Assalamualaikum,
Saudara, dalam akhbar The Sun hari ini (Selasa) 8 April 2014 - dan mungkin sekali dalam kesemua akhbar Malaysia, dan mungkin akhbar-akhbar luar negara - tertulis bahawa 'Mum wins' - iaitu kemenangan seorang ibu keturunan India (warga Malaysia) berjaya dalam kesnya membatalkan keIslaman anaknya dari Mahkamah Tinggi, Seremban. Kes ini melibatkan usulan ibu kepada mahkamah si anak, S. Deepa (beragama Hindu) untuk membatalkan perkahwinannya dengan suaminya, yang memeluk kini memeluk Islam, Izwan Abdullah. Keputusan tersebut di buat di dalam kamar hakim, yang secara mutlak, kecuali dibatalkan oleh sebuah mahkamah sivil yang lebih tinggi, membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah yang memerintahkan bahawa hak penjagaan anak-anaknya adalah suaminya, Izwan Abdullah. Keputusan oleh Datuk Zabariah binti Mohd, seorang Hakim Mahkamah tinggi sivil di Seremban mengatasi keputusan mahkamah syariah.
Saudara, jelas kes ini adalah merupakan pertembungan dua dunia - iaitu dunia dan akhirat; pertembungan atau pertelagahan dua agama, iaitu agama Islam dan agama Hindu; dan pertembungan hukum - hukum Allah (a.w) dengan hukum manusia, dan isu sampingan, dalam Islam bolehkah seorang perempuan diangkat menjadi hakim?
Yang jelas, bagi seseorang yang faham Islam - sebagaimana yang cuba diperjelaskan dalam blog ini setiap masa - bahawa dunia ini adalah di dalam suatu kontinuum hidup bagi manusia, yang akhirnya kelak tiada sempadan. Manusia hidup dalam 6 zaman - (1) dalam alam ruh - fisikalnya tiada tapi nyawanya sudah ada dan takdirnya, qada' dan qadarnya sudah ditetapkan Allah (a.w); (2) dalam alam rahim - ketika berada dalam kandungan ibunya selama 9 bulan 10 hari kurang lebih; (3) alam dunia - yakni alam yang kita semua tempuhi dan sedang jalani ketika ini, sehingga sampai ajal kita; (4) alam barzah/kubur, ketika dimatikan sehinggalah kiamat dunia; (5) alam pengadilan di Padang Makhsyar ketika dihisab dosa dan pahala setiap kita di Padang Makhsyar; dan akhirnya (6) alam akhirat, yang kekal, setelah diputuskan secara muktamad siapa yang akan menjadi penduduk neraka dan siapa pula yang menghuni syurga.
Yang jelas juga, adalah Islam adalah agama yang diterima Allah (a.w). Malah Islam adalah agama yang diciptakan oleh Allah (a.w) sebagai agama manusia sejagat semenjak zaman Adam (a.s) sampailah kiamat, hanyalah syariat Islam yang dibawakan oleh Muhammad (s.a.w), Utusan terakhir dan penamat Allah (a.w) menyempurnakan syariat agama Islam tersebut. Allah (a.w) membritahu manusia: 'Ma-ma khalaqtul jinna wal-imsa illa li-yakdubuni' (Yang bermaksud: Tidaklah Aku (Allah) jadikan/cipta jin dan manusia kecuali sematamata untuk memperhambakan diri/menyembah/mengabikan diri/mengerjakan amalan dan ibadah yang dtetapkan) - Ayat 56: az-Zariat. Perintah ini untuk dipatuhi dan difahami oleh semua manusia - yang kafir mahupun Islam - dan difahami oleh semua manusia, semua zaman, sama ada dia hakim atau yang dihakimkan. Jelasnya, dunia ini adalah fasa 3 kehidupan manusia. Semua akan melalui fasa selanjutnya - kematian, alam kubur, hisaban, alam selanjutnya, dan keputusan Allah (a.w) sama ada dapat syurga atau neraka, itulah 'supreme judgement' untuk semua manusia - tak kira dia Islam atau kafir/tidak Islam. Soalnya: apakah hakim dalam kes ini telah membuat keputusan berdasarkan hukum yang ditetapkan oleh 'The Supreme Judge' (maksudnya, Allah (a.w), kerana kes ini melibatkan prinsip dan ketetapan Islam menyentuh umat Islam, yang ditetapkan oleh Allah (a.w), kerana yang inginkan custody (yakni, hak penjagaan) anak adalah dua pihak, sibapa (yang Islam) dan si ibu (beragama Hindu, tidak ikut serta suaminya masuk/memeluk Islam), dan si anak telah diIslamkan oleh sibapa walaupun ketika umur mereka belum baligh. Dalam kes ini, sibapa berhak mendapat hak menjaga anaknya kerana anaknya Islam dan ibu anak itu tidak Islam. Iyulah keputusan Mahkamah Syariah. Justeru itu, keputusan yang terutama adalah menolak rayuan si ibu, walaupun dari segi pertimbangan duniawi si ibu berhak menjaga anak-anaknya. Tapi, dalam Islam si bapa berhak. Si ibu boleh mendapat custody jikalah si bapa disahkan tidak mampu, tidak siuman atau mempunyai kecacatan yang memudaratkan agama dan kehidupan si anak!
Saudara, sebagai seorang Islam, kita diperingatkan juga oleh Allah (a.w) bahawa umat Islam tidak boleh mengambil orang yang bukan Islam menjadi kerabat/sahabat/ketua dan mengatur sesuatu mengenai agama umat Islam. Orang bukan Islam tidak boleh membuat ketetapan terhadap umat Islam, walaupun dia adalah dinobatkan pakar ilmu atau seorang 'ulama' (dalam perkara Islam)! Dalam kes ini hakim tersebut adalah Islam atau seorang Islam melihat kepada namanya (kecualilah dia berasal dari sebuah perkampungan di Sabah di mana kesemua penduduknya memiliki nama Kristian tetapi beragama Islam, dan sebuah perkampungan lain pula, penduduknya memakai nama Islam tetapi mereka beragama Kristian). Dalam kes ini oleh kerana anaknya beragama Islam dan ibunya bukan beragama Islam dan bapa sianak beragama Islam, maka jelas tiada keputusan lain dalam Islam kecuali memberikan hak custody kepada sibapa, dan menolak tuntutan si ibu! Orang Islam tidak boleh diramut (dibela dan dipelihara dan dijaga dan dibesarkan serta di didik) dalam keluarga bukan Islam. Dan, anak yang sudah diIslamkan tidak boleh dimurtadkan walaupun oleh ibunya sendiri. Dalam Islam kalau seorang suami/isteri yang asalnya Islam, kemudian si suami/si isteri keluar Islam (atau murtad), maka ikatan perkahwinan si suami dan si isteri itu termansuh dengan sendirinya (secara automatik), tak perlu dirujuk ke mahkamah, hanyalah disahkan oleh kepimpinan jema'ah umat Islam sahaja. Oleh itu pendapat dan hukum Islam - sebagaimana yang terpakai di Malaysia - dengan hukum sivil di Malaysia. Mahkamah Syariah memberikan haq terhadap anaknya kepada ayahnya. Mahkamah Tinggi sivil - berdasarkan ketetapan perundangan manusia yang dipelopori oleh ilmu perundangan dan penghakiman Barat - memberikan hak kepada ibu kepada anak untuk menjaga si anak ketika berlaku perceraian antara ibu dan bapa kepada si anak. Yang mana betul? Prinsipnya kita telah jelaskan di atas.
Saudara, sebagai seorang Islam kita wajib faham banyak perkara yang tidakpun diberi keutamaan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam kepada umat Islam seumpama kita. Dalam blog ini kita telah sebutkan sedikit demi sedikit dan diperjelaskan. Antara yang wajib umat Islam faham adalah: (1) Allah (a.w) itu tuhan semua manusia - seluruh alam, semua bangsa, semua keturunan dan semua zaman - Allah (a.w) itu tuhan yang esa - tuhan kepada nenek moyang manusia terdahulu; (2) al-Quran itu adalah kitab Allah (a.w) yang diberikan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) - diajarkan, termasuk di contohkan rukun-rukunnya dan cara mengerjakan ketetapan Allah (a.w) oleh Jibril (a.s) selama 23 tahun - adalah kitab panduan agama dan hidup manusia yang akui Allah (a.w) itu tuhan mereka dan yang inginkan kejayaan akhirat kelak; (3) Nabi Muhammad (s.a.w) adalah Rasulallah atau Utusan Allah (a.w) kepada semua manusia sehinggalah terjadinya kiamat dunia. Jelasnya, al-Quran itu panduan hidup serta panduan ibadah dan amalan semua manusia dan semua zaman, tak kira bangsa apa dan warna kulit apa; (4) hanya ada dua kesudahan bagi manusia di akhirat kelak - segolongan masuk neraka dan segolongan masuk syurga - Ayat 7: as-Syura - takda tempat persinggahan yang tengah! (5) manusia diberitahhu Allah (a.w) hanya terima agama manusia jika agama mereka adalah Islam, agama selain Islam tak diterima allah (a.w). Kalau tak diterima bentuk pengabdian selain pengabdian secara Islam yang ditetapkan oleh Allah (a.w), maka pastilah tempat akhirnya di dalam neraka. (6) walaupn seseorang itu akui dirinya Islam, tapi dia tidak mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan dia kerjakan, maka dia tidak diterima sebagai orang Islam, dan dia tidak mendapat syurga, kerana syurga itu hanya diberikan kepada orang Islam yang beriman yang mengerjakan amalan yang ditetapkan oleh Allah (a.w). (7) orang Islam yang tidak menerima satu ayat al-Quran - dan satu sabda Rasulallah (s.a.w) yang diakui dan diiktiraf sahih/benar - terkeluar dari Islam. Maka jikapun namanya Islam tapi menolak suatu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah jatuh kafir secara mutlak. Justeru itu, dalam kes ini wajib dilihat apakah ketetapan Allah (a.w) dan atau apakah ketetapan Rasulallah (s.a.w). Kerana ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) adalah mutlak dan wajib diterima dan dilaksanakan tanpa sebarang excuse atau alasan.
Saudara, dalam as-Sunnah kita diberitahu banyak ketetapan Islam yang diberikan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk menjelaskan ketetapan Allah (a.w). Dalam urusan kehakiman/perundangan, kita diberitahu prinsip-prinsip berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibni Buraidah hadith dari bapanya hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Al-Qudatu thalathatun. Wahidun fil-jannati wathnani fin-nari. fa-ammal-lazi fil-jannati fa-rajulun ;arafal-haqqa fa-qada bihi; wa-rajulun'arafal-haqqa fa-jara fi hukmi fahua fin-nari; warajulun qada linnasi 'ala jahlin fahua finnari.' (Yang bermaksud: Adapun juru-hukum itu ada tiga golongan: satu golongan masuk syurga, dan dua golongan masuk neraka. Maka adapun orang (juru-hukum) yang di dalam (maksudnya, mendapat) syurga adalah seorang lelaki (maksudnya, juru-hukum) yang tahu dan faham yang haq/kebenaran, maka menghukum dia dengan yang haq/kebenaran itu, dan (maksudnya, sementara) seorang lelaki (maksudnya, juru-hukum) yang tahu/faham yang haq/kebenaran, maka menyimpang/menyeleweng dia di dalam menghukumi/hukumannya, maka dia dalam (maksudnya, masuk) neraka; dan (yang kedua adalah) seorang lelaki (maksudnya, juru-hukum) menghukumi akan manusia dalam kejahilannya, maka dia dalam neraka.) - Hadith Abu Daud, Kitab Fidyah
Saudara, ketetapan hadith ini jelas, tidak mengelirukan. Yang keliru hanyalah apakah yang haq/benar itu? Dalam Islam yang haq atau benar itu adlah ketetapan Allah (a.w) (maksudnya, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (maksudnya, as-Sunnah). Kerana Allah (a.w) menjanjikan syurga bagi manusia yang akur dengan ketetapan Ayat 13: an-Nisa'. dan, Allah (a.w) menjanjikan neraka bagi manusia yang tergolong dalam golongan yang menentang/menolak/membelakangkan ketetapan Allah (a.w) (i.e al-Quran) dan menentanag/menolak/membelakangkan as-Sunnah) dan melanggar batasan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, kes ini tergantung pada al-Quran dan as-Sunnah untuk menentukan apakah hakim itu telah melaksanakan yang haq/benar atau dia dipengaruhi atau mengikuti ketetapan duniawi menentukan hukumannya erana kes itu melibatkan ketetapan Islam dan umat Islam?
Apakah maksud' menyimpang/menyeleweng' itu? Jika seseorang itu membuat ketetapan yang tidak sejajar dengan yang ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, maka dia menyeleweng atau menyimpang. Wajib difahami bahawa tiada 'dividiing lne' atau garis pemisah antara perkara duia dan perkara akhirat atau perkara dunia dan perkara Islam. Segala sesuatu dalam dunia menentukan kedudukan akhirat setiap manusia, bukan terhad kepada umat Islam sahaja.
Saudara, dalam hadith ini pula diberitahu pula satu prinsip lagi dalam Islam bersabit dengan hakim dan hukuman.
Saudara, dalam hadith ini pula diberitahu pula satu prinsip lagi dalam Islam bersabit dengan hakim dan hukuman.
Diriwayatkan hadith dari Qais, hamba merdeka 'Amru bin as, hadith dari 'Amru bin 'As bahawasanya dia ('Amru) mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ' Iza hakama hakimu fajtahada thumma asoba falahu ajrani, wa-iza hakama fajtahada thumma akhto-a falahu ajrun.'(Yang bermaksud: Ketika menghukum seorang hakim/juru-hukum maka mempersungguh (maksudnya, membuat ijtihad) dia dalam menghukumi, kemudian didapati tepat/betul hukumannya, maka dia mendapat dua pahala (maksudknya, satu pahala kerana menghukum dengan betul dan kedua pahala kerana mempersunguh untuk mencari keputusan yang terbaik dengan berijtihad atau mempersungguh berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dalam urusan hukuman, contohnya), ketika menhukum dia (juru-hukum) maka dia mempersungguh berijtihad (mencari ketetapan terbaik untuk kes tersebut), kemudian didapati hukumannya salah, maka baginya satu pahala) (kerana mempersungguh mencari keputusan yang terbaik) - Hadith Bukhari, dalam Kitab Mempersungguh dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, setiap hakim mempersungguh mencari keputusan yang terbaik lagi adil - terbaik dan adil dalam konteks ketetapan Allah (a.w), maka dia bertanggung jawab terhadap setiap ketetapan yang dibuatnya. Dalam hadith berikut pula kita diberitahu satu lagi ketetapan Islam dalam urusan pennghakiman:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Abi Aufa berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Innallaha ma'al qadhi ma lam yajur fa-iza jara wa-kulahu ila nagsihi.' (Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) sentiasalah bersama-sama/disamping seorang hakim selama dia (si hakim) tidak menyimpang dalam menghukumi manusia, maka ketika menyimpang/menyeleweng dia, Allah (a.w) menyerahkan pada dirinya sendiri akibat penghakimannya (maksudnya, Allah (a.w) tidak campur tangan atau tidak membantu atau bersama-samanya, maka dia dipertangyung jawabkan sepenuhnya tanpa bantuan Allah (a.w)) - Hadith Ibnu Majah, Kitab Hukum
Allah (a.w) itu sentiasalah menolong juru-hukum sehinggalah dia menyimpang/menyeleweng. Kalau dia menyeleweng Allah (a.w) lepas tangan dan membiarkan dia kearah mana yang ditujukan hidupnya dan kesudahannya di dunia dan di akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment