Wednesday, April 9, 2014

Kematian: Bersedia untuk mati

Assalamualaikum,
Saudara dalam post sebelum ini kita telahpun komen sedikit trajedi pesawat MH 370 MAS yanh hilang di selatan Lautan Hindi. Semua anak kapal dan penumpang, semuanya 238 orang menemui kematian mereka serentak - yang Islam dan yang tidak Islam. Kta telahpun tahu bahawa kematian bukanlah kesudahan hidup manusia. Mungkin ada agama yang mengajarkan penganutnya sedemikian, maka mereka tidak percayakan Allah (a.w) sebagai tuhan manusia yang esa,tidak akui Islam agama yang dicipta Allah (a.w) untuk manusia, Rasulallah (s.a.w) sebagai Utusan penamat Allah (a.w) yang menyampaikan syariat agama Allah (a.w), Islam, untuk anutan manusia sejagat, semua bangsa, semua zaman, dan mereka tidak pula bersedia untuk alam akhirat mereka. Mereka itu berpandangan  jika baik di dunia  baik terhadap manusia/kepada manusia, maka akan dibangkitan baik hanyalah dalam bentuk yanng lain...Yang Islam, kesemuanya yakin akan kematian dan menempuhi/menjalani kehiudpan akhirat, tapi mereka juga tidak bersedia - mengabaikan apa yang disuruh dan mengerjakan apa yang ditegah agama. Malah yang Islam beramal - seolah-olah menyediakan diri untuk akhirat mereka, tapi hidup di dunia tanpa berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah  - tapi jahil ilmu, tidak mahu mengilmukan diri mereka dengan ilmu yang benar, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka beramal tetapi silap, tidak menepati ketetapan Allah (a.w), maka mereka juga rugi di akhirat!
Saudara, dalam post ini dan diikuti dengan beberapa post yang akan menjeang, kita akan teliti tajuk/topik ini, supaya kita faham dan bersedia atas landasan yang betul untuk mencari kejayaan akhirat. 

Mukaddimah 
Kematian adalah suatu kemestian. Setiap yang bernyawa akan merasakan kematian. Orang Islam yang beriman diberitahu oleh Allah (a.w) dan diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa apabila mati ada siksaan dalam kubur, sementara menunggu kiamatnya dunia. Apabila kiamat dunia, manusia yang tidak Islam dan yang Islam tetapi munafiq akan dihambat oleh malaikat ke neraka. Yang Islam akan berhimpun di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing dan akan ditimbang dosa dan pahala. Kemudian diperintah meniti Siratul Mustaqim yang merentangi neraka ke syurga.
Dipenghujung Siratul Mustaqim itu mereka akan tertahan semua untuk diselesaikan dosa-dosa terhadap manusia. Jika ada dosa akan diambil pahalanya untuk diserahkan kepada orang yang dia berdosa terhadap mereka, dan jika ada lebihan, dibenarkan masuk syurga. Jika tak cukup pahalanya, maka dosa-dosa orang yang dia berdosa terhadapnya akan diserahkan kepadanya, maka dia gagal masuk syurga. Selepas itu, malaikat akan membuat pengumuman bahawa mulai saat itu segala-galanya kekal – yang dapat syurga kekal dan yang dapat neraka juga kekal.
Sehubungan itulah, umat Islam diingatkan supaya semasa hidupnya dia menyemak kata-kata dan perlakuannya semasa hidup – supaya dosa-dosa ditaubati, dan memuhasabah diri, dan memperbaiki diri untuk menyediakan sebanyak mungkin bekalan pahala untuk akhirat – sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hasibu anfusahum qabla an tuhasabu’ (Yang bermaksud: Hisablah diri kalian (ketika masih hidup) sebelum kalian dihisab (di akhirat)) – al-Hadith.
Firman Allah (a.w) 
Firman Allah (a.w): ‘Al-lazi khalaqal mauta wal-hayata li-yabluakum aiyukum ahsanu ‘amala.’ (Yang bermaksud: Dialah (Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan supaya menguji Allah manakah antara kalian yang lebih baik ‘amalannya dan Allah (a.w) itu zat yang maha perkasa lagi maha pengampun.) – Ayat 2: al-Mulk[Nota: Orang Islam yang beriman itu diperingatkan oleh Allah (a.w) bahawa kehidupan dan kematian itu adalah ciptaan Allah (a.w) – Dia memberi peluang kepada kita untuk hidup mengikut ajal (tempoh) masng-masing dan Allah (a.w) menentukan bilakah kita akan dimatikan. Oleh itu wajar diingatkan supaya tidak terlalai untuk bersedia untuk mati.] 
(-)    Kematian akan menjemput kalian
Firman Allah (a.w): ‘Kullu nafsin zaikatul mauti wa-innama tuwaffauna ujurakum yaumal qiamati faman zuhziha ‘anin- nari wa-udkhilal-jannata faqad faza, wa-mal hayatad-dunya illa mata’ul ghururi.’ (Yang bermaksud: Tiap-tiap diri (maksudnya, yang bernyawa) menjumpai kematian dan sesungguhnya dibalas pada pahala kalian di hari kiamat, maka barangsiapa yang dijauhkan/diselamatkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh-sungguh beruntung dia dan tidak ada kehidupan dunia itu kecuali kesenangan yang menipu.) – Ayat 175: ali-Imran
[Nota: Allah (a.w) memperingatkan manusia bahawa setap yang bernyawa – manusia, haiwan ataupun tumbuh-tumbuhan yang hidup, pasti akan mati. Setelah mati akan dibalas – dengan kebebasan atau kesiksaan – dalam alam barzah dan di akhirat – di padang makhsyar dan kemudian di alam akhirat yang kekal. Sesiapa yang berbuat baik menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya – Ayat 13: an-Nisa, contohnya, akan dibalas di akhirat. Mendapat siksaan atas perbuatan yang melanggar ketetapan dan mendapat syurga jika berjaya mentaati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Justeru itu manusia diingatkan supaya jangan tertipu oleh kehidupan dunia, kerana kesenangan di dunia itu tidak kekal dan tidak sebanyak mana berbanding dengan apa yang disediakan di akhirat – dari segi siksaan dan dari segi kenikmatan. Rasulallah (s.a.w), contohnya memberitahu kita bahawa api di dunia itu – yang terpanas sekalipun – telah dibasuh dengan air dua kali untuk mengurangkan kepanasannya. Di akhirat, api neraka itu kepanasan adalah 70 kali ganda api yang terpanas di dunia. Api itulah yang akan membakar ahli neraka. Disebutkan dalam hadith bahawa api neraka berdoa kepada Allah (a.w) supaya janganlah Allah (a.w) masukkan ianya ke dalam neraka, kerana tidak mampu ia menanggung kepanasan api neraka!
Kita diberi tahu bahawa siksaan dalam neraka itu bukan sahaja amat hebat tetapi kekal. Ketika minum air neraka – kerana kehausan – menghancurkan isi perut. Malangnya, dijadikan seperti sediakala semula jasad kita, kemudian apabila minum atau makan semula, hancur semula. Hancur dengan kesakitan yang amat sangat. Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran sifat-sifat siksaan dalam neraka itu. Begitu juga, Allah (a.w) memberitahu kita nikmat syurga itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dengan panjang lebar lagi terperinci nikmat syurga itu. Nikmatnya 99 kali ganda nikmat yang dirasai ketika di dunia. Dan, nikmat itu kekal pula, tiada kesudahan. Kalaulah kita kaya di dunia, kita tidak dapat menandingi kekayaan Qarun atau kekayaan Nabi Sulaiman (a.s). Kalau kita berkuasa di dunia, kekuasaan dan kehebatan kita tidak dapat menandingi kehebatan dan kekuasaan Firaun. Firaun hidup 400 tahun dan dia tidak pernah sakit walau sesaatpun. Di dalam syurga, penghuni syurga semuanya muda – umurrnya seumpama umur Nabi Isa (a.s), 30-33 tahun. Penghuni syurga yang termiskin – yang mendiami syurga tingkat terkebawah sekali – yang ke-100, kekayaannya adalah sebanyak/senilai 10 kali dunia dan segala isinya. Dia memiliki 72 istana/mahligai, yang diperbuat dari intan berlian, emas dan perak – binaanya dan hiasannya (interior dan exterior)! Dia diberikan isteri bidadari syurga seramai 72 orang, selain isterinya yang menjadi permaisurinya. Dia dan isterinya sentiasa muda dan bertambah cantik dan kacak. Setiap penghuni syurga tidak cacat, yang perempuan sentiasa cantik dan setiap lelaki sentiasa kacak dan tidak luntur, dan kekal selama-lamanya. Lelaki seumpama raja manakala isterinya pula seumpama permaisuri. Maka dengan itulah Allah (a.w) memberitahu kesenangan dan keseronokan serta kemewahan dunia itu tidak seberapa berbanding dengan apa yang disediakan oleh Allah (a.w), bagi ahli syurga, di akhirat. Semua yang ada di dunia itu hanya sementara, sebentar dan tidak kekal. Tiada suatupun boleh mengatasi keistemewaan di akhirat, kerana Allah (a.w) menyediakan kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga manusia!]
(-)     Kematian tidak dapat dielakkan
Berfirman Allah (a.w): ‘Ainama takunu yudrikkumul mautu walau kuntum fi burujin musyaiyadatin … al-ayat.’ (Yang bermaksud: Dimanakah berada kalian maka menjumpai pada kalian mati/kematian walaupun ada kalian di dalam benteng yang kuat … hingga akhir hayat.) – Ayat 78: an-Nisa’
[Nota: Allah (a.w) memberitahu manusia bahawa dimanapun seseorang itu berada, kematian pasti menemuinya bila sudah sampai ajalnya. Allah (a.w) berkata walaupun manusia itu berusaha berlindung dalam kubu yang ‘kebalpun’, kematian pasti menemuinya juga bila sudah sampai ajalnya. Kita tidak mencari kematian, tapi kematian akan mencari kita dimanapun kita berada apabila sampaikan ontrak hayat kita dengan Allah (a.w).]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment