Saturday, November 8, 2014

Panduan dan peringatan hakiki kepada orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, manusia dalam hidupnya berusaha sekuat mampu untuk mencari rezki dan membanyakkan rezki dengan berbagai cara. Bagi mereka yang faham sistem kewangan duniawi akan berusaha melabur untuk mendapatkan habuan atau pulangan duniawi dalam bentuk dividen dan mendapat saham bonus. Manusia bertungkus lumus untuk berjaya di dunia, memiliki harta yang banyak, mendapat nama dan tempat. Malangnya ramai yang lupa - termasuk para ulama' sendiri - yang tidak bersungguh untuk menyediakan dirinya untuk akhirat, supaya berjaya di akhirat. Rata-rata majoriti umat Islam yang menombor-satukan dunianya dan menombor-duakan akhiratnya. Mereka akan mula memikirkan akhirat - kata mereka - ketika sudah berumur, seolah-olah mereka hanya akan mati apabila sudah tua! Mudah-mudahan saudara yang mengikuti blog ini tidaklah bersikap sedemikian. Kerana, kematian itu adalah kiamat kecil bagi kita, dan apabila datang kematian, kita terlepas peluang untuk menyediakan diri untuk kebajikan akhirat.
Saudara, dalam post kali ini kita lihat betapa ruginya orang Islam yang berilmu, tetapi menyimpannya, maksudnya, tidak disebarkannya, atau selesa dengan jawatan yang disandangnya sebab ilmuya, spt menjadi mufti, ketua badan agama atau jabatan yang berurusan tentang agama.

Simpanan/Tabung Akhirat orang Iman 


Saudara, betapa banyaknya peluang bagi mereka yang berilmu itu merisabkan tempat terbaik di akhirat. Melabur untuk akhirat mereka, dengan memoptimumkan pulangan dividen akhirat sebagainya yang tersurrat dari  dalam hadith ini.
Diriwayatkan hadith daripada Sahlin bin Muadz bin Anas, hadith daripada bapanya, bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man ‘allama ‘ilman falahu ajrun man ‘amila bihi, la yanqusu min ajrin amili.' [Yang bermaksud: Barangsiapa mengajarkan sesuatu ilmu, maka baginya pahala (seumpama pahala) orang-orang yang beramal dengan ilmu tersebut, tidak mengurangi daripada pahala orang yang belajar (akan ilmu tersebut daripadanya)].’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, dalam perkara dunia, kita melabur hanya kita mendapat pahalanya. Dalam urusan akhiratpun kita melabur kita mendapat ganjaran pahala, tetapi mendapat dividen bonus pula, kerana apabila kita ajarkan satu ilmu kepada seseorang, kita mendapat pahala mengajarkan dia ilmu, dan jika dia amalkan ilmu yang kita ajarkan kepadanya itu, maka dia yang mengamalkannya mendapat pahala dan itapun yang mengajarkannya ilmu tersebut, tanpa mengurangkan pahalanya sendiri. dalam urusan dunia, kita tidak akan dapat dividen kerana mengilmukan seseorang dan kita juga tidak mendapat fividen bonus kerana mengajarkan seseorang yang lain.
Ramai orang keliru bahawa mengajarkan ilmu dunia kepada manusia mendapat pahala! Wajib diingati Allah (a.w) tidak langsung menilai perkara dunia. Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu jikalah dunia ini - seglaa isinya-sama nilainya dengan sebelah kepak nyamuk pada Allah (a.w), sudah barang pasti Allah (a.w) tidak akan membenarkan seorang kafir mendapat/minum seteguk air sekalipun! Apatah ilmu dunia yang nilainya jauh lebih minute (kecil) dari dunia!
Saudara, dalam hadith berikut, kita diberitahu apakah yang menguntungkan kita yang Islam ketika sampai ajal kita. Ada 3 kategori umat Islam yang beruntung kalaulah dia yakin dengan Islam dan akhiratnya; iaitu: pertama, seorang ibu/bapa atau pasangan ibubapa yang mempunyai anak-anak lelaki yang soleh/anak perempuan yang solehah, kerana mereka akan sentiasa bersyukur kepada Allah (a.w), Rasulallah (s.a.w), para penyampai ilmu dan kedua ibubapanya, maka mendokan supaya Allah (a.w) kurniakan keampunan terhadap kedua ibu bapanya. Kedua, semasa hidupnya sering bersedekah dan menginfaqkan sebahagian daripada harta atau wang ringgitnya demi agama Islam dan membela agama Islam. Ketiga, mengajarkan ilmu kepada orang lain, dan orang itu mengamalkannya, kerana apabila diamakan oleh orang tersebut dia mendapat kiriman pahala untuk menambah kepada tabungan dividen akhiratnya.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abi Qatadah, hadith daripada bapanya (yakni, abi Qatadah) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Khairu ma yuhalifur-rajulu min ba’dihi thalathatun: Waladun solihun yad’u lahu, wa-sodaqatun tajri yablughuhu ajruha, wa-‘ilmun yu’malu bihi min ba’dihi.' [Yang bermaksud: Sebaik-baik apa-apa yang yang ditinggalkan oleh seorang lelaki daripada sesudahnya (yakni, sesudah matinya, yang berguna kepada akhiratnya adalah) tiga perkara: ‘(pertama) anak-anak yang soleh (dan solehah) yang berdoa mereka baginya (selepas matinya), dan (kedua) sedekah yang mengalir (pahalanya kepadanya) sampai kepadanya, dan (ketiga) ilmu (yang diajarkannya kepada orang lain) di’amalkan oleh (orang itu) dengan ilmu (tersebut) dari sesudahnya (yakni, sesudah matinya)]. [Hadith ibnu Majah] 

Saudara, aangkah ruginya orang yang beriilmu dalam ilmu agamanya, kemudian apabila dia diberi kerusi empuk kemudian langsung tidak berusaha menyampaikan ilmunya kepada orang lain - sama ada Islam ataupun tidak Islam. 

(-) Yang memanfaatkan seorang iman ketika mati 

Saudara, dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu ada 6 perkara yang akan mendampingi seorang yang Islam ketika di dalam kuburnya, maksudnya ketika sudah meninggalkan dunianya:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Inna yalhaqul-mukmina min ‘amalihi wa-hasanatihi ba’da mautihi: ‘ilman ‘allamahu wa-nasarahu, wa-waladan solihan tarakamu, wa-mushafan war-rasahu, au masjidan banahu au baitan li-ibnis sabili banahu, au naharan ajrahu au sodaqatan akhrajaha min malihi fi sihhatihi wa-hayatihi yalhaquhu min ba’di mautihi.' (Yang bermaksud: Sesungguhnya daripada yang menyusuli seorang mukmin (yakni, yang beriman) dari amalannya dan kebaikannya sesudah matinya (adalah), (pertama) mengajar sesuatu ilmu mengamalkannya (oleh yang belajar darinya) dan menyebarkannya, dan (kedua) anak-anak lelaki yang soleh (dan anak perempuan yang solehah) meninggalkannya (yakni, yang ditinggalkannya), dan (ketiga) kitab-kitab (atau buku-buku) yang diwariskannya (yakni, ilmu yang diasebarkannya), atau (keempat) sebuah masjid yang dibinanya, atau (kelima) rumah-rumah (yang didirikan) untuk anak-anak (dan perbelanjaan) pada jalan Allah (a.w) yang dibangunkannya, atau (keenam) sungai yang mengalir (yakni, pahalanya) dari sedekah yang dikeluarkannya dari harta-hartanya di dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya menyusuli kebaikan dari sesudah matinya.’] [Hadith ibnu Majah]
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa apabila mati seorang Islam, maka tiga perkara yang menemani ketika mayatnya diusong ke kubur; iaitu: pertama, keluarganya; kedua, hartanya, dan ketiga amalan dan ibadahnya yang dikerjakannya semasa dia hidup. Apabila sudah disemadikan dalam kuburnya, dua akan meninggalkannya, iaitu keluarganya dan hartanya, dan yang menemaninya di dalam kuburnya adalah amal dan ibadahnya, yang bersama-samanya, supaya kelak di dalam kubur membantunya menjawab soalan-solan para malaikat (Mungkar dan Nakir), dan amalan itu jugalah yang menentukan apakah dia berjaya atau menderita di akhirat kelak, pada hari pembalasan. Maka dengan itulah disebutkan dalam hadith di atas itu, amalan yang berguna sebagai tabungan untuk dividen akhiratnya. Jelasnya, apa-apa milik seorang Islam yang mati tidak berguna kepadanya selepas ajalnya, walaupun yang diwariskannya itu adalah kepada anak cucunya! Yang berguna:
Pertama, mengajarkan ilmu kepada seseorang yang lain, dan yang diajarkan ilmu tersebut mengamalkannya;
Kedua, dia meninggalkan anak-anak lelaki yang soleh dan anak-anak perempuan yang solehah. Selain mendoakan kebajikan akhirat untuknya - sebagai ibu dan bapa , dia mengamalkan apa-apa amalan, kedua ibubapanya juga mendapat kiriman pahala.
Ketiga, kitab-kita mengenai agama yang ditinggalkannya dan diwasiatkan olehnya untuk sesuatu pusat ilmu yang mengajarkan ilmu mengenai Islam - al-Quran dan kitab-kitab hadith.
Keempat, sebuah masjid atau surau atau pusat pengajian yang dibinanya untuk mengembangkan ilmu Islam.
Kelima, rumah-rumah pembelaan anak-anak yatim dan orang yang memerlukan seperti wargatua yang dibiarkan oleh anak-anak mereka yang merupakan sitanggang moden.
Saudara, hari ini ramai orang Islam yang kaya dan berharta meninggalkan kekayaannya kepada anak-anaknya, yang tidak pula merupakan orang yang berilmu dan soleh/solehah, maka menghabiskan harta warisan yang diwariskan oleh kedua ibu bapanya untuk kebatilan, makaanak-anak itu tergolong orang yang membazirkan harta, maka menjadilah mereka itu 'ikhwatun syayatin' (i.e. saudara syaitan) menjadikan dirinya dan rakan taulannya dan lebih-lagi kedua ibubapanya termasuk dalam perangkap syaitan yang menemani syaitan masuk neraka, wal iya zubillah!

(-) Sedekah yang paling afhdal (tinggi) nilainya

Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kta dalam hadith ini bahawa dalam banyak-banyak sedekah, yang paling utama berupa 'sedekah ilmu'. Sekali lagi betapa beruntungnya orang Islam yang berilmu, tetapi tidak mengambil  kesempatan tersebut.

Diriwayatkan hadith daripada Hasan al-Basri, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Yang paling afdhal sedekah (adalah) bahawasanya belajar seorang Muslim (yakni, Islam) satu ilmu (yakni, ilmu al-Quran dan as-Sunnah), kemudian mengajarkan pula saudara sesama Muslim (yakni, orang Islam yang lain) (akan ilmu tersebut).’ [Hadith ibnu Majah]
Saudara, harus diingatkan saudara kembali bahawa apabila kita sebut kalimah 'ilmu', ia merujuk kepada ilmu yang haq dalam Islam iaitu tiga - ilmu al-Quran (membacanya, memahaminya dan, sekuat mampu, menhafalnya), ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan ilmu faraid (peraturan pembahagaian harta warisan). ilmu yang selainnya berguna untuk dunia tetapi takd nilai untuk akhirat.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment