Monday, December 23, 2013

Kesilapan Umat Islam Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, maaf kerana terlalu lama tidak menulis dalam blog ini, kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, namun tetap kelalaian diri terhadap tanggung jawab memberitahu saudara sesama Islam.
Kali ini kita bicarakan tentang beberapa perkara yang secara langsung atau tidak langsung telah melalaikan umat Islam, malah telah membuatkan umat Islam lalai dan menyimpang dari jalan yang lurus. Ada banyak perkara yang telah merugikan umat Islam; antaranya:
Pertama, dalam Islam begitu ramainya umat Islam yang berdosa tanpa mereka sedari apabila mereka abaikan ketetapan/suruhan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara ilmu. Allah (a.w) berfirman: '...wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun ' (Yang bermaksud: Dan janganlah kalian mengerjakan sesuatu dalam Islam (i.e. mengerjakan amalan dan ibadah) tanpa kalian tahu ilmu mengenainya.) - Ayat 36: al-Isra'. Jelasnya, segala amalan dan ibadah itu diberi ganjaran pahala hanya jika dikerjakan dengan ilmu. Dalam perkara agama - setiap amalan dan ibadah itu wajib didahului dengan ilmu. Kerana, tanpa ilmu amalan dan ibadah tersebut akan menyimpang dari preskripsi Allah (a.w) dan contoh Rasulallah (s.a.w). Hari ini begitu banyaknya manusiayang akui dirinya Islam mengerjakan amalan dan ibadah secara taklid atau ikut-ikutan - sama ada dia melihat perlakuan seseorang atau dia bertanyakan sesuat amalan kepada seseorang tanpa menyemak kebenran apa yang dikatakan. Atau, umat Islam akan meniru perbuatan penganut agama lain. Contoh: melagukan kalimah-kalimah al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) sebagaimana penganut agama Yahudi dan nesrani melagukan dan menyanyikan - secara bersendirian atau berkumpulan (choir) - di gereja masing-masing, semata-mata kerana perlakuan sedemikian dibuat oleh segolongan orang yang akui diri mereka, walhal mereka sendiri jahil apakah syariat Islam menggalakkan sedemikian?
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu qabla 'amal' (Yang bermaksud: Berilmulah kalian dahulu sebelemu kalian mengamalkan sesuatu) - al-Hadith.
Jelasnya, ketetapan dalam Islam itu sudahpun ditetapkan dan dimaktubkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan dicontohkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Segala sesuatu yang dikatakan berupa amalan dan ibadah itu hanya benar amalan dan ibadah dalam Islam - mendapat ganjaran pahala - jika terdapat etetapan atau suruhan mengenai dalam al-Quran dan s-Sunnah, dan dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) atau ada asas ketetapan as-Snnah. Jika tidak bukanlah bersifat amalan dan ibadah dalam Islam, walaupun nampak indah dan dijadikan upacara atau amalan harian yang disukai oleh manusia. Yang benar dan merupakan amalan dan ibadah yang diberi pahala oleh Allah (a.w) adalah segala sesuatu yang termasuk dalam ketetapan berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, Kitabbala wa-Sunnatu nabiyi.' (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepadanya pasti tidak sekali-kali kalian akan sesat selama-lamanya) - Hadith al-Malik dll.
Saudara, ketetapan dalam hadit ini jelas menunjukkan bahaw jika umat Islam kerjakan sesuatu yang termasuk dalam ketetapan dua hazanah panduan Islam dan hazanah ilmu ini, pasti dia berada di atas jalan yang benar - mendapat pahala - selamat dari neraka dan pasti mendapat syurga - iaitu panduan al-Quran dan as-Sunnah. Apa-apa yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah dijadikan amalan dan ibadah - walaupun umum - tetap sesuatu kesesatan dan tidak mendapat apa-pa ganjaran. Justeru itu jugalah batilnya pendapat dn pandangan ramai orang abhahawa mengajarkan ilmu dunia itu adalah kebaikan dalam Islam, mendapat pahala. Mereka lupa ilmu selain al-Quran dan as-Sunnah tiada nilai pada Allah (a.w) . maksudnya tidak ada ganaran pahala. Kerana pada Allah (a.w) dunia ini tiada nilainya pada Allah (a.w). Kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu kalaulah dunia ini (dan isi dunia ini) sama nilainya dengan nilai sekeping kepak nyamuk, pastilah Allah (a.w) tidak akan memberikan setitik minumanpun kepada orang yang kafir (= orang yang tidak mahu terima agama Allah (a.w)).
Kedua, hari ini begitu ramainya umat Islam yang mendapat 'dosa kering' setiap saat dalam hidup mereka apabila mereka tidak menyempatkan dirinya untuk belajar ilmu mengenai Islam - aqidah dan syariat Islam. Ramai umat Islam yang mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah tanpa didasari dengan ilmu mengenai apa yang mereka kerjakan - amalkan dan ibadahkan. Mempealjari ilmu itu wajib atas setiap orang yang akui dirinya Islam.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Talabul ilmi faridatun 'ala kulli Muslim.' (Yang bermaksud: Mempelajari ilmu itu adalah wajib bagi seorang Islam) - ibnu Majah.
Ini ada perintah wajib sebagaimana perintah Allah (a.w) pada Ayat 36: al-Isra' yang kita rujuk di atas. Maka jika seseorang itu akui dirinya Islam tetapi tidakpun menyempatkan dirinya belajar ilmu mengenai Islam, maka dia berdoa setiap saat dan ketika dalam hidupnya. Jika dia melapangkan masa untuk mengaji dan belajar ilmu, maka terlepas dia dari dosa.
Saudara, ada orang islam yang berpandangan bahawa mendengar Kuliyah Subuh atau kuiah Maghrib atau mengikut ceramah atau tazkirah melalui program TV adalah program ilmu! Mereka tersilap. Ilmu dalam Islam itu wajib dipelajari secara formal dalam majlis ilmu yang formal - ada guru dan murid bel;ajar di depan guru, dan guru dan murid membuka kitab (al-Quran atau Kitab al-Hadith), belajar secara berdepan, sebagaimana Rasulallah (s.a.w) dahulu diajarkan ilmu - al-Quran dan as-Sunnah secara berdepan dengan malaikat Jibril (a.s).Justeru itu, bukanlah belajar ilmu kalau guru dan murid itu membuka kiab karangan mansuia dalam perkara ilmu. Kerana, umat Islam diperingatkan:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Al-ilmu thalathatun wa-ma siwa zalika fahua fadlun; ayatun mukhkamatun au sunnatun qaimatun aufaridatun adilatun.' (Yang bermaksud: Adapun ilmu (yang wajib dipeajari dalam Islam itu) adalah tiga, selain yang tiga itu baik untuk dunia; (yang diwajibkan itu) Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), dan sunnah yang tegak (yakni, al-Hadith = sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifahyang empat) dan ilmu pembahagian harta warisan yang adil) - Abu Daud.
Saudara, ilmu yang wajib dipelajari dan difahami dan dijadikan atau diterjemahkan sebagai amalan dan ibadah dan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith). Dan, mempelajari ilmu itu hendaklah secara langsung merujuk kepada kitab-kitab tersebut - al-Quran dan kitab Hadith atau salinan kitab-kitab hadith. Yang mengajarnya pula hendaklah berdasarkan ilmu yang guru itu perolehi melalui kaedah dan sistem yang sama dari gurunya. dalam pengajian atau pembeajaran ilmu a-Quran dan as-Sunnah itu, umat Islam tidak dibenarkan belajar dari sumber sekunder (secondary sources) (i.e. kitab-kitab karangan manusia. Kerana, manusia, dalam zaman moden ini, suka menyampaikan pendaat dan pandangan sehinggakan ada yang berani menidakkan ketetapan as-Sunnah atau meninggalkan ketetapan Allah (a.w) dan menerima pendapat dan logik hujjah dan pendapat manusia. Dalam perkara Islam - aqidah dan syariatnya - hanya dua pihak yang sempurna ilmunya iaitu Allah (a.w), yang mencipta Islam sebagai agama manusia yang Dia ridhai dan Rasulallah (s.a.w) yang diutus Allah (a.w) untuk menyampaikannya dan mengajar serta membimbing manusia. Orang lain yang berkata-kata denga 'kebijaksanaan akal dan otaknya' - walaupun memiliki ijazah Ph Da sekalipun, tidak ada hak emmbuat penyesesuai atau penjelasan epada ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Malah Allah (a.w) memurkai manusia yang menulis kitab-kitab agama danb erani menyatakan bahawa apa yang ditulisnya adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunah wajal tidak! Kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w):
Diriwayatkan hadith dari Sya’biyi hadith dari Jabir bahawasanya Omar b Khattab datang kepada Nabi (s.a.w) dengan (membawa) kitab-kitab (Yahudi dan Nesrani) dari sebahagian ahli kitab, maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku mendapati kitab-kitab ini baik dari sebahagian ahli kitab (Yakni, Yahudi dan Nesrani).’ Berkata Jabir: ‘Maka marah Rasulallah (s.a.w). Dan berkata Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah engkau orang yang bingung di dalam perkara kitab wahai anak Khattab! Maka demi zat yang diriku di dalam tanganNya! Nescaya telah datang kepada kamu sekelian dengannya Kitab yang putih dan bersih (merujuk kepada al-Quran) ...’[Hadith Ibnu Abi Syaibah dan Imam Ahmad]
Umat Islam itu diwajibkan mengutamakan atau menombor-satukan al-Quran dan as-Sunnah dalam mengamalkan syariat Islam dan dalam memandu hidup sebagai orang iman, bukan mengutamakan lain-lain kitab atau buku sebagai panduan beragama. Rasulallah (s.a.w) memebritahu dalam sepotong hadith lain bahaw Allah (a.w) murka kepada seorang Islam yang beriman itu apabila dia mengutamakan kitab-kitab karangan manusia dan menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah, kerana Allah (a.w) meninggikan kedudukan KitabNya dan as-Sunnah (wahyuNya). Maka seseorang yang berpandukan sesuatu dari sumber lain, walhal dia telahpun tahu segala sesuatu dalam Islam itu ada pada al-Quran dan as-Sunnah, maka dia meremehkan atau merendahkan sesuatu yang ditinggikan oleh Allah (a.w) (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) dan meninggikan kedudukan sesuatu yang diremehkan oleh Allah (a.w) (i.e. pendapat manusia). Umat Islam diberitahu bahawa sebaik-baik kitab yang ditulis itu adalah al-Quran dan sebaik-baik petunjuk mengenai Islam itu adalah petunjuk Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Malah umat Islam diberitahu bahawa sesiapa yang berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah pasti takkan sesat dalam hidupnya mencari ‘siratul mustaqi,’ yang dpinta oleh setiap umat Islam sekurang-kurangnya 17 kali sehari (i.e. 5 solat fardu, ada 17 rakataan semuanya dibaca Ummul Kitab atau Surah al-Fatihah).
Dalam sepotong hadith lain pula disebutkan bahawa sesiapa yang diberitahu atau mendapat tahu sesuatu ketetapan itu ada dalam al-Quran atau as-Sunnah, kemudian dia kurang yakin, malah meragukannya, maka dijatuh kafir serta merta. Apatah lagi menolak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah secara otomatis menjadi kafir. Orang kafir tidak akui al-Quran dan tidak terima as-Sunnah.
Adalah suatu kebatilan kalau seseorang itu mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah dalam mempelajari tunttuan Islam atau dalam mengamalkan atau mengibadahkan sesuau dalam Islam. Ilmu dalam Islam itu tidak disampaikan dengan cara berceramah atau bertazkirah atau menaynyi atau melagukannya! Caranya hendaklah menepati apa yang dialami oleh Rasulallah (s.a.w) sendiri - berguru dan murid berdepan dengan guru secara terus.
Saudara, kita diberitahu bahawa ada dua hazanah agama yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) - al-Quran dan as-Sunnah. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah aku telah diberikan sebuah kitab (i.e. al-Quran) dan bersamanya (yakni, yang diberikan Allah (a.w) bersekali dengan al-Quran itu) sesuatu yang menyerupainya (yakni, yang seiring dengan al-Quran, yakni as-Sunnah atau al-Hadith).’ [Hadith Abu Daud]
Hadith ini menyebut perspektif lain mengenai ilmu dalam sabda Rasulallah (s.a.w), sebelum ini, bahawa ilmu yang wajib dipelajari dalam Islam itu tiga, iaitu al-Quran, as-Sunnah dan hukum faraid yang ‘adil. Rasulallah (s.a.w), dalam hadith ini, memberitahu kita bahawa manusia itu diberikan dua panduan pengabdian – supaya boleh memenuhi tanggung-jawab terhadap Allah (a.w) pada firmanNya pada Ayat 56; az-Zariat. Dengan adanya al-Quran (Kitab Allah) dan as-Sunnah (sunnah NabiNya), manusia terpandu untuk mengabdikan diri merka kepada dan terhadap Allah (a.w) dengan betul. Tanpa panduan dua khazanah ilmu dan panduan tersebut, manusia akan sesat – pasti tersilap dalam beramal dan mengerjakan ibadah, maka tidak diterima Allah (a.w) pengabdian mereka. Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhirat hayatnya bahawa manusia amnya, dan umat Islam khususnya, hanya tidak akan sesat dalam mencari ‘siratul mustaqim’, yakni mendapatkan kerahmatan Allah (a.w), kalau mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Inilah maksud hadith: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballahi wa-sunnata (-an) nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian dua perkara, jika kalian bepegang dengan kedua-duanya, tidak kalian akan sesat selama-lamanya) (mencari siratul mustaqim dan kerahmatan Allah (a.w), maka kerna itu mendapat syurga dan selamat dari neraka).)
Malangnya hari ini, umat Islam sendiri abaikan al-Quran. Malah, lebih terabai adalah as-Sunnah. Ada umat Islam yang berpandangan perintah Allah (a.w) – yakni, al-Quran wajib, tidak boleh tidak dipatuhi. Tapi, as-Sunnah tidak sama dengan al-Quran, kerana ia mengandungi sabda Rasulallah (s.a.w), yakni kata-kata manusia, bukan kalam Allah (a.w). Benar! Tapi, mereka tak faham bahawa al-Quran dan as-Sunnah itu wajib diterima dan dipatuhi kesemua ketetapannya tanpa pengecualian. Malah as-Sunnah yang membolehkan manusia itu faham firman Allah (a.w), khususnya dalam perkara amalan dan ibadah, kerana as-Sunnah menjelaskan bagaimana mengabdikan diri dllnya. Maka dengan itulah dalam Ayat 7: al-Haysr, Allah (a.w) perintahkan manusia supaya ambil ketetapan Rasulallah (s.a.w) – yang disuruh buat dan yang ditegahnya tinggalkan. Hakikatnya, umat Islam itu wajib taati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), kemudian taatkan ‘ulil amri’ (kepimpinan jema’ah Islam) – Ayat 59: an-Nisa’; dan kepimpinan dan para ilmuwan Islam, selagi mereka tidak perintahkan mereka lakukan sesuatu yang maksiat, iaitu yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah – as-Sunnah.
Saudara, ketiga janganlah seseorang Islam itu tergolong dari kalangan orang yang disebutkan dalam hadith berikut, pintar dan berjaya di dunia, tapi bodoh lagi dungu tentang kebajikan akhiratnya:
Rasulallah ((s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w), Zat yang Maha Luhur murka pada setiap orang (Islam yang beriman) yang pandai (i.e. bijak dan pintar) dalam ilmu dunianya (tetapi) yang bodoh (i.e. jahil) dalam ilmu akhiratnya.’ [Hadith al-Hakim dan Hadith ad-Dalimi]
Keempat, ilmu dalam Islam itu bukan diperolehi dengan mendengar ceramah atau tazkirah atau secara umum dalam majlis-majlis umum, tetapi wajib dipeajari yakni mengaji secara formal:
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman agama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yang faham, yakni belajar ilmu dari orang yang faham) dan sesungguhnya orang yang taqwa (i.e. takutkan Allah (a.w) itu) adalah hamba-hambaNya yang berilmu.’ [Hadith at-Tobrani]
Kelima, setiap yang akui dirinya Islam itu wajib tahu dan faham bahawa Islam sahaja bukanlah tiket untuk mendapat syurga. Islam itu adalah pre-qualification untuk membolehkan dapat syurga syurga sebagaimana dalam dunia Sijil atau Diploma atau Ijazah itu adalah pre-qualification untuk dapat pertimbangan untuk sesuatu jawatan - dalam kerajaan atau swasta. Kejayaan bergantung kepada ketetapan dalam firman Allah (a.w) berikut: Firman Allah (a.w) (i.e. zat yang maha perkasa (mulia) dan maha agung): ‘Wa-tilkal-jannatul-lati urithtumuha bima kuntum ta’lamuna.’ (Yang bermaksud: Demikianlah syurga itu diwariskan (i.e. diberikan) sebab apa-apa yang ada kamu beramal (i.e. mengerjakannya) (i.e. apa-apa yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya)). [Ayat 72, Surah az-Zuhruf]
Firman Allah (a.w) menyebutkan bahawa sesiapa yang inginkan mendapat syurga di akhirat nanti, hendaklah dia mengerjakan amalan dan ibadah. Islam sahaja tak dapat. Tanpa amalan dan tanpa mengerjakan ibadah, pasti tak dapat syurga walaupun Islam. Dan, kita diberitahu bahawa hendaklah kita amalkan atau ibadah sesuatu perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) hanya berdasarkan ilmu – tidak diterima amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa ilmu (atau dalam kejahilan) – Ayat 36, Surah al-Isra’ : ‘wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (Yang bermaksud: Janganlah kamu kerjakan atau buat sesuatu (amalan dan ibadah) yang kamu tiada imu mengenainya) dan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘al-Ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Berilmu dahulu sebelaum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah). Dengan syarat ilmu yang diwajibkan digunapakai dalam mengabdikan diri (i.e. beramal dan beribadah) adalah al-Quran dan as-Sunnah). Dalam al-Hadith kita diberitahu Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man ‘amila ‘amilan laisa amruna fahua raddun’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang mengamalkan sesuatu amalan (atau ibadah) yang tiada didatangkan (atau dibawakan atau dicontohkan oleh aku (Nabi)), maka amalannya ditolak (i.e. tidak diterima Allah (a.w) – Hadith Bukhari dan Muslim
Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya bahawa neraka wel itu disediakan bagi orang yang beramal (sesuatu amalan dan ibadah) tanpa ilmu. Neraka wel juga disediakan bagi orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya.
Keenam, dalam Islam setiap orang Islam itu wajib tahu dan faham apa yang disebutkan dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah ((s.a.w): ‘Keutamaan kalam Allah (a.w) (i.e. al-Quran) (itu) mengalahkan semua kalam (i.e. kitab-kitab karangan manusia) sebagaimana keutamaan Allah (a.w) mengalahkan makhluknya.’ [Hadith at-Termidzi, Kitab Kefadhalan al-Quran]
Dalam hadith ini, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa manusia itu wajib utamakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan panduan beragama. janganlah direndahkan taraf al-Quran dan as-Sunnah dan ditinggikan atau dimuliakan kitab-kitab karangan manusia. Hadith ini menghukumkan bahawa sesiapa yang mengutamakan sebagai panduan ilmu dan panduan hidupnya kepada kitab-kitab atau buku-buku atau risalah karangan manusia – ulama’ sekalipun – dan tidak mengutamakan al-Quran dan as-Sunnah, dalam perkara agama dan ilmu mengenai agama, telah menyalahi ketetapan ini. Mereka telah menombor-duakan apa yang sewajibnya dinombor-satukan, kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Al-Quran itu kalimah Allah (a.w), petunjuk kepada jalan lurus ke syurga, yang diwahyukan kepada Muhammad (s.a.w) atau di sampaikan oleh malaikat Jibril (a.s). As-Sunnah atau al-Hikmah itu adalah juga wahyu dari Allah (a.w), sama ada melalui ilham atau mimpi yang benar ataupun melalui pengajaran secara berdepan oleh Jibril (a.s) yang bertemu dengan Rasulallah (s.a.w) dari masa ke semasa membawakan, memangqulkan atau mengajarkan ayat-ayat al-Quran dan menunjukkan praktikal sesuatu amalan, maka as-Sunnah juga adalah sebaik-baik panduan manusia. Maka dengan itulah sebagai seorang Islam wajib atasnya menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dahulu sebelum melihat ketetapan manusia mengenai sesuatu. Ilmu yang sempurna tentang Islam dan perincian syariat dan tuntutannya adalah as-Sunnah atau al-Hadith. Justeru itu, tiada siapa yang lebih sempurna ilmunya mengenai Islam kecuailah Rasulallah (s.a.w). Maka dngan itu ketetapan as-Sunnah sewajarnyalah mengalahkan ketetapan atau buah fikiran manusia, bukan sebaliknya.
Malah dalam perkara Islam dan syariatnya, umat Islam itu diwajibkan taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan taakan ‘ulil amri’ (i.e. orang yang diangkat umat/jema’ah umat Islam sebagai pemimpin/Imam). Namun, ketaatan terhadap ‘ulil amri’ (= imam/kepimpinan dan para ulama’) itu tidak mutlak. Keraa Allah (a.w) memerintahkan umat Islam bahawa jika wujud perselisihan faham atau pertelingkahan dalam sesuatu perkara berkaitan dengan ketetapan atau perintah atau ijtihad ‘ulil amri’, maka umat Islam, termasuk ‘ulil amri’, hendaklah kembali kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebelum melakukan sesuatu untuk mendapatkan jawapan atau penyelesaian yang pasti – Ayat 59: an-Nisa’. Justeru itu jugalah Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ketetapan atau perintah keImaman (=Imam) itu wajib didengarkan dan wajib juga dipatuhi selagi perintah atau suruhan atau ijtihad Imam itu tidak bersifat maksiat (=sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith). Maka dengan itu umat Islam tidak sekali-kali boleh menombor-duakan al-Quran dan as-Sunnah dalam perkara Islam sama ada dari segi aqidah dan muamalah dan apa juga menyentuh kehidupan orang iman.

Jazakallahu khairah

Saturday, December 7, 2013

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam beberapa post dalam blog ini yang terbaharu membincangkan hakikat Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa. Ini penting. Keraka kalau kita tidak faham maka rugilah kita dalam Islam, sama ruginya dengan orang yang tidak Islam. Bezanya kerana ada sebesar zarrah atau biji sawi keimanan kita tentang wujudnya Tuhan yang Esa, Allah, maka di akhirat kelak, setelah menjalani pembersihan dalam neraka - entah berapa ahqab (satu ahqab itu ratusan ribu tahun di akhirat) - kita akhirnya akan mendapat taraf atau kedudukan ahli syurga bekas banduan neraka! Ada juga baiknya. Kerana, sesiapa yang tidak Islam walau bagaimana alimnya mereka dalam agama anutan mereka dan walau bagaimana baik dan dermawannya dia, tetapi bila mati disiksa dalam kubur dan bila kiamat dunia dihumbankan ke dalam neraka. Mereka tidak akan dapat masuk syurga walaupun sesaat! Kita tetap beruntung kalau Islam. Tapi, kita banyak rugi, kerana siksaan yang paling ringan dalam neraka itu adalah siksaan yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulallah (s.a.w) - Abdul Mutalib - yang diletakkan oleh malaikat sepuntung api neraka di telapak kakinya, namun menggelegak otak kepalanya! Itulah siksaan neraka yang paling ringan. Fikirkanlah kalau kita tidakpun mengerjakan sebarang amalan dan ibadah yang wajib, malah melakukan berbagai dosa pula, betapa hebatnya siksaan neraka kepada kita kelak, wal iya zubillah.


Hidayah dan as-Sunnah

Saudara, kita telah ketahui konsep dan hakikat 'hidayah' dalam Islam itu. Dalam meneliti 'hidayah' ini, kita rujuk dua hadith iaitu hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). ‘Asdaqal-hadithi kitabullahi wa-khairual-huda huda muhammadin’ (Yang bermaksud: Bahawasanya sebenar-benarnya cerita/kalam (yakni, tulisan dalam kitab) adalah Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sebaik-baik hidayah/petunjuk itu adalah) hidayah dari Muhammad (s.a.w)). ‘Wa-syarrul umuri muhdathatuha wa-kullu muhdathin bid’atun wa-kullu bid’atin dolalatun (-dalam hadith lain – at-Termidzi) wa-kullu dolalatin fin-nari.) (Yang bermaksud: Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau agama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya seburuk-buruk perkara (perbuatan dalam agama) itu adalah pembaharuan kepada pekara (agama, yakni dalam perkara ibadah dan amalan). Dan setiap pembaharuan pada perkara (agama) itu adalah bida’ah. Dan setiap bida’ah itu adalah dolalah (yakni, kesesatan). [Hadith Ibnu Majah] Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-kullu bid’atin dolalatun, wa-kullu dolalatin fin-nari.’ (Yang bermaksud: Setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu tempatnya (i.e. tempat orang yang berpegang atau beramal dengannya) adalah dalam neraka (di akhirat kelak)) – Hadith at-Termidzi, dalam Kitab Solat ‘Idin.
Saudara, Dua hadith ini – dan banyak hadith lain - memberitahu bahawa sebaik-baik kitab mengenai agama Islam (dan kitab panduan agama Islam) dan syariatnya adalah Kitab Allah (a.w), yakni al-Quran dan sebaik-baik petunjuk/hidayah adalah hidayah yang dianugerahkan oleh Allah (a.w) kepada Utusannya, Rasulallah (s.a.w), yang diutus Allah (a.w) membawakan agama Allah (a.w) (i.e. Islam) kepada manusia, memimpin dan mengajarkan mereka serta menunjukkan praktikalnya dalam perkara agama - as-Sunnah. Justeru itu, sesiapa yang ingin mengetahi secara haq/benar Islam dan tuntutannya, hendaklah dia belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.a.w) menjelaskan tuntutan Islam dalam menterjemahkan reality beragama atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – Ayat 56: az-Zariat itu – manusia dan jin itu dijadikan Allah (a.w) (i.e. diberi kesempatan hidup di dunia ini) semata-mata untuk mengabdikan diri (maksudnya, menyembah kepada) Allah (a.w). Penyembahan itu hendaklah di dasarkan oleh agama Allah (a.w), yakni agama Islam. Menyembah Allah (a.w) melalui agama selain Islam tidak diterima oleh Allah (a.w). Kalau tak Islam mati disiksa dalam kubur dan di akhirat kelak dibangkitkan dalam keadaan buta, dan masuk ke neraka tanpa dihisabpun.
Kalau seseorang itu Islam, maka dia ada peluang mendapat syurga dan terselamat dari siksaan neraka. Dengan syarat di bersyahadah dengan penuh keyakinan tentang Allah (a.w) dan tentang perkara-perkara yang ghaib yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Dan, kalau dia mengikuti syariat agama Islam yang betul. Dan, kalau dia mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan, menepati apa-apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Apakah syariat agama Islam yang betul itu? Ini telah diberitahu dalam Ayat di atas tadi – Ayat 13: as-Syura. Pendeknya syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) mengulangi hakikat ini dalam Ayat 18, Surah al-Jathiyah di bawah ini.
Allah (a.w) berfirman: ‘Thumma ja’alnaka ‘ala syari’atin (-im) minal amri fat-tabi’ha wa-la tattabi’ ahwa-allazina la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Kemudian (dari peristiwa-peristiwa kekufuran kaum Musa (a.s) dan Isa (a.s) itu, kerana tidak mahu terima Muhammad (s.a.w) dan al-Quran, dan agama Islam versi terbaru itu, dalam ayat-ayat sebelum ayat ini) Kami (Allah (a.w) menjadikan kalian atas syariat (peraturan agama tersebut) dari urusan Kami (Allah (a.w) (i.e. agama Islam), maka ikutilah ia (i.e. agama Islam itu) dan janganlah kalian ikuti/mengikuti hawa-nafsu (yakni, keinginan) orang-orang yang tidak mengetahui (i.e. jahil atau bodoh akan agama Islam yang diperintah Rasulallah (s.a.w) bawakan itu)) – Ayat 18: al-Jathiyah.


Islam yang benar
 
Saudara, agama yang diterima oleh Allah (a.w) sebagai wadah atau landasan atau pletfom menepati Ayat 57, Surah az-Zariat itu adalah agama Islam. Agama Islam adalah agama Allah (a.w), agama yang Allah (a.w) utuskan/perintahkan Rasulallah (s.a.w) sampaikan kepada manusia 1434 tahun yang lalu – Ayat 3: al-Maidah. Agama selain Islam tidak diterima – Ayat 19: al-Maidah. Dan, kalau anuti agama selain Islam, tak diterima Allah segala amalan dan ibadahnya, dia rugi di akhirat (= masuk neraka) – Ayat 85: ali-Imran. Syariat dan ketetapan agama Islam itu wajib diterima tanpa pilih-pilih - Ayat 208: al-Baqarah.
Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith itu memperingatkan umat Islam bahawa semua atau setiap pembaharuan dalam perkara agama – dari segi bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamal dan mengibadahkannya – adalah bid’ah. Bid’ah menyesatkan umat Islam, dan jika dijadikan amalan batal segala amalan dan ibadah, tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah, dan, dalam ketetapan lain pengamalnya dihukum syirik, taubat pengamalnya tidak diterima Allah (a.w), dan pengamalnya terkeluar dari agama Islam tanpa disedari, wal iya zubillah.
Allah (a.w) memberitahu bahawa kaum Bani Israil yang dibawakan oleh Musa (a.s) dan kemudian Isa (a.s) kepada agama Islam zaman-zaman tersebut, ada yang menerima dan banyak yang menentang. Mereka berfirqah, berpuak-puak – mengikut hadith menjadi 72 puak atau fahaman agama. Ini kekal apabila Islam berpandukan al-Quran, dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Mereka tidak mahu terima al-Quran dan tidak mau terima Islam. Maka kesemua 72 fahaman Islam terus sesat, menjadi kafir, dan di akhirat masuk neraka kesemuanya. Walhal, dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil telah diberitahu tentang Rasul terakhir Muhammad (s.a.w) mereka tak mahu terima. Apabila syariat agama Allah (a.w) tersebut dimansuhkan dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan diturunkan Kitab al-Quran, maka manusia diwajibkan ikuti Islam dan syariatnya yang telah disempurnakan oleh Allah (a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu manusia (terutama orang Islam yang beriman) bahawa al-Quran itu adalah petunjuk kepada jalan lurus ke syurga, ia adalah panduan bagi manusia yang yakin dia wujudnya akhirat - syurga dan neraka, pembalasan  dan sebagainya. Maka dengan itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia (dan umatnya - mereka yang Islam sampai terjadinya kiamat) bahawa jika mereka ambil al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup mereka, pasti mereka tak sesat, dan pasti dapat syurga.
Sehubungan itulah Allah (a.w) menjanjikan hambaNya yang akur dengan Ayat 13: an-Nisa' pasti mendapat syurga. Tapi, majoriti umat Islam hari ini jadikan kitab selain al-Quran sebagai panduan dan hidayah - contoh Rasulallah (s.a.w) - atau as-Sunnah sebagai petunjuk dalam beragama. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain pula! 

Al-Quran adalah Petunjuk dan Panduan
 
Saudara, al-Quran itu adalah petunjuk kepada hidayah dan panduan hidup untuk berjaya di akhirat, (Nota: Bila kita sebut al-Quran, kita juga secara implicit menyebut as-Sunnah atau al-Hadith kerana Allah (a.w) menyuruh manusia dalam al-Quran taatkan Rasulallah (s.a.w) - spt Ayat 13 dan 14: an-Nisa', Ayat 7: al-Haysr, Ayat 80: an-Nisa, dll).
Firman Allah (a.w): ‘Haza baso-iru lin-nasi wa-hudan wa-rahmatatun … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ini (al-Quran) adalah permandangan/pedoman bagi manusia dan petunjuk dan kerahmatan bagi kaum-kaum yang yakin dan percaya (terhadap ketetapan Allah (a.w) dan peraturan Allah (a.w) dan hari akhirat) – Ayat 20; al-Jathiyah
Saudara, kalaulah kita akui diri kita Islam, sebagaimana kesemua orang Melayu akui dirinya Islam, tetapi tidakpun bersolat, tidakpun berpuasa, tidakpun mengeluarkan zakat dan menginfaq, dan tidak pula mengerjakan haji, maka dia bukan Islam lagi. Kenapa? Seorang yang Islam jatuh kafir secara otomatik, jika dia tidak bersolat. Seorang Islam itu terkeluar Islam tanpa dia sedari apabila dia beramal dengan sesuatu yang bid'ah! Jika begitu, rugilah sebagaimana Allah (a.w) beritahu kita dalam firmanNya di bawah: Firman Allah (a.w): ‘Am-hasibal-lazinaj tarahus-saiyiati … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ataukah mengira orang-orang yang berbuat mereka kejahatan (i.e. menyimpang dan menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) bahawa Kami (Allah (a.w)) menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan baik/soleh sama kedudukan mereka dan kematian mereka (dengan mereka yang tidak mengerjakan amalan)? Sangat buruklah apa-apa yang mereka (yang menyeleweng/menyimpang itu) putuskan.) - Ayat 21: al-Jathiyah.
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) membawa petunjuk (hidayah) untuk berada di atas ‘siratul mustaqim’ (jalan lurus ke syurga). Dan, jika manusia berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga – Ayat 13, Surah an-Nisa’. Inilah mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya, pasti kalian tidak sesat di dunia (untuk mencari dan mendapatkan kejayaan akhirat), iaitu Kitab Allah (a.w)) yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith) – Hadith al-Hakim dll. Justeru itu, umat Islam wajib faham bahawa jika mereka berpandukan lain-lain kitab atau petunjuk, pasti sesat dan pasti masuk neraka dan pasti takkan dapat syurga.



Keutamaan Ilmu yang benar

Sehubungan itulah, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, dan berusaha memahami Islam dan syariatnya, supaya beramal dan beribadah menepati apa yang diperintah Allah (a.w) dan yang didemokan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Umat Islam diwajibkan belajar secara formal - secara berguru dengan membuka al-Quran atau Kitab Hadith - semasa mengaji atau belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya. Bukan melalui ceramah atau mendengar tazkirah semata-mata. Guru yang mengajar al-Quran dan al-Hadith mengajar secara formal, tidak menggunakan akal fikirannya menjelaskan sesuatu ayat al-Quran atau al-Hadith. Maka dibolehkan bertanya, tapi bertanya setakat untuk mendapatkan penjelasan sahaja bukan untuk mendebatkan ketetapan dalam al-Quran (i.e. ketetapan Allah) ataupun mempersoalkan ketetapan as-Sunnah (i.e. ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) – Ayat 80, Surah an-Nisa’ dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Jika umat Islam mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w), pasti mereka mendapat syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Itu suatu yang pasti. Janji Allah (a.w) itu pasti.
Saudara, dalam post yang lalu kita bincangkan beberapa perkara penting yang wajib kita jadikan panduan hidup kita sehari-harian. Wajar kita ulangi dalam post ini. Dan, wajar kita fahami, kerana kesemuanya itu menentukan tempat tinggal kita di akhirat kelak.
Kesempurnaan agama Allah (a.w) itu bergantung kepada beberapa factor. Pertama, ketaatan terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah mutlak, tiada pengecualian. Ketaatan bermaksud terima dan amalkan segala yang disuruh dalam al-Quran dan as-Sunnah - semua bukan pilih-pilih, dan tinggalkan atau jahuhi apa-apa yang ditegah/dilarang. Justeru itu, kalau Rasulallah (s.a.w) beritahu semua pembaharuan dalam perkara amalan dan ibadah dalam syariat Islam itu adalah bid'ah dan merupakan kesesatan, jangan dibuat atau dikerjakan, maka wajib akur. Semak segala amalan dan ibadah, tinggalkan apa-apa amalan dan ibadah yang ditegah atau dilarang - termasuk rukun qalbi (niat), rukun qauli (bacaan dan sebutan) dan rukun fe'li (gerak geri dan perlakuan) dalam setiap amalan dan ibadah - supaya kita tidak melakukan sesuatu yang batil dalam Islam. Batil kerana tidak menepati ketetapan as-Sunnah.
Kedua, Islam mewajibkan umatnya berjema’ah dalam Islam, bukan setakat bersolat secara berjema'ah. Memang wajib solat fardu itu dijema'ahkan, dan solat sunat dibuat sendirian di rumah. Tapi, lebih dari itu. Berjema’ah adalah perintah mutlak Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) perintahkan umat Islam berjema'ah secara formal pada Ayat 103: ali-Imran. Walaupun terdapat satu ayat al-Quran yang secara terang-terangan menyebut tentang kewajipan berjema'ah: 'Wa'tasimu bihablillahi jamian wa-la tafarraqu ...' (Yang bermaksud: Peganglah tali Allah (a.w) (maksudnya, agama Islam) itu secara berjema'ah dan jangan berpecah-belah) - Ayat 103: ali-Imran, majoriti umat Islam tidak berjema'ah dalam Islam, Malah dalam tafsiran ayat tersebut - kalimah 'jami'an' itu disenyapkan maknanya atau diterjemahkan sebagai 'kesemuanya' atau 'berkumpulan'. As-Sunnah (yakni, al-Hadith) yang memperjelaskan dan menerangkan setiap sesuatu dalam al-Quran banyak menyebut tentang maksud' jami'an' ini. Mereka yang belajar as-Sunnah (atau al-Hadith) secara formal dan berguru dengan merujuk kepada Kuttubul Sittah - Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa'i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan Ibnu Majah - akan dapati begitu banyaknya hadith menyebut dan menjelaskan tentang jema'ah, imam/amir, bai'at, ketaatan dan sebagainya. Jika Islam tetapi tidak berjema’ah maka belum diakui Islamnya sah. Ketiga, kerana berjema’ah itu adalah perintah wajib bagi umat Islam, maka Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mewajibkan umat Islam mengangkat seorang dari kalangan mereka menjadi Imam/Amir, yakni orang yang memimpin jema’ah umat Islam. Keempat, mentaati Imam/Amir (=pemimpin jema’ah umat Islam) adalah kewajipan yang ‘bersyarat’ (conditional) dalam erti kata perintah dan ketetapan (ijtihad Imam/Amir) yang dimesyuarahkan, wajib dipatuhi selagi perintah atau ketetapan tersebut, tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) – Ayat 59, Surah an-Nisa’ dan al-Hadith. Jika sebaliknya, maka perintah dan ketetapan sedemikian tidak wajib di dengar apa lagi dipatuhi. Itu adalah ketetapan bercorak 'maksiat'. Kelima, institusi keimaman dalam Islam itu adalah institusi yang wajib wujud secara  formal dengan ciri-ciri khusus – ada Imam/Amin yang memimpin, ada rukyah (=jema’ah umat Islam), dan ada bai’at (=ikrar janji setia), rukyah mentaati Imam/Amir (pemimpin) selagi perintah atau ketetapan atau ijtihadnya tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kewajipan Imam/Amir adalah membimbing jema’ahnyadalam perkara agama semasa hidup mereka, supaya sentiasa meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam dan tuntutuannya, dan setelah faham, mengamalkan perintah dan suruhan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) sekuat mampu dan menjauhi tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dan akur dengan setiap tuntutan syariat Islam sepanjang hidup mereka. Imam/Amir wajib mengilmukan rukyahnya supaya faham sepenuhnya tuntutan Islam kerana mereka, di akhirat akan ditanya tentang rukyah yang dipimpinnya di dunia, apakah dia telah melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya sebagai pemimpin dengan penuh tanggung jawab dan istiqamah. Jika tidak rukyahnya masuk syurga, dia masuk neraka. Kalau dia berjaya menguruskan jema'ahnya sebaik-baiknya, maka dia masuk syurga bersama-sama dengan para rasul dan nabi - mertabat yang terbaik.


Syarat-syarat mendapat Syurga

Saudara, Islam mewajibkan setiap anak itu mentaati dan menghormati kedua ibu bapa mereka dan berbuat baik terhadap mereka. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak ada keridhaan kedua ibu bapa itu terhadap anak-anaknya. Ketaatan terhadap kedua ibu bapa itu juga bersyarat (atau conditional) selagi mereka tidak menyuruh syirik terhadap Allah (a.w). Kemudian isteri diwajibkan mentaati suaminya selagi suami tidak menyuruh syirikkan Allah (a.w) dan perintah suatu 'kemaksiatan', i.e. perintah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Seorang isteri itut pasti mendapat syurga jika suaminya ridha terhadapnya kerana dia isteri yang soleh - mentaati suaminya atas segala perintah dan ketetapan suaminya yang tidak bertentangan dengan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Bagi suami pula dia perlu memenuhi lebih banyak syarat dan tanggung jawab - taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w), taatkan dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ketika mereka hidup, dan mendidik isteri dan anak-anaknya dalam perkara agama dengan ilmu yang haq, menyara hidup isteri dan keluarganya dan tidak membiarkan kebajikan isteri dan anak-anaknya. Kalau baik kesemuanya, dia mendapat syurga. Jika dia mengabaikan anak-anaknya walaupun dia telah berpisah (bercerai) dengan bekas isterinya, dia mengabaikan anak-anaknya dari segi nafkah dan pembelaan, maka pasti dia tak dapat syurga! Segala amal dan ibadahnya ditolak Allah (a.w), walau bagaimana istiqamah dan waraknya dia dalam beramal dan beribadahpun! Jika setiap umat Islam yang beriman, mengerjakan amalan yang diwajibkan dikerjakan, menjauhi tegahan dan larangan, patuhi hiraki ketaatan ini, mereka pasti mendapat syurga dan selamat dari neraka - sebagaimana dijanjikan oleh Ayat 13: an-Nisa' itu.]

Jazakallahu khairah

Tuesday, December 3, 2013

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita mengenai tajuk/topik yang penting kita fahami ini - Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa? Supaya kita tahu dan faham dan supaya kita berada di atas landasan Islam yang benr, dan tidak sia-sia segala amal dan ibadah kita.

Hidayah

Saudara, dalam Islam para ulama' dan ilmuwan yang faham Islam - terutama syariatnya serta perinciannya - seringkali menyebut konsep 'hidayah'. Hidayah adalah nikmat terbesar jika didapati oleh seseorang manusia. Kerana hidayahlah manusia itu faham bahawa Tuhan manusia itu hanyalah Allah (a.w). Kerana hidayahlah manusia itu faham maksud Ayat 56: az-Zariat - apa maksud memperhambakan diri atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w). Dengan hidayahlah manusia itu faham bahawa ada kehidupan selepas mati, ada hari akhirat, ada balasan pahala dan dosa, dan syurga itu hanya diberikan kalau dia Islam dan beriman. Kerana hidayahlah dia tahu Al-Quran itu adalah kitab Allah (a.w) untuk panduan hidup mereka, bukan untuk panduan umat Islam semata-mata. Kerana hidayah jugalah orang Islam itu faham bahawa syurga itu mudah didapati, jkalah mereka akur dengan ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa'. Syurga hanya diberikan atas dasar amalan dan ibadah dan segala sesuatu yang dikerjakan semasa di dunia.

Hidayah itu bukan boleh dimiliki sendiri dengan mudah. Namun seseorang inginkan mencari kebenaran yang hakiki dalam kehidupan maka dia mencari hidayah, semoga Allah (a.w) kurniakan padanya. Dengan hidayah seseorang yang Islam itu faham banyak perkara, antara yang paling mudah dan kelihatan remeh adalah pertama, kewajipan mencari dan belajar ilmu yang benar - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dari guru atau orang yang faham ilmu-ilmu tersebut adalah suatu kewajipan, sama wajibnya dengan mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat, menginfaq dan menunaikan haji (setelah mampu); kedua, dengan ilmu membolehkan seseorang yang Islam itu faham bagaimana mengerjakan setiap suatu amalan dan ibadah yang fardu dan sunat yang menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w); ketiga, tanpa ilmu kesemua amalan tidak diterima; keempat, tanpa ilmu kita mempertikaikan hakikat bid'ah, dan kita berhujjah secara batil, menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan Allah (a.w), akibatnya kita jadi kafir tanpa disedari; kelima, tanpa ilmu kita melakukan pelbagai perkara yang batil dalam Islam, termasuk beramal secara batil; keenam, tanpa ilmu kita tidak nampak betapa utama dan pentingnya umat Islam itu mengambil pakai ketetapan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah dan dalam memandu kehidupan duniawi sebagai orang Islam yang terbaik; dan ketujuh, tanpa ilmu umat Islam tidak faham dan tidak akur hakikat berjema'ah dalam Islam itu suatu kemestian yang mutlak, dll lagi.
Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa kitab rujukan mengenai Islam terbaik itu adalah al-Quran. Maka dengan itu seseorang yang Islam mengabaikan al-Quran dan mengambil sebagai panduan kitab-kitab karangan manusia, telah melakukan sesuatu kebatilan. Malah Rasulallah (s.a.w) memberitahu Allah (a.w) amat murka kepada seseorang yang tahu sesuatu perkara agama itu ada di dalam al-Quran, tetapi dia mengambil petua atau panduan dari kitab-kitab selain al-Quran, kerana dia telah meremehkan sesuatu yang diagungkan oleh Allah (a.w) (i.e. al-Quran), kerana mengutamakan kitab lain, dan dia telah merendahkan mertabat kitab Allah (a.w). Dia menombor-satukan karya manusia dan menombor-duakan kalam Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawakan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam (kitab) itu adalah kalam Allah (a.w). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad ((s.a.w). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (agama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya seburuk-buruk perkara (perbuatan dalam agama) itu adalah pembaharuan kepada pekara (agama, terutama dalam perkara ibadah dan amalan). Dan setiap pembaharuan pada perkara (agama) itu adalah bida’ah. Dan setiap bida’ah itu adalah dolalah (yakni, kesesatan) - Hadith Ibnu Majah.  
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Wa-kullu bid’atin dolalatun, wa-kullu dolalatin fin-nari.’ (Yang bermaksud: Setiap bid’ah itu adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu tempatnya (i.e. tempat orang yang berpegang atau beramal dengannya) adalah dalam neraka (di akhirat kelak)) – Hadith at-Termidzi, dalam Kitab Solat ‘Idin.
[Nota: Dua hadith ini – dan banyak hadith lain - memberitahu bahawa sebaik-baik kitab mengenai agama Islam (dan kitab panduan agama Islam) dan syariatnya adalah Kitab Allah (a.w), yakni al-Quran dan sebaik-baik petunjuk/hidayah adalah hidayah yang dianugerahkan oleh Allah (a.w) kepada Utusannya, Rasulallah (s.a.w), yang diutus Allah (a.w) membawakan agama Allah (a.w) (i.e. Islam) kepada manusia, memimpin dan mengerjakan mereka serta menunjukkan praktikalnya dalam perkara agama.. Justeru itu, sesiapa yang ingin mengetahi secara haq/benar Islam dan tuntutannya, hendaklah dia belajar al-Quran dan as-Sunnah.
Dalam perkara as-Sunnah, terdapat 6 kitab hadith yang memuatkan sunnah yang diakui oleh para ulama’ muhadithin (=ulama’ hadith) sebagai muktabar mengandungi hadith-hadith yang sahih, yang dijadikan ketetapan hukum-hakam dalam Islam, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud dan Sunan ibnu Majah. Keenam-enam kitab ini dikenal sebagai Kuttubul Sittah (=Kitab yang Enam). Selain menyebut bahawa panduan Islam terbaik – malah panduan hidup mukmin terbaik – adalah al-Quran, Kitab Allah (a.w), hadith ini menyebutkan bahawa petunjuk terbaik dalam beragama adalah petunjuk Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah atau al-Hadith, kerana Rasulallah (s.a.w) yang berkomunikasi dengan Allah (a.w), yang diwahyukan serta diperintahkan oleh Allah (a.w) untuk mengajarkan serta membimbing manusia bagaimana hendak mengabdikan diri secara tepat lagi betul kepada Allah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) menjelaskan tuntutan Islam dalam menterjemahkan realiti beragama atau mengabdikan diri kepada Allah (a.w): ‘Ma-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya’buduni.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah Kami (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Kami (Allah)Ayat 56: az-Zariat, maksudnya, manusia dan jin itu dijadikan Allah (a.w) (i.e. diberi kesempatan hidup di dunia ini) semata-mata untuk mengabdikan diri (maksudnya, menyembah kepada atau melaksanakan segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w). Penyembahan itu hendaklah di dasarkan oleh agama Allah (a.w), yakni agama Islam, kerana agama yang diterima Allah (a.w) hanyalah Islam – Ayat 19: ali-Imran dan Allah (a.w) hanya meridhai Islam sebagai agama manusia – Ayat 3: Al-Maidah. Menyembah Allah (a.w) melalui agama selain Islam tidak diterima oleh Allah (a.w). Kalau tak Islam mati disiksa dalam kubur dan di akhirat kelak dibangkitkan dalam keadaan buta, dan masuk ke neraka tanpa dihisabpun.
Kalau seseorang itu Islam, maka dia ada peluang mendapat syurga dan jika dia akur dengan Ayat 13: an-Nisa', terselamat dari siksaan neraka. Maksudnya, dia bersyahadah dengan sepenuh hati tentang Allah (a.w) dan tentang perka-perkara yang ghaib yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah (yakni, adanya siksaan kubur, adanya hari pembalasan, adanya hisaban amalan dan timbangan pahala dan dosa (mizan), adanya syurga dan neraka, dan dia mengerjakan amalan dan ibadah yang diperintahkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya dan menjauhi tegahan/larangan. Maksudnya, semasa di dunia dia memurnikan agama Islam yang dia beramal dengannya tanpa sebarang pencemaran, maka dia mengikuti syariat agama Islam yang betul. Dan, kalau dia murnikan Islam dan segala sesuatu amalan dan ibadah dalam Islam, mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan, menepati apa-apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka segala amalan dan ibadahnya diterima dan diberi pahala dan dosanya dihakis, maka dia berjaya mendapat syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa’ dan sebagaiana yang dijanjikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tadi.
Apakah syariat agama Islam yang betul dan murni itu? Ini telah diberitahu dalam Ayat di atas tadi – Ayat 13, as-Syura. Pendeknya syariat agama Islam yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa syariat Islam yang murni itu adalah al-Quran dan as-Sunnah seperti sabdanya: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbala wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku tinggalkan pada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya pasti kalian tidak akan sesat selama-lamanya (yakni, mengikuti syariat Islam berada di atas siratul mustaqim dan mendapat syurga), iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan sunnah nabiNya (i.e. as-Sunnah) – Hadith al-Hakim dll. Inilah yang dimaksudkan ‘siratul mustaqim’ yang umat Islam pohonkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari – ketika mengerjakan solat fardu yang lima – setiap hari. Allah (a.w) mengulangi hakikat ini dalam Ayat 18: al-Jathiyah di bawah ini.
Allah (a.w) berfirman: ‘Thumma ja’alnaka ‘ala syari’atin (-im) minal amri fat-tabi’ha wa-la tattabi’ ahwa-allazina la ya’lamuna.’ (Yang bermaksud: Kemudian (dari peristiwa-peristiwa kekufuran kaum Musa (a.s) dan Isa (a.s) itu, kerana tidak mahu terima Muhammad (s.a.w) dan al-Quran, dan agama Islam versi terbaru itu) Kami (Allah (a.w) menjadikan kalian atas syariat (peraturan agama tersebut) dari urusan Kami (Allah (a.w) (i.e. agama Islam), maka ikutilah ia (i.e. agama Islam itu) dan janganlah kalian ikuti/mengikuti hawa-nafsu (yakni, keinginan) orang-orang yang tidak mengetahui (i.e. jahil atau bodoh akan agama Islam yang diperintah Rasulallah (s.a.w) bawakan itu))Ayat 18: al-Jathiyah. ‘Bodoh’ atau jahil dalam Islam kalau tidak belajar agama Islam dengan berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.
Agama yang diterima oleh Allah (a.w) sebagai wadah atau landasan atau pletfom menepati Ayat 57: az-Zariat itu adalah agama Islam. Agama Islam adalah agama Allah (a.w), agama yang Allah (a.w) utuskan/perintahkan Rasulallah (s.a.w) sampaikan kepada manusia 1434 tahun yang lalu – Ayat 3: al-Maidah. Agama selain Islam tidak diterima – Ayat 19: al-Maidah. Dan, kalau anuti agama selain Islam, tak diterima Allah segala amalan dan ibadahnya, dia rugi di akhirat (= masuk neraka) – Ayat 85: ali-Imran. Syariat dan ketetapan agama Islam itu wajib diterima tanpa pilih-pilih - Ayat 208: al-Baqarah.
Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith itu memperingatkan umat Islam bahawa semua atau setiap pembaharuan dalam perkara agama – dari segi bentuk amalan dan ibadah, kaedah dan cara mengamal dan mengibadahkannya – adalah bid’ah. Bid’ah menyesatkan umat Islam, dan jika dijadikan amalan batal segala amalan dan ibadah, tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah, dan, dalam ketetapan lain pengamalnya dihukum syirik, taubat pengamalnya tidak diterima Allah (a.w), dan pengamalnya terkeluar dari agama Islam tanpa disedari, wal iya zubillah.
Allah (a.w) memberitahu bahawa kaum Bani Israil yang dibawakan oleh Musa (a.s) dan kemudian Isa (a.s) kepada agama Islam zaman-zaman tersebut, ada yang menerima dan banyak yang menentang. Mereka berfirqah, berpuak-puak – mengikut hadith menjadi 72 puak atau fahaman agama. Ini kekal apabila Islam berpandukan al-Quran, dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Mereka tidak mahu terima al-Quran dan tidak mau terima Islam. Maka kesemua 72 fahaman Islam terus sesat, menjadi kafir, dan di akhirat masuk neraka kesemuanya. Walhal, dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil telah diberitahu tentang Rasul terakhir Muhammad (s.a.w) mereka tak mahu terima. Apabila syariat agama Allah (a.w) tersebut dimansuhkan dengan terutusnya Rasulallah (s.a.w) dan diturunkan Kitab al-Quran, maka manusia diwajibkan ikuti Islam dan syariatnya yang telah disempurnakan oleh Allah (a.w) berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
Kemudian peringatan Allah (a.w) pada Ayat 18: al-Jathiyah itu, disambung dalam Ayat-ayat 19 hingga 21: al-Jathiyah.
 
Firman Allah (a.w): ‘Innahum lan yughnu fihi … al-ayat.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menolak dari kalian dari Allah (a.w) sesuatu/sedikitpun, dan sesungguhnya orang-orang yang zalim sebahagian menolong/melindungi sebahagian yang lainnya; dan Allah (a.w) adalah penolong/pelindung kaum-kaum yang yakin dia (akan agama Allah (a.w) itu, i.e. orang iman) – Ayat 19: al-Jathiyah. Firman Allah (a.w): ‘Haza baso-iru lin-nasi wa-hudan wa-rahmatatun … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ini (al-Quran) adalah permandangan/pedoman bagi manusia dan petunjuk dan kerahmatan bagi kaum-kaum yang yakin dan percaya (terhadap ketetapan Allah (a.w) dan peraturan Allah (a.w) dan hari akhirat) – Ayat 20; al-Jathiyah Firman Allah (a.w): ‘Am-hasibal-lazinaj tarahus-saiyiati … al-ayat’ (Yang bermaksud: Ataukah mengira orang-orang yang berbuat mereka kejahatan (i.e. menyimpang dan menyeleweng) bahawa Kami (Allah (a.w)) menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan baik/soleh sama kedudukan mereka dan (sama akibat) kematian mereka? Sangat buruklah apa-apa yang mereka (yang menyeleweng/menyimpang itu) putuskan.) - Ayat 21; al-Jathiyah.
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) membawa petunjuk (hidayah) untuk berada di atas ‘siratul mustaqim’ (jalan lurus ke syurga). Dan, jika manusia berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah pasti mendapat syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Inilah mesej Rasulallah (s.a.w) dalam hadith: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballaha wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang kepada kedua-duanya, pasti kalian tidak sesat di dunia (untuk mencari dan mendapatkan kejayaan akhirat), iaitu Kitab Allah (a.w)) yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith) – Hadith al-Hakim dll. Justeru itu, umat Islam wajib faham bahawa jika mereka berpandukan lain-lain kitab atau petunjuk, pasti sesat dan pasti masuk neraka dan pasti takkan dapat syurga.
Sehubungan itulah, Islam mewajibkan umatnya belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah, dan berusaha memahami Islam dan syariatnya, supaya beramal dan beribadah menepati apa yang diperintah Allah (a.w) dan yang didemokan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dibolehkan bertanya, tapi bertanya setakat untuk mendapatkan penjelasan sahaja bukan untuk mendebatkan ketetapan dalam al-Quran (i.e. ketetapan Allah) ataupun mempersoalkan ketetapan as-Sunnah (i.e. ketetapan Rasulallah (s.a.w). Ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w) – Ayat 80: an-Nisa’ dan Ayat 7: al-Haysr. Jika umat Islam mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w), pasti mereka mendapat syurga – Ayat 13: an-Nisa’. Itu suatu yang pasti. Janji Allah (a.w) itu pasti.
Kesempurnaan agama Allah (a.w) itu bergantung kepada beberapa factor. Pertama, ketaatan terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itulah adalah mutlak, tiada pengecualian. Kedua, dalam Islam umat Islam diwajibkan berjema’ah. Berjema’ah adalah perintah mutlak Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jika Islam tetapi tidak berjema’ah maka belum diakui Islamnya sah. Ketiga, kerana berjema’ah itu adalah perintah wajib bagi umat Islam, maka Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mewajibkan umat Islam mengangkat seorang dari kalangan mereka menjadi Imam/Amir, yakni orang yang memimpin jema’ah umat Islam. Keempat, mentaati Imam/Amir (=pemimpin jema’ah umat Islam) adalah kewajipan yang ‘bersyarat’ (conditional) dalam erti kata perintah dan ketetapan (ijtihad Imam/Amir) yang dimesyuarahkan, wajib dipatuhi selagi perintah atau ketetapan tersebut tidak bertentangan dengan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) – Ayat 59: an-Nisa’ dan al-Hadith. Jika sebaliknya, maka perintah dan ketetapan sedemikian tidak wajib di dengar apa lagi dipatuhi. Itu adalah ketetapan bercorak maksiat. Kelima, institusi keimaman dalam Islam itu adalah institusi yang formal dengan ciri-ciri khusus – ada Imam/Amir yang memimpin, ada rukyah (=jema’ah umat Islam), dan ada bai’at (=ikrar janji setia), rukyah mentaati Imam/Amir (pemimpin) selagi perintah atau ketetapan atau ijtihadnya tidak bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kewajipan Imam/Amir adalah membimbing jema’ahnya supaya sentiasa meningkatkan kefahaman mereka terhadap Islam dan tuntutuannya, mengamalkan perintah dan suruhan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) sekuat mampu dan menjauhi tegahan dan larangan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), dan akur dengan setiap tuntutan syariat Islam sepanjang hidup mereka. Imam/Amir wajib mengilmukan rukyahnya supaya faham sepenuhnya tuntutan Islam kerana mereka, di akhirat akan ditanya tentang rukyah yang dipimpinnya di dunia, apakah dia telah melaksanakan tugas dan tanggung jawabnya sebagai pemimpin dengan penuh tanggung jawab dan istiqamah?
Islam mewajibkan setiap anak itu mentaati dan menghormati kedua ibu bapa mereka dan berbuat baik terhadap mereka. Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu umat Islam bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak ada keridhaan kedua ibu bapa itu terhadap anak-anaknya. Ketaatan terhadap kedua ibu bapa itu juga bersyarat (atau conditional) selagi mereka tidak menyuruh syirik terhadap Allah (a.w). Kemudian isteri diwajibkan mentaati suaminya selagi suami tidak menyuruh syirikkan Allah (a.w) dan perintah suatu kemaksiatan, i.e. perintah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Seorang isteri itu pasti mendapt syurga jika dia mentaati suaminya. Jika setiap umat Islam yang beriman, mengerjakan amalan yang diwajibkan, menjauhi tegahan dan larangan, patuhi hiraki ketaatan ini, mereka pasti mendapat syurga dan selamat dari neraka.]

Jazakallah khairah


Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan penelitian kita mengenai tajuk/topik yang penting ini: Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa?

Syariat Islam
 
Saudara, dalam firman Allah (a.w) di bawah jelas bahawa syariat Islam itu sudahpun wujud semenjak zaman Nabi Nuh (a.s), hanyalah dewasa itu para rasul dan nabi itu diutus untuk sesuatu bangsa atau masyarakat yang terkhusus. Hanya, apabila Rasulallah (s.a.w) dijadikan nabi terakhir atau penutup, maka syariat agama Islam itu disempurnakan dan dijadikan syariat bagi semua bangsa dan semua zaman. Maka dengan itu as-Sunnah kekal menjadi panduan umat Islam walaupun Rasulallah (s.a.w) sudahpun wafat. 
Firman Allah (a.w): ‘Syara’a lakum minad-dini ma wassa bihi nuhan wal-lazi auhana ilaika wa-ma wassaina bihi Ibrahima wa-Musa wa-Isa an aqimud-dina wa-la tatatfarraqu fihi … wa-yahdi ilaihi man (-ai) yunibu.’ (Yang bermaksud: Dia (Allah) mensyariatkan kepada kalian dari agama apa-apa yang diwasiatkan (oleh Allah) dengan agama itu kepada Nabi Nuh dan orang-orang yang Kami (Allah) wahyukan atas engkau (Muhammad) dan apa-apa yang Kami (Allah) wasiatkan dengan agama itu kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dan Nabi Isa bahawa (Allah perintahkan hendaklah) kalian dirikan agama Islam dan janganlah kalian berpecah belah di dalamnya (i.e. dalam menganut dan mengamalkan Islam dengan menubuhkan firqah atau perkumpulan terasing atau berasingan) … dan Dia (Allah) memberi petunjuk kepadanya (i.e. agama Islam itu) sesiapa yang kembali (i.e. bertaubat dan kembali kepada Islam yang benar). - Ayat 13: asy-Syura.
[Nota: Agama Islam itu agama yang diperintahkan oleh Allah (a.w) sebagai agama bagi semua manusia semenjak zaman Adam sampailah kepada para nabi dan rasul sesudah beliau – Nuh (a.s) (iaitu suhuf), Ibrahim (a.s) (iaitu suhuf), Musa (a.s) (yang diberikan Kitab Taurat) dan Isa (a.s) (yang diberikan Kitab Injil), dan rasul terakhir/penamat Muhammad (s.a.w). Jelasnya, ajaran Kitab Taurat dan Kitab Injil itu adalah syariat agama Allah (a.w), iaitu Islam zaman Musa (a.s.) dan Isa (a.s)). Al-Quran sahaja menyempurnakan syariat agama Islam itu. Kerana: pertama, seperti semenjak Adam (a.s) agama Islam adalah agama untuk semua manusia – tak kira bangsa atau keturunan – dan untuk semua zaman; kedua, Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) kepada semua manusia dan semua zaman; ketiga, al-Quran itu adalah kitab panduan agama bagi semua manusia semua zaman. Agama Islam itu dibawakan oleh para rasul dan nabi untuk masyarakat mereka sendiri secara berasingan, sebagaimana Musa (a.s) membawakan syariat agama Islam berpandukan Kitab Taurat kepada masyarakatnya sahaja. Begitu jugalah Isa (a.s) membawakan syariat agama Islam kepada msyarakatnya dengan berpandukan Kitab Injil. Demikianlah juga para rasul dan nabi-nabi yang terdahulu (mendahului mereka) yang diutus kepada masyarakat masing-masing. Hanyalah, dengan turunnya al-Quran dan terutusnya Muhammad (s.a.w), syariat agama Allah (a.w) (i.e. Islam) itu disempurnakan – Ayat 3: al-Maidah, dan dijadikan syariat yang menggantikan syariat agama sebelumnya dan dijadikan agama semua manusia – semua bangsa dan zaman – hingga terjadinya kiamat – Ayat 107: al-Anbiya’.
Agama Islam itu telah disempurnakan dengan terutusnya Rasul terakhir – Nabi Muhammad (s.a.w) – ‘khattamal Nabiyin’ – Ayat 3: al-Maidah dan Ayat 40: al-Ahzab. Untuk mempastikan orang Islam itu mengerjakan amalan dan ibadah secara murni (original) maka Rasulallah (s.a.w) dijadikan ‘uswatun hasanah’ (i.e. contoh atau model terbaik) dalam menjalani kehidupan di dunia, sebagai seorang Islam yang beriman, terutama dalam perkara mengabdikan diri secara benar dan betul kepada Allah (a.w) dan dalam menyediakan diri/bekalan untuk akhirat – Ayat 21, Surah al-Ahzab

Ketetapan Rasulallah (s.a.w)
 
Saudara, kesempurnaan syariat Islam itu dijelaskan dalam hadith berikut. Juga, panduan hakiki as-Sunnah itu bahawa seseorang yang Islam dan beriman itu tidak akan sesat dalam Islam mencari syurga dan mendapati neraka. Pasti berada di atas 'siratul mustaqim' jika berpegang kepada dua sumber ilmu dan panduan hidup Muslim, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari bdul Rahman b Amrin as-Salamiyi bahawasanya dia mendengar Irbad b Sariah berkata: ‘Wa-‘adhona rasulullahi (s.a.w) mau’izatan zarafat minhal-‘uyunu wa-wajilat minhal-qulubu fa-qulna ya Rasulallah (s.a.w) inna hazihi la-mau’izatu muaddi’in, fa-maza ta’adu ilaina’ (Yang bermaksud: Dan memberi suatu nasihat oleh Rasuallah (s.a.w) suatu nasihat yang mengalirkan dari nasihat itu beberapa mata (i.e. menangis) dan gemetar/takut dari mendengar nasihat itu beberapa hati, maka berkata aku (Irbad): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) sesungguhnya ini nasihat nescaya suatu nasihat perpisahan, maka apakah janji engkau atas kami?’. Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Qad taraktukum ‘ala baidha-ilailuha kanahariha la yayazighu ‘anha ba’dhi illa halikun man ya’syi minkum fasayara ikhtilafan kathiran, fa-‘alaikum bima ‘araftum min sunnati wa-sunnatil-khulafa-i(-ir) rasyidinnal-mahdiyina ‘addhu ‘alaiha bin-nawajijiz wa-alaikum bit-toati wa-in’abdan Habasyiyan fa-innamal-mukminu kal-jamali anifi hathuma qida anqada.’ (Yang bermaksud: ‘Sungguh-sungguh aku (Nabi) tinggalkan pada kalian atas suatu yang putih malamnya seperti (putih) siangnya, tidak akan menyimpang darinya (agama Islam) selepas ketiadaanku (i.e. setelah wafat aku) kecuali orang yang rosak (i.e. orang yang menyimpang darinya); barangsiapa yang hidup lama dari kalangan kalian akanmengtahui/melihat perselisihan yang banyak (di dalam Islam).Maka kalian menetapi dengan apa-apa yang kalian faham dari sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, gigitlah atasnya (i.e. sunnahku dan sunnah khalifah) dengan gigi geraham kalian. Dan, diwajibkan ats kalian dengan taat (i.e. taatkan imam) dan jikapun seorang hamba Habsyi (sekalipun menjadi imam kalian). Maka sesungguhnya orang iman itu seperti unta yang ditindik (hidungnya) ke mana ia ditarik (oleh tuannya) dia mengikuti (tuannya).) – Hadith ibnu Majah.
[Nota: Hadith ini menjelaskan bahawa syariat agama Islam itu sudah jelas pada setiap waktu dan ketika – malam ataupun siang – sama aje. Maka dengan itulah dalam khutbah wada’ Rasulallah (s.a.w), beliau menyebut: ‘Taraktu fikum amraina lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabbala wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan pada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang teguh kepada kedua-duanya kalian takkan sesat selama-lamanya – Hadith al-Hakim dll. Ini adalah janji Rasulallah (s.a.w), janji yang benar, kerana Rasulallah (s.a.w) hanya berkata-kata atas dasar wahyu. Counter factuanya, sesiapa yang tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti menyimpang dan sesat, dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu setiap kesesatan itu membawa yang sesat ke neraka.]
Jazakallahu khairah

Sunday, December 1, 2013

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita menyentuh topik atau tajuk di atas, iaitu 'Aqidah dan Syariat Islam' yang murni itu apa dia. Dalam post sebelum ini kita telah teliti 5 panduan utama mengenai bagaimana mungkin kita tahu dan faham sesuatu itu boleh diamalkan kerana tidk menjejaskan kemurniaan Islam - aqidahnya atau syariatnya. Dalam post sebelumnya, kita telah teliti 4 panduan utama, menjadikan sejumlah 9 panduan utama kita telah teliti, dan fahami.
Saudara, dalam post ini kita teruskan meneliti beberapa perkara lagi supaya sempurna ilmu dan kefahaman kita mengenai sifat murni Islam itu - murni aqidahnya dan murni syariatnya. Dan, kita mendapat syurga kerana menganalkan setiap amalan dan ibadah berdasarkan kemurniaan tersebut, maka amalan dan ibadah kita diterima Allah (a.w) secara pasti.
Panduan kesepuluh, ada ikrar taat setia antara kepimpinan dengan rukyah (= rakyat biasa atau anggota jema’ahnya) yang formal. Setiap yang Islam berbai’at kepada kepimpinan supaya mendengar perintah dan ketetapan dan nasihat (Allah, Rasul dan pemimpin) dan mentaati segala perintah dan ketetapan (Allah, Rasul dan pemimpin) sekuat mampu mereka. Bentuk ikrar umum disebutkan dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah – ‘Baya’tuka annti ‘sami’na wa-ato’na mastato’na’. Kalimah bai’at yang lebih terperinci adalah disebutkan dalam Ayat 18, Surah al-Fath dan Ayat 12, al-Mumtahannah dan diperincikan lagi dalam al-Hadith. Setelah diterima bai’at seseorang maka Imam atau Amir akan mendoakan dia kesejahteraan akhirat. Bai’at adalah suatu kemestian dalam berjema’ah.
Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa sesiapa yang mengingkari bai’atnya, maka dia melucutkan tali Islam dari lehernya. Maksudnya terkeluar dri Islam dan jatuh kafir. Maka tiada guna segala amalan dan ibadah selama itu, sama seperti orang kafir.
Panduan kesebelas, wajib bagi setiap orang Islam mentaati kepimpinan mereka. Jika timbul perselisihan mengenai segala sesuatu maka kepimpinan dan rukyah jema’ah Islam wajib merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, kerana kesempurnaan Islam dan al-Quran itu pasti memberikan panduan dan jawapan terhadap sebarang permasaalahan ummat Islam – Ayat 59: an-Nisa’. Setiap nasihat, ijtihad atau ketetapan kepimpinan itu tidak wajib didengar dan ditaati jika kepimpinan memerintahkan (atau, mengeluarkan ijtihad kepada) jema’ahnya melakukan sesuatu yang bersifat ‘maksiat’. Yang bersifat ‘maksiat' adalah perintah dan ketetapan dan ijtihad kepimpinan, yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Menyuruh mengamalkan bid’ah adalah suruhan yang maksiat.
Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yang mentaati Imam maka dia mentaati Rasulallah (s.a.w) dan sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) pasti dia mentaati Allah (a.w). Sebaliknya, jika seorang Islam itu menentang. Menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulallah (s.a.w), sama dengan menolak Islam, jatuh kafir. Demikian itulah juga akibatnya menolak Imam.
Panduan keduabelas, adalah menjadi kewajipan kepada kepimpinan Islam sentiassa berusaha menghapuskan kejahilan agama di kalangan rukyah, memberi nasihat kepada mereka supaya meningkatkan kefahaman mengenai Islam, mengerjakan segala yang diperintah – yang disuruh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dibuat dan yang ditegah atau dilarang dijauhi atau ditinggalkan, meningkatkan pelaksanaan amal dan ibadah mereka, membimbing generasi mendatang dan membela jema’ah umat Islam yang memerlukan bantuan dan pembelaan.
Panduan ketigabelas, di akhirat kelak semasa perhimpunan agung terbesar manusia di hadapan Allah (a.w) untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing berdiri/berhimpun di belakang Imam masing-masing yang menjadi saksi terhadap keIslaman dan keimanan mereka – imam yang mereka berbai’at kepadanya sebagai penyaksian bahawa mereka dulu di dunia adalah orang Islam yang mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (i.e. mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan ‘ulil amri’) dan mereka berjema’ah. Ketaatan terhadap Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketatan terhadap Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) adalah ketatan yang mutlak, tidak boleh tidak, sementara ketaatan terhadap Imam adalah bersyarat, iaitu selagi tidak menyuruh berbuat sesuatu yang bersifat ‘maksiat’, yakni menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Maka, orang Islam yang sedemikian itu mengamalkan syariat Islam secara berjema’ah dan dia mentaati ketetapan dan ijtihad imam atau amir yang tidak maksiat, maka dia berhimpun di padang makhsyar di belakang Imam mereka untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing – Ayat 71: al-Isra’. Mereka jugalah orang yang diakui sebagai umat Rasulallah (s.a.w) dan diberi laluan untuk minum air Telaga al-Kauthar – Surah al-Kauthar. Orang Islam yang tidak akur dengan as-Sunnah – walaupun sedikit – tidak dibenarkan oleh para malaikat menghampiri Telaga al-Kauthar. Kerana seorang Islam yang tidak akur dengan ketetapan as-Sunnah digam oleh Allah (a.w) sebagai orang yang bencikan Rasulallah (s.a.w). Orang membenci Rasulallah (s.a.w) terputus ikatan keIslamannya dengan Islam, tidak diakui Islam.]

Justeru itu,

Oleh kerana itulah wajib bagi seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman, mengaji/belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara betul supaya terpandu dalam beramal dan beribadah dan dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yang beriman. Terpandu dan faham. Tidaklah ikut cakap-cakap orang-orang yang akui diri mereka ‘alim’ atau dinobatkan oleh orang /masyarakat sebagai ‘alim, walhal jahil ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Islam saja tak cukup. Iman yang lebih utama, supaya tidaklah mengamalkan fahaman Islam yang idak sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jika tidak pasti tergolong dari kalangan orang yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut. Dan, jika seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman, tetapi tidak mengamalkan Islamnya menepati 13 ciri yang disebutkan di atas itu, maka dia adalah orang yang telah beramal dan beribadah dengan sia-sia, dan rugilah dia sepanjang hayatnya, sebagaimana disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran. (Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23: al-Furqan
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam Ayat 2, 3 dan 4: al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat ketika berhimpun di padang makhsyar di hadapan Allah (a.w) untuk dihisab) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu (ketika di dunia) mereka telah beramal dengan bersusah payah (secara istiqamah, pagi petang, siang malam) @ Akhirnya (kerana batal dan batil amalannya, tak diterima amalan dan ibadahnya) masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4: al-Ghasyiah.

Apa yang dapat kita rumuskan?
Firman Allah (a.w): ‘… wa-‘adallahul-lazina amanu wa-‘amilus-solihati minhum maghfiratan wa-ajran a’zima.’ (Yang bermaksud: Dan menjanjikan Allah (a.w) kepada orang-orang yang beriman dan mengamalkan amalan soleh (baik) dari kalangan mereka pengampunan dan ganjaran pahala yang agung (i.e. syurga)) – Ayat 29, Surah al-Fath.
Jelasnya, syarat berjaya mendapat syurga itu adalah beriman – bukan setakat Islam – dan mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan dan yang disunatkan, sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat Allah (a.w) dan bersyukur dengan hidayah yang ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada Marwan bin Junahi, hadith daripada Yunus ibnu Maisarah bin Halbasin, bahawasanya diceritakan kepada aku (kata Marwan) hadith oleh Maisarah, yang berkata: ‘Aku mendengar Mu’awiyah bin Abi Sufyan menceritakan hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawasanya bersabda: ‘Al-Khairu ‘adatun, was-syarru la-jajatun. Wa-man yuridillahu bihi khairan yufaqqahu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Kebaikan itu pada adat, dan keburukan pada kekecohan (atau kekacauan). Dan, barangsiapa dikehendaki Allah (a.w) dengannya (i.e. untuknya) kebaikan (baginya di dunia dan di akhirat) maka (memberi) kefahaman kepadanya (oleh Allah (a.w) di dalam agamanya).’ - Hadith ibnu Majah.
Hadith di atas itu memberi kita tahu perkara yang sama dengan sepotong hadith yang lain, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man yuridillahu bihi khairan yufaqqihhu fid-dini.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa mengkehendaki oleh Allah (a.w) dengannya (i.e. baginya) kebaikan (di dunia dan di akhirat) (maka) memberi kafahaman (Allah (a.w)) di dalam ilmu mengenai agamanya.’ - Hadith ibnu Majah, Kitab Mukaddimah.
Jelaslah kefahaman mengenai aqidah dan syariat Islam itu amat utama untuk menjamin bahawa seseorang yang Islam itu terpandu dalam beragama dan apabila terpandu memudahkan mentaati perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Apabila terpandu boleh mengamalkan setiap amalan dan ibadah yang menepati spesifikasi Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Apabila amalan dan ibadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah tidak tercemar dan pastilah murni, maka pastilah mendapat ganjaran pahala, dan pastilah mendapat syurga sebagaimana dijanjikan oleh Allah (a.w) pada Ayat 13: an-Nisa itu.

Jazakallahu khairah

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi penelitian kita mengenai topik atau tajuk di atas, iaitu: Aqidah dan Syariat Islam yang benar itu apa dia - ciri-cirinya. Kita telahpun lihat 4 dimensi panduan/ketetapan yang wajib kita akur supaya kita berjaya dalam Islam ketika di hisab di akhirat kelak - berjaya kerana kita memiliki aqidah yang benar/haq dan kita faham syariat Islam yang benar, maka kita beramal dengannya, maka segala amalan yang murni itu diterima Allah (a.w). Apa dia? Pertama, Allah (a.w) yang menetapkan aqidah dan syariat agama Islam yang murni itu. Rasulallah (s.a.w) yang diperintahkan sampaikan kepada manusia - semua bangsa dan semua zaman, menyampaikannya dan menunjukkan bagaimana, supaya manusia tidaklah menyimpang atau tersilap. Kedua, umat Islam itu wajib mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) - mengamalkan dan mengerjakan segala amalan dan ibadah secara murni, yakni sebagaimana yang disampaikan dan ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Ketiga, kemurniaan amalan dan ibadah itu wajib dikekal tanpa tercemar atau dicemar atau dicampuradukkan dengan ketetapan manusia, supaya setiap amalan dan ibadah itu diterima dan diberi ganjaran pahala. Keempat, apabila kemurniaan aqidah dan syariat itu kekal tulen dan tidak tercemar dan amalan dan ibadah yang didasarkan pada kemurnian tersebut, maka pastilah Allah (a.w) memberikan syurga kerana kita amalkan dan ibadahka setiap sesuatu tuntutan Islam itu dengan betul lagi benar. Jika, keempat-empat panduan ini tidak dipatuhi, maka batallah dan batillah aqidah dan syariat Islam yang kita amalkan dan jadikan panduan hidup. Maka, rugilah kita..
Saudara, kita teruskan penelitian kita selanjutnya, supaya lebih jelas dan lebih sempurna ilmu serta kefahaman kita mengenai aqidah dan syariat Islam yang benar dan murni itu, apakah panduannya dan ciri-cirinya - apa dia sifatnya dan bagaimana mengamalkannya. Kita lihat lima lagi panduan.
Panduan kelima, syariat Islam itu adalah berjema’ah dalam menganuti dan mengamalakannya. Rengkasnya, agama Islam yang murni dan bernar itu bentuknya berjema’ahAyat 103, Surah ali-Imran, yakni, Islam yang benar itu adalah bentuknya berjema’ah. Dalam as-Sunnah diperincikan ciri-ciri mutlak hakikat berjema’ah ini dan diperjelaskan konsep berjema’ah itu secara terperinci serta bagaimana diterjemahkan dalam reality kehidupan mukmin. Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith meyebutkan bahawa Allah (a.w) peritahkan supaya beliau laksanakan 5 perkara dan kerana itu beliau perintahkan umatnya supaya laksanakan 5 perkara tersebut. Pertama adalah berjema'ah dalam Islam dan jangan berfirqah atau berpecahbelah. Omar ibni Khattab (r.a) merumuskan ketetaan berjema'ah tersebut dalam hadithnya: Sabda Omar (r.a): 'La Islama illa bil-jama'atin ... al-hadith' (Yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam (maksudnya, belum dikira Islam atau belum boleh diakui sebagai Islam) jika tidak berjema'ah dalam Islam ...) - Hadith ad-Darami. Jelas berjema'ah itu pra-syarat mutlak sahnya Islam! Panduan keenam, panduan mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – mengerjakan amalan dan ibadah – adalah al-Quran dan as-Sunnah; terutama as-Sunnah, kerana as-Sunnah itu memperjelaskan ketetapan yang ‘concise’ tapi ‘comprehensive’ dalam al-Quran. Rasulallah (s.a.w) sebagai penyampai syiar agama Islam - sebagai Utusan Allah (a.w) - adalah orang yang paling sempurna ilmunya mengenai Islam dan ketetapan Allah (s.a.w) serta terbaik perlaksanaannya. Maka justeru itu Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah ‘uswatun hasanah’ – model ikutan terbaik bagi umat Islam – Ayat 21: al-Ahzab. Justeru itu, as-Sunnah wajib dijadikan panduan dalam Islam – Ayat 7: al-Haysr dan Sabda Rasulallah (s.a.w): Taraktu fikum amraini lan tadilliu in ma tamasiktum bihima, kitabballahi wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kalian dua perkara yang jika kalian berpegang dengan kedua-duanya pasti kalian tidak akan sesat (mencari dan mendapatkan syurga Allah), iaitu KitabNya (=al-Quran) dan sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) - Hadith al-Hakim dll.. Panduan ketujuh, amalan dan ibadah dan amal soleh hanya diberi ganjaran pahala jika diniatkan menepati nas dan dalil berikut:
Amalan/Ibadah yang tidak murni tak diterima. Niat yang benar itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya: ‘ … wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: ‘Dan, kerna menharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga), dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka)) – Ayat 57: al-Isra’. Inilah juga mesej dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut: Diriwayatkan hadith dari Syaddad, iaitu Abi Umar hadith dari Abi Umamah al-Bahili berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia (kepada Nabi): ‘Apakah pandangann-mu (atau pendapatmu) seorang lelaki yang berperang kerana mencari pahala dan nama, apa baginya?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang disabdakan olehya tiga kali. Berkata kepada (si-lelaki) Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Kemudian bersabda: ‘Innallaha la yaqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu kholisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari amalan kecuali apa-apa ada baginya (yang diamalkan atau dipersembahkan) kholis (=murni) dan mencari dengannya (i.e. amalan atau ibadah itu) wajah Allah (a.w), (i.e. keridaanNya) - Hadith an-Nasa-i
Setiap amalan atau ibadah yang dinatkan tidak kerana mencari keridaan Allah (a.w) atau ada niat sampingan, tidak diterima Allah (a.w). Di akhirat akan disuruh dapatkan ganjaran pahala dari sesiapa atau pihak yang amalan dan ibadah itu ditujukan atau diniatkan. Kalau melakukan sesuatu yang bersifat syirik – walaupun syarik samarpun – batal segala pahala semua amalan.]
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma li-ahadin ‘indahu ni’matin tujza @ illab-tigha-a wajhil rabbihil-‘ala.’ (Yang bermaksud: Dan tidak ada bagi seseorang di sisinya kenikmatan (i.e. mendapat nikmat) tidak dibalas @ (yang dibalas) kecuali mencari wajah Allah (a.w) (i.e. kerana Allah (a.w).) - Ayat 19 & 20: al-Lail
[Nota: Segala amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan kerana mencari ‘wajah Allah (a.w)’, yakni untuk mencari keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w) semata-mata bukan untuk lain tujuan. Jelasnya niat dalam mengerjakan amalan dan ibadah itu wajib murni tidak tercemar, demi Allah (a.w) semata-amata. Allah (a.w) menjelaskan dalam firmanNya pada Ayat 57: al-Isra’ bahawa yang dimaksudkan niat yang murni lagi ikhlas itu atau ‘kerana mencari wajah Allah (a.w)’ itu adalah: ‘ … wa-yarjuna rahmatahu wa-yahafuna ‘azabahu…’ (Yang bermaksud: Dan kerana mengharapkan kerahmatan Allah (a.w), yakni syurga, dan takutkan siksaan Allah (a.w), yakni neraka.). Dalam Islam segala-galanya telah diberitahu oleh Allah (a.w).]
Panduan kedelapan, wajib mengamalkan syariat Islam itu, khususnya segala amalan dan ibadah – bentuknya, kaedah dan cara mengamalkannya serta rukun-rukunnya - sejajar dengan ketetapan as-Sunnah sebagaimana yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.aw). Segala amalan dan ibadah yang diterima Allah (a.w) hendaklah murni dan tidak dicemari oleh sebarang perbuatan dan amalan bercorak atau mirip syirik, tahyul, kurafat, bid’ah dan taklid, tetapi dengan sandaran ilmu dan tidak dalam kejahilan – Ayat 36: al-Isra’ dan sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Al-ilmu qabla amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan/ibadah).
Sebagai contoh, semua amalan dan ibadah yang dicemari oleh bid’ah adalah batal dan batil, tidak diterima Allah (a.w). Malah pengamal bid’ah tidak diterima kesemua amalannya – fardu maupun sunat – dan terkeluar dia dari Islam tanpa disedari. Maka dengan itu sesiapa yang Islam kemudian membuat pembaharuan kepada syariat atau ketetapan agama Islam – menokok tambah atau mengubah ketetapan atau menukar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal – adalah dikira bid’ah, maka tidak diterima amalan tersebut, malah menjadikan pengamal bid’ah itu sendiri terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari. Rasulallah (s.a.w) memberitau: ‘Man amila ‘amalan laisa fihi amruna, fahua raddun.’ (Yang bermaksud: Barangsiapa yang mengerjakan sesuatu malan atau iadah yang amalan atau ibadah tersebut tidak dudatangkan dari aku (Nabi), maka ia (i.e. amalan atau ibadah tersebut) ditolak.) – Hadith Bukhari dan Muslim. Yang bersifat maksiat adalah perintah dan ketetapan, termasuklah ijtihad kepimpinan, yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Malah orang pengamal dan penganjur bid’ah tidak diterima kesemua amalan dan ibadahnya – yang wajib ataupun sunat – dan terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari – al-Hadith.
Panduan kesembilan, Islam yang benar dan murni itu berjema’ah. Jema’ah yang murni dalam Islam itu ada kepimpinan (Imam) dan hiraki kepimpinan dalam jema’ah Islam – Ayat 59: an-Nisa’ dan as-Sunnah. Diperincikan dalam as-Sunnah bentuk serta ciri-ciri jema’ah yang murni itu dan syarat-syarat kepimpinan ini secara terperinci. Seseorang itu tidak sah Islamnya kalau dia tidak berjema’ah, tidak dikira berjema’ah kalau tiada seorang ‘imam’ atau ‘amir’ sebagai pemimpin, dan anggota jema’ah wajib mentaati Imam, dan tidak ada ketaatan terhadap imam kalau tiada ikrar janji taat setia – bai’at. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Tidak halal kehidupan tiga orang iman di atas permukaan bumi atau di dalam hutan belantara atau ketika bermusafir, jika mereka tidak menagangkat salah seorrang dari mereka bertiga menjadi Imam mereka.’ Institusi keimaman itu mengekalkan sistem syariat Islam yang dibentuk oleh Allah (a.w) semenjak zaman sebelum Muhammad (s.a.w) lagi. Para rasul atau nabi adalah imam jema’ah umat Islam zaman mereka. Demikian jugalah dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), sebagai Utusan Allah (a.w) dan Nabi (s.a.w), beliaulah pemimpin yang memimpin jema'ah umat Islam zamannya. 
Apakala wafat Rasulallah (s.a.w) sistem berjema’ah itu dilangsungkan melalui sistem kekhalifahan (4 orang) kemudian para imam atau amir yang diberi gelaran atau nama berbagai termasuklah ‘amirul mukminin’ atau ‘sultan.’ Ketika wafat Rasulallah (s.a.w) untuk menghalalkan kehidupan mereka di bumi Allah (a.w) dan untuk mengesahkan keIslaman mereka supaya diterima kesemua amalan dan ibadah (i.e. pengabdian mereka), maka para sahabat terpaksa menangguhkan pengkebumian jasad Rasulallah (s.a.w) sehingga Abu Bakar (r.a) diangkat menjadi khalifah (=pengganti) atas usulan/cadangan Omar (r.a) yang melafazkan kalimat ‘bai’at’ kepada Abu Bakar (r.a). Para sahabat dan umat Islam lain mengikuti contoh Omar (r.a) dan berbai’at kepada Abu Bakar as-Siddiq (r.a).

Jazakallahu khairah

Aqidah dan Syariat Islam (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita sambung lagi penelitian kita mengenai tajuk di atas itu - Aqidah dan Syariat Islam - selanjutnya supaya kita faham tuntutan Islam yang benar itu supaya kita terpandu dalam hidup kita, menyediakan diri untuk kejayaan akhirat.

Wajib mengekalkan kemurniaan aqidah dan syariat Islam

Allah (a.w) memberitahu umat Islam bahawa agama Islam itu wajib dimurnikan sebagaimana yang ditetapkan olehNya dalam al-Quran dan sebagaimana diwahyukan kepada Rasulallah (s.a.w) dari segi praktiknya. Maka Rasulallah (s.a.w) menyampaikan aqidah dan syariat Islam dengan mengajarkan serta mencontohkannya pada manusia, melalui as-Sunnah. Kemurniaan aqidah dan syariat itu kekal jika tidak dicemari oleh sesuatu yang tiada diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Aqidah serta syariat Islam itu murni selagi umat Islam itu mematuhi ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Apabila ketetapan selain ketetapan a-Quran dan as-Sunnah dijadikan panduan dan amalan, maka kemurnian aqidah dan syariat Islam itu tercemar.
Firman Allah (a.w): ‘Fad’ullaha mukhlisina lahud-dina wa-lau karihal kafiruna.’ (Yang bermaksud: Maka menyembahlah (atau, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (i.e. memurnikan) agama sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir/kufur.) - Ayat 14: al-Ghafir
Orang kafir itu adalah orang yang tidak Islam. Orang Islam juga jadi kafir apakala dia menuinggalkan solat fardunya, walaupun satu waktu. Orang Islam juga menjadi kafir apabila mengamalkan sesuatu pembaharuan kepada aqidah dan syariat Islam. Yang menjerumuskan umat Islam terkeluar Islam tanpa mereka sedari adalah apakala mengamalkan sesuatu yang bersifat bid’ah, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa setiap perkara bid’ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan menjerumuskan pengamalnya ke dalam neraka.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yu’tuz-zakatan wa-zalika dinula-qaimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah diperintahkan kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) orang yang memurnikan kepada Allah (a.w) pada agama dengan condong (i.e. benanr mencintai agama Allah (a.w)) dan menetapilah/mengerjakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan demikian itulah (yakni, cintakan agama Allah (a.w), menetapi solat dan mengeluarkan zakat itu) agama yang bernar/lurus/tegak.) - Ayat 5: al-Baiyinah.
Untuk memahami hakikat ‘kemurniaan agama Islam’ itu, wajib dirujuk kepada ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Justeru tulah, mentaati ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah ketetapan mutlak – wajib. Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma atakumur-rasula fa-khuzu wa-ma nahakum fantahu.’ (Yang bermaksud: Dan, apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kalian ambil dan apa-apa yang ditegahnya hendaklah kalian tinggalkan/jauhi) Ayat 7: al-Hasyr. Murninya aqidah dan syariat Islam itu serta murninya pengamalan aqidah dan syariat Islam itu diperjelaskan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kemurnian aqidah dan syariat Islam itu boleh dilihat melalui beberapa ketetapan pokok dan ciri-ciri yang tertentu, menepati beberapa perkara utama.
Panduan Pertama kemurniaan agama Islam itu ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalna ilaikal-kitaba bil-haqqi fa’budillaha mukhlisana lahud-dina @ ala lillahid-dinul-khalisu … al-ayat.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah) menurunkan Aku (Allah) atas/kepada engkau (Muhammad) Kitab (yakni, al-Quran) dengan kebenaran, maka mengabdikanlah diri (yakni, beribadahlah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (yakni, memurnikan) bagiNya (Allah) agama Islam; ingatlah bagi Allah (a.w) itu agama yang mukhlis (i.e. murni) … sehingga akhir ayat.) -Ayat 2 dan 3: az-Zumar.
[Nota: Kemurniaan agama Islam itu wajib diteliti dan difahami dalam beberapa dimens atau perspektif. Ini wajib difahami, supaya umat Islam membuat persedian dan persiapan yang benar dan betul dan tidaklah rugi di akhirat kelak:
Ciri Pertama, panduan yang haq mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Inilah ketetapan induk pada Ayat 13: an-Nisa’ yang telahpun kita rujuk tadi. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitabaala wa-sunnati nabiyi.’ (Yang bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan dua perkara jika kalian berpegang kepada kedua-duanya kalian tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (a.w) dan Sunnah NabiNya) – Hadith al-Hakim dll. Jelasnya, sesiapa yang akui dirinya Islam dan beriman kemudian dia ikuti panduan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti sesat mencari jalan lurus ke syurga itu.
Ciri Kedua, untuk mempastikan umat Islam itu berada di landasan yang benar maka mereka wajib belajar dan fahami al-Quran dan as-Sunnah. Dengan itu mereka tahu yang mana murni dan yang mana tercemar atau dicemari oleh sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah. Agama Islam itu tercemar jika tidak ada nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, atau tiada contoh yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan as-Sunnah, yang membolehkan sesuatu yang tercemar. Justeru itu yang paling utama umat Islam fahami adalah mengaji/belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah supaya tahu dan faham ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tentang Islam, syariatnya dan tuntutannya. Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa adalah wajib bagi serang Islam itu mengaji/belajar ilmu mengenai Islam – aqidah dan syariatnya – sebelum mengerjakan sebarang amalan atau ibadah – Ayat 36, Surah al-Isra’ dan ketetapan-ketetapan as-Sunnah. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa ilmu yang diwajibkan dipelajari adalah al-Quran, as-Sunnah dan ilmu faraid (i.e. pembahagian harta warisan). Aqidah Islam itu tercemar apabila umat Islam percayakan sesuatu yang bersifat syirik, tahyul, dan kurafat, maka semua amalan dan ibadah yang dicemar itu tidak diterima Allah (a.w).
Ciri Ketiga, semua bentuk amalan dan ibadah dan kaedah serta cara mengamalkan dan mengibadahkan sesuatu ibadah/amalan yang dikerjakan oleh umat Islam itu hendaklah murni, yakni tidak tercemar, tidak ditokok tambah ataupun dikurangkan atau diubahsuai supaya berbeza atau berlainan dari atau tidak sejajar dengan apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), contoh dicemari oleh bid’ah. Juteru itu, semua amalan dan ibadah dalam Islam itu murni jika tidak dicampuradukkan atau diubahsuai atau dipinda dengan ketetapan atau pandangan manusia, tidak kira siapa saja yang membuat perubahan tersebut, apa kedudukan mereka, kalau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, selagi itulah agama Islam itu tidak murni dan cara mengamalkannya sudah dicemar. Segala amalan dan ibadah yang tercemar itu tidak diterima Allah (a.w).
Ciri Keempat, agama dan syariat Islam itu kekal murni apabila dianuti secara berjema’ahAyat 103: ali-Imran. Syariat Islam itu tercemar dari segi aqidah dan penghayatannya dan pengamalannya – dari segi bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah – jika penganutnya tidak berjema’ah. Segala amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa pelakunya berada dan mengikuti dan menetapi jema’ah tidak diterima Allah (a.w). Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau umat Islam itu berjema’ah maka sah Islamnya. Janganlah jadi orang yang disebutkan dalam sabda berikut. Amalan mereka walaupun secocok dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun kerana tercemar, tidak berjema’ah, tidak diterima. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yab taghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru/tersilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan (sebaliknya) sesiapa yang beramal dalam firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar (yakni, dari segi bentuk, cara dan kaedah sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) tidak menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka, i.e. masuk neraka.) – Hadith at-Tobrani.
Apabila sah Islam seseorang itu dan niatnya mengerjakan amalan dan ibadah itu ‘mukhlis’, yakni murni, maka setiap amalan dan ibadah yang dikerjakan itu menepati yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah (i.e. sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w)) kalau terkeliru atau tersalah, maka dimaafkan oleh Allah (a.w), dan jika betul amalan dan ibadah tersebut, maka mendapat ganjaran pahala mengerjakannya. Jika diamalkan oleh seseorang yang tidak berjema’ah, kalau amalan dan ibadahnya betulpun (i.e. menepati al-Quran dan as-Sunnah) tetap dikira salah dan tidak terima Allah (a.w), dan kalau salah pula dikerjakan, pasti disiksa dalam neraka.
Ciri Kelima, kemurniaan syariat agama Islam itu kekal jika semua amalan dan ibadah yang dikerjakan oleh umatnya adalah berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) melarang umat Islam mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Firman Allah (a.w): ‘Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun’ (Yang bermaksud: Dan, janganlah kalian kerjakan (amal dan ibadah) sesuatu tanpa memiliki ilmu mengenainya terlebih dahulu) -– Ayat 36, Surah al-Isra’. Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘al-ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum beramal atau mengerjakan amalan/ibadah) -Hadith. Maksudnya, umat Islam wajib belajar dan tahu serta faham tentang sesuatu amalan dan ibadah itu sebelum mengamalkannya. Semua ini tertakluk kepada ilmu yang murni dan haq (benar) – ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Ciri Keenam, segala amalan/ibadah dalam Islam itu murni dalam pelaksanaannya jika sesuatu amalan dan ibadah itu diniatkan ‘…wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: … semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. untuk mendapatkan syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. siksaan neraka)) – Ayat 57: al-Isra’. Kalau amalan dan ibadah itu diniatkan kerana pertimbangan-pertimbangan selain itu, maka tidak diterima Allah (a.w).
Ciri Ketujuh, syariat agama Islam itu kekal murni selagi tidak dicemari oleh sebarang pembaharuan atau penambahan supaya kononnya menjadikan apa yang diamalkan dan diibadahkan itu kelihatan ‘lebih baik’ dari bentuk dan sifat aslinya. Pandangan sedemikian itu adalah batil, kerana, syariat agama Islam itu sudah sempurna sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Inilah ketetapan Allah (a.w) (yakni, dalil) firman Allah (a.w) pada: ‘Al-yauma akmaltu lakum dinakum … wa-raditu lakumul-Islama dina; …’ (Yang bermaksud: Pada hari ini Aku (Allah (a.w)) telahpun sempurnakan agama kalian … dan Aku (Allah (a.w)) ridha Islam sebagai agama anutan kalian…’ – Ayat 3: al-Maidah. Ayat ini adalah ayat yang terakhir diturunkan Allah (a.w) dalam menyempurnakan al-Quran. Inilah juga yang diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w), bahawa agama Islam itu seumpama sesuatu yang putih malamnya sebagaimana putih di siang hari – tak berbeza dan tetap serupa dan sempurna bila-bila masapun.
Panduan Kedua, bagaimana memurnikan agama dan berdo'a (i.e meminta sesuatu hanya kepada Allah (a.w), bukan kepada orang lain.
Firman Allah (a.w): ‘Fad’ullaha mukhlisina lahud-dina wa-lau karihal kafiruna.’ (Yang bermaksud: Maka menyembahlah (atau, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (i.e. memurnikan) agama sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir/kufur.) - Ayat 14: al-Ghafir.
Orang kafir itu tidak Islam atau tidak menerima Islam. Orang kufur itu adalah orang yang akui dirinya Islam tetapi aqidahnya tercemar dan amaan serta ibadahnya tercemar, tidak menerima sebahagian ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara aqidah dan amalan/ibadah.
 
Panduan ketiga kemurnian agama Islam itu wajib dikekalkan sejajar dengan firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yu’tuz-zakatan wa-zalika dinul-qaimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah diperintahkan kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan memurnikan kepada Allah (a.w) pada agama dengan condong (i.e. benar tunduk kepada Allah (a.w)) dan menetapilah/mengerjakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan demikian itulah (yakni, cintakan agama Allah (a.w), menetapi solat dan mengeluarkan zakat itu) demikian itulah agama yang bernar/lurus/tegak.) - Ayat 5: al-Baiyinah
[Nota: Sifat contoh orang yang betul-betul cintakan agama Allah (a.w) adalah Nabi Ibrahim. Dia akur apabila diperintahkan Allah (a.w) untuk berdakwah menyampaikan syariat agama Allah (a.w) dengan meninggalkan isterinya Siti Hajar sedang sarat mengandungkan Ismail (a.s) dia diperintahkan oleh Allah (a.w) menyebarkan agama Islam; dan akur dengan perintah Allah (a.w) supaya menyembelih anaknya Ismail (a.s) walaupun bertahun-tahun meninggalkan anaknya kemudian berjumpa dengan anaknya semula sudah dewasa. Tetap, dia akur dengan perintah Allah (a.w) tanpa soal.


Amalan/Ibadah yang tidak murni tak diterima. 


Niat yang benar itu disebutkan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya: ‘ … wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: ‘Dan, kerna menharapkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurga), dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka)) – Ayat 57: al-Isra’. Inilah juga mesej dalam sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari Syaddad, iaitu Abi Umar hadith dari Abi Umamah al-Bahili berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Nabi (s.a.w), maka berkata dia (kepada Nabi): ‘Apakah pandangann-mu (atau pendapatmu) seorang lelaki yang berperang kerana mencari pahala dan nama, apa baginya?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) apa-apa yang disabdakan olehya tiga kali. Berkata kepada (si-lelaki) Rasulallah (s.a.w): ‘La syaiun lahu’ (Yang bermaksud: Tiada sesuatupun baginya). Kemudian bersabda: ‘Innallaha la yaqbalu minal-‘amali illa ma kana lahu kholisan wabtughiya bihi wajhuhu.’ (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak menerima dari amalan kecuali apa-apa ada baginya (yang diamalkan atau dipersembahkan) kholis (=murni) dan mencari dengannya (i.e. amalan atau ibadah itu) wajah Allah (a.w), (i.e. keridaanNya) - Hadith an-Nasa-i.
Setiap amalan atau ibadah yang diniatkan tidak kerana mencari keridaan Allah (a.w) atau ada niat sampingan, tidak diterima Allah (a.w). Di akhirat akan disuruh dapatkan ganjaran pahala dari sesiapa atau pihak yang amalan dan ibadah itu ditujukan atau diniatkan. Kalau melakukan sesuatu yang bersifat syirik – walaupun syarik samarpun – batal segala pahala semua amalan.]
Panduan keempat adalah syurga itu pasti jika mentaati Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan mentaati perintah Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith) – Ayat 13: an-Nisa’ adalah ketetapan induk – kalau patuh pasti dapat syurga. Kalau sebaliknya pula, Ayat 14 berikutnya, pasti masuk neraka. Wajib diingat bahawa ikuti ketetapan al-Quran dan ikuti ketetapan as-Sunnah itu termasuklah ketetapan berjema’ah dalam Islam – Ayat 103: ali-Imran dan juga as-Sunnah; dan ketetapan mentaati Imam dalam Islam – Ayat 59: an-Nisa’ dan juga as-Sunah;

Jazakallahu khairah