mengengkari (atau, melanggar) perintah pembesar (amir atau imam) aku, maka sungguh-sungguh dia engkar (atau, melanggar perintahku.’ - Hadith Bukhari
Bahagian kedua hadith itu menyebut tentang mentaati imam jema’ah umat Islam. Kerana Islam yang haq itu adalah berjema’ah.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Setiap umatku masuk syurga, selain orang yang ‘abba’ (yakni, orang yang 'abba' mengikuti perintah Allah (a.w) dan RasulNya).’ ‘Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang ‘abba’ itu?’ ‘Rasulallah (s.a.w) menjawab: ‘Sesiapa yang mematuhi perintahku masuk syurga, dan sesiapa yang melanggar perintahku, maka sesungguhnya orang itu ‘abba’ (yakni, mereka yang ‘enggan’ itu adalah mereka yang tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) tidak masuk syurga, yakni masuk neraka).’ - Hadith Bukhari
Siapa yang ingkarkan Rasulallah (s.a.w) iaitu menolak atau tidak mahu terima sesuatu ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka sama dengan menentang perintah Rasulallah (s.a.w). Menentang Rasulallah (s.a.w) bererti menentang Allah (a.w) secara pasti. Maka, diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w.) umatnya pasti masuk syurga akhirnya, kalaupun apabila dihisab, timbangan dosanya berat dari timbangan pahalanya. Namun kalau engkarkan perintah Rasulallah (s.a.w) sudah pasti takkan masuk syurga! Kerana, menentang Rasulallah (s.a.w) membatalkan segala amalan dan ibadah, sebagaimana menentang Allah (a.w).

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment