Thursday, November 6, 2014

Orang Islam yang rugi ... (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara dalam post yang lalu kita telah lihat satu perspektif kerugian yang dialami oleh seseorang yang Islam dan beriman yang merasai dirinya adalah ulama' atau berilmu. Berapa ramai para ilmuan di Malaysia kini - yang dilahrkan oleh Azhar, Umul Qura, Universiti Madinah al-Munawarah, dll institusi ivy league dalam 'pengajian Islam'? Ada yang begitu cemerlang dalam bidang akademik mereka, sehingga memperolehi Ph D dalam 'pengajian Islam' atau ilmu terkait dengan Islam. Mereka memegang jawatan tersohor dan terkemuka. Terlibat dalam pelbagai program agama yang bertaraf international dan nasional. Bergelar Tan Sri, Dato' Seri, Dato', sentiasa didampingi oleh raja, sultan dan pemimpin politik, makan semeja dan berbagai-bagai lagi keistemewaan mereka dalam masyarakat. Malangnya, mereka tidakpun menyerlahkan dirinya dalam urusan menyebarkan ilmu keada umat Islam - masyarakat mereka - yang jahil ilmu atau dahagakan ilmu dan tunjuk ajar untuk mencari dan mendapatkan petunjuk kepada 'siratul mustaqim'.
Saudara, dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyebut bahawa 'para ulama' itu adalah '
warathatul anbiya'' - ulama' adalah pewaris para nabi. Ramai ulama' berbangga dengan recognition (pengiktirafan) ini. Mereka berbangga. Malangnya mereka sendiri jahil ilmu. Tak faham. Siapakah yang berhak atau layak diangkat atau digelar atau dinobatkan sebagai ulama? Ulama' adalah orang yang berilmu tentang ilmu agama Islam iatu ilmu mengenai perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), maksudnya faqih dan faham tentang tuntutan Islam - al-Quran dan as-Sunnah. Itulah dua sumber ilmu danpanduan hidup orang iman. Itulah panduan dan ilmu yang menempatkan orang iman di atas 'siratul mustaqim' dan kekal berada di atasnya untuk mendapatkan kejayaan akhirat - selamat dari neraka dan berjaya mendapat syurga - Ayat 13: an-Nisa' dll dan sabda Rasulallah (s.a.w). Hanya ulama' yang mewarisi ilmu yang dua itu layak dan berhak dinobatkan sebagai 'pewaris para nabi'. kalau setakat tersohor kerana kedudukan dan keintaran menampilkan diri dan membawa diri, bukan ulama'. Kalau ada ilmu tetapi enggan menyebarkannya. Kalau ada ilmu menuntut bayaran menyampaikannya. Dalam post kali ini kita lihat satu lagi perspektif yang merugikan mereka yang berilmu - perkara niat mengajarkan ilmu dan menyampaikan ilmu dengan niat bukan untuk mematuhi perintah Allah (a.w) dan RasulNya.

(-) Silap tujuan

Saudara, para ulama' yang benar-benar dinobatkan sebagai pewaris para nabi itu adalah mereka yang berilmu - mencarinya, menyampaikan dan menyebrluaskan ilmu yang diwariskan oleh Allah (a.w) kepda para nabi untuk disampikan kepada masyrakat mereka masing-masing. Kerana Rasul adalah orang yang diutus Allah (a.w) untuk menyampaikan risalah agamanya untuk manusia, Nabi adalah pemimpin yang memimpin kaumnya untuk melaksanakan apa-apa yang diwasiatkan oleh Allah (a.w).
Rasulallah (s.a.w) diberi Allah (a.w) al-Quran dan al-Hikmah (yakni, as-sunnah), kemampuan untuk memperjelaskan ketetapan Allah (a.w) dalam semua perkara. Maka dia sebarluaskan. kalau ulama' enggan sebarluasakan, mereka belum layak diberi status pewaris para nabi'!
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengajar ilmu kerana bukan mengharapkan dari ilmu itu wajah Allah (a.w) (yakni, ikhlas kerana Allah (a.w) dan kerana hendak memperbaiki amalan dan ibadatnya, dan di akhirat kelak dapat menemui Allah (a.w), dapat syurga dan melihat wajahNya), tidak belajar dia ilmu (kecuali) untuk dapat harta dengan ilmu itu dari harta dunia (yakni, bertujuan meraih keuntungan atau kekayaan kerana bayaran oleh mereka yang menuntut ilmu daripadanya), (jika itu tujuannya maka) tidak menjumpai dia bau syurga pada hari qiamat.’ [Kata perawi: istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w) ‘Baunya syurga’]. [Hadith Ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Saudara, seseorang itu mencari iomu dengan pelbagai niat dan tujuan. Palin lazim untuk mudah mencari maisya (i.e. sara hidup) yang lebih beaik lagi cerah dan mudah. Kemudian baru mungkin timbul niat untuk menghapuskan kejahilan masyarakat sekelilingnya tentang ketentuan agama Islam. Dalam pada itu ada pula yang ingin, kerana ilmunya dan kerana tahap ilmu yang dicapainya, membolehkan dia dipilih menyandang jawatan-jawatan utama dalam tadbirurus agama. Kini ijazah, terutama ijazah anjutan telah meniru sistem dan kaedah ilmu akademik. Takda lagi ulama' kerana ilmu, tetapi ulama' kerana ada Ph D dan M.A dalam bidang agama lulusan menara gading/universiti, bukan pondok atau madrasah. Kerana ilmu telah mengikuti acuan pengimuan Barat, maka semakin tinggi dalam pengajian, semakin diutamakan pendapat dan fikiran serta rujukan yang hakikatnya ada pandnagn dan pendapat manusia, maka batillah penemuan-penemuan tersebut dalam konteks tuntutan Islam yang haq.

(-) Silap niat

Saudara, ramai antara para ulama' yang silap tujuan mncari ilmu. Dan, tidak kurang pula yang silap niat mencari ilmu. Kerana ingin ditonolkan sebagai orang yang hebat, orang yang pintar, orang yang alim dan sebagainya. maka meningkatlah status sosial kita pada kaca mata masyarakat. Kemudian kita berdebat berkata itu danini engan hujjah yang akan meyakinkan, tetapi tiadapun sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah, hanyalah kepintaran akal fikiran. Kemudian melaratlah hasrat dan niat dan harapan, sehingga bercakap macam-macam walaupun batil dalam konteks ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, namun berjaya mematahkan hujjah orang lain, dan menunjangkan lagi kehebatan kita di kalangan masyarakat. Rosaklah kita.
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), katanya dari Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa mengajar ilmu supaya dapat dia dengan ilmu itu membantah (atau menipu) orang bodoh (yakni, dia mengutarakan hujjah menegakkan sesuatu yang dia hendakkan manusia ikuti pendapat dan pdanangannya dalam kejahilan manusia yang mendengar cakap-cakapnya), atau mendaningi dengan ilmu itu ulama’ (yakni, supaya dia boleh berhujjah secara batil tentang segala sesuatu mengenai syariat Islam itu dan mengalahkan para ulama’ yang haq), atau supaya mengadap dia beberapa wajah manusia atasnya (yakni, membuat orang menghormati atau menyanjungnya dan dengan itu dapat dia kedudukan yang istimewa, atau jawatan yang berharga, berkuasa dan disanjung manusia dan rapat dia kepada mereka yang berkuasa dan mendatangkan pula lain-lain keistemewaan dan keuntungan material dll), maka dia itu di dalam neraka.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, bagi mereka yang mmpunyi niat yang mirip dengan ketetapan Rasuallah (s.a.w), wajarlah berwasada. kita mencari ilmu untuk menghapuskan kejahilan kita tentang agama, membetulkan amalan dan ibadah kita, termasuklah membetulkan niat dan sikap, dengan harapan setiap amalan dan ibadah yang kita sejajar dengan ketetapan dan ketentuan Allah (a.w) sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan dikerjakan kerana menyahut perintah dan suruhan, maka diterima Allah (a.w) dan setiap kerja-kerja sukarelawaan kita itu mendapat keberkatan demi akhirat kita.

(-) Pilih situasi keadaan

Saudara, amat bodohlah seorang ulama' - malah siapa saja - jika dia terlibat dalam ketetapan dan ketentuan hadith ini. 
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdillah (r.a) berkata (hadith ini) dari Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Jangan belajar ilmu supaya boleh dia mendaningi dengan ilmu itu ulama’(i.e. dengan tujuan untuk berdebat menunjukkan kehebatan diri), dan supaya membantah (yakni, menipu atau mempengaruhi) orang-orang bodoh (i.e. jahil), atau (supaya orang) memilih dia kerana ilmunya akan majlis (yakni, mencari atau mendapatkan tempat, nama dan kedudukan), maka barangsiapa berbuat sedemikian, maka tempatnya neraka.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, memang ramai umat Islam yang jahil ilmu. di kalangan  masyarakat Melayu lebih-lebih lagi. Kerana yang ada ilmupun tidak sempurna ilmunya - dia mengajar al-Quran membacanya, tapi dia tak pula memiliki ilmu yang sempurna, iaitu boleh membaca al-Quran dengan sekurang-kurangnya 7 kiraat (Kira'atal Sab'ah). Dia mungkin seorang yang hafiz, tapi tak tahu dia apakah mesej al-Quran bagi/dalam setiap ayatnya. Dia, istiqamah mengerjakan ibadah fardu, tetapi banyak yang dikerjakannya hanyalah wairsan tradisi pengamalan nenek moyang mereka, tanpa ilmu. Dia berceramah ke sana dan ke mari dalam forum yang hebat-hebat, tetapi banyak yang diperkatakan tiadapun sandaran ketentuan dan ketetapan atau panduan al-Quran dan as-Sunnah. Dia sering merujuk kepada fahama kemazhaban dalam berceramah.Mumuji imam yang mengasaskan mazhabnya, tapi dia takpun tahu apakah yang diajarkan dan diamalkan itu adalah ajaran orang yang dikatakan pengasas mazhab? Dia tidakun membuat penyelidikan apakah itu sejajar dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Lebih parah lagi ilmu as-Sunnah atau al-Hadith tidakpun diberi keutamaan dalam pembelajaran ilmu mengenai Islam - aqidah dan syaratnya! Walhal, Allah (a.w) memberitahu syurga itu diperolehi hanya dengan ilmu al-Quran danas-Sunnah,difahami ilmunya, dan diamalkan atau dilaksanakan tuntuannya menepati apa yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w). Tapi, kebanyakan ulama' menyebut nama Rasulallah (s.a.w) tidak sekerap mereka menyebut nama-nama ulama' sifolan dan sifolan. Jelaslah, yang wajib diutamakan diremehkan dan yang wajib diremehkan diagungkan ...

Jazakallau khairah

No comments:

Post a Comment