Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita mengenai tajuk/topik yang penting kita fahami ini - Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa? Supaya kita tahu dan faham dan supaya kita berada di atas landasan Islam yang benr, dan tidak sia-sia segala amal dan ibadah kita.

Hidayah
Saudara, dalam Islam para ulama' dan ilmuwan yang faham Islam - terutama syariatnya serta perinciannya - seringkali menyebut konsep 'hidayah'. Hidayah adalah nikmat terbesar jika didapati oleh seseorang manusia. Kerana hidayahlah manusia itu faham bahawa Tuhan manusia itu hanyalah Allah (a.w). Kerana hidayahlah manusia itu faham maksud Ayat 56: az-Zariat - apa maksud memperhambakan diri atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Dengan hidayahlah manusia itu faham bahawa ada kehidupan selepas mati, ada hari akhirat, ada balasan pahala dan dosa, dan syurga itu hanya diberikan kalau dia Islam dan beriman. Kerana hidayahlah dia tahu Al-Quran itu adalah kitab Allah (a.w) untuk panduan hidup mereka, bukan untuk panduan umat Islam semata-mata. Kerana hidayah jugalah orang Islam itu faham bahawa syurga itu mudah didapati, jkalah mereka akur dengan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa'. Syurga hanya diberikan atas dasar amalan dan ibadah dan segala sesuatu yang dikerjakan semasa di dunia.
Hidayah itu bukan boleh dimiliki sendiri dengan mudah. Namun seseorang inginkan mencari kebenaran yang hakiki dalam kehidupan maka dia mencari hidayah, semoga Allah (a.w) kurniakan padanya. Dengan hidayah seseorang yang Islam itu faham banyak perkara, antara yang paling mudah dan kelihatan remeh adalah pertama, kewajipan mencari dan belajar ilmu yang benar - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dari guru atau orang yang faham ilmu-ilmu tersebut adalah suatu kewajipan, sama wajibnya dengan mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menginfaq dan menunaikan haji (setelah mampu); kedua, dengan ilmu membolehkan seseorang yang Islam itu faham bagaimana mengerjakan setiap suatu amalan dan ibadah yang fardu dan sunat yang menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w); ketiga, tanpa ilmu kesemua amalan tidak diterima; keempat, tanpa ilmu kita mempertikaikan hakikat bid'ah, dan kita berhujjah secara batil, menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan Allah (a.w), akibatnya kita jadi kafir tanpa disedari; kelima, tanpa ilmu kita melakukan pelbagai perkara yang batil dalam Islam, termasuk beramal secara batil; keenam, tanpa ilmu kita tidak nampak betapa utama dan pentingnya umat Islam itu mengambil pakai ketetapan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah dan dalam memandu kehidupan duniawi sebagai orang Islam yang terbaik; dan ketujuh, tanpa ilmu umat Islam tidak faham dan tidak akur hakikat berjema'ah dalam Islam itu suatu kemestian yang mutlak, dll lagi.
Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa kitab rujukan mengenai Islam terbaik itu adalah al-Quran. Maka dengan itu seseorang yang Islam mengabaikan al-Quran dan mengambil sebagai panduan kitab-kitab karangan manusia, telah melakukan sesuatu kebatilan. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu Allah (a.w) amat murka kepada seseorang yang tahu sesuatu perkara agama itu ada di dalam al-Quran, tetapi dia mengambil petua atau panduan dari kitab-kitab selain al-Quran, kerana dia telah meremehkan sesuatu yang diagungkan oleh Allah (a.w) (i.e. al-Quran), kerana mengutamakan kitab lain, dan dia telah merendahkan mertabat kitab Allah (a.w). Dia menombor-satukan karya manusia dan menombor-duakan kalam Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam (kitab) itu adalah kalam Allah (a.w). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad ((s.a.w). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (agama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya seburuk-buruk perkara (perbuatan dalam agama) itu adalah pembaharuan kepada pekara (agama, terutama dalam perkara ibadah dan amalan). Dan setiap pembaharuan pada perkara (agama) itu adalah bida’ah. Dan setiap bida’ah itu adalah dolalah (yakni, kesesatan) - Hadith Ibnu Majah.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-kullu bid’atin dolalatun, wa-kullu dolalatin fin-nari.’ (Yang bermaksud: Setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu tempatnya (i.e. tempat orang yang berpegang atau beramal dengannya) adalah dalam neraka (di akhirat kelak)) – Hadith at-Termidzi, dalam Kitab Solat ‘Idin.
[Nota: Dua hadith ini – dan banyak hadith lain - memberitahu bahawa sebaik-baik kitab mengenai agama Islam (dan kitab panduan agama Islam) dan syariatnya adalah Kitab Allah (a.w), yakni al-Quran dan sebaik-baik petunjuk/hidayah adalah hidayah yang dianugerahkan oleh Allah (a.w) kepada Utusannya, Rasulallah (s.a.w), yang diutus Allah (a.w) membawakan agama Allah (a.w) (i.e. Islam) kepada manusia, memimpin dan mengerjakan mereka serta menunjukkan praktikalnya dalam perkara agama.. Justeru itu, sesiapa yang ingin mengetahi secara haq/benar Islam dan tuntutannya, hendaklah dia belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam perkara as-Sunnah, terdapat 6 kitab hadith yang memuatkan sunnah yang diakui oleh para ulama’ muhadithin (=ulama’ hadith) sebagai muktabar mengandungi hadith-hadith yang sahih, yang dijadikan ketetapan hukum-hakam dalam Islam, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah. Keenam-enam kitab ini dikenal sebagai Kuttubul Sittah (=Kitab yang Enam). Selain menyebut bahawa panduan Islam terbaik – malah panduan hidup mukmin terbaik – adalah al-Quran, Kitab Allah (a.w), hadith ini menyebutkan bahawa petunjuk terbaik dalam beragama adalah petunjuk Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah atau al-Hadith, kerana Rasulallah (s.a.w) yang berkomunikasi dengan Allah (a.w), yang diwahyukan serta diperintahkan oleh Allah (a.w) untuk mengajarkan serta membimbing manusia bagaimana hendak mengabdikan diri secara tepat lagi betul kepada Allah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) menjelaskan tuntutan Islam dalam menterjemahkan realiti beragama atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w): ‘Ma-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah Kami (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Kami (Allah) – Ayat 56: az-Zariat, maksudnya, manusia dan jin itu dijadikan Allah (a.w) (i.e. diberi kesempatan hidup di dunia ini) semata-mata untuk mengabdikan diri (maksudnya, menyembah kepada atau melaksanakan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w). Penyembahan itu hendaklah di dasarkan oleh agama Allah (a.w), yakni agama Islam, kerana agama yang diterima Allah (a.w) hanyalah Islam – Ayat 19: ali-Imran dan Allah (a.w) hanya meridhai Islam sebagai agama manusia – Ayat 3: Al-Maidah. Menyembah Allah (a.w) melalui agama selain Islam tidak diterima oleh Allah (a.w). Kalau tak Islam mati disiksa dalam kubur dan di akhirat kelak dibangkitkan dalam keadaan buta, dan masuk ke neraka tanpa dihisabpun.
Kalau seseorang itu Islam, maka dia ada peluang mendapat syurga dan jika dia akur dengan Ayat 13: an-Nisa', terselamat dari siksaan neraka. Maksudnya, dia bersyahadah dengan sepenuh hati tentang Allah (a.w) dan tentang perka-perkara yang ghaib yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah (yakni, adanya siksaan kubur, adanya hari pembalasan, adanya hisaban amalan dan timbangan pahala dan dosa (mizan), adanya syurga dan neraka, dan dia mengerjakan amalan dan ibadah yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya dan menjauhi tegahan/larangan. Maksudnya, semasa di dunia dia memurnikan agama Islam yang dia beramal dengannya tanpa sebarang pencemaran, maka dia mengikuti syariat agama Islam yang betul. Dan, kalau dia murnikan Islam dan segala sesuatu amalan dan ibadah dalam Islam, mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan, menepati apa-apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka segala amalan dan ibadahnya diterima dan diberi pahala dan dosanya dihakis, maka dia berjaya mendapat syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa’ dan sebagaiana yang dijanjikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tadi.
Apakah syariat agama Islam yang betul dan murni itu? Ini telah diberitahu dalam Ayat di atas tadi – Ayat 13, as-Syura. Pendeknya syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa syariat Islam yang murni itu adalah al-Quran dan as-Sunnah seperti sabdanya: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbala wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya pasti kalian tidak akan sesat selama-lamanya (yakni, mengikuti syariat Islam berada di atas siratul mustaqim dan mendapat syurga), iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah nabiNya (i.e. as-Sunnah) – Hadith al-Hakim dll. Inilah yang dimaksudkan ‘siratul mustaqim’ yang umat Islam pohonkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari – ketika mengerjakan solat fardu yang lima – setiap hari. Allah (a.w) mengulangi hakikat ini dalam Ayat 18: al-Jathiyah di bawah ini. Allah (a.w) berfirman: ‘Thumma ja’alnaka ‘ala syari’atin (-im) minal amri fat-tabi’ha wa-la tattabi’ ahwa-allazina la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Kemudian (dari peristiwa-peristiwa kekufuran kaum Musa (a.s) dan Isa (a.s) itu, kerana tidak mahu terima Muhammad (s.a.w) dan al-Quran, dan agama Islam versi terbaru itu) Kami (Allah (a.w) menjadikan kalian atas syariat (peraturan agama tersebut) dari urusan Kami (Allah (a.w) (i.e. agama Islam), maka ikutilah ia (i.e. agama Islam itu) dan janganlah kalian ikuti/mengikuti hawa-nafsu (yakni, keinginan) orang-orang yang tidak mengetahui (i.e. jahil atau bodoh akan agama Islam yang diperintah Rasulallah (s.a.w) bawakan itu)) – Ayat 18: al-Jathiyah. ‘Bodoh’ atau jahil dalam Islam kalau tidak belajar agama Islam dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Agama yang diterima oleh Allah (a.w) sebagai wadah atau landasan atau pletfom menepati Ayat 57: az-Zariat itu adalah agama Islam. Agama Islam adalah agama Allah (a.w), agama yang Allah (a.w) utuskan/perintahkan Rasulallah (s.a.w) sampaikan kepada manusia 1434 tahun yang lalu – Ayat 3: al-Maidah. Agama selain Islam tidak diterima – Ayat 19: al-Maidah. Dan, kalau anuti agama selain Islam, tak diterima Allah segala amalan dan ibadahnya, dia rugi di akhirat (= masuk neraka) – Ayat 85: ali-Imran. Syariat dan ketetapan agama Islam itu wajib diterima tanpa pilih-pilih - Ayat 208: al-Baqarah.
Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith itu memperingatkan umat Islam bahawa semua atau setiap pembaharuan dalam perkara agama – dari segi bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamal dan mengibadahkannya – adalah bid’ah. Bid’ah menyesatkan umat Islam, dan jika dijadikan amalan batal segala amalan dan ibadah, tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah, dan, dalam ketetapan lain pengamalnya dihukum syirik, taubat pengamalnya tidak diterima Allah (a.w), dan pengamalnya terkeluar dari agama Islam tanpa disedari, wal iya zubillah.
Allah (a.w) memberitahu bahawa kaum Bani Israil yang dibawakan oleh Musa (a.s) dan kemudian Isa (a.s) kepada agama Islam zaman-zaman tersebut, ada yang menerima dan banyak yang menentang. Mereka berfirqah, berpuak-puak – mengikut hadith menjadi 72 puak atau fahaman agama. Ini kekal apabila Islam berpandukan al-Quran, dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Mereka tidak mahu terima al-Quran dan tidak mau terima Islam. Maka kesemua 72 fahaman Islam terus sesat, menjadi kafir, dan di akhirat masuk neraka kesemuanya. Walhal, dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil telah diberitahu tentang Rasul terakhir Muhammad (s.a.w) mereka tak mahu terima. Apabila syariat agama Allah (a.w) tersebut dimansuhkan dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan diturunkan Kitab al-Quran, maka manusia diwajibkan ikuti Islam dan syariatnya yang telah disempurnakan oleh Allah (a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Kemudian peringatan Allah (a.w) pada Ayat 18: al-Jathiyah itu, disambung dalam Ayat-ayat 19 hingga 21: al-Jathiyah.
Firman Allah (a.w): ‘Innahum lan yughnu fihi … al-ayat.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menolak dari kalian dari Allah (a.w) sesuatu/sedikitpun, dan sesungguhnya orang-orang yang zalim sebahagian menolong/melindungi sebahagian yang lainnya; dan Allah (a.w) adalah penolong/pelindung kaum-kaum yang yakin dia (akan agama Allah (a.w) itu, i.e. orang iman) – Ayat 19: al-Jathiyah. Firman Allah (a.w): ‘Haza baso-iru lin-nasi wa-hudan wa-rahmatatun … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ini (al-Quran) adalah permandangan/pedoman bagi manusia dan petunjuk dan kerahmatan bagi kaum-kaum yang yakin dan percaya (terhadap ketetapan Allah (a.w) dan peraturan Allah (a.w) dan hari akhirat) – Ayat 20; al-Jathiyah Firman Allah (a.w): ‘Am-hasibal-lazinaj tarahus-saiyiati … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ataukah mengira orang-orang yang berbuat mereka kejahatan (i.e. menyimpang dan menyeleweng) bahawa Kami (Allah (a.w)) menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan baik/soleh sama kedudukan mereka dan (sama akibat) kematian mereka? Sangat buruklah apa-apa yang mereka (yang menyeleweng/menyimpang itu) putuskan.) - Ayat 21; al-Jathiyah.
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) membawa petunjuk (hidayah) untuk berada di atas ‘siratul mustaqim’ (jalan lurus ke syurga). Dan, jika manusia berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Inilah mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya, pasti kalian tidak sesat di dunia (untuk mencari dan mendapatkan kejayaan akhirat), iaitu Kitab Allah (a.w)) yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith) – Hadith al-Hakim dll. Justeru itu, umat Islam wajib faham bahawa jika mereka berpandukan lain-lain kitab atau petunjuk, pasti sesat dan pasti masuk neraka dan pasti takkan dapat syurga.
Sehubungan itulah, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, dan berusaha memahami Islam dan syariatnya, supaya beramal dan beribadah menepati apa yang diperintah Allah (a.w) dan yang didemokan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dibolehkan bertanya, tapi bertanya setakat untuk mendapatkan penjelasan sahaja bukan untuk mendebatkan ketetapan dalam al-Quran (i.e. ketetapan Allah) ataupun mempersoalkan ketetapan as-Sunnah (i.e. ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) – Ayat 80: an-Nisa’ dan Ayat 7: al-Haysr. Jika umat Islam mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w), pasti mereka mendapat syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Itu suatu yang pasti. Janji Allah (a.w) itu pasti.
Kesempurnaan agama Allah (a.w) itu bergantung kepada beberapa factor. Pertama, ketaatan terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itulah adalah mutlak, tiada pengecualian. Kedua, dalam Islam umat Islam diwajibkan berjema’ah. Berjema’ah adalah perintah mutlak Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jika Islam tetapi tidak berjema’ah maka belum diakui Islamnya sah. Ketiga, kerana berjema’ah itu adalah perintah wajib bagi umat Islam, maka Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mewajibkan umat Islam mengangkat seorang dari kalangan mereka menjadi Imam/Amir, yakni orang yang memimpin jema’ah umat Islam. Keempat, mentaati Imam/Amir (=pemimpin jema’ah umat Islam) adalah kewajipan yang ‘bersyarat’ (conditional) dalam erti kata perintah dan ketetapan (ijtihad Imam/Amir) yang dimesyuarahkan, wajib dipatuhi selagi perintah atau ketetapan tersebut tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) – Ayat 59: an-Nisa’ dan al-Hadith. Jika sebaliknya, maka perintah dan ketetapan sedemikian tidak wajib di dengar apa lagi dipatuhi. Itu adalah ketetapan bercorak maksiat. Kelima, institusi keimaman dalam Islam itu adalah institusi yang formal dengan ciri-ciri khusus – ada Imam/Amir yang memimpin, ada rukyah (=jema’ah umat Islam), dan ada bai’at (=ikrar janji setia), rukyah mentaati Imam/Amir (pemimpin) selagi perintah atau ketetapan atau ijtihadnya tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kewajipan Imam/Amir adalah membimbing jema’ahnya supaya sentiasa meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam dan tuntutuannya, mengamalkan perintah dan suruhan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) sekuat mampu dan menjauhi tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dan akur dengan setiap tuntutan syariat Islam sepanjang hidup mereka. Imam/Amir wajib mengilmukan rukyahnya supaya faham sepenuhnya tuntutan Islam kerana mereka, di akhirat akan ditanya tentang rukyah yang dipimpinnya di dunia, apakah dia telah melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya sebagai pemimpin dengan penuh tanggung jawab dan istiqamah?
Islam mewajibkan setiap anak itu mentaati dan menghormati kedua ibu bapa mereka dan berbuat baik terhadap mereka. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak ada keridhaan kedua ibu bapa itu terhadap anak-anaknya. Ketaatan terhadap kedua ibu bapa itu juga bersyarat (atau conditional) selagi mereka tidak menyuruh syirik terhadap Allah (a.w). Kemudian isteri diwajibkan mentaati suaminya selagi suami tidak menyuruh syirikkan Allah (a.w) dan perintah suatu kemaksiatan, i.e. perintah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Seorang isteri itu pasti mendapt syurga jika dia mentaati suaminya. Jika setiap umat Islam yang beriman, mengerjakan amalan yang diwajibkan, menjauhi tegahan dan larangan, patuhi hiraki ketaatan ini, mereka pasti mendapat syurga dan selamat dari neraka.]

Jazakallah khairah
No comments:
Post a Comment