Tuesday, December 3, 2013

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan penelitian kita mengenai tajuk/topik yang penting ini: Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa?

Syariat Islam
 
Saudara, dalam firman Allah (a.w) di bawah jelas bahawa syariat Islam itu sudahpun wujud semenjak zaman Nabi Nuh (a.s), hanyalah dewasa itu para rasul dan nabi itu diutus untuk sesuatu bangsa atau masyarakat yang terkhusus. Hanya, apabila Rasulallah (s.a.w) dijadikan nabi terakhir atau penutup, maka syariat agama Islam itu disempurnakan dan dijadikan syariat bagi semua bangsa dan semua zaman. Maka dengan itu as-Sunnah kekal menjadi panduan umat Islam walaupun Rasulallah (s.a.w) sudahpun wafat. 
Firman Allah (a.w): ‘Syara’a lakum minad-dini ma wassa bihi nuhan wal-lazi auhana ilaika wa-ma wassaina bihi Ibrahima wa-Musa wa-Isa an aqimud-dina wa-la tatatfarraqu fihi … wa-yahdi ilaihi man (-ai) yunibu.’ (Yang bermaksud: Dia (Allah) mensyariatkan kepada kalian dari agama apa-apa yang diwasiatkan (oleh Allah) dengan agama itu kepada Nabi Nuh dan orang-orang yang Kami (Allah) wahyukan atas engkau (Muhammad) dan apa-apa yang Kami (Allah) wasiatkan dengan agama itu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dan Nabi Isa bahawa (Allah perintahkan hendaklah) kalian dirikan agama Islam dan janganlah kalian berpecah belah di dalamnya (i.e. dalam menganut dan mengamalkan Islam dengan menubuhkan firqah atau perkumpulan terasing atau berasingan) … dan Dia (Allah) memberi petunjuk kepadanya (i.e. agama Islam itu) sesiapa yang kembali (i.e. bertaubat dan kembali kepada Islam yang benar). - Ayat 13: asy-Syura.
[Nota: Agama Islam itu agama yang diperintahkan oleh Allah (a.w) sebagai agama bagi semua manusia semenjak zaman Adam sampailah kepada para nabi dan rasul sesudah beliau – Nuh (a.s) (iaitu suhuf), Ibrahim (a.s) (iaitu suhuf), Musa (a.s) (yang diberikan Kitab Taurat) dan Isa (a.s) (yang diberikan Kitab Injil), dan rasul terakhir/penamat Muhammad (s.a.w). Jelasnya, ajaran Kitab Taurat dan Kitab Injil itu adalah syariat agama Allah (a.w), iaitu Islam zaman Musa (a.s.) dan Isa (a.s)). Al-Quran sahaja menyempurnakan syariat agama Islam itu. Kerana: pertama, seperti semenjak Adam (a.s) agama Islam adalah agama untuk semua manusia – tak kira bangsa atau keturunan – dan untuk semua zaman; kedua, Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) kepada semua manusia dan semua zaman; ketiga, al-Quran itu adalah kitab panduan agama bagi semua manusia semua zaman. Agama Islam itu dibawakan oleh para rasul dan nabi untuk masyarakat mereka sendiri secara berasingan, sebagaimana Musa (a.s) membawakan syariat agama Islam berpandukan Kitab Taurat kepada masyarakatnya sahaja. Begitu jugalah Isa (a.s) membawakan syariat agama Islam kepada msyarakatnya dengan berpandukan Kitab Injil. Demikianlah juga para rasul dan nabi-nabi yang terdahulu (mendahului mereka) yang diutus kepada masyarakat masing-masing. Hanyalah, dengan turunnya al-Quran dan terutusnya Muhammad (s.a.w), syariat agama Allah (a.w) (i.e. Islam) itu disempurnakan – Ayat 3: al-Maidah, dan dijadikan syariat yang menggantikan syariat agama sebelumnya dan dijadikan agama semua manusia – semua bangsa dan zaman – hingga terjadinya kiamat – Ayat 107: al-Anbiya’.
Agama Islam itu telah disempurnakan dengan terutusnya Rasul terakhir – Nabi Muhammad (s.a.w) – ‘khattamal Nabiyin’ – Ayat 3: al-Maidah dan Ayat 40: al-Ahzab. Untuk mempastikan orang Islam itu mengerjakan amalan dan ibadah secara murni (original) maka Rasulallah (s.a.w) dijadikan ‘uswatun hasanah’ (i.e. contoh atau model terbaik) dalam menjalani kehidupan di dunia, sebagai seorang Islam yang beriman, terutama dalam perkara mengabdikan diri secara benar dan betul kepada Allah (a.w) dan dalam menyediakan diri/bekalan untuk akhirat – Ayat 21, Surah al-Ahzab

Ketetapan Rasulallah (s.a.w)
 
Saudara, kesempurnaan syariat Islam itu dijelaskan dalam hadith berikut. Juga, panduan hakiki as-Sunnah itu bahawa seseorang yang Islam dan beriman itu tidak akan sesat dalam Islam mencari syurga dan mendapati neraka. Pasti berada di atas 'siratul mustaqim' jika berpegang kepada dua sumber ilmu dan panduan hidup Muslim, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari bdul Rahman b Amrin as-Salamiyi bahawasanya dia mendengar Irbad b Sariah berkata: ‘Wa-‘adhona rasulullahi (s.a.w) mau’izatan zarafat minhal-‘uyunu wa-wajilat minhal-qulubu fa-qulna ya Rasulallah (s.a.w) inna hazihi la-mau’izatu muaddi’in, fa-maza ta’adu ilaina’ (Yang bermaksud: Dan memberi suatu nasihat oleh Rasuallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan dari nasihat itu beberapa mata (i.e. menangis) dan gemetar/takut dari mendengar nasihat itu beberapa hati, maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) sesungguhnya ini nasihat nescaya suatu nasihat perpisahan, maka apakah janji engkau atas kami?’. Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Qad taraktukum ‘ala baidha-ilailuha kanahariha la yayazighu ‘anha ba’dhi illa halikun man ya’syi minkum fasayara ikhtilafan kathiran, fa-‘alaikum bima ‘araftum min sunnati wa-sunnatil-khulafa-i(-ir) rasyidinnal-mahdiyina ‘addhu ‘alaiha bin-nawajijiz wa-alaikum bit-toati wa-in’abdan Habasyiyan fa-innamal-mukminu kal-jamali anifi hathuma qida anqada.’ (Yang bermaksud: ‘Sungguh-sungguh aku (Nabi) tinggalkan pada kalian atas suatu yang putih malamnya seperti (putih) siangnya, tidak akan menyimpang darinya (agama Islam) selepas ketiadaanku (i.e. setelah wafat aku) kecuali orang yang rosak (i.e. orang yang menyimpang darinya); barangsiapa yang hidup lama dari kalangan kalian akanmengtahui/melihat perselisihan yang banyak (di dalam Islam).Maka kalian menetapi dengan apa-apa yang kalian faham dari sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, gigitlah atasnya (i.e. sunnahku dan sunnah khalifah) dengan gigi geraham kalian. Dan, diwajibkan ats kalian dengan taat (i.e. taatkan imam) dan jikapun seorang hamba Habsyi (sekalipun menjadi imam kalian). Maka sesungguhnya orang iman itu seperti unta yang ditindik (hidungnya) ke mana ia ditarik (oleh tuannya) dia mengikuti (tuannya).) – Hadith ibnu Majah.
[Nota: Hadith ini menjelaskan bahawa syariat agama Islam itu sudah jelas pada setiap waktu dan ketika – malam ataupun siang – sama aje. Maka dengan itulah dalam khutbah wada’ Rasulallah (s.a.w), beliau menyebut: ‘Taraktu fikum amraina lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbala wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang teguh kepada kedua-duanya kalian takkan sesat selama-lamanya – Hadith al-Hakim dll. Ini adalah janji Rasulallah (s.a.w), janji yang benar, kerana Rasulallah (s.a.w) hanya berkata-kata atas dasar wahyu. Counter factuanya, sesiapa yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti menyimpang dan sesat, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu setiap kesesatan itu membawa yang sesat ke neraka.]
Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment