Sunday, December 1, 2013

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita sambung lagi penelitian kita mengenai tajuk di atas itu - Aqidah dan Syariat Islam - selanjutnya supaya kita faham tuntutan Islam yang benar itu supaya kita terpandu dalam hidup kita, menyediakan diri untuk kejayaan akhirat.

Wajib mengekalkan kemurniaan aqidah dan syariat Islam

Allah (a.w) memberitahu umat Islam bahawa agama Islam itu wajib dimurnikan sebagaimana yang ditetapkan olehNya dalam al-Quran dan sebagaimana diwahyukan kepada Rasulallah (s.a.w) dari segi praktiknya. Maka Rasulallah (s.a.w) menyampaikan aqidah dan syariat Islam dengan mengajarkan serta mencontohkannya pada manusia, melalui as-Sunnah. Kemurniaan aqidah dan syariat itu kekal jika tidak dicemari oleh sesuatu yang tiada diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Aqidah serta syariat Islam itu murni selagi umat Islam itu mematuhi ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Apabila ketetapan selain ketetapan a-Quran dan as-Sunnah dijadikan panduan dan amalan, maka kemurnian aqidah dan syariat Islam itu tercemar.
Firman Allah (a.w): ‘Fad’ullaha mukhlisina lahud-dina wa-lau karihal kafiruna.’ (Yang bermaksud: Maka menyembahlah (atau, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (i.e. memurnikan) agama sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir/kufur.) - Ayat 14: al-Ghafir
Orang kafir itu adalah orang yang tidak Islam. Orang Islam juga jadi kafir apakala dia menuinggalkan solat fardunya, walaupun satu waktu. Orang Islam juga menjadi kafir apabila mengamalkan sesuatu pembaharuan kepada aqidah dan syariat Islam. Yang menjerumuskan umat Islam terkeluar Islam tanpa mereka sedari adalah apakala mengamalkan sesuatu yang bersifat bid’ah, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa setiap perkara bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan menjerumuskan pengamalnya ke dalam neraka.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yu’tuz-zakatan wa-zalika dinula-qaimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah diperintahkan kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) orang yang memurnikan kepada Allah (a.w) pada agama dengan condong (i.e. benanr mencintai agama Allah (a.w)) dan menetapilah/mengerjakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan demikian itulah (yakni, cintakan agama Allah (a.w), menetapi solat dan mengeluarkan zakat itu) agama yang bernar/lurus/tegak.) - Ayat 5: al-Baiyinah.
Untuk memahami hakikat ‘kemurniaan agama Islam’ itu, wajib dirujuk kepada ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Justeru tulah, mentaati ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketetapan mutlak – wajib. Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma atakumur-rasula fa-khuzu wa-ma nahakum fantahu.’ (Yang bermaksud: Dan, apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kalian ambil dan apa-apa yang ditegahnya hendaklah kalian tinggalkan/jauhi) Ayat 7: al-Hasyr. Murninya aqidah dan syariat Islam itu serta murninya pengamalan aqidah dan syariat Islam itu diperjelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kemurnian aqidah dan syariat Islam itu boleh dilihat melalui beberapa ketetapan pokok dan ciri-ciri yang tertentu, menepati beberapa perkara utama.
Panduan Pertama kemurniaan agama Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalna ilaikal-kitaba bil-haqqi fa’budillaha mukhlisana lahud-dina @ ala lillahid-dinul-khalisu … al-ayat.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah) menurunkan Aku (Allah) atas/kepada engkau (Muhammad) Kitab (yakni, al-Quran) dengan kebenaran, maka mengabdikanlah diri (yakni, beribadahlah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (yakni, memurnikan) bagiNya (Allah) agama Islam; ingatlah bagi Allah (a.w) itu agama yang mukhlis (i.e. murni) … sehingga akhir ayat.) -Ayat 2 dan 3: az-Zumar.
[Nota: Kemurniaan agama Islam itu wajib diteliti dan difahami dalam beberapa dimens atau perspektif. Ini wajib difahami, supaya umat Islam membuat persedian dan persiapan yang benar dan betul dan tidaklah rugi di akhirat kelak:
Ciri Pertama, panduan yang haq mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Inilah ketetapan induk pada Ayat 13: an-Nisa’ yang telahpun kita rujuk tadi. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabaala wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan dua perkara jika kalian berpegang kepada kedua-duanya kalian tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) dan Sunnah NabiNya) – Hadith al-Hakim dll. Jelasnya, sesiapa yang akui dirinya Islam dan beriman kemudian dia ikuti panduan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat mencari jalan lurus ke syurga itu.
Ciri Kedua, untuk mempastikan umat Islam itu berada di landasan yang benar maka mereka wajib belajar dan fahami al-Quran dan as-Sunnah. Dengan itu mereka tahu yang mana murni dan yang mana tercemar atau dicemari oleh sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Agama Islam itu tercemar jika tidak ada nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, atau tiada contoh yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan as-Sunnah, yang membolehkan sesuatu yang tercemar. Justeru itu yang paling utama umat Islam fahami adalah mengaji/belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya tahu dan faham ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tentang Islam, syariatnya dan tuntutannya. Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa adalah wajib bagi serang Islam itu mengaji/belajar ilmu mengenai Islam – aqidah dan syariatnya – sebelum mengerjakan sebarang amalan atau ibadah – Ayat 36, Surah al-Isra’ dan ketetapan-ketetapan as-Sunnah. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa ilmu yang diwajibkan dipelajari adalah al-Quran, as-Sunnah dan ilmu faraid (i.e. pembahagian harta warisan). Aqidah Islam itu tercemar apabila umat Islam percayakan sesuatu yang bersifat syirik, tahyul, dan kurafat, maka semua amalan dan ibadah yang dicemar itu tidak diterima Allah (a.w).
Ciri Ketiga, semua bentuk amalan dan ibadah dan kaedah serta cara mengamalkan dan mengibadahkan sesuatu ibadah/amalan yang dikerjakan oleh umat Islam itu hendaklah murni, yakni tidak tercemar, tidak ditokok tambah ataupun dikurangkan atau diubahsuai supaya berbeza atau berlainan dari atau tidak sejajar dengan apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), contoh dicemari oleh bid’ah. Juteru itu, semua amalan dan ibadah dalam Islam itu murni jika tidak dicampuradukkan atau diubahsuai atau dipinda dengan ketetapan atau pandangan manusia, tidak kira siapa saja yang membuat perubahan tersebut, apa kedudukan mereka, kalau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, selagi itulah agama Islam itu tidak murni dan cara mengamalkannya sudah dicemar. Segala amalan dan ibadah yang tercemar itu tidak diterima Allah (a.w).
Ciri Keempat, agama dan syariat Islam itu kekal murni apabila dianuti secara berjema’ahAyat 103: ali-Imran. Syariat Islam itu tercemar dari segi aqidah dan penghayatannya dan pengamalannya – dari segi bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah – jika penganutnya tidak berjema’ah. Segala amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa pelakunya berada dan mengikuti dan menetapi jema’ah tidak diterima Allah (a.w). Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau umat Islam itu berjema’ah maka sah Islamnya. Janganlah jadi orang yang disebutkan dalam sabda berikut. Amalan mereka walaupun secocok dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun kerana tercemar, tidak berjema’ah, tidak diterima. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yab taghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru/tersilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan (sebaliknya) sesiapa yang beramal dalam firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar (yakni, dari segi bentuk, cara dan kaedah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) tidak menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka, i.e. masuk neraka.) – Hadith at-Tobrani.
Apabila sah Islam seseorang itu dan niatnya mengerjakan amalan dan ibadah itu ‘mukhlis’, yakni murni, maka setiap amalan dan ibadah yang dikerjakan itu menepati yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah (i.e. sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)) kalau terkeliru atau tersalah, maka dimaafkan oleh Allah (a.w), dan jika betul amalan dan ibadah tersebut, maka mendapat ganjaran pahala mengerjakannya. Jika diamalkan oleh seseorang yang tidak berjema’ah, kalau amalan dan ibadahnya betulpun (i.e. menepati al-Quran dan as-Sunnah) tetap dikira salah dan tidak terima Allah (a.w), dan kalau salah pula dikerjakan, pasti disiksa dalam neraka.
Ciri Kelima, kemurniaan syariat agama Islam itu kekal jika semua amalan dan ibadah yang dikerjakan oleh umatnya adalah berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) melarang umat Islam mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Firman Allah (a.w): ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (Yang bermaksud: Dan, janganlah kalian kerjakan (amal dan ibadah) sesuatu tanpa memiliki ilmu mengenainya terlebih dahulu) -– Ayat 36, Surah al-Isra’. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘al-ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum beramal atau mengerjakan amalan/ibadah) -Hadith. Maksudnya, umat Islam wajib belajar dan tahu serta faham tentang sesuatu amalan dan ibadah itu sebelum mengamalkannya. Semua ini tertakluk kepada ilmu yang murni dan haq (benar) – ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Ciri Keenam, segala amalan/ibadah dalam Islam itu murni dalam pelaksanaannya jika sesuatu amalan dan ibadah itu diniatkan ‘…wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: … semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. untuk mendapatkan syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. siksaan neraka)) – Ayat 57: al-Isra’. Kalau amalan dan ibadah itu diniatkan kerana pertimbangan-pertimbangan selain itu, maka tidak diterima Allah (a.w).
Ciri Ketujuh, syariat agama Islam itu kekal murni selagi tidak dicemari oleh sebarang pembaharuan atau penambahan supaya kononnya menjadikan apa yang diamalkan dan diibadahkan itu kelihatan ‘lebih baik’ dari bentuk dan sifat aslinya. Pandangan sedemikian itu adalah batil, kerana, syariat agama Islam itu sudah sempurna sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Inilah ketetapan Allah (a.w) (yakni, dalil) firman Allah (a.w) pada: ‘Al-yauma akmaltu lakum dinakum … wa-raditu lakumul-Islama dina; …’ (Yang bermaksud: Pada hari ini Aku (Allah (a.w)) telahpun sempurnakan agama kalian … dan Aku (Allah (a.w)) ridha Islam sebagai agama anutan kalian…’ – Ayat 3: al-Maidah. Ayat ini adalah ayat yang terakhir diturunkan Allah (a.w) dalam menyempurnakan al-Quran. Inilah juga yang diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w), bahawa agama Islam itu seumpama sesuatu yang putih malamnya sebagaimana putih di siang hari – tak berbeza dan tetap serupa dan sempurna bila-bila masapun.
Panduan Kedua, bagaimana memurnikan agama dan berdo'a (i.e meminta sesuatu hanya kepada Allah (a.w), bukan kepada orang lain.
Firman Allah (a.w): ‘Fad’ullaha mukhlisina lahud-dina wa-lau karihal kafiruna.’ (Yang bermaksud: Maka menyembahlah (atau, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (i.e. memurnikan) agama sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir/kufur.) - Ayat 14: al-Ghafir.
Orang kafir itu tidak Islam atau tidak menerima Islam. Orang kufur itu adalah orang yang akui dirinya Islam tetapi aqidahnya tercemar dan amaan serta ibadahnya tercemar, tidak menerima sebahagian ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara aqidah dan amalan/ibadah.
 
Panduan ketiga kemurnian agama Islam itu wajib dikekalkan sejajar dengan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yu’tuz-zakatan wa-zalika dinul-qaimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah diperintahkan kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan memurnikan kepada Allah (a.w) pada agama dengan condong (i.e. benar tunduk kepada Allah (a.w)) dan menetapilah/mengerjakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan demikian itulah (yakni, cintakan agama Allah (a.w), menetapi solat dan mengeluarkan zakat itu) demikian itulah agama yang bernar/lurus/tegak.) - Ayat 5: al-Baiyinah
[Nota: Sifat contoh orang yang betul-betul cintakan agama Allah (a.w) adalah Nabi Ibrahim. Dia akur apabila diperintahkan Allah (a.w) untuk berdakwah menyampaikan syariat agama Allah (a.w) dengan meninggalkan isterinya Siti Hajar sedang sarat mengandungkan Ismail (a.s) dia diperintahkan oleh Allah (a.w) menyebarkan agama Islam; dan akur dengan perintah Allah (a.w) supaya menyembelih anaknya Ismail (a.s) walaupun bertahun-tahun meninggalkan anaknya kemudian berjumpa dengan anaknya semula sudah dewasa. Tetap, dia akur dengan perintah Allah (a.w) tanpa soal.


Amalan/Ibadah yang tidak murni tak diterima. 


Niat yang benar itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya: ‘ … wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: ‘Dan, kerna menharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga), dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka)) – Ayat 57: al-Isra’. Inilah juga mesej dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari Syaddad, iaitu Abi Umar hadith dari Abi Umamah al-Bahili berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia (kepada Nabi): ‘Apakah pandangann-mu (atau pendapatmu) seorang lelaki yang berperang kerana mencari pahala dan nama, apa baginya?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang disabdakan olehya tiga kali. Berkata kepada (si-lelaki) Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Kemudian bersabda: ‘Innallaha la yaqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu kholisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari amalan kecuali apa-apa ada baginya (yang diamalkan atau dipersembahkan) kholis (=murni) dan mencari dengannya (i.e. amalan atau ibadah itu) wajah Allah (a.w), (i.e. keridaanNya) - Hadith an-Nasa-i.
Setiap amalan atau ibadah yang diniatkan tidak kerana mencari keridaan Allah (a.w) atau ada niat sampingan, tidak diterima Allah (a.w). Di akhirat akan disuruh dapatkan ganjaran pahala dari sesiapa atau pihak yang amalan dan ibadah itu ditujukan atau diniatkan. Kalau melakukan sesuatu yang bersifat syirik – walaupun syarik samarpun – batal segala pahala semua amalan.]
Panduan keempat adalah syurga itu pasti jika mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith) – Ayat 13: an-Nisa’ adalah ketetapan induk – kalau patuh pasti dapat syurga. Kalau sebaliknya pula, Ayat 14 berikutnya, pasti masuk neraka. Wajib diingat bahawa ikuti ketetapan al-Quran dan ikuti ketetapan as-Sunnah itu termasuklah ketetapan berjema’ah dalam Islam – Ayat 103: ali-Imran dan juga as-Sunnah; dan ketetapan mentaati Imam dalam Islam – Ayat 59: an-Nisa’ dan juga as-Sunah;

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment