Friday, August 8, 2014

Nasihat kepada orang iman ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai perkara atau tajuk di atas, supaya kita terpandu setiap masa untuk mencari dan mendapatkan kejayaan akhirat. Tiada suatupun kejayaan di dunia yang lebih utama dari kejayaan di akhirat, walaupun majoriti manusia, termasuk orang yang akui dirinya Islam belum benar-benar yakin terhadapnya.

Bersedia Untuk Mencari dan Mendapat Kebajikan Akhirat 

(-) Yang kekal adalah amal ibadah

Saudara, walau bagaimanapun kedudukan kita di dunia, namun kita wajib ingat firman Allah (a.w) dalam al-Quran, antaranya, satu, bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. Dua, ketika datang/sampai ajal mati seseorang itu, ianya tidak akan diterlambatkan atau dipercepatkan walaupun sesaat. Tiga, apabila mati seseorang itu dia akan dikuburkan, dan di akhirat kelak hanya dua tempat tinggalnya - neraka (gagal dalam akhiratnya kerana lupakan menyediakan bekalan, terlalu dicintainya dunia) atau syurga (bijak menguruskan hidupnya di dunia menyediakan sebanyak bekalan untuk akhirat). Sehubungan itulah kita yang beriman wajib jadikan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut sebagai panduan hidup kita, dan berusaha memperbaiki diri dan menyimpan atau melabur untuk akhirat sebaik mungkin.
Menceritakan hadith oleh Humaidi menceritakan hadith dari Sufian yang menceritakan hadith dari Abdullah bin Abi Bakar bin Omar bin Hazmin yang mendengar Anas bin Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Mengikuti mayat (ke kubur) tiga perkara, maka kembali (yakni, meninggalkan mayat) dua perkara dan tinggal bersamanya (yakni, kekal bersama mayat itu) satu perkara; yang mengkuti (mayat ke kuburnya, maksudnya menghantar mayatnya ke kubur adalah) (pertama) keluarganya dan (kedua) hartanya, dan (ketiga) amalannya; maka kembali (yakni, yang meninggalkannya, setelah disemadikan dalam kubur) (pertama) keluarganya dan (kedua) hartanya; dan tinggal (yakni, kekal berada bersamanya di kubur) amalannya.’ - Hadith Bukhari.
Justeru itu, utamakanlah yang kekal dan janganlah dilalaikan oleh yang sementara (maksudnya, dunia), yang tidak boleh dibawa ke akhirat! Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa harta benda itu adalah fitnah. Anak pinak dan isteri itu fitnah, yang boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka kalaulah kita gagal menguruskan keluarga dan harta kita, kita mengikut kehendak mereka.


(-) Yang berguna bagi orang iman


Saudara, dalam hadith berikut, kita diperingatkan pula oleh Rasulallah (s.a.w) dimensi lain yang wajib kita jangan abaikan, demi kesejahteraan akhirat kita. Ada 3 perkara yang dihighlightkan dalam hadith itu. Pertama, perkara melibatkan sedekah dan infaq fi sabilillah yang merupakan pelaburan akhirat. Kedua, ilmu yang dipelajari dan yang dikembangkan demi kemanfaatan aqidah dan syariat yang haq tentang Islam. Ketiga, anak-anak yang dididik terbaik yang mentaati kedua ibubapa mereka, membela mereka ketika tua dan mendoakan kebaikan dan keampunan terhadap ibu-bapanya.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Iza mata insanu, inqata’a ‘anhu ‘amaluhu illa min thalathatin illa min sodaqatin jariatin au ‘ilmin yunta’u bihi au waladin solihin yad’u lahu.’ (Yang bermaksud: Ketika mati manusia maka putuslah dia dari amalannya (yakni, tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala kerana tidak lagi dapat beramal dan beribadah) kecuali tiga perkara (yang kekal memanfaatkannya selepas matinya); (pertama) dari sedekahnya yang mengalir (yakni, mengalir pahala kepadanya setelah matinya), atau (kedua) ilmu yang dimanfaatkannya (kepada orang lain); atau (ketiga) anak-anaknya yang soleh mendoakan mereka untuknya (i.e. kedua ibubapanya).)- Hadith Muslim, Kitab Wasiat.
Apabila mati tidaklah lagi dapat mengerjakan apa-apa amalan dan ibadah atau dapat apa-apa pahala lagi kerana mengerjakan ibadah. Sedekah adalah seumpama melabur untuk akhirat, maka akan dapat dividen akhirat dalam bentuk pahala yang tidak putus-putus sehinggalah kiamat dunia, selagi apa yang disedekahkan itu memanfaatkan umat Islam dan agama Islam. Bukan sedekah untuk tujuan selainnya. Sedekah untuk tujuan selainnya baik pada kaca mata manusia, tapi takda harga pada Allah (a.w), kerana itu adalah urusan dunia, dan Allah (a.w) tidak pentingkan dunia!
Bukan sebarang ilmu, tetapi ilmu yang diwajibkan oleh Islam umat Islam cari, pelajari dan amalkan, iaitu tiga: pertama, ilmu al-Quran; kedua, ilmu as-Sunnah; dan ketiga, ilmu faraid (yakni, kaedah pembahagian harta warisan umat Islam) [Hadith at-Termidzi]. Lain-lain ilmu tidak akan mengalirkan sebarang ganjaran pahala untuk akhirat, namun berguna untuk masyarakat dan dunia. Kerana tiga ilmu itu wajib bagi umat Islam sebagai panduan amalan dan ibadahnya dan sebagai panduan hidupnya. Kerana, pada Allah (a.w) segala sesuatu mengenai dunia, termasuk ilmu dunia, tidak ada nilai pada Allah (a.w), kerana nilai dunia ini pada Allah (a.w) tak sama berbanding dengan nilai tudung ‘khurun ‘ain’ (bidadari) dalam syurga itu. Malahan mengaji/menuntut ilmu yan tiga itu wajib terhadap semua orang yang akui dirinya Islam. Jika mereka tidak mengaji/pelajari 3 ilmu tersebut, berdosa dia setiap saat. Tanpa 3 ilmu itu semua yang Islam akan jahil dan terpesong dari aqidah dan syariat Islam yang haq. Justeru itulah, majoriti umat Islam hari ini jahil ilmu, maka Rasulallah (s.a.w) telahpun memberitahu dalam hadith bahawa umat Islam selepas beliau tiada akan berpecah mengiuti 73 fahaman/mazhab Islam, 72 daripada 73 fahaman Islam/golongan Islam tersebut merengkok dalam neraka, gagal mendapat syurga, walaupun Islam dan istiqamah beramal dan beribadah!
Nak tahu siapa dia golongan yang 72/73 itu, hendaklah dengan ilmu, kerana hanya dengan panduan ilmu yang 3 itu, kita tahu apa dia aqidah haq Islam yang tidak dicemari oleh syirik, tahayul, kurafat dll yang menjejaskan aqidah, dan kita tahu bentuk-bentuk amalan/ibadah/corak pengabdian terhadap Allah (a.w), serta cara dan kaedah bagaimana beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Sebagai contoh: semasa mensolatkan Solat Aidil Fitri baru-baru ini, kerana kejahilan kita lihat Imam solat membuat beberapa kesalahan/kesilapan dalam bentuk, kaedah dan cara bersolat: pertama, disyaratkan berdiri solat tanpa menyebut 'Usolli ...'; kedua, ada 7 Takbir pada rakaat pertama; ketiga, Takbiratul Ikhram yang mula-mula ketika mengangkat kedua tangan itu adalah dikira satu takbir, maka mengangkat tangan 6 kali sahaja selepas itu; keempat, ada 5 Takbir dalam rakaat kedua, termasuk Takbir ketika bangun hendak berdiri untuk rakaat kedua; kelima, tidak ada apa-apa Tasbih dibaca diantara Takbir-takbir tersebut (seumpama 'Subhanallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akhbar' dan sebagainya) dibaca; Keenam, khutbah Aid dibaca selepas solat tanpa bercakap; dan ketujuh, khutbah, kerana merupakan sebahagian daripada syariat Solat Aid, sebagaimana Solat Jum'at, wajib dibaca dalam bahasa asalnya, iaitu Arab; dan kedelapan, khutbah hendaklah merupakan nasihat untuk muhasabah diri dan persediaan akhirat bukan untuk urusan duniawi.

Beringat dan Bersedia untuk Akhirat 


Saudara, rasanya isi kandungan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith ini familar, kerana ramai usta atau tol guru merujuk dan menceramahkannya kepada saudara - ketika Kuliah Subuh atau Kuliah Maghrib atau Tazkirah selainnya. Tapi, apakah kita mengambil maklum dan berpandu kepadanya dalam kehidupan kita?
Diriwayatkan hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepada seorang lelaki, dan Nabi menasihatinya: ‘Ya’izuhu ightanim khamsan qabla khamsin, syababaka qabla haramika, wa-sihhatika qabla saqatika, wa-ghinaka qabla faqrika, wa-faraghaka qabla sughlika, wa-hayataka qabla mautika.’ (Yang bermaksud: Meraihlah (yakni, berusahalah atau mencarilah) (yakni, beramal dan beribadahlah untuk menyediakan diri untuk akhirat) lima perkara sebelum datangnya lima perkara: (pertama) ketika usia muda sebelum usia tua, (kedua) ketika sihat kamu sebelum sakit (atau, uzur) kamu, (ketiga) ketika kaya kamu sebelum faqir (yakni, tidak berada); (keempat) ketika longgar (yakni, lapang) kamu sebelum sibok kamu, dan (kelima) ketika (masih) hidup kamu sebelum mati kamu.) - Hadith al-Hakim dalam Mustadrak.
Kita disuruh bersedia mengerjakan serta memperbanyakkan amalan dan ibadah demi kebajikan akhirat kita ketika dalam suasana yang memudahkan kita mengerjakannya dan kita tidak dibendung atau dibelengui atau terhalang melakukannya. Lima perkara disebutkan yang memudahkan persediaan kita sebelum datangnya yang menyulitkan kita untuk beramal dan beribadah:
Pertama, ketika kita muda sebelum kita tua. Ketika muda kita penuh dengan tenaga dan kekuatan. Apakala tua kita akan lemah dan tidak mampu lagi berusaha dengan penuh gigih dan kekuatan tenaga fisikal kita. Ketika semua sendi mula sakit dan kita sudah kurang tenaga untuk beramal dan beribadah. Maka dengan itu banyaklah amalan yang kita tertinggal kerana kita sering sakit dalam keadaan dhaif;
Kedua, ketika kita sihat sebelum kita uzur. Ketika muda kesihatan kita masih utuh dan jika sakitpun mudah sembuh. Ketika tua kita sering terganggu kesihatan dan ada sesetengah kita melarat mengidap penyakit yang tidak mudah sembuh. Maka ketika itu, kita kurang bertenaga untuk mengerjakan amalan dan ibadah, apatah lagi ibadah dan amalan yang sunat-sunat pula;
Ketiga, ketika kita berupaya dari segi wang ringgit dan harta sebelum kita jatuh miskin dan melarat. Ketika muda tanggungan kewangan kita juga mungkin kurang dan setelah berkeluarga, contohnya, tanggungan kita bertambah dan kos kehidupanpun meningkat dengan banyaknya. Demikian juga ketika kita berada atau berwang, kita boleh megeluarkan sedekah dan berinfaq untuk fi sabilillah. Ketika miskin kita, seumpama orang yang bekerja sesudah pencen, maka mengahadapi kekurangan sumber kewangan untuk bersedekah atau berinfaq, maka tidaklah dapat kita menambah pahala melalui sedekah jariah dan infaq;
Keempat, ketika kita lapang sebelum kita sibuk. Ketika muda walau dimana kita bekerja, kita mempunyai kelapangan yang banyak. Bagi mereka yang sudah lama bekerja, maka akan semakin sibuk dan disibukkan oleh tugas-tugas harian yang tidak membolehkan kita banyak masa untuk menambah amalan dan ibadah. Terkadang ibadah dan amalan wajibpun dilambat-lambatkan atau terhalang atau tertinggal oleh kesibukan kita itu; dan
Kelima, ketika kita masih hidup sebelum mati kita. Kita hanya boleh beramal dan beribadah serta mengerjakan pelbagai amal makruf ketika hidup. Apabila mati tiada apa yang boleh dilakukan. Maka dengan itulah terputus peluang mencari pahala atau menebus dosa apabila nyawa sudah melayang.

Jazakallahu khairah

Nasihat kepada orang iman ... (Samb.)

Assalamualaikum,'
dalam post yang lalu kita telahpun lihat nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Zarr (maksudnya, nasihat kepada semua manusia, khususnya orang iman, kerana Rasulallah (s.a.w) diutuskan kepada semua umat, manusia, semua keurunan dan semua zaman). Kali inikita lihat pula apa nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada Ibnu Abbas (r.a), saudara beliau (maksudnya, nasihat untuk umat beliau). Ketika itu ibnu Abbas (a.s) masih kecil - teenager sebagaimana sahabat yang terkemuka lainnya spt Ibnu Omar (r.a), Anas b Malik, Ali b Abi Thalib, radiallahu 'anhum, dan lain-lainnya.

Nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada ibnu Abbas (r.a).  

Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberi nasihat berikut kepada sepupunya suatu nasihat yang seperti biasa adalah juga nasihat untuk umatnya, dan manusia seluruhnya.
Diriwayatkan hadith bahawa ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Ketika aku sedang membonceng di belakang (kenderaan) Rasulallah (s.a.w), tiba-tiba Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wahai pemuda! Sungguh-sungguh aku akan mengajarkan kamu beberapa kalimat, iaitu: (pertama) jagalah perintah Allah (a.w), nescaya Allah (a.w) akan menjaga kamu; (kedua) jagalah larangan nescaya akan engkau dapati Allah (a.w) selalu di hadapanmu; (ketiga) jika engkau meminta sesuatu mintalah kepada Allah (a.w); (keempat) jika engkau meminta bantuan atau pertolongan mintalah tolong kepada Allah (a.w); dan (kelima) ketahuilah bahawasanya semua umat, andaikan semuanya berkumpul (bersatu) untuk berbuat bencana kepadamu tidak akan dapat membahayakan engkau dengan sesuatupun kecuali apa yang ditakdirkan Allah (a.w) atasmu; dan bila mereka bersatu untuk membuat manfaat bagimu juga tidak akan mampu kecuali apa yang telah ditakdirkan untukmu. Telah diangkat Kalam dan kering tulisan dalam lembaran.’ - Hadith Imam Ahmad & at-Termidzi
Di dalam hadith di atas itu, nasihat Rasulallah (s.a.w) lebih menumpukan kepada aqidah yang terkait rapat dengan keimanan dan keyakinan serta ketaqwaaan orang Islam terhadap perkara-perkara yang fundmental walaupun ghaib. Rasulallah (s.a.w) memberikan lima panduan kepada ibnu Abbas (r.a) (yakni, kita semua yang Islam):
Pertama, seseorang Islam yang sentiasa menjaga perintah Allah (a.w), yakni buat segala yang disuruh – sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah – dan meninggalkan apa yang ditegah, pastilah dia dijagai oleh Allah (a.w), yakni pastilah dia masuk syurga dan dihindarkan dari siksaan neraka;
Kedua, seseorang Islam yang sentiasa menjaga dan waspada tentang larangan Allah (a.w) pastilah didapatinya bahawa Allah (a.w) itu seumpama berada dihadapannya yang sentiasa mengawasi dan memperingatkannya segala sesuatu;
Ketiga, seseorang yang Islam sentiasalah dia bergantung dan mengharap, maka dengan itu, meminta segala sesuatu kepada Allah (a.w) sahaja, tidak meminta pada makhluk lain, khususnya manusia, walaupun mungkin orang membantunya, tetapi Allah (a.w) yang menunaikannya;
Keempat, seseorang Islam itu hendaklah meminta bantuan dan pertolongan hanya kepada Allah (a.w) walaupun diusahakannya segala sesuatu tetapi niatnya dan qiblat permintaannya atau hasrat pertolongan yang diinginkannya adalah kepada Allah (s.a.w); dan
Kelima, bahawa umat Islam yang beriman wajib ingat bahawa jika Allah (a.w) memberi maka tiada siapa yang boleh menghalangnya dari diperolehi oleh orang yang diberiNya, dan jika Allah (a.w) tidak izinkan tidak siapa boleh menyampai atau memberikan kepada kita, yakni semua itu atas kehendak Allah (a.w) yang berkuasa sepenuhnya terhadap segala sesuatu. Justeru itu, walaupun semua manusia berusaha hendak memberikan sesuatu kepada kita, jika Allah (a.w) tidak izinkan, tetap tidak kesampaian pertolong mereka. Begitulah sebaliknya pula.

Jaakallahu khairah

Nasihat kepada orang iman ... (Samb.)


Assalamualaikum,
asaudara seorang yang Islam dan beriman yang benar itu sentiasalah dia inginkan panduan agamanya dalam semua perkara supaya dia menjalani kehidupan secara terjaga dari melakukan sesuatu yang memungkinkan dia terpesong atau menjerumuskannya ke dalam neraka kelak di akhirat. Justeru itu, elok kita teliti sepotong hadith yang panjang lebar - di bawah ini -yang mengandungi nasihat Rasulallah (s.a.w) kepada sahabatnyam, Abu Zarr. Walaupun beliau nasihati Abu Zarr, namun setiap suatu dalam sabda Rasulallah (s.a.w) adalah untuk kesemua umat manusia (khususnya yang Islam) mengambil ingat dan jadikan panduan hidup. Eloklah kita manfaatkan nasihta Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Zarr dalam hadith berikut.

Nasihat Rasulallah (s.a.w) Kepada Abu Zarr

Saudara, dalam Islam adalah suatu yang digalakkan kita bertanya dan mendapatkan nasihat terhadap segal sesuatu mengenai Islam dan iman dan taqwa, terutama dalam perkara malan dan ibadah. Supaya kita sentiasa meningkatkan ilmu kita, dan tidaklah membuat sesuatu yang menyalahi Islam atau sesuatu yang sia-sia. Dan, bagi seorang iman, apabila dinasihatkan hendaklah dia mendengar dan kemudian mengambilnya sebagai pandua. Jika tidak, kita mungkin terlibat sebagai orang yang digam sebagai 'sombong' dan 'berdusta'. Sombong kerana tidak mahu mendengar danasohat tentang agama, dan meremehkan nasihat orang lain terhada sesuatu perkara menytentuh Islam. Sombong adalah sifat keji, kerana itulah sifat syaitan yang sombbng dan bangga diri.

Diriwayatkan hadith daripada Abu Zarr (r.a) yang bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) tentang beberapa nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh beliau meningkatkan ketaqwaan (yakni, takutkan azab Allah (a.w)) kerana ia (yakni, ketaqwaan) boleh membentuk keperibadian luhur yang menjadi asas segala tindakan dan perlakuan yang menyelubungi jiwa seorang yang beriman.
Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasehat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Hendaklah sentiasa kamu secara berterusan membaca al-Quran dan mengingati Allah (a.w)(yakni, seperti berzikir kepada Allah (a.w)), kerana ia ‘nur’ (yakni, cahaya keimanan) di dunia dan ‘zakhirah’ (yakni, perhiasan diri) di syurga.’
Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Kurangkan ketawa kerana ia menjadikan jiwa (orang yg suka ketawa itu merasa) sombong dan menghapuskan seri muka kamu.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hendaklah kamu teruskan berjihad kerana ia adalah ‘ruhbaniah’ bagi umatku.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) meminta lagi nasihat, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Biasakanlah dirimu dengan orang-orang yang miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan, berbuat baik kepada mereka dan duduklah bersama-sama mereka.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lihatlah kepada mereka yang berada di bawah kamu supaya (dengan kerana itu) kamu membiasakan diri merasa syukur terhadap nikmat dan kurniaan Allah (a.w), dan janganlah kamu melihat orang yang berada di atas kamu (dengan kerana itu) nanti kamu akan menjadi tidak bersyukur terhadap pemberian Allah (a.w) kepada kamu.’
Kemudian Abu Zarr (r.a) memohon nasihat lagi, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Biarlah salah silap kamu menjadikan kamu tidak mencemuh orang lain. Dan janganlah mencari salah silap orang lain, kerana kamu sendiri melakukan kesalahan sedemikian. Tidak wajar kamu menyatakan salah silap orang lain dengan mencari kesilapannya, kerana salah silap sedemikian itu kamu sendiri memilikinya tanpa kamu sendiri sedari akan wujudnya (pada diri kamu).’
Kemudian itu Rasulallah (s.a.w) menepuk dada Abu Zarr (r.a) sambil bersabda: ‘Wahai Abu Zarr (r.a)! Tidak ada kebijaksanaan yang lebih baik daripada cermat berbelanja, dan tidak ada keimanan yang lebih baik daripada tidak melakukan kesalahan (atau dosa), dan (tidak ada) sifat ketinggian darjat lebih baik dari akhlak yang baik.’ - Hadith sahih Ibnu Hibban.

Pertama sekali hendaklah kita berusaha meningkatkan ketaqwaan kerana ketaqwaan ini akan membentu keperibadian yang luhur kepada seseorang itu kerana ketaqwaan itu melibatkan hubungannya dengan Allah (a.w) dan RasulNya serta hubungannya dengan manusia lain, termasuk kedua ibu bapanya, suami isteri, kaum kerabat, sahabat handai dan rakan taulan serta manusia umumnya.
Kedua, umat Islam itu digalakkan membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah (a.w), kerana membaca al-Quran dan berzikir itu adalah perbuatan memuji-muji dan mengingati Allah (a.w) yang telah memberikan kita pelbagai nikmat yang kita seringkali tidak ambil peduli atau ‘take for granted’. Zaman ini manusia itu seringkali dalam kesebokan maka tidak ada masa untuknya membaca al-Quran dan tidak ada masa juga untuk berzikir. Sebenarnya mereka mempunyai masa tetapi mereka meremehkan kepentingan akhirat mereka. Sebagai contoh mereka boleh berzikir semasa kita menguruskan hal ehwal dunia mereka.
Maksud hadith ini jelas di dalam al-Quran, mengikut kata para ulama’. Di dalam al-Quran, Allah (a.w) dalam firmanNya menyebut kalimah atau ungkapan ‘Kitab’ dan ‘hikmah’. Mengikut Imam as-Shafie, setelah meneliti pendapat dan pandangan para ulama’ yang faqih dengan Ilmu al-Quran, ‘hikmah’ bermaksud ‘sunnah Rasulallah (s.a.w)’ atau as-Sunnah. Rujuk Surah al-Baqarah (Ayat 129, 151 & 231), Surah ali-Imran (Ayat 164), Surah an-Nisa’ (Ayat 113), Surah ad-Dhuhan (Ayat 34) dan Surah al-Jum’at (Ayat 2) mengenai ungkapan ‘kitab’ dan ‘hikmah’ tersebut.
Ketiga, seseorang Islam yang beriman dan bertaqwa itu tidak membiasakan dirinya ketawa – terutama ketawa sampai berbahak-bahak – kerana ketawa itu adalah perbuatan syaitan dan perbuatan orang yang takbur terhadap Allah (a.w). Orang yang ketawa itu akan lupa dia akan tanggung jawabnya sebagai manusia dalam hidupnya dan lupa dia akan tanggung jawabnya sebagai hamba Allah (a.w) terhadap Allah (a.w). Di dalam sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sekiranya kita berpeluang melihat apa yang berlaku dalam neraka, sabda beliau, kita tidak akan mampu ketawa! Sebaliknya, kita akan menangis ketakutan.
Keempat, seseorang Islam itu hendaklah dia sentiasa berjihad demi agamanya dan demi ketaqwaannya. Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa selepas hijrah ke Madinah, tidak ada lagi hijrah bagi manusia, selain berhijrah melawan nafsunya. Malah dalam sepotong hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) menyebutkan hijrah dari Mekah ke Madinah itu adalah hijrah yang kecil berbanding dengan hijrah melawan nafsu itu. Kerana hijrah melawan nafsu itu yang terbesar dan terpayah sekali dikerjakan. Berhijrah adalah satu bentuk jihad, dan berjihad melawan kehendak duniawi diri adalah jihad yang berat kepada manusia. Dalam zaman moden ini hijrah melawan nafsu atau kehendak diri itu semakin besar dan rumit untuk dilaksanakan. Yang kaya akan sebok dengan kekayaannya. Yang miskin akan sebok juga dengan kemiskinannya. Semuanya, kalau tidak berhati-hati, akan terjerumus mencari ‘keperluan’ dunia tanpa henti-henti dan tanpa jemu-jemu dan sentiasa merasai kekurangan dan tidak cukup walaupun sudah lebih daripada cukup. Sudahlah begitu, lupa dia akan peringatan Allah (a.w) bahawa mereka diberi kesempatan berada di dunia semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w).
Kelima, keperibadian yang baik yang menunjukkan orang Islam yang benar-benar beriman dan bertaqwa itu adalah seseorang yang sentiasalah dia tidak membesar dan membangga diri, bersifat sombong dan merasai mulia diri berbanding dengan orang lain atau apabila melihat orang lain. Untuk membolehkan seseorang itu tidak dihayun oleh ombak takbur dan membesar diri, bongkak dan sombong serta takbur, hendaklah dia berbuat baik dan sering bergaul dengan orang miskin, maka dengan itu dia ingat dan syukur terhadap nikmat kurniaan Allah (a.w) kepadanya apabila dibandingkannya keadaannya, timbul perasaan peri kemanusiaan dan belas kasihan serta keinginan untuk membantu mereka yang lebih dhaif daripada dia. Orang yang berkedudukan lebih baik dalam hal ehwal dunianya sering sukar menjadi baik apabila berhubung dengan orang-orang miskin dan melarat. Jarang sekali kita temui orang yang kaya raya sering berhubungan atau menjalin hubungan silatur rahim yang kerap lagi erat dengan mereka yang fakir dan miskin. Inilah satu-satunya sifat yang amat sukar dijadikan panduan oleh ramai golongan manusia.
Keenam, hendaklah kita melihat ke bawah yakni melihat kedudukan (terutama, kedudukan ekonomi atau taraf hidup) mereka yang jauh lebih dhaif daripada kita walau di mana dan bagaimana sekalipun status dan kedudukan dan kehidupan kita sekarang. Apabila kita melihat mereka yang kurang daripada kita maka barulah kita terasa yang kita sebenarnya lebih bernasib baik daripada mereka yang dibawah kita. Allah (a.w) telah mengurniakan kita nikmat yang jauh lebih banyak daripada mereka yang di bawah kita. Ini akan membentuk keimanan kita dan akan menjadikan kita lebih bersyukur akan nikmat yang kita telah terima. Jika kita melihat kepada mereka yang lebih tinggi kedudukan dan taraf hidupnya dengan kita maka kita akan sentiasa tidak berpuas hati dan kita merasa kita telah tidak dibantu atau dibela oleh orang lain, malah seringkali kita menjadi kufur akan nikmat Allah (a.w) apabila kita merasa bahawa Allah (a.w) menyusahkan kita dan tidak membantu kita dengan memurahkan rezki kita! Mereka yang melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripadanyalah yang menjadikan manusia itu bertungkus lumus mencari dunia dan sentiasa tidak merasai puas dan cukup. Di dalam al-Quran dan beberapa potong hadith disebutkan bahawa sesiapa yang terlalu inginkan dunia maka Allah (a.w) akan mempermudahkannya, malah mendorongkannya lagi mencari dunia, dan kerana itu Allah (a.w) juga akan menyesatkannya lebih jauh daripada akhiratnya, kerana mereka akan terlupa dengan tanggung jawabnya terhadap Allah (a.w) dan terhadap manusia lain. Di dalam sepotong hadith lain pula, Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita bahawa hendaklah kita melihat dunia kita kepada orang atau golongan yang lebih dhaif hidupnya daripada kita, dan untuk tujuan melihat akhirat kita, hendaklah kita melihat orang atau golongan yang lebih tinggi daripada kita dari segi amalan dan ibadahnya, yakni keimanan dan ketaqwaannya, supaya kita tahu akan kekurangan kita dan dimana kita berada dan apakah yang perlu kita lakukan untuk menandingin
Ketujuh, sebagai seorang Islam Rasulallah (s.a.w) menyebutkan pula bahawa tidak wajar kita mencemuh atau mengata-ngata atau memperkecil-kecilkan orang lain. Atau, kita menjatuhkan air muka orang lain. Atau, kita mencemuh dan perlekehkan orang lain. Kita diberitahu bahawa umat Islam itu saudara se Islam, maka tidak wajarlah seorang saudara mencaci dan menghina dan menghamun dan mengaipkan orang lain. Dalam sepotong hadith lain disebutkan bahawa sesiapa yang menutupi keaipan saudaranya dalam dunia maka Allah (a.w) akan menutupi aipnya di akhirat kelak. Di dalam hadith lain disebutkan pula bahawa hendaklah kita menghebah-hebahkan kebaikan seseorang itu kepada orang lain, dan hendaklah kita tidak menceritakan keburukan atau keaipan seseorang itu kepada orang lain. Malah kita disuruh menutup keaipan orang lain, kalaupun ia wujud dan kita ketahui kewujudannya.
Kedelapan, kita hendaklah jangan mencari-cari keburukan atau kesilapan atau keaipan orang lain, kerana kita sendiri ada keburukan atau kesilapan atau keaipan tersebut tanpa kita ketahui. Kita adalah manusia, ciri-ciri manusia itu serupa sahaja. Yang membezakan antara seseorang itu dengan seseorang yang lain adalah keimanan dan ketaqwaannya yang mencorakkan tindak tanduknya di dunia. Lebih keimanan dan ketaqwaannya maka kuranglah sifat-sifat kejinya seperti sifat atau tabiat suka mencari salah silap orang lain atau mendedahkan keburukan dan keaipan orang lain.
Kesembilan, hendaklah kita menjadikan darah daging kita sifat berjimat dan tidak boros berbelanja. Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa kebijaksanaan yang paling tinggi pada manusia adalah berjimat cermat. Nasihat ini pastilah jelas dan tidak mengelirukan. Kita tidak tahu bilakah agaknya kita akan susah atau sakit atau kehilangan sesuatu. Jadi jika kita tidak bersedia untuk perkara-perkara tersebut maka pastilah kita akan melarat dan merempat kelak apabila berlaku perkara itu. Maka dengan itulah seseorang yang paling bijak dalam hidupnya adalah dia berjimat cermat sentiasa demi menyediakan dirinya sesuatu untuk mengatasi kesulitann di masa depan, jika berlaku.
Kesepuluh, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan keimanan yang terbaik adalah tidak melakukan dosa. Barangsiapa mampu menjaga dirinya daripada berbuat apa jua dosa (yakni, melakukan kesalahan-kesalahan – melanggar perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) – adalah orang yang paling tinggi taraf iman atau keimanannya. Di dalam sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) setiap manusia yang baik perangai dan budi pekertinya akan melakukan paling minimum 2,500 jenis dosa setiap hari. Apatah lagi orang yang perangai dan budi pekertinya jauh lebih rendah, pastilah berganda dan berbagai pula dosa yang dilakukannya. Itu adalah dosa-dosa kecil. Dosa-dosa besar tidak disebutkan. Dosa-dosa kecil itu boleh terhapus sebahagian dengan mengambil wudu’ dan bersolat dan sebahagian dengan melakukan pelbagai ibadat sunnat lain dan berdoa. Mungkin ramai orang Islam yang tidak sedar bahawa melanggar perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) itu berdosa atau mendatangkan dosa. Memang jelas bahawa melanggar perintah Allah (a.w) sudah pasti berdosa. Melanggar perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w) juga berdosa. Sebab, di dalam al-Quran disebutkan bahawa hendaklah kita ‘Taatkan Allah (a.w)’ dan ‘Taatkan Rasulallah (s.a.w)’. Allah (a.w) berfirman di dalam al-Quran bahawa apa-apa yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kita ambil dan apa-apa yang ditegahnya hendaklah kita tinggalkan; sesiapa taatkan Rasulallah (s.a.w) maka dia telah mentaati Allah (a.w); sesiapa yang sayangkan Allah (a.w) hendaklah dia ikuti perintah dan suruhan Rasulallah (s.a.w), dan banyak lagi firman Allah (a.w) sedemikian.
Kesebelas, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa tidak ada darjat kemuliaan yang paling tinggi dalam Islam selain dari mereka yang memiliki akhlak yang tinggi dan terbaik. Ini adalah salah satu pencapaian yang amat sukar bagi kita dalam meningkatkan taraf dan mertabat keIslaman, keimanan dan ketaqwaan kita. Barangsiapa dapat mengamalkan keperibadian dan akhlah yang luhur dan tinggi sudah pastilah dia mempunyai darjat kemuliaan yang tertinggi. Orang yang mempunyai akhlak sedemikian pastilah dia mencapai kejayaan mendapat syurga Allah (a.w). Allah (a.w) berfirman di dalam al-Quran bahawa orang yang baik di sisi Allah (a.w) adalah orang yang tinggi ketaqwaannya terhadap Allah (a.w).
Demikianlah sebelas perkara yang dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Zarr (r.a), yakni kita yang Islam, untuk menjadi panduan harian kita dalam hubungan kita dengan Allah (a.w) dan dengan manusia.

Jazakallahu khairah

Nasihat kepada orang iman ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Sauara kita teruskan penelitian kita tentang beberapa perkara yang Allah (a.w) dan RasulNya peringatkan manusia supaya mencari kejayaan akhirat ketika masih hidup. Hakikat yang wajib tidak diabaikan oleh orang iman adalah, dunia itu sementara dan tidak kekal, yang kekal itu adalah akhirat ya g kekal. Di alam akhirat hanya ada dua tempat tinggal - sama ada menjadi ahli syurga atau ahli neraka, kedua-duanya bergantung kepada apa yang dilakukan ketika di dunia.

Orang Yang Bijaksana

Saudara, sehubungan itu, sebagai orang iamn itu adalah berwaspada dalam hidupnya supaya tidak gagal di akhirat. Orang yang gagal di akhirat adalah orang yang mati disiksa dalam kubur dan terlepas dari mendapat peluang minum di Telaga al-Kauthar di padang mahsyar kerana tidak diakui/diiktiraf oleh malaikat sebagai umat Muhammad, dan akhirnya masuk neraka, wal iya zubillah. Maka nasihat Rasulallah (s.a.w) alam hadith berikut wajib kita jadikan panduan hidup kita.

Diriwayatkan hadith daripada Syadad bin Ausin (r.a) berkata hadith ini daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Orang yang pandai (atau bijak) itu adalah barangsiapa mengira-ngira pada dirinya (yakni, menghisab dunianya sebelum matinya) dan beramal dengan apa-apa sesudah matinya (yakni, menyiapkan sebanyak mungkin bekalan untuk akhiratnya), dan (orang) yang lemah adalah orang yang mengikuti dirinya (yakni, mengikuti kehendak), hawa nafsunya (menginginkan segala sesuatu nikmat duniawi) dan berangan-angan dia atas Allah (a.w) (yakni, tetap merasai bahawa Allah (a.w) akan menganugerahkan kepadanya syurga).’ Berkata at-Termidzi bahawa hadith ini hadith hasan (baik). Berkata (Syadad): ‘Dan makna (atau maksud) sabda Rasulallah (s.a.w) ‘Barangsiapa mengira dirinya’, bersabda (Rasulallah (s.a.w): ‘Mengira-ngira (atau menghitung) dirinya (akan amalan baik dan buruknya) di dalam dunia sebelum bahawasanya dihisab (atau dihitung oleh Allah (a.w)) akan dia pada hari Qiamat.’
Dan, diriwayatkan dari Omar bin Khattab (r.a) berkata: ‘Hasibu anfusahaum qabla an tuhasabu
’ (Yang bermaksud: Hitunglah (atau hisablah) diri kamu sekelian sebelum bahawasanya dihitung (atau dihisab)), (sambungannya) ‘dan menghiasi (yakni, diperlihatkan atau dipertunjukkan) (segala perlakuan semasa di dunia) pada hari perhimpunan agung (yakni, di padang makhsyar); dan sesungguhnya apa-apa yang seringan-ringan hisaban pada hari Qiamat (adalah) atas barangsiapa (yakni, orang) yang menghitung (atau menghisab/muhasabah) dirinya di dalam dunia.’ - Hadith at-Termidzi.

Saudara, dalam Islam itu orang yang bijak dalam hidupnya di dunia bukanlah orang yang berjaya di dunianya, tetapi orang yang berusaha untuk berjaya setelah matinya. Dia sentiasa berwaspada dalam mengeluarkan kata-kata/ketika bercakap, dan dalam melakukan sesuatu kerana setiap tindak tanduknya itu dicatitkan oleh malaikat Rakib dan Atid atau Kiraman dan Katibin yang sentiasa mengiringinya mencatitkan segala sesuatu yang dia ucapkan dan kerjakan. Kesemua catitan tersebut di bukukan dalam Kitab Catatan Amalannya, yang akan diserahkkan kepadannya di padang mahsyar kelak, yan akan ditimbang dosa pahala di mizan (neraca) Allah (a.w), yang menentukan apakah kita ahli syurga atau ahli neraka. Kemudian, kita akan melalui jembatan yang dirintangkan atas neraka menuju ke syurga. Meeka yang pahalanya mengatasi dosanya akan melalui jembatan tersebut, selamat sampai ke syurga.
Saudara, kita yang Islam dan beriman diberitahu bahawa dosa dengan Allah (a.w) boeh kita minta pengampunan dari Allah (a.w) dan kalau dikehendakiNya dii ampukanNya, maka kita diampunkan. Tapi, dosa dengan ibu bapa perlukan pengampunan terlebih dahulu dari kedua ibubapa kita, kerana keridhaan Allah (a.w) itu bergantung kepada keridhaan kedua ibubapanya terhadap anaknya. Kerana itulah, daam sepotong hadith, ketika Rasulallah (s.a.w) sedang berkhutbah di hadapan para sahabat beliau menyebut 'amin' ketika berkhutbah. Maka hairan para sahabat. Maka selepas selesai khutbahnya beliau ditanya mengapakah beliau mengganggui khutbahnya dengan semena-mena menyebut kalimah 'Amin'. Beliau memberitahu bahawa beliau ditemui oleh malaikat Jibril (a.s) ketika sedang berkhutbah, maka memberitahu kepadanya bahawa celakalah orang yang pertama, melalui bulan Ramadhan, kemudian berpuasa maka tidak dapat dia pengampunan di akhir Ramadhan yang menyelamatkannya dari neraka dan menempatkannya ke syurga kerana amalannya berpuasa serta amalannya dalam bulan Ramadhan tidak mendatangkan pahala, malah ditolak Allah (a.w); kedua, celakalah seorang yang ketika masih mempunyai kedua ibubapanya, atau salah seorang darinya, yang masih hidup, tidak dapat kedua ibubapanya atau ibu/bapa yang masih tinggal, mengampunkan dosa-dosanya terhadap mereka, dan meridhainya, dan kerana itu menghantarkannya ke syurga; dan ketiga, celakah seorang yangketika mendengar nama Muhammad atau Rasulallah disebutkan, maka dia tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) dengan menyebut 'sallalahu 'alaihi wa-sallam', kerana tidak bersyukur kepada Rasulallah (s.a.w), walhal Allah (a.w) perintahkan supaya berselawat atas beliau, maka tak mendapat  syafaatnya.
Saudara, ilmu memberitahu kita bahawa ada banyak perkara dan perlakuan yng dianggap remeh oleh orang Islam, ang memberikan pahala yang banyak, jika dikatakan atau dikerajakan, tapi dibiarkan atau diabaikan. Rugilah kita.

Jaakallahu khairah

Thursday, August 7, 2014

Nasihat kepada orang iman ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, menyambung lagi penelitian kita mengenai tajuk yang penting ini kita lihat dua potongan ketetapan Islam dalam ayat/hadith beikut:


Mencari Dunia dan Melupakan Akhirat 

Saudara, majoriti mansia itu - terutama yang tidak Islam itu - kesukaannya mencari dunia - nama, kedudukan, pengaruh, kuasa, kejayaan ekonomi, kekayaan, pengiktirafan dan sebagainya, sehinggakan sanggup membelakangkan banyak perkara dan pertimbangan termasuk akhiratnya. Orang Islam demikian juga, tidak ada bezanya. Terkadang walaupun Islam, perlakuakn ya di dunia tak berbeza denganperlakuan orang yang kafir. mungkin, kita yang masih rasional boleh nasihatkan diri kita dengan panduan Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man kanatil akhiratu hammahu ja’allahu ghinahu fi qalbihi wa-jama’a lahu syamlahu wa-atathul dunya wahia raghimatun, wa-man kanatid-dunya hammahu ja’allahu faqrahu baina ‘ainaihi wa-faraqa ‘alahi syamlahu wa-lam yaktihi minad-dunya illa ma quddira lahu.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa ada akhirat (menjadi) tujuannya (matlamat hidupnya) menjadikan Allah (a.w) kecukupan di dalam hatinya dan mengumpulkan Allah (a.w) kumpulan perkaranya (yakni, keperluan dunianya) dan datang padanya dunianya, dan adapun dunia itu hina; dan barangsiapa ada (menjadikan) dunia tujuannya (yakni, matlamat hidupnya) menjadikan Allah (a.w) keperluannya antara dua matanya (i.e. kehendak dunianya tidak akan terhapus selagi dia boleh melihatnya) dan memisahkan Allah (a.w) atasnya kumpulan perkaranya (keperluan serta persiapan akhiratnya), dan tidaklah datang padanya dari dunia kecuali apa-apa yang diqadarkan (i.e. qada’ dan qadarnya) apa-apa untuknya.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Sifat Qiamat. 
Saudara, dunia ini tiada nilainya pada Allah (a.w). Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith, kalaulah dunia ini nilainya sama dengan sebelah kepak/syap nyamuk, pasti Allah (a.w) tidak akan membenarkan seorang yang kafir minum seteguh air di dunia! Tapi, keraan dunia tiu tiada nilainya, maka Allah (a.w) kurniakan rezki kepada semua manusia - yang disayangi (i.e. orang iman) dan yang dibenctiNya (i.e. orang kafir dan irang yang menentang).Allah (a.w) mengqadarkan rezki setiap manusia yang hidup - dulu dan sekarang dan akan datang - atas dasar qada' dan qadarnya 50,000 tahun sebelum dunia diciptaNya. Justru itu, tidak hairan ramai yang kafir berjaya di dunia dan amai yang Islam tidak mwah di dunianya. Dalam Islam kemewahan - kekayan dan hartabenda - adalah cubaan yang amat geir untuk peentuan akhirat orang iman. Ini disebutkan dalam al-Quran. Yang kaya tetapi membazirkankekayaannya atau bakhil tidak berzakat dan menginfaq akan tersisksa di akhirat kelak, dan akan menempatkannya k e dalam neraka dan jauh dari kesempatan mendapat syurga, kerana tidak menginfaq demi fi sabilillah. Justeru itu, kalau kita tidak mewah dan kaya kita wajar bersyukur, sekurang-kurangnya terlepas dari satu fitnah/cubaan hidup yang getir. Sebaliknyam kalau kita kaya dan mewah dan kita bijak mengurus diri dan harta, dan mengtamakan akhirat, maka kita menempat syurga tahap yang lebih tinggo di akhrat.
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) (iaitu Abdullah bin Omar (r.a)) berkata: ‘Memegang Rasulallah (s.a.w) pada bahunya, maka bersabda Rasulallah (s.a.w) (kepadanya memberi nasihat): ‘Kun fid–dunya kaannaka gharibun au ‘abiru sabilin wa-‘udda nafsaka fi ahlil-quburi.’ (Yang bermaksud: Menjadikanlah pada dunia ini seakan-akan suatu yang gharib (yakni, suatu yang terasing, bukan sesuatu yang lazim) atau (jadikanlah dunia ini) seumpama pengembara (atau orang yang melintas atau menyeberangi satu jalan). Dan ingatkanlah diri kamu (seumpama) di dalam kubur.) Maka bersabda (Rasulallah (s.a.w) menyambung sabdanya) kepadaku (kata) ibnu Omar (r.a): ‘Iza asbahta fala tuhadith nafsaka bil-masai, wa-iza amsaita fala tuhadith nafsaka bis-sabbahi, wa-huz min sihatika qabla saqamika wa-min hatatika qabla mautika fa-innaka la tadri ya Abdullahi ma amsuka ghada).’ (Yang bermaksud: Ketika berpagi kamu maka janganlah bercerita kamu (yakni, mengingatkan atau berangan-angankan sesuatu) kepada diri kamu dengan petang harinya (i.e. ketika petang yang belum datang); dan ketika berpetang kamu maka janganlah menceritakan (yakni, berangan-angan) kamu dengan dirimu tentang subuh (i.e. keesokan harinya yang belum menjelma). Dan, ambillah dari keadaan sihat kamu sebelum sakit (atau uzur) kamu, dan dari hidup kamu sebelum mati kamu, maka sesungguhnya tidak tahu kamu wahai Abdullah siapa namamu besok harinya.) - Hadith at-Termidzi, Kitab Zuhud.
Saudara, ketika ini - penuis dan saudara yang membaca pst ini - masih bernyawa, namun belum tahu petang/pagi akan datang kita masiih hidup. Justru itu janganlah kita lupa, ditakuti tidak sempat memperbaiki diri. Hari ini ramai anak mudah yang datang ajalnya. Ada yang masih hidup melebihi 80 tahun, namun masih tercari-cari jalan yang benar atau masih dilekakan oleh dunia kerana kedudukan, kuasa, kepintaran otk, kekayaan, penghoormatan dan segala macam nkmat dunia, tidak pula berusaha untuk bersedia untuk kejayaan akhirat ...
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita bahawa akhirat itu dicapai hanya dengan usaha kita sendiri. Tiada free ride. Janganlah mimpikan kejayaan akhirat tanpa kita berusaha memperbaiki keIslaman, keImanan dan keTaqwaan kita semasa hidup.
Jazakallahu khairah



Islam larang kahwin ... (Samb.)

Assalamualaikum,
dalam post yang alu kita telahpun teliti perintah Allah (a.w) melarang orang iman lelaki atau perempuan kenikahi seorang wanita/lelaki yang tidak Islam (makasudnya, kafir) walaupun wanita/lelaki kafir itu menakjubkan - dalam apa-jua aspek atau dimensi ketakjuban itu - kecuali dia wanita/lelaki itu telah beriman terlebih dahulu. Iaitu firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-la tankihul musyrikati hatta yu’mina; wa-laamatun (-um) mukminatun khairun min (-im) musyrikatin wa-lau a’jabatkum; wa la tunkihu musyrikina hatta yu’minu; wa-la‘abdun (-um) mukminun khairun (-um) min (-im) musyrikina wa-lau a’jabakum; ulaika yad’u ilan-narial-ayat’ (Yang bermaksud: Dan janganlah kalian (i.e. lelaki mukmin) menikahi wanita musyrik sehingga beriman dia (i.e. wanita itu) dan (perbandingannya) nescaya amah (i.e. hamba wanita) yang beriman lebih baik dari wanita musyrik (i.e. yang hendak dinikahi) jikapun menakjubkan kalian; dan janganlah (wanita) beriman menikahi lelaki musyrik sehingga dia (i.e. lelaki itu) beriman, dan nescaya hamba lelaki yang beriman lebih baik dari lelaki musyrik (yang hendak dinikahi itu) jikapun dia (i.e. lelaki yang hendak dinikahi itu) menakjubkan kalian; mereka (yang musyrik) itu mengajak kalian ke neraka, manakala Allah (a.w) mengajak kalian ke syurga dan keampunan (dari Allah (a.w)) dengan izinNya jua; demikianlah Kami (Allah (a.w) menerangkan ayat-ayat Kami (Allah (a.w)) kepada manusia (yang beriman) supaya mereka diberi peringatan/beringat atau mengambil peringatan.) – Ayat 221: al-Baqarah
Saudara,dalam beberapa siri ceramah dalam ruang Cinta Ilmu di TV al-Hijrah penceramah saudara Harryanto meneliti dan menjelaskan perintah ini dengan panjang lebar. Disebutkan pandangan segolongan ulama; bahawa orang iman dibolehkan menikahi 'ahli kitab', walaupun tidak memeluk Islam. Sama jugalah pendapat para ilmuwan Islam yang menyatakan di mana tidak kedapatan daging halal - disembelih mengikut kaedah Islam - dibolehkan makan daging 'kosyer' - sembelihan orang Yahudi, kononnya orang Yahdi menyembelih lembu atau kambing sama dengan kaedah penyembelihan orang Islam!
Saudara, mungkin setelah mendengar ceramah atau pandangan sedemikian itu, kita mungkin terkeliru dan dikelirukan. Siapa dia 'ahli kitab'? Ahli kitab adalah orang atau nasyarakat manusia yang mengikuti ajaran Nabi Musa (a.s) dan Harun (a.s) berdasarkan Kitab Taurat dan orang atau maysrakat yang mengikuti ajaran Nabi Isa (a.s) berdasarkan Kitab Injil
Saudara, sekarang ini tiada lagi orang atau golongan masyarakat yang ikuti ajaran Musa (a.s) dan tiada juga orang atau masyarakat yang menganuti agama yang dibawakan oleh Isa (a.s). Kini tiada lagi ditemui Kitab Taurat - yang ada mungkin kitab yang merupakan saduran atau cabutan beberapa ketetapan Kitab Taurat/Kitab Injil tetapi tidak merupakan Kitab yang asli (ada yang kata The Old Testament itu adalah Taurat/The New Testament atau Bible itu adalah Injil) yang telah diubahsuai oleh para ulama' atau pendita masyarakat yang mengakui mereka ikuti ajaran Musa (a.s) berdasarkan Kitab Taurat! Kata mereka kalaulah mereka ikuti ajaran Kitab Taurat/Kitab Injil, maka mereka boleh dinikahi tanpa memeluk agama Islam! Ketetapan atau pendapat ini sama sekali salah dan tidak benar!
Saudara, dalam perkara agama, agama Allah (a.w) merupakan suatu evolusi mengiringi temadun manusia zaman-zaman selepas Adam (a.s) atau Nabi Nuh (a.s). Kemuncak aqidah dan syariat agama Allah (a.w) itu adalah ketika diturunkan Allah (a.w) al-Quran dan diutus Nabi Muhammad (s.a.w), sebagai 'khataman nabiyin' - nabi/rasul terakhir/penutup/penamat. Maka agama Islam yang dinamakan 'Islam' itu telah disempurnakan oleh Allah (a.w) - Ayat 3: al-Maidah. Tambahan pula, wujud sistem 'mansuh' (maksdunya, diganti atau dibatalkan) dan 'nansih' (maksud, yang mengganti dan membatalkana ajaran kitab-kitab terdahulu. Maka dengan itu ketika diturunkan Kitab Injil secara otomatis Kitab Taurat dibatalkan dan digantikan dengan Kitab Injil, Maka manusia yang hidup zaman tersebut yang ikuti agama Allah (a.w) berasarkan Kitab Taurat diwajibkan berpindah mengikuti ajaran Isa (a.s) dan mengambil panduan Kitab injil yang menggantikan Kitab Taurat, dan ajaran Musa (a.s) digantikan dengan ajaran Isa (a.s). Sesiapa yang tidak berpindah kepada ajaran Isa (a.s) dan ikuti panduan Injil, maka mereka jatuh kafir secara otomatis. Demikian jugalah dengan kedudukan zaman Nabi Muhammad (s.a.w) diutus Allah (a.w) dan Kitab al-Quran diturunkan Allah (a.w), maka umat yang mengikuti agama Allah (a.w) berdasarkan ajaran Isa (a.s) berpandukan Kitab injil wajib berpindah kepada syariat agama yang dibawakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) dan berpandukan al-Quran. Itulah kedudukannya.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith bahawa ketika Islam yang dibawakan oleh beliau bermula dengan panduan al-Quran, maka orang-orang Yahudi (yang berpandukan Kitab Taurat) dan orang Nesrani (yang berpandukan Kitab injil), berecah menjadi 71 atau 72 fahaman agama/mahab, kesemuanya masuk neraka kerana mereka tidak mahu terima syariat Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dan kerana tidak mahu terima al-Quran. Dalam sepotong hadith lain pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu apabila bliau sudah wafat, umat Islam akan berpecah menjadi 73 fahaman atau mazhab Islam, 72 faham atau mazhab Islam masuk neraka walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, dan hanya satu fahaman Islam sahaja yang berjaya mendapat syurga. Apakala ditanya oleh para sahabat siapakah atau golongan yang satukah yang berjaya mendapat syurga itu, Rasulallah (s.a.w) memberitahu iaitu mereka yang memenuhi dua syarat; pertama, mereka ikuti 'ma ana 'alaihi, wa-ashabi' (maksudnya, as-sunnah, i.e. sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah yang empat) dan, kedua, 'wa-hiya jama'ah' (maksdunya, berjema'ah). Jelaslah, Islam saja belum tentu benar kecualilah kita Islam dengan berdasarkan ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ingatlah orang Islam (maksudnya, umat Muhammad (s.a.w) yang dapat syurga adalah golongan minoriti - 1/73 fahamam/golongan/mazhab Islam!
Saudara, sehubungan itu orang iman (maksudnya, anuti Islam dan beriman) tidak dibolehkan menikahi orang Yahudi yang beragama dengan agama Musa (a.s) sekalipun, dan orang Nesrani yang beragama dengan agama Isa (a.s) sekalipun, tidak boleh dinikahi kecuali mereka masuk Islam dan benar-benar beriman dalam Islam!
Mudah-mudahan penjelasan ini tidak mengelirukan. Pendeknya, orang iman itu tidak dibenarkan menikahi orang yang tidak Islam dan, kalau Islampun tapi tidak beriman, kecuali orang itu terlebih dahulu masuk Islam dan benar-benar masuk Islam dan beriman. Itulah mesej firman Allah (a.w) yang dirujuk itu. Demikian jugalah sembelihan ternakan yang menghalalkan orang Islam memakannya. Ayam, itik, kambing, lembu, kerbau, rusa dll adalah ternakan yang dihalalkan umat Islam makan, kekal tidak halal jika tidak disembelih oleh orang Islam dengan menyebut: 'Bismillah, Allahu Akbar' ketika menyembelihnya. Sembelihan tersebut tidak halal jika yang menyembelihnya Islam tapi menambah pula kepada beberapa kalimah lain selain kalimah-kalimah tersebut ketika menyembelihnya! Orang yang tidak Islam menyembelih ternakan tersebut dengan melafazkan kalimah-kalimah tersebut juga tidak menghalalkan daging ternakan tersebut dimakan oleh orang Islam, kerana yang menyembelihnya tidak Islam. Tambahan pula, apabila daging - ayam, kambing, lembu, kembau, unta dll - yang disimpan bersama dengan daging-daging yang haram (seperti daging ayam, kambing, lembu, kerbau, unta, rusa dllnya yang tidak sembelih mengikut kaedah Islam atau disimpan di tempat simpanan/peti sejuk yang juga disimpan daging-daging yang tidak halal, terutama daging babi) menjadi haram pula. Maka, kehalalan daging yang halal dalam Islam itu merangkumi kehalalan proses penyembelihan, penyimpanan dan penempatannya ketika diangkut atau dipamirkan. Dalam konteks ini, jika daging ayam (sebagai contoh) disimpan oleh supermarket dikawasan yang sama atau dalam peti simpanan dingin yang sama atau dicampurkan dengan daging ayam  yang tidak disembelih mengikut cara Islam, telah menjadi haram. Sesiapa yang memakannya seumpama memakan bangkai yang haram, dan setiap urat dan daging yang tumbuh hasil dari makanan sedemikan akan dibakar oleh neraka. Jika bahagian tubuh badan dibakar api neraka, pastilah keseluruhan badan/jasad itu berada dalam neraka, wal iya zubillah. Jika begitu berhati-hatilah membeli ayam atau daging 'halal' dari supermaket atau penjual yang kita tidak pasti halal haramnya ... Begitu jugalah sebagai seorang Islam yang beriman, wajib berhati-hati makan di luar - di warung, kedai makan, atau restoran yang dimiliki oleh orang yang tidak Islam, kerana dikhuatiri mereka tidak berjaga-jaga dalam mendapatkan bekalan ayam, menyimpan ayam, dan memasak ayam (atau daging  halal) menggunakan peralatan masakan yang sama. Janganlah kerana suka makan luar atau sukakan makanan 'Chicken Rice', contohnya, kita tak memilih tempat dan kita tidak berjaga-jaga. Neraka itu tempat yang amat bahaya kepada orang iman. Janganlah kerana mengikut peredaran zaman kita makan di kedai China, India atau orang utih yang tdak Islam, kita menempat tempat tinggal dalam neraka, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah.

Monday, August 4, 2014

Nasihat kepada orang iman ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti apakah yang disebut sebagai 'siratul mustaqim' itu? Allah (a.w) sendiri menjelaskan kepada hambaNya dalam beberapa surah (sebahagian kita telahpun teliti). Malah Rasulallah (s.a.w) menjelaskan serta memperincikan 'siratul mustaqim' itu kepada umat manusia - terutama yang Islam - apa dia dan bagaimana mendapatkan jalan yang lurus itu. Kita diberitahu bahawa hanya satu saja jalan ke syurga dan selamat dari neraka, iaitu 'siratul mustaqim' itu. Walhal, ada 1,001 jalan dan lorong ke neraka. Namun, hakikatnya jalan itu dari segi lahiriahnya tidak wujud dan tidak dapat dibayangkan dengan mata kasar kita, tetapi dengan izin Allah (a.w) orang iman itu faham maksudnya, atau faham apa yang ada di penghujungnya atau apa yang menunggu manusia di garisan penamatnya. Yang pasti, yang berada di atasnya ketika dia hidup, maka sejahteralah dia setelah sampai ajalnya - terlepas dari siksaan kubur, berehat dalam kuburnya kerana tidak disksa, malahan kuburnya adalah salah satu dari begitu banyaknya taman-taman syurga. Dia, hanya menunggu kiamat, untuk masuk ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang disukai atau dipilihnya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak diberi hidayah oleh Allah (a.w), maka pastilah dia mencari pelbagai jalan untuk ke syurga sama ada dengan pendapat atau penfasirannya sendiri atau penafsiran atau ajaran mahaguru/ustaz atau orang bijak pandai yang diikutinya ajaran mereka. Maka batal dan batil segala amalan dan ibadahnya, maka terjerumus dia, dan akhirnya berusaha bersusah payah mencari syurga, tapi neraka yang diperolehinya. Orang yang demikian itu disebut oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut: 
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qaddimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Aku (Allah (a.w)) periksa amalan mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) - Ayat 23: al-Furqan.
Saudara, janganlah kita rugi kerana perbuatan kita sendiri - mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah dengan penuh istikamah, tetapi sia-sia saja. Ada banyak penyebab atau sebab musabab kenapa amalan kita itu menjadi sia-sia. Insya Allah, akan kita teliti satu persatu - malah akan kita ulang kaji satu persatu selanjutnya (kerana sudahpun disebutkan berulang kali dalam post-post dalam blog inipun, mungkin tidak perasan. Antaranya: orang yang tidak Islam tak guna segala kebaikannya - termasuk sedekahnya. Kalau Islam, takda makna keIslamannya kalau dia tidak ikuti sepenuhnya tanpa pengecualian segala ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.). Ayat 13: an-Nisa' dan Ayat 14: an-Nisa' dengan jelas memberitahu ketetapan induk Allah (a.w). Seperti yang sudah diberitahu dalam post yang lalu bahawa ada 1,001 jalan ke neraka itu - ada yang tanpa kita sedari, ada yang kita tahu dan faham tapi tak peduli, dan ada yang kita tak tahu atau tak sedar kerana kejahilan kita, kerana jahil ilmu. Dakam beragama, kebenaran itu adalah apa yang Allah (a.w) firmankan dalam al-Quran dan apa yang disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah, bukan apa yang ulama' itu dan ini kata dan berpandangan. Dalam Islam semuanya pasti, tidak mengelirukan kalau fahami Islam melalui ilmu dan bukan fahami Islam atas dasar taklid atau ikut sifolan dan sifolan... Maka dengan itulah kita berdosa setiap saat kalau kita tidak menyempatkan waktu mengaji/belajar ilmu dalam Islam (ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan ilmu faraid) setiap hari atau minggu supaya tidaklah kita jahil ilmu. Jahil ilmu satu jalan ke neraka, wal iya zubillah.
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam Ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu mereka telah beramal dengan bersusah payah @ Akhirnya masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4: al-Ghasyiah.
Janganlah kita tergolong dalam golongan yang rugi ini. Belajarlah ilmu dan bersedialah dengan panduan yang benar.

Perintah serta Peringatan Allah (a.w)

(-)   Odit persiapan diri untuk mati
Saudara, Allah (a.w) suruh kita buat self-examination = muhasabah diri, apakah kita sudah sediakan cukup bekalan untuk perjalanan waktu yang begitu jauh, lama dan tidak ada penamat? Akhirat??
Firman Allah (a.w): ‘Ya aiyuhallazina amanu ittaqullaha wal-tanzur ma qaddamat lighadin; wat-taqullah; innallaha khabirum bima ta’maluna.' (Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, takutkanlah Allah (a.w) (yakni, bertaqwalah kepada Allah (a.w)); dan lihatlah (yakni, hitung dan perhatikanlah) apa-apa yang telah kamu kirimkan terdahulu (yakni, amalan serta perbuatan kamu semasa di dunia untuk bekalan akhirat kamu); takutkanlah Allah (a.w) (yakni, bertaqwalah kepada Allah (a.w)); sesungguhnya Allah (a.w) akan memberitahu kamu kelak dengan apa-apa yang kamu amalkan (semasa hidup kamu).) - Ayat 18: al-Haysr.
Saudara, Allah (a.w) peringatkan hambaNya yang Islam dan beriman supaya berusaha sekuat mampu menyediakan diri untuk mati dengan kejayaan. Manakah mungkin seorang itu mati, maka dikira berjaya? Kenapa tidak? Adakah seseorang yang tak mati? Mungkin ada orang bernasib baik dikurniakan Allah (a.w) umur yang panjang. Contoh, tak payah lihat jauh, lihat sajalah Dr Mahathir (kini, 89 tahun) dan Dr Siti Hasamah (kini 88 tahun), masih sihat, mungkin sempat hidup dengan walafiat 15 tahun lagi, wallahu a'lam (mengikut berita ketika diraikan oleh Vincent Tan tak lama dulu). 

(-)  Berusahalah untuk kebaikan akhirat
Dalam perkara umurpun, tak boleh dibanggakan. Kerana seorang Islam yang baik dan beruntung itu adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalannya; berbanding dengan orang yang panjang umurnya tapi buruk amalannya!
Firman Allah (a.w): ‘Wa-sari’u ila maghfiratin min(-r) rabbikum wa-jannatin ‘arduhas samawatu wal-ardu u’iddat lilmuttaqina @ Allazina yunfiquna fis-sarai wad-dorra-i wal-kaziminal gahiza wal-‘afina ‘annin nasi; wallahu yuhibbul muhsinina @ Wal-lazina iza fa’alu fahisyatan au zallamu anfusuhum zakarullaha fastaghfaru lizunuhihim wa-man (-ai) yaghfiruz-zunuba illalahu wa-lam yusirru ‘ala ma fa’alu wahum ya’lamuna @ Ulaika jazauhum maghfiratun min(-ir) rabbihim wa-jannatun tajri min tahtihal-anharu khalidina fiha wa-na’ma ajrun ‘amilina.' (Yang bermaksud: Berlumba-lumbalah (kalian) kepada mendapatkan keampunan dari Tuhan kalian dan syurga itu lebarnya (atau luasnya seluas) antara beberapa langit dan bumi disediakan bagi mereka yang bertaqwa @ (Siapa? iaitu) Orang-orang yang menginfaqkan (sebahagian daripada rezki yang dikurniakan oleh Allah (a.w) kepadanya) dalam keadaan dia kaya (atau berada) dan dalam keadaan mereka melarat (yakni miskin), dan orang-orang yang menahan pada kemarahannya (apabila dia hendak marah kerana sesuatu), dan orang-orang yang memaafkan (kesalahan) dari kalangan manusia (terhadap dirinya), dan Allah (a.w) itu adalah zat yang sukakan kepada orang-orang yang mukhsin (yakni, yang suka berbuat baik) @ Dan (siapa lagi? iaitu), orang-orang yang ketika melakukan maksiat (atau kejahatan atau perbuatan yang berdosa) atau menzalimi diri mereka sendiri, ingat mereka akan Allah (a.w) maka meminta ampun mereka kerana dosa-dosa mereka, dan (tiada siapa) yang dapat mengampuni dosa-dosa itu kecuali Allah (a.w) dan tidaklah mereka menetapi (yakni, mengulangi) atas apa-apa yang berbuat mereka dan mereka mengetahui (akan perbuatan-perbuatan tersebut ditegah dan mendatangkan dosa) @ Mereka itu mendapat balasan keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir dari bawah syurga itu beberapa sungai, kekal mereka di dalamnya (yakni, syurga itu) dan sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal (dengan sifat-sifat tersebut).) - Ayat 133 hingga 136: ali-Imran]
Orang kaya dan orang biasa itu digalakkan menginfaqkan (atau bersedekah) sebahagian daripada rezki yang diterima mereka untuk fi sabilillah. 'Fahisyah’ ada sesuatu maksiat atau perbuatan yang ditegah oleh Allah (a.w) dan RasulNya kita lakukan atau kerjakan, yang mendatangkan dosa, dan kerana dosa itu, wajib disiksa di akhirat kelak. ‘Menzalimi diri’ adalah segala perbuatan sengaja yang mendatangkan dosa setelah tahu perbuatan itu berdosa atau ditegah.


(-) Jadilah orang yang bertaqwa dan meningkat ketaqwaannya
Diperjelaskan dalam ayat tersebut siapakah mereka yang tergolong sebagai orang yang bertaqwa? Apakah ciri-ciri orang yang bertaqwa itu disebutkan dalam firman Allah (a.w) di dalam ayat tersebut. Ciri-ciri mereka adalah:
Pertama, orang yang bersedia dengan penuh ikhlas menginfaqkan sebahagian daripada rezki yang diperolehinya (wang ringgit dan harta benda) dari kurniaan Allah (a.w) untuk fi sabilillah (yakni, membela Islam dan umatnya), ketika mereka dalam kesenangan hidup dan semasa dia dalam kesusahan hiduppun;
Kedua, orang yang mampu menahan kemarahannya terhadap orang lain walaupun dalam keadaan biasa mereka pasti marah atau naik berang terhadap perbuatan orang-orang sedemikian terhadapnya;
Ketiga, orang-orang yang bersedia dengan rela hatinya memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap dirinya; dan
Keempat, orang-orang yang apabila melakukan sebarang dosa sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, dia teringatkan Allah (a.w) dan takutkan kemurkaanNya, maka bersegeralah dia bertaubat. 


(-)   Sempatkan masa untuk bersedia
Saudara, kerana sayangkan hamba-hambaNya Allah (a.w) memberi peringatan sentiasa dan dalam pelbagai keadaan di dalam al-Quran dan as-Sunnah (hadith qudsi), supaya tidaklah hambaNya lupa dan alpa, seperti contoh hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Khalid al-Walibiyi hadith dariada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Dan tidak mengerti aku kecuali sungguh merafakkan pada hadith bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yaqulullahu subhanahu: ‘Ya ibna adama tafaragh li’ibadati amla-a sodraka ginna wa-asudda faqraka wain lam taf’al malaktu sodraka syughlan walam asudda faqraka.' (Yang bermaksud: Berfirman Tuhan kamu, zat yang Maha Suci: Wahai anak-anak Adam melonggarkanlah (yakni, lapangkanlah masa) untuk beribadah kepadaKu (Allah (a.w)) maka memenuhi Aku (Allah (a.w)) akan kalbumu dengan kecukupan dan menutup Aku (Allah (a.w)) akan keperluanmu (yakni, dicukupkan keperluan dunia); dan jika tidak mengerjakan (atau berbuat) kamu (melapangkan masa untuk beribadah kepada Allah (a.w)) memenuhi Aku (Allah (a.w)) akan qalbumu dengan kesibukan dan tidak menutupi Aku (Allah (a.w)) keperluanmu (yakni, keperluan dunia sentiasa merasa tidak cukup atau kekurangan atau tidak kesampaian apa yang dihajati).) - Hadith (qudsi) ibnu Majah, Kitab Zuhud.  
Mudah-mudahan saudara mendapat manfaat dari tulisan dalam post ini, insya Allah.

Jazakallahu khairah

Nasihat kepada orang Islam yang beriman ...

Assalamualaikum,
Saudara, mulai post ini dan seterusnya dalam beberapa post yang akan datang kita akan teliti ketetapan Islam, supaya kita ilmukan diri kita bagaimana nak menjadi orang Islam yang berjaya akhiratnya, iaitu menanamkan dalam diri kita komitmen supaya sering mengerjakan amal soleh, berusaha meningkatkan keimanan kita dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah (a.w), beristiqamah dalam memperbaiki diri (maksudnya, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan). Allah (a.w) memberitahu manusia - lebih-lebih lagi yang Islam dan beriman - bahawa setelah matinya dia, hanya dua tempat destinasinya - iaitu segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka, apabila kiamat dunia dan selepasa proses mizan - hitungan dosa pahala kelak - Ayat 7: as-Syura.


Siapa dapat syurga?

Saudara, Islam saja tidak mencukupi untuk berjaya di akhirat. Untuk mendapat syurga. Kerana, ramai orang Islam yang namanya saja Islam, tetapi dalam semua perkara tidak ada bezanya mereka dengan orang musyrik dan kafir, seumpama orang Yahudi dan Nesrani dan orang China, India dan lain-lain bangsa, yang menyembah berhala! Setiap hari mereka melakukan dosa - mengerjakan apa-apa yang ditegah dan dilarang dan meninggalkan apa-apa yang disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).
Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa sesiapa yang Islam ketika sakratul maut (i.e. ketika nyawa/roh nak keluar dari tubuh seseorang itu) sempat menyebut kalimah 'La-ilaha ilallah' - maksudnya mengucapkan kalimah syahadah - masuk syurga. Kita jangan keliru. Sememangnya hanya orang Islam yang akan mendapat syurga - setelah dihisab amalannya, setelah dibasuh dosanya dalam neraka, dan setelah bersih dirinya dari dosa, barulah diberi peluang masuk syurga. Orang yang tidak Islam - seperti orang yang menganuti agama selain Islam, yang percayakan 'Tuhan Tiga Serangkai', atau mempercayai Isa (a.s) adalah anak tuhan, yang percayakan kuasa ketuhanan selain Allah (a.w), termasuklah orang Islam yang 'fasiq' (maksudnya, Islam tetapi menentang ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), khususnya tidak mengerjakan ketetapan Islam seperti solat, puasa Ramadhan, zakat dan fitrah, menunakan haji apabila mampu, menginfaqkan sebahagian kekayaan dan harta untuk fi sabilillah) pasti masuk neraka. Bezanya, Kalau yakin dengan kewujudan Allah (a.w) sebagai tuhan yang esa, tiada tuhan selainnya, akhirnya akan masuk syurga. Yang tidak Islam dan Islam tetapi tidak mengakui keesaan Allah (a.w) pasti tak akan masuk syurga!
Saudara, bagi yang Islam, syurga itu hanya diberikan jika semasa di dunia mereka patuh dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - mentaati Allah (a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan al-Quran) dan patuh dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti ketetapan as-Sunnah) - Ayat 13: an-Nisa'. Allah (a.w) perintahkan manusia supaya ambil pakai segala ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, terima dan beramallah dengan as-Sunnah) - Ayat 7: al-Haysr. Allah (a.w) memberitahu manusia, khususnya kita yang Islam, bahawa mentaati Rasulallah (s.a.w) mencukupi sebagai bukti yang kita taatkan Allah (a.w) - Ayat 80: an-Nisa'

Jalan ke syurga?

Saudara, ada banyak jalan - malahan ada 1,001 jalan - ke neraka itu! Tapi, hanya satu jalan saja ke syurga - jalan yang pasti, iaitu 'siratul mustaqim', iaitu berpandulah kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam urusan dunia dan dalam urusan akhirat. Itu saja jalan menjamin syurga. Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa beliau tinggalkan kepada kita, umatnya, dua hazanah ilmu dan panduan hidup yang pasti tidak menjerumuskan kita ke neraka, dan menjadi kita sampai secara pasti ke syurga, iaitu al-Quran dan as-Sunnah - Hadith Imam Malik dll. ini adalah sebahagian daripada isi khutbah wada' Rasyulallah (s.a.w) sebelum beliau wafat.
Orang Islam tidak akan dapat syurga kecuali dia beriman. Orang yang beriman itu yakin dia adanya akhirat dan balasan akhirat terhadap segala sesuatu yang dikatakan dan yang dikerjakan ketika hidup, apabila dosa-dosa yang ada tidak ditaubatkan. Syurga hanya diberika kepada orang yang mengerjakan amalan, kalau tak beramal - tak solat, tak pusa, tak keluarkan zakat dan fitrah, tak naik haji setelah mampu, memakan harta anak yatim dan harta sabilillah, kaya tapi bakhil, - berzina, minum arak, berjudi, mencuri, dll perbuatan yang ditegah Allah (a.w) dan RasulNya, dan buat segala yang dilarang, pasti tak dapat syurga. Kalau Islam tapi tidak berjema'ah dalam Islam - Ayat 103: ali-imran, kerana semua amalan sah apabila berjema'ah, dan, kalau tidak berbai'at kepada seorang Imam/Amir (yakni, pemimpin jema'ah umat Islam) - Ayat 59, an-Nisa, kerana mengamalkan Islam bersendirian tanpa bantuan jema'ah, pasti disesatkan oleh syaitan, pasti terjerumus ke dalam neraka, dan, kerana kalau tidak berjema'ah belum diakui Islam dalam ketetapan syariat Islam. Dan, kalau Islam mengerjakan amalan dan ibadah tanpa panduan ilmu - maksudnya ilmu al-Quran dan as-Sunnah - pasti tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36: al-Isra' dan kalau buat amalan tanpa memurnikan aqidah dan syariat Islam itu, dan niatnya lari dari ketetapan Allah (a.w) - Ayat 56: al-Isra', pasti tidak diterima Allah (a.w). Demikianlah, simpang-simpang yang kita harus berjaga-jaga dalam melalui 'siratul mustaqim', jalan menuju syurga itu. Jelaslah, hanya satu jalan ke syurga iaitu 'siratul mustaqim' dan ada 1,001 jalan ke neraka! Hanya ilmu yang membolehkan kita mengenalpasti bagaimana nak dapatkan 'siratul mustaqim' dan bagaimana jika boleh tidak tersasar atau tersesat dalam mencarinya.

Siratul mustaqim itu?


Saudara, 'siratul Mustaqim' itu adalah jalan tunggal ke syurga dan manusia wajib ikuti semasa hidupnya, bukan selepas matinya! Setelah mati, jika tidak menyediakan diri berada di atasnya (maksudnya, jalan itu), maka pastilah di akhirat kelak gagal mendapat syurga sebaliknya, masuk neraka secara pasti. Malah kalau tidak menyediakan diri untuk mendapat siratul mustaqim tersebut, ketika mati disiksa dalam kubur setiap saat dan di akhirat dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka tanpa dihisabpun! Kerana pasti di dunia calun neraka dan di akhirat diberi hukuman masuk neraka - kekal di dalamnya, wal iya zubillah.

Saudara, kita disuruh  supaya jangan alpa dan jangan lupa perintah dan pesanan Allah (a.w) kelak di akhirat kita akan dilupakan oleh Allah (a.w).
kalau kita rajin teliti al-Quran, kita akan temui kerap kali Allah (a.w) berfirman menyebut tentang 'siratul mustaqim' itu, seperti beberapa cabutan di bawah:
Saudara, dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 153: al-An'am, jelas kita diberitahu oleh Allah (a.w) bahawa 'siratul mustaqim' itu didapat dengan menetap al-Quran dan as-Sunnah. Maka dengan itu jugalah Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa beliau tinggalkan dua perkara (maksudnya, hazanah panduan hidup dan hazanah ilmu) iaitu al-Quran dan as-Sunnah, yang sesiapa berpegang kepada kedua-duanya dengan teguh tanpa dicampur-adukkan dengan sebarang panduan lain, pasti tidak sesat di dunia mencari 'siratul mustaqim' itu.

Firman Allah (a.w): ‘Wa-an haza siratul mustaqiman fattabi’uhu, wa-la tattabi’us subula fatafarraqa bikum ‘an sabilihi; zalikum was-sokaum bihi la’allakum tattaquna.’ (Yang bermaksud: Dan  inilah (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) jalan yang lurus ke syurga itu dan janganlah ikuti lain-lain jalan (yakni, maksudnya, mengikuti ajaran dan ajakan orang yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah atau orang-orang yang mencampur adukkan al-Quran dan as-Sunnah dengan panduan-panduan pemikiran dan pendapat manusia), nanti kamu sekelian akan menyimpang (sesat) dari jalan yang lurus itu (sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah) dan (janganlah) berfirqah-firqah kamu; demikianlah diwasiatkan (yakni, diwajibkan) atas kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa.) -Ayat 153: al-An’am 
Saudara, jelaslah hanya satu jalan ke syurga dan jalan itu adalah 'siratul mustaqim' disebutkan di dalam firman Alah (a.w) di atas itu. Janganlah cari lain-lain jalan, apapun nama atau bentuk atau kaedah jalan yang dipejeaskan oleh para ulama', semuanya itu boleh menjerumuskan kita ke neraka. Kalau ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - pure and simple - pasti dapat panduan yang benar melalui jalan tersebut. Allah (a.w) dalam menunjukkan jalan lurus tersebut memperingatkan manusia supaya jangan berfirqah - maksudnya in simple terms - jangan bermazhab. Islam tidak mengajarkan umatnya bermazhab atau berfahaman secara terasing. Islam tidak menyuruh umatnya bermazhab (=berfirqah), jika berfirqah maka terjadilah apa yang diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa selepas wafat beliau umat Islam akan berpecah mengikuti 73 jalan atau amalan atau fahaman Islam, semuanya mengakui mereka akur dengan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 perkumpulan atau fahaman Islam gagal dapat syurga, dan masuk neraka secara pasti, dan hanya satu golongan atau fahaman Islam yang berjaya mendapat syurga, yakni selamat dari neraka, iaitu mereka yang dikatakan oleh Rasulallah (s.a.w) memenuhi dua syarat - mereka ikuti/contohi 'ma ana 'alahi, wa-ashabi' (Yang bermaksud: Mereka yang berada atas jalanku (=sunnahku) dan sunnah; dan 'wa-hiya jama'ah' (yang bermaksud: mereka berjema'ah dalam menganuti dan mengamalkan syariat Islam).Jelasnya, mereka berpanduan hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam hidupnya sebagai seorang Islam yang beriman. 

(-) Surah an-Nisa’ 

Saudara, hanya orang yang benar-benar beriman dengan Allah (a.w) (nota: beriman dengan Allah (a.w) termasuklah beriman dengan semuanya, termasuk bahawa Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah orang yang diutus menyampaikan syariat agama Allah (a.w) kepada manusia sejagat - melalui as-Sunnahnya). Mereka akan diberi Allah (a.w) hidayah bagaimana nak dapatkan siratul mustaqim itu dan bagaimana nak kekal berada di atasnya sampai ajalnya.
Firman Allah (a.w): ‘Fa-ammal-lazina amanu billahi wa’tasimubihi fasayudkhiluhum fi rahmatin (-im) minhu wa-fadlin (-iu) wa-yahdihim ilaihi siratan (-am) mustaqiman.’ (Yang bermaksud: Maka adapun orang-orang yang beriman dengan Allah (a.w) dan mereka berpegang teguh (= beristiqamah) dengan keimanan sedemikian itu, maka Allah (a.w) memasukkan mereka ke dalam kerahmatanNya dan kefadhalanNya dan memberikan kepada mereka hidayah (=petunjuk) kepada jalan lurus ke syurga tersebut.) –  Ayat 115: an-Nisa’
Saudara, siratul mustaqim itu akan ditunjukkan oleh Allah (a.w) kepada seseorang Islam yang beriman dan akur sepenuhnya dengan keimanannya - maksudnya buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah - maka akan diberi hidayah oleh Allah (a.w) bagaimana nak dapatkan jalan itu dan kekal di atasnya.


(-) Surah al-An’am

Saudara, dalam firman Allah (a.w) berikut, Allah (a.w) murka kepada orang yang tidak mahu terima ketetapan al-Quran, malah tidak mahu beriman, sebagai orang yang sebagai orang-orang mendustakan ayat-ayat Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) adalah orang yang tuli, bisu, dan dalam kegelapan yang teramat sangat, maka mereka disesatkan oleh Allah (a.w). Maksudnya, tak dapat menemui siratul mustaqim itu. Dan orang-orang yang beriman, jika dikehendaki Allah (a.w) diberikan petunjuk kepada jalan tersebut.

Firman Allah (a.w): ‘ … wa-man yasya yaj’alhu ‘ala siratin (-im) mustaqimin’ (Yang bermaksud: Dan, orang-orang yang mendustakan  ... dan sesiapa yang dikehendaki oleh Allah (a.w) berada di atas jalan lurus itu.) – Ayat 39: al-An’am
Saudara, siratul mustaqim itu tidak boleh kita pandai-pandai cari tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, dan tanpa izin Allah (a.w) jua. Allah (a.w) yang memberikan kita petunjuk untuk mengenalnya, mendapatnya dan kekal berada di atasnya. Justeru itu mengaji sampai dapat Ph D dalam ilmu pengajian Islam atau al-Quran dan as-Sunnah belum pasti dapat, kalau tak belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah sejajar dengan sistem pembelajaran dan pengajian dalam Islam iaitu secara berguru berdepan dengan guru membuka al-Quran dan kitab-kitab hadith semasa belajar/mengaji.

Saudara, sekali lagi dalam firman Allah (a.w)dibawah ini siratul mustaqim itu didapati atas kehendak dan petunjuk Allah (a.w) semata-mata.
Firman Allah (a.w): ‘ … wa-hadainahum ila siratin (-im) mustaqimin.’(Yang bermaksud: Dan dari kalangan nenek moyang mereka (para rasul dan para nabi) dan keturunan mereka (para rasul dan para nabi)… kami (Allah (a.w) berikan mereka hidayah menuju siratul mustaqim itu.) – Ayat 87: al-An’am
Sekali lagi kita diberitahu bahawa siratul mustaqim itu atas kurniaan hidayah Allah (a.w) semata-mata.
Saudara, dalam firman Allah (a.w) berikut, kita diberitahu 'inilah jalan tuhanmu yang lurus', maksudnya siratul mustaqim itu.  Iaitu orang-orang yng disebutkan dalam ayat sebelumnya - Ayat 125: al-An'am - orang-orang yang diberi Allah (a.w) hidayah, dibuka matahatinya untuk menerima Islam. Sebaliknya sesiapa yang hendak disesatkan maka berat dadanya menerima Islam, malah berat dada sesetenghan orang Islam menerima hakikat bahawa Islam itu wajib berjema'ah, berilmu, dan beramal hanya dengan ilmu...

Firman Allah (a.w): ‘Wa haza siratu rabbika mustaqiman; …’ (Yang bermaksud: … Dan, inilah jalan Tuhanmu yang lurus; ... ) – Ayat 126: al-An’am
Saudara, orang yang senang menerima Islam mendapat hidayah. Orang Islam yang mudah menyempatkan dirinya mengaji mencari ilmu mudah mendapat petunjuk. Siratul mustaqim itu adalah jalan agama Islam yang murni dan benar, bukan agama yang telah dicampur-adukkan oleh ajaran atau pandangan dan pendapat manusia, sehingga tercemar kemurniannya.
Firman Allah (a.w): ‘Qul innani hadani rabbi ila siratin (-im) mustaqimin dinan qaiman (-am) millata Ibrahima hanifa; … ‘ (Yang bermaksud: Katakanlah olehu, Muhammad! Sesungguhnya aku diberi hidayah oleh Tuhanku jalan ke siratul mustaqim itu (berdasarkan) agama yang lurus/tegak/benar (i.e. Islam) syariat agama Nabi Ibrahim yang condong/lurus (memperhambakan diri kepada Allah (a.w)).) – Ayat 161: al-An’am
Sekali lagi sebagaimana para rasul dan nabi terdahulu serta pengikut-pengikut setia mereka, Allah (a.w) yang memberi hidayah kepada mereka.


(-) Surah al-Hijr

Saudara, beberapa ayat sebelum ayat yang dirujuk di bawah ini, kita diberitahu oleh Allah (a.w) dialogue antara syaitan yang telah diusir Allah (a.w) keluar dari syurga kerana mengingkari perintah Allah (a.w) 'menyembah' Adam (a.s), dan bersifat sombong terhadap Allah (a.w), dan kekal di dalam neraka kelak, maka Allah (a.w) memberitahu manusia jalan yang lurus itu adalah akur dengan ketetapan Allah (a.w) - maskdunya ikuti al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah (a.w): ‘Qala haza siratun ‘ala mustaqimun.’ (Yang bermaksud: Allah (a.w) berfirman: 'Inilah jalan atas jalan yang lurus menuju kepadaKu.') – Ayat 41: al-Hijr
Untuk kembali menemui Allah (a.w) di akhirat dalam keadaan selamat dan beruntung lagi berbahagia, kerana mendapat syurga, maka manusia diperintah ikuti siratul mustaqim itu, pasti menemui Allah (a.w). Orang yang menjadi ahli neraka tidak akan menemui Allah (a.w) kerana terus dilemparkan oleh malaikat tesus ke dalam neraka.


(-) Surah Maryam

Saudara, agama Allah (a.w) itu agama yang satu. Hanyalah syariat agama Islam itu disempurnakan dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w). Ajaran dan ketetapannya tetap mengajak manusia mengikut 'siratul mustaqim' itu. Demikianlah, dalam ayat berikut Allah (a.w) memberitahu ucapan atau kata-kata Isa (a.s) kepada umatnya:

Firman Allah (a.w): ‘Wa-innallaha rabbi wa-rabbukum fa’buduhu; haza siratun (-um) mustaqimun.’ (Yang bermaksud: Dan, sesungguhnya Allah (a.w) itu tuhanku dan tuhan kalian maka mengabdikanlah diri kalian kepadaNya, inilah 'siratul mustaqim' itu.) – Ayat 36: Maryam.
Jalan lurus ke syurga itu adalah mengabdikan diri secara total kepada Allah (a.w) dengan mengesakanNya. Mengabdikan diri bererti menetapi ketetapan pokok Ayat 13: an-Nisa', Ayat 80: an-Nisa', Ayat 7: al-Haysr, Ayat 103: ali-Imran, Ayat 59: an-Nisa', dan lain-lainnya - pendeknya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (maksudnya, apa yang diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w)).

(-) Surah az-Zuhruf

Ketetapan yang sama dengan ayat 36: Maryam itu diulangi dalam firman Allah (a.w), iaitu sabda Isa (a.s) kepada kaumnya. (Nota: Kaum Nabi Isa (a.s) adalah Bani Israil - sekarang ini golongan Yahudi (yang akui ikuti syariat agama Nabi Musa (a.s) - Kitab Taurat) dan Kaum Nesrani (yang akui ikuti syariat agama Nabi Isa (a.s) dan Kitab Injil).

Firman Allah (a.w): ‘Innallaha hua rabbi wa-rabbukum fa’buduhu, haza siratul mustaqima.’ (Yang bermaksud: (Berkata Isa (a.s) kepada kaumnya) ‘Sesungguhnya Allah (a.w) itu tuhanku dan tuhan kamu sekelian maka mengabdikanlah diri kamu sekelian kepada (i.e. sembahlah) Dia; inilah jalan lurus (ke syurga itu).) [Ayat 64, Surah az-Zuhruf]
[Nota: Isa (a.s) memberitahu kaum Bani Israil, kaumnya, bahawa Allah (a.w) itu tuhan beliau dan juga tuhan mereka. Maka mengabdikan diri kepadaNya – mengerjakan apa yang disuruhNya dan tinggalkan apa yang ditegahNya – itulah jalan lurus untuk mendapatkan syurga. Mengikut jalan selain itu menyimpanglah dari jalan tersebut. Bila menyimpang pasti tak dapat syurga.]

(-) Surah Yaasin

Saudara, dalam ayat berikut, secara jelas Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa sesiapa yang mengabdikan dirinya kepada Allah (a.w), maka dia berada di atas 'siratul mustaqim' itu. 

Firman Allah (a.w): ‘Wa-ani’ buduni, haza siratum-mustaqimun’ (Yang bermaksud: Dan sesungguhnya mengabdikankanlah diri kalian kepadaKu (Allah), demikian itu ‘siratul mustaqim’ (yakni, jalan lurus ke syurga dan selamat dari neraka)). [Ayat 61, Surah Yaasin]
Maksud ‘mengabdikan diri’ itu adalah ketetapan pada Ayat 59, Surah az-Zariat – manusia itu diperintahkan mengabdikan diri (maksudnya: kerjakan apa-apa yang disuruh sekuat mampu dan tinggalkan apa-apa yang ditegah) pastilah menepati perintah tersebut atau Ayat 13, Surah an-Nisa’ – berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga, maksudnya, jalan lurus ke syurga itu adalah dengan berpandukan dan berpedomankan al-Quran dan as-Sunnah. 

Maka dengan itu mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – ikut dan akur dengan kesemua ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) – adalah ‘siratul mustaqim’ (i.e. jalan lurus ke syurga itu, tiada jalan atau pilihan lain kalau manusia itu hendak berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka). Maka, dengan itulah Allah (a.w) perintahkan manusia dalam Ayat 153, Surah al-An’am di atas itu, orang yang mencari ‘siratul mustaqim’ itu hendaklah jangan ikuti lain-lain jalan atau ajakan atau ajaran atau panduan dalam beragama – mengerjakan setiap amalan dan ibadah – kalau inginkan kepastian berada di atas ‘siratul mustaqim’ itu. Hanya dengan cara itu sahaja seseorang yang Islam dan beriman itu pasti akan berjaya mendapat kerahmatan Allah (a.w) dan, dengan kerahmatan Allah (a.w), mendapat syurga dan selamat dari neraka. 
Perincian apakah elemen-elemen pengabdian - bentuk-bentuk pengabdian kaedah dan cara mengabdikan diri - diperincikan dengan panjang lebar lagi jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah, termasuklah dua pra-syarat yang utama iaitu contohi Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah dan berjema’ahlah dalam Islam. As-Sunnah itu memberi panduan mengenai aqidah (yakni, hakikat, intipati dan dimensinya) dan syariat Islam (i.e. pengamalan atau penterjemahan atau pelaksanaan segala bentuk pengabdian kepada Allah (a.w) dalam konteks bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah beramal dan beribadah).

Jazakallahu khairah

Saturday, August 2, 2014

Islam larang kahwin campur kecuali ...

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun selamat menghabiskan ibadah puasa kita selama sebulan dan telahpun merayakan Aidi Fitri simbol kejayaan dalam ibadah kita sepanjang Ramadhan. Kerana puasa Ramadhan kita itu kita puasakan dengan penuh keimanan - mengharapkan ganjaran syurga Allah (a.w) dan diselamatkan dari neraka Allah (a.w), maka kita dibebaskan dari kesemua dosa-dosa kita yang telah lalu. maka kita di akhirat kelak - jika kekal dalam keimanan yang sedemikian itu - pasti mendapat syurga Allah (a.w).
Mungkin ada diantara kita yang diberi peluang oleh Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr, maka kita mendapat ganjaran pahala seumpama beribadah tanpa cacat celanya selama 1,000 bulan atau 83 tahun 4 bulan dan sepanjang tempoh tersebut kita dianggap tidakpun melakukan sebarang dosa walaupun sedikit. Itulah kehebatan Malam al-Qadr itu. Maka sebagaimana kata Jibril (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa Malam al-Qadr itu ganjaran pahalanya lebih dari ganjaran pahala amalan 4 orang Bani Israil - 3 daripada mereka adalah nabi dan seorang adalah orang alim Bani Israil - yang beramal selama 80 tahun tanpa sekelip matapun melakukan kemaksiatan. Jelaslah Allah (a.w) memberi peluang kepada umat Muhammad (s.a.w) peluang yang lebih hebat dari apa yang dikurniakan Allah (a.w) kepada Bani Israil, walaupun Bani Israil diberi keutamaan oleh Allah (a.w) kehebatan melebihi suku bangsa lain! Bagi kita yang tak diizinkan Allah (a.w) menemui Malam al-Qadr itu tahun ini, insya Allah kita berusaha beramal dan beribadah serta menjalani kehidupan dunia yang lebih baik yang melayakkan kita dianugerahkan Allah (a.w) Malam al-Qadr dalam bulan Ramadhan tahun depan (1436), insya Allah.

Peringatan Allah (a.w)

Saudara, dalam post ini kita lihat dan fahami ketentuan Allah (a.w) menyentuh perkahwinan campuran - antara orang iman, contohnya, orang Melayu dengan orang China atau India atau orang Barat yang beragama selain Islam. Allah (a.w) melarang umat Islam yang beriman itu - sama ada lelaki ataupun peremupan - menikahi lelaki/perempuan beragama lain, tak kira bangsa apa, kecualilah mereka sudah Islam dan beriman bukan setakat menjadi orang Islam sahaja, tetapi beriman.
Ramai orang Melayu - terutama wanita Melayu di kalangan keturunan diraja, tokoh korporat dan pelakun, yang memilih bangsa lain sebagai teman hidup mereka - lelaki ataupun perempuan. Mereka merasai bahawa menikahi bangsa lain terutama - 'orang putih' itu lebih baik, lebih menguntungkan dan mereka lebih jujur dan lebih mencintai mereka, berbanding dengan orang Melayu - lelaki/perempuan. Tambahan pula dikalangan masyarakat Melayu hari ni begitu ramai kaum muda lelaki Melayu yang tertinggal di belakang berbanding dengan kaum wanita Melayu dalam banyak perkara menyentuh maisya duniawi. Ramai pula lelaki Melayu yang terjebak dengan dadah dan merempit, maka tidak di minati oleh wanita Melayu yang lazimnya lebih berjaya dalam urusan duniawi! Tambahan pula lelaki Melayu pada wanita Melayu sedemikian tidak berbudi baik, kurang cultured dan tidak pandai mengambil hati wanita Melayu, berbanding dengan orang putih dari Amerika atau UK atau dari mana-mana negara Eropah.
Hari ini, ramai pula wanita Melayu yang terangkut hti dengan orang hitam (yang kebetulan ramai di Malaysia menuntut di IPTS). Mereka itu amat lembut dan sopan berbicara dengan wanita, tanpa mengira kecantikan mereka, yang mereka inginkan adalah keseronokan dunia, yang kebetulan ramai wanita Melayu yang montel dan tembam sukar dapat teman lelaki Melayu yang lebih memilih pula!

Dalam banyak kes, wanita Melayu yang mengahwini lelaki Barat dan bangsa China atau India seringkali mengabaikan Islamnya dan mengamalkan cara dan gaya hidup yang sama sekali mengabaikan tuntuan agama Islam - mereka tidak solat, tidak berpuasa, mendedahkan aurat, dan tidak mendalami ilmu agama dan tidak tertib agamanya. Malah, seringkali mereka mengikuti budaya dan cara serta gaya hidup ke Baratan atau keChinaan atau keIndiaan dan sebagainya. Kalau pasangan Melayu itu lelaki, jarangkali mereka boleh membentuk isteri yang berbangsa asing itu, malah lelaki Melayu suka meniru gayahidup mereka pula, dan meninggalkan budaya dan cara hidup orang Islam, lebih-lebih lagi orang yang beriman! Maka dengan itulah Allah (a.w) melarang orang iman (yakni, orang Islam yang beriman) lelaki/perempuan supaya jangan menikahi perempuan/lelaki musyrik (i.e. yang kafir) kecualilah setelah mereka benar-benar Islam dan bersedia dengan penuh rela hati untuk menjadi orang iman (i.e. masuk Islam dan beramal sebagaimana orang iman beramal dan menjalani kehidupan sebagai orang iman menepati tuntuan al-Quran dan as-Sunnah). Inilah firman Allah (a.w) dalam ayat berikut:

Menikahi orang musyrik/Kafir

Saudara, Allah (a.w) dalam firmanNya dalam ayat berikut memberi peringatan kepada orang iman, supaya berhati-hati dalam perkara mengahwini orang yang tidak Islam dan kemudian masuk Islam kerana pernikahan tersebut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-la tankihul musyrikati hatta yu’mina; wa-laamatun (-um) mukminatun khairun min (-im) musyrikatin wa-lau a’jabatkum; wa la tunkihu musyrikina hatta yu’minu; wa-la‘abdun (-um) mukminun khairun (-um) min (-im) musyrikina wa-lau a’jabakum; ulaika yad’u ilan-narial-ayat’ (Yang bermaksud: Dan janganlah kalian (i.e. lelaki mukmin) menikahi wanita musyrik sehingga beriman dia (i.e. wanita itu) dan (perbandingannya) nescaya amah (i.e. hamba wanita) yang beriman lebih baik dari wanita musyrik (i.e. yang hendak dinikahi) jikapun menakjubkan kalian; dan janganlah (wanita) beriman menikahi lelaki musyrik sehingga dia (i.e. lelaki itu) beriman, dan nescaya hamba lelaki yang beriman lebih baik dari lelaki musyrik (yang hendak dinikahi itu) jikapun dia (i.e. lelaki yang hendak dinikahi itu) menakjubkan kalian; mereka (yang musyrik) itu mengajak kalian ke neraka, manakala Allah (a.w) mengajak kalian ke syurga dan keampunan (dari Allah (a.w)) dengan izinNya jua; demikianlah Kami (Allah (a.w) menerangkan ayat-ayat Kami (Allah (a.w)) kepada manusia (yang beriman) supaya mereka diberi peringatan/beringat atau mengambil peringatan.) – Ayat 221: al-Baqarah
Saudara, Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 221: al-Baqarah itu melarang seorang lelaki iman (i.e. Islam dan beriman) menikahi seorang/beberapa orang wanita yang musyrik (i.e kafir, yang tidak Islam dan kalau Islam tidak pula beriman), kecualilah wanita tersebut masuk Islam dan dia pula orang yang masuk Islam kerana keimanannya, kerana keyakinannya bahawa agama Islam itu adalah agama ciptaaan Allah (a.w) untuk manusia, dan bukan kerana ingin menikahi si lelaki iman tersebut kerana pelbagai sebab termasuklah 'cinta'. Ramai wanita bangsa lain yang tidak Islam masuk Islam kerana hendak menikahi seorang lelaki Islam.
Demikian jugalah kesnya dengan seorang wanita iman (i.e. Islam dan beriman) yang mencari pasangan hidup lelaki yang musyrik (i.e. kafir) kerana terpesona dengan gelagat lelaki sedemikian. Hendaklah wanita sedemikian pastikan bahawa dia hanya menikahi lelaki tersebut setelah masuk Islam dan meyakini bahawa si lelaki tersebut masuk Islam kerana keimanannya atau keyakinannya bahawa Islamlah agama yang selamat untuk manusia, maka dia terdorong masuk Islam bukan kerana wanita yang ingin menikahinya atau wanita yang dia ingi nikahi!
Allah (a.w) membertahu larangan tersebut tetap, walaupun lelaki/prempuan Islam yang beriman tersebut merasa takjub atau amat menghairankan kebaikan atau perawakan atau budi pekerja si wanita/lelaki yang ingin dinikahinya itu! malah Allah (a.w) memberitahu, bagi lelaki yang beriman itu, menikahi seorang amah (pembantu rumah) yang beriman lebih baik. Dan, begitu juga bagi wanita orang iman adalah lebih baik dia menikahi atau dinikahkan kepada seorang hamba/khadam yang beriman, berbanding dengan lelaki/wanita yang musyrik/kafir. Kerana apa? Kerana wanita/lelaki musyrik yang masuk Islam kerana ingin menikahi perempuan/lelaki Islam itu, akan mengajak atau membimbing suaminya/isterinya yang bukan Islam asalnya, pastinya melambangkan gaya hidup dan peradaban yang sama sekali tidak Islam akhirnya menjerumuskan mereka ke neraka. Ini pasti berlaku, kerana itulah kenyataan yang Allah (a.w) beritahu kepada kita sebagai peringatan di akhir ayat tersebut. Allah (a.w) adalah zat yang maha mengetahui segala sesuatu - yang jelas mahupun yang ghaib, kini atau esok.
Saudara, dalam realiti semasa berapa orangkah lelaki/perempuan Melayu yang mengahwini perempuan/lelaki bangsa bukan Melayu - yang masuk/memeluk Islam kemudiannya, kerana perkahwinan tersebut, yang benar-benar telah membentuk rumah tangga yang diperintahkan oleh Allah (a.w) diikuti oleh orang Islam yang beriman? Saudara boleh lihat ketika membeli belah di One Utama atau Pavillion atau Mid Valley atau TESCO sekalipun, saudara akan dapati lelaki/wanita Melayu yang menikahi wanita/lelaki bukan Melayu melambangkan gaya hidup dan peradaban dan budaya yang tidak mencerminkan keMelayuan atau keIslaman sedikitpun! Kalau begitu, pastilah pasangannya itu telah menghalangnya dari jalan ke syurga dan telah memudahkannya melalui jalan ke neraka, wa iya zubillah.

Ilmu Allah (a.w)

Saudara, mungkin ramai mereka yang terlibat itu menyangkal ayat dan perintah dalam firman Allah (a.w), kerana mereka berpandangan bahawa mereka boleh menjalani kehidupan sebagai seorang atau sepasang suami isteri dan keluarga darah campur yang diridhai oleh Allah (a.w). Mereka penuh yakin dan percaya. Tapi, Allah (a.w) lebih tahu. Kerana ilmu Allah (a.w) itu tidak terjangkau oleh manusia.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-lau annama fil-ardhi min syajaratin aqlamun wal-bahru yamudduhu … al-ayat.’ (Yang bermaksud: Dan, seandainya sungguh-sungguh apa-apa di bumi dari pohon/pokok dijadikan kalam/pena dan air lautan dijadikan dakwat, (kemudian) memanjangkan/menambah (pada pohon dan lautan) dari sesudahnya tujuh lautan lagi tidak akan habis kalimat-kalimat (maksudnya, ilmu) Allah (a.w) (itu ditulis); sesungguhnya Allah (a.w) itu zat yang maha perkasa lagi maha melihat.) – Ayat 27, Surah Luqman.
Saudara, Allah (a.w) lebih tahu dan Allah (a.w) memberi peringatan kepada orang iman bahawa risiko yang mereka hadapi kerana menikahi isteri/suami bangsa lain yang asalnya bukan Islam, walaupun kemudian masuk Islam, lebih berat dan pasti lebih mencabar, dan tak ramai orang iman lelaki atau perempuan yang mampu. Maka dengan itu kita diperingatkan oleh Allah (a.w) supaya janganlah menempah sengsara di akhirat semata-mata kerana terpesona dengan seorang wanita/lelaki Barat atau bangsa lain yang tidak beriman, untuk mengambil tempat sebagai teman hidup kita. Dunia itu hanya setakat ajal kita selepas kahwin mungkin sampai umur 60 atau 70 atau 80 tahun, paling lama, tapi akhirat itu lebih kekal. Kalau cabaran mengasuh dan meramut isteri dari kalangan umat Islampun sulit, apatah lagi meramut isteri/suami yang asalnya beragama selain Islam selama 20 atau 30 atau 40 tahun dia meihaki kita!
Firman Allah (a.w): ‘Qul lau kanal bahru midadan (-al) likalimati rabbi lanafida (-al) bahru qabla an tanfada kalimatu rabbi walau jikna bi-mithlihi madada.’ (Yang bermaksud: Katakanlah Muhammad! Seandainya air lautan dijadikan dakwat (untuk menulis) kalimat-kalimat (i.e. ilmu) Tuhanku nescaya kering air lautan itu sebelum habisnya (ditulis) kalimah-kalimah (maksudnya, ilmu) Tuhanku, jikapun kami datangkan (i.e. tambah) dengan semithalnya (i.e. sebanyak itu pula) tambahan (untuk menulisnya.) – Ayat 109: al-Kahfi
Saudara, keseronokan hidup menikahi seorang berbangsa selain Melayu tidak seberapa dan tidak ke mana. Malah dikalangan orang Melayu sendiri mereka lemah dalam Islam apatah lagi dalam urusan keimanan, inikan pula suami/isteri berbangsa lain dan beragama lain asalnya, kini hidup pula terpisah dari masyarakat Melayu dan masyarakat Islam! Pastinya, benar firman Allah (a.w) itu bahawa mereka pasti akan menjerumuskan kita sebagai suami/isteri ke jurang neraka, wal iya zubillah. Janganlah cari risiko yang kita tak mampu atasi atau hadapi.
Kalaulah sebaliknya, bahawa sebagai seorang suami/isteri yang berjaya mengubah seorang isteri/suami supaya menjadi seorang Islam yang benar-benar beriman, maka itu adalah kejayaan yang besar pula, mengIslamkan dan menbentuk seorang yang asalnya bukan Islam menjadi orang iman yang baik, adalah kejayaan yang amat menguntungkan akhirat si suami/isteri. Namun, realitinya belum dijumpai kes-kes kejayaan sedemikian itu, mungkin kalau adapun rare ...
Jazakallahu kahirah