Wednesday, May 23, 2012

Umat Islam yg Tenggelam dalam Kehancuran

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita lihat umat Islam sudah berpecah dalam perkara dunia mereka dan dalam perkara ugama mereka. Perpecahan ini akan memudaratkan dunia mereka - kerana tidak bersatu menentang musuh-musuh Islam dan menyebabkan umat Islam sesama sendiri berperang dan menumpahkan darah - dan dalam agama mereka - mengakibatkan mereka tersisih dari syariat agama Islam yg haq dan menyebabkan mereka terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari! Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) di dalam suatu hadith menyebutkan bahawa di akhir zaman walaupun umat Islam itu ramai, bukan sedikit, berbanding dgn orang yg tidak Islam, namun mereka tak lebih seperti buih di atas permukaan air laut, apabila dilanda ombak maka lenyaplah buih-buih tersebut, dan wujudlah pula buih-buih yg baru, namun tetap rapuh dan tetap tidak ada gunanya.
Saudara, begitulah gambaran umat Islam di akhir zaman. Hari ini sudahpun kita ketemui situasi sedemikian. Bukan setakat di Timur Tengah yg ramai umat Islam, tapi di Malaysia sendiri. Ramai orang Islam, tapi kerana dunia orang Islam tidak kuat dan perpaduan umat Islam begitu rapuh kerana dirapuhkan oleh kejahilan mereka tentang agama mereka dan kerana perbalahan mereka dalam kejahilan ilmu dan kerana dibawa arus ombak kesenangan, kemewahan dan keseronokan dunia, sehingga mereka menjalani kehidupan di dunia takda bezanya dgn apa yg dilakukan oleh mereka yg kafir. Islam hanya tinggal nama. Tidak hairanlah Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah bahawa di akhir zaman, ketika dunia hampir kiamat, ketika Dajjal hampir akan menjelma, ilmu umat Islam tentang agamanya sudah hilang, tidak diketehaui oleh mereka, keimanan orang Islam amat rapuh. Yg berimanpun hanya memiliki ilmu setakat tahu menyebut 'Allah (a.w)', dan tidakpun tahu bagaimana hendak menjadi orang iman yg dapat menjamin mereka mendapat syurga dan terselamat dari neraka!
Mengapa tidak? Kita lihat hari ini begitu besar dan hebatnya pengaruh keduniaan di kalangan selebriti, penyanyi dan pelakun - yg digelar 'artists'. Anak-anak Melayu yg menjadi pelakon dan penyanyi di Malaysia tidak ada bezanya dgn penyanyi dan pelakon Holywood atau Bolywood. Dan, mereka pula menjadi idola anak-anak muda yg berperangai sebagaimana mereka. Majoriti anak-anak muda hari ini liar. Saban hari kita akan terbaca prilaku anak-anak muda Melayu yg kononnya Islam - lahir Islam dan dibesarkan sebagai orang Islam. Tetapi, mereka melakukan pelbagai perkara yg sama sekali tidak sejajar dgn sifat-sifat orang Islam - tidak mengerjakan solat, tidak berpuasa apabila tiba Ramadhan, berpoya-poya di kelab-kelab malam dan tempat-tempat hiburan lain, minum arak, berpakaian tetapi sebenarnya 'bogel' tidak menutup aurat, bepoya-poya dalam terang di depan khalayak ramai dan dalam gelap, melancung ke luar negeri untuk melakukan kesumbangan spt berbikini dan mendedahkan aurat mereka di luar negara, minum arak dan melakukan pelbagai maksiat, terutama seks rambang, tanpa di ketahui oleh masyarakatnya dan kedua ibu bapanya.
Saudara, ada tiga kategori orang Islam. Kategori pertama: dilahirkan Islam, dibesarkan Islam, beramal dgn syariat Islam, tetapi ketika mati menjadi kafir. Kerana, membunuh diri, menganianya kedua ibubapanya, mengamalkan ajaran yg dicemari oleh bid'ah atau simply murtad. Qarun, dalam zaman Musa (a.s) dan Sya'labah, dalam zaman Rasulallah (s.a.w)  adalah contoh golongan ini. Kerana kebakhilan tidak mahu mengeluarkan zakat walaupun sudah kaya. Kedua, dilahirkan Islam, beramal dgn syariat Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan ketika mati kekal dalam syariat Islam. Golongan ini adalah calun penghuni syurga. Orang yg berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Golongan ketiga adalah dilahirkan tidak Islam - dalam keluarga kafir kerana famili mereka anuti agama selain Islam - hidup pula dalam  kekafiran, tetapi sebelum mati, sempat beriman menjadi Islam, maka mati Islam. Mereka ini golongan yg berjaya di dunianya dan di akhiratnya. Dalam al-Quran disebutkan golongan ahli sihir zaman Musa (a.s). Ketika dikalahkan  oleh mukjizat Musa (a.s), mereka tunduk dan  bersyahadah dgn Tuhan Musa dan tuhan Harun, yakni masuk Islam menjadi Islam.
Semoga kita yg Islam hari ini tidaklah melakukan sesuatu yg membatalkan Islam kita. Maka ketika mati kita tidak lagi Islam. Kita tidak terlibat dgn golongan amalan dan ibadah yg menolak as-Sunnah dan taksub pula dgn ajaran atau fahaman kemazhaban - mengketepikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah.

Monday, May 21, 2012

Jema'ah: Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang 'kepimpinan dalam Islam' atau Islam yag haq atau Islam yg membolehkan seseorang itu mendapat syurga. Kita telah lihat tiga potongan hadith yg menyebut tentang wajibnya umat Islam itu menubuhkan jema'ah yg formal yg diketuai atau dipimpin oleh seorang yg dipanggil Imam atau Amir. Dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w) beliaulah pemimpin atau imam jema'ah Islam. Kemudian selepas kewafatan beliau, umat Islam dipimpin oleh khalifah (yakni, pemimpin pengganti) bermula dgn Abu Bakar kemudian Omar, kemudian Othman dan kemudian Ali (radiallahu 'anhum). Selepas zaman khalifah yg berjalan selama 30 tahun itu, Rasulallah (s.a.w)menyebut bahawa jema'ah umat Islam akan dipimpin oleh mereka yang bergelar 'al-Malik' (yakni, raja), Amir atau Amirul Mukminin (pemimpin orang-orang mukmin) atau Imam atau Amir, sebagai ketua 'ulil amri' jema'ah Islam zaman-zaman akhir.
Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umat Islam bahawa jika ada orang iman bertiga, wajib bagi mereka mengangkat salah seorang mereka menjadi pemimpin (imam) mereka bertiga. Kewajipan mengangkat salah seorang mereka menjadi imam itu terpakai dalam keadaan mereka dalam perjalanan (musafir), yakni mengembara atau dalam keadaan mereka bertempat atau bermestautin secara kekal di suatu tempat. Jika tidak melantik imam salah seorang mereka itu, maka kehidupan mereka yang bertiga itu tidak di halalkan oleh Allah (a.w) berada di muka bumi. Imam atau amir itu menguruskan kebajikan serta segala perkara mengenai kumpulan mereka. Imam membuat ijtihad bagi melestarikan serta memantapkan aqidah jema'ah umat Islam. Imam adalah menjadi saksi di hadapan Allah (a.w) ketika berhimpun di hadapan Allah (a.w) di padang mahsyar kelak. Demikian dalam sesuatu jemaah Islam itu perlu ada pemimpin atau imam atau amir. Ii dejelaskan dalam beberapa hadith di bawah ini.
Diriwayatkan hadith dari Abi Salim al-Jaisyani hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘La yahillu an yankihal-marata bi talaqi ukhra wala yahillu lirajulin an yabi’a ‘ala bai’in sohibihi hatta yazaruhu wala yahilli li-thalathai nafari yakununa biardhi falatin illa ammaru ‘alaihim ahadahum wala yahillu lithalathati nafari yakununa bilardhi falatin yatanajathnaini duna sohibiha.' [Maksud: Tidak halal bagi seorang lelaki yang ada di atas bumi yang terbentang ini menikahi seorang perempuan dalam talaknya (yakni, perempuan yang diceraikan masih dalam edahnya) oleh seorang yang lain; dan tidak halal bagi seseorang lelaki bahawa menjualkan dia jualan sahabatnya sehingga ditinggalkannya (yakni, sehingga orang yang hendak membelinya telah pasti tidak membelinya); dan tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di atas bumi lapang ini kecuali membuat (yakni, mengangkat) imam atas mereka salah seorang dari mereka; dan tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di permukaan bumi yang terbentang luas ini berbisik-bisik kedua-duanya tanpa sahabat ketiganya).] [Hadith Imam Ahmad]
Hadith di atas menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu para sahabat empat perkara yang menjadi haram seseorang melakukannya: pertama, haram bagi seorang lelaki mengahwini seorang perempuan yang telah diceraikan oleh seorang lelaki lain, yang masih dalam edahnya. Maksudnya, jika dia ingin menikahi seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya, belum cukup edahnya. Maksudnya, wanita itu halal dinikahi apabila tamat edahnya. Kedua, haram seseorang itu dalam berjualbeli apabila sedang tawar menawar dengan seorang yang ingin membeli barangannya, tetapi belum diputuskan, dijual pula kepada orang lain atau orang ketiga membelinya darinya sebelum tamat jualbeli dengan pembeli pertama. Hanya setelah yang pertama memutuskan tidak membeli barangan tersebut, barulah boleh dijual kepada/dibeli oleh orang lain. Ketiga, di dalam sesuatu perkumpulan tiga orang atau lebih berada di muka bumi yang terbentang luas in, tidak halal hidup mereka selagi mereka tidak mengangkat seorang daripada mereka menjadi imam mereka. Keempat, tidak halal juga jika ada satu kumpulan bertiga, maka berbisik-bisik atau bercakap dua daripada mereka tanpa melibatkan yang ketiga dalam perbuatan tersebut.
Saudara, hari ini kita diajarkan Islam dan syariatnya tanpa sempurna, maka dgn itu ada banyak perkara yg kita sendiri jahil mengenai Islam dan syariatnya.
Mungkin juga atas sebab-sebab tertentu para ulama' dan ilmuan Islam di Malaysia sendiri belum benar-benar faqih atau faham tentang Islam. Maka dgn itu mereka tidak ceritakan pada kita tentang kewajipan umat Islam itu berjema'ah dan memiliki seorang Imam atau Amir atau barisan pemimpinnya sendiri. Kepimpinan dalam jema'ah Islam itu dipilih oleh jema'ahnya sendiri berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itulah panduan yg haq tentang segala sesuatu.
Yg utama adalah: jikalah ketetapan sebagaimana yg disebutkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan apa-apa yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith adalah benar - dan pastinya al-Quran dan as-Sunnah itu benar - apakah kita telah menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Jika tidak bagaimana? Apakah status kita hari ini?
Yg pasti kehalalan seseorang Islam itu di dunia bergantung kpd sama ada dia berada dalam jema'ah dan dia memiliki seorang pemimpin yg khusus untuk jema'ahnya. Bila kita renungkan. Ada betulnya perkumpulan Arqam dulu. Dia ada Imam. Dia ada sistem jema'ah. Yg tak betul adalah aqidah yg dipelopori oleh pemimpin mereka. Hari ini di Malaysia, kita ada Sultan sebagai pemimpin jema'ah Islam. Tapi, kita tiada jema'ah yg formal yg menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, jema'ah Islam bukanlah kerajaan sebagaimana jema'ah Islam yg ditetapkan mengikut ketetapan atau panduan al-Quran dan as-Sunnah, kerana di Malaysia dipisahkan antara dunia dengan akhirat, seolah-olah ada perpisahan sedemikian.
Saudara, ciri-ciri wujudnya satu jema'ah umat Islam adalah ada pemimpin atau kepimpinan dalam jema'ahnya.  Ada, perjanjian mutlak antara umat Islam di dalam jema'ahnya, yg disebut 'Bai'at' dalam al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam hadith disebutkan bahawa dunia menentukan akhirat. Dunia adalah tempat mengusahakan pengamalan sebanyak mungkin amalan yg sunat sebagai pelaburan untuk menerima dividen di akhirat kelak. Dunia menentukan akhirat kita - jika amalan dan ibadah yg diwajibkan kita kerjakan, maka baiklah kesudahan akhirat kita. Sebaliknya, jika kita abaikan atau tinggalkan dalam kehidupan kita, kita pula mengumpul dosa dari kemaksiatan kita, maka tiadalah pelaburan kita untuk akhirat, maka tiadalah apa-apa dividen akhirat kita terima. Segala-gala di dunia menentukan corak akhirat kita.
Malangnya hari ini umat Islam abaikan  persediaan akhirat mereka. Malah mereka yg akui dirinya bertaraf ilmuwan dan ulama' sendiri tidak menyediakan pelaburan akhirat untuk diri mereka. Sebaliknya, mereka menempah keburukan bagi diri mereka kerana mereka tidak mengembangkan ilmu mengenai syariat Islam, sebaliknya mereka menghalang program dakwah dan pengilmuan, mengutamakan 'ajaran  mazhab' sambil meremehkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan as-Sunnah, dan mengerjakan amalan dan ibadah dalam kejahilan ilmu, dan mereka jahil tentang ketetapan Islam. Mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dalam golongan yg rugi itu. Semoga kita tidak menggunakan ilmu akhirat untuk mencari kesenangan maisya duniawi. Semoga kita mempersiapkan diri untuk kesejahteraan akhirat. Tiada kesejahteraan akhirat tanpa ilmu ...
Sama-samalah kita fikirkan.

Jazakallahu khairah

Thursday, May 17, 2012

Solat Fardu: Menentukan Kita Dapat Syurga atau Neraka

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung semula penelitian kita tentang hakikat bahawa jika kita Islampun, belum tentu kita dapat syurga. Apakah kita dapat syurga atau tidak di akhirat kelak bergantung pada apakah kita telah menunaikan solat fardu kita tanpa meremehkan atau meringankannya atau tanpa mengabaikannya sepanjang hidup kita. Solat fardu yg menentukan segala-galanya.
Saudara, dalam post-post yg lalu, kita telah sebutkan bahawa pertama janji syurga itu hanya ditunaikan oleh Allah (a.w) sekiranya, kita yg Islam tidak mengabaikan solat fardu kita. Tidak solat fardu pastilah tidak akan mendapat syurga. Islam sahaja tidak mempastikan kita dapat syurga. Maka dgn itulah dalam post yg lalu kita telahpun diberitahu tiada janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w) syurga sekiranya tidak mengerksanakan solat fardu.
Saudara, kita lihat pula perkara ketiga yg tidak akan membolehkan kita dapat syurga, dgn meneliti Ayat 13, Surah an-Nisa': Sesiapa yg mentaati Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti mendapat syurga. Justeru itu, kalau kita hanya ikuti ketetapan al-Quran dan kemudian kita tolak atau abaikan ketentuan as-Sunnah, maka pasti kita tidak dapat syurga. Justeru itu, segolongan orang akui diri mereka Islam, tetapi dia menolak as-Sunnah atau tidak menerima sebahagian drpd ketetapan as-Sunnah, pasti tak dapat syurga. Kerana, Allah (a.w) perintahkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr: apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah kamu ambil, yakni terima pakai dan kerjakan sekuat mampu, dan apa-apa yg di tegah oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu jauhi atau tinggalkan. Ayat ini memerintahkan kita yg Islam supaya kita ambil dan jadikan as-Sunnah sebagai panduan dalam mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w). Justeru itu, hendaklah kita teliti dalam kehidupan kita apakah ketetapan as-Sunnah yg kita tidak ikuti atau tidak akur atau tinggalkan atau kita tolak tepi? Kalau kita tolak tepi pastilah kita tidak mendapat syurga kerana Allah (a.w) memberitahu pada Ayat 14, Surah an-Nisa', antara lain bahawa ketetapan as-Sunnah itu, jika kita tidak terima, maka kita tergolongan dari kalangan orang Islam yg gagal mendapat syurga, dan terjerumus ke dalam negara. Juga, Allah (a.w) menghukum pada Ayat 80, Surah an-Nisa' yg menyebutkan bahawa bahawa sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) sudah pastilah dia, yakni diakui oleh Allah (a.w) sudah pasti mentaatiNya. Namun, hari ini kalau kita amat-amati dan kaji secara conscious kita akan dapati begitu ramainya orang Islam yg menolak Rasulallah (s.a.w) atau menolak sebahagian drp ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni menolak as-Sunnah. Ini jelas kalau kita teliti dan dalami amalan membaharui atau menokok tambah kpd syariat Islam (yg dikategorikan sebagai bid'ah) dari perkara cara dan kaedah berwudu' sehinggalah kita bersolat, begitu banyaknya perkara yg kita lakukan yg bertentangan dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg mengamalkan bid'ah, pastilah dia tidak akan mendapat syurga! [Nota: Malangnya hari ini begitu ramai para ulama', ilmuan dan ustaz yg begitu yakin dgn kononnya wujud apa yg mereka kategorikan sebagai 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa kesemua bid'ah - tanpa pengecualian - adalah kesesatan dan kesemua bentuk dan jenis kesesatan adalah menjerumuskan pengamalnya ke dalam neraka, pasti tak dapat syurga.]
Saudara, dalam post-post yg lalu kita telahpun lihat dengan panjang lebar tentang bid'ah. Malangnya perkara bid'ah ini. Antaranya, kita mendapat tahu bahawa: pertama, mengamalkan bid'ah menjadikan kita syirik. Kenapa/ Kita syirik kalau kita akui atau yakini bahawa ada kuasa yg lebih dari kuasa Allah (a.w). Kalau Allah (a.w) tak suruh buta, kita buat kerana ada pihak lain kata baik kita buat. Jelaslah kita meyakini bahawa ada kuasa yg lebih drp Allah (a.w). Kedua, pengamal bid'ah terkeluar dari Islam secara sedar atautidak sedar, terkeluar dari Islam. Kalau terkeluar dari Islam, pastilah segala bentuk amalan kita tidak diterima leh Allah (a.w). Ketiga, segala amalan dan ibadah pengamal bidah tidak diterima oleh Allah (a.w). Kalau tak diterima maka seolah-olah kita tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak mengeluarkan zakat, tidak menginfaq dan tidak menunai haji dan umrah. Kita buat tetapi tidak dikira sudah dilaksanakan, kerana tidak diterima amalan-amalan tersebut. Dalam perkara ini, Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa sesiapa yg mengamalkan sesuatu amalan atau ibadah yg tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni tiada dalam ketetapan al-Quran atau ketetapan as-Sunnah, maka amalan atau ibadah tersebut tidak diterima oleh Allah (a.w). Justeru itu, rengkasnya bid'ah' itu adalah segala sesuatu menyebntuh amalan dan ibadah yg tidak sama sekali disebutkan sebagai syariat Islam mengikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, justeru itu, jelaslah perkara keempat yg menjadikan kita yg Islam gagal mendapat syurga walaupun kita mengerjakan amalan dan ibadah yg wajib secara istiqamah, adalah melibatkan diri dalam amalan bid'ah atau segala amalan dan ibadah kita dicemari oleh bid'ah.
Saudara, oleh kerana bahayanya bid'ah itu, wajiblah kita semak semula segala amalan kita, perincikan bentuk-bentuk dan kaedah serta cara kita mengamalkannya, agar menepati ketetapan Islam yg hak berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana itulah Allah (a.w) peringatkan kita: wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan dan ibadah tanpa terlebih dahulu ilmu mengenai amalan dan ibadah tersebut.) (Ayat 36, Surah al-Isra'). Dan, kerana itulah jga nasihat Rasulallah (s.a.w): 'al-ilmu qabla 'amal' (Yg bermaksud: Beramallah hanya dgn ilmu' (yakni, bukan secara ikut-ikutan atau dalam kejahilan). [Hadith]

Jazakallahu khairah


Monday, May 14, 2012

Solat Fardu: Penentuan Dapat Syurga atau Neraka (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbicaraan kita tentang tajuk di atas: 'Solat fardu itu menentukan apakah kita mendapat syurga atau neraka', suatu perkara yg tidak diambil berat oleh majoriti umat Islam, sama ada mereka yg menyandang jawatan keagamaan dalam kerajaan ataupun penceramah bebas atau 'pakar' motivasi', pensyarah akademik dalam ilmu mengenai Islam dan sebagainya. Saudara, kita tahu asasnya adalah: sesiapa yg tidak Islam atau tidak anuti agama Islam pasti tak dapat syurga. Ini jelas. Semua orang yg akui dirinya beragama Islam  faham. Yg mereka tak faham atau sering kelirukan atau abaikan atau remehkan adalah: Islam  sahaja tidak cukup untuk mendapat syurga. Kita Islam tetapi tidak solat lima waktu yg difardukan atas umat Islam itu, pasti juga tak dapat syurga.
Justeru dalam post sebelum ini, kita telah diberi kefahaman bahawa syarat mutlak pertama untuk mendapat syurga adalah bersyahadah dan kemudian memenuhi beberapa syarat amalan dan ibadah yg diwajibkan atas umat Islam itu kita laksanakan atau kerjakan. Yg paling utama dilaksanakan adalah solat fardu. Orang Islam yg tidak bersolat pasti tak dapat syurga. Kerana itu adalah janji Allah (a.w) dan janji Rasulallah (s.a.w), dalam hadith yg kita telahpun teliti sebelum ini. Tiada janji Allah (aw) memberikan syurga kpd kita kalau kita tidak bersolat! Maka dgn itu wajib difahami bahawa umat Islam yg menunaikan solat fardunya setiap hari adalah mereka yg akan mendapat syurga. Ibadah solat adalah amalan yg terutama dalam Islam. Solat adalah ibadah yg terawal dihisab di padang makhsyar. Prestasi ibadah solat fardu kita menentukan hisaban atas segala ibadah dan amalan selainnya. Contoh: Tak guna jika kita, seorang jutawan, menginfaqkan sebahagian besar atau kesemua harta kekayaan kita - untuk fi sabilillah mengharapkan syurga, kerana pasti kita takkan dapat syurga dgn meninggalkan solat! Kita diberitahu bahawa solat tu adalah tiang agama kita. Sebagaimana rumah tanpa tiang pastilah (binaan atau angunan) rumah itu akan runtuh. Runtuh agama berrti kita terkeluar dari agama Islam. Tanpa solat, pastilah Islam kita runtuh terbarai dan kita tidak lagi Islam!
Saudara, dalam post sebelum ini itu kita diberitahu beberapa syarat menunjukkan kita Islam dan beriman berdasarkan pra-syarat pertama, iaitu kita benar-benar Islam dan beriman. Kali ini kita lihat pula, beberapa pra-syarat lain, iaitu: kedua, setelah kita Islam dan dikira beriman kerana kita yakin iaitu kita pasti akan mati, adanya alam barzah dgn siksaannya, ada perhimpunan di padang makhsyar bilamana kita akan dihisab - dosa dan pahala - berdasarkan Kitab Catatan Amalan kita, yg menentukan kita dapat syurga atau neraka, dan akhirnya setelah dihisab, kita akan dihimpunkan dalam 'dua barisan' - satu barisan yg akan ke syurga dan satu barisan akan ke neraka (Ayat 7, Surah as-Syura). Kita hanya dapat syurga berdasarkan amalan dan ibadah kita semasa hidup - segala sesuatu persiapan kita untuk dunia akhirat. Kita takkan dapat syurga kalau kita abaikan perintah Allah (a.w) bahawa kita sebagai manusia diberi kesempatan oleh Allah (a.w) hidup semata-mata untuk mengabdikan diri kpdNya (Ayat 56, Surah az-Zariat) - yakni buat apa yg disuruhNya dan tinggalkan apa yg dilarangNya dan buat sekuat mampu apa yg Rasulallah (s.a.w) suruh dan tinggalkan apa-apa yg Rasulallah (s.a.w) tegah, kerana mentaati Rasulallah (s.a.w) itu membuktikan kita mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Pra-syarat ketiga adalah, kita hanya akan dapat syurga kalau kita melepasi ketetapan atau pra-syarat ini bahawa kita mentaati Allah (a.w) dan kita mentaati Rasulallah (s.a.w) (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Bagaimana mentaati Allah (a.w)? Mentaati Allah (a.w) bererti kita ikuti ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah. Mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita mengikuti as-Sunnah. Kalau kita tolak as-Sunnah samalah kita menolak Rasulallah (s.a.w). Menolak Rasulallah (s.a.w) bererti kita menolak Islam. Islam itu agama ciptaan Allah (a.w) untuk manusia, dan Rasulallah (s.a.w) itu diutus oleh Allah (a.w) untuk menyampaikan ilmu, bentuk, kaedah serta cara bagaimana menjadi Islam atau orang Islam dan bagaimana hendak mempastikan diri kita benar-benar Islam dan beriman menepati spesifikasi Allah (a.w). Justeru itu, Allah (a.w) perintahkan kita supaya ikuti as-Sunnah pada Ayat 7, Surah al-Haysr: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (yakni, amalkan dan kerjakan atau laksanakan), dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah kamu jauhi (yakni, jangan sekali-kali kerajakan). Ketetapan dalam ayat ini memberatkan, kerana setiap sesuatu yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah diamalkan atau dikerjakan dan setiap yg ditegah ditinggalkan. Maka dengan di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) melonggarkan ketetapan tersebut iaitu kita disuruh laksanakan apa-apa yg disuruh atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) segala amalan dan ibadah sekuat mampu kita, yakni tidak diwajibkan. Kita diberi pilihan. Kalau kita ingin mertabatkan syurga yg lebih utama atau lebih tinggi, maka kita ikuti atau kerjakanlah segala sesuatu yg Rasulallah (s.a.w) suruh. Ini disebutkan dalam banyak hadith.
Saudara, insya Allah kita akan  teruskan perbincangan kita mengenai tajuk ini dalam post selanjutnya.

Jazakallahu khairah

Tuesday, May 8, 2012

Solat Fardu: Menentukan Syurga atau Neraka (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung kembali penelitian kita tentang ketetapan Islam dalam perkara solat fardu itu. Alhamdulillah, kita telah tahu dalam post-post yg lalu bahawa: pertama, seseorang itu hanya diakui Islam  dan beriman apakala dia patuh dgn perintah Allah (a.w) bahawa seseorang yg akui dirinya Islam dan diterima Islamnya jika dia memenuhi ketetapan berikut; iaitu: pertama, dia bersahadah mengakui bahawa Allah (a.w) Tuhannya  yg esa dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah utusan atau Rasul Allah; kedua, dia mendirikan solat fardu, yakni melaksanakan solat fardunya 5 waktu sehari semalam; ketiga, dia berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan; keempat, dia mengeluarkan zakat fitrah (sebelum solat Aidil Fitri) dan mengeluarkan zakat setiap tahun dan dia menginfaqkan sebahagian drp harta iliknya untuk 'fi sabilillah'; kelima, apabila sudah mampu mengadakan sumber belanja menunai haji dan umrah. Seseorang yg mengakui dirinya Islam tetapi meninggalkan salah satu perintah dan ketetapan wajib ini, tidak diakui Islam.
Saudara, kita telah lihat dalam ost sebelum ini, dalam perkara solat, sesiapa yg meninggalkan solatnya, maka tiada janji Allah (a.w) yg dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Demikian jugalah janji Rasulallah (s.a.w), seseorang yg meninggalkan salah satu kewajipan tersebut tidak diakui umat Muhammad. Maka jika begitu di akhirat kelak dia terhalang dari mendekati, apatah lagi minum air, Telaga al-Kauthar. Kita diberitahu sesiapa yg diberi kesempatan minum air di Telaga al-Kauthar itu, tidak akan merasa haus selama-lamanya dia menunggu hisaban di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalannya - kita yg akan menentukan apakah dia mendapat (diberikan kenikmatan yg dijanjikan Allah (a.w) kpdnya dalam) syurga atau mendapat (yakni, disiksa dalam) neraka.
Saudara, kita lihat hadith berikut yg menyebutkan bahawa sesiapa meninggalkan satu waktu solat fardu dgn sengaja, dia jatuh kafir atau dia tergolongan dikalangan munafiq. [Nota: Di akhirat kelak orang yg dikategorikan sebagai munafiq akan mendiami dasar neraka, di bawah neraka tempat orang-orang kafir! Demikianlah hinanya taraf orang munafiq berbanding orang yg kafir.]
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesunguhnya janji yang (telah dimeterikan) antara aku dan antara mereka (yakni, umatku atau umat Islam) adalah solat, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith an-Nasa’i].
Saudara, solat itu adalah ibadah yg menentukan apakah kita benar-benar Islam atau beriman, dan hakikat itu akan menentukan apakah kita adalah ahli neraka atau ahli syurga!
Malangnya hari ini begitu ramainya orang Islam yg gagal dalam perkara solat. Situasi atau keadaan yg menunjukkan seseorang Islam itu gagal menunaikan kewajipan solatnya adalah banyak. Yg paling utama adalah situasi berikut: Pertama, sengaja tidak solat walaupun akui dirinya adalah orang Islam. Mereka ini jelas adalah tergolong dari kalangan mereka yg tak akan dapat syurga. Kedua,  orang secara tidak istiqamah bersolat - kalau lapang atau sempat dia solat, kalau sebok dia tinggalkan atau tangguhkan solatnya, sehingga ramai mereka berpandangan bahawa solat fardu yg tertiggal itu boleh diqadakan, walaupun  sudah luput waktunya. Orang ini meremehkan solat fardu, maka dia tidak mendapat sebarang ganjaran pahala dari solatnya, kerana dia menomborsatukan perkara dunia dan menombor duakan perkara akhirat yg lebih utama bagi orang Islam. Ketiga, golongan orang Islam yg bersolat tetapi dengan menjamakkan dua solatnya kerana sebab-sebab tertentu termasuk kerana ingin memudahkan dirinya dalam perkara ibadah. Mereka ini juga meremehkan solatnya. Allah (a.w) sahaja yg memutuskan apakah dia dapat ganjaran pahala atau tidak atau apakah dia termasuk orang Islam yg dikira patuh akan perintah dan suruhan fundamental Allah (a.w) dalam perkara solat. Keempat, orang Islam yg bersolat tetapi tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara solat. Kerana, Allah (a.w) perintahkan manusia, yg Islam, itu buatlah amalan dan kerjakanlah ibadah dalam Islam dgn bersandarkan ilmu yg dia pelajari secara berguru dari orang yg mendapat ilmunya berdasarkan sumber yg sah bersanad, yakni ketetapan atau peraturan, bentuk dan kaedah serta cara bersolat itu, menepati sabda Rasulallah (s.a.w) : 'Sollu kama ra-aitumuni usolli'  kerana  Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam supaya ilmukan diri dahulu sebelum amalkan sesuatu amalan atau kerjakan sesuatu ibadah. Firman Allah (a.w): ' Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (Yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sebarang (amalan dan ibadah) tanpa mengetahui ilmunya terlebih dahulu.) (Ayat 36, Surah al-Isra') atau sabda Rasulallah (s.a.w): 'Al-ilmu qabla amal' (Yg bermaksud: Berilmulah dahulu (yakni, belajar dan fahami ilmu tentang sesuau amalan dan ibadah itu) barulah kerjakan amalan atau ibdah tersebut.) (Hadith). Di dalam Islam kesemua amalan dan ibadah hendaklah didasarkan ilmu pengetahuan bukan suatu amalan atau ibadah ikut-ikutan. Ilmu itu hanya benar kalau didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah. Dalam  hadith yg lain, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg beramal dalam kejahilan (yakni, tanpa didasari oleh ilmu), akan masuk neraka. Dan, sesiapa yg ada ilmu, tetapi tidak amalkan atau ibadahkan apa yg dia tahu, maka dia juga akan masuk neraka. Justeru itu, sesiapa yg beramal dalam kejahilan ilmu - al-Quran dan as-Sunnah - maka amalannya tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Dalam konteks solat fardu, jelaslah solatnya tidak diterima Allah (a.w). Golongan ke-empat ini adalah orang yg bersolat tetapi dalam kejahilan atau tanpa ilmu. Kelima, orang yg ketika bersolat tidak khusyuk sedikitpun. Secara lahiriah dia bersolat tetapi secara kebatiniahnya dia tidaklah sebenarnya beriman dalam mengerjakan solatnya.
Saudara, dalam Islam itu keimanan mengandungi tiga sifat atau syarat spt yg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jaffar bin Muhammad, hadith daripada bapanya, hadith daripada Ali bin Hussain, hadith daripada bapanya, hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun ‘iman’ itu diketahui dengan hati (rukun qalbi), dan disebut dengan lisan (ucapan) (rukun qauli) dan diamalkan (atau, dilakukan atau dikerjakan) dengan anggota (rukun fe’li).’ Berkata Abu Salti (seorang perawi dalam isnad hadith ini): ‘Sekiranya (hadith) ini dibacakan ini isnad ini kepada orang gila nescaya sehat dia (yakni, suatu perkara yang amat mudah difahami oleh manusia).’ [HadithIbnu Majah, Bab Iman].
Solat itu mengandungi ketiga-tiga unsur tersebut: rukun qalbinya (niat yg didasarkan kpd keimanan terhadap memenuhi perintah Allah (a.w), rukun qauliny (bacaan yg sejajar dgn bacaan yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w); dan ketiga, rukun fe'linya, pergerakan atau perlakuan dalam atau ketika bersolat. [Nota: Niat yg haq dalam Islam diperjelaskan oleh llah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isra': 'wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' (Yg bermaksud: Menhrapakan kerahmatan Allah (a.w), yakni diberikan ganjaran syurga, dan diselamakan dari siksaan dalam neraka Allah (a.w).]
Keenam, orang Islam yg bersolat tetapi solatnya - dari segi rukun qalbinya (niat), rukun qaulinya (bacaan dalam kesemua rukunnya) dan rukun fe'linya (pergerakan atau perbuatan ketika bersolat), adalah tercemar oleh bid'ah, sebagaimana yg ditetapkan oleh hadith berikut: Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ahdatha fi amrina haza ma laisa minni, fahua raddun.' [Yg bermaksud: Barangsiapa memperbaharui di dalam urusan aku (yakni, urusan syariat Islam yang aku bawa) ini (dengan apa-apa urusan) yang tiada daripadaku (yakni, yang bukan didatangkan oleh aku (Rasulallah (s.a.w)), maka urusan itu (yakni, amalan itu) ditolak (yakni, tidak diterima)] [Hadith Ibnu Majah].  
Hadith yg sama terdapat dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dan lain-lain kitab-kitab hadith. Jika solat kita tercemar oleh sesuatu yg brcorak atau brsifat bid'ah - yakni berlainan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) - maka solat kita itu batal, tidak diterima Allah (a.w) dan kalau konsisten kita mengamalkan sedmikian itu, maka kita terkeluar dari Islam, menjadi kafir, wal iya zubillah.
Saudara, oleh itu wajarlah kita faham betapa pentingnya solat fardu itu dan bagaimana solat kita itu sia-sia sahaja kalau kita bersolat dalam kejahilan ilmu.

Jazakallahu khairah

  

Friday, May 4, 2012

Solat: Menentukan Syurga atau Neraka

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita tahu bahawa solat fardu itu menentukan apakah kita benar-benar orang Islam yg beriman atau kita kelihatan Islam tetapi sebenarnya kafir? Insya Allah dalam post ini kita lihat pula satu lagi dimensi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) mengenai solat yg melibatkan status kita di akhirat.
Saudara, kita tahu bahawa manusia yg tidak akan dapat syurga adalah manusia yg tidak Islam. Tapi, bagaimana pula kalau kita Islam, apakah kita juga berkemungkinan tak dapat syurga? Dalam al-Quran kita diberitahu bahawa ada tiga golongan orang Islam yg beriman; iaitu pertama, golongan orang iman yg menzalimi diri mereka sendiri. Siapa? Orang iman yg tidak mengerjakan apa yg diperintahkan atau mengerjakan apa yg dilarang atau ditegah. Mereka itu disebut golongan 'zalimu li-nafsih', yg menzalimi diri mereka sendiri. Kenapa? Dah tahu ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan RasulNya, tetapi mengengkarinya. Orang yg menentang ketetapan atau melanggar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya pastilah tergolong dari kalangan orang yg menzalimi diri sendiri. Kedua, orang iman yg pertengahan - ada ketetapan yg dia langgar sengaja atau tak sengaja, tetapi pada masa yg sama dia berusaha sekuat mampunya untuk mentaati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Mereka ini golongan yg disebut 'al-muktasidah' (golongan pertengahan). Mereka ini melakukan dosa dan mengumpul juga pahala. Selagi dosa-dosanya tidak terhakis, maka dia akan merasai siksaan dalam neraka kelak. Setelah dibersihkan, barulah diberi peluang masuk syurga. Ketiga, golongan terbaik, adalah mereka yg berusaha sekuat mampu memperbaiki diri mereka, mengerjakan semampu mungkin apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg ditegah. Mereka ini adalah golongan 'fastabiqul khairat' - sentiasa berusaha mencari kebaikan bagi dirinya supaya berjaya di akhirat - mendapat syurga dan selamat dari neraka. (Ayat 32, Surah al-Fatir).
Saudara, di alam akhirat kelak, hanya ada dua kesudahan atau tempat tinggal bagi manusia - Ayat 7 Surah as-Syura  - iaitu segolongan menjadi penghuni syurga dan segolongan menjadi penghuni neraka. Neraka itu bukalah kehidupan kerana tiada kenikmatan kecuali siksaan yg berbagai dan berterusan tanpa batas waktu. Kehidupan yg sebenarnya, firman Allah (a.w), adalah syurga. Disana segala kenikmatan yg terfikir dan yg diingini dan yg tidakpun diketahui, dan pasti diingini kalaulah diberitahu.
Saudara, kita teruskan berbicara tentang kedudukan orang yg akui dirinya Islam dan beriman tapi tak bersolat, bagaimana? Kita lihat ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. 
Oleh kerana pentingnya ibadat solat itu, di dalam sebuah hadith qudsi disebutkan bahawa Allah (a.w) berjanji sesiapa yang mengerjakan solat fardunya tetap pada waktunya, maka dimasukkan dia ke dalam syurga. Ingatlah firman Allah (a.w) di dalam al-Quran, Allah (a.w) memberi pengakuan bahawa segala janjiNya itu pasti ditunaikan:
Diriwayatkan hadith daripada Ibni Syihab al-Zuhri (r.a) berkata bahawa telah berkata Said bin Musaiyab (r.a): ‘Sesungguhnya Aba Qatadah bin Rab’ii (r.a) memberitahunya dengan berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), dengan sabdanya (menyampaikan firman Allah (a.w)): ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Bahawasanya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat (fardu) dan menjanji Aku (Allah (a.w)) di sisiKuBahawasanya barangsiapa menjaga dia atas solat (fardu yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan dia ke dalam syurga, dan barangsiapa tidak menjaga (lima solat itu) maka tidak ada janji Aku (Allah (a.w)) bagi mereka di sisiKu.’ [Hadith Ibnu Majah][Hadith Qudsi]
Hadith yang sama perawinya sama juga diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya. Kita turunkan berikut sekadar untuk rujukan tambahan:
Diriwayatkan hadith oleh ibnu Syihab az-Zuhri (r.a) berkata: Berkata Sa’id bin Musayab (r.a) bahawa sesungguhnya aba Qatadah bin Rabi’i (r.a) menceritakan kepadaku dengan katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berfirman Allah (a.w): ‘Sesungguhnya Aku (Allah (a.w)) mewajibkan atas umat engkau (Muhammad (s.a.w)) lima solat dan menjanjikan Aku (Allah (a.w)) di sisiKu suatu janji bahawasanya barangsiapa datang (kepadaKu) menjaga atasnya (solat yang lima itu) pada waktunya, Aku (Allah (a.w)) masukkan mereka ke dalam syurgaKu, dan barangsiapa tidak menjaga solatnya pada waktunya maka tiadalah janjiKu baginya di sisiKu.’ [Hadith qudsi, Riwayat Abu Daud]
Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyampaikan firman Allah (a.w) (Hadith Qudsi) bahawa ada perjanjian Allah (a.w) dengan manusia yang Islam dan beriman. Apakah janji Allah (a.w) itu? Jika mereka bersolat lima solat fardu dalam waktunya, maka mereka dimasukkan oleh Allah (a.w) ke dalam syurga, dan jika mereka tidak bersolat dalam waktunya, maka tiada janji tersebut. Pendeknya, sesiapa yang mengerjakan solat lima waktu dalam waktu-waktu yang ditetapkan, maka Allah (a.w) berikan ganjaran syurga, dan jika sebaliknya, masuk neraka. Satu perjanjian yang mudah bagi manusia.
Saudara, dua hadith qudsi ini menyebutkan bahawa sesiapa yg tidak mengerjakan solat fardu atau sengaja meremehkannya, maka Allah (a.w) tidak akan masukkan mereke ke dalam syurga. Kesudahan mereka itu bergantung pada Allah (a.w). Di dalam al-Quran disebutkan bahawa syurga itu diwarithkan atau diberikan kpd orang Islam yg beriman yg mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan oleh Allah (a.w), sejajar dgn Ayat 56, Surah az-Zariat itu, firman Allah (a.w) yg sering kita ulangi dalam blog ini. Oleh itu pilihlah kerana yg menentukan nasib kita di akhirat adalah kta sendiri, bukan orang lain. Oleh itu berhati-hatilah dalam Islam dan khususnya dalam mengerjakan amalan dan ibadah dan dalam menjalani kehidupan duniwai, jangan lupa kehidupan yg jauh lebih panjang dan tanpa batasan waktu ...

Jazakallahu khairah

Wednesday, May 2, 2012

Solat: Menentukan Seseorang itu Kafir atau Islam

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat sepotong hadith yg diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahih Bukhari yg memberikan panduan yg hakiki lagi mutlak terhadap solat. Ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg perlu kita beri keutamaan dalam hadith tersebut adalah: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (Yg bermaksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.' [Hadith Bukhari]. Ini adalah kunci aqidah dan keimanan dalam perkara solat.
Saudara, dalam perkara mengerjakan amalan dan ibadah, kita tertakluk kpd ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Maka dgn itu segala amalan dan ibadah yg tidak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah, walaupun nampak begitu indah lagi menarik dan tertib serta kemas, kekal tidak diakui amalan dan ibadah yg sah dan diterima Allah (a.w) jika berlainan daipada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itulah, sesiapa yg menyembah sesuatu - benda atau makhluk yg hidup ataupun sudah mati atau menyembah sesuatu yg dicipta oleh manusia - tidak diakui menyembah Allah (a.w). Maka dgn itulah segala amalan dan ibadah 'baik' manusia yg tidak Islam tidak berguna padanya setelah matinya. Perlakuan baik tersebut disanjung oleh manusia, diberi tempat dan kedudukan serta penghormatan di dunia tetapi, tidak  berguna se-senpun untuk kebajikan akhirat mereka. Maka dgn itulah Allah (a.w) memberitahu bahawa agama yg diridaiNya hanyalah Islam dan sesiapa yg menganuti dan megikuti agama selain Islam tidak diterima amalan dan ibadah mereka, walaupun berbagai dan dikira baik dan disanjung manusia. Di akhirat kelak, amalan dan ibadahnya tatkala dihisab kosong semata-mata. Maka tempatnya adalah dalam neraka.
Saudara, demikian juga orang Islam. Ramai orang yg Islam tetapi,  belum pasti merka beriman. Kerana, kalau mereka beriman sudah pastilah dia akur dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Allah (a.w) memerintahkan kita yg Islam bahawa kita dijadikan (yakni, diberi peluang hidup di dunia) semata-mata dgn satu tujuan iaitu mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w), dgn mengikuti ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), dan melaksanakan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Inilah ketetapan Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri (yakni, beribadah kepadaKu).' Dalam perkara 'mengabdikan diri kpd Allah (a.w.)' itu, kita diwajibkan  berpandukan ketetapan dan suruhan serta contoh atau apa yg dilakukan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', yakni contoh atau model orang iman (malah model manusia) terbaik, yg wajib kita jadikan ikutan atau idola jika kita adalah seorang Islam yg beriman dan bertaqwa. Kita wajib akur dgn ketetapan serta perintah Rasulallah (s.a.w), kerana itulah perintah  Allah (a.w) kpd manusia, khususnya manusia yg Islam dan beriman. Ayat 21, Surah al-Ahzab: 'Nescaya sungguh-sungguh ada bagi kamu sekelian dalam diri Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yg ada mereka mengharapkan bertemu dgn Allah (a.w) dan bertemu dgn hari akhirat dan bagi mereka yg ingatkan Allah (a.w) dgn banyak.' Orang yg akui dirinya Islam dan beriman itu wajib jadikan Rasulallah (s.a.w) model ikutan dalam segala sesuatu dalam beragama, khususnya dalam perkara amalan dan ibadah. Ayat ini bukan memberi pilihan kalau mau atau kalau tak mau. Yg jelasnya kalau ingin bertemu Allah (a.w), maka hendaklah berada dalam syurga. Orang yg tidak Islam itu tidak akan menemui Allah (a.w) kerana mereka berada di dalam neraka! Hanya penghuni syurga yg berpeluang melihat wajah Allah (a.w). Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu sekelian ambil (pakai dan amalkan atau jadikan panduan), dan apa-apa yg ditegah olehnya hendaklah kamu jauhi.' Ini adalah perintah wajib bagi setiap kita yg akui diri kita Islam dan beriman itu ambil dan terima as-Sunnah sebagai panduan hidup sebagai orang Islam yg beriman. Kita tidak patuhi ketetapan as-Sunnah sebaliknya ikuti ketetapan atau panduan orang lain, termasuk panduan para ulama' dan ustaz yg memberikan pelbagai preskripsi amalan dan ibadah serta kaedah dan cara beramal dan beribadah yg tidak ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita lakukan, maka kita meremehkan kedudukan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana kita menomborsatukan pendapat atau ketetapan manusia, dan menomborduakan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Jelas kita terkeluar dari Islam. Ayat 80, Surah an-Nisa: Barangsiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, ikuti as-Sunnah) maka sungguh-sungguh dia telah mentaati Allah (a.w).' Ayat ini dgn jelas dan tanpa mengelirukan menyuruh kita yg Islam dan beriman bahawa kalaulah kita akur dgn perintah Rasulallah (s.a.w), yakni ketetapan as-Sunnah, Allah (a.w) akui kita telah mentaatiNya!
Saudara, ketetapan Islam itu jelas dan tidak mengelirukanpun. Yg menjadikan kita keliru apakala kita berpandukan kpd pendapat dan pandangan para ulama' atau ilmuwan yg menyuruh atau menyarankan supaya kita buat itu dan ini tanpa berdasarkan atau berpandukan ketetapan as-Sunnah dan al-Quran. Hari ini begitu ramai para ulama' yg bercakap tentang Islam dalam kejahilan apakala ditelek dari segi ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Harus diingat, ramai ulama' yg dikeluarkan oleh universiti-universiti Islam spt al-Azhar, Madinah, universiti di Jordan malahan dari UIA sendiri, tapi belum pasti mereka benar-benar berilmu dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yg pasti dalam Islam hanyalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam sepotong hadith: 'Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yg kalau kamu berpegang/berpandu kepada keduanya, pasti kamu sekelian tidak akan sesat selama-lamanya di dunia (mencari dan mendapatkan syurga dan selamat dari neraka di akhirat kelak), iaitu al-Quran dan as-Sunnah.' Counter factualnya, kalau kita abaikan al-Quran dan as-Sunnah, kita pelajari kitab-kitab karangan manusia yg memuatkan pendapat dan pandangan atau idea-idea manusia - termasuk profesor dan jawatankuasa tesis untuk Ph D kita, sudah pasti kita sesat dalam Islam. Mereka tiada ilmu yg sempurna tentang Islam. Mereka hanya mengutamakan akal fikiran, atau apa yg disebutkankan 'persangkaan' dalam istilah al-Quran dan as-Sunnah. Persangkaan tidak membuktikan kebenaran sesuatu. Yg benar itu adalah apa yg tertulis dalam al-Quran dan apa yg dismpaikan oleh Rasulallah (s.a.w) melalui as-Sunnah kpd kita. Selainnya, adalah persangkaan atau pemikiran manusia yg tiada validity dalam agama. Kita ikuti perkara itu kita pasti akan sesat. Bila sesat kita mencari syurga, dapat neraka, wal iya zubillah. Kesesatan itu terjadi kerana kita melakukan sesuatu yg nampak begitu menarik tetapi sebenarnya batil, spt membuat pembaharuan atau menokok tambah kpd bentuk-bentuk amalan dan cara serta kaedah beramal atau beribadah.Amalan yg disebut sebagai 'bid'ah'. Rasulallah (s.a.w) melarang kita berbuat dan mengamalkan ssuatu yg bid'ah. Banyak hadith menyebutkannya. Tapi, begitu ramai umat Islam yg degil dan brkeras mengatakan wujudnya 'bid'ah hasanah'. Orang sedemikian ini begitu berani memperdagangkan akhiratnya demi pertimbangan keduniaan, termasuk ketaksuban kpd mahaguru mereka!
Saudara, orang Islam wajib diperingatkan suatu ketetapan yg simple tetapi fundamental.  Apa dia? Tak guna seseorang itu akui dirinya Islam dan beriman kalau dia tak bersolat. Kerana seorang yg akui dirinya Islam dan beriman, jika meninggalkan satu waktu solat fardu, dihukum menjadi kafir atau jatuh kafir. Solat adalah ibadah wajib. Orang Islam dan beriman itu wajib bersolat, tidak boleh ditinggalkan walaupun satu waktu sekalipun. Solat hanya boleh ditinggalkan kalau uzur syar'i, yakni sudah gila atau tidak siauman atau sudah nyanyuk atau hilang akal. Orang Islam yg masih waras wajib kerjakan solat. Solat fardu tidak boleh ditangguhkan. Maka dgn itulah tiada kaedah qada' dalam solat fardu. Kita dimaafkan meninggalkan solat fardu kalau tertidur atau terlupa, namun ketika kita teringat atau sedar atau kita terbangun, maka wajib kita solatkan solat fardu tersebut walaupun sudah tamat waktunya. Contoh: Tertidur atau terlupa Solat 'Asar. Kita teringat atau terjaga sudah masuk waktu Maghrib. Kita hendaklah berwudu', solatkan Solat 'Asar dlm waktu Maghrib itu, dan kemudian baru kita solatkan pula solat yg ketika itu waktunya (i.e. Maghrib).
Saudara, berapa ramaikah orang Islam yg tanpa mereka sedari menjadi kafir? Kerana tak bersolat? Berapa ramai pula orang Islam yg solat tetapi terkeluar dari Islam kerana mengamalkan sesuatu yg bid'ah dalam solatnya? Sesiapa yg mengamalkan bid'ah terkeluar dari Islam tanpa disedari! Tapi, berapa ramaikah umat Islam yg bersolat - termasuk secara istiqamah mengerjakan solat-solat sunat, termasuk Solat Tahajjud, tetapi kesemua amalan dan ibadahnya tidak diterima, kerana terlibat dalam bid'ah atau terkeluar dari Islam tanpa disedari kerana amalan bid'ah selain jatuh kafir kerana meninggalkan solat?
Mengapakah begitu ramainya orang Islam yg sanggup memperdagangkan akhiratnya walaupun telah diberitahu yg haq? Mereka itu adalah orang Islam yg menidakkan yg haq dan meremehkan nasihat manusia. Saudara, ada banyak contoh perbuatan yg menyebabkan kita terkeluar dari Islam kerana mengamalkan kebatilan dalam beribadah. Contoh dalam solat begitu banyak. Insya Allah kita akan huraikan satu per-stu dalam post-post yg akan datang. [Nota: Sebenarnya telahpun dimuatkan dalam blog ini dalam post-post yg lalu, akalu saudara rajin menyemak.] Namun kita berikan sedikit. Pertama, menyebut 'Usolli ketika memulakan solat'; kedua, menguatkan bacaan 'Basmalah' ketika memulakan membaca Surah al-Fatihah dan juga surah; ketiga, membaca Tasbih Rukuk dgn menambah kpd kalimahnya dgn kalimah 'wa-bihamdihi'; keempat, sebagai makmum, membaca kalimah 'sami-'ullahi liman hamidah' mengikuti Imam solat ketika bangun dari Rukuk untuk Iktidal, walhal kita perlu sambut bacaan Iman dgn bacaan 'Rabbana wa-lakal hamdu' sahaja; kelima, membaca Tasbih  ketika Sujud dgn menambah dgn kalimah 'wa-bihamdihi'; keenam, ketika selesai solat memberi salam ke -kanan dan kemudian ke-kiri dan mengucup tagan atau jari atau menyapu dahi atau kepala, walhal kita tidak disuruh buat apa-apa, memadai memberi 'salam' ke kiri dan ke kanan sahaja. Ketujuh, selesai solat kita berzikir dan berdoa secara berjema'ah, walhal Rasulallah (s.a.w) ketika selesai solat, beliau berpaling mengadap para sahabat (i.e. makmum) dan berzikir, berwirid dan berdoa secara persendirian. Kadangkala Rasulallah (s.a.w) menyampaikan Tazkirah atau khutbah tentang peringatan-peringatan yg beliau perlu sampaikan kpd para sahabat, apakala perlu dan apakala wahyu turun kpdnya.
Saudara, ramai umat Islam yg tidak sedar bahawa solatnya terbatal, kerana Wudunya tak sempurna. Ketetapan Islam adalah niat untuk wudu' bukan menyebut 'Nawaitu ...', tetapi memulakan berwudu' dgn menyebut kalimah 'Bismillah'. Tanpa menyebut 'Bismillah', wudu' tak sah. Kedua, wudu' tak sah kalau hanya sebahagian kepala disapu dgn air, krana as-Sunnah mensyaratkan disatu keseluruhan bahagian kepala! Anihnya, kalau sesiapa yg berkesempatan melihat dan meneliti kitab karangan Imam as-Syafie tentang cara berwudu', Kitab al-Umm, tidak pula Imam as-Syafie menyuruh sapu sebahagian kepala sahaja. Hadith tentang wudu' yg dilapurkan oleh Imam as-Syafie dgn Imam an-Nasai dan lain-lain ulama' muhadithin sama saja. Mengapa kita dalam  mazhab as-Syafie buat berlainan drp as-Sunnah?

Jazakallahu khairah