Sunday, November 3, 2013

Wujudkah 'bid'ah hasanah' dalam Islam?

Assalamaualaikum,
Saudara, kita telahpun mulakan perbincangan menegnai tajuk 'bid'ah' dalam konteks nasihat'janganlah rugikan diri di akhirat' kerana melakukan beberapa kebatilan dalam Islam; antaranya: pertama, beramal dengan syariat Islam yang tercemar atau tidak murni, iaitu bertentangan dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat ...; kedua; mengamalkan pelbagai perkara atau perlakuan yang bercorak atau bersifat syirik (terutama, syirik khaufi (=samar) seperti memakai gelang magnetik dsbnya sebagaimana masyarakat zaman silam memakai 'tangkal' yang dikalungkan di leher bayi atau kanak-kanak kecil supaya tidak terkena 'sampok' dll), mempercayai sesuatu yang tahyul dan mempercayai kurafat - semua ini bertentangan dengan aqidah Islam bahawa perbuatan atau kepercayaan sedemikian itu seolah-olah meletakkan 'kuasa ketuhanan' kepada makhluk atau benda atau tempat. Semua ini mencemarkan kemurniaan aqidah Islam.
Kemudian, umat Islam juga banyak mengamalkan perkara yang dikatakan bid'ah' atau 'taklid' atau 'qias' dan membuat 'ijtihd' berdasarkan konsep 'ijmak ulama' (=kesepakatan para ulama) kerana diputuskan atau ditetapkan oleh 'jumhur ulama' (=persetujuan para ulama'). Apa dia 'taklid'? Iaitu mengcopy perbuatan atau perlakuan orang lain dalam Islam ats dasar caka-cakap atau gesaan mereka atau atas ass ajaran atau tunjuk ajar mereka, tanpa kita sendiri tahu mengenai perkara yang disuruh olehnya, apakah betul atau tidak apakah amalan atau ibadah tersebut benar atau tidak.
Kita orang yang jahil, sebagai contoh, maka kita mendengar orang yang kita fikir rajin mengerjakan solat sunat, berkata bahawa Solat Tasbih itu empat rakaat dibuat duadua rakaat, maka kalau kita amalkan terhapus 10 jenis dosa kita.' In adalah contoh kerana kejahilan kita bertaklid kepada ajaran seseorang yang mengatakan kalaulah kita kerjakan Solat Tasbih itu sekali sehari atau sekali semingg atau sekali sebulan atau sekali setahun atau sekali seumur hidup, 10 jenis dosa kita terampun. Cara mengerjakan Solat Tasbih itu adalah membuat solat dua rakaat dua kali, menjdikan jumlahnya 4 rakaat. Ketika selesai membaca al-Fatihah dibaca satu surah kemudian sebelum Rukuk dibaca Tasbihnya 15 kali, dan kemudian dibaca Tasbih bagi setiap Rukun Fe'linya 10 kali, dan yang terakhir sebelum memberi salammembacanya 10 kali juga. Jelaslah, Solat Tasbih atas dasar Taklid ini salah dan batail, kerana Solat Tasbih itu hendaklah dibuat 4 rakaat, sekali sehari paling kerap dan boleh dibuat bila-bila masa - malam atau siang - tak lebih dari satu solat sehari semalam.
Contoh lain: Umat Islam di Malaysia dilazimkan diajarkan oleh para ulama' dan ilmuwan serta ustaz dsbnya memulakan solat - fardu atau sunat - dengan mengangkat kedua-dua belah tangan bersetentang dengan bahu atau telinga dengan jari terbuka sambil membaca 'Usolli fardhal ... 'atau 'sunnnatal ...'... arba'a atau thalatha rakatan atau raka'atani ada-an atau imaman atau makmuman lillahi ta-'ala, Allahu Akhbar'' Inilah lafaz niat solat fardu ataupun sunat. Kemudian membaca Doa Iftitah : 'Allahu akbar kabiran ...'. Kalau kita teliti al-Quran dan as-Sunnah, atau mana-mana kitab hadith, termasuk hadith besar yang enam itu, takda pun sepotong hadith yang menyebutkan bahawa kita wajib baca itu untuk memulakan solat. Yang ada Rasulallah (s.a.w) memberitahu ketika nak solat, kita berdiri dan baca Takbiratul Ikhram: 'Faiza qumta ilas-solata, fakabbir.' (Yang bermaksud: Ketika kalian hendk bersolat berdirilah dan baca Takbir).
Contoh lain: ketika Rukuk dan Sujud kita disuruh baca Tasbih (bacaan) Rukuk dan Sujudnya, iaitu, untuk Rukuk: 'Subhana rabbial 'azim wa-bihamdihi'; dan bagi Sujud pula: 'Subhana rabbial 'ala wa-bihamdihi', pula. Tidak ada sebarang ketetapan Allah (a.w) ataupun Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa kita diberi kelonggaran untuk menambah kalimah 'wa-bihamdihi' dalam kedua-dua Tasbih tersebut.
Contoh lain: membaca Doa Qunut ketika Solat Subuh, selepas selesai membaca al-Fatihah dan surah, kitapun Rukuk, kemudian bangkit dari Rukuk, kemudian sebelum turun untuk Sujud kita dilazimkan membaca Doa Qunut. Kalau kita teliti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak ada terdapat di mana-mana bahawa kita disuruh baca Doa Qunut ketika bersolat Subuh. Kini para ulama' menyebut bahawa Doa Qunut itu adalah sunat muakkadah, tak buat tak apa. Dulu, mereka ata kalau tertinggal kena buat Sujud Sahwi (i.e. sujud lupa)! Kalau kita teliti Kitab/Topik Solat-solat Sunat (Nawafil) dalam kitab-kitah hadith, kita akan tahu bahawa Hassan b Ali (r.a), cucu Rasulallah (s.a.w) atau anak Ali b Abi Thalib (r.a) dan isterinya Fatimah bt Muhammad (r.ah), memberitahu bahawa dia diajarkan oleh datuknya, Rasulallah (s.a.w), Doa Qunut yang dibaca pada Solat Witir, malam-malam 15 hari terakhir Ramadhan, selepas mengerjakan Solat Terawih. Kalimah yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu sama dengan kalimah-kalimah yang kita baca sekarang ni ketika Solat Subuh. Tidak ada nas dan dalil al-Quran maupun al-Hadith menyebutkan bahawa kita boleh pinda dan ubah atau ubasuai Solat Subuh yang telah ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan menambah kepdanya membaca Doa Qunut. Begitu juga, kita menambah kepada Rukun Qauli Rukuk dan Sujud dalam solat!
Contoh lain: Ketika mengerjakan Solat Aid - Aidil Fitri dan Aidil Adha - kiat perlu mengangkat kedua tangan untuk 7 Takbir (=Allahu Akbar) pada rakaat pertama dan 5 Takbir (=Allahu Akbar) pada rakaat kedua, sebelum membaca al-Fatihah dan surah, Kita membaca Tasbih khusus pula antara takbir itu, iaitu membaca: 'Subha nallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akhbar' - contohnya dibaca selepas Takbir pertama sebelum Takbir kedua dan seterusnya. Jadi, Tasbih itu dibaca sebanyak 6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua. Apabila kita teliti ketetaan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) ada menyuruh baca Takir tetai tidak menyuruh membaca Tasbih tersebut, atau apa-apa bacaan atau sebutan atau kalimahpun.
Contoh lain. Dalam ibadah haji dan umrah, ada banyak penambahan dan pengubahsuaian kepada rukun qalbi (niat), rukuan qauli (bacaan) dan rukun fe'li (perlakuan) pula, walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dari aku (apa yang aku baca, sebut, buat, lakukan) dalam peraturan (ibadah haji dan umrah) kamu.). Kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah amat mudah mengerjakan ibadah haji dan umrah itu. Tak perlu baca kalimah atau bacaan yang panjang -sebagaimana yang diajarkankan/disuruh oleh pihak berkuasa Tabung Haji - ketika Tawaf, Sa'i dan lain-lainnya. Ini tidak mengambil kita waktu-waktu yang ditetapkan untuk keluar dari Arafah menuju ke Muzdalifah, keluar dari Muzdalifah ke Mina, bagaimana solat-solat disolatkan - jama' taqdim/Takhir, atau dijama' dan diqasar, atau dijama' tamam?? Dan sebagainya.
Saudara, demikianlah beberapa contoh yang menunjukkan perbezaan yang ketara antara ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan amalan atau perlakuan orang Islam semasa. Mengapa terjadi begini? Satu sebabnya adalah kerana umat Islam tak mentaati perintah Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Ayat 36, Surah an-Nisa), tak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dalam perkara kemurnian niat: 'Wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu'; tidak memahami perintah mutlak Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' dalam perkara menegakkan sistem jema'ah atau berjema'ah daam Islam. Rasulallah (s.a.w) memperincikan dengan detail kewajipan berjema'ah, kewajipan melantik seorang Imam untuk memeimpin jema'ah Islam, kewajipan berbai'at (=ikrar taat etia oleh rukyah kepada Imam), dan banyak lagi.
[Nota: Perkumpulan Islam yang mengamalkan sistem jema'ah dan ada keimaman/kepimpinannya dan ada suatu ikrar janji - tai sama ada sejajar dengan perintah Allah (a.w) atau tidak wajib disemak dan diteliti adalah Kumpulan Syi'ah, Kumpulan Tabligh, dan suat masa dulu perkumpulan Arqam. Malangnya, kpimpinan Arqam dipengaruhi oleh agenda pribadi, sehingga mengubah aqidah seperti ada hubungan yang akrab antara kepimpinan Arqam dengan Raulallah (s.a.w) dan sebagainya! Suatu kebatilan.. Perkumpulan lain ada mengamalkan sistem jema'ah seperti Kumpulan Syiah, Kumpulan Tabligh dan seumpamanya]. Islam ada bai'at seperti yang dicontohkan oleh amalan Rasulallah (s.a.w) sepanjang 23 tahun beliau memimpin jema'ah Islam. Ayat 10, 12 dan 18, Surah al-Fath, Ayat 23, Surah Yunus, dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah - mentaati Imam (kepimpinan Islam) - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Kemudian sistem yang sama diteruskan di bawah pemerintahan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin selama 30 tahun pula. Kemudian seterusnya sistem beraja dan ada gelaran pemimpin ditukar menjadi 'amirul muminin ' Pemimpin orang-orang iman). Allah (a.w) mengajarkan kalimah bai'at itu yang diteruskan selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kesemua yang dicontohkan itu adalah amalan lazim umat Islam - para ulama' dan ilmuwan dan orang awam hari ini, amalan yang tiada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Jelasnya menyimpang dari aqidah Islam yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Itulah utamanya kita tahu dan faham bid'ah - maksudnya, kesannya dan akibatnya kepada kita. Insya Allah kita akan teruskan peneltian kita kelak supaya kita faham. Sebelum itu, mungkin elok kita tahu akibat mengamalkan bid'ah: Pertama, bida'ah menghapuskan kemurniaan aqidah kita dalam Islam dan menghapuskan kemurnian syariat Islam yang kita amalkan, maka Islam yang diamalkan sudah tercemar, maka cacat keIslaan orang yang mengamalnya, dan batal serta batil aqidah dan amalan dan ibadahnya; kedua, kerana itu, semua amalan dan ibdah juga turut tercemar, tidak lagi murni, maka tidak diterima Allah (a.w), maka dalam Kitab Catatan Amalan kita tidak direkodkan sebagai telah melaksanakan perintah yang diwajibkan Allah (aw.) dan Rasulallah (s.a.w), maka beratlah timbangan dosa kita, maka terjerumuskan kita ke dalam neraka, wal iya zubillah; ketiga, ada 3 kemungkinan akibatnya terhadap kita yang mengamalkannya, iaitu sama ada kita tergolong orang yang syirik atau kita tergolong orang yang kafir terkeluar dari Islam kerana kesilapan dan kebatilan amalan dan ibadah kita; atau, kita Islam tetapi taubat kita tidak diterima Allah (a.w) - ketiga-tiga akibat ini menjerumuskan kita ke dalam neraka. Kita fikir dan merasakan segala amalan dan ibadah kita - yang fardu dan yang sunat - diterima Allah (a.w), tetapi sebaliknya. Maka jadilah kita tergolong dalam kalangan orang yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qaddimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam Ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiyah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat ketika berhimpun di padang makhsyar di hadapan Allah (a.w) untuk dihisab) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu (ketika di dunia) mereka telah beramal dengan bersusah payah (secara istiqamah, pagi petang, siang malam) @ Akhirnya (kerana batal dan batil amalannya, tak diterima amalan dan ibadahnya) masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah.
Demikianlah beberapa dimensi pembaharuan dalam perkara agama dalam Islam, yang kesemuanya batil! Jika begitu alangkah ruginya kita. Kita mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah (a.w) (yakni, ganjaran syurga), tapi sebaliknya, masuk neraka, wal iya zubillah. Jsuteru itu kita wajib faham ilmu mengenai akibat musibah mengamalkan bid'ah. Malah sesiapa yang megajarkan bid'ah, orang yang diajar amalkannya, dia dapat dosa, amalannya ditolak, dia pula mengirim dosa kepada yang mengajar ...
Saudara, wajib kita mengaji/belajar ilmu supaya kita terselamat dari bahaya bid'ah ini.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment