Assalamualaikum,
saudara, begitu lama kita tak bertemu dalam blog ini., Sepanjag bulan Mac 2014, kita tidak menulis. Dan pada 8 Mac. 2014 berlakunya trajedi kehilangan pesawat/kapalterbanh MAS MH 370 yang katana setelah terbang selama beberapa jam menuju Beijing, kemudian hilang dari treking radar dan satelite, tidak diketahui kemana halatujunya selepas itu dan mengapa pula segala alat pemantauan penerbangan ditutup atau dipadamkan, dan kemudian dikatakan berpatah ke Selat Melaka atau Pulau Andaman atau Kepulauan Maldives dan berakhir pula di kawasan 'hutan air' selatan Lautan Hindi. Sehingga hari ini masih dicari. Katanya signal dari Kotak Hitam MH 370 kedengaran oleh kapal mencari China dan kini telah ditumpukan ke kawasan tersebut untuk mencari kapalterbang Boeing 777 tersebut.
Saudara, awal-awal lagi kita yang fahamkan Islam dan mantap keimanan kita tentang Islam wajar faham bahawa segala sesuatu itu adalah qada' dan qadar Allah (a.w) semata-mata. Bagaimana canggihnya ilmu dan teknologi mansuia, tidak akan dapat menandingi ilmu dan teknologi Allah (a.w). Kalau Allah (a.w) inginkan MH 370 itu dighaibkan tanpa dapat dikesan, pasti akan berlaku. Apabila Allah (a.w) sudah takdirkan bahawa MH 370 akan jatuh dan hilang dilautan Hindi, itu akan berlaku.
Yang pasti adalah seramai 238 anak kapal dan penumpang ada dalam penerbangan itu dan segala-galanya bergantung kepada kebijaksanaan juruterbangnya dan pembantunya jikalah menghadapi masalah teknikal ketika dalam penerbangan. Namun, akhirnya Allah (a.w) menentukan apa akan terjadi kepada mereka. kalaupun, kapalterbang itu dijumpai di dasar selatan Laut Hindi - sempurna, tidak terjejas, tidak pecah dan intact, maka bererti ketika berlaku kecelakaan tersebut, juruterbang berjaya mengendalikan pesawat tersebut dengan izin Allah (a.w) mendarat di atas air lautan tanpa terhempas, tetapi kerana beratnya, tenggelam ke dasar laut, dan semua di dalam nya selamat dalam erti kata tidak accat atau putus anggota tetapi tiada nyawa! Mustahil manusia boleh hidup tanpa udara (oxygen), kalaupun MH 37 tidak terhempas atau tidak meletup berkecai dan seumpamnya....
Saudara, yang penting diingatkan adalah setiap kita akan mati - sama ada kita Islam ataupun tidak Islam. Kita akan mati berbagai keadaan - ada yang kerana dilanggar/melanggar kereta, ada yang jatuh lereng gunung, ada yang dipanah petir, ada yang menganianya diri sendiri makan dadah, dan berbagai-bagai lagi. Yang pasti semua yang bernyawa - firman Allah (a.w) - pasti akan merasakan kematian. Tidak siapapun kekal. Kalau seramai 238 orang dalam MH 370 itu sampai ke Beijingpun, kemudian kembali ke tempat tinggal masing-masingpun, dia akan mati ketika sampai ajal mereka. inilah fifirman Allah (a.w): 'Fa-iza ajaluhum, la yastakhhiruna saatun wa-la yastaqdimun' (Yang bermaksud: Apabila datang ajal kalian, ianya tidak akan dilambatkan sesaat atau didahuukan sesaatpun'. Itu hakikatnya. Ketika malaikal maut diperintahkan Allah (a.w) untuk mengambil nyawa semua yang berada dalam MH 370 itu, maka disempurnakan tanpa lewat atau dahulu sesaat....
Saudara, hidup kita di dunia ini sementara - tidak kekal. Mungkin kita diberikan umur panjang menjangkau 80han atau 90han atau 100han, tapi itu tidak bererti sama sekali. Kerana, manusia itu berada di dalam kubur lebih lama! Fikirkanlah Firaun yang dihidupkan oleh Allah (a.w) 400 tahun memerintah Mesir, dan dia dikurniakan nikmat hebat oleh Allah (a.w) tidak pernah sakit atau ditimpa penyakit, takpun selsema yang sering mengenai kita! Akhirnya, dimatikan ditenggelamkan di Lautan Merah ketika memburu Nabi Musa (a.s) untuk membunuhnya, walhal Musa (a.s) pernah menjadi anak angkatnya yang dibela olehh salah seorang isterinya Asiah, yang akhirnya disula olehya semasa hidupnya, kerana mengikuti agama Musa (a.s). Qarun saudara kepada Musa (a.s) yang merupakan manusia terkaya di dunia zamannya - dan zaman-zaman mana-manapun tidak dapat ditandingi oleh mana-mana orang terkaya di dunia dulu, selepasnya, sampailah zaman terjadinya Kiamat, kini masih hidup, tetapi tersiksa apabila kepalanya dibenamkan dalam bumi, disiksa sampailah ketika seruling sangkakala ditiupkan barulah malaikal maut mengambil nyawanya. Sudah berapa ratusan ribu tahuan?
Begitu juga Nabi Isa (a.s) masih hidup tetapi ditempatkan di alam ghaib, sehinggalah ketika akan kiamat dunia, beliau akan ditutunkan ke dunia untuk menegakkan semula syiar agama Allah (a.w) yang telah disempurnakan oleh Allah (a.w) apabila Nabi Muhammad (s.a.w) di utus kepasa mansia, dan kemudian beliau membunuh Dajjal. Apabila matinya Dajal maka kiamatlah dunia.
Saudara, kembali kepada trajedi MH 370 itu, hakikatnya setiap seorang mereka akan mati suatu hari. Mereka patut bersyukur kepada Allah (a.w) kerana kematian mereka adalah instant - tidak menghrungi sakit atau menghidap penyakit dan siksaan dunia yang lanjut. Kalau kapal terbang itu kerosakan peralatan yang mengeluarkan oxygen dalam kabin, maka pastinya setiap seorang sudahpun pengsan dan akhirnya mati dalam beberapa minit saja. Kalau pesawat itu menjunam dengan cepat dan laju, kesemuanya sudahpun mati sementara pesawat itu mencecahi permukaan air laut. Jika pesawat itu menjinam ke laut, mereka masih hdup, dan juruterbangnya bijak mengendalikan pesawat kerana pengalamannya mencuba pelbagai kaedah menyelamatkan berlakunya sebarang malapetaka, akhirnya mendarat di laut, kemudian terjunam, walaupun masih hidup di air, namun tak lama 5 minit kemudian kesemuanya pasti mati ...
Saudara, selepas kematian belum selesai urusan setiap seorang yang beraa dalam MH 370 tersebut. Yang Islam ada peluang untuk mendapat syurga, maka terselamat dari siksaan kubur, terselamat di hari perhimpunan agung manusia terbesar di Padang Makhsyar, kemdian selamat di akhirat, berada dalam syurga dengan syarat! Sebahagan daripada syarat-syarat tersebut telahpun kita ketahui melalui postings dalam blog ini. Yang Islam menepati spesifikasi Allah (a.w) sebagaimana yag dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), UtusanNya, pasti dapat syurga jika dia beramal dan beribadah murni dan betul niatnya, maka dia adalah tergolog orang yang soleh, beriman dan bertaqwa (i.e. takutkan Allah (a.w)). Kalau Islam tetapi menyimpang dari spesifikasi Allah (a.w) dan tidakpun mencontohi Rasulallah (s.a.w), terutana dalam solat - amalan/ibadah utama dalam Islam, yang terawal dihisab, yang menentukan hisaban amalan dan ibadah selainnya, maka dia gagal di akhirat, dimasukkan ke dalam neraka - Ayat 14: an-Nisa', tapi kerana ada sebesar zarah keyakinannya bahawa Allah (a.w) itu tuhan manusia, tuhan yang esa, tidak syirik dia, tidak mengamalkan bida'ah dia, akhirnya akan masuk syurga juga. Kalau tidak Islam, kematian melalui MH 370 adalah permulaan siksaan demi siksaan di dalam kubur, di dalam neraka. Kerana, Allah (a.w) tidak memberi sebarang nilai kepada segala kebaikan manusia yang tidak Islam dan Dia janjikan neraka di akhirat secara pasti! Begitu juga, kalau Ilsam tetapi tidak akur dengan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka catatan kebaikan atau pahala dalam Kitab Catatan Amalannya kosong semata-mata, walaupun dia beramal dan beribadah. Rugilah dia, walaupun mungkin di dunianya dia untung ...
Saudara, demikianlah pengajaran yang kita dapati dari trajedi atau peristiwa seumpama kehilngan pesawat MH 370 imi ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment