Saturday, December 7, 2013

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam beberapa post dalam blog ini yang terbaharu membincangkan hakikat Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa. Ini penting. Keraka kalau kita tidak faham maka rugilah kita dalam Islam, sama ruginya dengan orang yang tidak Islam. Bezanya kerana ada sebesar zarrah atau biji sawi keimanan kita tentang wujudnya Tuhan yang Esa, Allah, maka di akhirat kelak, setelah menjalani pembersihan dalam neraka - entah berapa ahqab (satu ahqab itu ratusan ribu tahun di akhirat) - kita akhirnya akan mendapat taraf atau kedudukan ahli syurga bekas banduan neraka! Ada juga baiknya. Kerana, sesiapa yang tidak Islam walau bagaimana alimnya mereka dalam agama anutan mereka dan walau bagaimana baik dan dermawannya dia, tetapi bila mati disiksa dalam kubur dan bila kiamat dunia dihumbankan ke dalam neraka. Mereka tidak akan dapat masuk syurga walaupun sesaat! Kita tetap beruntung kalau Islam. Tapi, kita banyak rugi, kerana siksaan yang paling ringan dalam neraka itu adalah siksaan yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulallah (s.a.w) - Abdul Mutalib - yang diletakkan oleh malaikat sepuntung api neraka di telapak kakinya, namun menggelegak otak kepalanya! Itulah siksaan neraka yang paling ringan. Fikirkanlah kalau kita tidakpun mengerjakan sebarang amalan dan ibadah yang wajib, malah melakukan berbagai dosa pula, betapa hebatnya siksaan neraka kepada kita kelak, wal iya zubillah.


Hidayah dan as-Sunnah

Saudara, kita telah ketahui konsep dan hakikat 'hidayah' dalam Islam itu. Dalam meneliti 'hidayah' ini, kita rujuk dua hadith iaitu hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). ‘Asdaqal-hadithi kitabullahi wa-khairual-huda huda muhammadin’ (Yang bermaksud: Bahawasanya sebenar-benarnya cerita/kalam (yakni, tulisan dalam kitab) adalah Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah/petunjuk itu adalah) hidayah dari Muhammad (s.a.w)). ‘Wa-syarrul umuri muhdathatuha wa-kullu muhdathin bid’atun wa-kullu bid’atin dolalatun (-dalam hadith lain – at-Termidzi) wa-kullu dolalatin fin-nari.) (Yang bermaksud: Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau agama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya seburuk-buruk perkara (perbuatan dalam agama) itu adalah pembaharuan kepada pekara (agama, yakni dalam perkara ibadah dan amalan). Dan setiap pembaharuan pada perkara (agama) itu adalah bida’ah. Dan setiap bida’ah itu adalah dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith Ibnu Majah] Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-kullu bid’atin dolalatun, wa-kullu dolalatin fin-nari.’ (Yang bermaksud: Setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu tempatnya (i.e. tempat orang yang berpegang atau beramal dengannya) adalah dalam neraka (di akhirat kelak)) – Hadith at-Termidzi, dalam Kitab Solat ‘Idin.
Saudara, Dua hadith ini – dan banyak hadith lain - memberitahu bahawa sebaik-baik kitab mengenai agama Islam (dan kitab panduan agama Islam) dan syariatnya adalah Kitab Allah (a.w), yakni al-Quran dan sebaik-baik petunjuk/hidayah adalah hidayah yang dianugerahkan oleh Allah (a.w) kepada Utusannya, Rasulallah (s.a.w), yang diutus Allah (a.w) membawakan agama Allah (a.w) (i.e. Islam) kepada manusia, memimpin dan mengajarkan mereka serta menunjukkan praktikalnya dalam perkara agama - as-Sunnah. Justeru itu, sesiapa yang ingin mengetahi secara haq/benar Islam dan tuntutannya, hendaklah dia belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) menjelaskan tuntutan Islam dalam menterjemahkan reality beragama atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – Ayat 56: az-Zariat itu – manusia dan jin itu dijadikan Allah (a.w) (i.e. diberi kesempatan hidup di dunia ini) semata-mata untuk mengabdikan diri (maksudnya, menyembah kepada) Allah (a.w). Penyembahan itu hendaklah di dasarkan oleh agama Allah (a.w), yakni agama Islam. Menyembah Allah (a.w) melalui agama selain Islam tidak diterima oleh Allah (a.w). Kalau tak Islam mati disiksa dalam kubur dan di akhirat kelak dibangkitkan dalam keadaan buta, dan masuk ke neraka tanpa dihisabpun.
Kalau seseorang itu Islam, maka dia ada peluang mendapat syurga dan terselamat dari siksaan neraka. Dengan syarat di bersyahadah dengan penuh keyakinan tentang Allah (a.w) dan tentang perkara-perkara yang ghaib yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Dan, kalau dia mengikuti syariat agama Islam yang betul. Dan, kalau dia mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan, menepati apa-apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Apakah syariat agama Islam yang betul itu? Ini telah diberitahu dalam Ayat di atas tadi – Ayat 13: as-Syura. Pendeknya syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) mengulangi hakikat ini dalam Ayat 18, Surah al-Jathiyah di bawah ini.
Allah (a.w) berfirman: ‘Thumma ja’alnaka ‘ala syari’atin (-im) minal amri fat-tabi’ha wa-la tattabi’ ahwa-allazina la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Kemudian (dari peristiwa-peristiwa kekufuran kaum Musa (a.s) dan Isa (a.s) itu, kerana tidak mahu terima Muhammad (s.a.w) dan al-Quran, dan agama Islam versi terbaru itu, dalam ayat-ayat sebelum ayat ini) Kami (Allah (a.w) menjadikan kalian atas syariat (peraturan agama tersebut) dari urusan Kami (Allah (a.w) (i.e. agama Islam), maka ikutilah ia (i.e. agama Islam itu) dan janganlah kalian ikuti/mengikuti hawa-nafsu (yakni, keinginan) orang-orang yang tidak mengetahui (i.e. jahil atau bodoh akan agama Islam yang diperintah Rasulallah (s.a.w) bawakan itu)) – Ayat 18: al-Jathiyah.


Islam yang benar
 
Saudara, agama yang diterima oleh Allah (a.w) sebagai wadah atau landasan atau pletfom menepati Ayat 57, Surah az-Zariat itu adalah agama Islam. Agama Islam adalah agama Allah (a.w), agama yang Allah (a.w) utuskan/perintahkan Rasulallah (s.a.w) sampaikan kepada manusia 1434 tahun yang lalu – Ayat 3: al-Maidah. Agama selain Islam tidak diterima – Ayat 19: al-Maidah. Dan, kalau anuti agama selain Islam, tak diterima Allah segala amalan dan ibadahnya, dia rugi di akhirat (= masuk neraka) – Ayat 85: ali-Imran. Syariat dan ketetapan agama Islam itu wajib diterima tanpa pilih-pilih - Ayat 208: al-Baqarah.
Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith itu memperingatkan umat Islam bahawa semua atau setiap pembaharuan dalam perkara agama – dari segi bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamal dan mengibadahkannya – adalah bid’ah. Bid’ah menyesatkan umat Islam, dan jika dijadikan amalan batal segala amalan dan ibadah, tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah, dan, dalam ketetapan lain pengamalnya dihukum syirik, taubat pengamalnya tidak diterima Allah (a.w), dan pengamalnya terkeluar dari agama Islam tanpa disedari, wal iya zubillah.
Allah (a.w) memberitahu bahawa kaum Bani Israil yang dibawakan oleh Musa (a.s) dan kemudian Isa (a.s) kepada agama Islam zaman-zaman tersebut, ada yang menerima dan banyak yang menentang. Mereka berfirqah, berpuak-puak – mengikut hadith menjadi 72 puak atau fahaman agama. Ini kekal apabila Islam berpandukan al-Quran, dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Mereka tidak mahu terima al-Quran dan tidak mau terima Islam. Maka kesemua 72 fahaman Islam terus sesat, menjadi kafir, dan di akhirat masuk neraka kesemuanya. Walhal, dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil telah diberitahu tentang Rasul terakhir Muhammad (s.a.w) mereka tak mahu terima. Apabila syariat agama Allah (a.w) tersebut dimansuhkan dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan diturunkan Kitab al-Quran, maka manusia diwajibkan ikuti Islam dan syariatnya yang telah disempurnakan oleh Allah (a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu manusia (terutama orang Islam yang beriman) bahawa al-Quran itu adalah petunjuk kepada jalan lurus ke syurga, ia adalah panduan bagi manusia yang yakin dia wujudnya akhirat - syurga dan neraka, pembalasan  dan sebagainya. Maka dengan itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia (dan umatnya - mereka yang Islam sampai terjadinya kiamat) bahawa jika mereka ambil al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup mereka, pasti mereka tak sesat, dan pasti dapat syurga.
Sehubungan itulah Allah (a.w) menjanjikan hambaNya yang akur dengan Ayat 13: an-Nisa' pasti mendapat syurga. Tapi, majoriti umat Islam hari ini jadikan kitab selain al-Quran sebagai panduan dan hidayah - contoh Rasulallah (s.a.w) - atau as-Sunnah sebagai petunjuk dalam beragama. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula! 

Al-Quran adalah Petunjuk dan Panduan
 
Saudara, al-Quran itu adalah petunjuk kepada hidayah dan panduan hidup untuk berjaya di akhirat, (Nota: Bila kita sebut al-Quran, kita juga secara implicit menyebut as-Sunnah atau al-Hadith kerana Allah (a.w) menyuruh manusia dalam al-Quran taatkan Rasulallah (s.a.w) - spt Ayat 13 dan 14: an-Nisa', Ayat 7: al-Haysr, Ayat 80: an-Nisa, dll).
Firman Allah (a.w): ‘Haza baso-iru lin-nasi wa-hudan wa-rahmatatun … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ini (al-Quran) adalah permandangan/pedoman bagi manusia dan petunjuk dan kerahmatan bagi kaum-kaum yang yakin dan percaya (terhadap ketetapan Allah (a.w) dan peraturan Allah (a.w) dan hari akhirat) – Ayat 20; al-Jathiyah
Saudara, kalaulah kita akui diri kita Islam, sebagaimana kesemua orang Melayu akui dirinya Islam, tetapi tidakpun bersolat, tidakpun berpuasa, tidakpun mengeluarkan zakat dan menginfaq, dan tidak pula mengerjakan haji, maka dia bukan Islam lagi. Kenapa? Seorang yang Islam jatuh kafir secara otomatik, jika dia tidak bersolat. Seorang Islam itu terkeluar Islam tanpa dia sedari apabila dia beramal dengan sesuatu yang bid'ah! Jika begitu, rugilah sebagaimana Allah (a.w) beritahu kita dalam firmanNya di bawah: Firman Allah (a.w): ‘Am-hasibal-lazinaj tarahus-saiyiati … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ataukah mengira orang-orang yang berbuat mereka kejahatan (i.e. menyimpang dan menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) bahawa Kami (Allah (a.w)) menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan baik/soleh sama kedudukan mereka dan kematian mereka (dengan mereka yang tidak mengerjakan amalan)? Sangat buruklah apa-apa yang mereka (yang menyeleweng/menyimpang itu) putuskan.) - Ayat 21: al-Jathiyah.
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) membawa petunjuk (hidayah) untuk berada di atas ‘siratul mustaqim’ (jalan lurus ke syurga). Dan, jika manusia berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Inilah mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya, pasti kalian tidak sesat di dunia (untuk mencari dan mendapatkan kejayaan akhirat), iaitu Kitab Allah (a.w)) yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith) – Hadith al-Hakim dll. Justeru itu, umat Islam wajib faham bahawa jika mereka berpandukan lain-lain kitab atau petunjuk, pasti sesat dan pasti masuk neraka dan pasti takkan dapat syurga.



Keutamaan Ilmu yang benar

Sehubungan itulah, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, dan berusaha memahami Islam dan syariatnya, supaya beramal dan beribadah menepati apa yang diperintah Allah (a.w) dan yang didemokan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Umat Islam diwajibkan belajar secara formal - secara berguru dengan membuka al-Quran atau Kitab Hadith - semasa mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Bukan melalui ceramah atau mendengar tazkirah semata-mata. Guru yang mengajar al-Quran dan al-Hadith mengajar secara formal, tidak menggunakan akal fikirannya menjelaskan sesuatu ayat al-Quran atau al-Hadith. Maka dibolehkan bertanya, tapi bertanya setakat untuk mendapatkan penjelasan sahaja bukan untuk mendebatkan ketetapan dalam al-Quran (i.e. ketetapan Allah) ataupun mempersoalkan ketetapan as-Sunnah (i.e. ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) – Ayat 80, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Jika umat Islam mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w), pasti mereka mendapat syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Itu suatu yang pasti. Janji Allah (a.w) itu pasti.
Saudara, dalam post yang lalu kita bincangkan beberapa perkara penting yang wajib kita jadikan panduan hidup kita sehari-harian. Wajar kita ulangi dalam post ini. Dan, wajar kita fahami, kerana kesemuanya itu menentukan tempat tinggal kita di akhirat kelak.
Kesempurnaan agama Allah (a.w) itu bergantung kepada beberapa factor. Pertama, ketaatan terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah mutlak, tiada pengecualian. Ketaatan bermaksud terima dan amalkan segala yang disuruh dalam al-Quran dan as-Sunnah - semua bukan pilih-pilih, dan tinggalkan atau jahuhi apa-apa yang ditegah/dilarang. Justeru itu, kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu semua pembaharuan dalam perkara amalan dan ibadah dalam syariat Islam itu adalah bid'ah dan merupakan kesesatan, jangan dibuat atau dikerjakan, maka wajib akur. Semak segala amalan dan ibadah, tinggalkan apa-apa amalan dan ibadah yang ditegah atau dilarang - termasuk rukun qalbi (niat), rukun qauli (bacaan dan sebutan) dan rukun fe'li (gerak geri dan perlakuan) dalam setiap amalan dan ibadah - supaya kita tidak melakukan sesuatu yang batil dalam Islam. Batil kerana tidak menepati ketetapan as-Sunnah.
Kedua, Islam mewajibkan umatnya berjema’ah dalam Islam, bukan setakat bersolat secara berjema'ah. Memang wajib solat fardu itu dijema'ahkan, dan solat sunat dibuat sendirian di rumah. Tapi, lebih dari itu. Berjema’ah adalah perintah mutlak Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) perintahkan umat Islam berjema'ah secara formal pada Ayat 103: ali-Imran. Walaupun terdapat satu ayat al-Quran yang secara terang-terangan menyebut tentang kewajipan berjema'ah: 'Wa'tasimu bihablillahi jamian wa-la tafarraqu ...' (Yang bermaksud: Peganglah tali Allah (a.w) (maksudnya, agama Islam) itu secara berjema'ah dan jangan berpecah-belah) - Ayat 103: ali-Imran, majoriti umat Islam tidak berjema'ah dalam Islam, Malah dalam tafsiran ayat tersebut - kalimah 'jami'an' itu disenyapkan maknanya atau diterjemahkan sebagai 'kesemuanya' atau 'berkumpulan'. As-Sunnah (yakni, al-Hadith) yang memperjelaskan dan menerangkan setiap sesuatu dalam al-Quran banyak menyebut tentang maksud' jami'an' ini. Mereka yang belajar as-Sunnah (atau al-Hadith) secara formal dan berguru dengan merujuk kepada Kuttubul Sittah - Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah - akan dapati begitu banyaknya hadith menyebut dan menjelaskan tentang jema'ah, imam/amir, bai'at, ketaatan dan sebagainya. Jika Islam tetapi tidak berjema’ah maka belum diakui Islamnya sah. Ketiga, kerana berjema’ah itu adalah perintah wajib bagi umat Islam, maka Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mewajibkan umat Islam mengangkat seorang dari kalangan mereka menjadi Imam/Amir, yakni orang yang memimpin jema’ah umat Islam. Keempat, mentaati Imam/Amir (=pemimpin jema’ah umat Islam) adalah kewajipan yang ‘bersyarat’ (conditional) dalam erti kata perintah dan ketetapan (ijtihad Imam/Amir) yang dimesyuarahkan, wajib dipatuhi selagi perintah atau ketetapan tersebut, tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) – Ayat 59, Surah an-Nisa’ dan al-Hadith. Jika sebaliknya, maka perintah dan ketetapan sedemikian tidak wajib di dengar apa lagi dipatuhi. Itu adalah ketetapan bercorak 'maksiat'. Kelima, institusi keimaman dalam Islam itu adalah institusi yang wajib wujud secara  formal dengan ciri-ciri khusus – ada Imam/Amin yang memimpin, ada rukyah (=jema’ah umat Islam), dan ada bai’at (=ikrar janji setia), rukyah mentaati Imam/Amir (pemimpin) selagi perintah atau ketetapan atau ijtihadnya tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kewajipan Imam/Amir adalah membimbing jema’ahnyadalam perkara agama semasa hidup mereka, supaya sentiasa meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam dan tuntutuannya, dan setelah faham, mengamalkan perintah dan suruhan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) sekuat mampu dan menjauhi tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dan akur dengan setiap tuntutan syariat Islam sepanjang hidup mereka. Imam/Amir wajib mengilmukan rukyahnya supaya faham sepenuhnya tuntutan Islam kerana mereka, di akhirat akan ditanya tentang rukyah yang dipimpinnya di dunia, apakah dia telah melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya sebagai pemimpin dengan penuh tanggung jawab dan istiqamah. Jika tidak rukyahnya masuk syurga, dia masuk neraka. Kalau dia berjaya menguruskan jema'ahnya sebaik-baiknya, maka dia masuk syurga bersama-sama dengan para rasul dan nabi - mertabat yang terbaik.


Syarat-syarat mendapat Syurga

Saudara, Islam mewajibkan setiap anak itu mentaati dan menghormati kedua ibu bapa mereka dan berbuat baik terhadap mereka. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak ada keridhaan kedua ibu bapa itu terhadap anak-anaknya. Ketaatan terhadap kedua ibu bapa itu juga bersyarat (atau conditional) selagi mereka tidak menyuruh syirik terhadap Allah (a.w). Kemudian isteri diwajibkan mentaati suaminya selagi suami tidak menyuruh syirikkan Allah (a.w) dan perintah suatu 'kemaksiatan', i.e. perintah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Seorang isteri itut pasti mendapat syurga jika suaminya ridha terhadapnya kerana dia isteri yang soleh - mentaati suaminya atas segala perintah dan ketetapan suaminya yang tidak bertentangan dengan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Bagi suami pula dia perlu memenuhi lebih banyak syarat dan tanggung jawab - taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w), taatkan dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ketika mereka hidup, dan mendidik isteri dan anak-anaknya dalam perkara agama dengan ilmu yang haq, menyara hidup isteri dan keluarganya dan tidak membiarkan kebajikan isteri dan anak-anaknya. Kalau baik kesemuanya, dia mendapat syurga. Jika dia mengabaikan anak-anaknya walaupun dia telah berpisah (bercerai) dengan bekas isterinya, dia mengabaikan anak-anaknya dari segi nafkah dan pembelaan, maka pasti dia tak dapat syurga! Segala amal dan ibadahnya ditolak Allah (a.w), walau bagaimana istiqamah dan waraknya dia dalam beramal dan beribadahpun! Jika setiap umat Islam yang beriman, mengerjakan amalan yang diwajibkan dikerjakan, menjauhi tegahan dan larangan, patuhi hiraki ketaatan ini, mereka pasti mendapat syurga dan selamat dari neraka - sebagaimana dijanjikan oleh Ayat 13: an-Nisa' itu.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment