Saturday, November 9, 2013

Tahukah saudara - Islam yang benar? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dalam post sebelum ini beberapa dimensi yang mencemarkan kemurniaan aqidah dan syariat Islam, termasuklah hakikat kewajipan mutlak mentaati Rasulallah (s.a.w) - maksudnya menerima ketetapan as-Sunnah. Dan, kemurniaan aqidah dan syariat Islm itu juga tercemar kerana tidak berjema'ah dalam Islam kerana berjema'ah itu adalah kewajipan mutlak yang ditetapakan oleh firman Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Aqidah dan syariat Islam itu juga tercemar apabila kita anuti Islam tanpa mentaati kepimpinan jema'ah Islam (Imam) yang diangkat, sekiranya ketetapan atau suruhan atau perintahnya tidak bersifat maksiat. Mentaati Imam adalah juga ketetapan Islam yang mutlak, kerana firman Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa'.
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang kemurniaan aqidah dan syariat Islam itu apa sebenarnya?

Beberapa dimensi kemurnian Islam
(-)   Memurnikan agama dan berdoa 

Saudara, dalam firman Allah (a.w) berikut, manusia (khususnya umat Islam yang berian, diperintahkan supaya memurnikan agama Islam apabila menyembah (i.e. mengabdikan diri kepada) Allah (a.w) dan ketika berdoa. Jika manusia itu tidak murnikan agama Allah (a.w) maka pastilah, segala amalan dan ibadah ereka tidak diterima. Inilah hakikat yang membezkan antara orang Islam dan orang kafir. Orang Islam menyembah Allah (a.w) mengabdikan diri merka kepada Allah (a.w) dengan menganuti agama yang telahpun dicipta khusus oleh Allah (a.w) untuk manusia anuti untuk memenuhi perintahNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Wa-ma kholaqtal jinna wal-insan illa li-ya'buduni.' (Yang bermaksud: Tidakah Aku (Allah) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri/memperhambakan diri/mengerjakan amalan dan ibadah/beribadah kepadaKu (Allah) serta Ayat 19, Surah al-Maidah: 'Innad dina lillahi Islam.' (Yang bermaksud: Sesungguhnya agama disisi Allah (a.w) itu adalah Islam); dan firman Allah (a.w): 'Wa-man yabtaghilla ghaira Islama dinan falan yuqbalu minhu ...' (Yang bermakud: Barangsiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak diterima kesemua amalan dan ibadahnya), dan dia di akhirat adalah orang yang rugi (i.e. masuk neraka) - Ayat /, Surah /.
Umat manusia yang tidak mengendahkan ketetapan Allah (a.w) di dalam ayat-ayat tersebut jelas orang yang tidak memurnikan agama Islam. Semua ini mencemarkan hakikat pengabdian tersebut, maka Islam itu tidak lagi murni. Jelas tidak memurnikan agama Islam tersebut. Maka melanggar ketetapan Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): ‘Fad’ullaha mukhlisina lahud-dina wa-lau karihal kafiruna.’ (Yang bermaksud: Maka menyembahlah (atau, berdoalah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (i.e. memurnikan) agama sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir/kufur.) - Ayat 14, Surah al-Ghafir
Apabila melanggar ketetapan Allah (a.w) pastilah berdosa, maka segala amalan dan ibadahnya terbatal atau tidak diterima Allah (a.w). Kalau kesemua amalan tidak diterima, maka pastilah masuk neraka.

(-)  Perintah Allah (a.w) agama Islam itu wajib dimurnikan 

Saudara, kemurnian tindaktanduk seseorang yang akui dirinya orang Islam dan beriman adalah, dia memurnikan peraturan Allah (a.w). Allah (a.w) perintahkan manusia supaya beramal dan beribadah mengiut ketetapan atau spesifikasi Allah (a.w) sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka wajib baginya akur dengan ketetapan tersebut.
Firman Allah (a.w): ‘Wa-ma umiru illa li-ya’budullaha mukhlisina lahud-dina hunafa-a wa-yuqimus solata wa-yu’tuz-zakatan wa-zalika dinula-qaimah.’ (Yang bermaksud: Dan tidaklah diperintahkan kecuali supaya mengabdikan diri kepada Allah (a.w) orang yang memurnikan kepada Allah (a.w) pada agama dengan condong (i.e. benanr mencintai agama Allah (a.w)) dan menetapilah/mengerjakanlah solat dan tuaikanlah zakat, dan demikian itulah (yakni, cintakan agama Allah (a.w), menetapai solat dan mengeluarkan zakat itu) agama yang bernar/lurus/tegak.) - Ayat 5, Surah al-Baiyinah.
[Nota: Sifat contoh orang yang betul-betul cintakan agama Allah (a.w) adalah Nabi Ibrahim. Dia akur apabila diperintahkan Allah (a.w) untuk berdakwah menyampaikan syaraiat agama Allah (a.w) dengan meninggalkan istrinya Siti Sarah sedang sarat mengandungkan Islam, akur dengan perintah Allah (a.w) supaya menyembeliah anaknya Islam walaupun bertahun-tahun tidak dapat berjumpa dengan anakanya. Tetap, dia akur dengan perintah Allah (a.w) tanpa soal.

Apabila disuruh solat mengikut contoh Rasulallah (s.a.w) - sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yang bermaksud: Bersolatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) bersolat) - contohnya: janganlah kita ikuti cara dan kaedah orang lain bersolat. Kalau ketika Rukuk Rasulallah (s.a.w) suruh baca hanya 'Subhana rabbial 'azim' sahaja, janganlah kita baca dengan menambah pula kalimah 'wa-bihamdihi'!. Begitulah juga ketika Sujud. Kalau Rasulallah (s.a.w) baca: 'Subhana rabbial a'la' sahaja, janganlah tambah dengan kalimah 'wa-bihamdihi'. Apabila ditambah, maka tidak lagi murni amalan solat itu. Malah termasuk dalam pencemaran kategori bid'ah! Mengamalkan bid'ah membuatkan kita terkeluar Islam jatuh kafir tanpa kita sedari, wal iya zubillah. Dan, segala amalan kita yang lalu - yang wajib ataupun sunat - lebur, tidak diterima Allah (a.w).] 

(-) Tercemarnya amalan dan ibadah kerana niat
Saudara, kemurnian amalan dan ibadah itu juga tercemar - hilang dan lenyap kemurnianya jika kita kerjakan sesuatu amalan atau ibadah dengan niat selain yang ditetapkan oleh Allah (a.w) - murni semata-mata kerana Allah (a.w). Kalau kita kerjakan amalan dan ibadah untuk menunjuk-nunjuk atau ingin dilihat orang atau suka dipuji atau suka dilihat orang dan apa saja matlamat beribadah selain niat yang mukhlis atau murni. 
Firman Allah (a.w):Wa-ma li-ahadin ‘indahu ni’matin tujza illab-tigha-a wajhil rabbihil-‘ala.’ (Yang bermaksud: Dan tidak ada bagi seseorang di sisinya kenikmatan (i.e. mendapat nikmat) tidak dibalas kecuali mencari wajah Allah (a.w)(i.e. kerana Allah (a.w) yang maha tinggi/agung.) - Ayat 19 & 20, Surah al-Lail
[Nota: Segala amalan dan ibadah hendaklah dikerjakan kerana mencari wajah Allah (a.w), yakni keridhaan Allah (a.w). Keridhaan Allah (a.w) itu hasilnya kerahmatan Allah (a.w). Kerahmatan Allah (a.w) sahaja yang membolehkan seseorang yang beriman itu berjaya di akhirat. Justeru itu, memurnikan amalan dan ibadah sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) adalah memurnikan niat mengerjakan sebarang amalan dan ibadah. Kesemua amalan dan ibadah itu diterima oleh Allah (a.w) hanyalah jika diniat kerana Allah (a.w), yakni menepati firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): ‘… wa-yarjuna rahmatahu wa-yakhafuna ‘azabahu.’ (Yang bermaksud: Dan kerana mencari kerhamatan Allah (a.w) (i.e. syurgaNya) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. nerakaNya) – Ayat 56, Surah al-Isra’. 
Niat yang murni itu telahpun Allah (a.w) beritahu kepada kita, tak perlu bersusah payah! Dalam Islam semua persoalan atau permasalahan diberikan atau disediakan jawapannya oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Inilah niat yang murni dalam urusan agama yang telah diberikan oleh Allah (a.w), tanpa bersusah payah nak mencari dan memahaminya. 
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik bahawasanya Nabi (s.a.w) masuk atas seorang pemuda dan dia di dalam kematian (sedang nazak atau sakaratul maut), maka bersabda: ‘Bagaimana keadaan engkau?’ Berkata (pemuda): ‘Mengharapkan Allah (a.w) wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan, takut dosa-dosaku.’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak berkumpul dua hati seseorang hamba di dalam seperti ini tempat ini tempat kecuali memberi kepdanya Allah (a.w) apa-apa yang hamba mengarapkan dan (memberi) kamanan atas apa-apa yang ditakuti oleh hamba.’ - Hadith Ibnu Majah, Kitab Zuhud.]

Jazakallahu khairah

Tahukah saudara Syariat Agama Islam yang Benar?

Assalamualaikum,
Saudara, semua orang menyebut tentang sesuatu menyentuh agama Islam. Topik yang sering menjadi hakikat perbincangan adalah 'aqidah' dan 'syariah'. Dalam perkara aqidah, Islam menetapkan tentang keEsaan Allah (a.w) secara mutlak. Maka dengan itu sesipa yang akui dirinya Islam tetapi mengamalkan pelbagai perkara menyentuh kepercayaan atau keyakinan mutlak tentang keEsaan Allah (a.w), tercemar tanpa disedari mereka. Contoh tercemarnya aqidah apabila seseorang Islam itu mempercayai atau meyakini sesuatu yang mempunyai kuasa ketuhanan. Maka timbullah hakikat 'syirik khaufi' (= syirik samar). Syirik samar yang berleluasa zaman ini adalah kepercayaan orang Islam terhadap 'kuasa' yang ada pada sesuatu benda - contohnya gelang magnetik - yang dipakai oleh sesetengah orang yang akui dirinya Islam. Kononnya 'gelang magnetik' ini boleh menyerap ke dalam saluran darah kita yang menjadikan pemakainya terselamat dari sesuatu kemudaratan atau bencana yang datangnya dari luar atau gelang magnetik ini boleh menahan atau menghalang terjadinya sesuatu kemudaratan terhadap pemakainya. Inilah keyakinan atau kepercayaan yang bersifat syirik khaufi/samar. Kerana ia menidakkan hakikat bahawa kuasa terhadap sesuatu - menghalang kemudaratan dan memberi kemanfaatan itu - hanyalah pada Allah (a.w) tanpa perantaraan. Kepercayaan sedemikian itu samalah dengan keyakin orang kafir yang menyembah berhala sebagi perantaran antara manusia dengan Tuhan.
Saudara, sesetengah umat Islam juga percaya tentang 'tahyul' bahawa ada sesuatu benda atau pohon yang didiami oleh sesuatu makhluk yang boleh memudaratkan manusia melaluinya, maka diwajibkan mereka sopan apabila melintas atau melalui tempat-tempat tersebut. Dan, sesetengah orang Islam juga yakin tentang kuasa-kuasa ghaib yang ada pada sesuatu benda atau tempat, yang boleh memudaratkan seseorang. Maka dengan itu mereka akan menghindari tempat-tempat tersebut. Atau, mereka tidak akan melakukan sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan penunggu-penunggu tempat atau pohon tersebut. Inilah perbuatan atau kepercayaan bersifat 'kurafat'. Memakai 'tangkal' atau 'membuat persembahan' yang dialirkan melalui sungai atau memakai 'gelang magnetik' itu adaah contoh-contoh 'kurafat' dalam amalan umat Islam. Inilah beberapa dimensi yang umat Isam terjebak dalam hidupnya.
Saudara, apakah akibat perlakuan atau perbuatan atau kefahaman atau kepercayaan sedemikian. Semua ini ini adalah mencemarkan, malah membatalkan aqidah Islam seseorang yang akui dirinya Islam. Apabila tercemar aqidah seseorang itu, maka segala amalan dan ibadahnya tercemar, dan tidak diterima Allah (a.w). Allah (a.w) hanya menerima aqidah yang mukhlis atau suci atau murni. Kemurnian aqidah itu amat utama dalam Islam. Sesiapa yang terlibat dengan sesuatu yang bersifat 'syirik samar', 'tahyul', 'kurafat' dan sesuatu yang seumapanya membatalkan aqidah Islamnya, maka mereka yang sedemikian itu jatuh syirik tanpa disedari. malah seseorang yang meyakini bahawa ada kuasa ketuhanan - seumpama kuasa Allah (a.w) - memudaratkan manusia dan memanfaatkan manusia - terlibat dalam kesyirikan, membatalkan aqidahnya. Maka wajib dia bertaubat semula, jika tidak terkeluar dari Islam tanpa diketahui, dan cacat dan batil segala amalannya. Di akhirat kelak, orang-orang sedemikian ini apakala diberikan Kitab Catatan Amalannya, di dapatinya kosong tanpa catatan pahala! Dan, di akhirat kelak, Allah (a.w) perintahkan mereka supaya mencari orang atau benda atau tempat yang boleh memberikan pahala terhadap segala amalan dan ibadahnya semasa hidup dahulu.
Saudara, wajib kita sedar lagi faham bahawasanya kesucian aqidah agama itu amat utama. Kemurniaan aqidah yang kita yakini dan percayai itu amat penting. Justeru itu, kita lihat beberapa panduan dalam firman Allah (a.w) dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam post ini dan post akan datang supaya kita terpandu.

Agama yang murni 

Firman Allah (a.w): ‘Inna anzalna ilaikal-kitaba bil-haqqi fa’budillaha mukhlisan lahud-dina @ ala lillahid-dinul-khalisu … al-ayat.’ (Yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Aku (Allah) menurunkan Aku (Allah) atas/kepada engkau (Muhammad) Kitab (yakni, al-Quran) dengan kebenaran, maka mengabdikanlah diri (yakni, beribadahlah) kepada Allah (a.w) dengan memukhliskan (yakni, memurnikan) bagiNya (Allah) agamanya; ingatlah bagi Allah (a.w) itu agama yang mukhlis (i.e. murni) … sehingga akhir ayat.) - Ayat 2 dan 3, Surah az-Zumar
[Nota: Kemurniaan agama Islam itu wajib diteliti dan difahami dalam dimensi-dimensi berikut, supaya tidaklah rugi di akhirat kelak:
Pertama, panduan yang haq mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka jika dicemari oleh sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, yakni tidak ada contoh yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) maka agama Islam itu tidak murni lagi, sudah tercemar.
Kedua, semua bentuk amalan dan ibadah dan kaedah serta cara mengamalkan dan mengibadahkan sesuatu ibadah/amalan yang ditetapkan bagi umat Islam itu hendaklah murni, yakni tercemar, tidak ditokok tambah ataupun dikurangkan atau diubahsuai supaya berbeza atau berlainan dari atau tidak sejajar dengan apa yang dicontohkan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Juteru itu, semua amalan dan ibadah dalam Islam itu murni jika tidak dicapuradukkan dengan ketetapan atau pandangan manusia, tidak kira siapa saja yang membuat perubahan tersebut, apa kedudukan mereka, kalau menyimpang dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, selagi itulah agama Islam itu tidak murni dan sudah dicemar. Segala amalan dan ibadah yang tercemar itu tidak diterima Allah (a.w).
Ketiga, agama dan syariat Islam itu kekal murni apabila dianuti secara berjema’ah. Kerana, perintah berjema'ah itu adalah perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran. Walaupun, perintah ini amat jelas, hanya satu ayat sahaja, namun amat fundamental dalam aqidah dan syriat Islam. Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah mendetailkan kewajipan berjema'ah ini dalam Bab Imarah (Kepimpinan dalam Islam). Syariat Islam itu tercemar dari segi bentuk aqidah dan penghayatannya jika penganutnya tidak berjema’ah. Segala amalan dan ibadah yang dikerjakan tanpa pelakunya berada, dan mengikuti dan menetapi, jema’ah tidak diterima Allah (a.w). Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalau umat Islam itu berjema’ah maka sah Islamnya. Betapa fundamentalnya kewajipan berjema'ah itu dirumuskan oleh hadith Omar b Khattab (r.a) (yang berkata): 'La Islama illa bl-jama'ati ...' (Yang bermaksud: Tidak dikatakan/diakui Islam jika tidak berjema'ah ...) - Hadith ad-Darami. Antara sebab tercemarnya aqidah dan syariat Islam kita adalah kerana kita tidak berjema'ah. 
Janganlah jadi orang yang disebutkan dalam firman berikut. Amalan mereka walaupun secocok dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun kerana tercemar, tidak berjema’ah, tidak diterima. Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘amila lillahi fil-jama’ati fa-asoba qabilallahu minhu, wa-in akhto-a ghafara lahu; wa-man ‘amila yab taghil-firqata fa-asoba lam yataqabbalillahu minhu, wa-in akhto-a fal-yatabauwa-a maq’adahu minan-nari.’ (Yang bermaksud: Sesiapa yang beramal kerana Allah (a.w) di dalam jema’ah lantas amalannya benar (sejajar dengan ketetpan al-Quran dan as-Sunnah), maka Allah (a.w) menerima darinya (amalannya) dan jika keliru/terilap maka Allah (a.w) mengampuninya; dan sesiapa yang beramal dalam firqah (i.e. tidak berjema’ah) lantas amalannya benar, maka Allah (a.w) tidak menerima darinya dan jika keliru/tersilap maka supaya bertempat dia tempat duduknya di neraka) – Hadith at-Tobrani.
Apabila sah Islam seseorang itu maka setiap amalan dan ibadah yang dikerjakan kalau terkeliru atau tersalah, maka dimaafkan, dan jika betul amalan dan ibadah tersebut, maka mendapat ganjaran pahala mengerjakannya. Jika diamalkan oleh seseorang yang tidak berjema’ah, kalau amalan dan ibadahnya betul tetap dikira salah dan tidak terima Allah (a.w), dan kalau salah pula dikerjakan, pasti disiksa dalam neraka.
Keempat, kemurniaan syariat agama Islam itu kekal jika semua amalan dan ibadah yang dikerjakan oleh umatnya adalah brdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) melarang umat Islam mengamalkan sesuatu amalan dan ibadah tanpa ilmu. Maksudnya, umat Islam wajib belajar dan tahu serta faham tentang sesuatu amalan dan ibadah itu sebelum mengamalkannya.
Kelima, syariat agama Islam itu murni dalam pelaksanaannya jika sesuatu amalan dan ibadah itu diniatkan ‘…wa-yarjuna rahmatahu, wa-yahafuna ‘azabahu;’ (Yang bermaksud: … semata-mata untuk mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) (i.e. untuk mendapatkan syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. siksaan neraka)) – Ayat 57, Surah al-Isra’.
Keenam, syariat agama Islam itu kekal murni selagi tidak dicemari oleh sebarang pembaharuan atau penambahan supaya kononnya menjadikan apa yang diamalkan dan diibadahkan itu kelihatan ‘lebih baik’ dari bentuk dan sifat aslinya. Pandangan sedemikian itu adalah batil, kerana, syariat agama Islam itu sudah sempurna sebelum Rasulallah (s.a.w) diwafatkan. Inilah maksud (dalil) firman Allah (a.w): ‘Al-yauma akmaltu lakum dinakum … wa-raditum Islama dina; …’ (Yang bermaksud: Pada hri ini Aku (Allah (a.w)) telahpun sempurnakan agama kalian … dan Aku (Allah (a.w)) ridha Islam sebagai agama anutan kalian…’ – Ayat 3, Surah al-Maidah
Oleh kerana itulah wajib bagi seseorang yang akui dirinya Islam dan beriman, mengaji/belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah secara betul supaya terpandu dalam beramal dan beribadah dan dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang Islam yang beriman. Terpandu dan faham. Tidaklah ikut cakap-cakap orang-orang yang akui diri mereka ‘alim’ atau dinobatkan oleh orang /masyarakat sebagai ‘alim', walhal jahil ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Islam saja tak cukup. Iman yang lebih utama, supaya tidak tergolong dari kalangan orang yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam Ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat ketika berhimpun di padang makhsyar di hapan Allah (a.w) untuk dihisab) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu (ketika di dunia) mereka telah beramal dengan bersusah payah (secara istiqamah, pagi petang, siang malam) @ Akhirnya (kerana batal dan batil amalannya, tak diterima amalan dan ibadahnya) masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah
Saudara, jelas Allah (a.w) memperingatkan kita yang Islam dan beriman supaya janganlah terjadi tergolong dari kalangan orang-orang yang kerugian besar di akhirat. Oleh itu semaklah aqidah kita dan semaklah syariat kita dalam mengerjakan amalan dan ibadah. Janganlah kita, setelah diberitahu sesuatu ketetapan as-Sunnah - yakni, Rasulallah (s.a.w) - oleh seseorang yang benar dan sahih, kita persoalkan, dan kita tidak akur, maka hilanglah kemurniaan aqidah dan amalan kita. Kerana, mentaati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu adalah mutlak - kewajipan/ketetapan yang mutlak. Maka dengan itulah Allah (aw) memberitahu dalam Ayat 80, Surah an-Nisa' bahawa sesiapa yang mentaati Rasulallah (s.a.w) diakui mentaati Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) perintahkan pada Ayat 7, Surah al-Haysr, supaya ikuti as-Sunnah. Kalau tidak belajar ilmu as-Sunnah, pastilah banyak ketetapan as-Sunnah yang kita tidak tahu. Dalam Islam 'ignorance is no excuse' kerana kita diwajibkan belajar ilmu dalam hidup kita. Dan, dalam Islam belajar ilmu itu tiada waktu penamat terminal period)!

Jazakallahu khairah

Tuesday, November 5, 2013

Menyambut Ma'al Hijrah - 1435

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini - 5 November 2013 adalah hari Tahun Baru Islam - 1 Muharram 1435 Hijriah. Hari ini kerajaan, dalam majlis/program sambutan Ma'al Hijrah, menganugerahkan ketokohan Tokoh Maal Hijrah. Khabarnya Abdul Hamid b. Zainal Abidil, mantan menteri agama Malaysia dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsanaan - se Malaysia; dan Dr Zulkifli Mohamed al-Bakri (yang berceramah 'Cinta Ilmu' TV al-Hijrah' tasawuf Islam) dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah Negeri Terengganu. Dr Zulkifli disebutkan menjawat jawatan sebagai Pakar Syari'at JAKIM. Tahniah kepada mereka atas sumbangan mereka kepada agama Islam.
Saudara, sebagai menyambut tahun baru Hijrah 1435 ini, elok kita lihat beberapa peringatan berikut:

Jadilah orang yang bersyukur
Firman Allah (a.w) 
 
Saudara, semoga dalam menyambut Tahun Baru Hijrah 1435 ini, kita mula bertekad agar kita melatih diri kita supaya bersyukur dengan setiap suatu nikmat yang kita terima dari Allah (a.w). Kita bersyukur kepada Rasulallah (s.a.w), kahalifah, para sahabat Nabi, para tabi'in dan pengikut para tabi'in dan para alim ulama' yang menunjukkan kita aqidah dan syariat Islam yang benar, demi kejayaan akhirat kita.
Berfirman Allah (a.w) yang maha perkasa lagi agung: ‘Wa-iza ta-azzana rabbukum lain syakartum la-azidannakum wa-la-in kafartum inna ‘azabi la-syadidun.’ (Yang bermaksud: Ketika memberi pengumuman/memberitahu Tuhan kalian jika bersyukur kalian (akan nikmatKu) nescaya (Aku (Allah (a.w)) menambah pada kalian (nikmatKu) dan jika kalian kufur (nikmat) (i.e. tidak menghargai kurniaan Allah) sesungguhnya siksaanKu amat berat.) – Ayat 7, Surah Ibrahim
[Nota: Allah (a.w) memberitahu hambaNya yang Islam dan berimanbahawa Allah (a.w) sukakan hambaNya yang sentiasa menyukuri nikmat yang dikurniakanNya atasnya, maka Allah (a.w) pasti menambah kurniaanNya. Sebaliknya, kalau seseorang Islam yang briman itu ‘take for granted’ egala nikmat yang diterimanya, malah melupakannya atau meremehkannya, maka pastilah dia orang yang idak mensyukuri nikmat. Orang-orang yang sedemikian itu amat dimurkai Allah (a.w), maka akan disiksa di akhirat kelak. Apakah yang telah dilakukannya setelah mendapat begitu banyak dan berbaigai nikmat? 
Firman Allah (a.w): ‘Thumma latus alunna yauma izin ‘anin na’im.’ (Yang bermaksud: Kemudian kalian atas ditanya/dosal pada hari itu (i.e. hari kiamat/kebangkitan) apakah yang kalian telah lakukan dari nikmat yang kalian dapati) –Ayat 8, Surah at-Takathur.] 

Sabda Rasulallah (s.a.w)
Tanda kesyukuran
 
Saudara, dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita, supaya kita tidak lupa bersyukur dalam menyambut Tahun Baru Hijrah ini, insya Allah:
Menceritakan hadith dari Rabi’ b Muslim hadith dari Muhammad b Ziad hadith dari Abi Hurairah dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘La yasykurulllaha man la yasykurun-nasa.’ (Yang bermaksud: Tidaklah bersyukur pada Allah (a.w) barangsiapa yang tidak bersyukur pada manusia.) – Hadith Abu Daud, Kitab Adab
[Nota: Allah (a.w) tidak menerima kesyukuran seseorang kalaulah dia tidak boleh bersyukur kepada manusia. Yang paling utama di kalangan manusia yang disyukuri adalah Rasulallah (s.a.w) kerana itulah perintah Allah (a.w). Kerana Allah (a.w) sendiri memberitahu bahawa Dia (Allah) dan para malikat sentiasa berselawat ke atas Nabi sebagai penghormatan – Ayat 56, Surah al-Ahzab. Justeru itu, tidak kasihkan Rasulallah (s.a.w) maka kita tidakpun menghormati Nabi. Allah (a.w) menyuruh Nabi memberitahu manusia bahawa sesiapa yang akui dirinya Islam dan beriman wajib dia kasihkan Nabi melebihi kasihnya terhadap mana-mana manusia, sekalipun kedua ibu bapanya. Selepas Nabi, seorang yang akui dirinya Islam dan beriman itu, wajib kasihkan kedua ibu bapa, kerana syurga itu bak kata orang Melayu, terletak di bawah kaki ibu dan bapanya. Allah (a.w) memberitahu melalui sabda Rasulallah (s.a.w), bahawa keridhaan Allah (a.w) itu terletak di atas keridhaan kedua ibu bapa. Kalau kedua ibu bapa tidak ridha terhadap anak-anaknya, maka pasti Allah (a.w) tak ridha terhadap anak-anak tersebut. Maka, anak-anak sedemikian itu tak akan dapat syurga walaupun dia seorang ahli ibadah yang istiqamah beribadah dan berbagai-bagai amalan dan ibadah sunat yang dikerjakannya secara istiqamah – siang dan malam - sepanjang hidupnya.
Menyebut tentang mesyukuri kebaikan dan kasih sayang kedua ibu bapa itu, kita wajib rujuk pesanan (i.e. perintah) Allah (a.w) dalam ayat berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wa-wassainal-insana bi-walidaihi ihsana al-ayat(Yang bermaksud: Aku (Allah) wasiatkan/perintahkan kepada manusia kepada kedua ibu bapa mereka hendaklah mereka berbuat baik, ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dalam susah payah, dan menyapih (i.e. menghentikan susuan badan) (selepas) 30 bulan (i.e. 2 ½ tahun), sehingga apabila dia sampai dewasanya dan sampai 40 tahun, maka berkata (i.e. berdo’a) dia… sehingga akhir ayat). Doa tersebut disebutkan: ‘Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal-lati an’amta ‘alaiya wa-‘ala walidaiya wa-an ‘amala solihan tardhahu wa-aslih li fi zurriyati, inni tubtu ilaika wa-inni minal muslimina’ (Yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah padaku supaya aku bersyukur akan ni’mat Engkau yang Engkau kurniakan atasku dan atas kedua ibu-bapaku; bahawasanya aku beramal (i.e. mengerjakan amalan dan ibadah) soleh yang Engkau ridhai, dan berilah kebaikan kepadaku dan pada keturunanku (i.e. cucu cicitku); sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (atas segala kesalahan/dosaku dan sesungguhnya aku dari kalangan orang yang Islam.) – Ayat 15, Surah al-Ahqaf.
Allah (a.w) kemudian memberitahu pada Ayat berikutnya, Ayat 16 bahawa mereka itulah (anak-anak yang disebutkan pada Ayat 15 itu), Allah (a.w) terima amal kebaikannya yang mereka kerjakan dan Allah (a.w) hapuskan kejelikan/kesalahan/dosa-dosa mereka, dan semoga (Engkau (Allah) jadikan aku) dari kalangan penghuni syurga. Itulah janji Allah (a.w)
Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran contoh hamba yang amat mensyukuri Allah (a.w) dan kedua ibu bapanya, dan sering berdoa kepada Allah (a.w) pada Ayat 19, Surah an-Naml apabila Nabi Sulaiman (a.s) mendengar kata-kata ketua kaum semut menasihatkan masyarakat semut supaya berlindung agar tidak dipijak oleh tentera Nabi Sulaiman, kerana mereka tak perasan kehadhiran mereka. Kerana itu, Nabi Suaiman (a.s) mengucapkan kalimah kesyukuran: (Firman Allah (a.w)): ‘…wa-qala rabbi auzi’ni an asykura nikmataka (-al) lati an’amta ‘alaiya wa-lidaiya wa-an ‘amala solihan tardhahu wa-adkhilni bi-rahmatika fi ‘ibadikas–solihina.’ (Yang bermaksud: Maka berkata (Sulaiman/doa kesykuran): ‘Wahai Tuhanku! Tunjukkanlah kepada kami/aku supaya mensyukuri kami/aku atas nikmat Engkau yang Engkau nikmatkan/kurniakan nikmat atas kami/aku dan atas kedua ibu bapa kami/aku; dan bahawasanya kami/aku beramal (i.e. mengerjakan amalan dan ibadah) yang solih yang Engkau ridhai; dan masukkanlah kami/aku dengan kerahmatan Engkau di dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.) – Ayat 19, Surah an-Naml. 
Mudah-mudahan kita dapat mencontohi Nabi Sulaiman (a.s) yang mensyukuri nikmat Allah (a.w), dan Janganlah kita tergolong dari kalangan orang-orang yang yang disebut Allah (a.w) ‘sedikit sangat manusia itu bersyukur’ di dalam al-Quran.] 

Jazakallahu khairah

Sunday, November 3, 2013

Wujudkah 'bid'ah hasanah' dalam Islam?

Assalamaualaikum,
Saudara, kita telahpun mulakan perbincangan menegnai tajuk 'bid'ah' dalam konteks nasihat'janganlah rugikan diri di akhirat' kerana melakukan beberapa kebatilan dalam Islam; antaranya: pertama, beramal dengan syariat Islam yang tercemar atau tidak murni, iaitu bertentangan dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat ...; kedua; mengamalkan pelbagai perkara atau perlakuan yang bercorak atau bersifat syirik (terutama, syirik khaufi (=samar) seperti memakai gelang magnetik dsbnya sebagaimana masyarakat zaman silam memakai 'tangkal' yang dikalungkan di leher bayi atau kanak-kanak kecil supaya tidak terkena 'sampok' dll), mempercayai sesuatu yang tahyul dan mempercayai kurafat - semua ini bertentangan dengan aqidah Islam bahawa perbuatan atau kepercayaan sedemikian itu seolah-olah meletakkan 'kuasa ketuhanan' kepada makhluk atau benda atau tempat. Semua ini mencemarkan kemurniaan aqidah Islam.
Kemudian, umat Islam juga banyak mengamalkan perkara yang dikatakan bid'ah' atau 'taklid' atau 'qias' dan membuat 'ijtihd' berdasarkan konsep 'ijmak ulama' (=kesepakatan para ulama) kerana diputuskan atau ditetapkan oleh 'jumhur ulama' (=persetujuan para ulama'). Apa dia 'taklid'? Iaitu mengcopy perbuatan atau perlakuan orang lain dalam Islam ats dasar caka-cakap atau gesaan mereka atau atas ass ajaran atau tunjuk ajar mereka, tanpa kita sendiri tahu mengenai perkara yang disuruh olehnya, apakah betul atau tidak apakah amalan atau ibadah tersebut benar atau tidak.
Kita orang yang jahil, sebagai contoh, maka kita mendengar orang yang kita fikir rajin mengerjakan solat sunat, berkata bahawa Solat Tasbih itu empat rakaat dibuat duadua rakaat, maka kalau kita amalkan terhapus 10 jenis dosa kita.' In adalah contoh kerana kejahilan kita bertaklid kepada ajaran seseorang yang mengatakan kalaulah kita kerjakan Solat Tasbih itu sekali sehari atau sekali semingg atau sekali sebulan atau sekali setahun atau sekali seumur hidup, 10 jenis dosa kita terampun. Cara mengerjakan Solat Tasbih itu adalah membuat solat dua rakaat dua kali, menjdikan jumlahnya 4 rakaat. Ketika selesai membaca al-Fatihah dibaca satu surah kemudian sebelum Rukuk dibaca Tasbihnya 15 kali, dan kemudian dibaca Tasbih bagi setiap Rukun Fe'linya 10 kali, dan yang terakhir sebelum memberi salammembacanya 10 kali juga. Jelaslah, Solat Tasbih atas dasar Taklid ini salah dan batail, kerana Solat Tasbih itu hendaklah dibuat 4 rakaat, sekali sehari paling kerap dan boleh dibuat bila-bila masa - malam atau siang - tak lebih dari satu solat sehari semalam.
Contoh lain: Umat Islam di Malaysia dilazimkan diajarkan oleh para ulama' dan ilmuwan serta ustaz dsbnya memulakan solat - fardu atau sunat - dengan mengangkat kedua-dua belah tangan bersetentang dengan bahu atau telinga dengan jari terbuka sambil membaca 'Usolli fardhal ... 'atau 'sunnnatal ...'... arba'a atau thalatha rakatan atau raka'atani ada-an atau imaman atau makmuman lillahi ta-'ala, Allahu Akhbar'' Inilah lafaz niat solat fardu ataupun sunat. Kemudian membaca Doa Iftitah : 'Allahu akbar kabiran ...'. Kalau kita teliti al-Quran dan as-Sunnah, atau mana-mana kitab hadith, termasuk hadith besar yang enam itu, takda pun sepotong hadith yang menyebutkan bahawa kita wajib baca itu untuk memulakan solat. Yang ada Rasulallah (s.a.w) memberitahu ketika nak solat, kita berdiri dan baca Takbiratul Ikhram: 'Faiza qumta ilas-solata, fakabbir.' (Yang bermaksud: Ketika kalian hendk bersolat berdirilah dan baca Takbir).
Contoh lain: ketika Rukuk dan Sujud kita disuruh baca Tasbih (bacaan) Rukuk dan Sujudnya, iaitu, untuk Rukuk: 'Subhana rabbial 'azim wa-bihamdihi'; dan bagi Sujud pula: 'Subhana rabbial 'ala wa-bihamdihi', pula. Tidak ada sebarang ketetapan Allah (a.w) ataupun Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa kita diberi kelonggaran untuk menambah kalimah 'wa-bihamdihi' dalam kedua-dua Tasbih tersebut.
Contoh lain: membaca Doa Qunut ketika Solat Subuh, selepas selesai membaca al-Fatihah dan surah, kitapun Rukuk, kemudian bangkit dari Rukuk, kemudian sebelum turun untuk Sujud kita dilazimkan membaca Doa Qunut. Kalau kita teliti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak ada terdapat di mana-mana bahawa kita disuruh baca Doa Qunut ketika bersolat Subuh. Kini para ulama' menyebut bahawa Doa Qunut itu adalah sunat muakkadah, tak buat tak apa. Dulu, mereka ata kalau tertinggal kena buat Sujud Sahwi (i.e. sujud lupa)! Kalau kita teliti Kitab/Topik Solat-solat Sunat (Nawafil) dalam kitab-kitah hadith, kita akan tahu bahawa Hassan b Ali (r.a), cucu Rasulallah (s.a.w) atau anak Ali b Abi Thalib (r.a) dan isterinya Fatimah bt Muhammad (r.ah), memberitahu bahawa dia diajarkan oleh datuknya, Rasulallah (s.a.w), Doa Qunut yang dibaca pada Solat Witir, malam-malam 15 hari terakhir Ramadhan, selepas mengerjakan Solat Terawih. Kalimah yang diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu sama dengan kalimah-kalimah yang kita baca sekarang ni ketika Solat Subuh. Tidak ada nas dan dalil al-Quran maupun al-Hadith menyebutkan bahawa kita boleh pinda dan ubah atau ubasuai Solat Subuh yang telah ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dengan menambah kepdanya membaca Doa Qunut. Begitu juga, kita menambah kepada Rukun Qauli Rukuk dan Sujud dalam solat!
Contoh lain: Ketika mengerjakan Solat Aid - Aidil Fitri dan Aidil Adha - kiat perlu mengangkat kedua tangan untuk 7 Takbir (=Allahu Akbar) pada rakaat pertama dan 5 Takbir (=Allahu Akbar) pada rakaat kedua, sebelum membaca al-Fatihah dan surah, Kita membaca Tasbih khusus pula antara takbir itu, iaitu membaca: 'Subha nallah, wal-hamdulillah, wa-lailaha ilallah, wallahu akhbar' - contohnya dibaca selepas Takbir pertama sebelum Takbir kedua dan seterusnya. Jadi, Tasbih itu dibaca sebanyak 6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua. Apabila kita teliti ketetaan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) ada menyuruh baca Takir tetai tidak menyuruh membaca Tasbih tersebut, atau apa-apa bacaan atau sebutan atau kalimahpun.
Contoh lain. Dalam ibadah haji dan umrah, ada banyak penambahan dan pengubahsuaian kepada rukun qalbi (niat), rukuan qauli (bacaan) dan rukun fe'li (perlakuan) pula, walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Kalian ambillah dari aku (apa yang aku baca, sebut, buat, lakukan) dalam peraturan (ibadah haji dan umrah) kamu.). Kalau kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah amat mudah mengerjakan ibadah haji dan umrah itu. Tak perlu baca kalimah atau bacaan yang panjang -sebagaimana yang diajarkankan/disuruh oleh pihak berkuasa Tabung Haji - ketika Tawaf, Sa'i dan lain-lainnya. Ini tidak mengambil kita waktu-waktu yang ditetapkan untuk keluar dari Arafah menuju ke Muzdalifah, keluar dari Muzdalifah ke Mina, bagaimana solat-solat disolatkan - jama' taqdim/Takhir, atau dijama' dan diqasar, atau dijama' tamam?? Dan sebagainya.
Saudara, demikianlah beberapa contoh yang menunjukkan perbezaan yang ketara antara ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan amalan atau perlakuan orang Islam semasa. Mengapa terjadi begini? Satu sebabnya adalah kerana umat Islam tak mentaati perintah Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Ayat 36, Surah an-Nisa), tak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dalam perkara kemurnian niat: 'Wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu'; tidak memahami perintah mutlak Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Wa'tasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' dalam perkara menegakkan sistem jema'ah atau berjema'ah daam Islam. Rasulallah (s.a.w) memperincikan dengan detail kewajipan berjema'ah, kewajipan melantik seorang Imam untuk memeimpin jema'ah Islam, kewajipan berbai'at (=ikrar taat etia oleh rukyah kepada Imam), dan banyak lagi.
[Nota: Perkumpulan Islam yang mengamalkan sistem jema'ah dan ada keimaman/kepimpinannya dan ada suatu ikrar janji - tai sama ada sejajar dengan perintah Allah (a.w) atau tidak wajib disemak dan diteliti adalah Kumpulan Syi'ah, Kumpulan Tabligh, dan suat masa dulu perkumpulan Arqam. Malangnya, kpimpinan Arqam dipengaruhi oleh agenda pribadi, sehingga mengubah aqidah seperti ada hubungan yang akrab antara kepimpinan Arqam dengan Raulallah (s.a.w) dan sebagainya! Suatu kebatilan.. Perkumpulan lain ada mengamalkan sistem jema'ah seperti Kumpulan Syiah, Kumpulan Tabligh dan seumpamanya]. Islam ada bai'at seperti yang dicontohkan oleh amalan Rasulallah (s.a.w) sepanjang 23 tahun beliau memimpin jema'ah Islam. Ayat 10, 12 dan 18, Surah al-Fath, Ayat 23, Surah Yunus, dan Ayat 12, Surah al-Mumtahannah - mentaati Imam (kepimpinan Islam) - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Kemudian sistem yang sama diteruskan di bawah pemerintahan khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin selama 30 tahun pula. Kemudian seterusnya sistem beraja dan ada gelaran pemimpin ditukar menjadi 'amirul muminin ' Pemimpin orang-orang iman). Allah (a.w) mengajarkan kalimah bai'at itu yang diteruskan selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kesemua yang dicontohkan itu adalah amalan lazim umat Islam - para ulama' dan ilmuwan dan orang awam hari ini, amalan yang tiada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Jelasnya menyimpang dari aqidah Islam yang ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Itulah utamanya kita tahu dan faham bid'ah - maksudnya, kesannya dan akibatnya kepada kita. Insya Allah kita akan teruskan peneltian kita kelak supaya kita faham. Sebelum itu, mungkin elok kita tahu akibat mengamalkan bid'ah: Pertama, bida'ah menghapuskan kemurniaan aqidah kita dalam Islam dan menghapuskan kemurnian syariat Islam yang kita amalkan, maka Islam yang diamalkan sudah tercemar, maka cacat keIslaan orang yang mengamalnya, dan batal serta batil aqidah dan amalan dan ibadahnya; kedua, kerana itu, semua amalan dan ibdah juga turut tercemar, tidak lagi murni, maka tidak diterima Allah (a.w), maka dalam Kitab Catatan Amalan kita tidak direkodkan sebagai telah melaksanakan perintah yang diwajibkan Allah (aw.) dan Rasulallah (s.a.w), maka beratlah timbangan dosa kita, maka terjerumuskan kita ke dalam neraka, wal iya zubillah; ketiga, ada 3 kemungkinan akibatnya terhadap kita yang mengamalkannya, iaitu sama ada kita tergolong orang yang syirik atau kita tergolong orang yang kafir terkeluar dari Islam kerana kesilapan dan kebatilan amalan dan ibadah kita; atau, kita Islam tetapi taubat kita tidak diterima Allah (a.w) - ketiga-tiga akibat ini menjerumuskan kita ke dalam neraka. Kita fikir dan merasakan segala amalan dan ibadah kita - yang fardu dan yang sunat - diterima Allah (a.w), tetapi sebaliknya. Maka jadilah kita tergolong dalam kalangan orang yang disebutkan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qaddimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Aku (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam Ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiyah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat ketika berhimpun di padang makhsyar di hadapan Allah (a.w) untuk dihisab) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu (ketika di dunia) mereka telah beramal dengan bersusah payah (secara istiqamah, pagi petang, siang malam) @ Akhirnya (kerana batal dan batil amalannya, tak diterima amalan dan ibadahnya) masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah.
Demikianlah beberapa dimensi pembaharuan dalam perkara agama dalam Islam, yang kesemuanya batil! Jika begitu alangkah ruginya kita. Kita mengharapkan kerahmatan dan keridhaan Allah (a.w) (yakni, ganjaran syurga), tapi sebaliknya, masuk neraka, wal iya zubillah. Jsuteru itu kita wajib faham ilmu mengenai akibat musibah mengamalkan bid'ah. Malah sesiapa yang megajarkan bid'ah, orang yang diajar amalkannya, dia dapat dosa, amalannya ditolak, dia pula mengirim dosa kepada yang mengajar ...
Saudara, wajib kita mengaji/belajar ilmu supaya kita terselamat dari bahaya bid'ah ini.

Jazakallahu khairah


Jangan rugikan diri di akhirat ... (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan penelitian kita tentang satu lagi dimens utama yang amat tidak diyakini oleh orang Islam arus perdana sebagai merosak aqidah dan mencemarkan syariat Islam, sehinggakan ada yang mentafsirkan bahawa amalan umat Islam arus perdana sekarang ini adalah sejajar dengan pendapat Imam as-Syafie (Sila rujuk; Program J.O.M dalam TV al-Hijrah - rujuk pandangan pengacara/pemimpin program yang dengan keras menafikan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa '... setiap/semua bid'ah adalah kesesatan...').

Bid'ah dalam Islam 
 
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith memberitahu umat beliau (i.e. kita semua yang Islam) dengan sabdanya: 'Syarrul umuri mukhdatha tuha, kullu mukhdathin bid'atun. kullu bid'atun dolalatun, kullu dolalatun fin-nari.' (Yang bermaksud: Seburuk-buruk perkara dalam Islam adalah pembaharuan dalam perkara/urusan agama Islam; setiap pembaharuan dalam perkara agama adala bid'ah; setiap bid'ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan tempatnya dalam neraka.) - Hadith at-Termidzi. 
Namun, para uama' dan ilmuwan arus perdana berkeras - kerana kata mereka berdasarkan pendapat dan ketetapan Imam as-Syafie - wujud apa yang mereka sebut bahawa bid'ah itu ada dua - satu yang baik dan satu yang buruk/jelik. Rasulallah (s.a.w) tidak menyebut dua kategori bid'ah. Rasulallah (s.a.) menyebut kesemua tanpa pengecualian. Tapi para 'ulama'' dan ilmuwan arus perdana menidakkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu dengan argument tersebut dan lain-lain hujjah.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Ingatlah, takutkanlah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ibadah atau agama atau syariat Islam). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara (ibadat dan amalan yang diperbaharui) itu adalah pembaharuan kepada pekara (agama dan syariatnya, khususnya ibadat dan amalan yang dikerjakan). Dan semua (atau setiap) pembaharuan pada perkara (agama dan syariatnya) itu adalah bid’ah. Dan semua (atau setiap) bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan) - Hadith Ibnu Majah
Dalam hadith di atas ini sekali lagi Rasulallah (s.a.w) mengingatkan kita bahawa manusia, yang Islam dan beriman terutamanya, hendaklah berpandukan dua sumber al-Quran (Kalam Allah (a.w) memerintahkan kepada hambanya bagaimana mengabdikan diri atau memperhambakan diri menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat itu. Al-Quran adalah kitab Allah (a.w), di dalamnya disebutkan supaya umat Islam jangan berpecah, berada dalam dalam jema'ah, taatkan kepimpinan jema'ah - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Rasulallah (s.a.w) dilantik dan diutus oleh Allah (a.w) untuk mengajarkan agama Islam - aqidahnya dan syariatnya diperincikan dan diperjelaskan. Dalam perkara Islam, hanya tiga pihak yang taku sepenuhnya atau sesempurnanya mengenai Islam, iaitu Allah (a.w) yang menciptanya, Jibril (a.s) yang mengajarkan Rasulallah (s.a.w) praktikalnya dan apa yang diperintahkan Allah (a.w) di wahyukan kepada Rasulallah (s.a.w), dan Rasulallah (s.a.w) yang menerima wahyu dan yang ditugaskan mengajar dan mencontohkan keimanan dan ketaqwaan terbaik serta bagaiana menjadi hamba Allah (a.w) yang dicintai Allah (a.w), mendapat kerahmatanNya, maka dibals dengan syurga dan selamat dari neraka. Rasulallah (s.a.w) - kini as-Sunnah - membimbing manusia pada 'siratul mustaqim' (=jalan lurus ke syurga) berjaya di akhirat.
Saudara, Allah (a.w) memberitahu aqidah dan syariat Islam itu telah sempurna - Ayat 3, Surah al-Maidah, dan hadith yang dirujuk sebelum ini. Kalau bid'ah wujud maksudnya ilmu Allah (a.w) itu cetek, tak tau peredara zaman dan temadun manusia atau al-Quran itu sudah 'outdated' atau al-Hadith itu tidak mampau membimbing manusia zaman akhir! Wal iya zubillah. 
Saudara, fahamilah bahawa aqidah Islam sudah jelas dan syariat Islam itu sudah sempurna, maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu semua pembaharuan dalam perkara agama adalah batal dan batil. Kemudian Rasulallah (s.a.w) mengingatkan mereka yang Islam dan beriman supaya berwaspada atau berjaga-jaga dan menghindarkan atau mengelakkan diri daripada apa yang disebutkan oleh beliau ‘pembaharuan dalam perkara’ atau ‘pembaharuan dalam urusan agama’. Beliau memberi ketetapan atau keputusan bahawa ‘pembaharuan dalam perkara agama’ atau ‘pembaharuan dalam urusan agama’ itu paling buruk di sisi Allah (a.w) dan Islam. Jelasnya, ada banyak ‘pembaharuan’ dalam hidup manusia. Tetapi ‘pembaharuan’ yang terkeatas sekali keburukannya adalah yang melibatkan syariat agama Islam. Syariat agama Islam itu adalah mengenai bagaimana mengabdikan diri kepada Allah (a.w) – dalam dimensi-dimensi yang telahpun kita kaji dan teliti di atas, yang melibatkan ibadat dan amalan, iaitu tentang waktu dan ketika dikerjakan, tempat dan lokasi dibuat, jumlah (yakni, berapa banyak) dan kekerapannya, cara dan kaedahnya, dan akhirnya bentuk dan jenisnya.
Segala sesuatu yang berlainan atau berbeza dengan asalnya sebagaimana dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah ‘pembaharuan dalam perkara agama’ atau ‘pembaharuan dalam urusan agama’. Apakah sifat-sifat asalnya? Ini diperjelaskan di dalam as-Sunnah (atau al-Hadith), yakni sunnah Rasulallah (s.a.w). Apa-apa yang berlainan daripada apa yang disebutkan atau disampaikan melalui as-Sunnah (atau al-Hadith) adalah ‘pembaharuan’. Semuanya buruk dan menyesatkan (dolalah) apabila pembaharuan itu melibatkan syariat Islam – ibadat dan amalan. Mereka yang sesat tidak menemui jalan yang lurus (siratul mustaqim), iaitu jalan ke syurga. Dan, ketetapan Rasulallah (s.a.w) itu adalah sesuatu yang sesat atau menyesatkan mendapat balasan neraka! Maka dengan itulah perlu kita berpandukan hadith yang kita rujuk di awal Kuliah Hadith ini. Maka dengan itulah Rasulallah (s.a.w) menyebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa memperbaharui perkaraku (yakni, syariat Islam itu) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka (ibadat dan amalan) dia ditolak.’ - Hadith Ibnu Majah & Muslim
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) dengan jelas memberitahu kita umat Islam yang beriman bahawa sebarang pembaharuan dalam urusan agama Islam, yakni syariat agama Islam, itu tidak diterima. Segala amalan dan ibadah yang dikerjakan walaupun dengan tujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah (a.w) tidak diterima – amalan yang tidak tercemar dan amalan yang tercemar oleh ‘bid’ah’. Amat merugikan. Kita akan teliti dengan lebih lanjut kemudian nanti keburukan atau akibat buruk mengamal atau menerima atau menerus atau mengajar ‘bid’ah’. Sehubungan itu juga, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita supaya mengikut caranya atau jalannya atau sunnahnya dalam mengerjakan ibadat. Yang bermaksudnya, hendaklah kita berpandukan as-Sunnah (al-Hadith) apabila mengerjakan ibadah atau mengerjakan sebarang amalan soleh.
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ambillah daripadaku cara kamu sekelian mengerjakan ibadah (haji dan umrah).’ - Hadith Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’i
Perintah Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu amat jelas lagi terang. Tidak sekali-kali mengelirukan atau boleh ditakrifkan dengan pelbagai takrif. Mustahil seseorang yang Islam dan beriman itu keliru dengan suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith tersebut. Mereka yang keliru hanyalah mereka yang tidak yakin dengan hadith tersebut. Atau, mereka sememangnya menolak hadith dan menerima al-Quran sahaja. Tetapi, mereka yang menolak al-Hadith, terutama yang telah terbukti sahih, seperti hadith di atas ini yang disebutkan dalam tiga daripada enam kitab-kitab hadith yang diakui ulama’ hadith sebagai sahih, itu terkeluar dari Islam.
[Nota: Orang yang Islam dan beriman hendaklah dia berpegang kepada prinsip ‘sami’na (kami dengar) wa-ata’na’ (dan, kami patuh) dan ‘taatkan Allah (a.w)’ dan ‘taatkan Rasulallah (s.a.w)’. Menolak as-Sunnah (atau al-Hadith) bererti menolak perintah Rasulallah (s.a.w), menolak Rasulallah (s.a.w) bererti menolak perintah Allah (a.w), kerana Allah (a.w) perintahkan kita mentaati RasulNya.] 

Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru Salamiyi (r.a) sesungguhnya mendengar dia Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat Rasulallah (s.a.w) satu nasihat yang menjadikan sayu beberapa hati dan mengalirkan air mata darinya beberapa mata dan menjadi takut beberapa hati mendengarnya. Maka berkata kami: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w). Sesungguhnya ini nasihat seolah-olah daripada seseorang yang hendak pergi. Maka apakah nasihat ini atas kami?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya aku tinggalkan atas kamu sekelian sesuatu yang putih (yakni, agama atau syariat Islam yang sudah jelas dan tidak ragu-ragu sedikitpun), putih ketika siang dan putih ketika malam (yakni, dalam apa-apa keadaan dan zaman sekalipun tetap jelas). Tidak menyimpang darinya (mereka yang berpegang dengannya) selepas ketiadaanku melainkan mereka yang berbuat demikian (yakni, yang ingin menyimpang kerana mengadakan sesuatu walaupun sudah jelas dan terang) akan rosak. Barang siapa dikalangan kamu yang hidup (lama) akan melihat banyaknya perselisihan dikalangan umat Islam. Maka atas kamu sekelian (yakni, apa yang wajib kamu ingat atau lakukan) dengan apa-apa yang engkau tahu (yakni, ikuti syariat agamamu yang didatangkan) dari sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin dan al-mahdiyin. Gigitlah kuat-kuat atasnya dengan gigi geraham kamu. Dan di atas kamu hendaklah kamu taat. Dan jikapun orang Habsyi menjadi ketua (pemimpin atau amir atau imam) kamu. Maka sesungguhnya orang yang beriman itu seumpama unta. Dimana (atau ke mana) dia ditarik megikut dia akan (perintah) tuannya.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Hadith di atas menyebut bahawa jalan atau sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah-khalifahtersebut hendaklahdipegang sekuat-kuatnya supaya tidak berlaku penyelewengan atau kemungkaran dalam beramal dan beribadat. Rasulallah (s.a.w) selanjutnya memerintahkan umatIslam yang beriman supaya sentiasalah mentaati pemimpin mereka, walaupun pemimpin tersebut, adalah seorang yang sangat dibenci kerana sesuatu sebab. Umat Islam diibaratkan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai seekor unta milik pemimpin (amir) yang mentadbirkan jemaah Islam – hendaklah mereka taat dan patuh kepada pemimpin mereka. 

[Nota: Di dalam hadith disebutkan perintah Rasulallah (s.a.w) supaya taat dan patuh kepada pemimpin (amir) walaupun raja atau pemimpinkitaitu kita benci (hadith di atas) atau walaupun dia berlaku zalim dan menzalimi kita. Jemaah Islam wajib taat melainkan diperintah olehnya berbuat atau melakukan maksiat terhadap Allah (a.w) dan agamanya.]

Jazakallahu khairah



Jangan rugikan diri di akhirat ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara,sebelum kita bincangkan dengan panjang lebar 'bid'ah' yang merupakan penyebab ke-empat mengapa aqidah dan syraiat Islam tidak murni atau tercemar dan mengapa amalan dan ibadah kita tercemar dan mengapa kerana mengamalkannya kita gagal mendapat syurga, Allah (a.w) seringkali peringatkan manusia - khususnya umat Islam atau orang Iman - supaya jangan merugikan diri ketika masih bernyawa. Antara peringatan Allah (a.w) it adalah ayat berikut:
Sehubungan itu, Rasulallah (s.a.w) membawa atau menyampaikan serta mengajarkan syariat agama Islam itu kepada manusia. Syariat Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah iaitu segala percakapan, perlakuan, perbuatan dan tindak tanduk Rasulallah (s.a.w) dalam kehidupannya, merupakan sunnahnya. Segala tindak tanduk beliau itu dipandu oleh Allah (a.w) melalui wahyu yang didatangkan dari Allah (a.w). Apabila sesuatu amalan atau ibadah itu memerlukan perincian dari segi perlakuan (rukun fe’linya), maka malaikat Jibrail (a.s) diutuskan Allah (a.w) untuk mengajarkan Rasulallah (s.a.w). Kesemua pengajaran Rasulallah (s.a.w) itu terkandung dalam as-Sunnah atau sunnahnya (yakni, al-Hadith).
Firman Allah (a.w): ‘(Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w) kepada manusia) ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah (a.w) kepada kamu sekelian, (diutus oleh Allah (a.w)) zat yang menguasai (tujuh lapis) langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhaq disembah) melainkan Dia (Allah) Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), Nabi yang ummi (tidak pandai membaca dan menulis) beriman kepada Allah (a.w) dan kalimah-kalimahnya (yakni, al-Quran) dan ikutilah dia (yakni, as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)), mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk (atau hidayah).’ - Ayat 158, Surah al-A’raf
Di dalam firman Allah (a.w) ini manusia diperintahkan supaya beriman dengan Allah (a.w) dengan mengikuti perintah dan suruhan serta meninggalkan larangan dan tegahan yang diperincikan di dalam al-Quran dan manusia di perintah oleh Allah (a.w) supaya beriman dengan UtusanNya (iaitu Rasulallah (s.a.w)) dan mengikuti sunnah Rasulallah (s.a.w). Perintah ini diulangi beberapa kali dalam al-Quran dan as-Sunnah. 
Firman Allah (a.w): 'Rasulan yatlu alaikum … (hingga) … yudhilhu jannatin …' (Yang bermaksud: (Allah (a.w) yang mengutuskan) seorang Rasul yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah (a.w) (yakni, al-Quran) yang menerangkan kebenaran (yakni, syariat agama Islam melalui as-Sunnah), supaya mengeluarkan orang-orang beriman dan beramal soleh dari gelap gulita (kesesatan atau kejahilan masyarakat jahiliah atau kekafiran) kepada cahaya (hidayah dan petunjuk agama Islam) dan ingatlah barangsiapa beriman kepada Allah (a.w) dan beramal soleh akan dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga …) - Ayat 11, Surah at-Tollaq
Tugas Rasulallah (s.a.w) itu, seperti dijelaskan sebelum ini, sebagai Utusan Allah (a.w), adalah menyampaikan perintah Allah (a.w) (al-Quran) dan menerangkan perintah Allah (a.w) dan isi kandungan al-Quran (iaitu perintah dan larangan terhadap manusia semasa hidup di dunia). Rasulallah (s.a.w) memimpin manusia bagaimana hendak mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan melakukan segala suruhan sekuat mampu dan meninggalkan laranganNya. Rasulallah (s.a.w) juga menerangkan cara dan kaedah menterjemahkan proses pengabdian kepada Allah (a.w), yakni bagaimana beramal dan beribadah, serta apakah bentuk-bentuk pengabdian, yakni manifestasi pengabdian melalui amalan dan ibadah, dan amnya pematuhan kepada perintah dan ketetapan Allah (a.w) dalam menjalani kehidupan di dunia yang halal, berkat serta diridhai oleh Allah (a.w). Tanpa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah tidak mungkin manusia itu tahu bagaimana cara dan kaedah serta bentuk-bentuk pengabdian terhadap Allah (a.w) dalam semua dimensi, termasuklah penterjemahan pengabdian dalam konteks amalan atau perlakuan (perbuatan, dimensi fe’li) atau percakapan (lisan, dimensi qauli) atau penghayatan dalam hati, sanubari serta akal fikiran (dimensi qalbu). Semua ini diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah atau al-Hadith. Maka dengan itulah Allah (a.w) memerintahkan manusia, khususnya umat Islam, supaya ‘taatkan Rasulallah (s.a.w)’ dan ‘ambil segala sesuatu yang dibawa olehnya’ atau ‘apa-apa yang disuruhnya hendaklah diamal dan di kerjakan’ dan ‘tinggalkan apa-apa yang tidak disuruh atau dilarangnya’ - Ayat 7, Surah al-Haysr. Malangnya, umat Islam arus perdana lebih rela mengambil panduan dari ulama' dan mengketepikan al-Quran dan as-Sunnah, dan terpengarauh oleh kebijaksanaan para 'ulama' dan ilmuwan yang mengolah ceramah dan pendapat mereka menggunakan kitab-kitab karangan manusia.
Saudara, Allah (a.w) menyebutkan dalam al-Quran ancaman terhadap orang yang menulis kitab atau mengarang buku tentang aqidah dan syariat serta amalan dan ibadah dalam Islam yang tiada sandaran ketetapan jelas dari Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan Rasulallah (s.a.w) (dalam as-Sunnah) dengan neraka wel, i.e. neraka. Allah (a.w) juga mengancam orang yang memperdagangkan sesuatu tentang aqidah dan syariat Islam dengan balasan neraka. Lebih-lebih lagi orang yag mengada-adakan sesuatu dalam Islam (dan, orang yang memandai-manadai mengadakan sesuatu atau membuat ketetapan sesuatu yang tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah) - dari segi bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal, dan menyentuh aspek-aspek lebih kecil melibatkan amalan dan ibadah khusus - rukun qalbi (niat dan tujuan beramal), rukun fe'li (perlakuan atau perbuatan melibatkan sesuatu amalan itu) dan rukun qauli (sebuatan atau bacaan atau kata-kata/kalimah yang digunakan) - tentang amalan atau ibadah tersebut, tetapi para ulama' dan orang Islam arus perdana begitu berani dan lantang berhujjah. Dalam perkara ibadah solat, Rasulallah (s.a.w) memperincikan semua aspek solat atas dasar 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yang bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat) - Hadith Bukhari, dan dalam perkarahaji dan umrah, Rasulallah (s.a.w) meperincikannya atas dasar: 'Khuzu 'anni manasikakum' (Yang bermaksud: Ambillah daripada aku (Nabi) peraturan dan cara serta kaedah kamu mengerjakan haji dan umrah) - Hadith Muslim, Abu Daud dan an-Nasa'i, sebagai contoh. Oleh itu berwaspadalah dalam agama, kerana jika kita tersilap, besar kerugiannya yang akan kita dapati di akhirat kelak. Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 8, Surah al-Hasyr - semak apa yang kita dahulukan untuk akhirat kita dan supaya tidaklah segala amalan dan ibadah kita dijadikan habu dan abuk oleh Allah (a.w) tiada mendapat pahala sedikitpun, maka Kitab Catatan Amalan kita kosong dari segi simpanan pahala, sebaliknya penuh dengan dosa pula, wal iya zubillah. Telitilah peringatan dalam firman Allah (a.w) berikut:
Allah (a.w) berfirman: ‘Wa qadimna ma ‘amilu min ‘amalin faja’alna haba-an mansyuran.’ (Yang bermaksud: Dan Kami (Allah (a.w)) periksa amal mereka, kemudian Kami (Allah (a.w) jadikannya (yakni, amalannya) bagaikan debu yang berhamburan (atau beterbangan)’ (yakni, tidak diterima seumpama habuk dan debu sahaja segala apa yang diamalkan) – Ayat 23, Surah al-Furqan
Dan, kemudian Allah (a.w) menggambarkan pula dalam Ayat 2, 3 dan 4, Surah al-Ghasiyah, dengan firman Allah (a.w) yang berikut:
Firman Allah (a.w): ‘Wujuhuy yaumaizin khasyi’ah @Amilatun nasibah @ Tasla naran hamiah.’ (Yang bermaksud: Beberapa wajah manusia pada hari itu (di akhirat ketika berhimpun di padang makhsyar di hadapan Allah (a.w) untuk dihisab) tunduk merasa hina dan rendah diri @ Dahulu (ketika di dunia) mereka telah beramal dengan bersusah payah (secara istiqamah, pagi petang, siang malam, menamabah amalan dengan amalan-amalan sunat, etc) @ Akhirnya (kerana batal dan batil amalannya, menyimpang niatnya, tiada panduan ilmu yang benar, tidak halal hidupnya, tidak sah Islamnya, tercemar segala amalan dan ibadahnya, tak diterima Allah (a.w) amalan dan ibadahnya) masuk ke neraka yang sangat panas.) - Ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah
Saudara, janganlah kita tergolong orang yang disebutkan oleh Ayat 23, Surah al-Furqan dan Ayat-ayat 2-4, Surah al-Ghasyiah itu. Rugi dan ceakalah kita. Dalam Islam semua jawapan yang betul diberikan oleh Allah (a.w). Tak perlu belajar teruk-teruk macam ilmu duniawai, professor/mahaguru yang tau soalan yang akan dikeluarkan dan jawapan yang tepat yang dikehendakinya. Dalam Islam, Allah (a.w) permudahkan. Soalan diberitahu dan jawapan diberitahu. Dan, kalau salah menjalani hidup, semuanya salah kita sendiri...

Saudara, kita diperingatkan sesiapa yang meragui al-Quran dan as-Sunnah - sama ada ketetapan mengenai hukum hakam atau cerita-ceritanya, menjadikan kita kafir, i.e. terkeluar dari Islam. Dan, kita juga diperingatkan (semak post-post yang lalu) bahawa sesiapa yang diberitahu suatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kemudian dia terbaca atau membaca sesuatu yang ditulis oleh manusia, maka dia memilih apa yang ditulis oleh manusia, meninggakan apa yang diberitahu oleh Allah (a.w) dan RasulNya, maka hukumnya dia meremehkan (i.e. tidak mengutamakan atau melebihkan atau menomborsatukan) ketetapan yang diagungkan oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah), sebaliknya dia mengutamakan ketetapan manusia yang diremehkan (i.e. direndahkan taraf dan kedudukannya oleh Allah (a.w)) dan menomborsatukan sesuatu yang diremehkan atau direndahkan oleh Allah (a.w). Maksudnya, dia dahulukan ajaran manusia dan kemudiankan atau tinggalkan atau sampingkan atau tolak tepi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Pastilah mereka itu menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), wal iya zubillah. Sesiapa yang menentang Allah (a.w) .... tertakluk kepada hukuman Ayat 14, Surah an-Nisa' - masuk neraka secara pasti. Oleh itu berwaspadalah. Iktilah syariat dan aqidah Islam yang benar lagi murni.

Jazakallah khairah


Jangan rugikan diri di akhirat ... (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita mengenai satu dimensi yang sangat sukar difahami oleh orang Islam yang menjadi peneybab kepada batallnya aqidah dan amaln dalam Islam, kerana mengamalkannya menjadikan aqidah dan syariat Islam itu tercemar, tidak lagi murni. Dalam post-post yang lalu kita diberitahu oleh Allah (a.w) sesiapa yang beramal atau mengerjakan ibadah yang tidak murni, maka tidak diterima Allah (a.w), terbatl Islamnya dan kesemua amalan dan ibadahnya ditolak atau tidak diterima Allah (a.w). Di akhirat kelak orang yang sedemikian itu amat rugi, beramal dengan bersusah payah dan istiqamah di dunia mencari syurga, tetapi dapat neraka di akhirat kelak. Allah (a.w) ingatkan kita manusia - terutama yang Islam dan yang beriman - bahawa hanya ada dua tempat tiggal manusia di akhirat iaitu sama ada dalam syurga atau dalam neraka.
Kesudahan manusia itu hanyalah dua: sama ada dia mendapat syurga dengan segala nikmatnya, atau neraka dengan segala siksaannya. Inilah yang difirmankan Allah (a.w) bahawa di akhirat kelak, setelah dihisab:
Firman Allah (a.w): ‘... fariqun fil-jannati, wa-fariqun fis-sa’iri ...')(Yang bermaksud; segolongan (kalian) masuk syurga, dan segolongan (kalian) masuk neraka) - Ayat 7, Surah asy-Syura. Yang berjaya mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) - menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mendapat balasan syurga manakala yang gagal disiksa dalam neraka. Allah (a.w) memberitahu akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya. Kerana kehidupan di dunia ini tidak kekal. Yang kekal hanyalah akhirat.
Saudara, yang pasti dapat syurga itu diberitahu oleh Allah (a.w) dalam al-Quran. Kita tak perlu bersusah payak memikirkan bagaimana nak selamat di akhirat, mendapat syurga. Kita telah diberitahu oleh Allah (a.w). Yang diperlukan hanyalah belajar ilmu - ilmu al-Quran dan as-Sunnah - dan fahami ketetapan dan suruhan dan tegahan dan larangannya. Dalam beramal, contohi Rasulallah (s.a.w) kerana Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.) itu adalah 'uswatun hasanah' - Ayat 21, Surah al-Akhzab, dan sesiapa yang ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia telah mentaati perintah Allah (a.w) - Ayat 7, Surah al-Haysr.
Allah (a.w) berjanji kepada manusia bahawa sesiapa yang ‘mentaati Allah (a.w)’ (yakni, ikuti al-Quran) dan ‘mentaati Rasulallah (s.a.w)’ (yakni, ikuti as-Sunnah) pasti mendapat syurga. Kita rujuk semula firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wamai yutiillaha warasulahu yudhilhu jannatin ... al-ayat' (Yang bermaksud: Dan barangsiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, ikuti as-Sunnah) dimasukkannya ke dalam syurga.) - Ayat 13, Surah an-Nisa’
Sebaliknya, Allah (a.w) mengingatkan manusia bahawa sesiapa yang ingkar atau menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan tidak ikuti Rasulallah (s.a.w) (yakni, tidak ikuti as-Sunnah) dan tidak akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah akan diseksa di dalam neraka. Pokoknya, orang Islam dan beriman tidak ada pilihan kecuali akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) atau berpandukan as-Sunnah:
Firman Allah (a.w): 'Wamai ya’sillaha warasulahu wayata’adda hududahu yudkhilhu naran ... al-ayat' (Yang bermaksud: Dan barangsiapa menentang Allah (a.w) (yakni, tidak ikuti al-Quran) dan RasulNya (yakni, tidak ikuti as-Sunnah) dan melanggar batas-batas (had-had) ketetapan yang ditetapkan (oleh Allah (a.w) (yakni, dalam al-Quran) dan RasulNya (yakni, dalam as-Sunnah)) dimasukkan ke dalam neraka) - Ayat 14, Surah an-Nisa’.

[Nota: Ayat ini bukan semata-mata merujuk kepada hukum hudu yang secara khusus disebutkan di dalam al-Quran. Sebenarnya, segala sesuatu perintah dan suruhan dalam al-Quran dan as-Sunnah yang dilanggar, atau tidak dikerjakan atau dibuat apabila ditegah, adalah pelanggaran bagi maksud ayat ini. As-Sunnah termasuk kerana berdasarkan Ayat 7, Surah al-Haysr, semua ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w), maka wajib dipatuhi.]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umatnya dalam hadith berikut sejajar dengan perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr itu:
Diriwayatkan hadith dari ‘Amasy hadith dari abi ‘Amasy, hadith dariabi Salleh hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Zaruni ma taraktukum. fainnama halaka man kana qablakum bisualihim wakhtilafihim ‘ala ‘amba-ihim. Faiza amartukum bisyai-in fakhuzu minhu mas-tota’tum. Wa-iza nahaitukum ‘an syai-in fantahu.' (Yang bermaksud: Biarkan (yakni, janganlah kamu kerjakan) apa-apa aku tinggalkan (yakni, tidak contohkan atau suruh). Maka sesungguhnya apa-apa yang telah merosakkan barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian (adalah) kerana banyak soal mereka dan banyak perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka ketika memerintahkan aku akan kamu sekelian dengan sesuatu (perintah) maka ambillah dari perintah tersebut (dan kerjakan) sekuat mampu kamu. Dan ketika melarang (atau menegah) aku akan kamu sekelian dengan sesuatu (perkara) maka hentikanlah (atau tinggalkanlah) - Hadith ibnu Majah
Saudara, Allah (a.w) juga memberitahu manusia bahawa dalam al-Quran bahawa Rasulallah (s.a.w) disuruh memberitahu manusia bahawa seiapa yang cintakan Allah (a.w) - Tuhan mereka yang esa - maka hendaklah dia mentaati Rasulallah (s.a.w), dan jika begitu, maka Allah (a.w) yang mencintai mereka kembali dan Allah (a.w) mengamuni dosa-dosa mereka. Maksudnya, mereka yang mentaati Rasulallah (s.a.w) pasti disayangi Allah (a.w) dan diselamatkan dari neraka dan diberi ganjaran syurga di akhirat kelak, satu kurniaan yang amat besar, seperti yang difirmankan Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w):'Qul in kuntum tuhibbunallaha fat-tabi'uni yuhbibkumullahu wa-yaghfirlakum zunubakum.' (Yang bermaksud: Katakanlah (olehmu Wahai Muhammad (s.a.w)! ‘Jika kamu kasihkan Allah (a.w), ikutilah aku (dan) Allah (a.w) akan kasihi kamu dan menghapuskan dosa-dosa kamu) - Ayat 31, Surah ali-Imran.
Saudara, orang iman yang dikasihi Allah (a.w) sahaja yang mendapat syurga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu tidak beriman seorang yang akui dirinya Islam dan beriman jika dia tidak kasihkan Rasulallah (s.a.w) melbihi kasih sayangnya terhadap kedua ibu bapanya, keluarganya, dan manusia selainnya. Ini adalah peringatan kepada orang iman yag benar, kerana hari ini begitu ramai orang Islam yang ketepikan as-Sunnah, dan terima panduan manusia! Tambahan pula, dalam firmanNya dalam Ayat 64, Surah an-Nisa’ kita diberitahu supaya ikuti Rasulallah (s.a.w) dan dalam Ayat 80, Surah an-Nisa’ kita diberitahu mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita telah mentaati Allah (a.w). Malangnya, apabila kita lihat riaksi manusia yang mengakui diri mereka Islam apabila Rasulallah (s.a.w) beritahu sesuatu secara jelas, mereka mencari tambahan yang tidakpun disuruh cari dan amalkan. Inilah perkara keempat selain tiga perkara yang kita telahpun faami melalui post yang lalu, iaitu: pertama, menetapi syariat Islam yang murni; kedua, niat yang murni dan betul dalam beramal; dan ketiga, asas ilmu yang murni lagi benar dalam mengasaskan kesemua amalan dan ibadah. Dimensi keempat adalah mencemarkan kemurnian aqidah dan syariat Islam serta amalan dan ibadah dalam Islam kerana mengamalkan 'bid'ah'.
Saudara, apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu manusia -kyususnya umat Islam atau orang iman, bahawa di akhir zaman kelak - selepas wafatnya beliau - umat Islam akan berpecah dalam agama mereka mengamalkan 73 fahaman agama Islam, kesemuanya akui mereka mengasakan fahaan mereka kepada al-Quran dan as-Sunnah, tetapi 72 golongan, yakni majoriti umat Islam, gagl dan rugi, tidak dapat syurga, sebaliknya terjerumuske dalam neraka. Hanya satu golongan atau fahamn Islam yang berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka, siapa golongan atau fahaman tersebut? Disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) umat Islam yang menepati dua pra-syarat iaitu pertama, ikuti as-Sunnah, dan kedua, mereka berjema'ah dalam Islam.Ramai orang Islam rugi tidak mendapat syurga kerana meninggalkan sesuatu ketetapan as-Sunnah, kerana ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) adalah kettapan mutlak - tidak boleh tidak wajib diikuti. Kalau sebahagian atau suatu dimensi kecil sekalipun tidak ditaati, jatuh kafir atau terkeluar dari Islam dan mengamalkan 'bida'ah' adalah suatu sebab membatalkan aqidah Islam dan menyebabkan pengamalnya terkeluar dari Islam tanpa di sedari dan menyebabkan Allah (a.w) tidak terima taubat mereka, tidak terima segala amalan dan ibadah mereka - yang wajib ata fardu dan yang sunat. Insya Alah, kita akan teliti faktor batil yang penting ini dalam post-post yang akan datang, supaya kita fahami.
Saudara, 'bid'ah' adalah suatu perkara yang amat sensitif kepada umat Islam arus perdana, kerana mereka amalkan begitu banyak pencemaran aqidah dan syariat, tetapi mereka berkeras bahawa yang mereka amalkan adalah 'kebaikan' atau 'bid'ah hasanah' yang dibolehkan oleh Islam, walaupun tidak secara khusus tersebut dalam al-Quran dan as-Sunnah. Malah mereka menyebutkan bahawa ada beberapa perkara yang dikerjakan oleh khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, terutama Abu Bakar (r.a) Omar (r.a) dan Othman (r.a) yang menunjukkan ada perkara-perkara atau amalan atau perbuatan yang tidak bersifat batil dalam Islam. Malah terdapat para ilmuwan mazhab yang menyebut bahawa jika jumhur ulama atau ada aasas qias dan ada keperluan diijtihadkan oleh jumhur ulaa', boleh diamalkan dan tidak bersifat batil, malah diolehkan dan mendapat pahala pula. endeknya, para ulama' boleh membuat sesuatu amalan walaupun tiada asas ketetaan al-Quran dan as-Sunnah, kerana terdapat ketetapan yang sedemikian dikeluarkan oleh Imam as-Syafe, kata mereka. Rujuk Program J.O.M dalam TV al-Hijrah yang menyebutkan perkara ini dalam penelitian ustaz/ilmuwan tersebut mengenai Hadith 40 Imam Nawawi. Justeru itu, trdapat begitu ramainya umat Islam serta ilmuwan Islam yang mempertikaikan ketetapan as-Sunnah dan menombor-satukan ketetapan ulama', walhal pendapat ulama' wajib dinomborduakan dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) adalah mutlak dan wajib dinomborsatukan.

Jazakallahu khairah











Jangan rugikan diri di akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita teliti satu dimensi amalan yang sukar difahami oleh majoriti umat Islam, tetapi merupakan satu daripada sebab aqidah dan syariat Islam itu tercemar dan tidak menjadi murni. Allah (a.w) perintahkan kita supaya murnikan agamaNya dan jangan cemari agamaNya, agama yang Allah (a.w) perintahkan manusia anuti sebagai wadah untuk mereka selamat di akhirat - terselamat dari neraka dan mendapat nikmat yang amat tinggi nilainya iaitu mendapat syurga.
Saudara, sesiapa yang mengamalkan aqidah dan syariat agama Islam yang tidak murni, yang telah tercemar, atau mengamalkan segala sesuatu dalam Islam secara istiqamah, tetapi niat dan bentuk amalan serta cara dan kaedah beramal dan beribdah yang tidak murni, maka amalan dan ibadahnya sudah tercemar, maka segala amalan dan ibadahnya tidak lagi murni. Niat yang tidak murni, membatalkan amalan dan ibadah serta pahala ibadah dan amalan. Amalan dan ibadah yang tidak murni, diamalkan, maka membatalkan amalan dan ibadah - tak mendapat sebarang pahala, malah mendapat dosa. Dalam post-post yang lalu kita telahpun teliti perkara-perkara yang mencemarkan kemurnian atau ketulinan aqidah dan syariat Islam, niat dan amalan dan ibadah. Apa dia? Pertama, niat dalam mengerjakan amalan. Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran:
Firman Allah (a.w): 'wala taqfu ma laisa bihi ilmun.' (Yang bermaksud: Dan janganlah kamu ikuti apa-apa yang kamu tiada baginya (yakni, perlakuan itu) ilmu mengenainya.) - Ayat 36, Surah al-Isra. Jika, kita tidak tahu tentang sesuatu ibadah dan amalan atau bentuk-bentuk ibadah dan amalan tersebut, atau, kita jahil tentang cara dan kaedah mengamalkan atau mengibadahkannya, kita wajib pastikan dahulu dengan ilmu. Janganlah kita jadi pak turut. Kita wajib cari ilmu mengenainya. Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) ingatkan kita supaya: ‘Al-ilmu qabla ‘amal’ (Yang bermaksud: beramallah dengan ilmu). Janganlah kita beramal dan beribadah dalam kejahilan atau main ikut-ikut (taklid) atau dengar cakap-cakap orang – walaupun ‘para ulama’ yang bercakap – tanpa sandaran ilmu, kita kerjakan.
Saudara, apabila kita menyebut tentang 'ilmu', kita wajib faham apa maksudnya? Dalam Islam, apabila disebut lakukan sesuatu dalam perkara Islam dengan berdsarkan ilmu yang benar (haq), kita merujuk kepada ketetapan as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) berpesan dengan sabdanya: ‘Taraktu fikum amraini lan tadillu ma-tamasaktum bihima, kitabballahi wa-sunnati nabiyi’ (Yang bermaksud: Aku (Rasulallah (s.a.w) tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya jika kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya (iaitu al-hadith)) -Hadith al-Hakim dll.
Maka dengan itu jugalah umat Islam disuruh - suruhan wajib - supaya belajar ilmu, krana hanya dengan ilmu kita tahu ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, dan as-Sunnah menjelaskan dan mendetailkan ketetapan al-Quran. Diriawayatkan hadith oleh Omar bin Khattab (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda:‘Talabul ilmi faridatun ‘ala kulli Muslim’ (Yang bermaksud: menuntut ilmu (syariat agama Islam itu) wajib di atas setiap orang Islam) -Hadith Muslim. Demikian juga pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Mencari ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam. Dan meletakkan (mengajar) ilmu oleh selain dari ahli ilmu (ulama’) (yakni, orang yang faqih dan alim tentang syariat Islam itu) seperti mengkalungkan (di leher) babi dengan (kalong diperbuat dari) permata berlian dan emas.’ [Hadith Ibnu Majah]. 
Saudara, dengan itu begitu pedasnya sindirian Rasulallah (s.a.w) Kita wajib belajar ilmu dari orang yang tah dan faham ilmu yang diwajibkan itu. [Nota: Umumnya orang Islam menyebut belajarlah ilmu dari 'ulama' (=orang yang berilmu atau memiliki ilmu). Siapa dia 'ulama'? Rasulallah (s.a.w) memberitahu 'ulama' adalah 'pewaris para nabi'. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa semua nabi dan rasul mewariskan kepada umat mereka ilmu. Rasulallah (s.a.w) mewariskan umatnya bukan harta dunia, tetapi ilmu. usteru itu seseorang itu boleh diakui seorang 'ulama' jika dia memiliki ilmu yang disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan ilmu yang dicipta dari 'kepintaran' atau 'kebijakasanaan mereka' merangkan sesuatu ketetapan atau amalan dan ibadah yang tidak terdapat sandar nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah.]Saudara, ilmu dalam konteks aqidah dan syariat Islam - atau dalam konteks kehidupan seorang Muslim yang beriman itu - adalah disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu (yang wajib dituntut) itu tiga. Maka barangapa yang kemudiannya (yakni, selepas tiga) demikian itu adalah tambahan atau baik: Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran, iaitu ilmu al-Quran), atau Sunnah yang tegak (yakni, as-sunnah, atau al-Hadith), atau ilmu faraid (yakni, hukum faraid (yakni, pembahagian harta waris) yang adil - Hadith Ibnu Majah. [Nota: Hadith ini menyebutkan bahawa adalah wajib tiga ilmu ini dituntut dan dipelajari oleh seseorang yang Islam itu. Mengapa? Hanya dengan menguasai ilmu yang tiga ini seseorang yang Islam itu akan tahu secara sahnya syariat agama Islam itu, khususnya syariat Islam yang diperintahkan oleh Allah (a.w) kepada UtusanNya, Rasulallah (s.a.w) sampaikan kepada manusia supaya mereka mengerjakan amalan dan ibadah yang sah untuk membolehkan mereka benar-benar mengabdikan diri mereka kepada Allah (a.w) seperti yang ditetapkan dalam Ayat 56, Surah az-Zariat itu.]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa aqidah dan syariat Islam itu sudah sempurna, tak perlu diragui, tak perlu ditokok tambah atau diubahsuai atau ditambah. Ini dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin ‘Amru Salamiyi (r.a) sesungguhnya mendengar dia Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Dan memberi nasihat Rasulallah (s.a.w) satu nasihat yang menjadikan sayu beberapa hati dan mengalirkan air mata darinya beberapa mata dan menjadi takut beberapa hati mendengarnya. Maka berkata kami: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w). Sesungguhnya ini nasihat seolah-olah daripada seseorang yang hendak pergi. Maka apakah nasihat ini atas kami?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya aku tinggalkan atas kamu sekelian sesuatu yang putih (yakni, agama atau syariat Islam yang sudah jelas dan tidak ragu-ragu sedikitpun), putih ketika siang dan putih ketika malam (yakni, dalam apa-apa keadaan dan zaman sekalipun tetap jelas). Tidak menyimpang darinya (mereka yang berpegang dengannya) selepas ketiadaanku melainkan mereka yang berbuat demikian (yakni, yang ingin menyimpang kerana mengadakan sesuatu walaupun sudah jelas dan terang) akan rosak. Barang siapa dikalangan kamu yang hidup (lama) akan melihat banyaknya perselisihan dikalangan umat Islam. Maka atas kamu sekelian (yakni, apa yang wajib kamu ingat atau lakukan) dengan apa-apa yang engkau tahu (yakni, ikuti syariat agamamu yang didatangkan) dari sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin dan al-mahdiyin. Gigitlah kuat-kuat atasnya dengan gigi geraham kamu. Dan di atas kamu hendaklah kamu taat. Dan jikapun orang Habsyi menjadi ketua (pemimpin atau amir atau imam) kamu. Maka sesungguhnya orang yang beriman itu seumpama unta. Dimana (atau ke mana) dia ditarik megikut dia akan (perintah) tuannya.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) memerjelaskan ketetapan Allah (a.w) bahawa agama Islam itu sudah disempurnakan oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 3, Surah al-Maidah.
Firman Allah (a.w): 'Alyauma akmaltu lakum dinakum, wa atmamtu ‘alaikum nikmati, wa radhitu lakumul Islama dinan ... al-ayat.' (Yang bermaksud: Pada hari ini telah Aku (Allah (a.w)) sempurnakan untuk kamu sekelian agama kamu dan telah Aku (Allah (a.w)) cukupkan nikmatKu atas kamu sekelian dan telah Aku (Allah (a.w)) ridha Islam menjadi agama kamu sekelian.) - Ayat 3, Surah al-Maidah.
Saudara, selain faktor dasar syariat Islam yang kita amalkan dan asas ilmu yang kita jadikan asas beramal dan beribdah, dalam post-post yang lalu kita telah sebutkan benarnya Islam kita jika kita berpandukan hakikat dan ketetapan yang disebutkan mengenai kemurnian syariat Islam itu dan kita beramal dan beribadah berdasarkan ilmu yang benar - iaitu al-Quran dan as-Sunnah . Jika kedua-dua dimensi ini salah, maka tak gunalah beramal dan beribadah, kerana kesemua amalan dan ibadah itu tercemar dan ditolak oleh Allah (a.w). Insya Allah dalam post selanjutnya, kita teliti pula dimensi-dimensi lain yang membatalkan amalan dan ibadah kerana terbatalnya asas ilmu kita. Dalam beberapa post yang lalu kita telah juga tahu bahawa sahnya amalan dan ibadah kita kalau kita berpandukan as-Sunnah kerana bentuk-bentuk amalan dan ibadah, cara dan kaedah beramal atau beribadah telah diberitahu secara detail oleh Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, as-Sunnah adalah panduan yang mutlak dalam beramal dan beribadah. Juga, dalam post yang lalu, kita telah dibertahu bahawa Islam yang murni (dan benar) itu diamalkan atau bentuknya berjemaah - Ayat 103, Surah ali-Imran. Malah kita diberiahu seorang Islam itu tidak halal hidupnya di dunia jika tidak mempunyai seorang imam. Dan, dia wajib mentaati imam (pemimpinnya) selagi pemimpin tersebut tidak menyuruh dia melakukan sesuatu perkara - termasuk amalan dan ibadah yang bentuknya, cara dan kaedah mengamalkannya - yang bersifat atau dicemar oleh kemaksiatan - Ayat 59, Surah an-Nisa'. Apa dia 'maksiat' dalam Islam? Dalam Islam maksiat adalah segala sessatu yang tiada disuruh oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kita juga telah mendapat tahu dalam post-post yang lalu bahawa tidak diakui keIslaman (yakni, tidak diakui Islam) seseorang yang mengakui dirinya Islam jika dia tidak mengamalkan Islamnya secara berjema'ah:
Omar ibn Khattab (r.a) berkata: 'La Islama illa bil-jama'ati - al-hadith' (Yang bermaksud: Tidak dikatakan Islam (seseorang itu) kecuali dengan berjema'ah (dalam Islam) - Hadith
Saudara, kita telah huraikan perspektif ini dalam beberapa post yang lalu. Pendeknya, 'berjema'ah' itu adalah satu pra-syarat agama dalam Islam, kerana ada dua ra-syarat Islam itu sah, iaitu: pertama, ikuti as-Sunnah; dan kedua, berjema'ah. Berjema'ah itu ada suatu organisasi yang formal berdasarkan ketetapan as-Sunnah dalam hadith. Hanya dengan ilmu kits boleh faham perincian dimensi berjema'ah ini.
Insya Allah, dalam post-post yang akan datang kita semak pula perspektif atau dimensi lain yang membatalkan segala amalan dan ibadah.

Jazakallahu khairah