Sunday, December 1, 2013

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita mengenai topik atau tajuk di atas, iaitu: Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa dia - ciri-cirinya. Kita telahpun lihat 4 dimensi panduan/ketetapan yang wajib kita akur supaya kita berjaya dalam Islam ketika di hisab di akhirat kelak - berjaya kerana kita memiliki aqidah yang benar/haq dan kita faham syariat Islam yang benar, maka kita beramal dengannya, maka segala amalan yang murni itu diterima Allah (a.w). Apa dia? Pertama, Allah (a.w) yang menetapkan aqidah dan syariat agama Islam yang murni itu. Rasulallah (s.a.w) yang diperintahkan sampaikan kepada manusia - semua bangsa dan semua zaman, menyampaikannya dan menunjukkan bagaimana, supaya manusia tidaklah menyimpang atau tersilap. Kedua, umat Islam itu wajib mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) - mengamalkan dan mengerjakan segala amalan dan ibadah secara murni, yakni sebagaimana yang disampaikan dan ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Ketiga, kemurniaan amalan dan ibadah itu wajib dikekal tanpa tercemar atau dicemar atau dicampuradukkan dengan ketetapan manusia, supaya setiap amalan dan ibadah itu diterima dan diberi ganjaran pahala. Keempat, apabila kemurniaan aqidah dan syariat itu kekal tulen dan tidak tercemar dan amalan dan ibadah yang didasarkan pada kemurnian tersebut, maka pastilah Allah (a.w) memberikan syurga kerana kita amalkan dan ibadahka setiap sesuatu tuntutan Islam itu dengan betul lagi benar. Jika, keempat-empat panduan ini tidak dipatuhi, maka batallah dan batillah aqidah dan syariat Islam yang kita amalkan dan jadikan panduan hidup. Maka, rugilah kita..
Saudara, kita teruskan penelitian kita selanjutnya, supaya lebih jelas dan lebih sempurna ilmu serta kefahaman kita mengenai aqidah dan syariat Islam yang benar dan murni itu, apakah panduannya dan ciri-cirinya - apa dia sifatnya dan bagaimana mengamalkannya. Kita lihat lima lagi panduan.
Panduan kelima, syariat Islam itu adalah berjema’ah dalam menganuti dan mengamalakannya. Rengkasnya, agama Islam yang murni dan bernar itu bentuknya berjema’ahAyat 103, Surah ali-Imran, yakni, Islam yang benar itu adalah bentuknya berjema’ah. Dalam as-Sunnah diperincikan ciri-ciri mutlak hakikat berjema’ah ini dan diperjelaskan konsep berjema’ah itu secara terperinci serta bagaimana diterjemahkan dalam reality kehidupan mukmin. Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith meyebutkan bahawa Allah (a.w) peritahkan supaya beliau laksanakan 5 perkara dan kerana itu beliau perintahkan umatnya supaya laksanakan 5 perkara tersebut. Pertama adalah berjema'ah dalam Islam dan jangan berfirqah atau berpecahbelah. Omar ibni Khattab (r.a) merumuskan ketetaan berjema'ah tersebut dalam hadithnya: Sabda Omar (r.a): 'La Islama illa bil-jama'atin ... al-hadith' (Yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam (maksudnya, belum dikira Islam atau belum boleh diakui sebagai Islam) jika tidak berjema'ah dalam Islam ...) - Hadith ad-Darami. Jelas berjema'ah itu pra-syarat mutlak sahnya Islam! Panduan keenam, panduan mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – mengerjakan amalan dan ibadah – adalah al-Quran dan as-Sunnah; terutama as-Sunnah, kerana as-Sunnah itu memperjelaskan ketetapan yang ‘concise’ tapi ‘comprehensive’ dalam al-Quran. Rasulallah (s.a.w) sebagai penyampai syiar agama Islam - sebagai Utusan Allah (a.w) - adalah orang yang paling sempurna ilmunya mengenai Islam dan ketetapan Allah (s.a.w) serta terbaik perlaksanaannya. Maka justeru itu Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah ‘uswatun hasanah’ – model ikutan terbaik bagi umat Islam – Ayat 21: al-Ahzab. Justeru itu, as-Sunnah wajib dijadikan panduan dalam Islam – Ayat 7: al-Haysr dan Sabda Rasulallah (s.a.w): Taraktu fikum amraini lan tadilliu in ma tamasiktum bihima, kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang dengan kedua-duanya pasti kalian tidak akan sesat (mencari dan mendapatkan syurga Allah), iaitu KitabNya (=al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) - Hadith al-Hakim dll.. Panduan ketujuh, amalan dan ibadah dan amal soleh hanya diberi ganjaran pahala jika diniatkan menepati nas dan dalil berikut:
Amalan/Ibadah yang tidak murni tak diterima. Niat yang benar itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya: ‘ … wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: ‘Dan, kerna menharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga), dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka)) – Ayat 57: al-Isra’. Inilah juga mesej dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut: Diriwayatkan hadith dari Syaddad, iaitu Abi Umar hadith dari Abi Umamah al-Bahili berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia (kepada Nabi): ‘Apakah pandangann-mu (atau pendapatmu) seorang lelaki yang berperang kerana mencari pahala dan nama, apa baginya?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang disabdakan olehya tiga kali. Berkata kepada (si-lelaki) Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Kemudian bersabda: ‘Innallaha la yaqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu kholisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari amalan kecuali apa-apa ada baginya (yang diamalkan atau dipersembahkan) kholis (=murni) dan mencari dengannya (i.e. amalan atau ibadah itu) wajah Allah (a.w), (i.e. keridaanNya) - Hadith an-Nasa-i
Setiap amalan atau ibadah yang dinatkan tidak kerana mencari keridaan Allah (a.w) atau ada niat sampingan, tidak diterima Allah (a.w). Di akhirat akan disuruh dapatkan ganjaran pahala dari sesiapa atau pihak yang amalan dan ibadah itu ditujukan atau diniatkan. Kalau melakukan sesuatu yang bersifat syirik – walaupun syarik samarpun – batal segala pahala semua amalan.]
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma li-ahadin ‘indahu ni’matin tujza @ illab-tigha-a wajhil rabbihil-‘ala.’ (Yang bermaksud: Dan tidak ada bagi seseorang di sisinya kenikmatan (i.e. mendapat nikmat) tidak dibalas @ (yang dibalas) kecuali mencari wajah Allah (a.w) (i.e. kerana Allah (a.w).) - Ayat 19 & 20: al-Lail
[Nota: Segala amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan kerana mencari ‘wajah Allah (a.w)’, yakni untuk mencari keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w) semata-mata bukan untuk lain tujuan. Jelasnya niat dalam mengerjakan amalan dan ibadah itu wajib murni tidak tercemar, demi Allah (a.w) semata-amata. Allah (a.w) menjelaskan dalam firmanNya pada Ayat 57: al-Isra’ bahawa yang dimaksudkan niat yang murni lagi ikhlas itu atau ‘kerana mencari wajah Allah (a.w)’ itu adalah: ‘ … wa-yarjuna rahmatahu wa-yahafuna ‘azabahu…’ (Yang bermaksud: Dan kerana mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, dan takutkan siksaan Allah (a.w), yakni neraka.). Dalam Islam segala-galanya telah diberitahu oleh Allah (a.w).]
Panduan kedelapan, wajib mengamalkan syariat Islam itu, khususnya segala amalan dan ibadah – bentuknya, kaedah dan cara mengamalkannya serta rukun-rukunnya - sejajar dengan ketetapan as-Sunnah sebagaimana yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.aw). Segala amalan dan ibadah yang diterima Allah (a.w) hendaklah murni dan tidak dicemari oleh sebarang perbuatan dan amalan bercorak atau mirip syirik, tahyul, kurafat, bid’ah dan taklid, tetapi dengan sandaran ilmu dan tidak dalam kejahilan – Ayat 36: al-Isra’ dan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-ilmu qabla amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan/ibadah).
Sebagai contoh, semua amalan dan ibadah yang dicemari oleh bid’ah adalah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Malah pengamal bid’ah tidak diterima kesemua amalannya – fardu maupun sunat – dan terkeluar dia dari Islam tanpa disedari. Maka dengan itu sesiapa yang Islam kemudian membuat pembaharuan kepada syariat atau ketetapan agama Islam – menokok tambah atau mengubah ketetapan atau menukar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal – adalah dikira bid’ah, maka tidak diterima amalan tersebut, malah menjadikan pengamal bid’ah itu sendiri terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari. Rasulallah (s.a.w) memberitau: ‘Man amila ‘amalan laisa fihi amruna, fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu malan atau iadah yang amalan atau ibadah tersebut tidak dudatangkan dari aku (Nabi), maka ia (i.e. amalan atau ibadah tersebut) ditolak.) – Hadith Bukhari dan Muslim. Yang bersifat maksiat adalah perintah dan ketetapan, termasuklah ijtihad kepimpinan, yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Malah orang pengamal dan penganjur bid’ah tidak diterima kesemua amalan dan ibadahnya – yang wajib ataupun sunat – dan terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari – al-Hadith.
Panduan kesembilan, Islam yang benar dan murni itu berjema’ah. Jema’ah yang murni dalam Islam itu ada kepimpinan (Imam) dan hiraki kepimpinan dalam jema’ah Islam – Ayat 59: an-Nisa’ dan as-Sunnah. Diperincikan dalam as-Sunnah bentuk serta ciri-ciri jema’ah yang murni itu dan syarat-syarat kepimpinan ini secara terperinci. Seseorang itu tidak sah Islamnya kalau dia tidak berjema’ah, tidak dikira berjema’ah kalau tiada seorang ‘imam’ atau ‘amir’ sebagai pemimpin, dan anggota jema’ah wajib mentaati Imam, dan tidak ada ketaatan terhadap imam kalau tiada ikrar janji taat setia – bai’at. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak halal kehidupan tiga orang iman di atas permukaan bumi atau di dalam hutan belantara atau ketika bermusafir, jika mereka tidak menagangkat salah seorrang dari mereka bertiga menjadi Imam mereka.’ Institusi keimaman itu mengekalkan sistem syariat Islam yang dibentuk oleh Allah (a.w) semenjak zaman sebelum Muhammad (s.a.w) lagi. Para rasul atau nabi adalah imam jema’ah umat Islam zaman mereka. Demikian jugalah dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), sebagai Utusan Allah (a.w) dan Nabi (s.a.w), beliaulah pemimpin yang memimpin jema'ah umat Islam zamannya. 
Apakala wafat Rasulallah (s.a.w) sistem berjema’ah itu dilangsungkan melalui sistem kekhalifahan (4 orang) kemudian para imam atau amir yang diberi gelaran atau nama berbagai termasuklah ‘amirul mukminin’ atau ‘sultan.’ Ketika wafat Rasulallah (s.a.w) untuk menghalalkan kehidupan mereka di bumi Allah (a.w) dan untuk mengesahkan keIslaman mereka supaya diterima kesemua amalan dan ibadah (i.e. pengabdian mereka), maka para sahabat terpaksa menangguhkan pengkebumian jasad Rasulallah (s.a.w) sehingga Abu Bakar (r.a) diangkat menjadi khalifah (=pengganti) atas usulan/cadangan Omar (r.a) yang melafazkan kalimat ‘bai’at’ kepada Abu Bakar (r.a). Para sahabat dan umat Islam lain mengikuti contoh Omar (r.a) dan berbai’at kepada Abu Bakar as-Siddiq (r.a).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment