Tuesday, November 4, 2014

Panduan dan peringatan hakiki kepada orang iman (Samb.)

Assalamualaikum,
dalam post kali ini kita peringatkan semula diri kita yang jahil itu apa yang kita wajib berwaspada dalam mendengar cakap-cakap atau ceramah atau ajaran seseorang dalam apa jua forum. Yang wajib kita ingat adalah yang benar tentang agama itu adalah apa yang tersurat dalam al-Quran dan as-Sunnah, bukan apa yang dicakapkan oleh manusia, kalau yang dicakapkan oleh mereka itu tiada sandaran nas dan dalil atau sumber al-Quran dan as-Sunnah.

Mengajar Kebaikan

Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita ada dua kelompok manusia, disebutkan dalam hadith berikut: 

Diriwayatkan hadith dari Munziri bin Jariri (r.a), daripada bapanya berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa membuat kelakuan (yakni, mengajarkan sesuatu ilmu atau amalan yang baik) maka diamalkannya (yakni, orang yang mendapat ilmu itu) dan diajarkannya (orang lain) dengan kebaikan itu baginya pahala, seperti orang yang mengamalkan dari amalan yang dia beramal dengannya tidak mengurangi dari pahala mereka (yang mengamalkannya) sedikitpun. Dan barangsiapa membuat kelakuan yang buruk (i.e. jelek) (yakni, mengajarkan kejahatan atau sesuatu ilmu yang tidak baik) maka beramal dengannya ada atasnya dan mengajarkan orang lain (diberatkan atasnya) dosa dan dosa barangsiapa yang mengamalkannya dengan kelakuan tidak baik itu tidak mengurangi dari dosa (orang lain yang beramal) tersebut sedikit pun.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Jelasnya, kelompok yang satu, adalah golongan orang Islam yang beriman yang membuka pintu-pintu kebaikan, yakni mengajarkan sesuatu yang baik bagi umat Islam - baik dalam kontek menyediakan diri untuk kejayaan akhirat, dan menutup pintu-pintu kejahatan - maksudnya membantu kita supaya tidak terus mengerjakan kejahatan, kejelikan dan kemaksiatan supaya terselamat dan tidaklah terjerumus atau menyimpang masuk neraka di akhirat kelak; kelompok yang satu lagi, adalah kelompok yang membuka pintu-pintu kejahatan, yakni mengajkar dan menyuruh berbuat atau melakukan kejahatan, dan menutup pintu-pintu kebaikan, maksudnya mengajar atau memberi hujjah yang menjadikan manusia membuat kejahatan atau kemaksiatan atau melakukan kejahatan yang mereka sedari atau tidak sedari.
Saudara, hari ini begitu sudah menjadi kelaziman orang yang bersolat Solat Subuh (Kuliyah Subuh) dan Solat Maghrib (Kuliyah Maghrib) serta Solat Isya' di masjid di ceramahi oleh para ustaz dan para guru - ada yg terkenal dan ada yang baru dikenali, tentang agama. Mereka berceramah seolah-olah merka itu amat alim dalam ilmunya Seolah-olah mereka seorang yang benar-benar berilmu dan faham agama. Kerana kita yang mendengar ceramah dan celotehnya jahil ilmu. Atau, kita yang mendengarkannya tidak berkesempatan membaca kitab-kitab atau buku-buku yang menjadi bahan rujukan mereka ketika berceramah. Terkadang yang berceramah itu membuat ketetapan itu dan ini atau menyampaikan pendapat itu dan ini dan mereka pula sering tidak lupa merujuk kepada istilah 'ahlus sunnah wal-jama'ah' atau mereka merujukkepada fahaman mazhab dengan menyebutkan 'kita dalam mazhab as-Syafie ...' begini dan begini! Malah dalam ceramah mereka jarang-jarang sekali mereka menkankan atau memberi pedoman yang hakiki bahawa umat Islam itu wajib akur dan patuh dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) - yakni ketetapan as-Sunnah atau al-Hadith.
Saudara, Islam itu mewajibkan umatnya berpandukan hanya dua panduan ilmu dan amalan serta panduan aqidah dan panduan hidup orang iman, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Malah seseorang yang Islam itu secara mutlak wajib belajar dua ilmu tersebut. Tanpa, mempelajari dua ilmu tersebut, kita tidak dibenarkan buat apapun amalan dan ibadah dalam kejahilan - Ayat 36: al-Isra'! Malah amalan dalam kejahilan tidak diterima Allah (a.w), wal iya zubillah.  Seseorang yang Islam itu wajib berpandukan - terima - perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), bukan ketetapan atau ketentuan yang disampaikan oleh mana-mana individu - walau sehebat mana dan sealim manapun, jika dia tidak merujuk kepada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Itu wajar dan wajib kita fahami. 
Sebagai contoh: Kita menolak sesuatu ketetapan as-Sunnah maka kita terkeluar dari Islam. Apabila kita ketepikan ketetapan as-Sunnah, walaupun satu perkara yang kelihatan remeh, kita dimasukkan ke dalam neraka dengan pasti. Kalau kita menyebut sesuatu yang tiada pula dalam al-Quran dan as-Sunnah, maka kita berbohong terhadap Allah (a.w) dan UtusanNya, maka kita dalam keseronokan berceramah, menganianya diri kita sendiri kerana syok sendori - menyampaikan pelbagai petua tau ketetapan tanpa sandaran ilmu dan panduan yang hak.
Saudara, kita diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran, antaranya Ayat 80: an-Nisa' - mentaati Rasulallah (s.a.w) bererti kita mentaati Allah (a.w) atau counter factualnya menentang atau tidak akur dengan ketetapan atau perintah Rasulallah (s.a.w) bererti kita menentang atau tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w)! Maka perbuatan sedemikian itu adalah kekufuran dan kita yang melakukannya menjadi kafir tanpa kita sedari, wal iya zubillah. Dan, kita diperintahkan oleh Alllah (a.w) ambil pakai atau terima pakai segala sesuatu yang disampaikan atau ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan tinggalkan segala sesuatu yang ditegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 7: al-Haysr. hari ini kita diajarkan banyak perkara mengenai Islam yang tidakpun diajarkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w), malah melakukan atau disuruh kerjakan sesuatu yang dutegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w), kerana kononnya itulah ajaran atau amalan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' atau pengikut Mazhab as-Syafie.
Saudara, hadith di atas adalah peringatan bahawa kalau kita mengajak kepada yang haq atau benar atau kebenaran kita seumpama melabur untuk akhirat kita, yang dividennya berlipat ganda dan bertabah banyak, kalau boleh exponential melantun berganda-ganda, apaka;a ramai yang amalkan apa yang kita ajarkan! Dan, sebaliknya, kita juga boleh dengan mudah melabur untuk kehancuran dan kecelakaan akhirat kita apabila kita mengajarkan kebatilan dan menyuruh seseorang membuat 'kemaksiatan' - kemaksiatan dalam Islam bermaksud melakukan segala sesuatu yang ditegah atau dilarang oleh al-Quran dan as-Sunnah. itulah intipati ketetapan dalam hadith-hadith tersebut dan berikut.
Di beritahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yang mengjarkan kebaikan akan beruntung, dan sesiapa yang mengajarkan kejahatan dimasukkan ke dalam neraka wel.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya dari manusia yang membuka pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan. Dan bahawasanya dari manusia membuka pintu-pintu kejahatan dan menutup pintu-pintu kebaikan. Maka beruntunglah bagi orang-orang yang menjadikan pintu-pintu kebaikan dengan kedua-kedua tangannya (yakni, mereka yang sentiasa membuat dan menganjurkan kebaikan). Dan neraka wellah bagi orang yang menjadikan Allah (a.w) pintu-pintu keburukan (yakni, kejahatan) atas kedua-dua tangannya (yakni, mengajar atau menganjurkan kebatilan).’ [Hadith Ibnu Majah]

Saudara, begitulah ketetapan Rasulallah (s.a.w) untuk peringatan kita. Soalnya: bagaimanakah kesudahan mereka yang berilmu, yakni diberitahu hadith-hadith, mereka sangsi dan tidak yakin dengan ketetapannya, dan mencari pula hujjah bagi ‘mengubah ketetapan’ Rasulallah (s.a.w) tersebut. Dan, bagaimanakah pula mereka yang berilmu sedikit, membuat pelbagai peraturan menghalang manusia yang memiliki ilmu yang haq menyampaikan ilmu mereka kepada umat Islam, semata-mata penyebaran ilmu tersebut menongkah arus atau menjejaskan pelbagai amalan yang konvensional.
Nota: Baru-baru ini timbul semula perdebatan antara ‘loyalist’ ikutan mazhab memburuk-burukkan dakwah golongan lain yang cuba menegakkan as-Sunnah yang haq. Di katakan, tanpa penelitian yang haq, bahawa mereka tersebut cuba memecah-belahkan ummah, walhal mereka menganjurkan supaya umat Islam di Malaysia ini kembali kepada yang haq atau benar - beramal bersumberkan ilmu yang haq iaitu al-Qurn dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada Sahil bin Saad (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya ini kebaikan ada beberapa gedung (atau gudang) dan demikian gudang ada kunci-kuncinya atau pintu-pintunya. Maka beruntunglah bagi hamba yang menjadikan Allah (a.w) baginya pembuka pintu kebaikan dan penutup pintu kejahatan (keburukan). Dan neraka wellah bagi hamba yang dijadikan Allah (a.w) penjaga kunci atau pintu gudang-gudang kejahatan atau keburukan dan penutup gudang-gudang kebaikan.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas menyebutkan bahawa ada banyak gedung ilmu dalam Islam, dan kuncinya dipegang oleh mereka yang berilmu. Ulama’ atau ilmuan yang mendapat banyak ganjaran pahala adalah mereka yang membuka kunci pintu ilmu ke arah kebaikan, dan celakalah mereka yang membuka kunci pintu-pintu ilmu kebatilan.

Saudara, ilmu yang haq itu adalah al-Quran dan as-Sunnah dan ilmu yag batil itu adalah kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia yang cuba mengubah ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atas dasar ijtihad. Allah (a.w) memberitahu umat Islam - yang memimpin dan yang dipimpin bahawa apabila berselisih tentang sesuatu perkara - walaupun diistilahkan sebagai furuq - tidak fundamental dalam Islam - wajib kembali menda[atkan penjelasan dan penyelesaian mengenai yang dipersoalkan itu dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah - Ayat 59: an-Nisa' - kita tidak boleh memandai-mandai dalam perkara Islam.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment