Sunday, November 3, 2013

Jangan rugikan diri di akhirat ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai satu dimensi yang sangat sukar difahami oleh orang Islam yang menjadi peneybab kepada batallnya aqidah dan amaln dalam Islam, kerana mengamalkannya menjadikan aqidah dan syariat Islam itu tercemar, tidak lagi murni. Dalam post-post yang lalu kita diberitahu oleh Allah (a.w) sesiapa yang beramal atau mengerjakan ibadah yang tidak murni, maka tidak diterima Allah (a.w), terbatl Islamnya dan kesemua amalan dan ibadahnya ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Di akhirat kelak orang yang sedemikian itu amat rugi, beramal dengan bersusah payah dan istiqamah di dunia mencari syurga, tetapi dapat neraka di akhirat kelak. Allah (a.w) ingatkan kita manusia - terutama yang Islam dan yang beriman - bahawa hanya ada dua tempat tiggal manusia di akhirat iaitu sama ada dalam syurga atau dalam neraka.
Kesudahan manusia itu hanyalah dua: sama ada dia mendapat syurga dengan segala nikmatnya, atau neraka dengan segala siksaannya. Inilah yang difirmankan Allah (a.w) bahawa di akhirat kelak, setelah dihisab:
Firman Allah (a.w): ‘... fariqun fil-jannati, wa-fariqun fis-sa’iri ...')(Yang bermaksud; segolongan (kalian) masuk syurga, dan segolongan (kalian) masuk neraka) - Ayat 7, Surah asy-Syura. Yang berjaya mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) - menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mendapat balasan syurga manakala yang gagal disiksa dalam neraka. Allah (a.w) memberitahu akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya. Kerana kehidupan di dunia ini tidak kekal. Yang kekal hanyalah akhirat.
Saudara, yang pasti dapat syurga itu diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran. Kita tak perlu bersusah payak memikirkan bagaimana nak selamat di akhirat, mendapat syurga. Kita telah diberitahu oleh Allah (a.w). Yang diperlukan hanyalah belajar ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dan fahami ketetapan dan suruhan dan tegahan dan larangannya. Dalam beramal, contohi Rasulallah (s.a.w) kerana Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.) itu adalah 'uswatun hasanah' - Ayat 21, Surah al-Akhzab, dan sesiapa yang ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia telah mentaati perintah Allah (a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr.
Allah (a.w) berjanji kepada manusia bahawa sesiapa yang ‘mentaati Allah (a.w)’ (yakni, ikuti al-Quran) dan ‘mentaati Rasulallah (s.a.w)’ (yakni, ikuti as-Sunnah) pasti mendapat syurga. Kita rujuk semula firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wamai yutiillaha warasulahu yudhilhu jannatin ... al-ayat' (Yang bermaksud: Dan barangsiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, ikuti as-Sunnah) dimasukkannya ke dalam syurga.) - Ayat 13, Surah an-Nisa’
Sebaliknya, Allah (a.w) mengingatkan manusia bahawa sesiapa yang ingkar atau menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan tidak ikuti Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak ikuti as-Sunnah) dan tidak akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah akan diseksa di dalam neraka. Pokoknya, orang Islam dan beriman tidak ada pilihan kecuali akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau berpandukan as-Sunnah:
Firman Allah (a.w): 'Wamai ya’sillaha warasulahu wayata’adda hududahu yudkhilhu naran ... al-ayat' (Yang bermaksud: Dan barangsiapa menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, tidak ikuti as-Sunnah) dan melanggar batas-batas (had-had) ketetapan yang ditetapkan (oleh Allah (a.w) (yakni, dalam al-Quran) dan RasulNya (yakni, dalam as-Sunnah)) dimasukkan ke dalam neraka) - Ayat 14, Surah an-Nisa’.

[Nota: Ayat ini bukan semata-mata merujuk kepada hukum hudu yang secara khusus disebutkan di dalam al-Quran. Sebenarnya, segala sesuatu perintah dan suruhan dalam al-Quran dan as-Sunnah yang dilanggar, atau tidak dikerjakan atau dibuat apabila ditegah, adalah pelanggaran bagi maksud ayat ini. As-Sunnah termasuk kerana berdasarkan Ayat 7, Surah al-Haysr, semua ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w), maka wajib dipatuhi.]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya dalam hadith berikut sejajar dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr itu:
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi ‘Amasy, hadith dariabi Salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaruni ma taraktukum. fainnama halaka man kana qablakum bisualihim wakhtilafihim ‘ala ‘amba-ihim. Faiza amartukum bisyai-in fakhuzu minhu mas-tota’tum. Wa-iza nahaitukum ‘an syai-in fantahu.' (Yang bermaksud: Biarkan (yakni, janganlah kamu kerjakan) apa-apa aku tinggalkan (yakni, tidak contohkan atau suruh). Maka sesungguhnya apa-apa yang telah merosakkan barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian (adalah) kerana banyak soal mereka dan banyak perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku akan kamu sekelian dengan sesuatu (perintah) maka ambillah dari perintah tersebut (dan kerjakan) sekuat mampu kamu. Dan ketika melarang (atau menegah) aku akan kamu sekelian dengan sesuatu (perkara) maka hentikanlah (atau tinggalkanlah) - Hadith ibnu Majah
Saudara, Allah (a.w) juga memberitahu manusia bahawa dalam al-Quran bahawa Rasulallah (s.a.w) disuruh memberitahu manusia bahawa seiapa yang cintakan Allah (a.w) - Tuhan mereka yang esa - maka hendaklah dia mentaati Rasulallah (s.a.w), dan jika begitu, maka Allah (a.w) yang mencintai mereka kembali dan Allah (a.w) mengamuni dosa-dosa mereka. Maksudnya, mereka yang mentaati Rasulallah (s.a.w) pasti disayangi Allah (a.w) dan diselamatkan dari neraka dan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak, satu kurniaan yang amat besar, seperti yang difirmankan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w):'Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi'uni yuhbibkumullahu wa-yaghfirlakum zunubakum.' (Yang bermaksud: Katakanlah (olehmu Wahai Muhammad (s.a.w)! ‘Jika kamu kasihkan Allah (a.w), ikutilah aku (dan) Allah (a.w) akan kasihi kamu dan menghapuskan dosa-dosa kamu) - Ayat 31, Surah ali-Imran.
Saudara, orang iman yang dikasihi Allah (a.w) sahaja yang mendapat syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak beriman seorang yang akui dirinya Islam dan beriman jika dia tidak kasihkan Rasulallah (s.a.w) melbihi kasih sayangnya terhadap kedua ibu bapanya, keluarganya, dan manusia selainnya. Ini adalah peringatan kepada orang iman yag benar, kerana hari ini begitu ramai orang Islam yang ketepikan as-Sunnah, dan terima panduan manusia! Tambahan pula, dalam firmanNya dalam Ayat 64, Surah an-Nisa’ kita diberitahu supaya ikuti Rasulallah (s.a.w) dan dalam Ayat 80, Surah an-Nisa’ kita diberitahu mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita telah mentaati Allah (a.w). Malangnya, apabila kita lihat riaksi manusia yang mengakui diri mereka Islam apabila Rasulallah (s.a.w) beritahu sesuatu secara jelas, mereka mencari tambahan yang tidakpun disuruh cari dan amalkan. Inilah perkara keempat selain tiga perkara yang kita telahpun faami melalui post yang lalu, iaitu: pertama, menetapi syariat Islam yang murni; kedua, niat yang murni dan betul dalam beramal; dan ketiga, asas ilmu yang murni lagi benar dalam mengasaskan kesemua amalan dan ibadah. Dimensi keempat adalah mencemarkan kemurnian aqidah dan syariat Islam serta amalan dan ibadah dalam Islam kerana mengamalkan 'bid'ah'.
Saudara, apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia -kyususnya umat Islam atau orang iman, bahawa di akhir zaman kelak - selepas wafatnya beliau - umat Islam akan berpecah dalam agama mereka mengamalkan 73 fahaman agama Islam, kesemuanya akui mereka mengasakan fahaan mereka kepada al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 golongan, yakni majoriti umat Islam, gagl dan rugi, tidak dapat syurga, sebaliknya terjerumuske dalam neraka. Hanya satu golongan atau fahamn Islam yang berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka, siapa golongan atau fahaman tersebut? Disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) umat Islam yang menepati dua pra-syarat iaitu pertama, ikuti as-Sunnah, dan kedua, mereka berjema'ah dalam Islam.Ramai orang Islam rugi tidak mendapat syurga kerana meninggalkan sesuatu ketetapan as-Sunnah, kerana ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) adalah kettapan mutlak - tidak boleh tidak wajib diikuti. Kalau sebahagian atau suatu dimensi kecil sekalipun tidak ditaati, jatuh kafir atau terkeluar dari Islam dan mengamalkan 'bida'ah' adalah suatu sebab membatalkan aqidah Islam dan menyebabkan pengamalnya terkeluar dari Islam tanpa di sedari dan menyebabkan Allah (a.w) tidak terima taubat mereka, tidak terima segala amalan dan ibadah mereka - yang wajib ata fardu dan yang sunat. Insya Alah, kita akan teliti faktor batil yang penting ini dalam post-post yang akan datang, supaya kita fahami.
Saudara, 'bid'ah' adalah suatu perkara yang amat sensitif kepada umat Islam arus perdana, kerana mereka amalkan begitu banyak pencemaran aqidah dan syariat, tetapi mereka berkeras bahawa yang mereka amalkan adalah 'kebaikan' atau 'bid'ah hasanah' yang dibolehkan oleh Islam, walaupun tidak secara khusus tersebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Malah mereka menyebutkan bahawa ada beberapa perkara yang dikerjakan oleh khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, terutama Abu Bakar (r.a) Omar (r.a) dan Othman (r.a) yang menunjukkan ada perkara-perkara atau amalan atau perbuatan yang tidak bersifat batil dalam Islam. Malah terdapat para ilmuwan mazhab yang menyebut bahawa jika jumhur ulama atau ada aasas qias dan ada keperluan diijtihadkan oleh jumhur ulaa', boleh diamalkan dan tidak bersifat batil, malah diolehkan dan mendapat pahala pula. endeknya, para ulama' boleh membuat sesuatu amalan walaupun tiada asas ketetaan al-Quran dan as-Sunnah, kerana terdapat ketetapan yang sedemikian dikeluarkan oleh Imam as-Syafe, kata mereka. Rujuk Program J.O.M dalam TV al-Hijrah yang menyebutkan perkara ini dalam penelitian ustaz/ilmuwan tersebut mengenai Hadith 40 Imam Nawawi. Justeru itu, trdapat begitu ramainya umat Islam serta ilmuwan Islam yang mempertikaikan ketetapan as-Sunnah dan menombor-satukan ketetapan ulama', walhal pendapat ulama' wajib dinomborduakan dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah mutlak dan wajib dinomborsatukan.

Jazakallahu khairah











No comments:

Post a Comment