Tuesday, November 5, 2013

Menyambut Ma'al Hijrah - 1435

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini - 5 November 2013 adalah hari Tahun Baru Islam - 1 Muharram 1435 Hijriah. Hari ini kerajaan, dalam majlis/program sambutan Ma'al Hijrah, menganugerahkan ketokohan Tokoh Maal Hijrah. Khabarnya Abdul Hamid b. Zainal Abidil, mantan menteri agama Malaysia dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsanaan - se Malaysia; dan Dr Zulkifli Mohamed al-Bakri (yang berceramah 'Cinta Ilmu' TV al-Hijrah' tasawuf Islam) dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Terengganu. Dr Zulkifli disebutkan menjawat jawatan sebagai Pakar Syari'at JAKIM. Tahniah kepada mereka atas sumbangan mereka kepada agama Islam.
Saudara, sebagai menyambut tahun baru Hijrah 1435 ini, elok kita lihat beberapa peringatan berikut:

Jadilah orang yang bersyukur
Firman Allah (a.w) 
 
Saudara, semoga dalam menyambut Tahun Baru Hijrah 1435 ini, kita mula bertekad agar kita melatih diri kita supaya bersyukur dengan setiap suatu nikmat yang kita terima dari Allah (a.w). Kita bersyukur kepada Rasulallah (s.a.w), kahalifah, para sahabat Nabi, para tabi'in dan pengikut para tabi'in dan para alim ulama' yang menunjukkan kita aqidah dan syariat Islam yang benar, demi kejayaan akhirat kita.
Berfirman Allah (a.w) yang maha perkasa lagi agung: ‘Wa-iza ta-azzana rabbukum lain syakartum la-azidannakum wa-la-in kafartum inna ‘azabi la-syadidun.’ (Yang bermaksud: Ketika memberi pengumuman/memberitahu Tuhan kalian jika bersyukur kalian (akan nikmatKu) nescaya (Aku (Allah (a.w)) menambah pada kalian (nikmatKu) dan jika kalian kufur (nikmat) (i.e. tidak menghargai kurniaan Allah) sesungguhnya siksaanKu amat berat.) – Ayat 7, Surah Ibrahim
[Nota: Allah (a.w) memberitahu hambaNya yang Islam dan berimanbahawa Allah (a.w) sukakan hambaNya yang sentiasa menyukuri nikmat yang dikurniakanNya atasnya, maka Allah (a.w) pasti menambah kurniaanNya. Sebaliknya, kalau seseorang Islam yang briman itu ‘take for granted’ egala nikmat yang diterimanya, malah melupakannya atau meremehkannya, maka pastilah dia orang yang idak mensyukuri nikmat. Orang-orang yang sedemikian itu amat dimurkai Allah (a.w), maka akan disiksa di akhirat kelak. Apakah yang telah dilakukannya setelah mendapat begitu banyak dan berbaigai nikmat? 
Firman Allah (a.w): ‘Thumma latus alunna yauma izin ‘anin na’im.’ (Yang bermaksud: Kemudian kalian atas ditanya/dosal pada hari itu (i.e. hari kiamat/kebangkitan) apakah yang kalian telah lakukan dari nikmat yang kalian dapati) –Ayat 8, Surah at-Takathur.] 

Sabda Rasulallah (s.a.w)
Tanda kesyukuran
 
Saudara, dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita, supaya kita tidak lupa bersyukur dalam menyambut Tahun Baru Hijrah ini, insya Allah:
Menceritakan hadith dari Rabi’ b Muslim hadith dari Muhammad b Ziad hadith dari Abi Hurairah dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La yasykurulllaha man la yasykurun-nasa.’ (Yang bermaksud: Tidaklah bersyukur pada Allah (a.w) barangsiapa yang tidak bersyukur pada manusia.) – Hadith Abu Daud, Kitab Adab
[Nota: Allah (a.w) tidak menerima kesyukuran seseorang kalaulah dia tidak boleh bersyukur kepada manusia. Yang paling utama di kalangan manusia yang disyukuri adalah Rasulallah (s.a.w) kerana itulah perintah Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) sendiri memberitahu bahawa Dia (Allah) dan para malikat sentiasa berselawat ke atas Nabi sebagai penghormatan – Ayat 56, Surah al-Ahzab. Justeru itu, tidak kasihkan Rasulallah (s.a.w) maka kita tidakpun menghormati Nabi. Allah (a.w) menyuruh Nabi memberitahu manusia bahawa sesiapa yang akui dirinya Islam dan beriman wajib dia kasihkan Nabi melebihi kasihnya terhadap mana-mana manusia, sekalipun kedua ibu bapanya. Selepas Nabi, seorang yang akui dirinya Islam dan beriman itu, wajib kasihkan kedua ibu bapa, kerana syurga itu bak kata orang Melayu, terletak di bawah kaki ibu dan bapanya. Allah (a.w) memberitahu melalui sabda Rasulallah (s.a.w), bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak di atas keridhaan kedua ibu bapa. Kalau kedua ibu bapa tidak ridha terhadap anak-anaknya, maka pasti Allah (a.w) tak ridha terhadap anak-anak tersebut. Maka, anak-anak sedemikian itu tak akan dapat syurga walaupun dia seorang ahli ibadah yang istiqamah beribadah dan berbagai-bagai amalan dan ibadah sunat yang dikerjakannya secara istiqamah – siang dan malam - sepanjang hidupnya.
Menyebut tentang mesyukuri kebaikan dan kasih sayang kedua ibu bapa itu, kita wajib rujuk pesanan (i.e. perintah) Allah (a.w) dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-wassainal-insana bi-walidaihi ihsana al-ayat(Yang bermaksud: Aku (Allah) wasiatkan/perintahkan kepada manusia kepada kedua ibu bapa mereka hendaklah mereka berbuat baik, ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dalam susah payah, dan menyapih (i.e. menghentikan susuan badan) (selepas) 30 bulan (i.e. 2 ½ tahun), sehingga apabila dia sampai dewasanya dan sampai 40 tahun, maka berkata (i.e. berdo’a) dia… sehingga akhir ayat). Doa tersebut disebutkan: ‘Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal-lati an’amta ‘alaiya wa-‘ala walidaiya wa-an ‘amala solihan tardhahu wa-aslih li fi zurriyati, inni tubtu ilaika wa-inni minal muslimina’ (Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah padaku supaya aku bersyukur akan ni’mat Engkau yang Engkau kurniakan atasku dan atas kedua ibu-bapaku; bahawasanya aku beramal (i.e. mengerjakan amalan dan ibadah) soleh yang Engkau ridhai, dan berilah kebaikan kepadaku dan pada keturunanku (i.e. cucu cicitku); sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (atas segala kesalahan/dosaku dan sesungguhnya aku dari kalangan orang yang Islam.) – Ayat 15, Surah al-Ahqaf.
Allah (a.w) kemudian memberitahu pada Ayat berikutnya, Ayat 16 bahawa mereka itulah (anak-anak yang disebutkan pada Ayat 15 itu), Allah (a.w) terima amal kebaikannya yang mereka kerjakan dan Allah (a.w) hapuskan kejelikan/kesalahan/dosa-dosa mereka, dan semoga (Engkau (Allah) jadikan aku) dari kalangan penghuni syurga. Itulah janji Allah (a.w)
Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran contoh hamba yang amat mensyukuri Allah (a.w) dan kedua ibu bapanya, dan sering berdoa kepada Allah (a.w) pada Ayat 19, Surah an-Naml apabila Nabi Sulaiman (a.s) mendengar kata-kata ketua kaum semut menasihatkan masyarakat semut supaya berlindung agar tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman, kerana mereka tak perasan kehadhiran mereka. Kerana itu, Nabi Suaiman (a.s) mengucapkan kalimah kesyukuran: (Firman Allah (a.w)): ‘…wa-qala rabbi auzi’ni an asykura nikmataka (-al) lati an’amta ‘alaiya wa-lidaiya wa-an ‘amala solihan tardhahu wa-adkhilni bi-rahmatika fi ‘ibadikas–solihina.’ (Yang bermaksud: Maka berkata (Sulaiman/doa kesykuran): ‘Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah kepada kami/aku supaya mensyukuri kami/aku atas nikmat Engkau yang Engkau nikmatkan/kurniakan nikmat atas kami/aku dan atas kedua ibu bapa kami/aku; dan bahawasanya kami/aku beramal (i.e. mengerjakan amalan dan ibadah) yang solih yang Engkau ridhai; dan masukkanlah kami/aku dengan kerahmatan Engkau di dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.) – Ayat 19, Surah an-Naml. 
Mudah-mudahan kita dapat mencontohi Nabi Sulaiman (a.s) yang mensyukuri nikmat Allah (a.w), dan Janganlah kita tergolong dari kalangan orang-orang yang yang disebut Allah (a.w) ‘sedikit sangat manusia itu bersyukur’ di dalam al-Quran.] 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment