Assalamualaikum,
Saudara, insyaAllah, hari ini genap 1/3 Ramadhan kita berpuasa, dan 20 hari lagi kita akan menyambut dua kejayaan kalau benar-benar kita berpuasa kerana mencari pahala sebanyak mungkin dari Allah (a.w) dgn menepati cara dan kaedah serta peradaban berpuasa orang yg berjaya di akhirat kelak mendapat syurga kerana terhapus segala dosa-dosa kita yg telah lalu.
Dua kejayaan itu, satu di dunia, kita merayakan Aidil Fitri kerana kejayaan kita berpuasa genap sebulan. Dan, kedua kita dapati di akhirat, bertemu dgn Allah (a.w). Hanya orang Islam yg mendapat syurga akan bertemu dgn Allah (a.w) (Nota: Melihat wajah Allah (a.w) di syurga adalah nikmat terbesar bagi orang Islam yg beriman. Ramai orang Islam, tapi sedikit yg beriman).

Saudara, dalam post yg lalu kita mendapat tahu bahawa kita mendapat pahala tambahan kalaulah kita mempercepatkan berbuka ketika sudah masuk waktunya, yakni diazankan Solat Maghrib, atau masuk waktu Maghrib. Dan, kita memulakan berbuka dgn menyebut kalimah 'Bismillah' sebelum memasukkan makanan ata minuman ke dalam mulut. Dan, kmudian kita baca doa berbuka 'Allahumma lakasumtu, wa-bika amantu, wa-birizqika aftartu ...'. Kita mendapat pahala tambahan kalau kita ikuti ketetapan as-Sunnah bahawa kita berbuka dgn mendahulukan makan buah tamar atau kurma atau, jika tiada kurma, air yg manis. Kemudian kita mendapat pahala tambahan serta keberkatan apakala kita bersahur yakni tidak meninggalkan sahur (walaupun sekadar seteguk air) dan pahala tambahan pula apabila kita melambatkan bersahur, yakni sebelum masuknya waktu Subuh.
Saudara, dalam pada itu kita diberi pula satu peluang yg amat besar dan banyak pahalanya iaitu apabila kita berbelanja untuk menjamu atau memberi orang berpuasa makan, yakni berbuka puasa. Kita mendapat pahala orang yg kita beri makan itu pahala puasa yg dipuasakannya tanpa mengurangkan sedikitpun pahala puasa yg diterimanya. Fikirkanlah, kalau kita beri makan minum orang yg berpuasa dan mereka adalah orang yg benar-benar menepati syarat puasa yg membebaskan mereka dari siksa neraka, yakni diampunkan segala dosa-dosa mereka yg lalu, kitapun mendapat ganjaran pahala yg sama dengan mereka! Begitu pemurahnya Allah (a.w). Begitu afdhalnya Islam. Takda agama yg dapat memberikan ganjaran berlipat ganda sedemikian itu.
Menjamu Orang Puasa Berbuka
Ada di antara kita yang sering dapat pelawaan daripada mana-mana jawatankuasa qariah masjid untuk menyumbang kepada tabung berbuka puasa. Mengikut syariat Islam memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa itu mendatangkan banyak ganjaran pahala. Di dalam hadith berikut disebutkan pahala orang yang kita jamu tersebut juga dapat kepada kita. Malahan dalam bulan Ramadhan digalakkan umat Islam bersedekah:
Diriwayatkan hadith daripada ‘Ata’ daripada Zaid bin Khalid al-Juhani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjamu (memberi makan dan minum) orang yang berpuasa adalah baginya seumpama pahala seperti orang yang berpuasa, tidak mengurangi dari pahala orang-orang yang berpuasa sesuatupun.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Saum]
Apabila kita menjamu orang-orang yang berpuasa dengan makan dan minum semasa mereka berbuka, maka kita dapat ganjaran pahala seumpama pahala mereka yang berbuka itu. Walaupun, kita mendapat pahala seumpama pahala mereka, tidak pula pahala mereka terjejas kerana mereka kekal mendapat pahala puasa mereka. Dengan itu, jika ramai orang yang kita jamu, maka lebih banyaklah pahala yang kita perolehi kerana menjamu berbuka orang yang berpuasa. Selain itu, oleh kerana Islam menggalakkan kita bersedekah dan memberi makan minum kepada orang faqir dan miskin, menjamu makan dan minum mereka yang faqir dan miskin dan yang bermusafir di jalan Allah (a.w) mendatangkan pula pahala tambahan kerana menyahut seruan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menjamu orang faqir dan miskin pula.
[Nota: Kita hanya mendapat pahala orang yg berpuasa yg kita jamu tersebut, jika kita dan mereka mengamalkan syariat Islam yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Antara syaratnya, tidak mengamalkan amalan atau perbuatan yg bersifat syirik, tahayul, kurafat, bid'ah dan taklid dalam segala amalan yg bersifat ibadah yg fardu dan yg sunat. Golongan inilah yg berjaya mendapat syurga, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman akan wujud 73 golongan Islam, hanya satu golongan Islam yg diakui Allah (a.w) dan diterima amalan dan ibadahnya, iaitu mereka yg menepati sabda Rasulallah (s.a.w) - 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' (maksud: apa-apa yg aku Nabi berpegang dan para sahabatku berpegang padanya) dan mereka Islam dengan berjema'ah, yakni mengamalkan Islam mengikut cara dan kaedah beliau beramal dan beribadah.]

Mudah-mudahan kita berjaya mendapat kejayaan berpuasa yg menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, insya Allah.
Jazakallahu khairah