Sunday, November 3, 2013

Jangan rugikan diri di akhirat ... (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan penelitian kita tentang satu lagi dimens utama yang amat tidak diyakini oleh orang Islam arus perdana sebagai merosak aqidah dan mencemarkan syariat Islam, sehinggakan ada yang mentafsirkan bahawa amalan umat Islam arus perdana sekarang ini adalah sejajar dengan pendapat Imam as-Syafie (Sila rujuk; Program J.O.M dalam TV al-Hijrah - rujuk pandangan pengacara/pemimpin program yang dengan keras menafikan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa '... setiap/semua bid'ah adalah kesesatan...').

Bid'ah dalam Islam 
 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith memberitahu umat beliau (i.e. kita semua yang Islam) dengan sabdanya: 'Syarrul umuri mukhdatha tuha, kullu mukhdathin bid'atun. kullu bid'atun dolalatun, kullu dolalatun fin-nari.' (Yang bermaksud: Seburuk-buruk perkara dalam Islam adalah pembaharuan dalam perkara/urusan agama Islam; setiap pembaharuan dalam perkara agama adala bid'ah; setiap bid'ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya dalam neraka.) - Hadith at-Termidzi. 
Namun, para uama' dan ilmuwan arus perdana berkeras - kerana kata mereka berdasarkan pendapat dan ketetapan Imam as-Syafie - wujud apa yang mereka sebut bahawa bid'ah itu ada dua - satu yang baik dan satu yang buruk/jelik. Rasulallah (s.a.w) tidak menyebut dua kategori bid'ah. Rasulallah (s.a.) menyebut kesemua tanpa pengecualian. Tapi para 'ulama'' dan ilmuwan arus perdana menidakkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu dengan argument tersebut dan lain-lain hujjah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau agama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara (ibadat dan amalan yang diperbaharui) itu adalah pembaharuan kepada pekara (agama dan syariatnya, khususnya ibadat dan amalan yang dikerjakan). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (agama dan syariatnya) itu adalah bid’ah. Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan) - Hadith Ibnu Majah
Dalam hadith di atas ini sekali lagi Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita bahawa manusia, yang Islam dan beriman terutamanya, hendaklah berpandukan dua sumber al-Quran (Kalam Allah (a.w) memerintahkan kepada hambanya bagaimana mengabdikan diri atau memperhambakan diri menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat itu. Al-Quran adalah kitab Allah (a.w), di dalamnya disebutkan supaya umat Islam jangan berpecah, berada dalam dalam jema'ah, taatkan kepimpinan jema'ah - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Rasulallah (s.a.w) dilantik dan diutus oleh Allah (a.w) untuk mengajarkan agama Islam - aqidahnya dan syariatnya diperincikan dan diperjelaskan. Dalam perkara Islam, hanya tiga pihak yang taku sepenuhnya atau sesempurnanya mengenai Islam, iaitu Allah (a.w) yang menciptanya, Jibril (a.s) yang mengajarkan Rasulallah (s.a.w) praktikalnya dan apa yang diperintahkan Allah (a.w) di wahyukan kepada Rasulallah (s.a.w), dan Rasulallah (s.a.w) yang menerima wahyu dan yang ditugaskan mengajar dan mencontohkan keimanan dan ketaqwaan terbaik serta bagaiana menjadi hamba Allah (a.w) yang dicintai Allah (a.w), mendapat kerahmatanNya, maka dibals dengan syurga dan selamat dari neraka. Rasulallah (s.a.w) - kini as-Sunnah - membimbing manusia pada 'siratul mustaqim' (=jalan lurus ke syurga) berjaya di akhirat.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu aqidah dan syariat Islam itu telah sempurna - Ayat 3, Surah al-Maidah, dan hadith yang dirujuk sebelum ini. Kalau bid'ah wujud maksudnya ilmu Allah (a.w) itu cetek, tak tau peredara zaman dan temadun manusia atau al-Quran itu sudah 'outdated' atau al-Hadith itu tidak mampau membimbing manusia zaman akhir! Wal iya zubillah. 
Saudara, fahamilah bahawa aqidah Islam sudah jelas dan syariat Islam itu sudah sempurna, maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu semua pembaharuan dalam perkara agama adalah batal dan batil. Kemudian Rasulallah (s.a.w) mengingatkan mereka yang Islam dan beriman supaya berwaspada atau berjaga-jaga dan menghindarkan atau mengelakkan diri daripada apa yang disebutkan oleh beliau ‘pembaharuan dalam perkara’ atau ‘pembaharuan dalam urusan agama’. Beliau memberi ketetapan atau keputusan bahawa ‘pembaharuan dalam perkara agama’ atau ‘pembaharuan dalam urusan agama’ itu paling buruk di sisi Allah (a.w) dan Islam. Jelasnya, ada banyak ‘pembaharuan’ dalam hidup manusia. Tetapi ‘pembaharuan’ yang terkeatas sekali keburukannya adalah yang melibatkan syariat agama Islam. Syariat agama Islam itu adalah mengenai bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – dalam dimensi-dimensi yang telahpun kita kaji dan teliti di atas, yang melibatkan ibadat dan amalan, iaitu tentang waktu dan ketika dikerjakan, tempat dan lokasi dibuat, jumlah (yakni, berapa banyak) dan kekerapannya, cara dan kaedahnya, dan akhirnya bentuk dan jenisnya.
Segala sesuatu yang berlainan atau berbeza dengan asalnya sebagaimana dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah ‘pembaharuan dalam perkara agama’ atau ‘pembaharuan dalam urusan agama’. Apakah sifat-sifat asalnya? Ini diperjelaskan di dalam as-Sunnah (atau al-Hadith), yakni sunnah Rasulallah (s.a.w). Apa-apa yang berlainan daripada apa yang disebutkan atau disampaikan melalui as-Sunnah (atau al-Hadith) adalah ‘pembaharuan’. Semuanya buruk dan menyesatkan (dolalah) apabila pembaharuan itu melibatkan syariat Islam – ibadat dan amalan. Mereka yang sesat tidak menemui jalan yang lurus (siratul mustaqim), iaitu jalan ke syurga. Dan, ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah sesuatu yang sesat atau menyesatkan mendapat balasan neraka! Maka dengan itulah perlu kita berpandukan hadith yang kita rujuk di awal Kuliah Hadith ini. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memperbaharui perkaraku (yakni, syariat Islam itu) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka (ibadat dan amalan) dia ditolak.’ - Hadith Ibnu Majah & Muslim
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) dengan jelas memberitahu kita umat Islam yang beriman bahawa sebarang pembaharuan dalam urusan agama Islam, yakni syariat agama Islam, itu tidak diterima. Segala amalan dan ibadah yang dikerjakan walaupun dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) tidak diterima – amalan yang tidak tercemar dan amalan yang tercemar oleh ‘bid’ah’. Amat merugikan. Kita akan teliti dengan lebih lanjut kemudian nanti keburukan atau akibat buruk mengamal atau menerima atau menerus atau mengajar ‘bid’ah’. Sehubungan itu juga, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita supaya mengikut caranya atau jalannya atau sunnahnya dalam mengerjakan ibadat. Yang bermaksudnya, hendaklah kita berpandukan as-Sunnah (al-Hadith) apabila mengerjakan ibadah atau mengerjakan sebarang amalan soleh.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ambillah daripadaku cara kamu sekelian mengerjakan ibadah (haji dan umrah).’ - Hadith Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’i
Perintah Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu amat jelas lagi terang. Tidak sekali-kali mengelirukan atau boleh ditakrifkan dengan pelbagai takrif. Mustahil seseorang yang Islam dan beriman itu keliru dengan suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut. Mereka yang keliru hanyalah mereka yang tidak yakin dengan hadith tersebut. Atau, mereka sememangnya menolak hadith dan menerima al-Quran sahaja. Tetapi, mereka yang menolak al-Hadith, terutama yang telah terbukti sahih, seperti hadith di atas ini yang disebutkan dalam tiga daripada enam kitab-kitab hadith yang diakui ulama’ hadith sebagai sahih, itu terkeluar dari Islam.
[Nota: Orang yang Islam dan beriman hendaklah dia berpegang kepada prinsip ‘sami’na (kami dengar) wa-ata’na’ (dan, kami patuh) dan ‘taatkan Allah (a.w)’ dan ‘taatkan Rasulallah (s.a.w)’. Menolak as-Sunnah (atau al-Hadith) bererti menolak perintah Rasulallah (s.a.w), menolak Rasulallah (s.a.w) bererti menolak perintah Allah (a.w), kerana Allah (a.w) perintahkan kita mentaati RasulNya.] 

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru Salamiyi (r.a) sesungguhnya mendengar dia Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat Rasulallah (s.a.w) satu nasihat yang menjadikan sayu beberapa hati dan mengalirkan air mata darinya beberapa mata dan menjadi takut beberapa hati mendengarnya. Maka berkata kami: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w). Sesungguhnya ini nasihat seolah-olah daripada seseorang yang hendak pergi. Maka apakah nasihat ini atas kami?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya aku tinggalkan atas kamu sekelian sesuatu yang putih (yakni, agama atau syariat Islam yang sudah jelas dan tidak ragu-ragu sedikitpun), putih ketika siang dan putih ketika malam (yakni, dalam apa-apa keadaan dan zaman sekalipun tetap jelas). Tidak menyimpang darinya (mereka yang berpegang dengannya) selepas ketiadaanku melainkan mereka yang berbuat demikian (yakni, yang ingin menyimpang kerana mengadakan sesuatu walaupun sudah jelas dan terang) akan rosak. Barang siapa dikalangan kamu yang hidup (lama) akan melihat banyaknya perselisihan dikalangan umat Islam. Maka atas kamu sekelian (yakni, apa yang wajib kamu ingat atau lakukan) dengan apa-apa yang engkau tahu (yakni, ikuti syariat agamamu yang didatangkan) dari sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin dan al-mahdiyin. Gigitlah kuat-kuat atasnya dengan gigi geraham kamu. Dan di atas kamu hendaklah kamu taat. Dan jikapun orang Habsyi menjadi ketua (pemimpin atau amir atau imam) kamu. Maka sesungguhnya orang yang beriman itu seumpama unta. Dimana (atau ke mana) dia ditarik megikut dia akan (perintah) tuannya.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Hadith di atas menyebut bahawa jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah-khalifahtersebut hendaklahdipegang sekuat-kuatnya supaya tidak berlaku penyelewengan atau kemungkaran dalam beramal dan beribadat. Rasulallah (s.a.w) selanjutnya memerintahkan umatIslam yang beriman supaya sentiasalah mentaati pemimpin mereka, walaupun pemimpin tersebut, adalah seorang yang sangat dibenci kerana sesuatu sebab. Umat Islam diibaratkan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai seekor unta milik pemimpin (amir) yang mentadbirkan jemaah Islam – hendaklah mereka taat dan patuh kepada pemimpin mereka. 

[Nota: Di dalam hadith disebutkan perintah Rasulallah (s.a.w) supaya taat dan patuh kepada pemimpin (amir) walaupun raja atau pemimpinkitaitu kita benci (hadith di atas) atau walaupun dia berlaku zalim dan menzalimi kita. Jemaah Islam wajib taat melainkan diperintah olehnya berbuat atau melakukan maksiat terhadap Allah (a.w) dan agamanya.]

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment